JAMAK & QASAR
MOHD HASRUL YUSHAIRI BIN JOHARI | MUHAMMAD ARIF BIN ARSAD |
SUFI ZULAIKHA BINTI MUHAMAD NOR | AMIRA ZAFIRAH BINTI ZULKIFLI |
MUHAMMAD ALIF BIN AZMI | NATASYA BINTI MOHD LAZI
Asas Panduan Solat Musafir: Jamak & Qasar
Cetakan Pertama 2022
Hak Cipta Terpelihara © 2022. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan denga napa cara
sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Penerbit FPHP Tourism Press, Universiti Teknologi MARA,
Kampus Bandaraya Melaka, 75300 Melaka, Malaysia.
© 2022 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in
any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any
information storage and retrieval system without permission in writing of the publisher FPHP
Tourism Press, Universiti Teknologi MARA, Melaka City Campus, 75300 Melaka, Malaysia.
Diterbitkan oleh/Published in Malaysia
FPHP Tourism Press
Faculty Hotel & Tourism Management
Universiti Teknologi MARA
Kampus Bandaraya Melaka
75300 Melaka
E-mel: [email protected]
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Mohd Hasrul Yushairi Johari, 1975-
ASAS PANDUAN SOLAT MUSAFIR : JAMAK & QASAR / MOHD HASRUL YUSHAIRI BIN
JOHARI, MUHAMMAD ARIF BIN ARSAD, SUFI ZULAIKHA BINTI MUHAMAD NOR,
AMIRA ZAFIRAH BINTI ZULKIFLI, MUHAMMAD ALIF BIN AZMI, NATASHA BINTI
MOHD LAZI.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-25912-1-4
1. Prayer--Islam.
2. Islam--Prayers and devotions.
3. Muslim travelers--Prayers and devotions.
4. Electronic books.
I. Muhammad Arif Arsad, 1999-. II. Sufi Zulaikha Muhamad Nor, 1999-.
III. Amira Zafirah Zulkifli, 1998-. IV. Muhammad Alif Azmi, 1998-.
V. Natasha Mohd. Lazi, 1998-. VI. Judul.297.3822
Reka bentuk: Penerbit FPHP Tourism Press
Reka letak: Penerbit FPHP Tourism Press
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 1 CARA MENUNAIKAN
MUQADIMAH
SOLAT JAMAQ & 15 - 18
2 QASAR
HIMPUNAN SOALAN 19 - 31
RUJUKAN 32
(Sumber: Google)
DALIL-DALIL 3-5
KEHARUSAN SOLAT
JAMAK DAN QASAR
PERMULAAN 6
MUSAFIR
BERAKHIRNYA 7
MUSAFIR
DUA MARHALAH 8
9 - 12
JENIS-JENby NIixSon SOLABentley T
JAMAQ & QASAR
SYARAT-SYARAT SAH 13 - 14
JAMAK TAKHIR &
TAKDIM (Sumber: Google)
Tuntutan solat dalam kehidupan seseorang
Muslim adalah solat itu wajib dilaksanakan.
Perlaksanaan ibadat solat itu seharusnya dihayati
dengan sepenuh jiwa supaya mendapat khusyuk
dan redha Allah swt. Kemuncak kenikmatan solat
itu adalah apabila ibadat kita diterima oleh Allah
swt. InsyaAllah. Oleh yang demikian menjadi
kewajipan kita untuk bersama-sama mempelajari
dan memahami cara-cara yang telah diajar oleh
junjungan baginda Nabi Muhammad saw supaya
ibadat solat yang didirikan menjadi lebih
sempurna.
Bagi memenuhi sebahagian dari keperluan PENULIS
tututan yang di atas maka buku ini
menggarapkan beberapa pendekatan dan Mohd Hasrul Yushairi Bin Johari
perkongsian syarat-syarat penting yang Sufi Zulaikha Binti Muhamad Nor
membolehkan seseorang musafir melakukan
solat jamak dan qasar. Tata cara melaksanakannya Amira Zafirah Binti Zulkifli
dan beberapa persoalan berkaitan solat di dalam Muhammad Arif Bin Arsad
permusafiran dipersembahkan di dalam buku ini.
Muhammad Alif Bin Azmi
Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini Natasya Binti Mohd Lazi
memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.
26 Julai 2022
1
Musafir ertinya orang yang berjalan atau
mengembara, sama ada berjalan kaki
mahupun berkenderaan melalui daratan,
lautan mahupun udara
Buku ini membicarakan hukum-hukum,
jenis dan cara mendirikan solat musafir
yang mana Islam telah memberikan
kemudahan untuk melakukan solat
dengan kaedah qasar dan jamak dengan
syarat-syaratnya yang tersendiri
Sembahyang Qasar
Memendekkan solat yang 4 rakaat dijadikan
2 rakaat sahaja selagi seseorang itu ia masih
berada di dalam musafir dan belum
terputus atau berakhir musafirnya
Keharusan qasar dan juga jamak hanyalah
khusus untuk musafir yang bukan
bertujuan maksiat
2
Dalil Harus
Dalil Harus Jamak Taqdim
Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal:
Bahawasanya baginda Nabi S.A.W dalam peperangan
Tabuk apabila baginda hendak beragkat lepas Maghrib,
baginda segerakan solat 'Isya' lalu baginda solat 'Isya'
bersama Maghrib.
(Riwayat Al Tirmizi)
Dalil Harus Jamak Takhir
Di antaranya Hadith riwayat Anas bin Malik:
Anas berkata: "Baginda Rasullullah apabila hendak
berangkat sebelum gelincir matahari, beliau takhirkan
(kemudiankan) Zuhur kepada waktu Asar, kemudian beliau
turun berhenti menjamakkan keduanya (Zuhur dan Asar).
Maka jika matahari sudah gelincir sebelum berangkat,
baginda solat Zuhur dahulu, kemudian barulah baginda
menaiki kenderaan. (Riwayat Bukhori & Muslim)
3
DALIL-DALIL KEHARUSAN SOLAT QASAR
1 Al-Qur'an
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam surah An-
Nisa' ayat 101:
"Apabila kamu berjalan di muka bumi (musafir) kerana
berperang, berniaga atau lainnya, maka tidaklah
menjadi kesalahan ke atas kamu memendekkan solat
yang empat rakaat itu dijadikan dua sahaja, jika kamu
takut diserang oleh musuh yang kafir itu".
2 Hadith berberapa hadith yang mutawatir
Terdapat
menjelaskan bahawasanya baginda Rasulullah S.A.W
seringkali melakukan solat qasar dalam perjalanannya
seperti Haji, Umrah atau berperang, di antara lainnya
hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Umar.
"Aku telah bersahabat dengan Nabi S.A.W. Maka beliau
solat dalam masa musafir tidak melebihi dua rakaat,
demikian juga Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman".
4
DALIL-DALIL KEHARUSAN SOLAT QASAR
3 Seluruh para 'Ulama" Mujtahidin berpendapat bahawa orang
musafir adalah harus melakukan qasar solatnya.
Mengelakkan atau meringankan masyaqah
(kepayahan) yang kemungkinan dihadapi
oleh seseorang yang musafir itu.
Memudahkan Di antara hikmah Tidak
untuk melakukan qasar menyusahkannya
melaksanakan hak- dalam
hak Allah Taala melaksanakan
lantas tanggungjawab.
menggalakkan
perlaksanaan
fardu-fardu yang
diwajibkan ke
atasnya.
Mengurangkan alasan hendak
meninggalkan solat, kerana Allah Taala telah
memberikan rukhsah (kelonggaran) dan
kemudahan yang banyak kepadanya.
5
Sekiranya kampung itu mempunyai
kota, maka permulaan safarnya
(musafir) itu ialah setelah keluar dari
kotanya dari arah yang ditujuinya..
Bagi kampung yang tidak ada
sempadan yang ditentukan sebagai
pemisah, maka permulaan
musafirnya itu dikira setelah melintasi
akhir kawasan perumahan yang
didiami orang.
PERMULAAN Bagi kampung yang tidak
MUSAFIR mempunyai kota, maka permulaan
safarnya itu dikira setelah melintasi
sempadan yang memisahkan
qaryah itu dengan yang lain seperti
parit atau tembok atau jalan besar
yang dijadikan sempadan.
Dua perkampungan yang
berhampiran jika bersambung
menyambung tanpa pemisah,
hukumnya seperti satu qaryah
sahaja, maka perlulah melintasi
kedua-dua qaryah itu.
6
BERAKHIRNYA MUSAFIR
Musafir itu dikira akan berakhir dengan
salah satu daripada sebab-sebab berikut:
- Pertama
Dengan mulanya pulang daripada perjalanan
yang belum sampai dua marhalah ke tempat
permulaan musafirnya.
- Kedua
Dengan sampainya kembali daripada
perjalanan yang jauhnya kadar dua
marhalah atau lebih ke tempat yang
dikiranya permulaan musafirnya sama
ada kota atau lainnya.
- Ketiga
Dengan niat bermukim sekadar 4
hari 4 malam (selain hari masuk
dan hari keluar) atau niat
bermukim tanpa had waktunya
pada tempat yang ditujunya atau
satu-satu tempat dalam
perjalanan.
- Keempat
Dengan semata-mata berniat untuk
pulang walaupun belum lagi pulang.
- Kelima
Dengan semata-mata beriqamah
(bermukim)
7
(Sumber: Google)
Syarat bagi membolehkan solat qasar dilakukan ketika bermusafir
ada 11. Antara syarat itu ialah jarak perjalanan atau permusafiran
melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 82 kilometer.
DEFINISI Marhalah bermaksud perhentian rehat bagi satu perjalanan
seharian. Dua Marhalah ialah ukuran perjalanan yang
dibolehkan seseorang itu melaksanakan solat qasar dan jamak.
Maksud ukuran 2 marhalah pada masa kini ialah:
Manakala jika dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat
halaman 9991, marhalah bermaksud ukuran jarak yang lebih kurang 28
batu atau 45.06 km.
Adapun dua marhalah mengikut ukuran zaman sekarang adalah antara
85 km – 90 km atau bersamaan 56 batu.
(Sumber: Google) Ukuran 1 marhalah = 2 barid = 24 mil hasyimi (8
farsakh). 1 mil = 1000 depa. Satu depa = empat
hasta. Satu hasta = 46.656 cm. Ini bermakna satu
depa = 186.624 cm (46.656 x 4). Maka 1 mil = 6000
ribu hasta bersamaan 186.624cm (1866.24 meter
atau 1.866 km) atau 24 jari melintang. Oleh itu,
satu marhalah = 24 mil = 44789.76 meter atau
bersamaan 44.790 km. Maka dua marhalah = 89580
meter ( lebih kurang 89 atau 90 km).
8
JENIS-JENIS SOLAT JAMAK
DAN QASAR
JAMAK TAKDIM
1 - ZOHOR & ASAR
Menghimpunkan 2 solat Fardhu
dalam waktu pertama
Menghimpunkan solat Zohor dan
Asar dan menunaikannya dalam
waktu Zohor
Selepas salam solat pertama, sunat
iqamah dan kemudian dirikan solat
yang kedua
9
JENIS-JENIS SOLAT JAMAK
DAN QASAR
JAMAK TAKDIM
2 - MAGHRIB & ISYAK
Menghimpunkan 2 solat Fardhu
dalam waktu pertama
Solat Maghrib dilakukan seperti biasa,
3 rakaat.
Menghimpunkan solat Maghrib dan
Isyak dan menunaikannya dalam
waktu Maghrib
Selepas salam solat pertama, sunat
iqamah dan kemudian dirikan solat
yang kedua
10
JENIS-JENIS SOLAT JAMAK
DAN QASAR
JAMAK TAKHIR
3 - ZOHOR DIWAKTU ASAR
Menghimpunkan 2 solat Fardhu
dalam waktu pertama
Menghimpunkan solat Asar dan
Zohor dan menunaikannya dalam
waktu Asar
Selepas salam solat pertama, sunat
iqamah dan kemudian dirikan solat
yang kedua
11
JENIS-JENIS SOLAT JAMAK
DAN QASAR
JAMAK TAKHIR
4 - MAGHRIB DIWAKTU ISYAK
Menghimpunkan 2 solat Fardhu
dalam waktu pertama
Solat Maghrib dilakukan seperti biasa,
3 rakaat.
Menghimpunkan solat Isyak dan
Maghrib dan menunaikannya dalam
waktu Isyak.
Selepas salam solat pertama, sunat
iqamah dan kemudian dirikan solat
yang kedua.
12
SYARAT-SYARAT
Sah Jamak Taqdim
empat perkara
Pertama
Mesti didahulukan solat yang empunya
waktu (Zuhur dan Maghrib).
Kedua
Hendaklah diniat jamak dalam masa solat
yang empunya waktu.
Ketiga
Hendaklah muwalat, ertinya berturut-turut
antara dua solat itu.
Keempat
Hendaklah berkekalan musafirnya itu
daripada permulaan solat pertama
hingga sempurna takbiratu'l-ihram solat
yang keuda.
13
SYARAT-SYARAT
Sah Jamak Takhir
dua perkara
Kedua
Hendaklah berkekalan musafirnya itu hingga
sempurna solat yang kedua, dan jika jadi
bermukim ia sebelum sempurna solat yang
kedua, nescaya jadilah solat pertama itu qada
sama ada didahulukan Zuhur atau Asar, Maghrib
atau Isya.
Pertama
Hendaklah berniat jamak takhir sebelum habis waktu
yang pertama.
Niat jamak itu akan memadai sekiranya dilakukan pada
akhir waktu yang pertama sekadar meluluskan satu
rakaat sahaja tetapi ia dikira berdosa kerana
mentakhirkan niat hingga sempit waktu sebegitu rupa.
14
Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan
lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah
niat semasa Takbiratul Ihram):
Niat Solat Qasar Jamak Takdim
(Zohor & Asar)
اصلي فرض الظهر قصًرا ركعتين جمع
تقديم لله تعالى
Usolli Fardol Zuhri Qosron Rak'ataini
Jama'a Takdiimin Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu Zohor,
qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah
Taala
اصلي فرض العصًر قصًرا ركعتين جمع
تقديم لله تعالى
Usolli Fardol Asri Qosron Rak'ataini
Jama'a Takdiimin Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu Asar,
qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah
Taala
15
Niat Solat Qasar Jamak Takdim
(Maghrib & Isyak)
اصلي فرض المغرب ثلاث ركعات جمع
اصلي فرض العشاء قصًرا ركعات جمع تقدم
تقديم الله تعالى الله تعالى
Usolli Fardal Maghribi Tsalasa Raka’atin Usolli Fardal Isya’I Qosron Raka’atin Jam’a
Jam’a Takdiimin Lillahi Ta’ala Takdiimin Lillahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaj
a aku solat fardhu Maksudnya: Sahaja ak
u solat fardhu Isyak,
Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana empat rakaat jamak takdim kerana Allah
Taala
Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram,
niatkanlah di dalam hati
sebagaimana maksud
lafaz niat di atas
Kerjakan solat fardhu
maghrib tersebut sebanyak
tiga rakaat dengan bacaan
surah al-Fatihah dan diikuti
surah-surah lain
16
CARA MENUNAIKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
Takhir
1 Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz
niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa
Takbiratul Ihram)
Zohor dijamakkan ke waktu Asar
َق ْص
ِّلي َف ْرَض ُأَص
لله ِإَلْيِه الُّظ
ا ًع ْو ـًرا َم ْجُم اْهلَِعرْصَجْمرٍَعر ََكََتعْأَتِْخيْيٍِنر
تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu
Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada
Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah
.Taala
ا ًع ْو ـًرا َم ْجُم َق ْص ََرعَكََتعْأَتِْخيْيٍِنر ْه ر الُّظ ِّلي َف ْرَض ُأَص
تعالى لله َجْم ْص ر ِإلى الَع
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu
Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat
Asar kepadanya Jamak Taqdim
.kerana Allah Taala
Maghrib dijamakkan ke waktu Isya'
ـًرا َق ْص ََرعَكََتعْأَتِْخيْيٍِنر الِع شَـاِء ُأَص ِّلي َف ْرَض ا ًع ْو َرَكَع اٍت َم ْجُم َثَلَث ِرِب الَم ْغ َض ِّلي َف ْر ُأَص
تعالى لله ْغ ِرِب َجْم ْجُم ْو ًع ا ِإَلْيِه الَم ْيٍرلله تعالى َع َتْأِخ َجْم شَـاِء الِع ِإلى
َم
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu
Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat
Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana
Taala .Allah Taala
17
CARA MENUNAIKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
Takhir
2
Sewaktu takbiratul ihram,
niatkanlah di dalam hati
sebagaimana maksud lafaz
niat di atas
3
Kerjakan solat teresebut
dengan bacaan surah al-
Fatihah dan diikuti surah-
surah lain serta rukun-rukun
solat yang seebihnya
18
HIMPUNAN
SOALAN
19
(Sumber: Google)
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Seperti yang kita maklum, hukum jamak dan qasar solat bagi musafir boleh dilakukan dalam
tempoh tidak lebih tiga hari, tidak termasuk hari masuk dan hari pulang. Apa yang
dimaksudkan dengan hari masuk dan hari pulang dalam hukum hakam jama’ qasar solat?
Jawapan:
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar
bagi musafir:
“Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan
pada hari akan keluar.”
Ini berdasarkan hadis al-`Ala’ bin al-Hadhrami bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ُيِق يُم اْلُم َه اِج ُر ِبَم َّكَة َبْع َد َق َض اِء ُنُس ِكِه َثاَل ًثا
Maksudnya: “Orang Muhajirin bermukin di Mekkah selepas selesai menunaikan manasik selama tiga
hari.”
Riwayat Muslim (no.1352)
Sebahagian orang mungkin akan keliru; apakah yang dimaksudkan dengan hari masuk dan hari pulang?
Adakah hari masuk dan pulang itu merangkumi 24 jam hari pertama dan terakhir atau bukan? Bagi
menjawab isu ini, kami nukil perkataan Imam al-Nawawi:
َواَل ُيْحَس ُب ِم ْنَه ا َيْو َم ا ُدُخوِلِه َوُخُروِج ِه َع ىَل الَّص ِح يِح
Maksudnya: “Tidak dikira daripada empat hari itu dua siang masuknya dan keluarnya mengikut
pendapat yang sahih.”
Rujuk Minhaj al-Tolibin (hlm. 44)
Dalam syarahnya, kitab Hasyiah al-Syirwani `ala Tuhfah al-Muhtaj (2/377) disebut:
َواَل ُيْحَس ُب ِم ْنَه ا َأْي اَأْلْرَبَع ِة َيْو َم ا ُدُخوِلِه إَلْخ ) َأْي َوُتْحَس ُب الَّلْيَلُة اَّلِتي َتِلي َيْو َم الُّدُخوِل َوَكَذا اْلَيْو ُم اَّلِذي َيِلي َلْيَلَة
الُّدُخوِل
Maksudnya: "[(Dan tidak dikira daripada empat hari itu dua siang masuknya)[1] ertinya dikira malam
yang berikutan siang masuk itu. Begitu juga dikira siang yang berikutan malam masuk itu].
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat perbezaan antara penggunaan hari selama 24 jam dan yang
“hari“ dalam konteks hukum jamak dan qasar. "Hari" dalam hukum itu bermaksud waktu siang dan
waktu malam apabila seorang musafir itu sampai atau ingin pulang. Contohnya, jika seseorang itu
sampai siang hari Isnin, maka dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau
keluar daripada tempat itu untuk musafir jauh ke tempat lain pula, pada siang hari Jumaat. Andai kata
dia pulang malam Sabtu, maka tidak sah hukum solat jama` dan qasar yang dibuat kerana tidak cukup
syarat.
20 Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang solat jamak qasar. Jarak tempat tinggal iaitu
rumah saya dengan pejabat saya adalah lebih kurang 140 km. Hampir setiap hari iaitu pada
hari Isnin hingga Jumaat saya berulang-alik. Di sini saya ingin bertanya boleh ke saya
melakukan solat jamak qasar terutamanya pada waktu zohor dan asar pada hari saya
bekerja.
Jawapan:
Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah. Ia merupakan
kemudahan yang dianugerahkan kepada umat islam agar mereka boleh menunaikan ibadat
solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam
firmannya :
َوِإَذا َض َرْبُتْم ِفى ٱَأْلْرِض َف َلْيَس َع َلْيُكْم ُجَناٌح َأن َتْق ُص ُرو۟ا ِم َن ٱلَّص َلٰو ِة
Maksudnya :” Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang.”
(Surah al-Nisa’ :101)
Jalaluddin al-Mahalli dan al-Sayuti menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini apabila
kalian bermusafir boleh untuk memendekkan solat iaitu daripada empat jadikan dia dua
rakaat.
Rujuk Tafsir al-Jalalain (2/101)
Rujuk Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah (hlm 314-315)
Al-Khatib Al-Syarbini ketika menjelaskan berkenaan dengan syarat yang membolehkan untuk
qasar dan jamak, beliau mengatakan permusafiran tersebut mestilah bukan dengan tujuan
maksiat. Sama ada yang wajib seperti bermusafir untik menunaikan haji ataupun yang
mandub seperti menziarahi kubur Nabi SAW ataupun yang harus seperti bermusafir untuk
perniagaan.
Rujuk al-Iqna’ Fi Hilli Alfaz Abi Syuja’(2/384)
Imam Al-Ramli menyatakan permusafiran itu mestilah sama ada yang wajib atau mandub
ataupun yang harus. Boleh jadi permusafiran itu adalah yang makruh seperti bermusafir
sendirian terutamanya pada waktu malam.
Rujuk Nihayah Al-Muhtaj Syarh Al-Minhaj(2/248)
Berdasarkan pernyataan di atas, boleh untuk menqasarkan dan menjamakkan solat pada hari
bekerja kerana telah memenuhi syarat-syarat utama qasar dan jamak iaitu perjalanan
melebihi 2 marhalah dan tujuan perjalanan adalah tujuan yang harus. Harus diingatkan, solat
jamak dan qasar hanya boleh dilakukan di tempat kerja ataupun ketika dalam perjalanan.
Adapun ketika sampai di kawasan permukiman tidak boleh untuk mengambil rukhsah tersebut
dan perlu dilakukan solat secara sempurna.
Sumber: mufti.gov.my
21
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Saya baru balik bermusafir, adakah saya boleh menunaikan solat secara jamak atau qasar
sebaik sahaja saya sampai semula ke tempat saya bermastautin?
Jawapan:
Jika telah sampai ke tempat kediaman atau mukim, maka tidak perlulah kita mengerjakan
jamak dan qasar kerana perjalan kita telah berakhir.
Soalan:
Saya bermusafir lebih daripada 2 marhalah. Apabila tiba waktu solat Zohor, bolehkah saya
solat Jamak Takdim sedangkan apabila saya sampai ke rumah telah tiba waktu Zohor
ataupun waktu Asar baru sahaja masuk. Jika keadaan itu berlaku adakah saya hanya boleh
mengqasarkan sahaja solat Zohor dan tidak boleh Jamak?
Jawapan:
Jika perjalanan anda itu telah dua marhalah maka anda boleh untuk melakukan solat jamak
dan qasar. Jika perjalanan itu tidak sepenuhnya (bermusafir) dan ketika waktu Asar masuk
telah tiba di kediaman, maka lebih baik mengqasar solat Zohor tersebut.
Sumber: drhalimi.blogspot
22
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar berterusan selama 3 hari di rumah keluarga
saya ketika menziarahi mereka?
Jawapan:
Tempoh seorang musafir itu diharuskan mengqasar solatnya apabila sampai ke destinasi
yang dituju ialah tidak lebih dari tiga hari penuh (tidak termasuk hari ketibaan dan hari
berangkat balik). Ini jika sebelum bertolak ia berniat hendak bermukim di situ selama tidak
lebih dari masa tersebut. Setelah tiga hari, sekiranya ia melanjutkan lagi tempoh menetap di
situ maka wajiblah solat sempurna, tidak qasar dan jamak lagi.
Soalan:
Saya baru balik bermusafir, adakah saya boleh menunaikan solat secara jamak atau qasar
sebaik sahaja saya sampai semula ke tempat saya bermastautin?
Jawapan:
Jika telah sampai ke tempat kediaman atau mukim, maka tidak perlulah kita mengerjakan
jamak dan qasar kerana perjalan kita telah berakhir.
Sumber: drhalimi.blogspot
23
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Bolehkah atau tidak seseorang yang bermusafir ke suatu tempat untuk berkursus dan ia
berniat tinggal di sit selama seminggu, untuk solat jamak dan qasar?
Jawapan:
Seseorang yang berada dalam musafir mendapat kelayakan al-rukhsah atau keringanan
dalam solat iaitu ia boleh melakukan solat dengan cara jamak dan qasar. Namun, solat cara
jamak dan qasar itu mestilah menepati beberapa syarat. Syarat-syarat itu ada disebut dalam
kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. Ia adalah:
Mestilah ia berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-
kurangnya dua marhalah atau lebih kurang 80 KM. Perjalanan musafir itu telah melepasi
sempadan mukim seperti kawasan kampung, taman perumahan atau daerah mengikut uruf
setempat.
Ia tidak mengikuti imam yang bersolat sempurna empat rakaat jika ingin menqasarkan solat.
Ia tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain hari mula
ia sampai dan hari ia akan keluar dari destinasi.
Berdasarkan syarat keempat, apabila seseorang itu berazam untuk menetap di destinasi yang
ia pergi selama empat hari atau lebih, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi
itu. Apabila ia sampai ke destinasi tersebut, maka ia sudah mendapat status orang yang
bermukim bukan lagi musafir. Maka ia wajib bersolat sempurna macam biasa.
Hal atau hukum ini ini ada dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Minhaj al-Talibin:
ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على
الصحيح
Maksudnya:
“Jika seseorang berniat mukim selama empat hari di destinasi, maka terputus musafirnya
dengan ketibaannya (di destinasi itu) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke
destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.”
Sumber: mufti.terengganu.gov.my
24
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Bolehkah melakukan solat secara jamak dan qasar semasa balik kampung sahaja? Saya baru
tahu bahawa kita boleh melakukan solat jamak biarpun tidak bermusafir.
Jawapan:
Qasar dan jamak adalah keinginan daripada Allah untuk kita. Keinginan itu hanya boleh
dilakukan dalam kondisi tertentu sahaja. Selain daripada kondisi tersebut, semua solat
fardhu mesti dilakukan pada masa dan bilangan rakaat yang telah ditetapkan. Allah
berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat adalah kewajiban (yang ditetapkan) ke atas orang beriman pada masa-
masanya."
(Surah al-Nisa' 4:103)
Adalah berdosa sesiapa yang menjamakkan atau mengqasarkan solat tanpa sebab yang
dibenarkan syarak. Umar bin al-Khattab pernah berkata:
"Termasuk dosa besar adalah menjamakkan solat tanpa uzur."
(Riwayat al-Baihaqi)
Sumber: addeen.my
25
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Kita boleh menjamakkan solat disebabkan kesulitan, bolehkah dijamakkan solat bagi kes-
kes terdesak seperti seorang doktor bedah yang menjalankan pembedahan atau seorang
pelajar di luar negara yang sedang menduduki peperiksaan.
Jawapan:
Berdasarkan penjelasan singkat di atas, kita dapat melihat bahawa kebanyakkan ulama tidak
membolehkan jamak solat dalam kes-kes dipersoalkan ini. Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi'i
tidak memberi pilihan kecuali mesti melaksanakan solat pada masanya. Jika tidak mampu,
maka ia wajib mengqada solat yang ditinggalkan. Ia tidak berdosa insyaAllah kerana alasan
tersebut.
Sumber: addeen.my
26
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Saya menghantar anak balik ke universiti di mana perjalanannya melebihi 2 marhalah dan
keluar daripada kawasan mukim saya. Adakah boleh saya jamak solat sebelum tiba di rumah
walaupun saya tak bermalam?
Jawapan:
Ada tiga syarat sah solat musafir yakni jamak dan qasar berkaitan dengan perjalanan:
1.Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Oleh itu, tidak diambil kira perjalanan
yang kurang daripada jarak tersebut. Dia juga hendaklah tidak berniat menetap selama
empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan
keluar. Apabila berniat menetap selama empat hari jadilah tempat yang dituju itu seolah-
olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak harus bersolat qasar
lagi di situ dan haknya untuk bersolat qasar kekal semasa dalam perjalanan sahaja.
2.Perjalanan yang tentu tempat tujuannya. Oleh itu, orang yang merayau-rayau tanpa
tujuan ke tempat yang tertentu, dan orang yang mengikut ketuanya tanpa mengetahui ke
mana hendak di bawanya, perjalanan mereka tidak mengharuskan qasar kecuali setelah
menjangkau jarak perjalanan yang jauh. Ini kerana telah diyakini jauh perjalanannya.
3.Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat. Justeru, tidak diambil kira perjalanan
musafir untuk berniaga arak, mengamalkan riba’ atau menyamun. Ini kerana qasar
merupakan keringanan yang disyariatkan untuk menunaikan sesuatu tanggungjawab,
dan ia tidak boleh terkait dengan sebarang maksiat.
Manakala, tiada syarat sah yang mewajibkan bermalam. Sebaliknya, Hukum Syarak hanya
menetapkan waktu maksimum iaitu 3 hari tidak termasuk hari pergi dan hari keluar. Ini
berdasarkan hadis al-Ala` bin al-Hadhrami RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
َثَالٌث ِلْلُم َه اِج ِر َبْع َد الَّص َدِر
Maksudnya: “Tiga hari bagi orang Muhajirin (boleh menetap di Makkah) selepas al-sadar
(yakni selesai manasik Haji).”
Sumber: mufftiwp.gov.my
27
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Bilakah waktunya melakukan solat qasar, adakah setelah perjalanan sejauh dua marhalah?
Bolehkan diqasarkan solat sebelum perjalanan bermula?
Jawapan:
Waktu dibolehkan seseorang yang ingin bermusafir mengqasarkan solatnya ialah setelah
dari kawasan kampungnya. Setelah melepasi bangunan terakhir di kampungnya, di situ
barulah dibolehkan mengqasarkan solatnya. Ini ialah pendapat majoriti ulama Islam
termasuk imam Asy-Syafii.
Sumber: drhalimi.blogspot
28
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu solat qasar?
Jawapan:
Dalam mengerjakan solat jamak dan qasar jarak yang ditempuh hendaklah lebih dua
marhalah iaitu bersamaan 91 kilometer atau 56 batu dengan niat dan tujuan yang baik.
Dengan demikian dari segi jarak yang anda tempuh membolehkan anda melakukan solat
jamak dan qasar tersebut.
Sumber: drhalimi.blogspot
29
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Bolehkah saya melakukan solat jamak ta'khir ketika sampai di rumah saya sendiri selepas
pulang menziarahi mereka (Zohor di ta'khirkan kepada Asar)?
Jawapan:
Apabila berniat hendak menjamakkan fardhu solat Zohor dengan solat fardhu Asar dengan
Jamak Ta'khir, maka sebaik sahaja masuk fardhu Zohor atau masih ada waktu Zohor
berniatlah dalam hati hendak menjamakkan kepada fardhu Zohor dan Asar pada waktu Asar
nanti. Jika anda tidak berniat demikian sehingga luput waktu Zohor, maka anda dikira
berdosa dan solat fardhu Zohor hendaklah di Qada' tidak boleh dijamakkan lagi.
Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehingga selesai solat yang kedua (Asar ataupun
Isyak). Jika anda sedang solat dalam kenderaan (misalnya menaiki kapal) dan anda
mengetahui jika ketika itu kapal tersebut telah tiba di tempat anda, maka wajiblah anda
meneruskan solat yang sempurna.
Sumber: drhalimi.blogspot
30
HIMPUNAN SOALAN SOLAT JAMAK & QASAR
Soalan:
Bolehkah solat jamak waktu zohor kepada asar pada hari Jumaat?
Jawapan:
Diharuskan menjamak solat zohor dan solat asar pada hari Jumaat apabila memenuhi
syarat-syarat solat jamak itu sendiri.
Sumber: Portal Kemusykilan Agama
31
JAMAK & QASAR
Buku ini membicarakan hukum-hukum,
jenis dan cara mendirikan solat musafir
yang mana Islam telah memberikan
kemudahan untuk melakukan solat
dengan kaedah qasar dan jamak
dengan syarat-syaratnya yang tersendiri.