1
PANDUAN RINGKAS QIAMULLAIL
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada
waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat
tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau
kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan
malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat sunat,
membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap
keredhaan Allah.
KELEBIHAN QIAMULLAIL
Doa mudah dimakbulkan.
Mendapat ketenangan jiwa.
Dimurahkan rezeki.
Dihormati masyarakat.
Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
Jika dia pemimpin akan dihormati dan disegani
Dan lain-lain kebaikan kurniaan Allah.
WAKTU-WAKTU QIAMULLAIL
Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga
sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan
untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling afdal (utama) ialah sepertiga malam .
2
PENGISIAN QIAMULLAIL.
Qiamullail boleh dimulakan sebaik sahaja selepas solat isyak
kecuali solat sunat tahajjud dikehendaki atau digalakkan tidur
terlebih dahulu.
Di antara aktiviti pengisiannya;
(1) Solat sunat tasbih.
(2) Solat sunat Taubat.
(3) Solat sunat Tahajjud
(4) Solat sunat Istikharah.
(5) Solat sunat Hajat.
(6) Dan solat sunat yang lain.
(7) Solat sunat witir.( Penutup solat sunat )
Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud;“Solat yang paling baik
selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.”
(Hadith riwayat Muslim).
Semua solat sunat itu ditutup dengan solat Sunat Witir ( Witri
), sekurang-kurang tiga rakaat dengan cara bersolat dua
rakaat satu salam dan satu rakaat satu salam.( Tiga rakaat
dengan dua salam )
Selepas solat tersebut sementara menunggu waktu Subuh
eloklah berzikir seperti yang biasa dilakukan dan membaca
al.Quran.
PANDUAN SOLAT SUNAT
3
Solat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan
setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian
waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut
dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat
ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu
sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan
Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah
Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab
itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu
jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai
penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa
dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan Solat Tahajjud
1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
4
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan
Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada
Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran
dan dugaan hidup.
Cara mendirikan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut
kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu
salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat
tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh
Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun
sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.1. Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut :
5
2. Niat solat Tahajjud:
( Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana
Allah Ta’ala.
.
6
3. Surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran,
pada solat Tahajjudnya.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat
terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah
dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
7
.
6. Doa Solat Sunat Tahajjud
8
9
.KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang
dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang
lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad
dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang
berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah
SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah
Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian
Siratal-Mustaqim.
.
10
Memudahkan solat malam
1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat
tahajjud.
2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan
berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud,
kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat
niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira
sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat
al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
SOLAT SUNAT TASBIH
Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan
di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah
dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Manakala
sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah
dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
11
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa
iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali .
Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah.
Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali.
Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk,
I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca
surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam
rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang
kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang
berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum
membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-
Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2,
Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan
tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat
hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
NIAT
12
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2
rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada
Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya
melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL TASBIH
1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH
150 X 2 = 300
13
2. 4 Rakaat 1 Salam JUMLAH TASBIH
15
WAKTU 10
Slps Iftitah sebelum Fatihah 10
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 15
Sujud kedua 15
Sebelum Tahiyyat Awal 10
Selepas Tahiyyat Awal 10
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk
I'tidal
14
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15
JUMLAH 300
Bacaan Surah
DOA SOLAT TASBIH
15
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk
dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin
dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima
nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami
seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami
seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon
seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan
dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah
pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga
kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
16
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan
yang takut yang menghalang kami daripada melakukan
maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu
amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu
dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat
serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul
ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan
supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap
Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.
SOLAT SUNAT WITIR
1. Niat
2. Bacaan Surah
17
Solat Sunat Dhuha
1. Niat
2. Tasbih
18
3. Doa
SOLAT SUNAT TAUBAT
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu
melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-
hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa
kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu
dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah
melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT.,
Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian
bacalah ayat ini: “Mereka yang pernah mengerjakan
19
perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya
sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu.
Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah?
Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi
pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR
Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat
pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada
waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan
tenang.
Fadilat Taubat:
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Taubat:
20
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana
Allah Ta’ala.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
a. Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
b. Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih
berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!
Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang
yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan
beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan
daku bertaubat kepada-Nya.
b.
21
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang
banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu
membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat
menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau
yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya
mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku
terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala
kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat
yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-
dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-
dosa kecuali Dikau.
5. Baca Doa Taubat
22
23
Sekian terima kasih, moga usaha diberkati Allah.
24