The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59318680, 2024-06-26 00:13:18

Modul Pemimpin Terbaik - RAPID FiRe

Modul Pemimpin Terbaik - RAPID FiRe

salmisabri


Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility © Mohd Salmi bin Mohd Sabri Buku ini adalah karya Mohd Salmi Bin Mohd Sabri. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa saja tanpa izin penulis. Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung adalah sesuai untuk pembaca namun semua isi kandungan adalah melalui pengalaman serta kepakaran penulis sendiri. Penulis Mohd Salmi bin Mohd Sabri HAK CIPTA


Segala Pujian Hanya Bagi ALLAH, Tuhan SEKALIAN ALAM. Selawat & Salam ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. TERIMA KASIH buat isteri tercintaku Noor Hidayah binti Ramlly dan anak-anak kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat menjadikan ia suatu realiti. Penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hurul Ain Zahra (Guru Besar, SKBRJ), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling (MGKK) Rendah, Gombak dan pasukan Pembina Modul BK Sekolah Rendah Daerah Gombak yang sentiasa menyahut apa jua idea dan hasrat demi keberkesanan perkhidmatan dan kemenjadian murid. Dedikasi buat sahabat -sahabat pembaca kesayangan saya, setinggi -tinggi terima kasih kerana menyokong usaha kecil ini. Semoga ia memberikan manfaat kepada kita semua PENGHARGAAN Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility


Mohd Salmi bin Mohd Sabri Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) Pendidikan • SK Desa Bakti, Mentakab, Pahang • SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang • SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang • Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia, UTM • Diploma Perguruan KPLI Bimbingan dan Kaunseling, IPGK Raja Melewar, Negeri Sembilan • Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling, UPSI Pencapaian • Penerima Pingat Perak, Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat Murid Sejahtera, Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah harian, KPM • Penerima Pingat Perak (Berkumpulan) Inovasi Kaunseling i -COUNNOVAS 2.0, Peringkat Antarabangsa, Webinar Kaunseling Kebangsaan Kali Ke -22, 2021 • Anugerah Pengurusan Pendidikan Kerjaya Kreatif, Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah harian, KPM • Anugerah Perak, Penarafan Laman minda Sihat, Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah harian, KPM Penulisan • Kajian Tindakan: Keberkesanan Program De' Halaman Bonda dalam menarik minat murid hadir ke sekolah, Jurnal 10 Hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Jilid 2/2020 BIODATA PENULIS Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility


HAK CIPTA PENGHARGAAN BIODATA PENULIS ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN BAHAGIAN PERANCANGAN PROGRAM KERTAS KERJA POSTER BAHAGIAN PELAKSANAAN PROGRAM BORANG KEHADIRAN PAPARAN SLAID PEMBENTANGAN R.A.P.I.D Fi.Re. PAPARAN SLIDE KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS PAPARAN SLIDE TUGAS AJK TERTINGGI KOKURIKULUM BAHAGIAN PEMANTAUAN PELAPORAN PROGRAM INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM ISI KANDUNGAN Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility


RESPECT Hormat adalah sikap penghormatan, penghargaan, dan rasa hormat terhadap orang lain. Perkara penting dalam membentuk pemimpin dihormati. Pemimpin dengan mudah untuk memberi arahan kepada orang lain. APPEARANCE Penjagaan penampilan perlu dititikberatkan oleh pemimpin bagi menunjukkan pemimpin tersebut seorang yang berkaliber. Penampilan diri dapat mencerminkan hasil kerja yang baik dan mewujudkan suasana yang harmonis. PUNCTUALITY Penggunaan masa yang berkualiti dan tepat merupakan disiplin diri yang tinggi yang akan dipandang tinggi oleh orang lain. IMPROVEMENT Pemimpin terbaik akan sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa. Sebagai pelajar, fokus utama adalah pelajaran. Peningkatan ini akan membawa budaya positif dalam persekitaran mereka. DISCIPLINE Kunci utama dalam mengajak atau menyuruh murid lain mengikut arahan adalah tahap disiplin pada diri sendiri. Prosedur atau peraturan wajib dituruti kerana ia adalah nadi pembentukkan sasiah terbaik. FIGURE Pemimpin akan sentiasa dipandang tinggi dan disanjung setiap gerak geri. Sebagai pemimpin, mestilah bertindak sebagai penggerak budaya dan sahsiah baik di sekolah. RESPONSIBILITY Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang tinggi kerana sentiasa berhadapan dengan orang ramai dalam melaksanakan tugasan. Pelbagai perkara yang akan dilalui, namun ia akan melahirkan seorang pemimpin hebat dalam melaksanakan amanah. MODUL R.A.P.I.D Fi.Re. Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility


Punctuality Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility Soalan Pantas: Bagaimanakah cara sekolah menetapkan masa setiap aktiviti di sekolah? Tingkatkan Produktiviti 05 dan Kecekapan ● Dengan melaksanakan tugas tepat pada masanya, anda boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan pasukan atau organisasi anda secara keseluruhan. Menunjukkan 04 Profesionalisme ● Sebagai seorang pemimpin, ketepatan masa adalah aspek penting dalam profesionalisme. Ini mencerminkan tanggungjawab, disiplin dan organisasi yang baik. Elakkan Kelewatan dan 03 Komplikasi ● Ketepatan masa membantu mengelakkan kelewatan dalam projek atau mesyuarat yang boleh menyebabkan komplikasi dan masalah lain. Ini juga membantu mengekalkan aliran kerja yang lancar. Membina Reputasi yang 02 Baik ● Konsisten dalam ketepatan waktu membantu membina reputasi anda sebagai pemimpin yang boleh dipercayai dan efisien. Orang akan melihat anda sebagai seseorang yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan tugas tepat waktu. Menghargai Waktu Orang 01 Lain ● Ketika anda menghormati waktu orang lain dengan melakukan tugas atau tepat pada waktu, itu menunjukkan bahawa anda menghargai dan menghormati waktu mereka.


CABARAN: Anda ditugaskan berada di bahagian laluan masuk murid, terdapat uniform murid yang tidak lengkap, apakah tindakan anda? Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility


CABARAN: Anda melalui tandas sekolah, anda terdengar bunyi bising di dalamnya, apakah tindakan yang anda perlu ambil untuk mengatasi perkara tersebut? Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility


Kesimpulan Modul RAPID FiRe: Respect Appearance Punctuality Improvement Discipline Figure Responsibility R RESPECT A P I D Fi Re APPEARANCE PUNCTUALITY IMPROVEMENT DISCIPLINE FIGURE RESPONSIBILITY


PAPARAN SLAID PEMBENTANGAN


LATIHAN DALAM KUMPULAN JADI KE TIDAK!!!! OBJEKTIF 1. Melaksanakan tugasan dengan cara yang betul 2. Menanam sikap kerjasama antara satu sama lain 3. Mengawal perasaan ketika melaksanakan sesuatu aktiviti ALAT: Kertas A4 MASA: 45 minit LANGKAH PELAKSANAAN 4. Fasilitator menerangkan cara aktiviti dilaksanakan a. Peserta akan diberikan kertas A4 b. Peserta dikehendaki menghasilkan Kapal Terbang c. Setiap peserta hanya boleh membuat 1 lipatan sahaja d. Setelah buat lipatan, kertas tersebut diserahkan kepada orang berikutnya sehingga setaip ahli terakhir e. Peserta hadapan akan memulakan lipatan f. Peserta akhir akan ke hadapan untuk membentangkan hasil 5. Fasilitator mengagihkan bahan aktiviti 6. Murid bersedia untuk menjalankan aktiviti 7. Fasilitator menetapkan masa dan memulakan aktiviti 8. Peserta melaksanakan aktiviti sehingga siap 9. Fasilitator memberhentikan aktiviti 10. Fasilitator mengadakan soal jawab berkaitan kekangan/kesulitan yang berlaku ketika aktiviti dilaksanakan 11. Fasilitator membuat kesimpulan KESIMPULAN • Tanpa tujuan, maka sia-sialah kumpulan yang dibina • Peraturan penting di ikuti bagi melancarkan aktiviti • Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah • Kerja kumpulan memerlukan penyatuan minda, hati dan tenaga bagi memastikan tugasan dapat dilaksanakan IMPAK •Muridfahambahawakerjaberkumpulanmemerlukankerjasamayangkuatantarasatusama


Click to View FlipBook Version