Gagak yang Bijak
Di manakah aku boleh mendapatkan air? Aku sangat dahaga. Pada suatu musim kemarau, ada seekor burung gagak yang sangat dahaga.
Setelah terbang agak jauh, akhirnya dia ternampak sebuah botol air. Di dalam botol itu, ada sedikit air.
Gagak cuba untuk minum air di dalam botol itu. Namun mulut botol itu kecil. Dia hanya dapat memasukkan sebahagian sahaja paruhnya ke dalam botol itu.
Setelah mencuba berkali-kali, Gagak masih gagal untuk minum air di dalam botol itu. Bagaimanakah aku mahu minum air di dalam botol ini?
Namun begitu, dia sabar dan tidak mudah berputus asa. Dia berikhtiar untuk mendapatkan air itu. Jika botol ini aku condongkan, pasti air di dalamnya akan tumpah.
Tiba-tiba, Gagak ternampak batu-batu kecil di sekeliling botol itu. Dia pun mendapat idea.
Gagak mengutip batu-batu kecil itu dengan paruhnya. Kemudian, dia memasukkan batu-batu itu ke dalam botol air.
Setiap kali batu dimasukkan ke dalam botol itu, paras air akan naik sedikit. Maka, Gagak pun terus memasukkan batu-batu itu ke dalam botol air.
Akhirnya, paras air naik hingga menghampiri mulut botol.
Gagak pun memasukkan paruhnya ke dalam botol itu. Kali ini, dia berjaya minum air di dalam botol itu.
Gagak sangat gembira. Dia berjaya menyelesaikan masalahnya dengan akal yang bijak. Kini, dia tidak berasa dahaga lagi.
Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita ialah: kita perlu bijak menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.