The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH:​

KUMPULAN 5: ​
ROZEFAELINA BINTI HARUN (02DTM22F1032)​
NUR FATIN AISYAH BINTI AHMAD ZULKIFLI (02DTM22F1044) ​
NURUL NAZIRAH BINTI MOHD FAISAL (02DTM22F1006) ​
UMMI KHADIJATUNNUR BINTI MUSBI (02DTM22F1028) ​
ALYA NATASYA BT MOHD ROSLAN (02DTM22F1042) ​

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozefaelinaharun, 2022-10-16 03:05:15

INOVASI SOSIAL BERKAITAN DENGAN PERPADUAN ( MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

DISEDIAKAN OLEH:​

KUMPULAN 5: ​
ROZEFAELINA BINTI HARUN (02DTM22F1032)​
NUR FATIN AISYAH BINTI AHMAD ZULKIFLI (02DTM22F1044) ​
NURUL NAZIRAH BINTI MOHD FAISAL (02DTM22F1006) ​
UMMI KHADIJATUNNUR BINTI MUSBI (02DTM22F1028) ​
ALYA NATASYA BT MOHD ROSLAN (02DTM22F1042) ​

INOVASI SOSIAL BERKENAAN
DENGAN PERPADUAN

DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 5:
ROZEFAELINA BINTI HARUN (02DTM22F1032)
NUR FATIN A IS YA H B INTI A HM A D ZULKIF LI ( 0 2 DTM 2 2 F1 04 4)
NURUL NAZIRAH BINTI MOHD FAISAL (02DTM22F1006)
UMMI KHA DIJATUNNUR BINTI MUSBI (02DTM22F1028)
A LYA NATA S YA B T M O H D R O S L A N ( 0 2 D TM 2 2 F1 04 2)

ISI KANDUNGAN .

➢ PENGENALAN
➢ MAKSUD INOVASI SOSIAL
➢ MAKSUD PERPADUAN
➢ CARA MEMUPUK PERPADUAN
➢ FAEDAH INOVASI SOSIAL TERHADAP PERPADUAN
➢ KESAN PENGABAIAN INOVASI SOSIALTERHADAP PERPADUAN
➢ KESIMPULAN
➢ LAMPIRAN DAN RUJUKAN

PENGENALAN.

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat
pelbagai kaum yang hidup dengan aman dan sejahtera . Perpaduan
telah ditakrifkan sebagai hubungan bersifat toleransi yang diwujudkan
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza seperti kaum Melayu ,
Cina , India dan lain-lain . Demi mencapai dan mengekalkan hidup
yang aman dan harmoni , masyarakat Malaysia perlu menitikberatkan
tentang inovasi soisal .Inovasi sosial adalah sesuatu produk dan
perkhidmatan yang di tambah nilai bagi memenuhi keperluan
komuniti , menjana pendapatan dan mampu milik bagi meningkatkan
kesejahteraan masyarakat , Secara tidak langsung , kita dapat lihat
bahawa pentingnya inovasi sosial ini bagi memupuk semangat
perpaduan untuk menjamin perpaduan masyarakat .



DEFINISI INOVASI

❑APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INOVASI?

Inovasi ialah proses pengubahsuaian dan penambaikan kepada
produk sedia ada.Di peringkat komersial,inovasi didefinisikan
sebagai pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif
dan berdaya saing di pasaran.Kemampuan membina
transformasi atau mencipta yang baharu sama ada dalam bentuk
sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan
semasa ke arah pejanaan dan perkembangan minda yang lebih
dinamik.

DEFINISI PERPADUAN

❑APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERPADUAN?

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat tolenrasi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbza untuk
mencapai matlamat Bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu
identity dan nilai yang bersama serta perasaan cinta dan bangga
negara.Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat
hidup dengan harmoni.Antara kaum utama di Malaysia ialah
Melayu,Cina,India,orang asli semenajung, Kadazandusun dan iban .Perpaduan
tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba menjadi batu api dan
menyemarakan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.

CARA MEMUPUK PERPADUAN.

• PERKAHWINAN CAMPUR

Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di negara ini ialah perkahwinan campur diberikan satu lonjakan atau galakan
baru. Maknanya perkahwinan campur menjadi satu lumrah dalam masyarakat kita kerana cara ini merupakan kaedah paling mudah tetapi
praktikal untuk dilaksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi muda yang lebih bertoleransi terhadap perbezaan
kebudayaan dapat dihasilkan kerana sudah melihat perbezaan budaya kedua-dua ibu bapa mereka itu. Jadi, perpaduan di negara ini
mampu dicapai dengan mudah jika konsep perkahwinan campur itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan murni pula.

• KONSEP RUMAH TERBUKA

konsep rumah terbuka harus diluaskan di negara ini kerana setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri pula. Rumah terbuka ketika
musim perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu mewujudkan satu persefahaman tentang kehidupan
mereka itu tanpa disedari pula. Lama-kelamaan lawatan sebegini memberikan satu pandangan yang positif tentang jiran tetangga yang
kemudiannya turut mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka itu. Maka, perpaduan masyarakat
berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan konsep rumah terbuka di negara ini.

CARA MEMUPUK PERPADUAN.

• SIKAP SALING HORMAT

Sikap saling menghormati antara satu sama lain harus ditekankan juga. Sikap saling hormat ini menyebabkan setiap lapisan
masyarakat tidak akan berani untuk mengeluarkan sebarang ungkapan atau istilah yang boleh menyinggung perasaan kaum
yang lain pula. Ketertinggian pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain menyebabkan rasa perpaduan itu
begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini. Justeru, perpaduan akan terus menjadi sesuatu yang dihargai di negara ini
jika sikap saling menghormati itu wujud dalam jiwa penduduk negara.

• PERANAN MEDIA MASSA

pihak media massa terutama stesen penyiaran tempatan terutama swasta boleh menyiarkan pelbagai program yang berunsur
perpaduan. Rancangan hiburan, drama dan dokumentari perlulah menekankan unsur perpaduan seperti mengambil semua
pelakon tanpa mengira kaum atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia. Program melalui media massa ini sudah
pasti akan tertanam secara perlahan-lahan dalam jiwa masyarakat terutama jika unsur hiburan turut diselitkan dalam setiap
program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan akan tercapai dengan lebih mudah melalui penyiaran pelbagai program berunsur
perpaduan di media massa kita.

FAEDAH INOVASI SOSIAL TERHADAP
PERPADUAN

• Perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil
perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.

• Perpaduan juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangatkekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri bagai “enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti
negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan
berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,wujudlahpelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna
kulit.Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkansemangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

FAEDAH INOVASI SOSIAL TERHADAP
PERPADUAN

• Perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara.

Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk
mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat
hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang
dengan kemasukan pelancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain
dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.
Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikanMalaysia
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

KESAN PENGABAIAN INOVASI SOSIAL
TERHADAP PERPADUAN

MENGURANGKAN KEUPAYAAN MASYARAKAT DALAM MEMBENTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

• inovasi sosial meyatukan pelbagai agen dalam mencari penyelesaian masalah kerana terdapat interaksi antara
masyarakat berbilang kaum ketika menghasilkan sesuatu produk.

• sekiranya tiada kolaborasi antara manusia dan organisasi ketika menghasilkan sesuatu produk, produk
tersebut berkemungkinan tidak dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

• kesannya, kesejahteraan masyarakat susah untuk dibentuk kerana tiada komunikasi dan interaksi diantara
mereka untuk membantu menyelesaikan masalah keperluan masyarakat. Contohnya, menghasilkan alatan
perubatan moden.

KESAN PENGABAIAN INOVASI SOSIAL TERHADAP
PERPADUAN

KEKURANGAN DAYA SAING DAN LESTARI ANTARA MASYARAKAT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH KEPERLUAN
SOSIAL .

• apabila masalah sosial wujud, inovasi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk daya saing dari segi ekonomi dan
masyarakat.

• semakin aman sesebuah masyarakat, semakin tinggi daya saing dan lestari masyarakat. Hal ini kerana setiap orang akan berlumba untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial serta inginkan pembaharuan dalam kehidupan mereka.

• sekiranya tiada sifat daya saing antara masyarakat,sudah semestinya kurang pembangunan dan inovasi dalam ekonomi dan sosial. Hal
ini juga menyebabkan masalah keperluan kehidupan masyarakat tidak berkembang maju dan susah. Sebagai contoh, dalam bidang
perubatan seperti masalah dalam mendiagnosis penyakit.

• hasil inovasi sosial ialah menyediakan penyelesaian baharu terhadap masalah sosial terutamanya pada masa krisis yang kompleks.

• akhirnya, inovasi sosial dapat membuka jalan untuk membangunkan kelebihan daya saing baru untuk ekonomi seterusnya dapat
memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat.

KESIMPULAN.

Kesimpulannya , sepanjang proses kami menyiapkan tugasan e-folio ini , banyak
pengetahuan dan pengajaran serta nilai yang dapat kami pelajari .Setelah
tugasan e-folio ini disiapkan ,terdapat pelbagai pendapat yang dapat kami
simpulkan .Antaranya menggalakan inovasi sosial diterapkan dalam diri semua
masyarakat tidak kira kaum dan bangsa .Hal ini amat penting untuk membentuk
minat mereka sebelum menghadapi pelbagai cabaran yang besar . Inovasi sosial
ini memberi banyak faedah kepada masyarakat dan mengukuhkan semangat
perpaduan . Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif dalam
menyelesaikan sesuatu masalah . Inovasi sosial ini juga dapat meningkatkan
kemajuan kepada perpaduan daripada segi pelbagai insiatif yang di inovasikan
agar segala urusan semua masyarakat dipermudahkan .

LAMPIRAN DAN RUJUKAN.

➢ http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html?m=1

➢ https://core.ac.uk/download/pdf/196236794.pdf
➢ Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia | Jobstore Careers Blog - Malaysia's

best career blog
➢ Usaha-Usaha Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia (panduanmalaysia.com)
➢ https://inovasisosialberkenaandenganperpad2an.blogspot.com/
➢ http://ainachah.blogspot.com/2015/06/kepentingan-perpaduan.html?m=1
➢ Jumlah Penduduk Malaysia Terkini 2022 Kaum,Umur Jantina (permohonan.my)

LAMPIRAN DAN RUJUKAN.

ROZEFAELINA BINTI NURUL NAZIRAH BINTI NUR FATIN AISYAH BINTI
HARUN (02DTM22F1032) MOHD FAISAL AHMAD ZULKIFLI
(02DTM22F1044)
(02DTM22F1006)

UMMI KHADIJATUNNUR ALYA NATASYA BT MOHD
BINTI MUSBI ROSLAN

(02DTM22F1028) (02DTM22F1042)


Click to View FlipBook Version