INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
BMMB1114
PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI
NAMA : WAN SITI SOFEA BINTI WAN AZHAR
NO. K/P : 040908-03-0194
ANGKA GILIRAN : 2022182310074
UNIT : BAHASA MELAYU 3
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN
TARIKH HANTAR : 20 APRIL 2023
TUGASAN 4 - PENGHASILAN PRODUK
tulisan
tulisan
khat
khat
BMMB1114 - PENGENALAN SISTEM
EJAAN JAWI DAN RUMI
ISI
ISI
KANDUNGAN
KANDUNGAN
1 SEJARAH TULISAN KHAT
2 JENIS-JENIS TULISAN KHAT
3 MENULIS TEMA MENGGUNAKAN SALAH SATU JENIS
TULISAN KHAT
sejarah tulisan
sejarah tulisan
khat
khat
Seni khat merupakan satu bidang kesenian yang
amat diminati oleh orang Islam. Dari semasa ke
semasa sejak zaman Rasulullah SAW hingga kini,
seni khat terus berkembang dan meningkat
pencapaian dan kecemerlangannya.
Keindahannya diabadikan di bangunan-
bangunan, kubah masjid, seramik kaca, selain
diukir di atas kayu dan logam. Perkembangan
seni khat di seluruh dunia pesat sekali, seiring
dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan
ilmu Islam (Zulina Hassan, 2009).
jenis-jenis
jenis-jenis
TULISAN khat
TULISAN khat
sejarah khat
sejarah khat
nasakh
nasakh
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal
dan berkembang daripada tulisan Arab asli. Khat
ini bermula daripada asal Khat Arami, Nabati,
kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum
kebangkitan dakwah Rasulullah SAW (Ibrahim
Damrah, 1987). Pada kurun ketiga dan keempat
Hijrah, seorang menteri dari Kerajaan Abbasiyah
iaitu Ali bin Muqlah (272-328H) bersama
saudaranya Abdullah, telah memperhalus tulisan
ini dan mencipta kaedah yang kini dikenali
sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh.
sejarah khat
sejarah khat
nasakh
nasakh
Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan
khat ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh
orang ramai sebagai Nasakh. Semasa
pemerintahan Atabikah (545H), khat ini
seterusnya melalui satu proses yang dikatakan
sebagai proses pengindahan menyeluruh.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting
dalam memartabatkan Khat Nasakh pada masa
ini. Khat Nasakh bukan sahaja digunakan dalam
penulisan al-Quran malah digunakan untuk
pelbagai peranan dan dalam pelbagai media.
contoh khat nasakh
contoh khat nasakh
sejarah khat
sejarah khat
thuluth
thuluth
Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (ibu
tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan
al-Quran lengkap kerana banyak mempunyai
kaedah, menentukan ukurannya dengan
bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf,
agak rumit serta memerlukan kemahiran yang
tinggi untuk menulisnya. Khat ini juga dikenali
sebagai Khat Arab disebabkan peranannya
sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang
lahir selepas Khat Kufi.
sejarah khat
sejarah khat
thuluth
thuluth
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3), dan khat ini
dinamakan Khat Thuluth kerana huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang
ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar
mata pen. Bentuk thuluth yang lebar mata
penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali,
manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi.
Khat ini diperkenalkan oleh Ibrahim al-Sajzi dan
banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam
masjid, nama surah dan hiasan kulit buku.
contoh khat thuluth
contoh khat thuluth
sejarah khat
sejarah khat
diwani
diwani
Khat Diwani merupakan khat yang dicipta oleh
penulis khat pada zaman pemerintahan Kerajaan
Uthmaniyyah. Khat Diwani dikenali secara rasmi
selepas negeri Konstaninopal ditawan oleh Sultan
Uthmaniyyah, Muhammad al-Fatih pada tahun
857H. Tulisan Khat Diwani biasanya digunakan
untuk menulis semua pekeliling pentadbiran,
keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi,
namun pada masa kini digunakan untuk menulis
watikah, sijil serta hiasan.
sejarah khat
sejarah khat
diwani
diwani
Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis, iaitu
Diwani Biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum).
Namun, khat Diwani Biasa banyak digunakan dan
diamalkan oleh penulis-penulis khat terkenal
berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk
bagi kedua-dua jenis khat Diwani ini berbentuk
bulat dan melengkung. Khat Diwani ditulis dengan
cara yang lembut dan mudah dibentuk mengikut
kehendak penulis. Hashim Muhammad al-Baghdadi
dan Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat
yang terkenal dengan Khat Diwani.
contoh khat diwani
contoh khat diwani
sejarah khat
sejarah khat
kufi
kufi
Nama Khat Kufi diambil bersempena dengan
nama sebuah bandar, iaitu al-Kufah yang terletak
di Mesopotamia. Ciri-ciri yang ada pada bentuk
huruf Khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan
bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri,
iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir pada
mozek, jubin, dan batu pada bangunan-
bangunan seperti masjid. Antara jenis Khat Kufi
yang lain ialah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba',
khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi
Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, dan lain-lain.
sejarah khat
sejarah khat
kufi
kufi
Khat Kufi telah mengalami perubahan daripada
bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada
bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun
bersumberkan daripada bentuk tumbuhan yang
menjalar. Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-
Quran pada peringkat awal. Khat Kufi mempunyai
identitinya yang tersendiri kerana hanya ditulis
oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-
huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya
mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk
yang pelbagai.
contoh khat kufi
contoh khat kufi
sejarah khat
sejarah khat
farsi
farsi
Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung
Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam yang
kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah
menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab
dan dinamakan dengan Khat Ta'liq. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa kaedah
tulisannya yang asal diambil daripada Khat al-
Tahrir, Khat Riq'ah, dan Khat Thuluth. Keindahan
Khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan
huruf yang menarik, kurangnya penggunaan
garis menegak dan bentuk hurufnya yang
condong ke kanan serta memanjang.
sejarah khat
sejarah khat
farsi
farsi
Khat Farsi dapat menyerlahkan kelembutan
kaedah penulisannya dan menunjukkan
ketelitian seseorang penulis khat. Khat Farsi
terbahagi kepada lima jenis, iaitu khat Nasta'liq,
khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir, khat Farsi
Mukhtazil, dan khat Farsi Mi'rat. Antara penulis
khat yang terkenal dalam penguasaan Khat
Farsi ialah Imaduddin al-Syirazi, Muhammad
As'as al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat
Qawa'idul Khat 'Arabi, Hasyim Mohammad al-
Baghdadi.
contoh khat farsi
contoh khat farsi
sejarah khat
sejarah khat
riq'ah
riq'ah
Riq'ah ialah terbitan daripada perkataan ruq'ah
yang bermaksud "sehelai kain". Khat Riq'ah
merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh
orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan
Uthmaniyyah (850H). Khat Riq'ah juga dikenali
sebagai "fon Uthmaniyyah" di Turki dan
kebanyakan dokumen ditulis dengan Khat Riq'ah.
Tujuan utama mereka mencipta khat ini adalah
untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam
semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan
kerajaan.
sejarah khat
sejarah khat
riq'ah
riq'ah
Ciri khusus Khat Riq'ah ialah bentuk huruf yang
kecil, lebih cepat, dan mudah ditulis jika
dibandingkan dengan Khat Nasakh. Gaya
penulisan Khat Riq'ah terdiri daripada garis
pendek, lurus, dan melengkung yang ringkas.
Penggunaan Khat Riq'ah dalam masyarakat kita
lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja,
berbanding Khat Nasakh yang begitu meluas
digunakan, khususnya dalam penerbitan buku,
majalah, dan akhbar.
contoh khat riq'ah
contoh khat riq'ah
tema:
tema:
pemanfaatan
pemanfaatan
digital menjana
digital menjana
kompetensi guru
kompetensi guru
rujukan
rujukan
Diwani (seni khat). (2021, September 26). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Diwani_(seni_khat)
Firdaus, H. (2007, April 22). Seni Khat Nasakh. Seni Khat Nasakh ~ Seni Khat
Warisan Islam | Firdaus Mahadi. https://callidesign.blogspot.com/2007/04/seni-
khat-nasakh.html
Firdaus, H. (2008, July 11). Khat Thuluth. Khat Thuluth ~ Seni Khat Warisan Islam |
Firdaus Mahadi. https://callidesign.blogspot.com/2008/07/khat-thuluth.html
Firdaus, M. (2008a, March 25). Khat Riq’ah @ Req’ah. Khat Riq’ah @ Req’ah ~
Seni Khat Warisan Islam | Firdaus Mahadi.
https://callidesign.blogspot.com/2008/03/khat-riqah.html
Firdaus, M. (2008b, June 2). Khat Farsi @ Farisi @ Nasta’liq. Khat Farsi @ Farisi
@ Nasta’liq ~ Seni Khat Warisan Islam | Firdaus Mahadi.
https://callidesign.blogspot.com/2008/06/khat-farsi.html
rujukan
rujukan
Kufi (seni khat). (2021, September 3). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kufi_(seni_khat)
Naskh (seni khat). (2021, October 4). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Naskh_(seni_khat)
Ruq’ah (seni khat). (2012, August). Wikipedia.org; Wikimedia Foundation, Inc.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ruq%27ah_(seni_khat)
Seni khat Parsi. (2021, September 2). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_khat_Parsi
Thuluth (seni khat). (2022, July 7). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Thuluth_(seni_khat)