PEMOTONGAN USUS DEM2S1 NO MATRIK NAMA 13DEM22F1022 NUR IMAN EZZATY BT MOHD HANIF 13DEM22F1001 SHARIFAH NUR DAMIA BT SYED MOHD MUHIDDIN
DEFINISI Operasi pemotongan usus adalah operasi untuk membuang bahagian usus, termasuk usus kecil, usus besar, atau bahagian akhir (rektum). Operasi pemotongan usus biasanya dilakukan untuk mengubati masalah penyakit atau penyumbatan pada usus. HUKUM Mengubah rupa bentuk fizikal menerusi pembedahan seperti memotong usus supaya badan kurus untuk kelihatan cantik adalah haram. Bagaimanapun, hukum menjalani pembedahan memotong usus itu bergantung pada niat.Ia menjadi harus jika untuk tujuan merawat penyakit seperti kegemukan yang memudaratkan nyawa atau kesihatan. Hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh samada bagian luar tubuh atau bahagian dalam tubuh adalah pada asalnya diharamkan melainkan dua sebab: Pertama: Ia disuruh oleh syarak seperti memotong kuku atau rambut atau tempat khitan atau seumpamanya. Maka memotong atau membuang barang yang disuruh syarak tidaklah termasuk dalam perbuatan yang dilarang.
Kedua: Kerana berubat yakni bertujuan menolak kemudaratan yang ada pada seorang seperti penyakit memotong jari akibat penyakit kencing manis atau membuang buah pinggang yang rosak atau seumpamanya. Maka, membuang anggota badan seperti ini tidaklah dilarang kerana termasuk dalam kategori berubat. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Malaysia (NHMS, 2015), peratusan masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia meningkat secara drastik dalam jangka masa melebihi 15 tahun sejak 1996 sehingga 2015 sebanyak 300%.Isu ini menunjukkan bahawa status kesihatan rakyat Malaysia sedang berada dalam keadaan yang amat membimbangkan.Selain mengamalkan pemakanan sihat, bersenam, pengambilan ubat-ubatan atau suplemen tertentu, pembedahan bariatric iaitu pemotongan usus adalah antara pilihan terakhir bagi yang nekad menurunkan berat badan dengan serius. Di Malaysia, pembedahan bariatric juga semakin terkenal di kalangan selebriti tempatan.Terkini, Abby Abadi baru sahaja dikhabarkan menjalani pembedahan bariatric untuk membantu mengurangkan berat badannya yang dikatakan naik mendadak ketika tempoh PKP.Penyanyi terkenal tanah air, Aishah dan pengarah Michael Ang juga nampaknya telah menunjukkan perubahan positif setelah berjaya menurunkan berat badan dengan agak ketara. Mungkin anda tertanya-tanya apakah pembedahan bariatric ini dan bagaimana ia membantu mengurangkan berat badan? 1. APAKAH PEMBEDAHAN BARIATRIC? Secara umumnya, pembedahan bariatric adalah pembedahan yang membantu menurunkan berat badan dengan membuat sedikit perubahan pada sistem pencernaan.Bergantung kepada jenis pembedahan bariatric yang dilalui, prosedur ini dapat mengecilkan perut, membuatkan seseorang kurang makan dan minum pada satu-satu masa dan seterusnya menjadikan seseorang merasa cepat kenyang. 2.KELEBIHAN PEMBEDAHAN BARIATRIC Ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan namun tidak berjaya. Oleh itu, pembedahan bariatric adalah antara alternatif yang bukan saja membantu mengurangkan berat badan secara dramatik, tetapi juga merendahkan kandungan lipid dalam darah pesakit obesiti sebanyak 60% hingga 80%.Selain itu, pembedahan ini telah ditemui sebagai rawatan yang lebih berkesan berbanding rawatan lain seperti ubat-ubatan atau suplemen dalam pengawalan berat badan dan diabetes.Kajian juga mendapati bahawa risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular juga dapat dikurangkan sebanyak 82% melalui pembedahan ini.Malah, penyakit-penyakit lain seperti asma, pernafasan yang terhenti ketika tidur (Sleep Apnea), migrain dan masalah depresi jugak dapat diperbaiki sebanyak 50%. 3. BAGAIMANA IA MEMBANTU UNTUK KURUS Pembedahan bariatric berfungsi dengan mengubah anatomi saluran gastrointestinal (sistem perut dan pencernaan) lalu menyebabkan perubahan fisiologi di dalam badan.Prosedur ini akan mengubah keseimbangan tenaga dan metabolisme lemak.Ia juga dapat mempengaruhi pengeluaran hormon usus dengan cara yang mengurangkan rasa lapar ,selera makan dan meningkatkan perasaan cepat kenyang.Walaubagaimanapun, kejayaan penurunan berat badan juga bergantung pada banyak faktor penting lain selepas pembedahan dijalankan, seperti pemakanan, senaman, pengubahsuaian gaya hidup dan banyak lagi.
4. JENIS PEMBEDAHAN BARIATRIC Prosedur pembedahan bariatric dilakukan menggunakan kamera dengan potongan kulit yang minimum atau dengan kaedah membuka bahagian tengah abdomen.Antara jenis pembedahan bariatric adalah: *Roux-en-Y. *Billiopancreatic diversion with duodenal switch. *Laparoscopic adjustable gastric banding (LAGB). *Sleeve gastrectomy. 5.SIAPA YANG BOLEH MENJALANI PEMBEDAHAN BARIATRIC? Menurut Hello Doktor, pembedahan ini mungkin menjadi pilihan bagi mereka yang: *Mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih. *Mempunyai indeks jisim badan (BMI) antara 35 hingga 39.9 bersama risiko kesihatan seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan apnea tidur. Kadangkala ia mungkin juga dijalankan bagi BMI 30 jika berisiko tinggi • Selain itu , ini dibuktikan melalui artikel daripada sinar harian https://www.sinarharian.com.my/article/47449/sinar-aktif/potong-usus-untuk-cepatkurus
BAGAIMANAKAH PEMOTONGAN USUS DILAKUKAN? • Didapati bahawa dari artikel https://www.alodokter.com/kenali-seputar-operasi-pemotongan-usus-dan-persiapannya
BUKTI