The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SM (3 JUN 2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jpn-pulau-pinang-cm118, 2022-06-03 02:52:03

KERTAS KONSEP PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SM (3 JUN 2022)

KERTAS KONSEP PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SM (3 JUN 2022)

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PERKAMPUNGAN
PENULIS MUDA 2022

ANJURAN

UNIT PENGGALAKAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KELOLAAN

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA

SEKOLAH MENENGAH 2022
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri.

2.0 PENDAHULUAN

Pencapaian visi dan harapan negara (dalam konteks membina negara bangsa)
terhadap pembinaan insan amat sulit dan memerlukan usaha yang berani,
bersungguh-sungguh dan secara holistik. Dalam konteks pembinaan modal
insan khususnya murid, pendekatan wahananya perlu menyeluruh yang
merangkumi pembinaan kecemerlangan dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dalam erti kata lain ketiga-tiga aspek pembinaan pembangunan
manusia iaitu KOGNITIF, EFEKTIF dan PSIKOMOTOR perlu digembleng dan
mesti dicapai.

Keseluruhan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
khususnya Bahagian Sekolah mengambil kira kesemua aspek yang
dinyatakan tadi dan di samping itu memberikan fokus yang lebih terhadap
sesuatu bidang.

Melalui program Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah ini, hasrat
pengisian ilmu dan kemahiran berkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu
dalam mengangkat dan memperkasa Bahasa Kebangsaan sangat diutamakan
selain memasukkan unsur-unsur pembinaan insan selaras dengan mandat
kerajaan iaitu “Sekolahku SEJAHTERA” yang meliputi semua nilai dalam
pembelajaran. Fokus pengisian program ini tertumpu kepada nilai-nilai murni
dalam penulisan dan interaksi peserta sepanjang berada di perkampungan
tersebut mahupun selepas program berakhir.

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

3.0 RASIONAL

Program ini melibatkan murid yang berbakat dalam penulisan kreatif dari
sekolah menengah seluruh negara. Murid didedahkan dengan beberapa aktiviti
ke arah penampilan diri dan bakat dalam pelbagai bidang ‘hard-skill’ dan ‘soft-
skill’ komunikasi, bahasa, kesusasteraan serta sahsiah dan nilai-nilai murni.
Bakat dan pengetahuan asas peserta dalam penciptaan karya kreatif yang
berpaksikan nilai-nilai murni dapat digarap dan digilap agar lebih
berketerampilan dan maju lagi pada masa akan datang. Lantaran itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia berpandangan dan berharap agar program
ini bukan sahaja perlu diperluas kepada peringkat negeri, daerah dan sekolah
malah perlu mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai kementerian
dan agensi lain.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam penulisan kreatif.

4.2 Memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan negara,
berdisiplin, berbudi bahasa, dan bermoral tinggi melalui aktiviti bengkel
penulisan dan hasil karya kreatif.

4.3 Memberi pendedahan asas kepada peserta berhubung perbezaan
antara penulisan biasa dengan penulisan kreatif.

4.4 Mempelbagaikan kaedah perkongsian ilmu dalam pelbagai medium.

4.5 Menghasilkan karya kreatif yang bermutu lagi bernilai murni secara
lebih produktif pada masa akan datang.

4.6 Memartabatkan genre sastera dalam kalangan murid dan pada masa
yang sama mengutamakan ketepatan penggunaan bahasa Melayu.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Murid tingkatan 1 hingga 5 sekolah kerajaan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia di seluruh negara yang pernah menghasilkan
karya kreatif pada peringkat asas.

5.2 Pencalonan dikemukakan oleh semua Jabatan Pendidikan Negeri.

5.3 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri menghantar 10 murid (5 lelaki dan 5
perempuan) yang berlatarbelakangkan pelbagai lokasi dan pelbagai kaum.

5.4 Setiap negeri juga melibatkan dua orang guru sebagai guru pembimbing.

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

6.0 CADANGAN AKTIVITI SEMASA PERKAMPUNGAN

Program dirancang dengan persetujuan pihak penganjur yang seperti cadangan
berikut:

6.1 Sesi memperkatakan kepengarangan Sasterawan Negara dan -
penulis-penulis terkenal (Bual Bicara Tokoh).
6.2 Bedah karya oleh pembimbing.
6.3 Motivasi dan ilmu bantu.
6.4 Bengkel penulisan travelog.
6.5 Penulisan travelog.
6.6 Bengkel “Tik Tok”.
6.7 Hasil karya dimuatnaik ke V-log Perkampungan Bahasa.
6.8 Diskusi karya peserta yang terpilih.
6.9 Apresiasi puisi (Paparan Kreatif Sajak)
6.10 Hak cipta dan plagiat.
6.11 Sesi kaedah pengiriman bahan karya kepada editor oleh fasilitator.

7.0 SYARAT TAMBAHAN PESERTA

7.1 Peserta negeri yang dipilih untuk mengikuti program ini pada peringkat
kebangsaan mestilah telah menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah
travelog dan sebuah sajak.

7.2 Penulisan travelog perlu dihantar satu set dalam bentuk ‘softcopy’ dan
satu set persembahan dalam aplikasi “tik tok”.

7.3 Sajak-sajak tersebut hendaklah dihantar satu set dalam bentuk
bercetak dan satu set dalam bentuk ’softcopy’ kepada pihak
penganjur.

7.4 Peserta program diminta menambah nilai karya mereka sebelum
berakhirnya program dan menyerahkannya kepada pihak penganjur.

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

7.5 Syarat penghasilan ‘tik tok’ travelog.

7.5.1 Tema : i ) Budaya setempat
ii ) Tempat-tempat menarik
iii) Makanan
(Pilih satu tema sahaja)

7.5.2 Durasi masa : 3 minit

7.5.3 Kandungan : maklumat, video dan gambar

7.5.4 Penyampaian mengikut kreativiti masing-masing

7.5.5 Penyampaian hanya dalam Bahasa Melayu

7.5.6 Muzik latar dibenarkan
7.5.7
Tetapan sebelum menyimpan karya ‘tik tok’ :
i) ‘Describe’ – Nama penuh, nama sekolah dan nama

negeri
ii) ‘Who can watch this video: Only me’
iii) ‘More option : Save to device’

7.5.8 Hantar video ke pautan berikut :
https://tinyurl.com/PPMKebTravelog2022

7.6 Syarat penulisan travelog.

7.6.1 Tema : Pengembaraan ke satu negeri/negara

7.6.2 Kandungan:
i) Gambar beserta penerangan yang sarat dengan

pelbagai informasi.
ii) Senaraikan aktiviti dan lokasi menarik.
iii) Ceritakan tentang masyarakat dan budaya setempat.

7.6.3 Jumlah perkataan : Tidak lebih daripada 500 patah
perkataan.

7.6.4 Hasil karya perlu dilengkapi dengan nama penuh peserta,
nama sekolah dan nama negeri .

7.6.5 Hantar penulisan travelog ke pautan berikut :
https://tinyurl.com/PPMKebTravelog2022

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

7.7 Syarat paparan kreatif sajak.

7.7.1 Tema : Sejahtera

7.7.2 Paparan kreatif sajak perlulah dalam bentuk kolaj atau
lukisan.

7.7.3 Sajak ditulis dengan tulisan tangan. Panjang sajak tidak
melebihi 30 bait.

7.7.4 Hasil paparan kreatif sajak perlulah dihantar dalam bentuk
gambar (jpeg) dan dilengkapi dengan nama penuh peserta,
nama sekolah dan nama negeri.

7.7.5 Hasil paparan kreatif sajak perlulah dihantar ke pautan
berikut :
https://tinyurl.com/PPMKebSajak2022

7.8 Syarat deklamasi sajak.

7.8.1 Rakaman video berdurasi tidak melebihi 10 minit.

7.8.2 Penggunaan latar belakang dan muzik latar dibenarkan.

7.8.3 Video dirakam dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi
720P/1080P. Nyatakan nama penuh peserta, nama
sekolah dan nama negeri.

7.8.4 Sajak hendaklah merupakan hasil idea sendiri dan belum
pernah disiarkan oleh mana-mana pihak. Karya yang
dihantar tidak akan dikembalikan semula kepada peserta
peserta.

7.8.5 Hantar video ke pautan berikut :
https://tinyurl.com/PPMKebSajak2022

8.0 MOD PELAKSANAAN

8.1 Peserta wajib menggunakan akaun delima (moe) dalam google
meet danmempunyai akses internet yang baik.

8.2 Perkampungan ini akan dijalankan secara dua mod atau kaedah
iaitu tutorial dalam talian dan sebahagian lagi murid melakukan
aktiviti kendiri di luar talian.

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

8.3 Peserta akan dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil iaitu
seramai 10 orang dan diletakkan di bawah seorang fasilitator / guru
pembimbing yang akan membantu murid sepanjang perjalanan kem.

8.4 Tutorial akan diberi secara dalam talian dan rakaman boleh diulang
tontonmelalui youtube untuk rujukan jika perlu.

9.0 HADIAH DAN ANUGERAH

9.1 1 Anugerah Seni Berbahasa Travelog
9.2 1 Anugerah Seni Berbahasa Sajak
9.3 1 Anugerah Terbaik Keseluruhan (Lelaki)
9.4 1 Anugerah Terbaik Keseluruhan (Perempuan)
9.5 5 Hadiah Penulisan Travelog
9.6 5 Hadiah Persembahan “Tik Tok”
9.7 5 Hadiah Deklamasi Sajak
9.8 5 Hadiah Paparan Kreatif Sajak
9.9 5 Hadiah Kuiz Bual Bicara Tokoh
9.10 5 Hadiah Kuiz Bengkel Penulisan Travelog
9.11 Sijil Penyertaan (Guru Pembimbing & peserta)

10.0 JAWATANKUASA DAN URUS SETIA

1. Pihak penganjur akan menyediakan seramai 16 orang fasilitator untuk
kelancaran sepanjang perkampungan

2. 5 orang teknikal untuk aplikasi dalam talian.
3. Seramai 32 orang pembimbing ditugaskan untuk membantu sepanjang

perjalanan perkampungan ini.

11.0 TARIKH DAN TEMPAT

a. Tarikh : 13-15 September 2022

b. Tempat : Peserta dalam Talian

c. Teknikal dan fasilitator : (cadangan lokasi)

PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

12.0 JADUAL PERKAMPUNGAN

TARIKH MASA & AKTIVITI

13 September 2022 8.30 - 9.00 pagi : Perasmian Pembukaan

(Selasa) 9.00 - 10.00 pagi : ‘Ice Breaking’

10.00 - 10.30 pagi : Rehat

10.30 -12.00 t.hari : Bual Bicara Bersama Tokoh
12.00 - 1.00 t.hari : Bengkel ‘tik tok’

1.00 - 2.30 ptg : Rehat

2.30 - 4.00 ptg : Bengkel Penulisan Travelog
4.00 - 6.00 ptg : Kendiri (Penulisan Travelog dan ‘tik tok’)

6.00 - 8.30 mlm : Rehat

8.30 - 10.00 mlm : Sesi bersama guru pembimbing dan fasilitator

14 September 2022 9.00 - 10.30 pagi : Bengkel Penulisan Sajak

(Rabu) 10.30 - 11.00 pagi : Rehat

11.00 - 12.30 t.hari : Sesi bersama guru pembimbing dan fasilitator

12.30 - 2.00 ptg : Rehat

2.00 - 3.30 ptg : Bedah Karya Travelog

4.00 - 6.00 ptg : Kendiri (Penulisan Sajak dan Sajak Kreatif)

6.00 - 8.30 mlm : Rehat

8.30 - 10.00 mlm : Sesi bersama guru pembimbing dan fasilitator

15 September 2022 9.00 - 10.30 pagi : Hak Cipta dan Plagiat

(Khamis) 10.30 - 11.00 pagi : Rehat

11.00 - 12.30 t.hari : Tatacara Penghantaran Karya

12.30 - 3.00 ptg : Rehat

3.00 - 5.00 ptg : Majlis Penutup dan Pengumuman Pemenang

13.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version