The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Basic fashion Dictionary - untu pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahrul.naim, 2021-07-13 04:10:35

Basic Fashion Dictionary - 2021

Basic fashion Dictionary - untu pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Malaysia

Haute Couture

Adi busana, proses pembuatan pakaian yang ekslusif
dan tersendiri, ianya dihasilkan untuk seorang
pelanggan sahaja.

Hand Sewing

Jahitan tangan.

Hemline

Bahagian bawah baju atau dress,
dihujung kain biasanya dibuat
penyudah tepi seperti kelepet, jahit
tepi halus dan sebagainya.

Handkerchief

Sapu tangan.

Herringbone

Corak yang terdiri daripada lajur
garis selari pendek, dengan semua
garis dalam satu lajur serong satu
arah dan semua garis di lajur
seterusnya serong dengan cara yang
lain sehingga menyerupai tulang
pada ikan, misalnya seperti yang
digunakan dalam tenunan kain.

High-Waist

Pakaian yang mempunyai garisan
pinggang yang tinggi seperti high
waist skirt.

Hipster

Sejenis stail untuk skirt dan seluar
dimana ianya dipakai bawah dari
garisan pinggang normal. Stail ini
popular pada tahun 1960 dan
biasanya dipakai dengan tali
pinggang besar. Hipster pada masa
kini membawa maksud bergaya
yang terkini.

Hatching

Teknik ilustrasi secara lorekan atau bayangan
dengan garis selari yang dilukis rapat.

Heavyweight

Fabric

Fabric yang tebal contohnya upholsteri
fabrik, kanvas, broked, poplin dan
denim.

Hourglass

Sejenis potongan/silhouette yang
ramping dipinggang seperti jam pasir,
potongan yang ideal bagi seorang
wanita.

High-end Fashion

Merujuk pada barang atau perkara yang dikategorikan
memiliki nilai paling sempurna dengan teknologi
paling terkini dan mahal.



Internship

Latihan praktikal/industri, satu
proses pembelajaran bersama
industri sebenar, dimana
pelajar perlu bekerja dengan
sebuah organisasi bagi
menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran sebelum tamat
pengajian.

Iron

Seterika.

Image

Imej.

Interfacing

Lapik dalam, ia bergam atau
tidak bergam dan bertenun
atau tidak bertenun.

Interlining

Satu lapis kain yang
dilapis sebelum
menjahit lining
untuk menambah
pelindungan seperti
kesejukan atau
kepanasan.
Kebiasaannya
terdapat dalam kot
atau blazer.

International

Antarabangsa.

Illustration

Ilustrasi.

Inspiration

Inspirasi.



Jacket

Pakaian ketat paras pinggang
dikemas dengan menggunakan
butang atau zip.

Jodhpurs

Seluar berasal dari india, sempena nama
sebuah bandar. Seluar longgar di bahagian
atas dan ketat di betis sehingga buku lalu
dan digunakan semasa menunggang kuda.

Jacquard

Jacquard, sejenis fabric yang
mempunyai tenunan hiasan kain
dengan corak tenunan yang seni
dan rumit.

Jersey

Jersi, sejenis fabrik boleh regang,
kebanyakkan pada pakaian sukan.

Jewellery

Alatan perhiasan diguna oleh
manusia atau digunakan pada
pakaian. Diperbuat daripada
pelbagai sumber seperti
emas, perak, dan batu
permata.

Jewel Tones

Warna yang mewah dan kaya diinspirasikan daripada
warna-warna batu permata.



Kawaii

Trend fesyen yang
comel berasal dari
Jepun.

Kilt

Pakaian penduduk Scotland diperbuat
dari fabrik bercorak petak tartan.

Kimono

Pakaian tradisional penduduk jepun, mempunyai
tali yang dipanggil Obi di pinggang serta bentuk
lengan yang lebar.

Knee-Length

Labuh paras lutut.

Knee-Pleat

Lipatan yang seiring diulang
menjadi hiasan pada skirt dan
gaun. Mula popular pada tahun
1920an hingga 1950an.

Knitting

Teknik manipulasi benang bagi
menghasilkan fabrik.



Line

Pertembungan
dua titik yang
bercantum
mencipta ilusi
gambar.

Look Book

Katalog bergambar yang
digunakan bagi tujuan
persembahan dan
promosi pakaian kepada
pembeli.

Loungewear

Pakaian di rumah.

Lingerie

Pakaian dalam wanita yang
diperbuat daripada material satin,
sutera polyester dan nilon.

Label

Tanda pakaian yang ditampal bagi
tujuan menunjukkan saiz atau
jenama pakaian.

Length

Labuh.

Lapel

Kolar berbentuk dua
segitiga pada jaket
dan suit.

Lining

Fabrik yang digunakan bagi menutup
basi jahitan pada bahagian dalam
pakaian supaya si pemakai lebih
selesa.

Linen

Sejenis fabrik diperbuat dari serat
tumbuhan rami.

Lycra

Suatu gentian sintetik yang diketahui
atas ciri keanjalannya yang luar biasa.
Ia lebih kuat dan lebih tahan lama
daripada getah asli.

Lace

Kain halus yang diperbuat daripada
benang, dibuat oleh mesin atau
dengan tangan.

Lamé

Fabrik tenunan dengan gabungan
benang unsur logam.

Layout

Susun atur hasil kerja bagi
menghasilkan persembahan kerja
sama ada susun atur secara virtual
atau papan.

Leather

Material berasaskan
dari haiwan seperti
kulit lembu dan kulit
kambing.

Lightweight
Fabric

Fabric yang ringan seperti
sifon, organza dan net.


Click to View FlipBook Version