The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK INI IALAH NOTADAN LATIHAN UNTUK TAJUK BAHAN BUANGAN TAHUN 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HASRIZA BINTI KURE Moe, 2020-10-20 11:31:33

MODUL PEMBELAJRAN SAINS TAHUN 6

EBOOK INI IALAH NOTADAN LATIHAN UNTUK TAJUK BAHAN BUANGAN TAHUN 6

Keywords: BAHAN BUANGAN

SK BATU 4 JALAN APAS
PETI SURAT 61660
91026 TAWAU

MODUL PEMBELAJARAN

TAHUN 6

BAHAN BUANGAN

Disediakan oleh:
Hasriza binti Kure
Guru Sains Tahun 6
SK. Batu 4 Jalan Apas Tawau

Modul Pembelajaran 1

Sasaran : Tahun 6 / Tahap 2
Subjek : Sains
Tajuk : 9.0 Bahan Buangan
Tema : Sains Bahan
Nota : 1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak

diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan.
2. Terdapat 7 jenis bahan buangan dan contohnya.

Jenis Bahan Contoh

Plastik Pembungkus makanan, botol
Logam minuman, bahan sintetik

Tin aluminium, tin susu, besi buruk

Kaca Botol, balang serta perlatan yang
Kertas diperbuat daripada kaca

Kotak, surat khabar, majalah

Sisa makanan Tulang, kulit buah-buahan, hampas
sayur-sayuran
Sisa kumuh dan Urin dan tinja
tinja
Sisa toksik Cecair pembasmi makhluk perosak,
asap kenderaan, botol earosol

3. Bahan buangan terbahagi kepada bahan
buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
tidak terbiodegradasi.

4. Bahan buangan terbiodegradasi bermaksud
bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma
dan kembali menjadi nutrien ke dalam tanah.
Contohnya, kertas, sisa makanan dan sisa kumuh dan
tinja.

5. Bahan buangan tidak terbiodegradasi bermaksud
bahan yang tidak boleh direputkan oleh
mikroorganisma. Contohnya, logam, kaca, plastik dan
sisa toksik.

Standard Kandungan : 9.1 Bahan buangan

Standard Pembelajaran : 9.1.1 Mengenal pasti bahan buangan

berdasarkan jenis bahan melalui

pemerhatian dan pelbagai media.

9.1.2 Menyatakan maksud bahan buangan

terbiodegradasikan dan tidak

terbiodegradasikan.

9.1.3 Mengelaskan bahan buangan kepada

bahan terbiodegradasikan dan tidak

terbiodegradasikan.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan maksud bahan buangan

2. menyenaraikan jenis-jenis bahan buangan

dan contohnya

3. menyatakan maksud bahan

terbiodegradasikan dan tidak

terbiodegradasikan

4. mengelaskan bahan buangan kepada

bahan terbiodegradasikan dan tidak

terbiodegradasikan.

Kriteria Kejayaan : 1. Murid menulis maksud bahan buangan

dengan tepat.

2. Murid menyatakan 7 jenis bahan buangan

beserta 3 contoh bagi setiap jenis

3. Murid menulis maksud bahan

terbiodegradasikan dan tidak

terbiodegradasikan dengan tepat

4. Mengelaskan 7 jenis bahan buangan

kepada bahan terbiodegradasikan atau

tidak terbiodegradasikan

Tempoh Pelaksanaan : 19/10 /2020 sehingga 23/10/2020

Aktiviti : Menjawab soalan berdasarkan lembaran

kerja yang disediakan.

Pentaksiran : 1. Menyatakan contoh bahan buangan (TP1)
2. Mengelaskan bahan buangan kepada
terbiodegradasikan dan tidak
terbiodegradasikan (TP2)

Panduan Pelaksanaan :
1. Murid-murid membaca tajuk yang berkaitan bab 9: Bahan

Buangan dalam buku teks Sains KSSR Tahun 6. (Rujuk muka surat 149
hingga 152) dan nota panduan yang disediakan oleh guru dalam
lampiran.
2. Murid-murid juga digalakkan untuk membuat rujukan daripada
internet/laman web untuk mengukuhkan pengetahuan dan
pemahaman murid.
3. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah untuk memahami
tajuk tersebut, murid-murid digalakkan untuk mendapatkan
bimbingan daripada guru.
4. Murid-murid hendaklah menjawab kesemua soalan latihan dalam
lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
5. Ibu bapa digalakkan untuk membantu murid menyiapkan latihan
tersebut.
6. Selamat menjawab.

Aktiviti Pembelajaran
1. a) Tulis jenis-jenis bahan buangan yang ditunjukkan di bawah.

Sisa toksik Sisa makanan

Logam Plastik

b) Terangkan maksud “Bahan buangan”
____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Raju menjalankan suatu penyiasatan tentang sumber bahan
buangan. Dia membina satu carta yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1
untuk menunjukkan maklumat yang diperoleh.

Sumber bahan buangan

XY

Asap Sisa kumbahan
Cecair bateri Sisa makanan

Rajah 1.1

a) Berdasarkan carta dalam Rajah 1.1, namakan sumber bahan
buangan tersebut.

X : _________________________________________________________

Y : _________________________________________________________

b) Cadangkan satu cara yang betul untuk membuang bahan
buangan dari rumah.

____________________________________________________________

____________________________________________________________

3. Rajah 1.2 menunjukkan empat jenis bahan buangan.

MN OP

Rajah 1.2

a) Kelaskan bahan buangan yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2 ke
dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 di bawah.

Sumber bahan buangan

Kumpulan 1 Kumpulan 2

M N

b) Nyatakan ciri sepunya yang digunakan untuk mengelaskan bahan
buangan Kumpulan 1.

_________________________________________________________________

c) Mengapakah penggunaan bahan tidak terbidegradasikan perlu
dikawal?

__________________________________________________________________

d) Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya semua bahan
adalah tidak terbiodegradasikan?

__________________________________________________________________

Bulatkan jawapan yang betul.
1. Rajah 1 menunjukkan beberapa jenis bahan buangan.

R ST U

Rajah 1

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang jenis bahan

buangan yang ditunjukkan dalam Rajah 1?

Logam Kertas
A R, S T, U
B R, T S, U
C S, T R, U
D R, U S, T

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sisa toksik?

AC

BD

3. Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku ke atas seekor
burung yang telah mati.

Rajah 2

Apakah inferens yang betul bagi perubahan yang ditunjukkan dalam
Rajah 2?
A. Burung yang mati itu direputkan oleh tanah.
B. Burung yang mati itu direputkan oleh tikus.
C. Burung yang mati itu direputkan oleh air hujan.
D. Burung yang mati itu direputkan oleh mikroorganisma.

4. Antara yang berikut, yang manakah terbiodegradasikan?
A. Kertas, kaca dan kain
B. Kayu, kulit buah-buahan dan tinja
C. Logam, kaca dan asap kenderaan
D. Plastik, logam dan majalah

5. Maklumat yang berikut, adalah tentang bahan buangan.

J – Bahan buangan terbiodegradasikan akan direputkan oleh
mikroorganisma

K – Pereputan bahan buangan mengembalikan nutrien ke dalam
tanah

L – Sisa daripada bahan organik adalah terbiodegradasikan.
M – Sisa toksik adalah terbiodegradasikan

Antara maklumat yang berikut, yang manakah betul?

A. J, K, L
B. J, K, M
C. J, L, M
D. K, L, M

6. Apakah cara yang terbaik untuk melupuskan tin yang
kosong?

A. Tanam di dalam tanah.
B. Dibakar di kawasan yang lapang.
C. Dimasukkan ke dalam tong ktar semula.
D. Dibuang di tempat pembuangan sampah.

Selamat Menjawab

Disediakan oleh:
Hasriza binti Kure
Guru Sains Tahun 6
SK. Batu 4 Jalan Apas Tawau

Modul Pembelajaran 2

Sasaran : Tahun 6 / Tahap 2
Subjek : Sains
Tajuk : 9.0 Bahan Buangan
Tema : Sains Bahan
Nota : 1. Penggunaan bahan buangan tidak

terbiodegradasikan memberi kesan buruk kepada
benda hidup dan alam sekitar.

Pencemaran alam

Kesan buruk Penyakit
pembuangan Banjir kilat
bahan tidak
terbodegradasi

yang tidak
dikawal

Hujan asid

2. Amalan pengurusan bahan buangan secara
terancang adalah penting demi kelestarian kehidupan
manusia pada masa akan datang.

Dibungkus Amalan Diasingkan
dan diikat 3R mengikut jenis
dengan
Amalan sebelum
kemas pengurusan dibuang

Bahan sisa bahan Guna bekas
makanan buangan khas untuk
membuang
boleh sisa minyak
direputkan dan dan bahan
dijadikan baja buangan kimia

kompos

Standard Kandungan : 9.1 Bahan buangan

Standard Pembelajaran : 9.1.4 Menaakul penggunaan bahan tidak

terbiodegradasi secara berhemah.

9.1.5 Memerihalkan pengurusan bahan

buangan secara terancang untuk

kehidupan yang lestari.

9.1.6 Menjelaskan pemerhatian melalui

lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Menjelaskan kesan dan akibat

pembuangan bahan tidak

terbiodegradasikan secara tidak berhemah.

2. Menyatakan amalan pengurusan bahan

buangan secara berhemah.

3. Menjalankan amalan 3R

4. Menghasilkan projek baja kompos.

Kriteria Kejayaan : 1. Murid menyatakan 4 kesan buruk

pembuangan bahan tidak

terbiodegradasikan yang tidak berhemah.

2. Murid menyatakan 5 cara pengurusan

bahan buangan secara terancang

3. Murid mengamalkan pembuangan sampah

secara pengasingan sesama berada di

sekolah dan di rumah.

4. Murid berjaya menghasilkan baja kompos

sendiri di rumah.

Tempoh Pelaksanaan : 26/10 /2020 sehingga 30/10/2020

Aktiviti : Menjawab soalan berdasarkan lembaran

kerja yang disediakan.

Pentaksiran : 1. Menjelaskan melalui contoh pengurusan
bahan buangan secara terancang (TP3)

2. Menaakul penggunaan bahan buangan
terbiodegradasi secara berhemah (TP4)

3. Menjana idea kesan pembuangan bahan
buangan secara tidak terancang

4. Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif
tentang peranan manusia dalam mengurus
bahan buangan untuk kehidupan yang lestari

Panduan Pelaksanaan :
1. Murid-murid membaca tajuk yang berkaitan bab 9: Bahan

Buangan dalam buku teks Sains KSSR Tahun 6. (Rujuk muka surat 154
hingga 158) dan nota panduan yang disediakan oleh guru dalam
lampiran.
2. Murid-murid juga digalakkan untuk membuat rujukan daripada
internet/laman web untuk mengukuhkan pengetahuan dan
pemahaman murid.
3. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah untuk memahami
tajuk tersebut, murid-murid digalakkan untuk mendapatkan
bimbingan daripada guru.
4. Murid-murid hendaklah menjawab kesemua soalan latihan dalam
lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
5. Ibu bapa digalakkan untuk membantu murid menyiapkan latihan
tersebut.
6. Selamat menjawab.

Aktiviti Pembelajaran
1. Rajah 1 menunjukkan situasi di suatu kawasan perumahan.

Rajah 1

a) Berdasarkan Rajah 1, ramalkan satu kesan buruk yang akan
berlaku jika bahan buangan itu tidak diurus dengan cara yang
betul.
____________________________________________________________
_____________________________________________________________

b) Nyatakan satu kaedah yang sesuai untuk menguruskan bahan
buangan tersebut.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Maklumat yang berikut merupakan rungutan penduduk tentang

sebuah kilang di kawasan mereka.

1. Kilang tersebut melepaskan banyak asap ke
udara.

2. Kilang tersebut juga melepaskan sisa kilang ke
dalam sungai yang berhampiran.

a) Apakah kesan buruk daripada bahan buangan yang dibuang
oleh kilang tersebut?

____________________________________________________________

_____________________________________________________________

b) Apakah yang perlu dilakukan oleh pengusaha kilang itu untuk
mengelakkan pencemaran?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

3. Rajah 2 menunjukkan cara sesetengah orang melakukan pelupusan
bahan buangan.

Rajah 2

a) Pada pendapat kamu, adakah cara ini betul? Tandakan
(√) pada kotak yang betul di bawah.

Ya Tidak

b) Berdasarkan aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, nyatakan
satu kesan daripada aktiviti di atas kepada hidupan lain.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Bulatkan jawapan yang betul
1. Rajah 1 menunjukkan situasi di suatu kawasan perumahan.

Rajah 1

Antara yang berikut, yang manakah paling mungkin akan berlaku
di kawasan tersebut?

A. Longkang menyebabkan banjir kilat.
B. Banyak lalat di kawasan itu.
C. Banyak tikus di kawasan itu.
D. Bau busuk,

2. Maklumat yang berikut menunjukkan penggunaan bahan
buangan.

V – Ah Meng menggunakan tayar lama
sebagai bekas untuk menanam cili.

W – Hanna menggunakan beg sendiri apabila
membeli belah.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang V dan W?

V W
Kurangkan
A Kitar semula Kurangkan
B Guna semula Kitar semula
C Guna semula Guna semula
D Kitar semula

3. Rajah 2 menunjukkan petani menyembur tacun rumpai di
kebunnya yang terletak berhampiran dengan sungai.

Rajah 2

Antara maklumat yang berikut, yang manakah berkaitan dengan
rajah di atas?

P – Rumput akan berhenti membiak.
Q – Petani akan terkena penyakit berjangkit.
R – Ikan akan tercemar dengan bahan kimia tersebut.
S – Bahan kimia akan mengalir ke sungai dan

mencemarkan air sungai

A. P dan Q
B. P dan R
C. Q dan S
D. R dan S

4. Apakah kebaikan kitar semula bahan buangan untuk
menghasilkan produk yang baharu?

A. Produk baharu dapat dihasilkan.
B. Menambahkan penggunaan tenaga elektrik.
C. Produk baharu boleh didhasilkan dalam masa yang singkat.
D. Dapat menjimatkan sumber bahan mentah untuk

menghasilkan produk baharu.

5. Rajah 3 menunjukkan pengurusan sampah dari rumah.
Sampah dikutip dan dihantar ke pusat
pengumpulan sampah

Sampah diasingkan

Dikitar semula X

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah mewakili X?

A. Dibakar di kawasan lapang
B. Dibakar di dalam insinerator
C. Ditanam di kawasan lapang
D. Diproses menjadi bahan yang baharu

6. Mengapakah sampah diasingkan di pusat pengumpulan
sampah?

A. Untuk mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula
B. Untuk mengurangkan sampah yang perlu dibakar
C. Untuk mengasingkan bahan buangan logam
D. Untuk mengasingkan bahan buangan kaca

Selamat Menjawab

Projek Baja Kompas Saya

Bahan/Alat
1. Bekas plastik seperti botol minuman
2. Sisa makanan
3. Alat untuk menggaul
4. Air

Cara Penyediaan:
Rujuk buku teks Sains Tahun 6 muka surat 157.

Tempoh masa projek:
4 hingga 5 minggu

Pelaporan:
Sediakan pelaporan bergambar sebagai
evidens anda.

Selamat Mencuba

Disediakan oleh:
Hasriza binti Kure
Guru Sains Tahun 6
SK. Batu 4 Jalan Apas Tawau


Click to View FlipBook Version