NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI SEMESTER 3 / JUN 2023 Nama : NURWARDINA SAFFIYA BINTI SAMSUDIN Angka Giliran : 2021212350063 Nombor Kad Pengenalan : 021010080060 Kumpulan / Unit : PISMP TESL C JUNE 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : MADAM SARASWATHY A/P VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : 14 JULAI 2023 (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
Tugasan 2 - Laporan Kajian Kes 1.0 Pendahuluan “Kelab dan persatuan dilihat sebagai aset sesebuah universiti dalam melahirkan pelajar yang lengkap dengan pengalaman dan kemahiran kepimpinan” (Abdul Ghalim & Mohd Shah, 2019). Salah satu persatuan yang ditubuhkan di SK Masai termasuklah Persatuan Inovasi. Persatuan Inovasi SK Masai telah ditubuhkan secara rasminya pada 12 Januari 2023. Persatuan ini terdiri daripada seramai 36 orang murid dan 3 orang guru penasihat. Antara tujuan penubuhan persatuan ini termasuklah membuka peluang kepada para pelajar untuk menjana idea baharu dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian, nenambahkan ilmu pengetahuan pelajar, melahirkan golongan pelajar yang kreatif dan inovatif, memupuk penglibatan aktif murid dalam pertandingan inovasi pada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa serta mencungkil bakat inovasi dalam kalangan murid. 2.0 Aktiviti yang dijalankan . Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel-bengkel inovasi daripada penceramah luar, lawatan sambil belajar, pertandingan mencipta produk, pameran inovasi dan sebagainya. Murid-murid amat bermanfaat memperoleh ilmu pengetahuan baru yang banyak melalui bengkel-bengkel yang dianjurkan terutamanya, Bengkel ‘Jom Bangunkan Aplikasi’. Segala aktiviti dijalankan secara lancar dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBG. Pertandingan inovasi juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan secara besar-besaran oleh persatuan inovasi. Beberapa murid yang menyertai pertandingan tersebut telah terpilih untuk mewakili SK Masai di peringkat antarabangsa. Hasil inovasi mereka iaitu ‘kerusi serbaguna’ disiarkan secara langsung di TV3 yang mengharumkan nama sekolah dalam kalangan sekolah lain. Ketika pameran inovasi juga, murid-murid telah menyumbang pelbagai produk yang amat kreatif dan inovatif seperti ‘Thermopower Waterbottle’, ‘Hologram Projector’ dan lain-lain.
3.0 Penjanaan kewangan Dana dan pengurusan kewangan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah persatuan yang berfungsi dengan baik. Dalam hal ini, sumber kewangan utama bagi persatuan Inovasi SK Masai adalah yuran bulanan ahli-ahli persatuan serta sumbangan daripada pihak PIBG. Yuran bulanan yang dikumpul adalah sebanyak RM4. Bukan itu sahaja, disebabkan oleh sumber kewangan yang terhad, persatuan inovasi SK Masai telah menerbit dan menjual sebuah buku inovasi sebagai inisiatif mengumpul wang. Jumlah wang yang dikumpul itu digunakan untuk penganjuran aktiviti tahunan dan menanggung kos perbelanjaan seperti makanan. Lebih-lebih lagi, jumlah wang sebanyak RM800.00 yang dimenang oleh kumpulan yang mewakili pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa telah turut menyumbangkan wang tersebut kepada persatuan inovasi. 4.0 Analisis SWOT 4.1 Kekuatan Kekuatan persatuan ini dalam menjana kewangan ialah kerjasama dan sokongan yang tinggi daripada pihak ibu bapa dan guru-guru. Sumbangan kewangan daripada pihak-pihak tersebut telah sangat membantu dalam menggerakkan persatuan inovasi SK Masai dengan lancar. Tambahan pula, usaha terancang ahli-ahli persatuan seperti penjualan buku inovasi untuk meningkatkan dana persatuan turut menjadi salah suatu kekuatan dalam penjanaan kewangan. Penglibatan murid persatuan inovasi dalam pertandingan inovasi juga telah membantu menjana sumber pendapatan lalu menjaga kebajikan persatuan. Di samping itu, persatuan inovasi sering menggalakkan penggunaan bahan kitar semula untuk membuat projek dan penciptaan produk inovasi. Hal ini telah mengurangkan kos perbelanjaan untuk membeli bahan-bahan.
4.2 Kelemahan Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan seperti kekurangan komitmen daripada sebilangan ahli persatuan inovasi. Beberapa orang ahli persatuan inovasi tidak bertanggungjawab kerana sering gagal menjelaskan yuran bulanan, iaitu RM4. Perkara ini telah memberi impak yang negatif kerana ia telah membawa kepada isu kesempitan wang ketika menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Lantaran itu, ada juga yang tidak memberi sokongan dalam pembelian buku inovasi yang diterbitkan oleh persatuan inovasi. Seterusnya, perancangan perbelanjaan yang tidak cekap seperti tidak membuat anggaran yang betul bagi kos perbelanjaan semasa merancang aktiviti-aktiviti tahunan. Misalnya, kos perbelanjaan telah melebihi anggaran yang dibuat apabila menjalankan pameran dan lawatan sambil belajar. Oleh kerana itu, kesuntukan wang dialami oleh persatuan inovasi apabila terpaksa menanggung perbelanjaan untuk menghantar wakil pertandingan inovasi ke peringkat antarabangsa. Perkara ini menyebabkan wujudnya tentangan daripada ibu bapa yang menolak untuk mengeluarkan duit. 4.3 Peluang Peluang yang boleh digunakan oleh Persatuan Inovasi SK Masai dalam meningkatkan penjanaan kewangan ialah membuka penyertaan bengkel-bengkel inovasi kepada murid- murid persatuan lain yang berminat sebagai bengkel berbayar. Dengan ini, bayaran wang tersebut dapat dijadikan dana kewangan bagi persatuan. Pada masa yang sama, ia dapat memupuk kesedaran tentang bidang inovasi dalam kalangan pelajar. Persatuan inovasi juga boleh menjual produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh ahli-ahli di pasaran untuk harga yang lumayan sejurus wang yang dikumpul dapat dijadikan peluang yang baik dalam usaha menjana kewangan persatuan inovasi. 4.4 Ancaman
Antara ancaman yang dihadapi oleh persatuan Inovasi SK Masai ialah bilangan ahli persatuan yang makin berkurang hari demi hari. Ahli-ahli yang tidak memberi kerjasama ataupun gagal memberi yuran bulanan disingkirkan daripada persatuan inovasi. Maka, bilangan ahli yang rendah lagi mengakibatkan jumlah sumber kewangan yang dikumpul tidak mencukupi bagi menjalankan aktiviti-aktiviti. Selain daripada itu, ancaman lain yang dihadapi pula ialah beberapa penceramah luar yang dijemput untuk menjalankan bengkel meminta bayaran yang agak tinggi iaitu melebihi kos yang dirancang bagi pelaksanaan aktiviti tersebut. Hal ini turut menjadi ancaman yang besar dihadapi oleh persatuan inovasi SK Masai dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti tahunan lain kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak. 5.0 Penutup Secara kesimpulannya, penubuhan persatuan di sekolah dapat membantu pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ‘memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan’ (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996). Pelbagai faktor haruslah diberikan perhatian dalam menggerakkan sesuatu persatuan dengan baik dan cekap. Penjanaan kewangan merupakan salah satu aspek yang wajar diberikan tumpuan. Penambahbaikan harus dibuat dari masa ke semasa bagi mengatasi kelemahan dan ancaman. Tiap-tiap ahli jawatankuasa perlu menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab agar persatuan dapat terus dijalankan dengan lancar dan berjaya. Rujukan
Abdul Ghalim, S. A., & Mohd Shah, N. N. (2019). Persatuan/kelab: ke arah melahirkan bakal pemimpin negara. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (1996). Kementerian Pendidikan Malaysia.