JENAYAH SIBER
(MPU23042)
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
PENSYARAH:PUAN FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH
NAMA AHLI KUMPULAN:
SANJANA ANAK JUNTAN (20DAT20F2053)
UMIE ANAK JONATHAN (20DAT20F2035)
ISI KANDUNGAN
1.Objektif....................................................... 3
2.Penghargaan................................................ 4
3.Pengenalan.................................................. 5
4.Contoh-contoh Jenayah Siber......................... 6-7
5.Faktor-faktor Jenayah Siber........................... 8-9
6.Kesan-kesan Jenayah Siber............................ 10-11
7.Langkah-langkah Untuk Mengatasi Jenayah
Siber........................................................... 12-13
8.Kesimpulan................................................. 14
9.Latihan Pengukuhan..................................... 15
10.Rujukan....................................................... 16
objektif
1.Memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia
bahayanya jenayah siber.
2.Dapat membantu masyarakat menghindari gejala
jenayah siber.
3.Dapat mengenalpasti punca jenayah siber dan langkah
untuk mengatasinya.
4.Membentuk masyarakat Malaysia yang berfikiran
dalam setiap perkara.
5.Melindungi masyarakat Malaysia daripada menjadi
mangsa jenayah siber.
PENGHARGAAN
Pembentukan masyarakat
merupakan agenda yang penting
dalam pembangunan negara. Masyarakat yang mempunyai minda
kelas pertama mampu membangunkan negara. Namun, menjadi
cabaran kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk membangunkan
negara ke arah sebuah negara maju dengan wujudnya isu-isu sosial
yang melibatkan masyarakat. Oleh itu, E-book ini membincangkan
tentang cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia
yang mengetengahkan aspek-aspek berkaitan definisi, konsep,
faktor, implikasi dan penyelesaian bagi setiap cabaran yang
dikupaskan. Justifikasi perbincangan topik ini kerana mutakhir ini
pelbagai isu yang melibatkan golongan muda khususnya terlibat
dengan jenayah siber. Malah, seiring perkembangan sains dan
teknologi pada masa kini golongan muda mudah terpengaruh
dengan budaya luar sekiranya tidak dibimbing dengan ilmu
pendidikan. Cabaran dari segi sosial ini merupakan cabaran besar
dalam membentuk masyarakat Malaysia.
by alfredo torres
PENGENALAN
Jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang
menggunakan sebarang jenis peranti eletronik melalui sambungan
perkhidmatan Internet yang membolehkan sesebuah perlakuan
jenayah dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu atau
sekumpulan orang serta mampu menjangkaui batasan dari sesebuah
negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan
tidak terhad batasan.
Jenayah siber menyebabkan berlakunya kepada kehilangan atau
kerosakkan kepada peralatan, data dan maklumat yang melibatkan
sesebuah perisian mahupun pemprosesan komputer sama ada
serangan virus, pencerobohan( unauthorized access and use) serta
kecurian maklumat terhadap sesebuah komputer atau peranti
elektronik yang dijadikan sasaran. Jenayah siber merupakan suatu
bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman ini dimana ia tidak
lagi seperti jenayah pada zaman dahulu yang terhad kepada
persekitaran fizikal sahaja namun kini ia telah menjangka kepada
perlakuan jenayah melalui alam siber dengan menggunakan
teknologi komputer.
CONTOH-CONTOH JENAYAH SIBER
Hacking atau Penggodam
Merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan
pengguna Internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem
tanpa melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh
dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer
dan Internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu
sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana
penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit
sesebuah syarikat.
Penipuan Siber
Penipuan ini di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan
atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat
pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman
web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya
memerlukan Internet dan perisian pelayar sahaja. Tidak hairanlah
penipuan melalui Internet ini boleh mencecah jutaan ringgit
nilainya.
Pornografi
Sebarang perbuatan pornografi adalah dilarang dan meklanggar
undang-undang. Hal ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan
masyarakat dan budaya Timur. Berlaku apabila foto-foto yang
melampau seperti gambar yang berkaitan dengan lucah dimasukkan
dalam Internet untuk paparan umum. Kes foto-foto pornografi ini
akan menimbulkan isu penganiayaan.
Mengganggu atau Merosakkan Sesuatu
Sistem
Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini dianggap
penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau
kerosakkan sistem akan mengakibatkan sistem tersebut lumpuh
atau gagal untuk berfungsi .
Pemindahan Wang Secara Haram
Pengalihan wang daripada sesebuah akaun simpanan individu
atau sesebuah organisasi ke dalam akaun bank pihak lain mahupun
diri individu yang melakukan tindakan tersebut. Bersifat kepada
jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang diberikan
kepada seseorang individu yang telah diamanahkan untuk menjaga
harta atau rahsia individu lain.
FAKTOR-FAKTOR JENAYAH
SIBER
Kurangkan maklumat dalam penggunaan
teknologi dengan selamat
Masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi
hak mereka sebagai pengguna dalam teknologi
komunikasi dan maklumat ICT. Kemunculan laman
sosial bertambah, menyebabkan ramai berlumba-
lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui
risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam
penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-
butir peribadi yang penting seperti nombor telepon,
alamat rumah dan sebagainya.
Ibu Bapa Tidak Memantau Pergerakan
Anak-Anak
Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah diri dan memberi pendidikan
kepada anak-anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab
memastikan asas-asas nilai murni dalam kalangan
anak. Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan tidak
mempunyai bma ba ska
a b e rsama anak -anak d i rumah. Hal
ini, menye n anak-a nak beras a bosan dan
terpinggir semasa berada dirumah kerana ibu bapa
mementingkan pekerjaan.
Kekurangan Pakar-Pakar Forensik
Ini menyebabkan banyak kejadian
penggodam sistem bank dan kecurian
maklumat di Internet tidak dapat dikesan. Ia
juga menyebabkan penjenayah siber sukar
untuk didakwa di mahkamah kerana
pendakwa tidak mempunyai bukti yang
mencukupi untuk mendakwa,
Peningkatan Penggunaan Internet
Ini merupakan salah satu penyebab kejadian
jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini,
dikatakan demikian kerana, peningkatan pengguna
Internet mendorong ramai pengguna Internet
menyalahgunakan maklumat dalam Internet untuk
pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah.
Misalnya, pengguna Internet akan menggunakan
pelabagai maklumat dalam Internet untuk tujuan
penipuan dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya,
peningkatan pengguna Internet mendorong orang
ramai pengguna Internet menyalahgunkan
kepakaran mereka dalam bidang teknologi
maklumat( IT ) dengan cara menggodam sistem-
sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan
sebagainya.
Penggunaan Perbankan Atas Talian
Aplikasi pembayaran melalui atas talian telah
mendapat tempat dalam kalangan pihak
perbankan, pentadbir dan laman sesawang
untuk membeli-belah atas talian. Tiada lagi
ramai beratur membayar bil di bank mahupun
di pejabat pos malahan membeli-belah atas
talian juga menjadi ikutan pengguna
terutamanya golongan remaja.
KESAN-KESAN JENAYAH SIBER
MANGSA JENAYAH SIBER MENGALAMI
TEKANAN PERASAAN
Mangsa jenayah mengalami tekanan perasaan
seperti marah, malu dan trauma keadaan ini boleh
menjejaskan perhubungan dengan keluarga,
majikan, rakan sebaya dan masyarakat. Mangsa
kemungkinan akan mengambil jalan singkat
membunuh diri disebabkan malu dengan apa
yang telah berlaku dengan dirinya.
HILANG HASIL KEUNTUNGAN
Salah satu kesan terbesar daripada jenayah siber
terhadap syarikat adalah kerugian hasil. Perkara ini,
boleh berlaku apabila maklumat sulit kewangan
syarikat dibocorkan oleh pihak luar untuk
pengeluaran dari akaun syarikat secara haram. Ia
juga boleh berlaku kepada perniaga yang laman e-
dagangnya telah terjejas akibat daripada jenayah
siber. Ini menyebabkan kerugian pendapatan
berharga kerana pengguna tidak boleh mengakses
laman web itu.
MENCEMARKAN REPUTASI
Apabila jenayah siber menyebabkan pencurian
atau penggunaan tidak sah bagi rekod
penggunaan nama baik syarikat boleh mendapat
kesan yang teruk. Ini kerana pelanggan akan mula
hilang keyakinan terhadap kemampuan syarikat
untuk menjaga keselamatannya dan membuatkan
mereka beralih ke syarikat yang lain. Ini boleh
menyebabkan syarikat kehilangan pendapatan
dan nama baiknya.
MEMBAZIR MASA
Apabila jenayah siber berlaku, staf IT terpaksa
meluangkan banyak masa mereka untuk
mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang
berlaku. Ini telah merugikan masa kerana kebolehan
dan kepakaran mereka boleh digunakan untuk
langkah produktif kepada perniagaan atau organisasi.
Sebaliknya, banyak masa mereka kini digunakan
untuk mengendalikan pelanggaran keselamatan dan
masalah lain yang berkaitan disebabkan oleh jenayah
siber.
MENGURANGKAN PRODUKTIVITI
Disebabkan jenayah siber kerap berlaku, banyak
syarikat mula mengambil langkah untuk menaik taraf
keselamatab syarikat mereka. Ini termasuklah
menghendaki pekerja memasukkan lebih banyak kata
laluan dan pin keselamatan serta melaksanakan
perbuatan lain yang memakan masa yang sepatutnya
digunakan untuk menyelesaikan kerja mereka. Ini
mengganggu kerja harian pekerja dan menyebabkan
produktiviti merosot.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
JENAYAH SIBER
MEMBERI KESEDARAN MELALUI
KEMPEN DAN IKLAN
Kempen melalui iklan di media cetak
mahupun digital perlu diperluaskan dan
mencapai seluruh ahli masyarakatnya
terutamanya yang mempunyai pengetahuan
cetek akan penggunaan teknologi hari ini.
Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia
dan madari dalam menggunakan aplikasi
teknologi hari ini dan peka akan taktik-
taktik baru yang digunakan penjenayah
siber.
BEKERJASAMA SECARA MULTILATERAL
DALAM MEMBANTERAS JENAYAH SIBER
Hal ini akan membantu kerajaan untuk
meningkatkan keupayaan dalam memastikan
keselamatan siber dalam negara setanding
dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam
perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga
boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap
sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber.
MENGKAJI DAN MEWUJUDKAN UNDANG-
UNDANG SIBER
Pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar
teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah
rangka Undang-undang dapat diwujudkan dalam
mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat harus
melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan
sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang
meragukan dan melibatkan jenayah siber agar
penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan
tindakan yang tegas.
MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN
ETIKA DALAM PENGGUNAAN SIBER
Hampir setiap golongan masyarakat
mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai
kegunaan harian tetapi etika dan cara
penggunaannya tidak didik dengan betul. Pihak
kerajaan perlu membuat pendidikan atau modul
pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan
seterusnya menjadi model kepada sekitar
pekerja akan kepentingan keselamatan siber
supaya terhindar daripada sebarang jenayah.
MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA
KERAJAAN DENGAN SYARIKAT DAN
PENGGUNA KOMPUTER
Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu
melakukan langkah-langkah keselamatan dengan
mengekang pencerobohan penjenayah siber.
Pengguna Internet boleh berkongsi pengetahuan atau
memberi cadangan kepada kerajaan untuk
meningkatkan tahap forensik komputer kerajaan,
swasta dan komputer persendirian daripada digodam.
KESIMPULAN
Ancaman siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh
para pengguna komputer mempunyai sambungan pada
rangkaian Internet yang menghubungkan berjuta-juta pengguna
komputer di seluruh dunia serta bersifat terbuka. Oleh yang
demikian, langkah-langkah mengatasi perlu diambil oleh semua
pihak sama ada organisasi atau individu kerana tiada jalan
pintas dalam menangani ancaman siber.
Jalan yang terbaik ialah dengan memainkan peranan masing-
masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuanyang ada.
Misalnya, pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi
perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang
menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk
diikuti oleh pekerja syarikat. Bagi individu, perlunya ada tahap
kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini,
terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing.
Setiap hari kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk
menentukan komputer kita terjamin selamat daripada ancaman
siber ini.
LATIHAN PENGUKUHAN
1, Apakah kesan jenayah siber?
A. Hilang hasil keuntungan
B. Tidur semasa kelas pDpr
C. Mengganggu rakan sekelas
D. Menyanyi semasa kelas
2, Mesej yang mengganggu dan mengacam atau berunsur
ugutan merupakan pembulian siber.
Betul atau Salah ?
A. Salah
B. Betul
3, Senaraikan contoh-contoh jenayah siber?
4, Apakah hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan
jenayah siber?
5, Berikan dan huraikan faktor-faktor jenayah siber?
RUJUKAN
HTTPS://NRULCOOL.WEEBLY.COM/JENIS-
JENIS-JENAYAH.HTML
BUKU JENAYAH SIBER
HTTPS://MISSMICHIKO01.BLOGSPOT.COM
/2013/08/FAKTOR-JENAYAH-SIBER-
MASIH-BERLAKU-DAN.HTML
GRETA MAE NAPOLITANI
E-book ini merupakan tentang
cabaran-cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia
dalam jenayah siber. Penerangan
yang terdapat dalam e-book ini
adalah mewakili daripada kesan-
kesan jenayah siber dan langkah-
langkah untuk mengatasi jenayah
siber. Selain itu, e-book ini juga
menerangkan tentang jenayah
siber yang disesuaikan dengan isu
semasa.
WRITTEN BY
SANJANA