The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REPORT AKHIR LM CB170022 HAIFAA ZULAIKAA BINTI MD HAIRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hzulaikaa17, 2021-03-19 04:12:19

LAPORAN LM2 REFLEKSI AKHIR CB170022

REPORT AKHIR LM CB170022 HAIFAA ZULAIKAA BINTI MD HAIRI

UTHM/FPTV/LM-Ver.1/03b

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
http://www.uthm.edu.my

LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN)

KOD LM 2 : BBD40204

Nama guru pelatih : Haifaa ZuGlaaimkbaaar Bpeinlatjai rMd Hairi
: Cb170022
No.matrik : 0162515697 / [email protected]
No.tel dan email : Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin
Nama Institusi : Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, 77000,
Alamat, no.tel dan
email institusi Jasin, Melaka
06-5291010 / [email protected]
Nama pembimbing
dan no.tel : Tn. Hj. Ab Rahman Bin Mohd Zain
0133330010
Nama penyelia
dan no.tel : Dr. Normah Binti Zakaria

Senarai semak

Bil Perkara Semakan (√)

1. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai √

kursus/subjek yang diajar

2. Senarai semak oleh pembimbing
● UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07 √

3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir

Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan
Sahsiah

● UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
● UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05

4. ● UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06

** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh
pembimbing/penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua

5. LAMPIRAN

Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia FPTV
Nama : Haifaa Zulaikaa Binti Md Hairi Nama : Dr. Normah Binti Zakaria
Tarikh : 19 Mac 2021 Tarikh : 19 Mac 2021
Cop rasmi :

JADUAL WAKTU DAN SENARAI
KURSUS/SUBJEK YANG DIAJAR

JADUAL WAKTU LATIHAN MENGAJAR 2

SENARAI TOPIK SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR

SENARAI TOPIK YANG SEMPAT DIAJAR

KOD SUBJEK : BC – 030 – 3 : CUO1

NAMA SUBJEK : LAND / SITE PREPARETION

Bil Perkara/ Topik / Modul Tempoh
1. 2.0 PREPARE LAND / SITE PREPARATION TOOLS, M2
EQUIPMENT AND MATERIALS
M3
1.0 Pengenalan
2.0 Aktiviti yang berlaku dalam tempoh mobilisasi M4
3.0 Definisi mobilisasi mesin ,peralatan dan jentera
4.0 Tujuan penggunaan mesin peralatan dan jentera
5.0 Kategori peralatan/mesin
6.0 Penggunaan mesin dan peralatan mengikut peringkat

dalam mobilasasi pembinaan
7.0 Faktor pemilihan mesin,peralatan dan jentera
8.0 Prosedur mobilisasi peralatan/mesin /jentera
9.0 Merancang mobilisasi peralatan pembinaan
2. 3.0 CARRY OUT PEGGING AND SETTING OUT
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi
3.0 Tujuan rancang tanda
4.0 Kaedah rancang tanda tapak
5.0 Merancang tanda aras
6.0 Memindah aras
7.0 Memindah ukuran/tanda-tanda bahagian bangunan ke

tapak (tanah)
3. 4.0 CARRY OUT HOARDING INSTALLATION

1.0 Pengenalan
2.0 Definisi
3.0 Tujuan papan sendeng

4.0 Keperluan yang diperlukan bagi papan sendeng
5.0 Jenis papan sendeng
6.0 Pengelasan papan sendeng
7.0 Jenis-jenis bahan-bahan papan sendeng

KOD SUBJEK : BC – 030 – 3 : CUO5
NAMA SUBJEK : RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK

Bil Perkara/ Topik / Modul Tempoh
M2-M8
1. 1.0 IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING
BRICKWORK REQUIREMENT M2-M8

1.0 Keperluan kerja bata M2-M8
2.0 Lukisan bangunan
3.0 Definisi batu bata M2-M8
4.0 Jenis-jenis ikatan bata
5.0 Bancuhan mortar simen
2. 2.0 SET UP BRICKWORK ALIGNMENT

1.0 Merancang tanda jajaran kerja bata
2.0 Dimensi kerja bata
3.0 Penandaan kerja bata
4.0 Kaedah penjajaran kerja bata
5.0 Langkah-langkah melakukan penandaan, penjajaran

dan menentukan kepersegian kerja bata
3. 3.0 CARRY OUT BRICK LAYING WORK

1.0 Bahan dan peralatan bagi kegunaan kerja bata
2.0 Peralatan kerja bata
3.0 Prosedur mengikat bata
4.0 Kemas ikat
5.0 Mortar simen
6.0 Lapisan kalis lembap

4. 4.0 COORDINATE BRICKWORK INSPECTION

1.0 Personel yang diberi kuasa mengendalikan pemeriksaan
2.0 Kriteria pemeriksaan kerja bata
3.0 Jenis- jenis borang pemeriksaan
4.0 Perancangan pemeriksaan kerja bata
5.0 Keperluan badan kawal selia kerja bata

KOD SUBJEK : Z – 009 – 2 : 2015
NAMA SUBJEK : CORE ABILITY

Bil Perkara/ Topik / Modul Tempoh
1. 3.0 TINGKAH LAKU BUDAYA TEMPAT KERJA M2-M8

1.0 Praktikkan budaya kerja M2-M8
2.0 Respon pada situasi luar biasa sewajarnya
3.0 Pamerkan inisiatif dan fleksibiliti
2. 4.0 ADAPTASI KESIHATAN, KESELAMATAN DAN
ALAM SEKITAR

1.0 Pamerkan pematuhan kesihatan
2.0 Pamerkan pematuhan keselamatan
3.0 Pamerkan pematuhan alam sekitar

Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia FPTV
Nama : Haifaa Zulaikaa Binti Md Hairi Nama : Dr. Normah Binti Zakaria
Tarikh : 19 Mac 2021 Tarikh : 19 Mac 2021
Cop rasmi :



IMPAK PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

(PdPR) DI JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN, KOLEJ VOKASIONAL DATUK

SERI ABU ZAHAR ISNIN

Haifaa Zulaikaa Binti Md Hairi1, Ab Rahman Bin Mohd Zain2, Normah Binti Zakaria3

1,3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2Kolej

Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin

[email protected] , [email protected] , [email protected]

Abstrak : Tuntutan atau kewajiban bagi setiap pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV) untuk menjalani latihan mengajar di Kolej Vokasional atau mana-mana institusi yang
berkenaan bagi melengkapkan syarat graduasi yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Kolej
Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin menjadi saksi selama sembilan minggu diatas tanggungjawab
sebagai guru pelatih dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Norma baharu selaku guru
pelatih yang memestikkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) tetap berlangsung
meskipun sesi tersebut tidak dilakukan secara bersemuka diantara guru dan para pelajar. Impak yang
cukup luar biasa dapat dirasai khususnya kepada guru pelatih kerana tiada masa untuk menyesuaikan
diri dengan norma baharu sistem pendidikan di Malaysia malah guru pelatih perlu cepat menyerap
dengan situasi norma baharu tersebut. Tuntasnya, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPR) mendatangkan impak yang positif dan negatif kepada warga Jabatan Teknologi
Pembinaan, Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

Kata Kunci : Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR), norma baharu, impak

1.0 Pengenalan

Sepanjang menjalani tempoh latihan mengajar di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu
Zahar Isnin, Jasin Melaka selama hampir sembilan minggu, banyak ilmu serta pengalaman baru
yang dapat ditimba sepanjang tempoh latihan mengajar tersebut. Latihan mengajar kali ini agak
mencabar kerana suasana atau cara kerjanya jauh berbeza dengan latihan mengajar yang
dahulu. Hal ini kerana, latihan mengajar kali ini dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Melaka
bagi mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk menangani
wabak penyakit Covid-19 khususnya di Malaysia. Menurut harian (2021), PdPR ialah PdP
yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian
dan kaedah ini boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian atau off-site dengan berstruktur
dan terancang. Oleh yang demikian, kesemua warga pendidik di Malaysia tidak terkecuali
daripada cara kerja secara norma baharu yang memestikan berlakunya sesi PdP yang
dilaksanakan secara PdPR untuk semua pelajar yang melibatkan semua peringkat umur.
Ironinya, melalui norma baharu tersebut secara tidak langsung mengajar dan memberikan
pengalaman yang luar biasa kepada guru khususnya kepada guru pelatih. Dalam tempoh latihan
mengajar yang dijalankan tersebut, terdapat tiga kursus yang dipertanggungjawabkan untuk

mengajar iaitu Land / Site Preparation, Residential Building Brickwork dan Core Ability
melibatkan para pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SVM) dan juga Sijil Vokasional Malaysia
(SVM). Tambahan itu, tanggungjawab dan peluang lain yang diberikan oleh pihak Kolej
Vokasional Datuk Seri Abu Zahar untuk terlibat sama dengan beberapa aktiviti kokurikulum,
majlis dan menjadi pengawas Pentaksiran Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Namun begitu,
pengalaman serta cara kerja norma baharu selaku guru pelatih tersebut memberikan cabaran
yang agak berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan latihan mengajar yang dahulu. Hal
ini demikian, berikutan wabak penyakit Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia secara
tidak langsung memberikan impak positif dan negatif terhadap pelaksanaan PdPR bagi pelajar
SVM dan guru di Jabatan Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

2.0 Bisikan hati / Latar belakang masalah

Bagi memulakan latihan mengajar selaku guru pelatih baru di Kolej Vokasional Datuk
Seri Abu Zahar Isnin sedikit sebanyak menguji tahap fizikal dan mental saya. Hal ini kerana,
menjadi guru di norma baharu ini untuk sesi PdPR mempunyai cabarannya yang tersendiri.
Bukan sahaja cabaran kepada guru malahan cabaran kepada para pelajar juga untuk
memastikan mereka kekal dalam momentum pelajaran mereka. Walau bagaimanapun, pada
awalnya saya berasa agak kekok untuk menyesuaikan diri dan mencari alternatif yang terbaik
untuk para pelajar dan juga guru dalam memastikan penyampaian isi pelajaran dapat
disampaikan dengan begitu baik. Impak paling mencabar yang dirasai ialah dari segi objektif
pembelajaran. Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menerangkan apa yang ingin dan
perlu dicapai oleh pelajar pada akhir pelajaran. Kemahiran apam topik apa, dari bahan apa,
berapa banyak soalan atau latihan yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan bagaimana
kemahiran itu dapat dinilai secara zahir (Herry, 2017). Bukan mudah untuk memastikkan
objektif pembelajaran dapat dicapai khususnya dalam norma baharu yang memestikan
berlakunya sesi PdPR yang melibatkan guru dan para pelajar. Malahan itu, cabaran lain yang
saya rasai adalah dari segi kesusahan untuk melakukan penilaian berterusan dengan para
pelajar. Banyak masa yang dihabiskan untuk melakukan sesi ulang kaji dan juga sesi penilaian
berterusan bagi memastikkan semua para pelajar kompeten untuk setiap kursus pembelajaran.
Menurut Shamsudin (2021), kelas yang dijalankan secara dalam talian ia bergantung kepada
persediaan pelajar terbabit dari segi peranti, pelan data dan motivasi diri. Hal ini demikian,
kebanyakkan daripada para pelajar saya untuk kesemua kursus pembelajaran mempunyai
masalah terhadap peranti, pelan data dan lain-lain. Malahan itu, terdapat juga segelintir
daripada para pelajar tersebut yang bekerja dalam tempoh sesi persekolahan dijalankan. Hal ini
bukan sahaja memberikan impak yang negatif kepada penilaian berterusan para pelajar malah
memberikan impak negatif terhadap perancangan kerja atau pelan mengajar guru tersebut.
Banyak kerja-kerja yang tertangguh dan juga perlu diulang semula berikutan daripada impak
sesi PdPR yang kurang memberangsangkan tersebut.

3.0 Menganalisis dan menilai

Norma baharu yang memberikan tuntutan pembelajaran dilakukan secara atas talian
bermula semenjak wujudnya wabak penyakit Covid-19 yang melanda dunia khusunya di
Malaysia. Hal ini tidak asing lagi kepada guru, para pelajar dan juga ibu bapa. Masing-masing
merasai impak daripada tuntutan pembelajaran yang dilakukan secara atas talian. Platform
untuk menjalankan pembelajaran atas talian terlalu banyak, namun untuk melaksanakannya
tidak semudah yang disangkakan kerana terdapat kekangan atau cabaran pembelajaran atas

talian yang perlu dihadapi (Hanafi, 2021). Antara cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru
itu sendiri iaitu saya sendiri selaku guru pelatih di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar
Isnin ialah cabaran untuk menyiapkan penilaian berterusan para pelajar. Dimana sebagai
contoh, untuk kursus Residential Building Brickwork yang mewajibkan penilaian prestasi
dilakukan secara bersemuka dengan melakukan kerja amali. Hal ini memberikan kesukaran
kepada guru pada awalnya untuk menyusun pelan mengajar sekaligus menyiapkan markah
keseluruhan untuk penilaian berterusan para pelajar. Selain itu, masalah yang perlu dihadapi
oleh saya sendiri ialah dari segi kehadiran para pelajar semasa berlakunya sesi PdPR untuk
kursus Core Ability. Hal ini demikian, bukan sahaja kerana para pelajar tiada peranti ketika
pembelajaran atas talian, malah suasana yang kurang kondusif serta sikap pelajar itu sendiri
ketika sesi PdPR berlangsung. Hal ini kerana, terdapat segelintir bilangan pelajar SVM yang
bekerja semasa sesi persekolahan berlangsung. Ini menyebabkan para pelajar tidak boleh
memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap penyampaian isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru malah para pelajar juga tidak melakukan pengukuhan terhadap isi
pelajaran yang diberikan oleh guru. Hakikatnya, hal tersebut menyebabkan banyak penilaian
berterusan tertangguh yang tidak dilaksanakan oleh para pelajar dan sekaligus menyebabkan
saya sendiri susah untuk memberikan markah serta meneruskan isi pelajaran untuk kursus
tersebut. Norma baharu yang memestikan sesi PdPR tetap dilaksanakan dengan kepelbagaian
cara pengajaran oleh guru itu sendiri memberikan cabaran dan masalah yang tersendiri.
Ironinya, setiap pihak sama ada guru itu sendiri, pelajar mahupun ibu bapa atau ahli keluarga
seharusnya berganding bahu dalam mengatasi masalah yang wujud bagi memastikkan sesi
PdPR yang dilaksanakan mampu mencapai objektif pelajaran.

4.0 Kesedaran baru

Hasil daripada penilaian dan analisis yang saya lakukan, ia memberikan gambaran yang
jelas bahawa cabaran atau masalah yang dihadapi oleh guru dan para pelajar semasa sesi PdPR
berlangsung perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan mencari jalan tengah sebagai langkah
penyelesaian untuk penyampaian objektif pelajaran. Ironinya, bagi para pelajar yang terlibat
dengan kerja sambilan ketika sesi persekolahan berlangsung secara tidak langsung memberikan
impak negatif khususnya keatas prestasi akademik para pelajar itu sendiri akibat daripada
pelbagai faktor lain termasuklah kegagalan dalam menguruskan masa dengan baik. Hal ini
disokong melalui dapatan kajian Saad (2019), jelas menunjukkan kerja sambilan memberikan
implikasi negatif keatas prestasi akademik pelajar walaupun pelajar memperolehi banyak ilmu
dari kerja sambilan tetapi ketidakmampuan menguruskan masa dengan baik telah memberikan
kesan buruk kepada prestasi akademik mereka. Rentetan daripada hal tersebut, ia akan
menyukarkan saya untuk melakukan penilaian berterusan iaitu penilaian pengetahuan untuk
kursus Residential Building Brickwork dan Core Ability yang perlu diselesaikan dalam tempoh
masa terdekat sebelum para pelajar menduduki peperiksaan akhir. Tambahan pula, melalui hal
tersebut, saya sukar untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kefahaman segelintir para pelajar
yang mempunyai masalah dalam menguruskan masa belajar dengan kerja sambilan mereka.
Demikian itu, cara atau langkah pendekatan yang saya ambil antaranya adalah dengan tidak
melakukan sesi PdPR secara Google Meet malahan saya menggunakan aplikasi WhatsApp,
penyampaian isi pelajaran secara video Canva, pengukuhan melalui Kahoot, Quizizz dan
Google Form. Hal ini demikian, bagi memudahkan para pelajar untuk mengakses isi pelajaran
mengikut masa mereka sendiri. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak dapat memberikan
impak positif terhadap pencapaian objektif pembelajaran. Perancangan yang teliti serta
kepelbagaian corak pembelajaran perlu dilakukan oleh guru itu sendiri supaya memudahkan
banyak pihak iaitu guru, para pelajar, ibu bapa dan sekolah tersebut.

5.0 Cadangan dan tindakan

Menurut Zuki (2021), semua pihak perlu positif dan memberikan kerjasama terhadap
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan yang
dilihat sebagai kaedah terbaik ketika penularan Covid-19 masih belum reda khususnya di
Malaysia. Cabaran dan masalah yang timbul tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja oleh
guru, pelajar mahupun ibu bapa. Sebaliknya cabaran dan masalah tersebut perlu ditangani
dengan sehabis baik agar ia tidak mendatangkan impak negatif kepada semua pihak.

Antara perancangan, strategi atau corak pembelajaran yang dicadangkan adalah seperti berikut
untuk menangani cabaran dan masalah yang timbul:

i. Guru menyediakan atau menggunakan video rakaman seperti video Canva untuk
penyampaian isi pelajaran yang lengkap malah mempunyai suara dan gambar
penerangan daripada guru kursus tersebut.

ii. Guru tidak menghadkan atau menetapkan masa untuk para pelajar mengakses video
pembelajaran dan soalan pengukuhan.

iii. Guru perlu mengambil pendekatan yang paling mudah yang kesemua para pelajar boleh
akses iaitu dengan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk penyampaian isi pelajaran
sekaligus meminimumkan pengunaan koata internet para pelajar.

iv. Guru juga perlu sering memberikan peringatan ringkas, melakukan tindakan susulan
terhadap isi pelajaran yang disampaikan kepada para pelajar malah memberikan amaran
yang tegas kepada para pelajar yang enggan melakukan soalan pengukuhan.

v. Para pelajar perlu didedahkan dengan kesan sekiranya mereka tidak hadir mengikuti
sesi PdPR dan melakukan pengukuhan, penilaian berterusan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

vi. Pihak sekolah juga perlu lebih tegas dalam pengurusan disiplin para pelajar yang
bermasalah dalam tempoh sesi PdPR berlangsung.

vii. Ibu bapa juga perlu diberikan pendedahan atau pemberitahuan yang lebih kerap
berkenaan perkembangan prestasi pelajaran anak mereka dalam tempoh sesi PdPR
dijalankan.

Cadangan inisiatif tersebut sedikit sebanyak menggambarkan usaha-usaha penting yang
melibatkan ramai pihak termasuklah guru, pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah itu sendiri. Hal
ini demikian, melalui cara tersebut kesemua pihak akan mendapat keuntungan dan impak yang
positif bagi pembelajaran yang berlangsung secara PdPR.

6.0 Kesimpulan

Tuntasnya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT diatas kesempatan dan
izinNya yang diberikan terhadap saya untuk saya menyempurnakan latihan mengajar yang
terakhir selama sembilan minggu di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin
Melaka. Segala ilmu dan pengalaman yang baru malah luar biasa ini akan dijadikan pedoman
serta panduan untuk saya gunakan pada masa akan datang sebagai warga pendidik di Malaysia.
Saya akui bahawa bukan mudah untuk meneruskan norma baharu dengan memestikkan
tuntutan pembelajaran terus dilakukan secara atas talian bermula semenjak wujudnya wabak
penyakit Covid-19 di Malaysia. Impak positif mahupun negatif yang dirasai oleh semua pihak
khususnya bagi warga guru Jabatan Teknologi Pembinaan, pelajar Sijil Vokasional Malaysia
(SVM) Teknologi Pembinaan dan pihak Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin bagi
sesi PdPR mematangkan corak pembelajaran, gaya pembelajaran dan cara pengurusan pelajar.

Saya telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan sehabis baik sebagai guru pelatih
dan dengan harapan sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan oleh saya memberikan impak
yang baik kepada pihak-pihak berkaitan.

Rujukan

Hanafi, N. H. (2021). 4 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI MALAYSIA. From

WebPendidikan.my: https://webpendidikan.my/4-cabaran-pembelajaran-atas-talian-

di-malaysia/

harian, S. (2021, Januari 20). Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari in. From Sinar

Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/119958/BERITA/Nasional/Sesi-

persekolahan-melalui-PdPR-bermula-hari-ini

Herry. (2017, Mei 18). Objektif Pembelajaran dan kriteria kejayaan . From

mudahmengajar.com: http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/05/objektif-

pembelajaran-dan-kriteria.html

Saad, A. H. (2019, Ogos 9). Kesan bekerja secara sambilan ke atas pencapaian akademik

pelajar. From Artikel Puan Suhaila: http://www.ukm.my/personalia/wp-

content/uploads/2019/12/Artikel_4_Puan-Suhaila_FEP.pdf

Shamsudin, E. (2021, Januari 24). Ibu bapa, guru dan pelajar berdepan cabaran PdPR. From

BH Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779346/ibu-bapa-

guru-dan-pelajar-berdepan-cabaran-pdpr

zuki, N. m. (2021, Januari 20). PdPR kaedah terbaik ketika Covid-19. From Sinar Harian:

https://www.sinarharian.com.my/article/119965/BERITA/Nasional/PdPR-kaedah-

terbaik-ketika-Covid-19

LAMPIRAN BORANG-BORANG
PENILAIAN :

UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06







LAMPIRAN AKTIVITI SEPANJANG
TEMPOH LATIHAN MENGAJAR

KURSUS KEPIMPINAN 2021 PERINGKAT KOLEJ
VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN

SESI PENYELENGGARAAN SOP DI JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

BERTUGAS SELAKU PENGAWAS PENTAKSIRAN KHAS SIJIL VOKASIONAL
MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL

SESI AMALI BERSAMA PELAJAR 2SKM & 1SVM

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA GURU-GURU DAN PELAJAR JABATAN
TEKNOLOGI PEMBINAAN

SIJIL-SIJIL PROGRAM AKTIVITI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU
ZAHAR ISNIN






Click to View FlipBook Version