The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by corneliusezra16, 2023-05-15 04:57:14

E-FOLIO (KUMPULAN 4) ETOS NASIONAL

E-FOLIO (KUMPULAN 4) ETOS NASIONAL

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032) Harga : RM 5.50 (SM) , RM 8.20 (SS) Vol. Februari 2023 DEWAN BAHASA ETOS NASIONAL: KONSEP DAN CARA MENCAPAI KESEPADUAN Maksud Etos Maksud Kesepaduan Perayaan yang pelbagai menjadi tonggak perpaduan Sukan Medium Memupuk Perpaduan Antara Kaum Sekolah Mewujudkan Perpaduan generasi muda Kerajaan mendorong rakyat Malaysia bersepadu Kepentingan Perpaduan Kaum


ISI KANDUNGAN 04 05 09 13 16 19 23 Objektif Pengenalan ( Maksud Etos dan maksud kesepaduan ) Perayaan Di Malaysia Mampu Mewujudkan Semangat Perpaduan Sukan Sebagai Platform Perpaduan Peranan Sekolah Dalam Mewujudkan Perpaduan Pelajar Peranan Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan Kesimpulan ( Pentingnya perpaduan kaum di Malaysia ) MALAYSIA ISI KANDUNGAN


ATIQ YASMIN BINTI HAMDAN 05DAT22F2024 CORNELIUS EZRA ANAK MALENG 05DAT22F2020 INTAN SUHANA BINTI ARIFFIN 05DAT22F2009 MUHAMMAD HASWAN HAIKAL BIN MUNJIL 05DAT22F2022 PENA PENASIHAT Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt dengan taufik dan hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata aluan sebagai penasihat dalam penghasilan e-folio ini. Penulisan ini selaras dengan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-KPT) iaitu menghasilkan bahan penyelidikan dan penulisan serta bahan ilmiah. E-Folio ini merupakan salah satu platform yang terbaik membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar. E-folio adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah atau kreatif yang memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya e-folio ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang mendalam dalam sesuatu isu yang dikupas. Selain itu, e-folio ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada pensyarah atau pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam pengajaran. Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus dalam menghasilkan efolio yang manarik minat pembaca. Semoga segala usaha yang dibuat mendapat balasan yang setimpal. Saya berdoa semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat daripada penghasilan e-folio ini. DEWAN BAHASA Encik Mohamad Faizal Ahmat Ahli Kumpulan


Menjelaskan matlamat detik perbezaan dan detik perpaduan dengan lebih teliti. Menyemai dalam diri sikap perpaduan untuk membentuk masyarakat yang aman dan Makmur. Dapat mengetahui tentang adat istiadat dan budaya agama lain. Memahami konsep kesepaduan sosial dan kesepaduan nasional. OBJEKTIF i) ii) iii) iv)


PENGENALAN Menurut Kamus Dewan , Etos bermaksud sifat ciri sesuatu bangsa , budaya , era dan lain-lain. Etos ini berasal daripada perkataan Greek dengan membawa maksud perwatakan atau karakter. Menurut Mansor et al. (2006), perkataan etos berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian. watak, karakter serta keyakinan dalam sesuatu hal. MAKSUD ETOS Written By Cornelius Ezra


Tun Dr. Mahathir Mohamad Pada pendapat Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) mengenai etos bangsa pula menyatakan : "...Membina negara daripada pelbagai kaum dengan latar belakang sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan geografi yang berbeza adalah sesuatu yang lebih daripada sekadar memupuk permuafakatan mengenai watak asas sesebuah negara atau negara. Ia melibatkan pemupukan pengalaman sejarah yang dikongsi bersama , nilai bersama , perasaan identiti bersama , nasib bersama yang merentasi sempadan etnik tanpa menjejaskan identiti etnik , kesetiaan , komitmen , dan keterikatan emosi kepada negara, dan pembungaan etos kebangsaan yang jelas." (Mahathir Mohamad, 1992) Pada pendapat Nazri Muslim (2016), terdapat beberapa dimensi utama yang dapat menjelaskan etos bangsa adalah sesebuah masyarakat. Etos bangsa terbina apabila masyarakat berkongsi nilai yang sama. Nilai masyarakat yang dikongsi bersama merangkumi elemen-elemen tertentu seperti kerjasama, menghormati setiap orang , toleransi, disiplin diri (etika atau moral) dan demokrasi. Di samping itu, etos bangsa juga akan terbina daripada perkongsian perasaan dan semangat. Perasaan dan semangat yang ada di dalam konteks etos bangsa dapat dikategorikan kepada perasaan kekitaan, semangat patriotisme dan nasionalisme, dan perasaan sebagai seorang warganegara Malaysia. Masyarakat multietnik Malaysia juga membawa suatu identiti yang tersendiri. Identiti bangsa Malaysia merujuk kepada beberapa sub-dimensi iaitu bangsa Malaysia, bahasa Malaysia, simbol-simbol negara dan membeli barangan buatan Malaysia. Sesebuah masyarakat yang tidak mempunyal kesedaran tentang etos bangsa tidak akan berupaya untuk hidup menjadi satu unit kolektif apatah lagi apabila membentuk sesebuah negara-bangsa yang ideal. Prof. Madya Dr. Nazri Muslim


Kesepaduan boleh difahami sebagai jalinanhubungan kerjasama antara kaum dan kelompok,berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjamunsur budaya masing-masing.Ia merupakan elemen penting dalam memastikansesebuah komuniti atau negara itu berada dalamkeadaan aman dan harmoni.Oleh yang demikian, kesepaduan sosial merujukkepada satu proses yang menyatupadukan seluruhmasyarakat dan negara supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilaibersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin (2014) telah mengenengahkan konsep kesepaduansosial sebagai formula penting bagimengurus masyarakat majmuk berdasarkan kepada konsep dan ciri-ciri kesepaduan.Menurut beliau, kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmursejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilangetnik.Ia berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang kuat yangdilandasi dengan rasa hormat, tolak ansurdan saling percaya sesama mereka Maksud Kesepaduan Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu prosesdinamik apabila rakyat pelbagai kaum dan etnik dengan sosiobudaya, agama, adat resam, bahasa dan wilayah yang berbeza dapat hidup dalam suasanaaman damai serta harmoni. Berdasarkan sejarah, ada beberapa isu perbalahakaum yang agak besar dan rumit pernah berlakudalam negara kita. Bagaimanapun, ia dapat ditanganidan tidak merebak ke tempat lain. Kini, isu-isu sensitif melibatkan hubungan kaum kelihatannya semakin meningkat apabila berkembangnya media sosial yang menjadi media utama rakyat menyalurkan perasaan tidak puas hatiterhadap orang lain.Penggunaan media sosial yang begitu terbuka telah mengakibatkan ada pihak yang menggunakan kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman. Masyarakat perlu bijak dalam menerima pakai segala maklumat yang diperolehi di internet agar tidak mudah terpengaruh dengan sentiment dan mainan segelintir pihak untuk menggugat keharmonian dan perpaduan yang sudah dibina sejak sekian lama.Perbezaan ideologi politik dalam kalangan rakyat sering mencetuskan perbalahan yang boleh membawa kepada konflik perkauman yang serius sekiranya ianya tidak ditangani secara bijak. Setiap pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan kesepaduan ini dapat dikekalkan dan menjadi bertambah baik demi masa hadapan generasi yang akan datang. Writen By Haswan Haikal


kesepaduan social adalah antara teras penting dalam menjamin semua bangsa dalam Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni.ia merupakan asas utma kepada keadaan yg stabil dan masyarakat tanpa konfik.konsep kesepaduan social yang diasaskan oleh kerajaan adalah sebgai formula penting untuk menguruskan masyarakat yang berbilang kaum dan agama khususnya di Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai, ahlimasyarakatnya mencari jalan untuk mengurus dan Menyusun perbezaan-perbezaan yang sedia wujud dalam masyarakat. Perbezaan-perbezaan tersebut wujud dari aspek etnisiti, agama, bahasa,politik, kelas sosial, gender dan antara generasi. Perbezaan-perbezaan ini perlu diatasi dan disusun kerana masyarakat perlu mencapai keamanan dan kestabilan serta meneruskan kelangsungan hidup mereka.Keadaan yang wujud dan terus menerus dinikmati oleh sebilangan besaranggota masyarakat majmuk di dunia ialah ‘kesepaduan’ iaitu suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya mempengaruhi anggota masyarakat tersebut untuk mengilhamkan berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selesai perlu diusahakan penyelesaian satu persatu, memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak ,perancangan dan pelaksanaan pekan Tindakan berasaskan prinsip tawar menawar, perundingan ataupun medasi.(dr Shamsul amri baharuddin 2019). Sepuluh perkara uatama yang menjadi topik kepada isu defisit sosial iaitu etnisiti,agama,kelas sosial,Pendidikan Bahasa, jurang generasi, gender politik federalism, ruang bandar/desa dan media. Ianya melibatkan isu – isu yang jika tidak ditangani dengan berhemat akan menjadi punca kepada runtuhnya kesepaduan sosial yang ingin dibangunkan.perkara-perkara seperti kenyataan berbau sensitive etnik,agama dan perlembagaan, pilihanraya ,Krisis ekonomi ,dasar awam baru , kegagalan pembangunan , rasuah dan tadbir urus tidak berintigriti boleh menghancurkan apa yang telah dibina selama ini dan akan menjadi barah jika tidak dikawal.


PERAYAAN DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN CARA MENCAPAI KESEPADUAN Malaysia adalah negara majmuk dan mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya kaum serta agama yang pelbagai ini, kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di Malaysia. Perayaanperayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong asing untuk melihat sendiri perayaan-perayaan yang mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama tersebut yang bermajoriti bangsa Cina, perayaan Hari Natal pula disambut oleh orang Kristian . Perayaan yang pelbagai ini mempunyai keunikan perayaan-perayaan yang tersendiri dan juga berperanan dalam mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Antara keunikan perayaan yang terdapat di Malaysia ialah, Hari Raya Puasa yang merupakan perayaan yang dirayakan oleh para umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan dan itu menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Puasa bermula setelah perisytiharan dibuat oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang mereka sayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah. Sembahyang Sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada orang tua. Selepas itu, semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka. Writen By Cornelius Ezra


Seterusnya, perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahatan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik ataupun buruk. Aspek-aspek yang buruk dihapuskan dan yang baik pula disematkan di dalam hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada seseorang itu. Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun begitu ,tiada bukti-bukti yang kukuh menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini berkaitan dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi ceritacerita Purana iaitu cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India yang berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan. Selain itu, Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar- besaran oleh penganut agama Hindu terutamanya di semenanjung Malaysia. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam ialah di Batu Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah. Perayaan Thaipusam bermula pada malam hari bulan penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang digelar Pusam. Bermula dari senja itu, penganutpenganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat tersebut untuk menyempurnakan penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.


Hari Krismas dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian dan disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam. Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja seperti Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain dan negara Mesir serta Egypt, Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan. Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus . Santa Claus pula merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakan hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. Di samping itu, nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina iaitu Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang Barat ataupun Kristian. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari tersebut sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina selalunya berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.Tahun Baru Cina tidak sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh orang Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina. Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15 hari bulan pada bulan satu Imlek. Barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan.


Oleh demikian, sambutan hari perayaan di negara ini disambut pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nantikan setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat yang tinggi. Oleh itu, terdapat banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini. Kalau semua perayaan ini disambut bersamasama sudah tentu akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan lebih terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah-rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan tersebut. Lawatan yang diadakan sudah tentu akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Di samping itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi antara kaum. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing tentang budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat Malaysia lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah tentu tidak akan timbulnya sebarang salah faham antara kaum. Maka, perayaan yang pelbagai di Malaysia mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain. Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik di mata masyarakat dunia terutamanya pelancong-pelancong luar negara. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman dan tenteram jika rakyatnya yang berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya kepada keupayaan dan kesepaduan rakyat di negara ini serta menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Kesimpulannya, perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia dapat memupuk perpaduan di antara kaum. Selain itu, sambutan perayaan setiap agama juga dapat disambut dan dirasai oleh semua kaum. Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini adalah khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini merupakan suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan platform atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Perkara ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara kita Malaysia.


SUKAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini meminati sukan. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur sukan kepada orang ramai. Kini, padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan yang lain dibina di kawasan tertentu. Kesediaan pihak kerajaan berbuat demikian adalah atas kesedaran bahawa sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga memberikan sumbangan ke arah pembangunan negara. Pakar-pakar kesihatan mengakui bahawa aktiviti sukan penting untuk kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa bermain bola sepak, badminton, dan olahraga misalnya, semua organ dalam badan seseorang menjadi aktif. Jantung akan berfungsi dengan baik. Pembakaran lemak juga berlaku dan badan akan mengeluarkan peluh. Dengan demikian, masalah lebihan lemak dalam badan dapat dielakkan dan badan menjadi sihat. Kesihatan fizikal akan mempengaruhi kesihatan mental individu. Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental dapat menjalankan tugas dengan baik dan seterusnya membantu pembangunan negara. Written By Atiq Yasmin


Masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti ini lazimnya dijalankan pada waktu yang terluang. Dengan cara demikian, anggota masyarakat tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Golongan remaja tiada kesempatan untuk melepak, menganggotai kumpulan gangster, dan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah. Tegasnya, aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, seterusnya dapat melahirkan golongan remaja yang berkualiti yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara. Apabila sesebuah negara terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf antarabangsa, negara yang berkenaan akan dikunjungi oleh pemain, pegawai, wartawan, dan penyokong dari pelbagai negara. Mereka sudah tentu akan berbelanja sepanjang berada di negara yang berkenaan. Pengaliran wang asing yang berlaku tentu sekali menguntungkan negara. Apabila pulang, mereka akan mempromosikan tempat-tempat yang menarik di negara tuan rumah kepada rakan-rakan. Dalam jangka panjang, situasi ini dapat memajukan industri pelancongan di negara yang berkenaan. Selain itu, imej negara dapat ditingkatkan melalui sukan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah negara mengambil bahagian dalam sukan yang bertaraf dunia, nama negara yang berkenaan akan dikenali, apatah lagi sekiranya negara yang berkenaan mengungguli sesuatu permainan. Sebagai contoh, negara Brazil sinonim dengan bola sepak dan Malaysia pula dikaitkan dengan kehebatan dalam sukan badminton. Kejayaan sesebuah negara menganjurkan sukan yang bertaraf dunia turut mengharumkan nama negara. Contohnya, keupayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998 secara tidak langsung mencelikkan mata masyarakat antarabangsa tentang keupayaan negara kerdil ini menganjurkan sukan yang bertaraf dunia. Semangat Etos Nasional Etos Nasional dari sudut semangat, Ianya melambangkan perkongsian semangat kesukanan yang menggambarkan aspirasi sukan itu untuk dinikmati bersama.


Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Selain itu, perpaduan turut dapat disemai dalam kalangan penonton apabila mereka menyokong pasukan yang sama. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan negara. Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti tetapi juga dapat membantu pembangunan negara, seterusnya meningkatkan imej negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan, dan keupayaan masing-masing. Sehubungan dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamat ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan kata “Majulah Sukan untuk Negara.”


Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. aktivis sosial ‘integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.terdapat beberapa peranan yang pelu dilakukan oleh setiap sekolah untuk memastikan hubungan perpaduan berjalan dengan lancar. Antaranya ialah melalui aktiviti kokurikulum perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Written By Haswan Haikal Peranan sekolah dalam mewujudkan perpaduan pelajar


Seterusnya,Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar. Selain itu melalui program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciriciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional. Akhir sekali melalui aktiviti perkhemahan,Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktivitiaktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolongmenolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara pesertapeserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.


Kesimpulannya, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama daripada pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini bagi memastikan setiap pelajar mewujudkan perpaduan denga naman dan harmoni. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Peribahasa dapat dikaitkan ‘bak kata pepatah Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”.


Negara kita memerlukan pelbagai usaha bagi memupuk perpaduan kaum dalam membina negara yang aman dan harmoni. Malahan, rakyat perlulah saling tolong menolong untuk memastikan persekitaran hidup yang sihat kerana hidup di dalam negara yang prihatin antara satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama. Penerapan prinsip rukun negara juga amat penting untuk rakyat malaysia fahami supaya saling berganding bahu dalam mengekalkan negara yang aman dan damai. Bahkan, sifat perkauman juga dapat dileraikan melalui perkahwinan campur. Kita akan bersama sama akan dapat memahami Dan menyelami mengenai Kehidupan masing masing ketika kita berkongsi budaya berbeza, cara percakapan bahasa dan sebagainya. Antara usaha usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan termasuklah membuat majlis rumah terbuka. Hal ini dikatakan demikian kerana seluruh rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan bersama sama menghadiri majlis tersebut dan saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain dimana sekaligus akan mengeratkan silaturrahim dikalangan rakyat kerana adanya komunikasi dari pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan. Bukan itu sahaja, dari majlis tersebut juga kita dapat melihat cara makan, adab dan banyak lagi dari kaum yang lain dimana kita dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai sesebuah kaum tersebut. Sebagai contoh, orang melayu yang makan menggunakan tangan, orang cina menggunakan chopstick dan sebagainya. Sikap bertoleransi antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian budaya hubungan etnik terjalin kukuh dimana kita saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa. PERANANA KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN Written By Intan Suhana


Selain itu juga, menerapkan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian adalah Salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan perpaduan dalam negara. Sebagai contoh, memperkenalkan adat setiap kaum kepada seluruh rakyat malaysia melalui media sosial, televisyen dan sebagainya. Hal ini akan dapat mengasah minat mereka untuk mengetahui lebih dalam mengenai kaum yang lain. Malahan, kerajaan juga dapat memastikan semua guru untuk mendidik pelajar supaya sentiasa mengingati budaya dan warisan di sekolah. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengadakan kempen sehari berbudaya bersama masyarakat yang dapat diterapkan di sekolah. Melaui cadangan ini, budaya dan warisan dapat dikekalkan dari generasi ke generasi yang akan datang dan tidak akan pupus ditelan zaman. Seterusnya, menganjurkan hari kemerdekaan setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila hari kemerdekaan, akan ada pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut sebagai contoh menyanyikan lagu kebangsaan. Bukan itu sahaja, lagu “malaysia sehati sejiwa” juga mengandungi bahasa dari kaum bukan melayu. Kerajaan yang mewujudkan hari kemerdekaan ini juga seperti yang termaktub dalam rukun negara iaitu kesopan dan kesusilaan dimana kerajaan dapat membentuk semula jati diri setiap rakyat yang terkenal dengan sifat yang sopan santun dan berbudi bahasa. Malahan, kerajaan dapat mengadakan pelbagai aktiviti sebagai contoh, mendendangkan permainan alat tradisional, mengadakan pertandingan permainan batu seremban, permainan mahjong, chaturanga dan sebagainya. Hal ini dapat memberi peluang kepada semua rakyat malaysia untuk mencuba permainan dari pelbagai bangsa sekaligus dapat menghidupkan hubungan yang erat sesama masyarakat.


Disamping itu, kerajaan perlu memperbanyakkan iklan-iklan yang berkaitan dengan kebudayaan dalam menerpkan budaya etnik dalam kalangan rakyat malaysia. Sebagai contoh, membuat iklan setiap kali perayaan yang disambut oleh rakyat malaysia yang berbilang kaum. Impaknya, Melalui iklan ini masyarakat akan mudah untuk memahami dengan lebih jelas mengenai cara perayaan kaum yang lain dan unsur-unsur yang terkandung dalam kebudayaan sesuatu kaum. Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh memperbanyakkan filem atau drama yang berunsurkan perkauman dalam televisyen untuk menarik minat rakyat malaysia dalam menyelami dan memahami sesuatu kaum yang ada di Malaysia. Akhir sekali, kerajaan perlulah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap subjek sejarah supaya generasi muda dapat di asah untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam kegiatan harian bagi mengekalkan keharmonian dan kemanan di negara kita bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini akan membuatkan kita saling prihatin dan bersama-sama mengambil iktibar untuk kita saling menjaga hubungan antara satu sama lain bagi memastikan tiada perselisihan faham antara kaum di masa hadapan.


Kesimpulannya, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengeratkan perpaduan dalam sebuah negara kerana ia akan menjadi satu kerugian besar bagi kita kerana menduduki negara yang berbilang kaum tetapi tidak mengambik dan merebut peluang untuk mempelajari bahasa, adat dan sebagainya dari kaum-kaum yang berbeza. Tugas menyatupadukan rakyat malaysia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi kepimpinan yang dilaksanakan oleh pemimpin juga amat mempengaruhi rakyat. Perbezaan majmuk yang wujud dalam Malaysia adalah satu keistimewaan yang harus dipelihara oleh semua kaum bagi mengekalkan hubungan sentiasa terjalin dan tanpa berlakunya rusuhan kaum pada masa akan datang.


Pentingnya Perpaduan Kaum di Malaysia Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan salah satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara yang maju di mata dunia. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya disebabkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia. semangat perpaduan mesti dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi serta dengan mengukuhkan semangat jati diri generasi muda, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak bagi mengekalkan perpaduan kaum. Dengan melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan menjadi sebagai wargangara yang matang dan bertanggungjawab. Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi hak untuk mengekalkan kekukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati antara satu sama yang lain dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat Malaysia akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama yang pelbagai. Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh menjadi platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat yang berbilang kaum sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian ini juga merupakan keunikan yang menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian orang Malaysia. KESIMPULAN Written By Cornelius Ezra


Perpaduan kaum juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi yang mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara. Secara keseluruhan, perpaduan kaum adalah antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah belah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi tonggak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara yang maju di mata dunia serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.


RUJUKAN Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban Politeknik Edisi Kemaskini. Munirah Mustaffa , Mohamad Bazli Md Radzi , Naimah Ghazali , Wan Mohd Tarmizi Wan Othman , Mohamad Faizal Ahmat , Mohammad Tarmizi Balya . https://prezi.com/p/c0tofhpyshhz/perayaan-perayaan-agama-di-malaysia-mampumewujudkan-semangat-perpaduan-di-malaysia/?fallback=1 http://indahnyaraya.blogspot.com/p/blog-page_28.html https://eseistpm.blogspot.com/2014/06/kebanyakan-anggota-masyarakat-dinegara.html?m=1 http://cikguchom.blogspot.com/2015/08/aktiviti-aktiviti-yang-dapatmemupuk.html https://www.google.com/search? q=defisit+sosial+etika+dan+peradaban&oq=&aqs=chrome.6.35i39i362j46i39i199i36 2i465j35i39i362l6.865600214j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8 https://www.studocu.com/my/document/kolej-vokasional-datuk-seri-mohdzin/etika/pemantapan-kesepaduan-nasional-malaysia/25384021 https://www.studocu.com/my/document/unitar-internationaluniversity/hubungan-etnik/tanggungjawab-kerajaan-dalam-memupuk-perpaduandalam-etnik-di-malaysia/20212910 https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html https://www.jobstore.com/careers-blog/2023/03/14/kepentingan-perpaduankaum-di-malaysia/


Click to View FlipBook Version