The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Beberapa amalan sunnah Rasullullah saw yang menjadi contoh umat Islam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasrulyushairi, 2023-06-27 01:15:06

Amalan, Akhlak & Pemakanan Sunnah Rasul

Beberapa amalan sunnah Rasullullah saw yang menjadi contoh umat Islam.

Keywords: Amalan sunnah,Islam,Muhammad SAW

SUNNAH RASUL AMALAN, AKHLAK & PEMAKANAN MOHD HASRUL YUSHAIRI JOHARI | MAIZATULHAWA YUSAINI | NUR ANIZA JANI NURUL AMIRA FARHANA HISYAMUDDIN | NURUL NAZIRAH ILYANA ROZI


Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia eISBN 978-967-25912-9-0 Amalan, Akhlak & Pemakanan Sunnah Rasul Terbitan pertama 2023 First published 2023 ©2023 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan membuat salinan mana-mana bahagian artikel, dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizanan bertulis daripada pihak penerbit. Sebarang pertanyaan keizinan hendaklah di alamatkan kepada Penerbit FPHP Tourism Press, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bandaraya Melaka, 75350 Melaka, Malaysia atau email kepada hasrul436@uitm. edu.my ©2023 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any informationstorage and retrieval system without permission in writing of the publisher. Requests to the publisher for permission should be addressed to the Publisher FPHP Tourism Press, Faculty Hotel & Tourism Management, Universiti Teknologi MARA, Melaka City Campus, 75350 Melaka, Malaysia or email to [email protected] Diterbitkan di/Published in Malaysia FPHP Tourism Press Faculty Hotel & Tourism Management Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka 75350 Melaka Rekabentuk kulit: FPHP Tourism Press


Segala pujian bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dapat kami menyelesaikan buku Amalan, Akhlak, Pemakanan Sunnah Nabi Muhammad SAW ini dengan jayanya melalui sumbangan idea dan tenaga kami. Selain daripada memberi pendedahan dan kefahaman yang ringkas dan padat kepada pembaca mengenai sunnah Nabi Muhammad SAW, buku ini memberi manfaat juga kepada mereka yang ingin memahami dan menghayati sunnah Rasulullah SAW pada peringkat awal. Buku ini wajar dimiliki oleh mereka yang sedang berusaha melakukan amalan sunnah ini. Buku ini juga telah mengupas beberapa sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dan menjadi rujukan umat Islam pada zaman modenisasi ini. Harapan kami agar buku ini dapat memainkan peranannya dalam menyalurkan maklumat yang berilmiah kepada individu serta masyarakat yang dahagakan Sunnah Rasulullah SAW. KATA ALUAN MOHD HASRUL YUSHAIRI JOHARI MAIZATULHAWA YUSAINI NUR ANIZA JANI NURUL AMIRA FARHANA HISYAMUDDIN NURUL NAZIRAH ILYANA ROZI 30 JANUARI 2023


isi kandungan P E N G E N A L A N MA K A N A N & MI N UMA N S U N N A H A D A B MA K A N S U N N A H P EMA K A I A N S U N N A H R I A D A H S U N N A H A D A B T I D U R S U N N A H C A R A B E R T U T U R S U N N A H P E R U B A T A N S U N N A H P E N AMP I L A N S U N N A H 1 4 6 11 1 7 2 0 2 3 2 6 3 1


PENGENALAN SUNNAH 'As-Sunnah' berasal daripada perkataan Arab, ath-thariq yang membawa maksud adat, perjalanan hidup, atau perbuatan terpuji. Istilah Sunnah diulang dalam kitab hadis yang membawa maksud 'perjalanan' dan 'perilaku' (anNihayah 2;409). Menurut Ibnu Rajab, Sufyan ats-Tsauri, maksud as-Sunnah ialah "melayan Ahli Sunnah dengan baik kerana mereka ialah orang-orang asing." Pengertian Sunnah bersifat suci dari syubhat dan syahwat merujuk kepada akhlak dan perbuatan yang digemari oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hadis menyatakan: "Barangsiapa yang mengamalkan sunnah yang baik dalam Islam, dia mendapat pahala tambahan dari orang-orang yang mengamalkan setelahnya, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun. Barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk dalam Islam, di samping dosanya sendiri, juga mendapat tambahan dosa dari orang yang mengikuti setelahnya, tanpa dikurangi dosanya.” (HR Muslim) Oleh itu, jika diteliti, amalan sunnah mempunyai keistimewaan yang luar biasa iaitu dapat menyempurnakan amalan wajib dalam kehidupan seharian. Amalan sunnah diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Allah SWT menyeru setiap umatnya untuk beribadah dan berakhlak mulia. Amalan sunnah adalah amalan yang mendapat pahala jika diamalkan, dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. Amalan sunnah menjadi lebih mudah apabila setiap orang mempunyai niat dan usaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun begitu, amalan sunnah Rasulullah dan para sahabat dahulu sering dilupakan dalam masyarakat kini kerana ada yang berpendapat cukup dengan amalan wajib seharian, dan amalan Sunnah walaupun diamalkan hanya sesekali sahaja mengikut kelapangan masa. 1


Pertama SUNNAH QAULIYYAH/PERTUTURAN Iaitu hadis-hadis yang diucapkan oleh baginda sendiri. Sebagai contoh hadis baginda yang bermaksud “Setiap amalan itu dengan niat”. Hadis ini telah menjadi kaedah utama dalam perundangan Islam. Kaedah ini menetapkan niat itu penting dalam menentukan kesahihan sesuatu amalan. Kaedah yang sama juga terdapat dalam perundangan manusia pada sesuatu amalan tertentu. Ketiga SUNNAH TAQRIYYAH/PENGAKUAN Iaitu pengakuan atau persetujuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada sahabat mengenai sesuatu amalan atau perbuatan. Begitu juga apabila baginda telah memberi pengakuan mengenai sesuatu perkara yang telah disampaikan ke pengetahuan baginda. Kedua SUNNAH FI'ILYYAH/PERBUATAN Iaitu perbuatan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang dimaksudkan untuk dijadikan panduan seperti cara melaksanakan ibadat khusus dan lain yang berkaitan dengan syariah. Sebagai contoh, solat sunat sebelum solat fardhu. Berdasarkan hadis, sunnah Muhammad meliputi perkataan khusus baginda (Sunnah Qawliyyah), tabiat, amalan (Sunnah Fiiliyyah), dan persetujuan diam (Sunnah Taqririyyah). Dalam Islam, perkataan "sunnah" juga merujuk kepada menjalankan kewajipan pilihan. 2


MAKANAN & MINUMAN


K U RMA Buah kurma merupakan makanan yang ideal an kerana mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, kadar karbohidrat yang tinggi, serat, protein, lemak dan minyak. Kurma juga mengandungi fluorin yang membantu meningkatkan kesihatan gigi serta selenium yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan bagi mencegah kanser. A I R Z AMZ AM Makanan & MINUMAN Cara hidup sihat melalui gaya pemakanan yang seimbang dan bersederhana diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda telah meninggalkan panduan yang sangat baik untuk mengelakkan gejala penyakit dan menggalakkan umatnya agar menjaga kesihatan diri. Hal ini kerana, kesihatan membolehkan seseorang menunaikan kewajipan dunia dan agamanya. Rasulullah SAW menggemari makanan/minuman yang halal dan berkhasiat. Antara makanan kegemaran Rasulullah SAW ialah: Kajian saintifik menunjukkan bahawa air zamzam mempunyai struktur molekul air yang unik dan bersifat beralkali yang dapat mengimbangi keasidan di dalam badan. Di samping itu, ia juga mengandungi banyak mineral seperti fluorida, kalsium, klorida, sulfat, bikarbonat, kalium dan natrium. Menurut Imam At-Tirmizi air zamzam yang diminum akan memberi manfaat kepada seseorang mengikut hajat baik orang tersebut. D A G I N G K AMB I N G B A H A G I A N L E N G A N Bahagian daging ini mengandungi kurang lemak yang paling lembut. Bahagian ini juga mudah dihancurkan / dihadamkan serta mengandungi banyak zat besi. Selain itu, ia memberi tenaga untuk kekuatan otot dan membangkitkan semangat. Roti yang diperbuat daripada tepung barli yang tidak diproses yang mengekalkan serat dan khasiat vitamin kerana lapisan bran yang dikekalkan. R O T I S U S U Susu mengandungi khasiat yang lengkap terdiri daripada protein, lemak dan mineral yang membantu dalam pembentukan tulang serta mencegah penyakit anemia. Kajian ini mendapati bahawa susu kambing dapat memberikan lebih khasiat kepada badan berbanding susu lembu. K E J U Rasulullah SAW menyukai keju yang diperbuat daripada susu lembu dan kambing. Hal ini kerana keju rendah lemak mempunyai lebih manfaat yang sama seperti susu rendah lemak. 4


MI N Y A K Z A I T U N Di dalam minyak ini mempunyai lemak mono tak tepu yang mempunyai kelebihan yang melindungi diri daripada penyakit koronari jantung, menurunkan paras kolesterol darah, mengawal tekanan darah serta melindungi diri daripada kanser juga. 3 A N G G U R Makanan & MINUMAN 4 Kandungan vitamin C dan B6 cukup tinggi serta mineral kalium yang berfaedah untuk saluran pencernaan dan saluran kencing kerana bersifat diuretik. Antioksidan di dalam biji anggur berfungsi sebagai penguat kolagen, meningkatkan fungsi pembuluh darah, dan anti-penuaan. Kulit anggur kaya juga dengan flavanoid yang dapat mencegah risiko strok dan darah tinggi serta mengandungi Tannin yang mampu mencegah kerosakan gigi. C U K A K U RMA Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser, menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di peru dan usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjanga. Selain menjaga kulit daripada kepanasan matahari serta mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), cuka juga menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim serta dapat menguatkan gigi, mata dan telinga. Madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser. Madu lebah juga sesuai untuk ahliahli sukan kerana mengawal kadar hormon kortisol di tahap rendah untuk meningkatkan lagi daya kekuatan otot. Selain itu, madu lebah mampu membunuh pelbagai jenis kuman daripada jenis bakteria, fungus atau protozoa serta mampu menembusi sistem pertahanan kuman sekaligus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman. MA D U B A R L I J I N T A N H I T AM ( H A B B A T U S S A U D A ) Selain dapat menurunkan kolesterol serta melindungi usus daripada penyakit kanser ia juga berkhasiat untuk mereka yang mengalami demam kerana lembut serta lebih mudah dihadam. Sebagai bahan antiradang dan antitumor yang meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang. 5


MAKAN BERJEMAAH Adalah sunat makan secara berjemaah kerana terdapat banyak keberkatan. "Berjemaahlah dalam menyantap akan hidanganmu dan menyebut nama Allah padanya, maka akan mengandungi berkat bagimu" (Silsilah Hadis Shahih no. 644) Berkenaan dengan seseorang yang menghampiri kepada Baginda SAW dan ia berkata: "Wahai Rasulullah, setiap kali kami makan tidak pernah kenyang." Maka Rasulullah berbalas: "Pasti masing-masing kalian makan sendiri-sendiri." Orang tersebut menjawab: "Benar Ya Rasulullah!" Rasulullah berkata: "Berjamaahlah kalian dalam menyantap hidanganmu." ADAB MAKAN MULAKAN DENGAN BISMILLAH Berkata Aisyah r.a : "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang daripada kalian hedak makan, maka sebutlah nama Allah (Bismillah). Jika terlupa menyebut Bismillah pada mula makan, sebutlah "Bismilahi awwaluhu wa akhiru". (HR Abu Dawud & Tarmidzi) GUNAKAN SHAHFAH/QASH'AH Makan secara berjamaah dia atas hamparan menggunakan Shahfah/Qash'ah (talam/dulang) yang merupakan sunnah Nabi SAW yang harus diikuti dan tidaklah makan diatas meja makan dan tidak juga menggunakan Sukurrajah (iaitu piring kecil yang biasa dipakai untuk meletak makanan yang sedikit seperti sayur dsb) Ibnu Hajar berkata: "Sukurrajah itu tidak digalakkan kerana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah menggunakannya, dan kebiasaan mereka makan bersama-sama menggunakan Shahfah atau makan dengan menggunakan Sukurrajah menjadikan mereka tidak kenyang." (Al-Fath 9/532) 6


GUNAKAN 3 JARI Menurut Ka'ab bin Malik r.a, "Aku melihat akan Rasulullah SAW makan menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah iaitu 3 jari. (HR Muslim) JAMAH SECUBIT GARAM Nabi Muhammad SAW menyeru untuk menjamah secubit garam sebelum makan utuk menghindarkan 70 penyakit dan mengambil secolek lagi menggunakan jari manis tangan kanan sesudah makan. GUNAKAN TANGAN KANAN Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Jangan engkau makan dengan tangan kirimu, kerana syaitan itu makan dan minum dengannya (tangan kirinya)." (HR Muslim) Salamah bin Al-Akwa' r.a, seorang lelaki sedang makan dengan tangan kiri bersebelahan Rasulullah SAW. Maka Baginda SAW berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu." Lelaki itu membalas: "Aku tidak boleh" Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tiadalah yang dapat menghalangnya kecuali sifat bongkak! Lalu tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim) MULA MAKAN DARI TEPI/PINGGIR Menurut Ibn Abbas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Keberkatan berada di tengah-tengah makanan, makan makanlah dari tepi/pinggir ini dan janganlah mula makan dari tengah." (HR Dawud & Tarmidzi) 7


MAKAN YANG BERHAMPIRAN Makanlah hidangan yang ada dihadapanmu dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan lain. Dari Umar bin Abi Salamah r.a, aku adalah hamba di rumah Rasulullah SAW dan pernah akan tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan ketika mula makan. Maka Rasulullah SAW berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', maka makanlah dengan tangan kananmu dan ambil apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari &Muslim) MAKAN DENGAN RENDAH DIRI Makanlah dengan bertawadduk dan tidak makan dengan gaya yang bangga, sombong dan angkuh. GALAKAN BERCAKAP Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitab alZaad, "Ada kala Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut.” (HR Muslim) "Ada kalanya juga Nabi SAW mengajar adab dan tatasusila makan kepada keluarganya, ada ketika Nabi SAW menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman.” (HR al-Bukhari). MAKAN DENGAN BERPADA-PADA Jika hidangan yang ada itu sedikit tetapi tetamunya ramai maka janganlah makan sehingga kenyang. Nabi Muhammad SAW melarang makan dengan banyak. Diriwayatkan oleh para sahabat berkata Rasulullah SAW: "Kita sebagai kaum Muslimin adalah kaum yang hanya akan makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang." Walau bagaimanapun menurut Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah, hadis ini sanadnya dhaif tetapi maksudnya benar. 8


LARANGAN MENCELA MAKANAN “Tidak sekali-kali akan Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, Baginda tidak makan.” (HR Bukhari dan Muslim) KUTIP MAKANAN YANG TERJATUH Jangan disiakan sebutir nasi atau makanan pun yang masih elok, kerana makanan adalah nikmat Allah yang patut dimuliakan kerana ia juga turut berzikir kepada Allah SWT. Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah SAW: "Apabila jatuh akan sebahagian kecil makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada bahagian makanannya mana terdapat keberkatan.” (HR Muslim) MENJILAT JARI SESUDAH MAKAN Licinkanlah pinggan kalian dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan. Selepas itu jilatlah sisa makanan yang masih melekat pada jari-jari. Saintis telah menemukan akan enzim (bahan percerna makanan yang menghadamkan makanan) banyak terkandung di celah jari-jari, sebanyak 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat dahulu atau dijilatkan oleh orang lain.” (HR Bukhari dan Muslim) TIDAK BERSANDAR KETIKA MAKAN “Menurut Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar.” (HR Bukhari) 9


PEMAKAIAN


Umat Islam dituntut untuk sering menjaga kebersihan pakaiannya. Walaupun pakaian yang dipakai murah dan sudah lama namun ia tetap akan disukai selagi pakaian tersebut dalam keadaan bersih dan suci dari najis kerana jenama dan harga tidak menjamin kebersihan pakaian. Dalam Surah AlMuddathir ayat 1 hingga 4 menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berdakwah diiringi bersama perintah membersihkan pakaian Rasulullah SAW: Maksud: Wahai orang yang berselimut. Bangun dan berilah peringatan kepada manusia. Maka besarkanlah Tuhanmu. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Pakaian Bersih PEMAKAIAN 11


P a k aia n R a s ululla h S A W tid a k h a n y a t e r h a d k e p a d a p a k aia n y a n g dip a k ai ole h m a s y a r a k a t A r a b s e m a t a - m a t a. B a gin d a S A W p e r n a h diriw a y a t k a n m e n g e n a k a n p a k aia n o r a n g R o m e d a n Y a m a Fleksibel Yang Pakaian. Sahih Hasan darjatnya ini hadis, Isa Abu Kata. lengannya kain ketat yang Rumawi jubah mengenakan SAW Nabi bahawa ayahnya daripada, bah’Syu bin Mughirah-Al bin Urwah daripada bi’Sya-As daripada, Ishaq Abi bin Yunus kami kepada menceritakan telah, katanya’, Waqi kami kepada menceritakan telah, Isa bin Yusof Daripadaَ. صِحيٌح اْل ُكَّمْيِن . َقاَل َأُبو ِعيَسى َهَذا َحِديٌث َحَسٌن هللا عليه وسلم َلِبَس ُجَّب ًة ُروِمَّيًة َضِّيَق َة ْبِن اْلُمِغيَرِة ْبِن ُشْعَب َة، َعْن َأِبيِه، َأَّن الَّنِبَّي صىل ُيوُنُس ْبُن َأِبي ِإْس َحاَق، َعِن الَّشْعِبِّي، َعْن ُعْرَوَة َحَّدَثَنا ُيوُسُف ْبُن ِعيَسى، َحَّدَثَنا َوِكيٌع، َحَّدَثَنا .sahih yang dalil kepada perlu istimewa yang tertentu fadhilat mempunyai tersebut pakaian bahawa keyakinan dengan tertentu pakaian bentuk atau fesyen Menetapkan. n 1 2


S e rin g k ali d a p a t kit a lih a t b a h a w a r a m Fleksibel Yang Warna. itu warna dengan kamu jenazah lah kafankan dan, pakaian untuk warna baik-sebaik adalah ia kerana, kamu pakaian sebagai putih yang pakaian Pakailah, “bersabda telah SAW Rasulullah, katanya Abbas Ibnu daripada, Jubair binj id’Sa daripada, Uthman bin Abdullah kami kepada menceritakan telah katanya, Zuhair kami kepada menceritakan telah, katanya, Yunus bin Ahmad kami kepada menceritakan Telahَ. أْك َحاِل ُكُم اِإلْثِمُد َيْجُلو اْلَبَص َر َوُيْنِبُت الَّشْع َر “ َخْيُر ِثَياِب ُكْم َوَكِّفُنوا ِفيَها َمْوَتاُكْم َوِإَّن َخْيَر عليه وسلم ” اْلَبُسوا ِمْن ِثَياِب ُكُم اْلَبَياَض َف ِإَّنَها َعِن اْبِن َعَّباٍس، َقاَل َقاَل َرُسوُل ِهَّللا صىل هللا ِهَّللا ْبُن ُعْثَماَن ْبِن ُخَثْيٍم، َعْن َسِعيِد ْبِن ُجَبْي ٍر، َحَّدَثَنا َأْحَمُد ْبُن ُيوُنَس، َحَّدَثَنا ُزَهْيٌر، َحَّدَثَنا َعْبُد :riwayat satu dalam Baginda Sabda. SAW Rasulullah disukai yang warna menjadi putih warna, Namun. sahaja warna satu kepada terhad hanya bukan SAW Rasulullah oleh digunakan sering yang Warna. selendang dan serban untuk warna pelagai mengenakan yang Muslim ai 1 3


Rasulullah SAW memakai pakaian yang juga berasal daripada pakaian tradisional masyarakat Arab. Terdapat hadis Hasan daripada al-Mughirah bin Syukbah r.a.; "Rasulullah SAW memakai jubah Rumiah iaitu jubah dari Syam atau Syria." (Riwayat Imam Tirmizi). Jubah tersebut dinamakan sebagai jubah Rumiah oleh kerana pada waktu itu Syam sedang dibawah pemerintahan Empayar Rom. Ibnu Majjah meriwayatkan hadis daripada Ubadah bin Samit r.a. "Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah berkunjung kepada kami sedang Baginda SAW memakai jubah yang diperbuat daripada bulu dan sempit di kedua lengannya." Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, daripda Ummu Salamah, berkata; "Pakaian yang amat dikasihi dan digemari oleh Rasulullah SAW ialah gamis iaitu baju yang panjang." Menurut hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang diriwayatkan oleh Ibu Asakir; "Rasulullah SAW sering memakai baju panjang atau gamis labuh hingga ke mata kaki dan tidak melebihinya." JUBAH DAN GAMIS PEMAKAIAN 1 4


SELUAR DAN KAIN SARUNG Dalam Nilul Authar oleh alSyaukani, riwayat Ahmad dari Abi Umamah, berkata; "Ya Rasulullah, ahli-ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) memakai celana panjang dan tiada memakai kain sarung." Lalu Rasulullah SAW pun bersabda; "Kamu pakailah celana dan kain sarung, berbezalah dengan Ahli Kitab." Rasullah SAW sering memakai kain sarung yang bahagian dalamnya dipakaikan lagi seluar. Kadangkala Baginda juga memakai seluar sahaja tanpa memakai kain sarung bersama jubah atau gamis ketika tiada kain sarung. Menurut hadis riwayat al-Nasai dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda; "Barang siapa yang tidak mempunyai kain, hendaklah ia memakai seluar." Seluar yang dipakai Baginda merujuk kepada pakaian yang dipakai di bahagian dalam jubah atau gamis. Kelabuhan pakaian yang dipakai oleh Rasulullah SAW adalah seperti yang disebut dalam beberapa hadis berikut: Menurut Abu Daud, dari Ibnu Umar r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memanjangkan seluar, sarung, baju kurung dan serban kerana kesombongan, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat kelak." Dari Abu Said al-Khudri r.a., diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud dan Al-Nasai, Rasulullah SAW bersabda; "Kain sarung Muslim hanya sampai di tengah betis dan tidaklah mengapa antaranya dan antara dua mata kaki, dan apa-apa yang di bawah kedua mata kaki, maka ia dalam Neraka." Menurut hadis-hadis tersebut bahawa kita tidak dibolehkan memakai pakaian labuh sehingga bahagian hujung bawah pakaian tersebut menyapu tanah, terutama sekali jika disebabkan bangga diri dan sombong. Oleh itu, Rasulullah SAW mengancamnya dengan azab dan seksaan Neraka. HAD LABUH PAKAIAN MENGIKUT SUNNAH 1 5


RIADAH


Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik kepada sahabatnya dalam urusan ibadah dan urusan kehidupan seharian. Sebagai contoh, Baginda menyertai seorang sahabat yang bermain anak panah sebagai hobi. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu belajar memanah kerana ia adalah sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar dan Thabarani). Diriwayatkan oleh Imam Bukhari: "Nabi SAW melewati tempat sahabatnya sedang memanah. Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Nabi Ismail datuk kamu ialah seorang pemanah." Lalu memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (sekumpulan pemanah)." Kemudian kumpulan lain berhenti memanah?" Jawab sahabat: "Bagaimana hendak kami mahu memanah kamu bersama kami." Nabi SAW menjawab: "Memanahlah, aku turut bersama kamu semua." ( Hadis riwayat Bukhari) sukan & RIADAH MEMANAH 1 7


Sabda Rasulullah SAW, “Ajarilah anak-anak kamu akan berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah SAW, “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara iaitu seorang lelaki berjalan di antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang melatih kudanya; Seorang bermain-main dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani) sukan & RIADAH BERENANG Rasulullah SAW pernah mengadakan lumba kuda dan menganugerahkan hadiah kepada para pemenang." (Riwayat Ahmad). "Demi Allah! Rasulullah SAW pernah bertaruh suatu kuda yang disebut kuda pacuan (sabhah), Baginda sangat tangkas dalam hal itu dan dapat mengalahkan yang lain. Maksud dari taruhan ialah suatu upah atau hadiah yang bukan sahaja dari orang-orang yang menunggang tetapi termasuk dari orang-orang lain juga. (Riwayat Ahmad) BERKUDA 1 8


TIDUR


BERBARING PADA SISI KANAN Kita dianjurkan mengiring ke sebelah kanan mempunyai banyak manfaatnya dari segi sains dan kesihatan manusia seperti mengurangkan tekanan jantung, meningkatkan waktu penyerapan zat makanan, dan sebagainya. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, “Berbaringlah di atas rusuk kananmu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). MENGIBAS TEMPAT TIDUR Kita digalakkan untuk mengibas tempat tidur supaya dapat mengelakkan sebarang perkara yang memudaratkan tidak berlaku kepada diri sendiri seperti serangga, haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular dan seumpamanya. Riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: َفُه ُه اَل َيْعَلُم َما َخَل َّن ِإ ُيَسِّم َهللا، َف َيْنُفْض ِبَها ِف َراَشُه، َوْل ِرِه، َف ْل ِإَزا ُخْذ َداِخَل َة ْأ َي َحُدُكْم ِإىَل ِف َراِشِه، َف ْل َوى َأ َأ ِإَذا ي ِبَك ِّب َيُقْل : ُسْب َحاَنَك اللُهَّم َر َيْضَطِجْع َعىَل ِشِّقِه ا َأْلْيَمِن، َوْل ْن َيْضَطِجَع، َف ْل َراَد َأ َأ ِإَذا َبْعَدُه َعىَل ِف َراِشِه، َف اْحَفْظَها ِبَما َتْحَفُظ ِبِه ِعَباَدَك َتَها َف ْرَسْل َها، َوِإْن َأ اْغِفْر َل ْمَسْكَت َنْفِسي، َف ِإْن َأ ْرَفُعُه، َوَضْعُت َجْنِبي، َوِبَك َأ الَّصاِلِحيَن Maksudnya: “Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya. Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hamba Mu yang soleh.” – (Hadis Riwayat Muslim, 2714) AMALAN SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR 2 0


BACA DOA SEBELUM TIDUR Tidak dikhususkan membaca doa sebelum tidur untuk memperoleh tidur yang lena tanpa sebarang bentuk gangguan baik dari manusia atau makhluk ghaib. Hudzaifah berkata, "Apabila Nabi SAW mahu tidur, beliau mengucapkan: Bismika allahumma ahya wa amuutu (Dengan namaMu, Ya Allah aku aku hidup dan aku mati). Apabila bangun dari tidur, beliau ucap, "Alhamdulillahilladzii ahyaana ba'da maa amatana waillahi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kembali)." (Hadis Riwayat Bukhari) 2 1 BACA 3 QUL Berdasarkan hadis Nabi SAW, Aisyah r.a: َوى ِإىَل ِف َراِشِه ُكَّل َأ َّن الَّنِبَّي صىلهللاعليه وسلم َكاَن ِإَذا َأ ِفيِهَما } ُقْل ُهَوُهَّللا َأ ٍة َجَمَع َكَّفْيِه ُثَّم َنَفَث ِفيِهَما َفَق َر ْيَل َل ُعوُذ ِب َرِّب الَّناِس{ ُثَّم َفَلِق{ َو} ُقْل َأ ْل ُعوُذ ِب َرِّب ا َحٌد{ َو} ُقْل َأ َأ ِسِه ْأ ِبِهَما َعىَل َر َيْمَسُح ِبِهَما َما اْسَتَطاَع ِمْن َجَسِدِه َيْبَدُأ َّراٍت َالَث َم َبَل ِمْن َجَسِدِه َيْفَعُل َذِلَك َث ْق َأ َوَوْجِهِه َوَما Maksudnya: Adalah jika Nabi SAW ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu menghembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah al-Ikhlas, al-Falaq serta al-Naas lalu Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke bahagian badan yang boleh dicapai yang dimulai pada bahagian kepala. Muka dan bahagian depan badan, Baginda lakukannya sebanyak 3 kali." (Hadis Riwayat al-Bukhari,5017) MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH Daripada Abu Huraira RA bahawa Nabi SAW bersabda: ٍة َكَفَتاُه ْيَل َبَق َرِة ِفي َل ْل ِباآْلَيَتْيِن ِمْن آِخ ِر ُسوَرِة ا َأ َر َمْن َق Maksudnya: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 5009)


PERTUTURAN


KONSEP PERTUTURAN MENURUT ISLAM Dalam hubungan ini Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Dan apa yang dibawa olehnya (Rasulullah) kepada kamu maka hendaklah kamu terima. Dan yang ditegah olehnya hendaklah kamu tinggalkan. ” PERTUTURAN Perkataan sunnah digunakan dengan membawa pelbagai erti. Di antaranya memberi erti adat yang terpakai dan amalan. Dari segi bahasa sunnah adalah jalan, amalan, atau cara hidup. Pada peringkat awal perkataan sunnah tidak terbatas penggunaannya. Hanya pada abad ke 2 Hijrah penggunaannya mula terbatas kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Ulama telah membataskan perkataan sunnah sebagai satu istilah yang merujuk kepada Rasulullah s.a.w. Menurut ulama ahli usul sunnah adalah tiap-tiap perkara yang datangnya dari Rasulullah s.a.w. meliputi perkataan, atau perbuatan atau pengakuan baginda. Menurut ulama hadis sunnah adalah setiap perkara yang dapat dikesan atau yang keluar dari Rasulullah s.a.w. meliputi perkataan, perbuatan, persetujuan, akhlak, sifat kejadian dan sirah perjalanan baginda sebelum atau sesudah menjadi rasul. 2 3


Cara beliau bertutur kata sangatlah beradab bahasanya tersusun indah dan mudah difahami. Setiap pertuturan Rasulullah SAW mengandungi kebenaran. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SaW bersabda, “Aku diutus dengan Jawami’ alKalim (ucapan singkat tetapi sarat makna)... (HR. Bukhari, kitab at-Ta’bir) Beliau banyak mendiam diri berbanding berkatakata tanpa ada faedahnya. Memulai dan menutup tutur kata dengan ungkapan yang fasih. Beliau bertutur kata dengan ungkapan yang singkat tetapi luas maknanya (jawami’ al-Kalim). Bertutur kata dengan perinci, tidak lebih dan tidak kurang. (Zadul Ma’ad hlm.101) CARA RASULULLAH SAW BERTUTUR KATA Tidak Berbicara Kecuali yang Bermanfaat Mengulangi Ucapan Tiga Kali Anas bin Malik ra meriwayatkan dari Rasulullah SAW, “Bahawanya apabila mengucapkan salam, baginda mengucapkannya tiga kali dan apabila berbicara, akan baginda mengulanginya tiga kali.” (HR. Bukhari, Kitab Ilmu) Ibnu Qayim ra berkata, “Sering kali baginda sengaja mengulangi perkataannya dengan tujuan boleh difahami. Apabila memberi salam, baginda mengucapkan sebanyak tiga.” (Zadul Ma’ad, hlm.101) 2 4 Urwah bin az-Zubair ra meriwayatkan bahwa nya ‘Aisyah berkata, “Tidakkah kamu hairan dengan Abu Hurairah ra yang datang lalu duduk di samping kamarku menyampaikan suatu hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW. Ia bermaksud dengarlah pertuturan daripadaku, padahal ketika itu aku sedang bertasbih (berzikir). Lalu, ia pergi sebelum aku menyelesaikan zikirku.” Tidak Berlebihan dalam Bertutur Kata Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” (HR. Bukhari no. 6018) Ia membuktikan perkataan baik (boleh jadi) tergolong dalam perkataan yang wajib atau sunnah untuk dilafazkan. Kerana perkataan itu boleh diucapkan sesuai dengan kandungannya.


PERUBATAN


PERUBATAN Penulisan ini memaparkan beberapa contoh rawatan amalan mereka dan disusuli dengan perbahasan pelbagai pihak mengenainya terutamanya Muhaddithun, pengkritik hadis dan pakar rawatan. Berdasarkan pelbagai riwayat hadith, baginda s.a.w. dan para sahabat telah menggunakan pelbagai kaedah rawatan merawat diri atau pesakit berdasarkan keperluan semasa dan kemudahan tempatan. Muslim harus percaya bahawa sakit bertujuan menghapuskan sebahagian dosa yang dilakukan sebagaimana dimaklumkan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: KAEDAH PERUBATAN NABI Penghapusan dosa ini merupakan manfaat kurniaan Allah s.w.t kepada para hambanya yang ditimpa musibah sakit. "Tiada satu gangguan yang menimpa seseorang Muslim, sakit dan sebagainya, kecuali Allah gugurkan kesalahannya seperti pokok gugurkan daunnya‟ (Al-Bukhārī, 2002:1431. Hadis no: 5324). Kaedah Rawatan Menggunakan AlQuran Kaedah Rawatan Menggunakan Pelbagai Doa Kaedah Rawatan Menggunakan Pelbagai Bahan 2 6


Ketiga KAEDAH RAWATAN MENGGUNAKAN PELBAGAI BAHAN Antara bahan-bahan rawatan ialah air, buahbuahan, herba, makanan, minuman, haiwan dan lain-lain perkara berkaitan. Air yang dimaksudkan ialah air biasa untuk menyejukkan pesakit yang mengalami demam (Al-Bukhārī, 2002:1450) Kedua KAEDAH RAWATAN MENGGUNAKAN PELBAGAI DOA Bacaan doa sahaja seperti ruqyah Jibril (Muslim, 2000:970. Hadis no: 5700) dan doa baginda s.a.w. terhadap Saad bin Abi Waqqas r.a iaitu "Ya Allah sembuhkanlah Saad‟ semasa melakukan lawatan terhadap pesakit (Al-Bukhārī, 2002:1439. Hadis no: 5335). Terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bacaan doa yang disertai dengan sentuhan ke atas anggota badan pesakit tertentu Sumber: Google Sumber: Google Sumber: Google Pertama KAEDAH RAWATAN MENGGUNAKAN AL-QURAN Kaedah ini melibatkan bacaan surah atau ayat tertentu sahaja, bacaan surah yang disertai dengan hembusan, ludahan liur atau hembusan dan sentuhan atau bacaan alquran yang disertai dengan penggunaan bahan tertentu seperti garam. Bacaan surah tertentu atau ayat tertentu sahaja seperti rawatan seorang sahabat terhadap mangsa yang terkena sengatan atau patukan dengan bacaan surah al-Fatihah sahaja 2 7


Antara tujuan penubuhan Darussyifa adalah untuk menawarkan perkhidmatan perubatan berlandaskan al-Quran dan asSunnah kepada masyarakat dengan memerangi khurafat dan amalan bomoh serta menjadikan khidmat sosial ini sebagai wasilah dan dakwah bekas. Darussyifa membaca ruqyah al-quran dan doa mathurat. Keistimewaan ini juga merangkumi pengambilan dan penggunaan pelbagai bahan penawar seperti mineral, buah-buahan, tumbuhan herba, haiwan dan lain-lain, seperti tambahan tiga kali ganda air penawar, tiga batang serai wangi untuk merawat kencing manis. KAEDAH RAWATAN PERSATUAN PERUBATAN DAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFAA`) Mengenai pelbagai kaedah penyembuhan semasa zaman nabi yang disebutkan di atas, Darussyifa menggunakan pelbagai kaedah dalam amalan perubatan. Ayatayat Al-Quran yang berbeza digunakan bergantung kepada jenis penyakit luaran dan dalaman. Al-Fatihah adalah ruqyah utama untuk segala penyakit dan masalah kesihatan Kesemua contoh ini hanyalah satu kenyataan bahawa Darussyifa menghargai khazanah ubat-ubatan tempatan dalam memberikan perkhidmatan perubatan kepada masyarakat serta menyumbang kepada kefahaman tentang pengertian dan kepentingan penggunaan bahan-bahan penawar mengikut sunnah tanpa mengabaikan penggunaan sebahagian bahan penyembuhan mengikut pelbagai sumber sejarah hadis 2 8 Sumber: Google


BERBEKAM Kaedah rawatan penyakit yang diamalkan dan disyorkan oleh Rasulullah SAW. Al-hijamah (bekam) dari segi bahasa berasal daripada perkataan hajama bermaksud menyedut. Bekam cara lama, alat-alat yang digunakan seperti pisau, tanduk atau cawan bekam dan api untuk membuat hampa udara di dalam cawan bekam. Bekam cara baru, alat-alat yang digunakan ialah pisau atau jarum, cawan bekam dan penyedut udara. Bekam merupakan perubatan yang dipraktikkan sejak dahulu oleh masyarakat kuno seperti Asia Timur, China, India dan lain-lain. Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud - II/732, karya Imam al-Albani) Titik-titik bekam mengikut Rasulullah SAW seperti di kawasan puncak kepala, dibahagian depan kepala, berdekatan ubun-ubun, leher bahagian belakang, tulang kepala bahagian belakang, sebelah kanan dan kiri urat leher, benjolan di tengah-tengah antara dua bahu dan pangkal paha. َقاَل: اْحَتَجَم َرُسوُل ِهَّللا َف ْلَحجاِم، نس بن مالك له عن كتب ا اَل: ُسُبَل َأ َعْن ُحَمْيٍد َق َوَضُعوا َعْنُه ِمْن َخَراِجِه، َف ْهَلُه، َمَر َلُه ِبَصاَعْيِن ِمْن َطَعاٍم، َو َكَّلَم َأ حجمه أبو َطِّيَب َة َف َأ وقال: إن أفضل ما لنا وشم به الحجامة، أو إن من أمثل قواتكم الحجامة Maksudnya: Diriwayatkan daripada Humaid, beliau menceritakan Telah ditanya Anas bin Malik ra tentang pendapatan tukang bekam, lalu beliau berkata: "Rasulullah SAW telah berbekam laitu Baginda dibekam oleh Abu Thaibah. Kemudian (selesal Baginda dibekam) Baginda memerintahkan agar diberikan kepada Abu Thaibah dua gantang makanan, Baginda telah bercakap dengan ahli keluarga (yang memilikinya agar mereka mengurangkan sebahagian daripada cukat yang mereka kenakan ke atasnya) lalu mereka mengurangkan sebahagian daripada 2 9 Sumber: Google Sumber: Google


PENAMPILAN


Pembayang mata tidak terhad kepada lelaki atau wanita kerana merupakan sunnah Rasulullah SAW. Antara hadis yang dipetik untuk mambuktikan kenyataan ini adalah daripada Ibn Abbas RA. Pemakaian pembayang mata setiap malam sebelum tidur oleh Rasulullah SAW telah dinyatakan. Nabi menyapu 3 kali pada setiap mata. ُح َلة َم ُم ْك َّل ْيِه َوَس ا َنْت ِلَرُسوِل ِهللا َصىَّل ُهللا َع َل َك Maksudnya: “ Rasulullah dahulu mempunyai kohl yang digunakan sebelum tidurnya, hanya 3 kali pada setiap matanya,” (HR Ahmad) ًر ْت َيْسَتْجِمْر ِو ا اْسَتْجَمَر َف ْل َذ ًرا َوِإ ْت َي ْكَتِحْل ِو َحُد ُكْم َف ْل ا اْكَتَحَل َأ َذ ِإ Maksudnya: “ Hendaklah seharusnya mengunakan bilangan ganjil bagi sesiapa yang bercelak, “ (HR Abu Dawud) Antara amalan yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya adalah sunnah memakai kohl atau celak pada kedua-dua belah mata. Sunnah mengenakan kohl adalah dari itsmid telah disebutkan oleh Rasulullah SAW. Itsmid ialah sejenis batu yang digunakan untuk berkohl. Hal ini kerana itsmid dikira mampu dalam membantu mata lebih cerah selain dapat melebatkan bulu mata. Beberapa ulama meyakini bahwa penggunaan celak dapat memberikan keindahan pada mata, meningkatkan pesona wajah, dan memberikan efek positif pada penampilan seseorang 3 1


Sutrah adalah pembatas solat yang boleh dijadikan sebagai penghalang atau penghadang untuk mengelakkan seseorang melintas di kawasan sujud kita semasa waktu solat. Antara sutrah yang boleh digunakan oleh kita pada zaman sekarang adalah seperti kerusi, tembok, tiang, dinding atau orang. Sabda Nabi SAW: َيْدُن ِمْنَها اَل َحُد ُكْم ِإىَل ُسْتَرٍة َف ْل ا َصىَّل َأ َذ ِإ ْيِه َصاَل َتُه َيْقَطْع الَّشْيَطاُن َع َل "Jika sesorang dari kalian yang melakukan solat menghadap sutrah ini, hendaklah seseorang menghampiri kepadanya, jangan biarkan syaitan membatalkan solatnya." (Sahih. Riwayat Abu Dawud) Tempat sujud dan panjang jarak ukuran sutrah ibarat seukuran laluan seekor kambing. Sutrah bukan diukur dari lebarnya tetapi diukur melalui ketinggian untuk memastikan supaya orang sekeliling menyedari kewujudan orang yang sedang solat. Hal ini kerana untuk menjaga kehormatan orang yang sedang beribadah terhadap Allah SWT. Selain itu, sutrah juga memastikan tempat sesorang solat tidak diganggu orang lain. ْيِه، ا َع َل ي َما َذ ِّل ْلُمَص ا ِي ْلَماُّر َبْيَن َيَد ْو َيْع َلُم ا َل ْن َيُمَّر َلُه ِمْن َأ ْر َبِعْيَن َخْيًرا ْن َيِقَف َأ اَن َأ َل َك َبْيَن َيَدْيِه "Seandainya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat mengetahui besarnya dosa yang akan ditanggung, maka ia akan memilih untuk berhenti selama 40 itu lebih baik dari lalu di hadapan orang yang solat." (Riwayat Bukhari & Muslim) Maksud 40 itu tidak dijelaskan didalam hadis dan perawi hadis jugak tidak mengetahui yang dimaksudkan sama ada 40 hari, 40 bulan, atau 40 tahun. Ada dalam musnad Al-Bazzar yang mengatakan 40 tahun. Selain itu. Di dalam Nailul Authar oleh Imam Al-Syaukani mengetengahkan akan 40 itu menunjukkan betapa besarnya dosa. 3 2


Pelbagai macam cara menjaga kebersihan dan penampilan. Memakai wangi-wangian adalah salah satu cara yang diajarkan Nabi Muhammad SAW bagi lelaki dan juga wanita. Ajaran Islam menyarankan lelaki memakai wangian yang harum semerbak dan tidak berwarna. Wanita pula dilarang memakai minyak wangi yang berbau kuat ketika keluar rumah seperti ke masjid tetapi dibenarkan keluar ke rumah dengan bau minyak wangi yang kuat apabila bersama suaminya walau dalam apa jua keadaan. Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW sangat menggalakkan umat Islam memakai wangian. Bukan sahaja penggunaan minyak wangi, malahan bau yang melekap di tubuhnya kerana kebersihan luarannya. Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Aku tidak pernah mencium sesuatu yang berbau wangi, minyak wangi, atau apa apa selain haruman aroma Rasulullah SAW.” (HR Muslim) Penggunaan minyak wangi sangat penting dalam kehidupan seharian Nabi Muhammad SAW. Kerana dia sentiasa ingin kelihatan bersih dan wangi. Bahkan, Nabi Muhammad SAW tidak menolak sesiapa yang memberinya minyak wangi. "Nabi SAW tidak akan menolak minyak wangi." (Al-Bukhari) M I NYA K WAN G I 3 3


Campuran tumbuhan tradisional yang terkenal seperti gaharu, cendana dan terutamanya minyak-minyak di panggil Bukhoor yang berasal daripada perkataan Arab. Selain kayu gaharu, kulit kayu juga boleh digunakan sebagai bahan bakar, seperti kulit kayu manis, buah pala kayu agar, bunga cengkih, serta bunga lawang yang menghasilkan asap yang harum dan menambahkan keharuman pada rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan kediaman rumah dengan haruman bukhoor adalah salah satu cara untuk menyambut tetamu. Menurut sunnah, selain sebagai haruman di ruangan rumah, baginda SAW dan para sahabat juga membakar bukhoor semasa berdzikir, membaca al-Quran, serta majlis-majlis ilmu. Hadis Muslim meriwayatkan: " Ibnu Umar membakar wangian ini dengan haruman yang tiada campuran serta bersama kafur (tumbuhan) yang dicampur kemenyan, kemudian beliau berkata: "Seperti inilah Rasulullah saw beristijmar iaitu membakar wangian." Oleh itu, hukum memasang kemenyan atau bukhoor adalah harus selain mewangikan ruangan serta menghidupkan sunnah. BUKHOOR Fadhilat Amalan wangian ini dikaitkan dengan kehidupan moden masa kini seperti lemon, lavendar serta pudina iaitu pati minyak wangi yang dihasilkan berfungsi sebagai penenang dan penawar penyakit. Antara fadhilatnya adalah menghilangkan stress dan terapi kepada badan dan otak seseorang serta tidak mengeluarkan asap yang tebal daripada bukhoor. 3 4


Ali (r.a) meriwayatkan: "Rasulullah SAW memakai cincin disebelah kanannya." Pemakaian cincin yang dipakai di kedua-dua belah tangan di kanan dan kiri dinyatakan di dalam hadis. Tetapi terdapat dikalangan ulama telah mengutamakan hadis tentang penyataan pemakaian cincin di sebelah kanan. Umat Islam dari golongan lelaki dan wanita amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW dalam pemakaian cincin dalam kehidupan seharian. Rasulullah SAW tidak memakai lebih daripada 2 bentuk cincin atau hanya satu bentuk cincin yang dipakai sahaja. Dan jika diniatkan pemakaian cincin itu mengikut sunnah Rasulullah SAW, maka sudah tentu pahala menanti kita. Cara Memakai Cincin Dalam pemakaian cincin ini terdapat para ulama' yang berselisih pendapat yang mana lebih utama. Harus memakai cincin pada mana-mana tangan telah mendapat ijmak para ulama'. Maka dibolehkan untuk kita memakai cincin di tangan kanan dan kiri. Menurut Imam an-Nawawi: "Telah ijmak para ulama' bahawa harus memakai cincin sama ada di tangan kanan atau kiri. Tidaklah makruh walau di sebelah mana kita memakainya." (Sahih Muslim) Dalam banyak-banyak hadis, terdapat hadis yang menceritakan Nabi memakai cincin di belah kanannya dan ada juga hadis menyatakan baginda memakai di tangan kiri. Rasulullah SAW juga memakai cincin di jari manis dan di kelingking tangan kiri Baginda SAW. Anas bin Malek menceritaka: "Adalah Nabi SAW nemakai cincin dijarinya ini (Ditunjuk oleh Anas jari kelingking di tangan krinya)." (Riwayat Imam Muslim) CINCIN 3 5


BIBLIOGRAFI Besar, N (2012) Sunnah-sunnah Rasulullah sebelum tidur http://manbaeiluloom.blogspot.com/2012/09/sunnah-sunnah-rasulullah-sebelum-tidur.html?m=1 Ghazali, N. (2019, June 12). Kenali Pakaian Yang Disukai Rasulullah SAW. https://www.sinarharian.com.my/article/32098/sinar-islam/kenali-pakaian-yang-disukairasulullah-saw. Harbani, R. I. (n.d.). Sunnah Memakai Celak atau Eyeliner, Benarkah Dicontohkan Rasulullah SAW? https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5793856/sunnah-memakai-celak-ataueyeliner-benarkah-dicontohkan-rasulullah-saw Hiburan.my. (2013, Disember 23). Riadah Sukan Cara Rasulullah SAW. https://www.hiburan.my/riadah-sukan-cara-rasulullah-saw/ Hussin, F. F. (2022, Mei 30). Bukhoor: Wangian sunnah terapi ketenangan. Sinar Islam Plus. https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/berita-semasa/bukhoor-wangian-sunnahterapi-ketenangan/ Juhari, N (2022, Ogos 16) 6 Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur https://akumuslim.asia/amalan-rasulullah-saw-sebelum-tidur/ My Sunnah (2018, October 5). Apakah Sunnah Nabi saw Dalam Berpakaian? My Sunnah. https://mysunnah.home.blog/2018/10/05/apakah-sunnah-nabi-saw-dalam-berpakaian/ Noor, U. M. M. (2017, February 27). AL-KAFI #556: HUKUM MELETAKKAN SUTRAH DI DALAM SOLAT. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-lial-fatawi/981-al-kafi-556-hukum-meletakkan-sutrah-di-dalam-solat 3 6


BIBLIOGRAFI Saiman, M. Z. (2020, March 16). Islam dan pemakaian. Islam Dan Pemakaian. https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/16/islam-dan-pemakaian/. Sasongko, A. (2017 Dec 17). Cara Rasulullah SAW Bertutur Kata. https://khazanah.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-nusantara/17/12/01/p08cgv313- cara-rasulullah-saw-bertutur-kata Shafiqolbu. (2011, Julai 21). Adab Makan Menurut Islam / Rasulullah SAW. https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/21/adab-makan-menurut-islam-rasulullah-saw/ Shafiqolbu (2015, Januari 18). Pemakaian Cincin Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW. https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/19/pemakaian-cincin-mengikut-sunnah-nabimuhammad 3 7


INDEX S Sunnah 1, 2, 23, 28, 34 Sukurrajah 6 Sutrah 32 B Baginda 1, 2, 6, 7, 8, 12, 14, 15, 17, 18, 21, 23, 26, 27, 34, 35 Bekam 29 Berjamaah 6 Bukhoor 34 A Amalan 1, 2, 23, 31, 34 Air zamzam 4 C Campuran 34 Cincin 35 K Kohl 31 Kafur 34 W Wangian 33, 34 F Fadhilat 34 H Hadis 1, 2, 6, 12, 14, 15, 17, 20, 21, 23, 26, 27, 28, 31, 32, 34, 35 3 8


Click to View FlipBook Version