INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN, 06000
JITRA, KEDAH DARUL AMAN
BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA : WAN SITI SOFEA BINTI WAN AZHAR
NO. K/P : 040908-03-0194
ANGKA GILIRAN : 2022182310074
PROGRAM : PPISMP
AMBILAN : JUN 2022
UNIT : BAHASA MELAYU 3
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD YAZI BIN KERYA
BMMB1074
SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
Disediakan oleh: Wan Siti Sofea
Bahasa Melayu 3
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA DEPAN
5.0 PENUTUP
1.0 PENGENALAN
Sejak tahun 1972, sistem ejaan bahasa Melayu telah digunakan secara
meluas. Sudah 50 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah
penulisan dalam semua bidang. Namun begitu, sebelum wujudnya
sistem ejaan bahasa Melayu baharu, terdapat beberapa sistem ejaan
yang telah digunakan pada suatu ketika dahulu. Marilah kita bersama-
sama mengkaji sejarah perkembangan sistem ejaan rumi.
KRONOLOGI SISTEM EJAAN
WILKINSON
SISTEM
EJAAN ZA'BA
SISTEM EJAAN
RUMI
SISTEM KONGRES
EJAAN FAJAR
ASIA
BAHASA
MELAYU 1972
SISTEM EJAAN WILKINSON
Diasaskan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Melayu Bersekutu (British).
Digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum.
Ejaan Rumi Wilkinson juga digunakan dalam semua kamus
dan penerbitan karya Wilkinson yang dihasilkan dari tahun
1901 hingga akhir 1940-an.
Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus
Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun
1903.
Sistem Ejaan Wilkinson bertujuan untuk
memperkemaskan ejaan-ejaan sebelumnya seperti
Sistem Marsden (1812) dan Shellaber (1901).
Sistem ejaan ini telah digunakan dalam kamus
Romanised Malay Spelling.
Dalam sistem ejaan ini, Wilkinson telah mengambil
pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi
sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu.
Terdapat dua jenis sitem bagi perumian bahasa Melayu
iaitu perumian secara harafiah dan fonetik.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN
KEBAIKAN KELEMAHAN
Dapat menjurus kepada Sistem vokal bahasa Arab tidak
keseragaman dengan mencukupi untuk disepadukan
bermaksud dengan bunyi-bunyi vokal
Melayu.
mengurangkan kaedah Huruf-huruf menghalang kajian
tersendiri seorang sistem bunyi-bunyi vokal Melayu.
penulis. Huruf-huruf menghalang kajian
sistem bunyi (fonetik) yang
sebenar.
Sukar untuk membunyikan bunyi-
bunyi Melayu yang sebenar.
Za'ba merupakan pakar bahasa yang
SISTEM disanjungi kerana pengetahuan dan
minatnya yang mendalam terhadap
EJAAN ZA'BA bahasa sehingga beliau telah
dianugerahkan gelaran 'Pendeta'
semasa kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Malaya pada
tahun 1956.
Dalam karya penulisannya, Za'ba
menjelaskan tentang penggunaan
kata-kata istilah yang lebih spesifik
dalam memastikan bahasa Melayu
digunakan dengan betul.
Sistem ejaan Za'ba telah bermula di Maktab
Perguruan Sultan Idris.
Sistem ejaan Rumi Za'ba telah digunakan di
sekolah-sekolah di Tanah Melayu dan dikenali
sebagai sistem ejaan sekolah.
Antara buku tatabahasa yang telah dikarang oleh
beliau ialah Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940),
Penggal Kedua (1946) dan Penggal Ketiga (1949).
Karya-karya lain ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu
(1926), Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1929) dan Petua-
petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya (1951).
KELEMAHAN SISTEM EJAAN ZA'BA
Adanya ketidakseragaman
Kaedah penggunaan aneka pengejaan kata dalam penulisan
ragam lambang huruf serta yang menggabungkan
beberapa sistem ejaan rumi penggunaan tulisan Rumi
yang lain yang diterapkan
ke dalam pelbagai jenis Terdapat pengejaan kata
kamus ekabahasa dan yang masih mengandungi
dwibahasa Sistem Ejaan Rumi
Wilkinson
SISTEM EJAAN
FAJAR ASIA
Sistem Ejaan Fajar Asia merupakan sistem ejaan yang telah
diperkenalkan oleh pihak Jepun melalui majalah terbitan mereka iaitu
majalah Fajar Asia. Majalah ini diterbitkan dan diedarkan sekitar tahun
1943. Kaedah yang diterapkan dalam majalah Fajar Asia merupakan satu
kaedah yang diambil daripada sistem ejaan Wilkinson dan ejaan Za'ba.
Pada sekitar tahun 1941 sehingga 1945, bidang persuratkhabaran atau
terbitan telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera Jepun atau
dikenali sebagai Malayan Military Administration (MMA).
Malayan Military Administration (MMA) telah menjadikan alat
sebaran seperti majalah dan surat khabar sebagai satu peluang
bagi mereka untuk menyebarkan propaganda di selurun Tanah
Melayu. Kebanyakan akhbar di Jepun diterbitkan menggunakan
huruf Jawi dan hanya beberapa terbitan sahaja yang
menggunakan huruf rumi. Majalah Fajar Asia adalah antara
terbitan yang menggunakan huruf rumi dan menjadi antara
akhbar yang diminati kerana penceritaannya tentang
keberanian perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Sistem Ejaan
Fajar Asia juga digunakan untuk menyatukan ejaan rumi
Malaysia-Indonesia.
SISTEM EJAAN
RUMI KONGRES
Sistem ejaan kongres merupakan sistem ejaan rumi bahasa Melayu
yang telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang diadakan kali ketiga pada tahun 1956. Pada tahun
1956, kongres kali ketiga telah menetapkan untuk menjadikan
tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi. Berdasarkan
kongres ini, terdapat empat dasar yang dirumuskan iaitu ejaan di
Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan.
Sistem ejaan kongres menetapkan agar peraturan ejaan yang
ingin dilakukan haruslah peraturan yang mudah. Hal ini
menyebabkan sistem fonologi dapat diterima sebagai sistem
yang lebih baik daripada sistem fonetik atau satu fonem
hendaklah digambarkan dalam satu huruf sahaja. Malahan,
pengejaan hendaklah sekata mengikut kaedah satu dan
semacam. Akhir sekali, kata-kata yang dipinjam daripada
bahasa asing hendaklah disusun pengejaannya mengikut
hukum fonologi bahasa Melayu.
SISTEM EJAAN BAHASA
MELAYU 1972
Sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul
Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur dan di Jakarta oleh Presiden
Soeharto pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan yang digunakan secara meluas
pada hari ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan
pemerintah Republik Indonesia berikutan perisytiharan serentak di kedua-
dua buah negara. Ejaan yang baharu ini menggantikan Ejaan Za'ba di
Malaysia dan Ejaan Soewandi di Indonesia.
Aspek Utama Sistem
Ejaan Rumi 1972
Mempunyai Penggunaan tanda
beberapa jenis huruf bacaan di dalam
dalam bahasa Terdapat penulisan ayat
kata bahasa Melayu
Melayu iaitu huruf seperti penulisan Penulisan partikel
vokal, diftong serta rangkai kata seperti lah, kah dan
huruf konsonan tah yang dieja
Wujudnya sistem Penggunaan huruf berangkai dengan
besar dan kecil
pola keselarasan perkataan yang
huruf vokal berada di
hadapannya
3.0 PERANAN
DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
DALAM
MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
Membina dan memperkaya
penggunaan bahasa Melayu
Penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang termasuk
pendidikan sains dan teknologi harus diperkukuh.
Sebagaimana yang kita tahu, bidang sains dan teknologi
hanya menggunakan perkataan-perkataan daripada bahasa
Inggeris yang banyak digunakan untuk membina atau
menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang
baru terutamanya dalam bidang perubatan. Oleh itu, pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berusaha untuk
memainkan peranan penting bagi sistem ejaan bahasa
Melayu agar lebih banyak perkataan daripada bahasa
Melayu dapat dilihat dan digunakan dalan bidang-bidang
ilmu.
Menyeragamkan sistem ejaan
rumi
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membakukan ejaan dan
sebutan, serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa Melayu. Penggerakan kegiatan peristilahan yang
didukung oleh DBP dilaksanakan melalui dasar bahasa yang
menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian
tinggi (IPT). Jawatankuasa Istilah (JKI) telah banyak ditubuhkan
oleh DBP dengan kerjasama IPT awam bagi mengumpul,
membentuk dan menggembangkan istilah dan ejaan bahasa
Melayu dalam bidang sains dan sains gunaan. Perubahan ini
menggambarkan perancangan korpus bahasa Melayu
berkembang pesat dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi dan
sebutan.
Memajukan bakat kesusasteraan
dalam bahasa Melayu
DBP telah giat menjalankan program dari masa ke masa
iaitu Minggu Penulis Remaja dengan tujuan bagi memupuk
bakat penulis muda. Program sebegini dilaksanakan untuk
melahirkan pewaris generasi ilmu kesusasteraan pada masa
depan. Dalam inisiatif mengukuhkan ilmu kesusasteraan
melalui sistem ejaan rumi ini, DBP juga menerapkan cara
penganugerahan bagi memberi galakan kepada para
sasterawan bagi menerokai bidang ini. Tidak dapat kita
nafikan bahawa kepentingan DBP adalah begitu penting
dalam memperkasakan lagi dunia bahasa sastera dalam
sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
Penerbitan dan percetakan
bahan-bahan ilmiah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah banyak mencetak dan
menerbitkan buku-buku ilmiah yang penting bagi golongan
pelajar sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Pihak DBP juga menerbitkan buku-buku kesusasteraan bahasa
Melayu yang telah memberi impak yang positif dalam bidang
kesusasteraan. DBP bertindak sebagai medium penterjemahan
karya-karya asing melalui sistem ejaan bahasa Melayu kini. Oleh
itu, DBP membawa peranan yang penting dalam memTambahan
pula, ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam bahasa Melayu
bagi mengukuhkan dan memperkayakan
perbendaharaan.berikan kesan yang baik dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan dan juga penggunaan sistem ejaan
bahasa Melayu.
4.0 CABARAN SISTEM
EJAAN RUMI MASA
DEPAN
PENGARUH
PENGGUNAAN SIKAP ISU BAHASA
BAHASA INDIVIDU PELAJARAN
ROJAK INGGERIS
Pada masa ini, kebanyakan rakyat
Malaysia sudah biasa bertutur
menggunakan 'bahasa rojak'
terutamanya dalam kalangan
generasi muda. Hanya sebilangan Penggunaan
sahaja rakyat Malaysia yang
menggunakan ejaan perkataan Bahasa
bahasa Melayu dengan betul
dalam penulisan. Oleh itu, tidak Rojak
dapat kita sangkal bahawa sistem
ejaan bahasa Melayu pada masa
depan akan menghadapi cabaran
bagi mengekalkan kedaulatan
serta martabatnya.
Penutur bahasa Melayu semakin
menjarakkan diri daripada bahasa
ibunda mereka. Hal ini terjadi kerana
sikap sesetengah individu yang
mengagung-agungkan bahasa Inggeris
serta menganggap bahasa Inggeris Sikap
sebagai bahasa ibunda mereka. Bukan
itu sahaja, penggunaan sistem ejaan
bahasa Melayu yang betul oleh rakyat Individu
pada masa kini amat mengecewakan.
Jelaslah bahawa, cabaran untuk
mengekalkan kedudukan sistem ejaan
bahasa Melayu pada masa depan akan
semakin mencabar jika sikap sebegini
masih diamalkan.
Kekurangan bilangan guru yang
berkualiti untuk mengajarkan sistem
ejaan bahasa Melayu merupakan
cabaran yang besar yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia pada
Isu masa depan. Contohnya, guru itu
sendiri kurang pengetahuan tentang
sistem ejaan bahasa Melayu. Bukan itu
Pelajaran sahaja, taraf penguasaan
perbendaharaan kata oleh bakal guru
bahasa Melayu masih tidak
memuaskan. Oleh itu, akan lahirlah
para guru yang tidak terlatih dalam
ilmu bahasa ini. Kesannya, subjek
bahasa Melayu akan kehilangan
kedudukannya.
Seiring dengan arus pemodenan
ini, pengaruh bahasa asing
terutamanya bahasa Inggeris
banyak digunakan dari segi
Pengaruh korpus dan data berhubung
peristilahan bidang sains dan
Bahasa teknologi. Negara kita masih
dihantui masalah kekurangan
Inggeris istilah dan kosa kata yang dapat
memberi konsep abstrak dalam
pelbagai ilmu kajian. Dalam
pada itu, buku-buku berbahasa
Inggeris dianggap lebih
bermutu bagi segelintir pihak.
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, sistem ejaan rumi dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu perkembangan sistem ejaan rumi sebelum dan selepas
merdeka. Selain itu, terdapat beberapa peranan DBP dalam
menyeragamkan sistem ejaan rumi seperti memajukan bakat kesusasteraan
serta membantu usaha bagi percetakan atau penerbitan buku-buku dalam
bahasa kebangsaan. Namun, seiring peredaran masa, terdapat juga
cabaran sistem ejaan rumi pada masa depan iaitu pengaruh bahasa Inggeris
dan penggunaan bahasa rojak. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu
untuk meneruskan usaha menjaga kedaulatan sisten ejaam rumi ini.
Terima Kasih!
Semoga isi kandungan di dalam e-portfolio ini
dapat memberi sedikit sebanyak manfaat
kepada pembacanya.