The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by duriemasdynamic2, 2022-01-05 22:23:58

Buletin edisi 3

Buletin edisi 3

WACANA RASMI PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BULETIN PKP
Vol issue 28 No. 1/2021 Jul 2021 MOH/K/GIG/9-2021 (BUL)
Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Kesihatan Pergigian

IMBAS DI SINI

#LindungDiriLindungSemua

SIDANG REDAKSI BULETIN PKP

Dr. Doryalisa binti Zakaria Dr. Salleh bin Zakaria Dr. Fauziah binti Ahmad Dr. Natifah binti Dr. Nurul Syakirin binti
(Ketua Editor) (Reviewer) ( Penasihat) Che Salleh Abdul Shukor
(Proofreader 2)
( Proofreader 1)

Dr. Yusmazatulina binti Dr. Norhazimah binti Dr. Nurfarhana binti Haziah binti Hassan Zainaliza binti Hashim
Yusoff Khairuddin Mohd Yusop (Koordinator ) (Koordinator)
(Editor 3) (Editor 4)
(Editor 2)

Seuntai Madah

Salam Sejahtera

Berjumpa lagi kita dalam Buletin PKP edisi Januari –Julai tahun 2021!

Seperti yang kita sedia maklum, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merupakan program
pemvaksinan terbesar dalam sejarah yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai satu
pendekatan untuk membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Dengan usaha ini, adalah
diharapkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat dan juga bukan warganegara di negara ini tercapai.

Program imunisasi yang dirancang dilaksanakan secara berfasa mulai Februari 2021 sehingga Februari
2022 melibatkan anggota di Kementerian Kesihatan Malaysia serta para sukarelawan. Ini termasuklah
anggota kesihatan pergigian di pelbagai peringkat yang turut sama menghulurkan bantuan dalam
program ini.

Buletin PKP edisi 1 tahun 2021 kali ini memaparkan aktiviti berkaitan PICK untuk tatapan semua.
Penglibatan anggota kesihatan pergigian di pelbagai peringkat dalam membantu menangani pandemik
COVID-19 dan penglibatan dalam program imunisasi kebangsaan merupakan satu usaha terpuji yang
wajar dihargai dan dirakam untuk tatapan kepada generasi akan datang.

Sidang redaksi Buletin PKP mengajak semua pembaca untuk bersama-sama berganding bahu
menjayakan PICK dalam menentang pandemik ini. Kami juga mendoakan agar para pembaca sentiasa
berada dalam keadaan yang sihat dan terhindar dari dijangkiti virus COVID-19.

Sekian. Terima Kasih. #stayhealthy #staysafe #LindungDiriLindungSemua
Selamat Membaca!

Penafian Penasihat Proofreader
Setiap pendapat, pendirian dan penyataan dari penulis tidak semestinya Dr. Fauziah binti Ahmad Dr. Natifah binti Che Salleh
menggambarkan pendirian dari penerbit. Penulis dan penerbit tidak akan Dr. Nurul Syakirin binti
bertanggungjawab ke atas setiap kandungan iklan, artikel, gambar atau Reviewer Abdul Shukor
ilustrasi yang terdapat di majalah ini. Dr. Salleh bin Zakaria
Koordinator
Kami berpendapat bahawa setiap apa yang ditulis dan dihantar ke Ketua Editor Puan Haziah binti Hassan
majalah ini adalah fakta, tidak ditiru dan diplagiat dari mana-mana sumber Dr. Doryalisa binti Zakaria Puan Siti Zainaliza binti Hashim
lain. Pihak editor berhak untuk menukar, memadam atau menulis semula
bahan-bahan yang terdapat di majalah ini sekiranya terdapat isu-isu yang Editor
berkaitan. Dr. Yusmazatulina binti Yusoff
Dr. Norhazimah binti Khairuddin
Penulis dan percetakan semula dari setiap bahan, artikel dan ilustrasi dari Dr. Nurfarhana binti Mohd Yusop
majalah tidak dibenarkan sama sekali tanpa mendapat sebarang
kebenaran bertulis dari pihak penerbit. Setiap penghantaran Diterbitkan oleh:
bahan-bahan untuk diterbitkan tidak akan dipulangkan semula tanpa Program Kesihatan Pergigian
sebarang kos. Setiap maklumat yang terdapat di majalah ini adalah benar Kementerian Kesihatan Malaysia
pada masa ia diterbitkan. Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

2

Salam Sejahtera

Saya doakan agar para pembaca sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi daripada jangkitan COVID-19.

Tahun 2021 amat bermakna bagi Program Kesihatan Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
Pergigian KKM di mana program ini melangkah ke hadapan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
bersama-sama menggembleng tenaga menjayakan kasih buat semua anggota kesihatan pergigian kerana
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah membantu dalam pelaksanaan program vaksinasi ini
merupakan program vaksinasi terbesar di Malaysia. di samping menjalankan tugas-tugas hakiki. Ini
Seperti yang telah diumumkan, PICK mengandungi tiga menunjukkan solidariti kita bersama-sama warga
fasa. Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan PICK
bermula pada Februari sehingga April 2021. Fasa kedua berjalan lancar dan seterusnya menyokong usaha
pula bermula pada April sehingga Ogos 2021 dan mengekang penularan pandemik COVID-19.
melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala fasa
ketiga melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke Walaupun masih di dalam era pandemik, Program
atas, bermula dari Mei 2021 sehingga Februari 2022. Kesihatan Pergigian KKM memilih untuk bangkit di mana
aktiviti-aktiviti di bawah Program Kesihatan Pergigian
Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk terus dijalankan dengan amalan pembudayaan norma
memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam baharu agar perkhidmatan kesihatan pergigian kepada
komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan rakyat dapat diteruskan.
jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat mengawal
pandemik COVID-19. Syabas diucapkan buat semua anggota kesihatan
pergigian di atas komitmen yang ditunjukkan. Diharapkan
Bertepatan dengan maksud slogan PICK iaitu “Lindung kesungguhan dan usaha murni ini berterusan pada masa
Diri, Lindung Semua”, vaksinasi amat penting untuk kita akan datang dan semoga semua usaha kita diberkati oleh
melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang Allah S.W.T.
yang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran,
sahabat handai dan seluruh komuniti. Oleh itu, jangan Akhir kata, buat petugas barisan hadapan, teruskan
berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. perjuangan kita! Jangan mengalah!
Pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan,
untuk suntikan dos pertama dan dos kedua. Apabila diri #LindungDiriLindungSemua
kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain
terutama orang yang disayangi.

Dr. Noormi binti Othman

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)
Kementerian Kesihatan Malaysia

3

ISIKANDUNGAN Cawangan Teknologi Kesihatan Pergigian
Seuntai Madah
muka surat | 2 Webinar ToT CPG
Mesyuarat APPL dan PPE
Sejambak Bicara Pengarah Kanan muka surat | 30-31
(Kesihatan Pergigian) KKM
muka surat | 3 Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer

Tahniah! dan Selamat Datang Taklimat Garis Panduan Penjagaan
muka surat | 5 Kesihatan Pergigian Kanak-kanak
muka surat | 32-33
PICK : Mobilisasi Anggota Kesihatan
Pergigian di Malaysia Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran
muka surat | 6-13
Mesyuarat Kepakaran Pergigian KKM 2021
PICK : Mobilisasi Anggota Kesihatan Webinar Therapeutic Communication
Pergigian di Negeri Selangor muka surat | 34-35
muka surat | 14-17
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat
PICK : Penggunaan Klinik dan Makmal
Pergigian Bergerak Sebagai PPV di Kursus Pemantapan Program
Negeri Sembilan dan Perak Perkhidmatan Pergigian Masyarakat
muka surat | 18-21 muka surat | 36
PICK : Doktor Pergigian Sebagai
Pengurus PPV Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian
muka surat | 22-23
Kerana Aku Lebih Daripada Bengkel Kajian Keberkesanan Inisiatif
Seorang Doktor Pergigian Promosi, Sesi Dialog PK(KP) dan PKPDT
muka surat | 24 muka surat | 37-41

Vaksin Tidak Menjadikan Kita Kebal Cawangan Akreditasi Dan Glabalisasi Kesihatan Pergigian
muka surat | 25
Virtual CAC: Penilaian Akreditasi Program Ijazah
Penglibatan Anggota Pergigian Sarjana Muda
muka surat | 26-27 muka surat | 42-43

Lawatan Kerja Pengarah Kanan Cawangan Perundangan Dan Penguatkuasaan (CPP)
(Kesihatan Pergigian) KKM
muka surat | 28-29 Aktiviti Penguatkuasaan dan
Mesyuarat berkaitan
muka surat | 44-45

Cawangan Kualiti Kesihatan Pergigian

Aktiviti Audit, Bengkel dan Lawatan

muka surat | 46-47

Pelantikan, Pertukaran dan
Pergerakan Keluar Masuk Anggota
muka surat | 48-49

Periksa Gigi Sekurang-kurangnya
Sekali Setahun
muka surat | 50

Apakah itu Bell’s Palsy?

muka surat | 51

YB DATO’ DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI YB KHAIRY JAMALUDDIN YB DATUK AGO DAGANG

Timbalan Menteri Kesihatan I Menteri Kesihatan Timbalan Menteri Kesihatan II

Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan
ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin atas pelantikan sebagai
Menteri Kesihatan yang baharu bersama YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali atas

pelantikan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan I dan YB Datuk Ago Dagang atas
pelantikan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II.

WITHOUT HEALTH,
NOTHING ELSE MATTERS

Tanpa kesihatan, tiada kesejahteraan.
Asasnya adalah kesihatan

Khairy Jamaluddin

5

MOBILISASI

ANGGOTA KESIHATAN
PERGIGIAN

PROGRAM IMUNISASI COVID- 19
KEBANGSAAN (PICK)

S ejak kemunculan wabak COVID-19 pada Disember
2019, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh negara
bagi mengekang wabak ini. Selain dari pengamalan
prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup
muka, penjarakan fizikal dan sentiasa membasuh tangan,
program vaksinasi penduduk juga merupakan satu usaha
untuk membendung wabak COVID-19. Vaksin merupakan
antara kaedah yang terbaik untuk melindungi masyarakat
daripada kesan jangkitan COVID-19 yang teruk. Malaysia
telah melancarkan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 secara rasmi oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Program
imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan
imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar
rantaian penularan jangkitan COVID-19 dikekang dan
pandemik COVID-19 dapat dikawal.

Berdasarkan rangka Pelan Imunisasi COVID-19
Kebangsaan, pelaksanaan program ini dijalankan secara
berfasa. Fasa pertama melibatkan vaksinasi kumpulan
barisan hadapan (frontliner) yang melibatkan pekerja
kesihatan, perkhidmatan penting dan barisan pertahanan
negara. Fasa kedua pula melibatkan vaksinasi kumpulan
berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit penyakit kronik
dan orang kelainan upaya (OKU) manakala fasa ketiga
difokuskan kepada populasi orang dewasa berumur 18
tahun dan ke atas.
Sejak bermulanya wabak COVID-19, Program Kesihatan Pergigian KKM secara konsisten telah terlibat dalam aktiviti kawalan
dan pencegahan yang dirancang untuk mengekang penularan COVID-19 sebagai tanda solidariti bersama pasukan perubatan
dan kesihatan. Sehingga 15 Jun 2021, seramai 2,450 orang anggota kesihatan pergigian daripada pelbagai kategori telah
dimobilisasi dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Daripada jumlah ini, seramai tujuh (7) orang pakar pergigian
dan 1,264 orang pegawai pergigian telah bertugas sebagai vaksinator di pelbagai lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Manakala sebanyak enam (6) buah klinik pergigian bergerak (KPB) milik Program Kesihatan Pergigian KKM telah digunakan
dalam program ini sebagai PPV bergerak bagi memudahkan usaha pemberian vaksin dijalankan di kawasan pedalaman.
Penggunaan KPB ini melibatkan negeri Perlis, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Penglibatan anggota kesihatan
pergigian telah menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan program PICK kepada rakyat Malaysia.

6

Bilangan anggota kesihatan pergigian yang terlibat di dalam
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

MOBILISASI BAGI PROGRAM IMUNISASI
COVID-19 KEBANGSAAN

INSTITUSI / Pakar Pegawai Juruterapi Juruteknologi Pembantu Pembantu Pemandu Pembantu Jumlah
KATEGORI Pergigian Pergigian Pergigian Pergigian Pembedahan Perawatan Tadbir 34
(JTP) Kesihatan
(PP) (JP) Pergigian
(PPP) (PPK)

Perlis 0 17 7 20422

Kedah 0 180 86 2 42 33 11 1 355
2 0 12 0 4 148
Pulau Pinang 0 108 22

Perak 1 72 39 1 17 3 7 3 143
Selangor 1 187 31 1 23 11 11 1 266

WPKL & Putrajaya 0 38 13 1 320 0 57

Negeri Sembilan 0 51 21 0 7 28 2 0 109

Melaka 2 37 11 1 732 0 63
Johor 0 126 35 0 31 31 4 2 229
Pahang 0 103 39 2 25 11 3 1 184

Terengganu 0 144 29 2 24 9 4 0 212

Kelantan 0 36 29 0 5 6 3 1 80

Sabah 1 49 73 1 4 6 1 1 136
Sarawak 2 106 166 9 49 50 12 10 404
WP Labuan 0 10 4 0 0 0 4 4 22
Pusat Pergigian 0 08
Kanak-Kanak & 000008
Institut Latihan 7 1264 613
24 237 209 66 30 2450
KKM
Jumlah

Laporan disediakan oleh : *Data sehingga 15 Jun 2021
Unit Perancangan Dasar dan Pelan Kesihatan Pergigian
Cawangan Perkembangan Profesion Kesihatan Pergigian

Data dikemukakan oleh :
Penyelaras Program Imunisasi COVID-19
Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri

7

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN TERENGGANU

Petugas pergigian di PPV secara pandu lalu untuk dos kedua Tugasan pengisian data PPV dilakukan oleh anggota Pegawai Pergigian bertugas di Outreach PPV
pergigian

Pegawai Pergigian di PPV Stadium Gong Badak, Kuala Nerus Outreach PPV di SK Jabi Besut

Sesi taklimat sebelum bertugas PPV di Dewan Kota Putera Square, Besut

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PERLIS

Anggota pergigian yang bertugas di PPV Dewan 2020 Kangar Lawatan oleh Menteri Besar Negeri Perlis di PPV Dewan 2020 Kangar

8

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI SEMBILAN

Pegawai Pergigian bertugas sebagai Jururawat Kesihatan bertugas di Klinik Pergigian Bergerak
vaksinator di PPV Seremban Kuala Pilah

Pegawai Pergigian mengambil kebenaran pesakit dan Pelancaran PPV bergerak menggunakan Klinik Penggunaan Klinik Pergigian
bacaan Blood Pressure di PPV Rembau semasa lawatan Pergigian Bergerak Kuala Pilah Bergerak Kuala Pilah sebagai PPV

YB Khairy Jamaluddin Juruterapi Pergigian bertugas
menghubungi pesakit di PPV
Pegawai Pergigian mengambil
kebenaran pesakit di PPV Gemas
Gemas

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN JOHOR

Pembantu Pembedahan Pergigian sedang bertugas di stesen
verifikasi selepas suntikan di PPV Pontian

Kenderaan Klinik Pergigian Kluang digunakan bagi membawa vaksin dari Hospital Sultanah Juruterapi Pergigian sedang mendaftar pesakit yang sedang
Nora Ismail dan Hospita Permai ke Pusat Pengumpulan Vaksin di KKIA Jalan Sultanah menunggu untuk mendapatkan vaksin di PPV Kulai

9

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KELANTAN

Pegawai Pergigian sebagai vaksinator di PPV UiTM Machang Lawatan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan di PPV Kuala Krai
Anggota pergigian yang bertugas di PPV Kuala Krai

Anggota pergigian bertugas di PPV Kuala Krai Petugas PPV Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KEDAH

Pembantu Perawatan Kesihatan sedang Petugas PPV dari KP Kota Sarang Semut melakukan pendaftaran
bertugas sebagai runner bagi melancarkan penduduk untuk vaksinasi di rumah

pergerakan penerima vaksin

Anggota pergigian dan sukarelawan mengambil Kerjasama antara anggota kesihatan dan pergigian Juruterapi Pergigian bertugas di kaunter saringan Pusat
maklumat penerima vaksin dan mendaftar nama termasuk Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian Pemberian Vaksin Dewan Pusat Latihan Anti Dadah Kebangsaan
dalam sistem MyVAS untuk menerima suntikan
bagi proses konsultasi di PPV (PLAK)
vaksin COVID-19

10

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN SABAH

Juruterapi Pergigian bertugas di kaunter saringan PPV Tawau

Juruterapi Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian bertugas di kaunter pendaftaran di PPV Anggota pergigian bertugas di kaunter pendaftaran PPV Tawau
Lahad Datu

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN SARAWAK

Pasukan PPV Outreach di pelantar minyak E11 Platform Petugas PPV di Stadium Perpaduan

Pasukan Outreach di rumah panjang Rh Degom Pegawai Pergigian sebagai vaksinator di Anggota pergigian sebagai petugas
PPV Tebedu untuk vaksinasi di Hospital Betong

Pasukan PPV Outreach ke pelantar minyak E11 Platform

11

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PAHANG

Anggota pergigian bertugas di kaunter
pendaftaran vaksin di PPV Genting Highlands

Penerangan di kaunter pendaftaran oleh Pegawai Penerangan di kaunter pendaftaran oleh Program Outreach di PPV Daerah Rompin yang melibatkan anggota pergigian
Pergigian Pegawai Pergigian

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN MELAKA

Anggota pergigian bertugas di kaunter pendaftaran dan Anggota pergigian bertugas semasa lawatan
saringan untuk vaksin COVID-19 di PPV Dewan Tun Ali YB Khairy Jamaluddin di PPV Dewan Tun Ali

Anggota pergigian bertugas di PPV Dewan Hang Tuah PPV Pandu Lalu di Lapangan Terbang Anggota pergigian bertugas di PPV Pandu Lalu Lapangan Terbang
Antarabangsa Melaka Antarabangsa Melaka

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PULAU PINANG

Pegawai Pergigian bersama para Petugas Kesihatan Sukarelawan MyVac di PPV Dewan Millenium Pegawai Pergigian bertugas sebagai vaksinator di
PPV Dewan Millenium SPU
12

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Pegawai Pergigian bertugas di PPV Axiata Arena

Pegawai Pergigian memberi taklimat consent kepada Pegawai Pergigian yang bertugas di PPV Dewan Sri Anggota pergigian bertugas di PPV Axiata Arena Bukit Jalil
para penerima vaksin sebelum pengisian consent di Seroja, Putrajaya

PPV Dewan Sri Seroja, Putrajaya

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Pegawai Pergigian memberi kaunseling kepada orang awam yang ingin mengambil Juruterapi Pergigian mengemaskini data vaksinasi di PPV JKR Labuan
vaksin di PPV Dewan Foo Chow

MOBILISASI ANGGOTA
DARI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PPKK & ILKKM

Pegawai Pergigian bertugas sebagai vaksinator di PPV Jawi Pegawai Pergigian bertugas sebagai vaksinator di PPV Balik Pulau

13

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)
BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN AGENSI-AGENSI

ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah kelolaan ibu pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
(JKNS) dimulakan secara rasmi pada 6 Mei 2021 yang melibatkan petugas barisan hadapan dan beberapa agensi-agensi
di negeri Selangor. Program ini diperkenalkan sebagai penyediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bantuan bagi daerah
Petaling, Selangor.

Program ini telah dipengerusikan oleh Dr. Maznah binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
(Pergigian) Selangor dan petugas PPV terdiri daripada anggota-anggota kesihatan pelbagai jawatan dari
semua bahagian di JKNS, manakala semua vaksinator yang bertugas terdiri daripada pegawai pergigian di
negeri Selangor.

Program ini telah dijalankan di beberapa buah lokasi iaitu Anjung Perdana Sari JKNS, Dewan MBSA Seksyen 19 serta
Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Ringkasan jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 di PPV ini sehingga 25 Ogos 2021 adalah seperti berikut:

Vaksin Dos 1 Dos 2
COMIRNATY (Pfizer n Biotech) 11,769 11,574
10,661 10,578
SINOVAC

Sesi pemberian vaksin COVID-19 di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam

14

Sesi pemberian vaksin COVID-19 di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam

Vaksinator terdiri daripada pegawai-pegawai pergigian di negeri Selangor dan pemberian vaksin COVID-19 sentiasa dipantau oleh penyelia
jururawat dari Bahagian Kesihatan Awam JKNS bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program.

15

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)
OUTREACH DI MARKAS BRIGED TENGAH PASUKAN GERAKAN AM,

CHERAS SELANGOR

Bagi mempertingkatkan sasaran PICK di negeri Selangor, inisiatif program vaksinasi COVID-19 secara outreach juga
telah diperkenalkan. Sehubungan itu, Klinik Pergigian Bergerak (KPB) di negeri Selangor turut digunakan di dalam
program ini. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) outreach telah disediakan di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am
(PGA) Cheras, Selangor yang melibatkan KPB dan beberapa buah kenderaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia serta Polis Diraja Malaysia.

Ringkasan jumlah penerima dos vaksin COVID-19 di PPV outreach ini adalah seperti berikut:

Vaksin Dos 1 Dos 2
COMIRNATY (Pfizer n Biotech) 2,124 2,070

Penggunaan KPB negeri Selangor bersama kenderaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia semasa aktiviti vaksinasi
outreach bagi penerima vaksin COVID-19 wanita.

16

Pemberian cenderahati oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Selangor kepada Komander Briged Tengah PGA Penerangan berkaitan vaksinasi
COVID-19 oleh Juruterapi Pergigian.

Sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Pergigian dari Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Pegawai Pergigian sebagai vaksinator
Negeri Selangor kepada petugas-petugas

Selain KPB & bas agensi, Dewan Serbaguna Markas PGA Cheras digunapakai bagi menampung penerima vaksin COVID-19
Disediakan oleh:

17 Dr. Mohamad Noor bin Sairi
Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor

PENGGUNAAN KLINIK DAN MAKMAL PERGIGIAN BERGERAK
BAGI PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)

DI NEGERI SEMBILAN

Pada Ogos 2021, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah menjalankan program vaksinasi secara outreach
menggunakan Makmal Pergigian Bergerak (MPB) dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Seremban. MPB ini telah
digunakan di Dewan TVC Little Chennai Convention Centre, Putra Nilai. Seramai 400 penerima vaksin telah menerima
vaksin dos pertama pada 7 Ogos 2021 dan dos kedua pada 28 Ogos 2021 di dalam MPB tersebut.

MPB dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Seremban digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Anggota kesihatan semasa bertugas di PPV outreach menggunakan MPB

18

Sementara itu, satu kolaborasi dengan pihak Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah dan Pejabat Kesihatan
Pergigian Daerah (PKPD) Kuala Pilah telah diadakan bagi
melaksanakan program PICK menggunakan Klinik
Pergigian Bergerak (KPB).

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Pemberian vaksin oleh Jururawat Kesihatan kepada orang awam menggunakan KPB
Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan
dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah.
Bermula Jun 2021 sehingga Ogos 2021, terdapat empat
kawasan DUN yang telah diliputi iaitu Felda Kepis, Seri
Menanti, Padang Lebar dan Kg Seri Pilah. Seramai 10
anggota pergigian Kuala Pilah telah terlibat untuk
menjayakan program ini, terdiri daripada 8 orang Pegawai
Pergigian, seorang Pembantu Pembedahan Pergigian dan
seorang Pemandu.

Hasil dari program vaksinasi bergerak ini, seramai 3,826 orang penduduk telah berjaya mendapat dos pertama dan 3,740
orang telah melengkapkan dos kedua bagi suntikan vaksin COVID-19.

Pemberian sumbangan makanan oleh ADUN Juasseh kepada petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Kem PUSAKO Hasan Basir Batu Kikir, ADUN Seri Menanti dan Ahli
Negeri Sembilan Parlimen Kuala Pilah membuat

lawatan di Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) Bergerak Dewan
Tunku Ampuan Najihah, Seri

Menanti, Negeri Sembilan

Kolaborasi ketua-ketua jabatan di daerah Kuala Pilah dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Kem PUSAKO Hasan Basir
Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Disediakan oleh:
Dr. Sairizam Bt Mohd Saidi
Dr Engku Musfirah Binti Che Ku Abdullim

19 Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan

PROGRAM JANGKAUAN KOMUNITI (OUTREACH)
IMUNISASI COVID-19 DI NEGERI PERAK

Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam usaha untuk Dr. Nama Bibi Saerah meninjau Klinik Pergigian Bergerak
meningkatkan liputan vaksinasi kepada penduduk luar
bandar telah membuat perancangan bersama Bahagian
Kesihatan Pergigian untuk menggunapakai kemudahan
unit Klinik Pergigian Bergerak sebagai pusat vaksinasi
sementara. Dua daerah yang terlibat dalam Program
Jangkauan Komuniti (Outreach) Imunisasi COVID-19 Di
Negeri Perak ialah Daerah Hulu Perak dan Daerah Manjung
di mana aktiviti dijalankan bersama dengan Pejabat
Kesihatan Daerah yang terlibat.

Pada 5-8 Jun 2021, telah berlangsungnya Program
Jangkauan Komuniti (Outreach) Imunisasi COVID-19 yang
pertama di Negeri Perak melibatkan penggunaan Klinik
Pergigian Bergerak di beberapa kawasan di sekitar Lawin,
Hulu Perak. Program ini yang pertama kali diadakan di
daerah ini bertujuan untuk membantu penduduk sekitar
mendapatkan akses maklumat, khidmat pendaftaran dan
pemberian vaksin. Keadaan geografik kawasan Lawin
yang terletak lebih kurang 25km dari bandar Gerik menjadi
faktor utama program outreach ini diadakan. Klinik
Pergigian Bergerak (treler) dari Daerah Larut Matang dan
Selama telah digunakan bagi program ini.

Klinik Pergigian Bergerak digunakan sebagai PPV di Perak

20

Kumpulan sasaran bagi program ini terdiri daripada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, orang kurang upaya
(OKU) dan penduduk yang mengalami penyakit tidak berjangkit serta masalah obesiti (berumur 18 tahun ke atas).

Penduduk yang hadir sedang menunggu untuk pendaftaran Semasa lawatan pihak pengurusan tertinggi
Jabatan Kesihatan Negeri Perak ke PPV

Sementara itu pada 13 Jun 2021, Program Jangkauan Alternatif ruang pemberian vaksinasi disediakan di bahagian bawah treler bagi
Komuniti (Outreach) Imunisasi COVID-19 diteruskan lagi penduduk yang menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga naik ke treler di
ke Daerah Manjung bertempat di Dewan Orang Ramai
Pekan Gurney Sitiawan, Perak. Program yang juga semua lokasi outreach
merupakan kesinambungan daripada Outreach
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini
merupakan kolaborasi antara Pasukan Vaksin PKD
Manjung, Pasukan Klinik Pergigian Bergerak (KPB)
PKPD Larut Matang / Selama dan JKKK / Rukun
Tetangga Masyarakat Pekan Gurney, Sitiawan untuk
memberi kemudahan perkhidmatan vaksinasi COVID-19
secara program outreach. Bagi menjayakan program ini,
kenderaan Klinik Pergigian Bergerak (KPB) dari Daerah
Larut Matang dan Selama telah digunapakai.

Program yang digerakkan oleh 42 orang anggota kesihatan ini berjalan lancar dari awal hingga akhirnya.

Pasukan pergigian terdiri dari anggota pergigian Daerah Hulu Pasukan pergigian yang terdiri dari 10 Pegawai
Perak dan Daerah Larut Matang & Selama yang menjayakan Pergigian, 2 Juruterapi Pergigian, 1 Pembantu
Program Jangkauan Komuniti (Outreach) Imunisasi COVID-19
Pembedahan Pergigian dan 4 pemandu

Taklimat perjalanan program dan Kenangan pasukan bersama dengan YBhg. Dato’ Dr. Ding Lay Ming, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, diiringi
lawatan di dalam Klinik Pergigian oleh Dr. Nama Bibi Saerah binti Abd Karim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr. Misah binti Md Ramli,
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pergigian), Dr. Mohd Syaril bin Mohd Tahir Pegawai Pergigian Daerah Manjung dan
Bergerak
Dr. Asraf Ahmad bin Qamruddin, Pegawai Kesihatan Daerah Manjung sejurus selepas program selesai
Disediakan oleh:

Dr. Qayyimah Nabiha binti. Mohamad Farid
Dr. Mohd Syaril bin Mohd Tahir

21 Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perak

DOKTOR PERGIGIAN SEBAGAI PENGURUS
PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)

Seramai 3 orang Pegawai Pergigian iaitu Dr. Ahmad Syahir bin Ahmad Zu Safiuddin, Dr. Fasya Rima binti Mohd Nabori dan
Dr. Norhazimah binti Khairuddin daripada Ibu Pejabat Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
telah ditugaskan untuk mengurus dan menyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah ProtectHealth Corporation
Sdn. Bhd. (ProtectHealth).

ProtectHealth merupakan sebuah anak syarikat tidak Para pengurus PPV bersama Pegawai Eksekutif dan barisan kakitangan
berasaskan keuntungan yang ditubuhkan di bawah Kementerian ProtectHealth Corporation.
Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diamanahkan oleh Kerajaan
Malaysia untuk memainkan peranan sebagai Strategic
Purchaser untuk mengurangkan kos penjagaan kesihatan
disamping meningkatkan tahap penjagaan kesihatan primer.
ProtectHealth merupakan pentadbir kepada Skim Peduli
Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), pengendali
Electronic Service Provider (ESP) untuk Skim Perlindungan
Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) dan juga merupakan
pelaksana kepada Penglibatan Pengamal Perubatan Swasta dan
NGO Kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
(PICK) yang telah bermula sejak bulan Mac tahun ini.

Doktor Pergigian Serba Boleh, Alah Bisa Tegal Biasa

Mengakui pengalaman sebagai Pengurus PPV bukanlah sesuatu yang mudah Temubual AWANI bersama Dr. Ahmad Syahir berkenaan
tambahan pula tugas ini memerlukan seseorang untuk mengaplikasikan Program Vaksinasi Jangkauan Luar (Outreach)
pengetahuan dalam bidang perubatan terutamanya tentang selok belok di negeri Pahang di bawah kendalian
pengurusan dan pemberian vaksin di lapangan serta mengetahui dengan jelas ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
Prosedur Operasi Standard (SOP) pengoperasian pelbagai jenis PPV, Dr.
Ahmad Syahir menyifatkan tugasan yang diberikan ini merupakan tugas yang
mencabar kerana kesemuanya perlu dipelajari dalam masa yang singkat.
Menurut beliau, kemahiran berkomunikasi dan soft skills yang tinggi perlu
digunakan terutamanya ketika memainkan peranan sebagai focal person
yang menghubungkan pelbagai pemegang taruh terutama sektor awam dan
swasta yang terlibat sepanjang PICK berlangsung. Sepanjang bertugas
sebagai Pengurus ProtectHealth, Dr. Ahmad Syahir telah terlibat menyelaras
pembukaan lebih 40 PPV di negeri Pahang dan Terengganu termasuk
melakukan audit kualiti dan klinikal di pelbagai jenis PPV antaranya:

i PPV Integrasi (Awam Swasta)

ii PPV Industri kelolaaan pelbagai Kementerian (MITI, MOT, MOW, MAFI dan KPDNHEP)

iii PPV Bergerak dan Jangkauan Luar (Outreach)

iv PPV Klinik Swasta

v PPV Hospital Swasta, Klinik Pakar dan Pusat Jagaan Ambulatori (ACC)

Dato’ Dr. Anas Alam Faizli (Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth), Dr. Nurly (Ketua Sesi perbincangan penambahbaikan perjalanan PPV Industri Bas
Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang), Dr. Zuraidah (Dr. Zu Medical Bergerak Pekan, Pahang bersama petugas Kementerian Perdagangan
Group) dan barisan petugas di PPV Integrasi Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Antarabangsa dan Industri (MITI) selaku pengelola dan penganjur PPV

Kuantan, Pahang yang merupakan PPV Integrasi pertama dibuka di negeri Pahang yang
mula beroperasi pada 12 Julai 2021

Para petugas PPV Industri Pusat
Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak,
Sg Tekam, Jerantut, Pahang bersama Ketua

Jabatan Tenaga Kerja & Hal Ehwal
Peneroka Felda Global Ventures (FGV)

22

Pengalaman Berharga Yang Tiada Di Tempat Lain

Turut berkongsi pengalaman sepanjang 3 bulan penempatan sebagai pengurus PPV di bawah ProtectHealth adalah Dr.
Fasya Rima binti Mohd Nabori dan Dr. Norhazimah binti Khairuddin yang telah menggunakan peluang ini untuk lebih
memahami budaya kerja dan bidang tugas agensi awam daripada pelbagai kementerian seperti MOSTI, MITI dan lain-lain
yang turut terlibat dalam PICK. Dr. Fasya yang telah mengurus lebih 13 buah PPV Integrasi dan Industri di sekitar Lembah
Klang dan negeri Johor berkata, beliau berkesempatan menjalin hubungan baik bersama pengamal perubatan swasta
yang dahulunya menjadi perkara yang asing baginya. Mengakui bahawa pengamal perubatan swasta juga mempunyai
kualiti tersendiri dalam menyediakan perkhidmatan vaksinasi, setiap pihak perlu berlapang dada menerima kelebihan
dan kekurangan masing-masing. Penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO Kesihatan di bawah ProtectHealth
untuk program vaksinasi terbesar negara ini adalah dengan satu matlamat untuk membantu barisan petugas kesihatan
KKM sedia ada untuk memperkasa usaha vaksinasi kepada seluruh masyarakat negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation dan Pegawai Kesihatan Daerah Muar bersama barisan petugas di PPV Dewan Jubli Intan, Muar, Johor

Dr. Fasya Rima mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, ketika Dato’ Sri Dr. Adham Baba, mantan Menteri Kesihatan Malaysia diiringi
lawatan beliau ke PPV Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Johor Pegawai Daerah Johor Bahru, dan Datuk Bandar Iskandar Puteri ketika

lawatan beliau ke PPV Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor

Dalam masa sama Dr. Norhazimah turut menambah, Dr. Norhazimah sedang memberikan taklimat kepada para petugas di PPV
wadah komunikasi seperti sesi mesyuarat penyelarasan, Dewan MPSJ Puchong Indah, Selangor ketika sesi dry-run
sesi perbincangan dan libat urus amat penting untuk
diadakan sebelum, semasa dan selepas pengoperasian
PPV supaya tidak berlaku sebarang percanggahan yang
akan menjejaskan pengoperasian PPV dan segala isu
berbangkit dapat diselesaikan segera. Menurutnya,
sebagai pemudah cara di PPV, beliau perlu memastikan
segala perincian tugas difahami oleh setiap pemegang
taruh dan dilaksanakan secara saksama seperti mana
yang telah digariskan oleh Jawatankuasa Petugas Khas
Imunisasi COVID-19 (CITF) dan ProtectHealth.
Pengalaman ini ujarnya, menjadikan dirinya lebih mahir
mengurus isu-isu berbangkit di lapangan yang melibatkan
pengurusan. Dr. Norhazimah yang telah terlibat mengurus
dan menyelaras 8 buah PPV di sekitar Selangor dan
Lembah Kelang menyifatkan pengalaman berharga ini
tidak akan dapat ditimba di tempat lain dan akan terpahat
sebagai lakaran terindah sepanjang bergelar penjawat
awam.

23 Disediakan oleh:
Dr. Ahmad Syahir bin Ahmad Zu Safiuddin

Program Kesihatan Pergigian, KKM

KERANA AKU LEBIH DARIPADA
SEORANG DOKTOR PERGIGIAN

Tatkala pandemik COVID-19 melanda dunia, banyak perkara yang telah berubah dengan
amalan norma baharu. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada
18 Mac 2020 yang lalu telah banyak mengubah tatacara tugasan rutin aku sebagai
seorang doktor pergigian.

Sebelum ini aku bertugas di klinik pergigian dan hospital, kini aku telah mula diberikan
tugasan untuk membantu pasukan perubatan dalam tugasan-tugasan berkaitan
pencegahan dan penularan COVID-19 seperti pengambilan sampel swab dan pemberian
vaksin kepada orang awam.

Apabila keluar surat arahan untuk membantu pasukan kesihatan bagi tujuan pemberian
vaksin di Mentari Court, perasaan aku mulai sedikit gementar. Ini memandangkan pada
ketika itu, aku tahu Mentari Court adalah kediaman yang telah diisytiharkan sebagai
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat bermula pada 1 hingga 14 Julai 2021. Seramai
9,504 penduduk telah disaring dan 419 penduduk telah disahkan positif COVID-19.
Melalui taklimat program, aku dimaklumkan bahawa, banyak varian Delta telah ditemui
pada individu positif COVID-19 di kawasan kediaman tersebut. Aku dan rakan
seperjuangan yang lain telah turut diberi peringatan untuk senantiasa memakai
peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul dan menjaga penjarakan fizikal bagi
mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Program PPV di Mentari Court telah dijalankan selama seminggu
menggunakan bekalan vaksin jenis Pfizer dan Sinovac. Satu insiden yang
aku tidak boleh lupa adalah di mana salah seorang penerima vaksin yang
hampir rebah. Pada mulanya semasa proses menerima suntikan,
penerima vaksin ini didapati sangat gementar dan banyak berpeluh.
Semasa beliau sedang berjalan ke kawasan pemerhatian, kedengaran
penduduk lain mulai menjerit. Aku panik dan menoleh dan mendapati
beliau hampir rebah. Mujur aku sempat menyambut beliau sebelum
terjatuh dan terkena bucu meja.

Program pemberian vaksin seperti ini, memerlukan penglibatan dan “ASK NOT
kerjasama daripada ramai petugas kesihatan yang terdiri daripada
pelbagai jawatan. Seramai 66 anggota kesihatan dan pergigian telah WHAT THE COUNTRY
terlibat dalam program ini yang melibatkan doktor perubatan, doktor CAN DO FOR YOU
pergigian, pegawai farmasi, jururawat kesihatan, pembantu perubatan,
juruterapi pergigian, pembantu pembedahan pergigian dan pemandu ASK WHAT
kenderaan. Aku dapat rasakan semangat juang dan kerjasama serta
komitmen yang tinggi dari semua yang terlibat. Tugasan seperti ini, CAN YOU DO FOR YOUR
kadangkala membuatkan aku sebak dan bangga kerana aku adalah antara COUNTRY INSTEAD”
insan yang terpilih untuk turut bersama menjayakan misi pemberian
vaksin ini. Hasil Nukilan
Dr Hanif Mohd Suffian
Pandemik COVID-19 telah mengubah perspektif aku sebagai seorang Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Selangor
doktor pergigian. Tiada lagi istilah tugasan aku yang terhad kepada
pencegahan dan rawatan pergigian sahaja. Walaupun aku akui banyak
perkara negatif yang timbul semenjak pandemik COVID-19 membadai
negara kita, namun ada juga perkara positif di mana kepentingan untuk
semua barisan hadapan berganding bahu dalam memerangi dan berjuang
untuk membebaskan negara daripada belenggu pandemik COVID-19.

24

25

Berikutan peningkatan kes positif COVID-19, Pasukan Bertindak Khas, atau juga
dikenali sebagai Greater Klang Valley Special Task Force (GKV STF) telah

diwujudkan bagi melaksanakan pelan tindakan yang lebih efektif, cepat dan
menyeluruh ke atas sistem perkhidmatan kesihatan sedia ada bagi mengurangkan

kadar kematian akibat kelewatan mendapat rawatan di hospital.

VIRTUAL

COVID-19

ASSESSMENT
CENTRE
(CAC)

Di antara inisiatif GKV STF adalah mengurangkan kesesakan pesakit yang hadir untuk tujuan penilaian risiko di Pusat
Penilaian COVID-19 (CAC) bagi kes yang boleh menjalani kuarantin di rumah di bawah arahan Perintah Pengawasan dan
Pemerhatian di Rumah (HSO). Kini, individu di sekitar Lembah Klang yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak mengalami atau
mengalami sebarang tanda serta gejala ringan akan menerima arahan HSO secara digital tanpa mereka perlu hadir secara
fizikal di CAC. Pemantauan pesakit akan dijalankan secara maya yang dikendalikan oleh Virtual COVID-19 Assesment Centre
(Virtual CAC). Kaedah pemantauan secara maya ini adalah merangkumi panggilan RoboCall, penghantaran mesej SMS dan
panggilan telefon harian kepada pesakit.

26

Sesi Taklimat
Virtual CAC
(Video Consultation)

Seramai 29 orang pegawai pergigian di Program Kesihatan Pergigian Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP
IPKKM), telah dimobilisasi untuk bertugas di Virtual CAC setiap hari termasuk hujung minggu secara separuh masa.
Pegawai terlibat dalam aktiviti panggilan telefon kepada pesakit COVID-19 yang melaporkan gejala bertanda amaran
melalui aplikasi MySejahtera - Health Assessment Tool (HAT). Bagi memastikan kelancaran program ini, pegawai telah
menghadiri beberapa taklimat yang telah dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Sesi
latihan ini merangkumi pengurusan data Virtual CAC melalui sistem e-COVID-19, tatacara muatnaik dan penggunaan
aplikasi TIME Voice dan taklimat konsultasi secara maya. Penglibatan dalam aktiviti ini diterjemahkan sebagai salah satu
sumbangan pegawai pergigian dalam usaha KKM menangani wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

TIME Cloud Communication

1 Search for 2 Download 3 Scan QR CODE 4 Start use
TIME VOICE and install

Sesi Taklimat
Bersama

IME (VOIP Training)

Disediakan oleh :

27 Dr. Azliza binti Dato’ Zabha
Program Kesihatan Pergigian KKM

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN
(KESIHATAN PERGIGIAN)

ke Fasiliti Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Yang Berusaha Dr. Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia
telah mengadakan empat (4) siri lawatan kerja rasmi ke fasiliti-fasiliti pergigian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Putrajaya, Negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan dari bulan Februari hingga Mei 2021.

Lawatan kerja rasmi ini dijalankan bagi melihat kesinambungan penyampaian perkhidmatan pergigian kepada pesakit
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyusunan semula anggota bagi mematuhi Prosedur Operasi
Standard, sebarang kekangan sekiranya ada dalam penyampaian perkhidmatan, aspek-aspek norma baharu
penyampaian perkhidmatan pergigian, kesiapsiagaan untuk membantu dalam menangani pandemik COVID-19,
penerimaan vaksin COVID-19 di kalangan anggota pergigian dan penglibatan anggota dalam pemberian vaksin.

Menerusi lawatan ini pelbagai isu dan cabaran telah dibincangkan bersama. Semoga perkhidmatan kesihatan
pergigian yang mampan, efisien, selamat dan berkualiti tinggi dapat disampaikan kepada masyarakat setempat
secara berterusan.

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (8 HINGGA 9 FEBRUARI 2021)

1 Klinik Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial 2 Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan (KP di 3 Klinik OMFS, Hospital Putrajaya
(OMFS), Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya KK) Presint 9 dan 18, Putrajaya

Sesi perbincangan antara Pengarah Kanan Di bilik rawatan Unit Pakar Pergigian Bersama Pakar-pakar Bedah Mulut dan
(Kesihatan Pergigian) KKM bersama Restoratif, KP di KK Putrajaya Presint 18 Maksilofasial (OMFS) di Klinik Pakar OMFS,
Pengarah Institut Kanser Negara
Hospital Putrajaya

NEGERI SELANGOR (11 HINGGA 12 MAC 2021)

1 KP di KK Ampang, Hulu Langat 2 KP Gombak Setia, Gombak 3 KP di Hospital Orang Asli Gombak, Gombak 4 KP di KK Kajang, Hulu Selangor

Lawatan ke bilik rawatan dan perbincangan Sesi perbincangan bersama Pengarah Hospital Di makmal pergigian, KP Kajang, Selangor
bersama Pegawai Pergigian Yang Menjaga (PPYM) Orang Asli Gombak

KP di KK Ampang

Bersama Pengarah Hospital dan anggota Hospital
Orang Asli Gombak semasa lawatan ke KP,
Hospital Orang Asli Gombak

28

NEGERI PERAK (7 HINGGA 9 APRIL 2021)

1 KP di KK Besout, Sungkai 2 KP di KK Trolak Selatan, Sungkai 3 KP di KK Sungkai 4 Pejabat Kesihatan Pergigian 5 KP di Hospital Kuala Kangsar,
7 KP di KK Kampung Simee, Kinta Daerah (PKPD) Batang Padang Kuala Kangsar
6 KP di KK Kuala Kangsar, 8 KP di Hospital Batu Gajah,
Kuala Kangsar Batu Gajah 9 Klinik Pakar OMFS dan Pakar 10 KP di KK Teluk Intan, Hilir
Pergigian Pediatrik, Hospital Perak
Teluk Intan, Hilir Perak

Bersama PPYM KP di KK Besout, Bersama anggota pergigian di sudut promosi Bersama Juruteknologi Pergigian di
Sungkai, Perak (visiting clinic) kesihatan pergigian KP di KK Teluk Intan Makmal Pergigian, KP di KK Sungkai

Di Bilik Rekod, Klinik Pakar OMFS dan Sudut Go Green yang kemas dan Troli yang dibaluti plastik dengan kemas Kabinet yang dibaluti kemas dengan
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital menarik di KP di KK Kuala Kangsar di bilik rawatan Aerosol Generating plastik di bilik rawatan (AGP) di Klinik

Teluk Intan Procedure (AGP), KP di KK Kuala Kangsar Pakar OMFS serta Pakar Pergigian
Pediatrik di Hospital Teluk Intan

NEGERI SEMBILAN ( 19 HINGGA 21 MEI 2021)

1 KP di KK Gemas, Tampin 2 KP di KK Lui Muda, Jempol 3 KP di KK Palong 4, 5, 6, Jempol 4 KP di KK Jelai, Tampin 5 KP di KK Palong 9, 10, 11, Tampin
6 KP di KK Serting Hilir, Jempol
11 KP di Hospital Jelebu, Jelebu 7 KP Jempol dan Pejabat Kesihatan 8 KP di KK Pertang, Jelebu 9 KP di KK Simpang Durian, 10 KP Petaling, Jelebu
Pergigian Daerah (PKPD) Jempol Jelebu

Bersama anggota KP Di bilik rawatan
di KK Gemas KP di KK Lui
Muda, Jempol

Berinteraksi dengan anggota di PKPD Jempol Bilik rawatan dan bilik x-ray yang kelihatan menarik Pelbagai infografik menarik dipaparkan di
dan kemas hasil gotong-royong dan kerjasama Sudut Promosi Kesihatan Pergigian di KP

anggota-anggota pergigian KP di KK Pertang, Jelebu Petaling, Jelebu

29 Disediakan oleh :
Dr. Mustaffa bin Jaapar
Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN TEKNOLOGI KESIHATAN PERGIGIAN

Management of Avulsed Permanent Anterior Teeth (Third Edition)
Webinar Training of Trainers (ToT)

Webinar Training of Trainers (ToT): Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Avulsed Permanent Anterior Teeth
(Third Edition) telah dianjurkan pada 8 April 2021 melalui platform Microsoft Teams. Webinar ini telah disertai oleh 265
orang peserta yang terdiri daripada Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian dari Kementerian
Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Fakulti Pergigian serta Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Objektif Training of Trainers ini adalah untuk :-

Memberi pendedahan kepada pengguna Melatih petugas kesihatan pergigian Melatih Trainers di setiap daerah agar
berkaitan edisi terbaru CPG Management of dalam pengendalian Avulsed Permanent dapat menyampaikan kandungan CPG

Avulsed Permanent Anterior Teeth. Anterior Teeth. secara sistematik dan berkesan.

Webinar dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dr. Chia Jit Chie, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Kesihatan Pergigian. Agenda kursus merangkumi pre-test, post-test dan sesi ceramah yang telah disusun secara
komprehensif bagi memastikan kefahaman optimum di kalangan peserta. Penceramah terdiri daripada beberapa Pakar
Pergigian Pediatrik, Pensyarah Universiti dan Pakar Pergigian Kesihatan Awam yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa
Pembangunan CPG. Webinar diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian sijil kepada penceramah dan urusetia.

30

Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal bagi
produk-produk di bawah Approved Products Purchase List (APPL)

Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal bagi produk-produk di bawah Approved Products Purchase
List (APPL) telah diadakan bagi enam item alat pelindung diri (Personal Protective Equipment - PPE) pakai buang iaitu
head cover, hood cover, boot cover, shoe cover, plastic apron dan gown. Penambahan produk-produk ini ke dalam
senarai APPL adalah bertujuan untuk mengukuhkan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam
menangani wabak pandemik COVID-19.

Head cover Hood cover Boot cover

Shoe cover Plastic apron Gown

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal
Personal Protective Equipment (PPE)

Terdapat lebih daripada 300 petender yang telah mengambil bahagian dalam tender terbuka bagi enam item PPE yang
disenaraikan. Sampel bahan dari semua petender telah diuji cuba oleh pengguna di beberapa fasiliti KKM yang
berdekatan. Susulan daripada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal telah berlangsung secara tele-sidang
sepanjang bulan Mei 2021. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengemukakan cadangan pilihan berdasarkan
ketepatan spesifikasi teknikal dan kepatuhan terhadap kriteria yang telah ditetapkan. Ahli Jawatankuasa Penilaian
Teknikal terdiri daripada pegawai-pegawai KKM dari pelbagai bahagian dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

Disediakan oleh :

31 Cawangan Teknologi Kesihatan Pergigian
Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN
PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN
KANAK-KANAK (TODDLERS) BERSAMA AGENSI LUAR

Satu inisiatif baharu telah diperkenalkan di peringkat nasional
iaitu kolaborasi strategik bersama pelbagai agensi dan pihak
berkepentingan yang bertujuan untuk memperkukuh program
penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak (toddler) di bawah
Program Kesihatan Pergigian, KKM. Inisiatif ini merupakan
sebuah perkongsian tanggungjawab untuk memperkasa
toddler, ibu bapa dan pengasuh dalam meningkatkan tahap
kesihatan pergigian seawal usia kanak-kanak.

Oleh yang demikian, satu sesi taklimat bagi memperkenal dan
mempromosi inisiatif ini telah diadakan pada 9 Mac 2021 yang
lalu secara dalam talian melibatkan wakil dari fakulti pergigian
universiti awam dan swasta, Perkhidmatan Pergigian
Angkatan Tentera Malaysia, persatuan-persatuan pergigian,
pemain industri dan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO). Turut
hadir bersama adalah wakil-wakil persatuan TASKA dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pelbagai perkara mengenai pelaksanaan program dan
kesihatan pergigian toddler telah dibincangkan semasa
taklimat ini. Taklimat yang dipengerusikan oleh Pengarah
Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM ini turut menerima maklum
balas serta respons yang positif daripada peserta yang hadir.
Diharapkan agar kolaborasi yang merupakan projek Corporate
Social Responsibility (CSR) ini dapat diterima dan disambut
baik oleh semua agensi yang terlibat dalam menyumbang ke
arah kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak di
negara ini.

BENGKEL PENGUKUHAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
PERGIGIAN PRIMER 2021

Pada tahun 2021, buat pertama kalinya, bengkel ini diadakan Pembentangan Perkhidmatan Pergigian Prasekolah
secara dalam talian bagi mematuhi amalan norma baharu disampaikan oleh Dr Mohd Shukri bin Tolahah
bersama semua wakil negeri dan Pusat Pergigian Kanak-Kanak
& Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian)
Georgetown, Pulau Pinang. Bengkel ini telah diadakan pada 16
hingga 18 Mac 2021 dan dihadiri seramai lebih kurang 1000 orang
peserta yang terdiri daripada pelbagai kategori anggota di
perkhidmatan kesihatan pergigian primer. Ini merupakan
kelebihan menggunakan medium secara dalam talian ini
kerana dapat melibatkan hampir semua anggota pergigian
hingga di peringkat daerah dan klinik.

Pelbagai inisiatif baharu dalam perkhidmatan kesihatan pergigian primer telah diperkenalkan sepanjang bengkel berlangsung
antaranya, perkhidmatan kesihatan pergigian toddler: kolaborasi bersama agensi luar (G-TOD 2021), Penilaian Risiko Sekolah
(PERSiS) dalam perkhidmatan pergigian sekolah, pengenalan sistem MyHDW dan sistem aplikasi janji temu atas talian di
klinik pergigian. Selain itu, pelbagai isu berkaitan data dan reten perkhidmatan kesihatan pergigian primer turut dibincangkan
dan diberi pencerahan bagi mengelakkan kesilapan dalam pelaporan di peringkat negeri dan nasional.

32

Diharapkan, bengkel ini telah memberi manfaat secara langsung kepada peserta yang hadir seterusnya dapat menambahbaik
penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di masa akan datang.

Pembentangan Garis Panduan Perkhidmatan Pengenalan ringkas sistem Perbincangan Laporan/Reten Perkhidmatan Kesihatan
Pergigian Sekolah disampaikan oleh Malaysian Health Data Pergigian Primer dikendalikan oleh Puan Jeyandra
Warehouse (MyHDW) Ghandi, Penyelia Juruterapi Pergigian Cawangan
Dr. Zulkefli bin Ramlay, yang merupakan pengerusi Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer.
garis panduan ini. Penilaian Risiko Sekolah disampaikan oleh Dr. Siti Zainab
Omar dari Cawangan Pengurusan
(PERSiS) telah diperkenalkan dalam garis panduan ini. Maklumat Kesihatan Pergigian.

Antara agenda dalam bengkel
ini, pengenalan aplikasi sistem

janji temu di klinik pergigian
yang disampaikan oleh Dr. Lily
Laura, pegawai dari Cawangan

Pengurusan Maklumat
Kesihatan Pergigian.
Gambar peserta dan urusetia bengkel bersama Pengarah
Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian dan Pengarah
Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM.

MESYUARAT PELARASAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
PERGIGIAN SEKOLAH PADA ERA NORMA BAHARU

Satu mesyuarat bersama wakil daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Januari 2021 di Bilik Mesyuarat Utama, Program
Kesihatan Pergigian, KKM.

Mesyuarat tersebut diadakan untuk memaklumkan dan
mendapatkan persetujuan mengenai perubahan hala tuju
dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di
sekolah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Kanan
(Kesihatan Pergigian) KKM. Satu pembentangan bertajuk
Pengenalan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Pada
Era Norma Baharu telah disampaikan oleh Dr. Nurrul Ashikin
binti Abdullah, Timbalan Pengarah Cawangan Penjagaan
Kesihatan Pergigian Primer.

Perubahan hala tuju baharu yang dimaklumkan adalah pelaksanaan perkhidmatan kesihatan pergigian bersasar iaitu kepada
murid dan sekolah yang berisiko tinggi terhadap penyakit karies gigi akan lebih diberikan keutamaan. Satu tawaran baru
berkenaan Pemasyarakatan Perkhidmatan Klinik Pergigian Sekolah juga diuar-uarkan kepada ahli mesyuarat.

Usaha kolaboratif dua kementerian yang berkongsi kumpulan sasaran perkhidmatan yang sama.

33 Disediakan oleh :
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PENJAGAAN KESIHATAN
PERGIGIAN KEPAKARAN

MESYUARAT KEPAKARAN
PERGIGIAN KKM TAHUN 2021

Mesyuarat Kepakaran Patologi Mulut & Mesyuarat Kepakaran Pergigian Forensik KKM Mesyuarat Cadangan Pelaksanaan Pesakit
Perubatan Mulut KKM Tahun 2021 Tahun 2021 Bayar Penuh (FPP) Di Fasiliti Kepakaran
Pergigian Non-hospital Based (NHB) KKM
Mesyuarat Kepakaran Periodontik KKM PERGIGIAN FORENSIK Tahun 2021
Tahun 2021
4 FEBRUARI 2021 Mesyuarat Kepakaran Bedah Mulut &
Mesyuarat Kepakaran Pergigian Pediatrik KKM Maksilofasial KKM Tahun 2021
Tahun 2021 PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS
Mesyuarat Kepakaran Pergigian Restoratif KKM
17 FEBRUARI 2021 Tahun 2021

PATOLOGI MULUT & PERUBATAN MULUT

4 MAC 2021

PERIODONTIK

10 MAC 2021

PERGIGIAN PEDIATRIK

15 MAC 2021

ORTODONTIK

24 MAC 2021

PERGIGIAN RESTORATIF

30 MAC 2021

BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL

1 APRIL 2021

KESIHATAN AWAM PERGIGIAN

14 JUN 2021

PELBAGAI BIDANG KEPAKARAN PERGIGIAN

23-24 JUN 2021

Mesyuarat Kepakaran Ortodontik KKM Mesyuarat Kepakaran Kesihatan Awam
Tahun 2021 Pergigian KKM Tahun 2021

Mesyuarat Pelbagai Bidang Kepakaran
Pergigian KKM Tahun 2021

34

Webinar Therapeutic Communication
for Dental Practitioners

Webinar ini dijalankan dalam talian dan dihadiri oleh seramai 80 orang peserta
yang terdiri daripada Pakar Pergigian Kesihatan Awam dan Pegawai Pergigian
untuk memperkasa Unit Pakar Pergigian Kesihatan Awam. Antara topik yang
dibentangkan ;

Sugar Uptakes Among Malaysian: Tips to Assist for Optimal Health & Oral Health
Dental Anxiety: How to Address?

The Principles of Motivational Interviewing and Therapeutic Communication.

Lambaian Kasih

Mesyuarat Pelbagai Bidang Kepakaran
Pergigian KKM Tahun 2021 meraikan
YBrs. Dr. Ganasalingam V. Sockalingam,
Ketua Perkhidmatan Kepakaran Pergigian
Pediatrik KKM yang bersara pada 6 Julai
2021. Selamat bersara dan setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan atas jasa serta
bakti kepada PKP KKM berkhidmat

selama 36 tahun.

35 Disediakan oleh :
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PENJAGAAN KESIHATAN
PERGIGIAN MASYARAKAT

KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM
PERKHIDMATAN PERGIGIAN MASYARAKAT

Pada 3 Mac 2021, Kursus Pemantapan Program Perkhidmatan
Pergigian Masyarakat Tahun 2021 telah diadakan

Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan
tentang pelaksanaan dan pemantauan program
perkhidmatan pergigian masyarakat di peringkat
negeri. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi
latihan kepada penyelaras dan Penyelia Juruterapi
Pergigian Negeri dalam pengisian borang laporan
baharu yang digunakan dalam Program Kampung
Angkat Pergigian dan pengisian borang laporan
sedia ada.

Kursus yang dijalankan secara dalam talian ini disertai oleh 32 orang peserta dari setiap negeri yang terdiri
daripada Penyelaras Program Komuniti Negeri dan Ketua Jururawat Pergigian. Dua garis panduan telah
dibincangkan dalam kursus ini iaitu Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan Pergigian Outreach melalui
Pasukan Pergigian Bergerak (PPB), Klinik Pergigian Bergerak (KPB) dan Makmal Pergigian Bergerak (MPB)
serta Garis Panduan Program Kampung Angkat Pergigian.

Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan Pergigian Garis Panduan Program Kampung Angkat
Outreach melalui Pasukan Pergigian Bergerak (PPB), Pergigian juga telah dibincangkan di kursus ini.
Klinik Pergigian Bergerak (KPB) dan Makmal Pergigian Program Kampung Angkat Pergigian
Bergerak (MPB) sebelum ini disediakan secara merupakan satu inisiatif baharu dalam
berasingan bagi PPB, KPB dan MPB. Garis panduan yang penyampaian perkhidmatan kesihatan
komprehensif ini menggariskan langkah-langkah pergigian yang telah dimulakan di Negeri
keselamatan untuk digunapakai dalam pengangkutan Sembilan pada tahun 2019 dan telah
darat, air dan udara bagi mengurangkan risiko kepada diperluaskan ke seluruh negara bermula 2021.
anggota pergigian sewaktu menjalankan tugas. Garis Program ini merupakan kerjasama antara
panduan ini adalah sebagai rujukan bagi Perkhidmatan Program Kesihatan Pergigian KKM dan pihak
Pergigian Secara Outreach di Kementerian Kesihatan pengurusan di komuniti. Program ini diadakan
Malaysia bagi memastikan keseragaman dan kelancaran untuk meningkatkan akses kesihatan pergigian
semua aktiviti perkhidmatan pergigian melalui PPB, KPB kepada rakyat terutama di kawasan pedalaman
dan MPB di Kementerian Kesihatan Malaysia. yang jauh dari fasiliti kesihatan pergigian. Setiap
klinik pergigian bertanggungjawab dalam
penjagaan kesihatan pergigian masyarakat
kampung di bawah jagaan masing-masing.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan
rumah ke rumah bagi menyampaikan
perkhidmatan pergigian kepada penduduk
kampung. Garis panduan ini juga dilengkapkan
dengan Standard Operating Procedures (SOP)
yang perlu dipatuhi oleh anggota kesihatan
pergigian bagi menjamin keselamatan anggota
dan pesakit dalam mengekang wabak COVID-19.

Diharapkan kursus ini dapat memantapkan lagi Program Perkhidmatan Pergigian Outreach dan Komuniti di
setiap negeri dan tiada yang ketinggalan dalam mendapatkan khidmat pergigian yang terbaik terutama
masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman.

36 Disediakan oleh :
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

BENGKEL KAJIAN KEBERKESANAN INISIATIF
PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

Inisiatif Promosi Kesihatan Pergigian telah mula dilaksanakan sejak sekian lama seperti Program Kesihatan Pergigian Untuk Guru
Pelatih dan Latihan Memberus Gigi. Terdapat juga inisiatif promosi yang agak baru dilaksanakan seperti Transformation of One Smile

Together (TWiST) pada tahun 2018, Kesihatan Oral dan Agama (KOA) dan program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK)
pada tahun 2016. Namun, penilaian keberkesanan terhadap inisiatif- inisiatif ini tidak banyak dilaksanakan.

Inisiatif-inisiatif promosi yang dijalankan
melibatkan kolaborasi antara Program
Kesihatan Pergigian, KKM dengan pelbagai
kementerian lain seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan pelbagai agensi swasta.
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini melibatkan
kos dan penggunaan sumber manusia. Oleh
itu, penilaian keberkesanan perlu dijalankan
untuk menilai sejauh mana keberkesanan
inisiatif promosi yang telah dijalankan agar
mencapai objektif untuk meningkatkan oral
health literacy dan status kesihatan oral
masyarakat.

Sehubungan itu, satu Bengkel Kajian Keberkesanan Inisiatif Susulan bengkel ini, dua sesi Pembentangan Kertas Cadangan
Promosi Kesihatan Pergigian telah dijalankan pada 19hb April Kajian Keberkesanan Inisiatif Promosi Kesihatan Pergigian telah
2021 secara tele-sidang bertujuan untuk membantu pegawai dijalankan pada 27 Mei 2021 dan 1 Jun 2021. Sebanyak 10 kertas
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi melaksanakan cadangan kajian inisiatif promosi telah berjaya dihasilkan dan
kajian keberkesanan bagi aktiviti promosi yang dilaksanakan. dibentangkan oleh 10 kumpulan dari setiap negeri.
Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pergigian yang
berminat menjalankan kajian serta dibantu oleh Pakar Pergigian Adalah diharapkan agar kertas cadangan kajian ini kelak dapat
Kesihatan Awam di setiap negeri. dimanfaatkan untuk menilai semula pelaksanaan
inisiatif-inisiatif promosi di masa akan datang seterusnya
Penceramah yang bertindak sebagai supervisor dan konsultan mencapai objektif untuk meningkatkan oral health literacy dan
terdiri daripada Pakar Pergigian Kesihatan Awam dari Fakulti status kesihatan oral masyarakat.
Pergigian Universiti Malaya iaitu Prof. Dr. Zamros Yuzadi Mohd
Yusof, Dr. Marhazlinda binti Jamaludin dan Dr. Nor Azlida binti Inisitif Promosi Negeri Yang Ditugaskan
Mohd Nor. Penceramah juga berperanan menyelia penghasilan Bil Kesihatan Pergigian Membuat Kajian
kajian keberkesanan ini sehingga ke peringkat akhir. Keberkesanan

1 Kesihatan Oral Tanpa Amalan Johor, Wilayah Persekutuan
Merokok (KOTAK) Labuan & Program Kesihatan
Pergigian KKM
2 Program Ikon Gigi
Sarawak, Program Kesihatan
Pergigian KKM

3 Inisiatif Kesihatan Pergigian untuk Sabah, Kedah
Guru Pelatih di IPGM

4 Inisiatif Kesihatan Pergigian untuk Melaka, Perak, Program
Warga Kolej Komuniti (TWiST) Kesihatan Pergigian KKM

5 Inisiatif Kolaborasi Kesihatan Pahang
Pergigian dengan Badan Agama

6 Minggu Promosi Kesihatan Terengganu
Pergigian (MPKP)

7 Klinik Pergigian Mesra Pulau Pinang, Negeri Sembilan
Promosi (KPMP) Perlis, Kelantan

8 Latihan Memberus Gigi
Berkesan (BEGIN)

9 Pasukan Promosi Kesihatan Selangor
Pergigian

10 Promosi dan Pendidikan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Pergigian melalui Media Sosial Pusat Pergigian Kanak-kanak dan
Institut Latihan KKM dan Program

Kesihatan Pergigian KKM

Disediakan oleh :

37 Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian
Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PROMOSI
KESIHATAN PERGIGIAN

PENGARAH KANAN
(KESIHATAN PERGIGIAN)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEGAWAI PROMOSI
KESIHATAN PERGIGIAN

NEGERI

Sesi Dialog
Pengarah Kanan (Kesihatan
Pergigian) Bersama Pegawai
Promosi Kesihatan Pergigian
Negeri telah diadakan secara

tele-sidang pada
31hb Mac 2021 di pejabat
Pengarah Kanan (Kesihatan

Pergigian), Program
Kesihatan Pergigian,
Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Sesi dialog ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian dan Timbalan Pengarah Cawangan Promosi
Kesihatan Pergigian serta semua ahli cawangan. Tujuan sesi dialog ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada

pegawai-pegawai promosi kesihatan pergigian negeri untuk berdialog dengan Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) secara
langsung dan berkongsi perkembangan inisiatif-inisiatif promosi pergigian amnya dan pada era COVID-19 khasnya.
Antara agenda utama sesi dialog adalah:
1 Pembentangan Trial-Run Pendidikan Kesihatan Pergigian Dalam Talian (PKPDT) oleh Dr. Muhammad Adib bin Jamil
2 Pencapaian Media Sosial Rasmi Perkhidmatan Pergigian oleh Dr. Doryalisa binti Zakaria
3 Penilaian Program Pendidikan Kesihatan Pergigian Guru Pelatih di IPGM oleh Dr. Jamaliah binti Omar
4 Penilaian Program KOTAK oleh Dr. Ili Mazlina binti Mukhtar.

Kemuncak sesi dialog ialah penyampaian Anugerah Inisiatif Program Promosi Kesihatan Pergigian Terbaik kepada negeri-negeri
yang telah menunjukkan prestasi cemerlang untuk tiga (3) tahun berturut-turut dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Pemenang
bagi beberapa anugerah menunjukkan saingan yang begitu sengit di antara negeri.

38

Pengarah Kanan (Kesihatan
Pergigian) dalam ucapannya turut

mengucapkan tahniah kepada
semua negeri yang telah

menunjukkan prestasi inisiatif
program promosi kesihatan pergigian

yang cemerlang dan konsisten.
Segala sumbangan amat dihargai
tidak lupa menitipkan pesan agar

negeri tetap mengekalkan
kecemerlangan walaupun negara

masih lagi dilanda pandemik
COVID-19.

Anugerah Inisiatif Program Promosi Anugerah Inisiatif Program Promosi Anugerah Inisiatif Program Promosi
Kesihatan Pergigian Terbaik (Keseluruhan) Kesihatan Pergigian Terbaik (iGG) Kesihatan Pergigian Terbaik (KOTAK)
Selangor
Kelantan Pulau Pinang

Anugerah Khas Penganjur Majlis Anugerah Inisiatif Program Promosi
Promosi Kesihatan Pergigian Terbaik Kesihatan Pergigian Terbaik (Media Sosial)

Melaka Negeri Sembilan
(Konvensyen KOTAK 2019)

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua negeri yang berjaya!

39 Disediakan oleh :
Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

BENGKEL PENYEDIAAN

INFOGRAFIK, POSTER DAN VIDEO

PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA
PEMBANGUN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL RASMI

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KKM

Media sosial merupakan salah satu medium yang begitu penting dalam penyampaian informasi dan hebahan
semasa pandemik COVID-19 termasuklah penyampaian pendidikan kesihatan pergigian kepada masyarakat.

Pada bulan Oktober 2020 Program Kesihatan Pergigian, KKM telah mengambil inisiatif untuk melantik beberapa orang Pegawai
Pergigian negeri sebagai Pentadbir Bersama Media Sosial Rasmi dan Pembangun Kandungan di bawah Cawangan Promosi Kesihatan
Pergigian. Pada masa yang sama, satu akaun media sosial rasmi PKP KKM yang baru telah diwujudkan iaitu melalui platform Twitter
untuk mempelbagai dan memperluas kaedah penyampaian maklumat kepada kumpulan sasaran yang berbeza. Sebagai makluman,
PKP KKM telah mempunyai akaun media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Blogspot.com dan Youtube

Justeru, penghasilan bahan-bahan pendidikan kesihatan
pergigian perlu digerakkan selari dengan perkembangan
penggunaan media sosial sedia ada.

Bengkel Penyediaan Infografik, Poster dan Video Pendidikan
Kesihatan Pergigian Bersama Pembangun Kandungan Media
Sosial Rasmi PKP KKM yang diadakan pada 22 sehingga 24
Februari 2021 di Program Kesihatan Pergigian KKM menyaksikan
sejumlah 18 bahan pendidikan kesihatan pergigian telah berjaya
dihasilkan yang terdiri daripada 5 video dan 13 infografik meliputi
pelbagai topik kesihatan pergigian yang telah dikenalpasti.
Bahan- bahan pendidikan kesihatan pergigian yang telah melalui
proses semakan dan diluluskan dimuatnaik ke dalam semua
media sosial dari masa ke semasa.

40 Disediakan oleh :
Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN DALAM TALIAN (PKPDT)

01 Seperti mana yang telah sedia maklum, negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19
semenjak awal tahun 2020. Semua bidang perkhidmatan telah terkesan termasuklah penyampaian
perkhidmatan kesihatan pergigian. Wabak ini juga telah memberi impak besar terhadap
penyampaian promosi dan pendidikan kesihatan pergigian terhadap murid-murid sekolah yang
selama ini dijalankan secara bersemuka. Ia menjadi lebih sukar apabila sekolah-sekolah telah
ditutup bagi membendung wabak COVID-19.

02 Pendidikan Kesihatan Pergigian Dalam Talian (PKPDT) merupakan satu kaedah yang menggunakan
Teknologi Maklumat & Komunikasi secara maya yang mana bahan-bahan Pendidikan Kesihatan
Pergigian boleh diakses melalui internet oleh kumpulan sasar seperti murid-murid sekolah. PKPDT
merupakan satu kaedah alternatif kepada penyampaian Pendidikan Kesihatan Pergigian secara
bersemuka yang digunakan sebelum penularan wabak COVID-19.

03 Adalah diharapkan PKPDT ini dapat dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh negara sebagai alternatif
kepada penyampaian bahan-bahan Pendidikan Kesihatan Pergigian secara bersemuka. Oleh itu,
penyampaian ilmu pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan pergigian yang baik dalam kehidupan
seharian murid-murid sekolah dapat diteruskan.

10:45/ 65:00 10:45/ 65:00

MODUL01: KENALI GIGI KITA MODUL 07: MASALAH PERGIGIAN - RAWATAN DAN PENCEGAHAN

5,5 M 0 Share Save 5,5 M 0 Share Save

10:45/ 65:00

MODUL 11: AMALAN BERUS GIGI DENGAN BERKESAN & PENGGUNAAN

FLOSS GIGI

5,5 M 0 Share Save

41 Disediakan oleh :
Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN AKREDITASI & GLOBALISASI
KESIHATAN PERGIGIAN

1 PENILAIAN AKREDITASI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PEMBEDAHAN PERGIGIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT)
TEMPATAN

Perancangan Penilaian Teknikal bagi Akreditasi Program Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian IPT
tempatan bagi tahun 2021 tidak terkecuali terkesan dari pandemik COVID-19. Memandangkan tiada tanda
positif pandemik berakhir dalam masa terdekat, serta bagi mengelakkan proses penilaian akreditasi bagi
program pengajian pergigian tertunggak lebih lanjut, beberapa penilaian telah dilaksanakan menggunakan
pendekatan Malaysian Qualification Agency Virtual Audit (MQAVA) yang telah diubahsuai.

IPT yang telah memulakan penilaian Akreditasi
Program Pengajian Pergigian secara MQAVA :

1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)- Pembaharuan
Perakuan Akreditasi Penuh

2 Manipal University Medical College (MUMC) – Pembaharuan
Perakuan Akreditasi Penuh

3 Penang International Dental College (PIDC) – Pembaharuan
Perakuan Akreditasi Penuh

4 Universiti Sains Malaysia (USM) - Pemantauan Pematuhan
Akreditasi

MQAVA bagi UIAM – 9 – 10 Jun 2021

Mesyuarat Penyediaan Laporan UIAM - 11 dan 29 Jun 2021

Mesyuarat Penyelarasan MQAVA bagi PIDC – 3 Jun 2021

42

2 PENEMPATAN PELAJAR / PELATIH IPT TEMPATAN BAGI LATIH
AMAL DI FASILITI KKM

Di bawah Jawatankuasa Penggunaan Fasiliti, Cawangan
ini ditugaskan untuk mengetuai Task-force bagi
mengkaji semula caj bayaran penempatan pelajar /
pelatih IPT bagi tujuan latih amal di fasiliti KKM.
Pra-bengkel telah diadakan pada 14 April 2021 bagi
persiapan untuk menyediakan kertas kerja yang
berkaitan.

MQAVA bagi UIAM pada 9 – 10 Jun 2021

3 GLOBALISASI DAN LIBERALISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN
PERGIGIAN

Timbalan Pengarah Cawangan Akreditasi dan Globalisasi Kesihatan Pergigian dan Setiausaha Majlis Pergigian
Malaysia (MDC) telah mewakili Malaysia di mesyuarat ASEAN JOINT COORDINATING COMMITTEE (AJCCD) ke-27
yang diadakan secara dalam talian pada 9 Jun 2021. Mesyuarat dipengerusikan oleh negara Thailand dan dihadiri
peserta dari 10 negara ASEAN.

Mesyuarat AJCCD ke-27 secara maya pada 9 Jun 2021

43 Disediakan oleh :
Cawangan Akreditasi dan Globalisasi Kesihatan Pergigian

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN PERUNDANGAN DAN
PENGUATKUASAAN (CPP)

Aktiviti Penguatkuasaan Di Bawah Akta 586

Tarikh : 8 Januari 2021

Tempat : Klinik pergigian swasta di Wilayah
Agenda : Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan
berdasarkan aduan dan aktiviti ini
dikelolakan oleh Bahagian Kesihatan
Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur & Putrajaya. Sebanyak 2 aktiviti
penguatkuasaan telah dijalankan

Pegawai Pergigian Penguatkusaan CPP yang menyertai aktiviti serbuan

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK)
Pengendalian Gigi Bertampal Amalgam
Yang Dicabut Bil 2/2021 dan 3/2021

Tarikh : 17 & 26 Februari 2021

Tempat : Bilik Perbincangan, PKP KKM (Tele-sidang)

Agenda : Ahli jawatankuasa kerja telah
ditugaskan menyediakan kertas
cadangan. Kertas cadangan ini telah
dibentangkan di Mesyuarat Teknikal
Bil. 2/2021, PKP KKM

AJK yang hadir secara bersemuka di Bilik Perbincangan 1, PKP KKM

Mesyuarat Pegawai Pergigian Penguatkuasa
Bil. 1/2021

Tarikh : 1 & 2 Mac 2021

Tempat : Bilik Perbincangan, PKP KKM (Tele-sidang)

Agenda : Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)
KKM dan dihadiri oleh semua Ketua Unit Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)
Penguatkuasaan dari semua negeri.
Mesyuarat ini membincangkan beberapa
perkara berikut :

i. Pencapaian CPP Tahun 2020;
ii. Draf Akhir Prosedur Operasi Piawai

SOP) Aduan;

iii. Tatacara Tuntutan Panjar Wang Khas dan
iv. Isu-isu Penguatkuasaan.

44

Perbincangan Berkaitan Klinik Pergigian
Swasta Di Bawah Akta 586

Tarikh : 24 Mac 2021

Tempat : Bilik Perbincangan PKP KKM (Tele-sidang)

Agenda : Perbincangan ini diadakan bersama
pegawai proses Klinik Pergigian Swasta
(KPS) negeri yang bertujuan melihat Peserta yang hadir secara bersemuka
permasalahan yang dihadapi di peringkat
negeri. Pembentangan berkaitan Mesyuarat Koordinator Keselamatan dan
pemprosesan KPS telah dibentangkan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bil. 1/2021
dibincangkan. Tarikh : 7 April 2021

Tempat : Bilik Perbincangan PKP KKM (Tele-sidang)

Agenda : Mesyuarat ini dijalankan bersama-sama
koordinator negeri. Mesyuarat ini
Ahli mesyuarat Koordinator KPP yang hadir secara bersemuka membincangkan perkara berikut:

i. Pencapaian Unit KKP Tahun 2021;

ii. Isu-isu Berkaitan Audit KKP;

iii. Perbincangan Pangkalan Data
Penyakit Berjangkit dan

iv. Perbincangan Sambutan Minggu KKP
Pergigian 2021.

Pemeriksaan Pemantauan Klinik Pergigian
Swasta (KPS)

Tarikh : 31 Mac 2021 dan 8 April 2021

Tempat : KPS sekitar Selangor dan Putrajaya

Agenda : Pemeriksaan pemantauan KPS
dijalankan oleh pegawai pemeriksa
melibatkan 7 buah KPS mengikut Jadual Pegawai pemeriksa bersama pemilik salah sebuah KPS di Selangor
Pemantauan CPP 2021 yang telah
disediakan

Perbincangan Bersama Malaysian Dental
Association (MDA) Berkenaan Klinik Pergigian
Swasta

Tarikh : 21 April 2021

Tempat : Bilik Perbincangan, PKP KKM (Tele-sidang)

Agenda : Perjumpaan ini diadakan bagi
membincangkan isu-isu yang dihadapi
Wakil MDA membuat pembentangan oleh pengamal pergigian swasta.
Isu isu yang dibincangkan adalah:

i. Pendaftaran Pengamal Pergigian Swasta;

ii. Keperluan Fasiliti sedia ada;
iii. Penguatkuasaan dan
iv. Cadangan pindaan Akta dan Peraturan.

45 Disediakan oleh :
Cawangan Perundangan dan Penguatkuasaan

Program Kesihatan Pergigian KKM

CAWANGAN KUALITI KESIHATAN PERGIGIAN

AUDIT PEMANTAUAN KEDUA SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS-ISO 9001: 2015
PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TAHUN 2021

Pada 24 dan 25 Februari 2021 telah berlangsung Audit Sesi pembukaan audit oleh Pengarah Kanan
Pemantauan Kedua Sistem Pengurusan Kualiti 9001:2015 (Kesihatan Pergigian) KKM, Dr. Noormi binti Othman.
Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan
Malaysia Tahun 2021. Audit dijalankan bagi memastikan
pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti di Program
Kesihatan Pergigian, KKM. Audit ini diketuai oleh Mr. Ooi
Soo Kang dan Mr. Prem Kumar sebagai auditor dari CIMY.
Audit telah dijalankan secara atas talian sepenuhnya
dengan menggunakan aplikasi Skype. Lapan (8) cawangan
di PKP KKM telah diaudit selama dua hari yang bermula
dari 8 pagi hingga 5.30 petang. Pembukaan dan penutup
audit telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan
(Kesihatan Pergigian), Dr. Noormi binti Othman.

Sesi audit Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian oleh Mr. Prem Kumar Sesi pembentangan penemuan audit oleh auditor dari CIMY.
secara atas talian menggunakan aplikasi Skype.

BENGKEL PEMANTAPAN PENULISAN PROSEDUR KUALITI SISTEM PENGURUSAN
KUALITI MS-ISO 9001: 2015 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KKM

Bengkel Pemantapan Penulisan Prosedur Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS-ISO 9001: 2015 Program Kesihatan
Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 5 & 6 April 2021 bertempat di Auditorium 1,
Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Bengkel diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota
di PKP KKM secara komprehensif mengenai standard yang perlu dipatuhi dalam penulisan prosedur. Selain itu
juga, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota untuk mengemaskini prosedur
masing-masing agar lebih releven dengan amalan semasa. Bengkel ini dihadiri oleh 21 anggota secara bersemuka
dan 9 anggota secara atas talian melalui aplikasi Zoom.

Penerangan daripada Puan Norliza binti Sadrek Peserta mengambil peluang memperbaiki prosedur Pemberian cenderahati
kepada peserta bengkel. masing-masing untuk persembahan aktiviti dalam kumpulan. kepada penceramah oleh
Dr. Sheila Rani a/p Ramalingam
sebagai tanda penghargaan.

46

BENGKEL PEMANTAPAN PENULISAN PROSEDUR KUALITI SISTEM PENGURUSAN
KUALITI MS-ISO 9001: 2015 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KKM

Bersempena Audit Naziran myPortfolio 2021, satu taklimat telah diadakan pada 23 April 2021. Ianya diadakan secara hibrid
melalui aplikasi Google Meet. Taklimat penyediaan myPortfolio diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada semua
anggota PKP KKM berkenaan cara penyediaan serta pengemaskinian myPortfolio berdasarkan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018. Ia juga bertujuan untuk menyemak status myPortfolio semua warga PKP KKM sebagai
persediaan untuk menghadapi naziran luaran tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Yap Chia Wei selaku penyelaras
myPortfolio di PKP KKM.

KURSUS KESELAMATAN PESAKIT DAN PELAPORAN INSIDEN

Kursus Keselamatan Pesakit dan Pelaporan Insiden telah diadakan pada 4 Mei 2021. Ia dihadiri seramai 126 peserta yang terdiri
daripada pegawai penyelaras negeri dan daerah bagi keselamatan pesakit dan pelaporan insiden. Kursus dijalankan secara
maya menggunakan aplikasi Microsoft Teams. Penceramah dari Unit Keselamatan Pesakit, Bahagian Perkembangan
Perubatan, Dr. Ahmad Muzammil bin Abu Bakar dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pelaporan insiden. Manakala
Dr. Tan Chiou Sheue dan Dr. Nor Azizah binti Mohamed dijemput daripada Cawangan Medikolegal, Bahagian Amalan Perubatan
untuk menyampaikan ceramah mengenai medikolegal dan implikasinya.

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI UNIT INTEGRITI

Pada 5 Mei 2021, rombongan dari Unit Integriti KKM seramai lapan (8) orang pegawai tiba jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat
Utama dan disambut oleh jawatankuasa EKSA Zon Pergigian. Ucapan alu-aluan menyambut ketibaan rombongan
disampaikan oleh YBrs. Dr. Mazlina binti Mat Desa, Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Kesihatan Pergigian, KKM.
Rombongan yang diketuai oleh Puan Aida Rahila binti Rusmahini selaku Penyelaras EKSA Zon Integriti adalah bertujuan untuk
melihat amalan EKSA yang dilaksanakan di Program Kesihatan Pergigian. Taklimat ringkas organisasi dan amalan EKSA Zon
Pergigian disampaikan oleh Dr. Sheila Rani a/p Ramalingam, selaku penyelaras EKSA Zon Pergigian. Lawatan dimulakan
dengan meninjau pelaksanaan EKSA di semua subzon dengan diiringi oleh Dr. Mazura binti Mahat, Ketua Jawatankuasa
Latihan Zon Pergigian. Di akhir lawatan, Unit Integriti mengesyorkan penambahbaikan untuk dilaksanakan oleh Zon Pergigian
dalam mengamalkan EKSA dan juga sebagai persediaan untuk menghadapi Audit EKSA KKM.

Ahli mesyuarat Pembukaan
mendengar perutusan lawatan penanda aras

dan kata alu-aluan
daripada

Dr. Mazlina binti
Mat Desa.

47 Disediakan oleh :
Cawangan Kualiti Kesihatan Pergigian

Program Kesihatan Pergigian KKM

PELANTIKAN PENGARAH / TPKN (G)

BIL NAMA JAWATAN TARIKH CATATAN

1 Dr. Amdah binti Mat Pakar Pergigian Kesihatan 04.01.2021 Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Awam Gred UG56 Kesihatan Negeri (Pergigian)
Negeri Sembilan

2 Dr. Tan Ee Hong Pakar Pergigian Kesihatan 18.01.2021 Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Awam Gred UG56 Kesihatan Negeri (Pergigian)
Negeri Melaka

3 Dr. Kalairasu A/L Pakar Perunding Kanan 15.02.2021 Dilantik sebagai Pengarah Institut
M. Peariasamy Pergigian Pediatrik Penyelidikan Klinikal (ICR),
Gred Khas B
Institut Kesihatan Negara (NIH) , KKM

4 Dr. Cheng Lai Choo Pakar Pergigian Kesihatan 01.06.2021 Dilantik sebagaiTimbalan Pengarah
Awam Gred UG56 Kesihatan (Pergigian)Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

5 Dr. Aminuddin bin Pakar Pergigian Kesihatan 01.06.2021 Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Mohd Natar Awam Gred UG56 Kesihatan Negeri (Pergigian)
Negeri Sarawak

PERTUKARAN TPKN (G)

BIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN PENEMPATAN TARIKH
ASAL TERKINI 01.06.2021
Perak 01.06.2021
1 Dr. Nama Bibi Saerah Pakar Pergigian Kesihatan Awam Kedah
binti Abd Karim Gred UG56, Timbalan Pengarah Kedah

Kesihatan Negeri (Pergigian)

2 Dr. Ishak Shaifuddin Pakar Pergigian Kesihatan Awam Sarawak
bin Ibrahim Gred UG56, Timbalan Pengarah

Kesihatan Negeri (Pergigian)

PERTUKARAN MASUK

BIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN TERKINI DARI TARIKH
1 Dr. Norliza binti Ismail 04.01.2021
Pakar Pergigian Kesihatan Cawangan Pembangunan & Pejabat Kesihatan 04.01.2021
2 Dr. Rapeah binti Awam Gred UG56 Perkembangan Fasiliti Kesihatan Pergigian Daerah, 16.02.2021
Mohd Yassin Pergigian Sebagai Timbalan Pengarah Klang, Selangor
Pakar Pergigian Kesihatan Cawangan Penjagaan Kesihatan Pejabat Timbalan
Awam Gred UG56 Pengarah Kesihatan
Pergigian Kepakaran Negeri (Pergigian)
Sebagai Timbalan Pengarah
Negeri Pahang

3 Pn. Siti Norzarim Siah Pembantu Tadbir Cawangan Amalan Kesihatan Pejabat KSU KKM
binti Zainon (PT/PO) N19 Pergigian Profesional & Auksiliari

4 En. Ismail bin Majid Pembantu Operasi N11 Unit Pentadbiran & Kewangan JKWPKL & Putrajaya 05.04.2021

5 Dr. Harathi a/p Pegawai Pergigian Cawangan Penjagaan Kesihatan KP Bdr Baru Air 17.05.2021
Dorairaja Gred UG48 Pergigian Kepakaran Itam, Pulau Pinang

6 Dr. Norhazimah binti Pegawai Pergigian Cawangan Kualiti KP Cheras, 17.05.2021
Khairuddin Gred UG48 Kesihatan Pergigian WPKL & Putrajaya
Unit Pentadbiran dan Kewangan
7 Pn. Norzizah binti Pembantu Tadbir Bahagian 30.06.2021
Salleh (PT/PO) N19 Perkembangan
Perubatan KKM

48

PERTUKARAN KELUAR

BIL NAMA JAWATAN TEMPAT TARIKH
1 Dr. Amdah binti Mat 04.01.2021
Pakar Pergigian Kesihatan Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan 18.01.2021
Awam Gred UG56 Negeri (Pergigian) Negeri Sembilan

Sebagai TPKN(G)

2 Pn. Khairulbariah binti Pegawai Teknologi Maklumat MAMPU
Muhammad Lukman Gred F44

3 Pn. Zameera Akhma Pembantu Tadbir (PT/PO) Pejabat KSU KKM 16.02.2021
binti Abd Rahim N19

4 En. Soni bin Abdullah Pembantu Operasi N11 Bahagian Perolehan & Penswastaan 05.04.2021
Pakar Pergigian Kesihatan 01.06.2021
5 Dr. Cheng Lai Choo Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan 01.06.2021
Awam Gred UG56 (Pergigian) Wilayah Persekutuan
6 Dr. Nor Azlina binti Pakar Pergigian Kesihatan Kuala Lumpur & Putrajaya
Hashim Sebagai TPKN(G)
Awam Gred UG54 Pejabat Kesihatan Pergigian
Daerah Kuala Krai, Kelantan

7 Pn. Dura Aziqa binti Pembantu Tadbir Bahagian Perkembangan 30.06.2021
Mazlan (PT/PO) N19 Perubatan, KKM

PENYELARASAN TUGAS ANGGOTA PERGIGIAN
DI PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN

BIL NAMA JAWATAN TEMPAT TARIKH

1 Pn. Jeyandra Ghandi Cawangan Amalan Kesihatan Cawangan Penjagaan Kesihatan 15.02.2021
a/p Chelliah Pergigian Profesional & Auksiliari Pergigian Primer 15.02.2021
15.02.2021
2 Pn. Norliza binti Cawangan Perundangan & Cawangan Amalan Kesihatan
Jamalludin Penguatkuasaan Kesihatan Pergigian Profesional & Auksiliari

Pergigian

3 Pn. Nora binti Cawangan Penjagaan Kesihatan Cawangan Perundangan &
Abdullah Pergigian Primer Penguatkuasaan Kesihatan

Pergigian

4 Pn. Sarihasfara binti Cawangan Amalan Kesihatan Cawangan Penjagaan Kesihatan 01.03.2021
Hassannusi Pergigian Profesional & Auksiliari Pergigian Kepakaran

5 Datin Dr. Nazita binti Cawangan Penjagaan Kesihatan Cawangan Penjagaan Kesihatan 01.06.2021
Yaacob Pergigian Kepakaran Pergigian Masyarakat dan

dilantik sebagai Timbalan Pengarah

BERSARA WAJIB/ PILIHAN

BIL NAMA JAWATAN TARIKH CATATAN
Bersara wajib
1 En. Mohd Raszali bin Mahmud Pembantu Operasi N11 01.05.2021

49 Disediakan oleh :
Cawangan Amalan Kesihatan Pergigian Profesional & Auksiliari

Program Kesihatan Pergigian KKM

50


Click to View FlipBook Version