The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN MURID KEMBALI KE SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stmi STMI, 2020-07-14 03:00:28

SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR

PANDUAN MURID KEMBALI KE SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Latar Belakang

Pembukaan Semula Sekolah telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

Kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) dilaksana dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang
telah ditetapkan dengan mematuhi ciri keselamatan dan kesihatan yang ketat. Ini
bertujuan mengelakan wabak pandemik COVID 19 daripada merebak semula.

Pihak SMK Tengku Mahmud Iskandar memberi perhatian serius dan keutamaan
kepada keselamatan dan kesihatan kepada warga sekolah serta berharap dengan
inisiatif ini maka penularan pandemik dapat dibendung.

Kumpulan Sasaran
Semua pelajar Pendidikan Khas, Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
dan Tingkatan 4 dan Tingkatan Enam Semester 1

Prosedur Keselamatan Pencegahan COVID - 19

Secara umum pelaksanaan dasar terdiri daripada:

 Murid dan guru perlu mengelak daripada bersalaman
atau bersentuhan dengan orang lain.

 Sentiasa kekalkan penjarakan sosial sekurang-
kurangnya 1 meter.

 Tidak berada di dalam kumpulan atau kelompok yang
rapat.

 Digalakkan memakai pelitup muka.

 Elakkan berkongsi alat tulis, buku dan sebagainya.

 Jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu cara
hidup dengan sentiasa membasuh tangan dengan
sabun atau hand sanitizer.

 Tidak berkongsi makanan.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

A) Kehadiran Murid Masuk Ke Sekolah
• Menggalakkan murid memakai pelitup muka terutama mereka yang mempunyai imuniti

badan yang rendah.
• Suhu murid diambil dan direkod oleh guru bertugas di pintu masuk sekolah

• Masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu badan murid yang berjalan
kaki/berbasikal ke sekolah.

• Murid yang suhu badan melebihi 37.5oC atau bergejala akan disaring di bilik Isolasi.

• Murid akan bergerak ke kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan
dengan bantuan guru bertugas/guru-guru.

• Kehadiran ditandatangani murid dalam borang yang telah disediakan.

• Ujian Minda Sihat secara berkala oleh guru bimbingan dan kaunseling bagi mengesan
muird yang terkesan dengan norma baharu di sekolah.

Nota: Semua laluan ke kelas adalah sehala

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

B)Di dalam Kelas

Semua murid berada di dalam
kelas yang telah ditetapkan.
Murid dikehendaki duduk di meja
dan kerusi yang telah ditanda
nama mereka.

Sentiasa amalkan penjarakan
sosial.

Dilarang berada di luar kelas.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

C) Waktu Rehat

 9.00 – 9.30 pagi ( Peralihan, Ting 1 dan 2)
 10.00 – 10.30 pagi ( Pendidikan Khas & Tingkatan 6 )
 10.30 – 11.00 pagi ( Ting 3, 4, 5 )

• Makanan murid berbungkus.
• Murid memesan makanan pada waktu pagi semasa guru mata pelajaran pertama masuk

ke kelas setiap hari beserta dengan wang sebanyak RM3.00.( Air Dan Makanan)
• Murid boleh mengisi borang pesanan setiap hari mengikut menu yang telah ditetapkan
• Murid tidak dibenarkan ke kantin sewaktu rehat untuk mengurangkan pergerakan murid

dan menjimatkanmasa PdPc.
• Semua murid akan makan di dalam kelas dengan diawasi oleh guru bertugas waktu

rehat.
• Murid dikehendaki membersihkan tangan sebelum dan selepas makan.

Nota:
Pihak sekolah menggalakkan murid membawa bekal sendiri.
*Jika ada alahan sila maklum.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

D) Tandas
• Menggunakan Pas yang disediakan sebelum

masuk ke tandas.

• Tiga orang pelajar sahaja yang dibenarkan
berada enggunakan pas yang disediakan di
luar di dalam tandas pada satu-satu masa

• Pergerakan murid adalah sehala.

• Kekalkan penjarakan sosial.

• Setiap kali sebelum dan selepas penggunaan
tandas, tangan hendaklah dibersihkan dengan
bahan pencuci yang dibekalkan.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

E) Makmal Sains

• Peraturan am penggunaan makmal
kekal.

• Murid berbaris sebelum masuk ke
Makmal dengan penjarakan sosial

• Murid tidak dibenarkan duduk di
tempat yang bertanda “X”

Nota: Guna pintu belakang sebagai
laluan masuk dan pintu hadapan
sebagai laluan keluar .

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

F) Waktu Balik

• Gunakan laluan yang telah ditetapkan
(sehala)

• Tidak dibenarkan berjalan beriringan
dan kekalkan jarak 1 meter dengan
diawasi oleh guru mata pelajaran
yang terakhir kelas berkenaan.

• Murid akan bergerak terus ke pintu
pagar yang telah ditetapkan.

Nota: Tidak dibenarkan berada di
dalam kawasan sekolah selepas tamat
persekolahan.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

G)Surau
• Sila bawa sejadah dan telekung sendiri.
• Solat di petak-petak yang disediakan.
• Penggunaan surau dengan kebenaran guru yang

bertanggungjawab.

H) Bilik Guru, Bilik-Bilik Khas
• Murid tidak dibenarakan masuk tanpa kebenaran

I)Kawasan Larangan
• Mana-mana kawasan/tempat yang telah dipasang pita merah-

putih adalah diwartakan sebagai kawasan larangan dan boleh
diambil tindakan disiplin.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

J) Etika Berpakaian
• Semua murid memakai pakaian sekolah yang lengkap pada hari

AHAD, ISNIN, RABU dan KHAMIS

• Semua murid memakai T-Shirt KrMJ dan seluar sukan sekolah
pada hari SELASA.

• Murid TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI BAJU PJK DAN SELUAR
‘TRACK’ kerana mata pelajaran PJK ditangguhkan.

• Murid TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PAKAIAN UNIT UNIFORM
kerana aktiviti Kokurikulum ditangguhkan.

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

K) Jadual Waktu Pulang

Tingkatan Ahad Isnin Hari/Masa Rabu Khamis
1.00 1.00 Selasa
Pendidikan
Khas 12.30 12.30 12.30

Peralihan 12.30 12.00 12.00 12.00 12.00

Tingkatan 1 1.00 1.00 12.30 12.30 12.30

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

K) Jadual Waktu Pulang

Tingkatan Hari/Masa
Selasa
Ahad Isnin Rabu Khamis

Tingkatan 2 1.00 1.00 1.00 12.30 12.30

Tingkatan 3 1.00 1.00 1.00 12.30 12.30

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

K) Jadual Waktu Pulang

Tingkatan Ahad Isnin Hari/Masa Rabu Khamis
Selasa 12.30
4 ELIT 1.00 1.00 1.00 12.30 12.30
1.00 1.00 1.00 1.00 12.30
4 AZAM 1.30 1.00 1.00 1.30 1.00
4 BESTARI 1.30 1.30 1.30 1.00 1.00
4 CEKAL 1.30 1.00 1.00 1.00 1.00
4 DEDIKASI 1.30 1.30 1.30 1.00 1.00
4 GIGIH 1.00 1.00 1.00 1.30 1.00
4 TEKAD 2.00 2.00 1.30 1.30
4 PVMA

Pelaksanaan Dasar SOP Murid Ke Sekolah

K) Jadual Waktu Pulang

Tingkatan Ahad Isnin Hari/Masa Rabu Khamis
2.00 2.00 2.00 2.00
5 SAINS 2.00 2.00 Selasa 2.00 2.00
2.00 2.00 2.00 2.00 2.00
5 TEKNIKAL 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00
5 PA 1.30 1.30 2.00 1.30 1.30
5 EA 1.00 1.00 2.00 1.00 1.00
5 SASTERA 2.00 2.00 1.30 1.30 1.30
5 PSV 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00
5 PVMA 2.30 2.30 1.30 2.30 2.30
5 TERAS 1.00
TINGKATAN 6 2.30

Penglibatan Ibubapa / Penjaga

Cegah COVID - 19


Click to View FlipBook Version