The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
NAMA : NUR ADILA ILYANA BINTI RONEY IRWAN
KELAS : A1
NAMA PERSYARAH : DR.NOR ANITA BINTI MAT ISA
KOD KURSUS : BMMB 1104
NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adila Ilyana, 2024-02-21 11:47:58

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK BMMB 1104 (NUR ADILA ILYANA BINTI RONEY IRWAN, A1)

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
NAMA : NUR ADILA ILYANA BINTI RONEY IRWAN
KELAS : A1
NAMA PERSYARAH : DR.NOR ANITA BINTI MAT ISA
KOD KURSUS : BMMB 1104
NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR.NOR ANITA MAT ISA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB 1104 NAMA : NUR ADILA ILYANA BINTI RONEY IRWAN UNIT : A1 NO.ANGKA GILIRAN : 2023242310029

ISI KANDUNGAN Kesusasteraan Melayu Pengenalan Konsep Kesusasteraan Melayu Jenis dan Bentuk Pantun Definisi Jenis Bentuk Ciri Fungsi Syair Definisi Jenis Bentuk Ciri Fungsi Gurindam Definisi Jenis Bentuk Ciri Fungsi Seloka Definisi Jenis Bentuk Ciri Fungsi Rumusan Rujukan

PENGENALAN Kesusasteraan melayu merupakan hasil karya dan ciptaan masyarakat melayu yang mempunyai pelbagai tujuan. Karya sastera Melayu banyak menyumbang kepada kehidupan manusia Melayu. Namun, perkembangan dunia semasa telah memberi impak terhadap sastera dengan kehidupan. Sastera kini telah menjadi satu bidang yang khusus dan tersendiri yang telah dijadikan hak cipta tersendiri dan terdapat pernyataan diri. Jelaslah, dunia moden kini telah banyak memberi impak kepada sastera dan ini menjadi tugas para sasterawan mahupun orang Melayu sendiri untuk mengangkat semula sastera melayu supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Secara keseluruhannya, kesusasteraan Melayu bermaksud hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan tertentu. Sastera juga dianggap gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan melalui perantaraan bahasa. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu : • Berasal dari bahasa Sanskrit iaitu sastra . sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk tra- yang merujuk kepada alat untuk mengajar. • Awalan su -bermaksud baik atau indah • Imbuhan ke- dan -an bermaksud segala yang tertulis, bernilai seni dan estetik dengan memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran. (Prof Dr Hashim Awang, Artikel Akademik,hal 2).

• Bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan,amalan,pengajarn ,dan pengenalan kepada masyarakat Melayu. • Terdiri daripada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan). • Sastera rakyat terbahagi kepada dua, naratif ( mitos, lagenda,dan cerita rakyat) bukan naratif (puisi rakyat). JENIS DAN BENTUK Kesusasteraan Melayu PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN • Hasil karya sastera selepas tahun 1800 masihi dianggap prosa moden bertujuan untuk memudahkan untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. • Sebagai contoh, sajak bebas berasal dari pantun dan syair yang telah disimpangkan dari bentuk lama • Cerpen ialah gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. • Hasil karya kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas dan tersendiri mengikut cita rasa penulisnya atau penyair. • Puisi moden mempunyai satu sahaja genre iaitu sajak. • Sajak ialah puisi moden bersifat lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketika mementingkan ciri matra, rima dan rentak. •Sajak mementingkan pengucapan yang berkesan dengan penggunaan kata-kata yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama. • Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. • Orang Melayu berbangga dengan puisi keupanyaan mereka iaitu pantun. • Menurut HARUN MAT PIAH (1989) antara genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawu dan sebagainya. PUISI MODEN PUISI TRADIONAL

PANTUN • Sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. • Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyidir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Jenis-jenis pantun : • Pantun budi • Pantun agama • Pantun kepahlawanan • Pantun nasihat • Pantun percintaan • Pantun perpisahan • Pantun jenaka • Pantun peribahasa Bentuk pantun : • Berbentuk terikat • Pantun dua kerat • Pantun empat kerat • Pantun enam kerat • Pantun lapan kerat • Pantun dua belas kerat Ciri-ciri pantun : • Bilangan rangkap • Bilangan baris dalam rangkap • Bilangan kata dalam baris • Bilangan suku kata dalam baris • Rima akhir • Pembayang maksud dan maksud

Jenis-Jenis Pantun Pantun adat : Pantun yang menggunakan gaya bahasa bernuansa kedaerahan dan kental akan unsur adat kebudayaan tanah air.Contohnya, Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat, Orang patut menghargai guru, Petua dipegang ilmu diingat. Pantun budi : Pantun yang berunsurkan mengenai kebudian tentang seorang insan yang berbuat baik. Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Pantun agama: Pantun yang mengandungi kata-kata nasihat yang memiliki makna mendalam bagi seseorang dalam menjalani kehidupan. Daun terap di atas dulang, Anak udang mati dituba; Dalam kita ada terlarang, Yang haram jangan dicuba.

Pantun kepahlawanan • Berkaitan mengenai semangat kepahlawanan. Redup bintang hari pun Subuh, Subuh tiba bintang tak nampak; Hidup pantang mencari musuh, Musuh tiba pantang ditolak. Pantun nasihat •Mempunyai makna menegur atau menyuruh seseorang untuk menjadi lebih baik. Burung merpati di dalam sangkar, Baru sepurnama dapat dijerat; Kalau kita rajin belajar, Ilmu berguna banyak didapat. Pantun percintaan • Berkisahkan rangkai kata tentang percintaan. Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatun ke ruang, Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

Pantun peribahasa : Penyampaian tentang pesan atau ungkapan maksud dengan cara membandingkan Pantun perpisahan : Kata yang disampaikan kepada orang apabila berlakunya perpisahan. Pantun jenaka : Pantun jenaka yang kreatif mengenai unsur hiburan dan lawak Duhai selasih janganlah tinggi, Kalaupun tinggi berdaun jangan; Duhai kekasih janganlah pergi, Kalaupun pergi bertahun jangan. Limau purut di tepi rawa, Buah dilanting belum masak; Sakit perut sebab tertawa, Melihat kucing duduk berbedak. Kerat-kerat kayu di lading, Hendak dibuat hulu cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.

BENTUK PANTUN 1.Berbentuk terikat Angsana berpucuk di atas batu, Pucuk digangsa beribu-ribuan, Ada bunga di naung batu, Kuntumnya kaca tangkainya embun. Pantun berkait adalah dalam bentuk berangkap dan terikat iaitu terdapat empat baris satu rangkap mengekalkan ciri-ciri asal > dua baris pembayang > dua baris maksud 2. Pantun dua kerat (nasihat) Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu gelap. Maksud: Orang yang tidak buat kerja akan selalu ketinggalan, lalai dan sering berangan-angan.

4. Pantun enam kerat Sultan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Ke mana hendak digapai lagi. Maksud: Apabila tiada tempat bergantung hidup, maka tiadalah tempat untuknya hendak mengadu. 3. Pantun empat kerat Anak cina bertimbang madat Dari Mekasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak terjual beli. Maksud: Cara berbahasa seseorang dapat mencerminkan nilai dirinya. Jika dia bercakap dengan sopan santun ia dianggap sebagai orang berbudi bahasa. 5. Pantun lapan kerat Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang didarat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar. Maksud: Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika lalai dengan budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri.

Bilangan rangkap Tanam delima ditengah padang Raja berarak dari asahan, Terimalah saya anaknya dagang, Datang dengan kain basahan. CIRI-CIRI PANTUN Bilangan baris dalam rangkap Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu gelap. [DUA BARIS SERANGKAP] Anak cina bertimbang madat Dari Mekasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak terjual beli. [EMPAT BARIS SERANGKAP] Bilangan kata dalam baris Sarang selimut dalam gelap, Orang selimut selalu gelap. 1 2 3 4 [EMPAT PATAH PERKATAAN SEBARIS] Anak cina bertimbang madat Dari Mekasar langsung ke Deli, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [SEPULUH SUKU KATA SEBARIS]

Rima akhir Anak cina bertimbang madat (a) Dari Mekasar langsung ke Deli, (b) Hidup di dunia biar beradat, (a) Bahasa tidak terjual beli. (b) Pembayang dan maksud Banyak udang banyak garam (PEMBAYANG) Banyak orang banyak ragam (MAKSUD)

FUNGSI PANTUN > Pantun nasihat Orang tua yang sudah 'makan garam' di dadanya penuh dengan nasihat kerana pengalaman yang banyak dilalui mereka telah disampaikan melalui pantun. > Pantun agama Digunakan dalam memberi peringatan dan pedoman kepada pembaca supaya tidak tersasar ke jalan yang salah. > Pantun kepahlawanan Dapat menyemaikan semangat patriostisme terutamanya dalam generasi muda yang kian lalai dibawa arus kemodenan. > Pantun jenaka Untuk menghiburkan orang yang mendengarnya supaya susana menjadi riang. > Pantun percintaan Untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu dengan menggunakan kata-kata yang indah dan berbunga-bunga untuk menggambarkan cinta dan rindu.

Berasal daripada perkataan Arab sui’r yang bermaksud puisi Syair muncul sejak zaman pra-Islam. Kedatangan agama Islam turut membawa syair bersama-sama ke rantau Melayu. Gazali Dunia (1992) - Syair dalam pengertian puisi dalam bahasa Arab disebut qasidah atau shir. SYAIR Definisi syair : Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanya itu jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatuh ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna. Kalau hidup terasa susah, Sering berhadapan dengan masalah, Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan cepat resah gelisah. Syaitan menggoda bertambah gundah, Jangan mengambil jalan yang mudah, Jangan sekali mencuba dadah, Kalau terjerat sesal tak sudah Contoh syair : Pesanan Ibu Jika masa sudah terbuang, Perginya tidak akan berulang, Di hari tua sesal mendatang, Mengingatkan waktu yang telah hilang. Dunia bagai lautan dalam, Gelombang besar karangnya tajam, Di situ banyak kapal tenggelam, Ramailah insan yang telah karam.

Syair Ikan Terubuk JENIS SYAIR Jenis Syair Syair agama Syair nasihat Syair pujian Syair simbolik Memberi pengajaran dan moral kepada pendengar Berkaitan tentang sebuah nasihat Memuji tokoh-tokoh terutamanya golongan bangsawan Memberi ibarat kepada watak binatang atau tumbuh-tumbuhan Tujuan Berkaitan dengan agama Memberi nasihat kepada pendengar Berkaitan dengan kebesaran pemerintah Sarat dengan sindiran Tema& Persoalan Syair Tengkorak Kering Syair Nasihat Kepada Anak Syair Sultan Iskandar Bermain-main ke Laut Contoh

Syair romantis : Syair Bidasari Syair ini bertemakan cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negaranya. Raja Negeri Kembayat menghadapi serangan Gurda sehingga negerinya musnah sama sekali dan terpaksa turun daripada takhta. Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah gulana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang. Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang. "Gempar ini apakah kurang." Dipetik daripada "Syair Bidasari' oleh Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapat cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera. Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan. Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara. Syair sejarah : Syair Pemberotakan Patani Syair ini mengemukakan tema tentang melaksanakan perintah raja. Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira. Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat. Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata. Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas negeri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliput negeri. Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora. Syair selenggaraan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh ini merupakan syair sejarah yang menarik untuk dihayati.

Bentuk dan Ciri-Ciri Syair Dengarlah anak ibu berpesan, (a) 1 2 3 4 Leng kap kan di ri de ngan pe la ja ran (a) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Hanya itu jadi bekalan, (a) Untuk hidup di masa depan. (a) Mengandungi empat baris dalam serangkap. 1 2 3 4 Rima akhir syair adalah a-a-a-a. Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri seperti mana satu rangkap pantun. Satu rangkap syair adalah kesatuan yang jelas dan tidak seperti pantun yang mengandungi pembayang dan maksud Dalam satu baris syair terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8 hingga 11 suku kata

Fungsi Syair Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair seringdilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatankesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yangmenyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat,puasa dan sebagainya. Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaandan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam. Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabusdan boria.

Definisi : Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu mempunyai pengaruh bahasa asing, namun bentuk gurindam itu diciptakan oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandung sukatan yang tetap. GURINDAM Menurut Raja Ali Haji, gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu yang terdiri dari dua baris yang berpasangan, bersajak atau berima dan memberikan idea yang lengkap atau sempurna dalam pasangannya. Dengan keadaan yang demikian, baris pertamanya dapat dianggap sebagai syarat (protasis) dan baris kedua sebagai jawab (apodosis) (Harun Mat Piah, 1989: 313)

Jenis Gurindam Gurindam bebas Gurindam yang tidak terikat barisnya Gurindam serangkap empat baris Gurindam yang terdiri dari empat baris Gurindam serangkap dua baris Terdiri daripada dua baris Gurindam berkait Gurindam yang bait pertamanya mempunyai hubungan erat dengan bait berikutnya Gurindam berangkai Merupakan gurindam yang kata pertama dalam baris pertama setiap gurindam adalah sama

• Gurindam berangkai Contoh 1 Jika bekerja tidak behati lurus. Jika bekerja tidak berhati tulus. Maka pikiran akan mudah tergerus. Pikiran tak karuan dan tubuh menjadi kurus. Contoh 2 Temukan apa yang dimaksud sahabat. Temukan apa yang dimaksud maksiat. Janganlah menjadi orang yang memelas. Nanti kamu menjadi orang yang malas. • Gurindam berkait Contoh 1 Jika kamu ingat selamat dunia dan akhirat. Maka bersegera bertaubat sebelum ajal menjemput. Contoh gurindam diatas menjelaskan bahwa hidup dunia hanya sebentar. Dan pada akhirnya roh telah meninggalkan jasad maka tiadalah harta yang boleh dibawa melainkan amal. Oleh karena itu sebelum roh meninggalkan jasad maka segeralah bertaubat baik dalam keadaan sakit ataupun sehat.

• Gurindam serangkap dua baris Contoh 1 Siapa tidak solat. Maka Allah akan melaknat. Contoh 2 Ketika muda giat belajar. Masa tua menjadi pengajar. Contoh 3 Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. • Gurindam serangkap empat baris Contoh 1 Apabila selalu mencela orang. Tandanya dia bermain curang. Jika anda bermain curang. Tentulah lawan menjadi berang. • Gurindam bebas Apabila dengki sudah merasuki hati. Tak akan pernah hilang hingga nanti. Apabila kelakuan baik berbudi. Hidup menjadi indah tak akan merugi. Apabila hidup selalu berbuat baik. Tanda dirinya berhati cantik.

Bentuk dan Ciri-Ciri Bentuk terikat Rima akhirnya a-a Mengandungi antara 3 hingga 6 patah perkataan. Baris pertama merupakan syarat, baris kedua ialah jawab. Bahasanya padat dan bernas, isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita seperti nyanyian

Gurindam digunakan dalam kehidupan seharian kerana bahasanya bernas dan serius dalam penyampaian mendidik. Tambahan pula, isinya mengandungi nasihat dan pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman hidup. Fungsi Gurindam Menekankan kepentingan ilmu pendidikan kepada masyarakat Melayu.

Definisi seloka : • Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. • Seloka juga adalah salah satu bentuk puisi Melayu Klasik disamping mantera, bidal, pantun, gurindam, atau syair. • Harun (1989) memberikan pandangan bahawa perkataan seloka diambil dari bahasa Sanskrit iaitu Shloka: bererti sejenis puisi yang memiliki dua baris. • Za’ba (1965) menyatakan seloka ialah sususan kata yang berangkap dan mempunyai perbezaan bunyi pada hujung rima. • Darus (1960) berpandangan Seloka merupakan sebuah karangan puisi yang penuh sindiran atau ejekan dalam bentuk berangkap-rangkap. Seloka

Jenis seloka Menurut Nordiana dan Faradi (2021) terdapat enam jenis seloka yang terdapat di dalam kumpulan seloka yang tergolong dalam masyarakat Melayu. Seloka pendidikan Seloka nasihat Seloka pengajaran Seloka gurau senda Seloka sindiran Seloka mengejek

Contoh seloka bentuk gurau senda : Jika hendak kamu melamar, Jangan banyak tulis dihapus, Jika siswa rajin belajar, Sudah tentu pasti lulus. Jika kita pegang kuas, Melukislah pada kertas, Jika anak bangsa cerdas, Bangsa pun berkualitas. Hendaklah melempar jangkar, Kalau ada perahu singgah, Kalau anak bangsa pintar, Negeri ini akan bangga. Contoh seloka bentuk nasihat : Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Contoh seloka bentuk sindiran : Candu bungkus daun talas, Makan dia mata bilas, Mandi segan kerja malas, Harta orang hendak digalas. Apa guna pergi ke pasar, Kalau tidak bawa keranjang, Apa guna berkereta besar, Kalau hutang keliling pinggang. Duduk di anjung makan kunci, Sarung kunci tersangkut di bahu, Muncung-muncung kononnya benci, Tapi yang dibenci sikit pun tak tahu.

Terdiri daripada ungkapan yang sejajar, lebih daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama dengan talibun atau prosa berirama. Terdapat nilai pengajaran dan teladan yang boleh diperolehi. Bentuk dan ciri-ciri seloka Sejenis puisi yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap dan jumlah perkataan dalam sebaris. 1 2 Isi kandungan berkisar ejekan dan sindiran serta disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka. 3 4 Dari segi bentuk, terdapat seloka berbentuk pantun atau syair iaitu terdiri dalam empat baris rangkap. 5

Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial. Fungsi seloka

MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali: Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Manifestasi Akal Budi : Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.) SYAIR Wahai muda, kenali dirimu, lalah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, Ke akhirat jua kekal diammu. (Syair Perahu Rangkap 2 Karya Hamzah Fansuri) Manifestasi akal budi : Syair ini meminta kita agar mengenali Tuhan, seperti yang terdapat dalam hadis dan mengibaratkan tubuh manusia itu seperti perahu yang menjelajahi laut dan menunjukkan bahawa hidup tidak akan kekal lama kerana kita hanya akan kekal di akhirat sahaja

GURINDAM Apabila kita kurang siasat, Itulah tanda pekerjaan hendak sesat. Manifestasi Akal Budi : Pada rangkap ketiga, gurindam ini menyatakan sebuah nilai iaitu nilai tidak terburu-buru dalam memastikan kesahihan cerita. Hal ini penting bagi menjamin tiada unsur peyebaran berita palsu agar tidak berlakunya fitnah dan pendustaan kepada seseorang individu yang tidak bersalah. Masyarakat Melayu dahulu yang segelintirnya mempunyai perasaan hasad ditegur dengan gurindam ini agar lebih berhati dan teliti sebelum mengatakan sesuatu yang belum pasti. (Gurindam 12 Fasal 7 Rangkap 3 Karya Raja Ali Haji) SELOKA Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. (Seloka Santap Istiadat Karya Za’ba) Manifestasi Akal Budi : Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.

Kesusasteraan Melayu ini amat luas cabangnya dengan pelbagai keindahan dari segi bahasa. Merangkumi pelbagai jenis hasil karya seperti pantun, syair, puisi, gurindam, seloka dan pelbagai lagi yang mempunyai maksud tersirat sendiri. Kesemua karya ini berpotensi bagi memupuk jati diri seseorang dan membawa perubahan dalam kalangan masyarakat bak pepatah berkata mata pen lagi tajam daripada mata pedang, kata-kata yang terungkap dalam hasil karya ini mampu memberikan kesedaran serta menyentuh hati pembaca dan secara tidak langsung membuka ruang untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikan. Jadi, kita seharusnya memperjuang dan memartabatkan sastera melayu kerana ia merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Melayu.Keindahan dan keunikan sastera Melayu sewajarnya dikekalkan serta diteruskan kepada generasi seterusnya. Dengan ini, sastera akan terus diangkat menjadi suatu imej bagi masyarakat Melayu. Tanpa kita siapa lagi akan menaikkan sastera tersebut. Seterusnya, kita dapat kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini yang ke arah mencapai kemajuan.Maka, manfaatkanlah sebaik mungkin sastera yang masih ada supaya mampu utuh dan murni walaupun diletakkan dalam manamana zaman. RUMUSAN

RUJUKAN Ayahndahazum. (2021, Julai 27). Nota Puisi Tradisonal KMK STPM-Pantun. Anyflip. https://anyflip.com/jhrek/jyIn/basic Darus Ahmad. (1960). Alam puisi Melayu. Sinaran Bros Limited. Effendy, T. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Balai Kajian dan Pengembangan Melayu. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mawaddah W.S. (n.d). Syair Singapura Terbakar.Pdfcoffee. https://pdfcoffee.com/syair-singapura-terbakarpdffree.html#Mawadah+Warohmah+Saputri. Abd. Rahim Ismail & Dr. Khairud din Mohamad. (2017). Kesusasteraan Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd. Nordiana Jabar & Mohd Faradi. (2021). Komunikasi Bahasa Sindiran dalam Seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Malaysian Journal of Communication Jilid 37(1) 2021: 364-378 Zainal Abidin Ahmad (Za'ba). (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zara Echa . (2013, September 22). BMM3116 Pantun dan Seloka. [Powerpoints Slides]. SlideShare. https://pt.slideshare.net/zaraecha/bmm3116-pantun-dan-seloka Zubir Idris. (2015). Komunikasi moral lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Jurnal Komunikasi,31(2), 601- 616.http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31 2 35.pdf

Terima Kasih

Click to View FlipBook Version