M O H D H A S R U L Y U S H A I R I J O H A R I M U H A M A D F I T R I A I M AN Z A INA L A B I D IN NO R F A D I L L A H I Z A T I M U H A M M A D A L W IN W ONG NU R S U H A D A S H A M S U L | S Y A Z R E EN S Y A Z V INA S H A H R U M HIDANGAN HAIWAN EKSOTIK DI MALAYSIA
Hidangan Haiwan Eksotik di Malaysia Terbitan pertama 2023 First published 2023 ©2023 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan membuat salinan mana-mana bahagian artikel, dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizanan bertulis daripada pihak penerbit. Sebarang pertanyaan keizinan hendaklah di alamatkan kepada Penerbit FPHP Tourism Press, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bandaraya Melaka, 75350 Melaka, Malaysia atau email kepada hasrul436@uitm. edu.my ©2023 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any informationstorage and retrieval system without permission in writing of the publisher. Requests to the publisher for permission should be addressed to the Publisher FPHP Tourism Press, Faculty Hotel & Tourism Management, Universiti Teknologi MARA, Melaka City Campus, 75350 Melaka, Malaysia or email to [email protected] Diterbitkan di/Published in Malaysia FPHP Tourism Press Faculty Hotel & Tourism Management Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka 75350 Melaka Rekabentuk kulit: FPHP Tourism Press Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia eISBN 978-629-7612-01-0
HIDANGAN HAIWAN EKSOTIK DI MALAYSIA Mohd Hasrul Yushairi Johari, Muhamad Fitri Aiman Zainalabidin, Nor Fadillah Izati Muhammad Alwin Chong, Nur Suhada Shamsul Syazreen Syazvina Shahrum
Pengenalan Definisi Makanan dan Minuman Belalang Daging Rusa 01 02 03 04-05 09 06 07-08 12-13 10-11 Isi Kandungan Telur Penyu Kala Jengking Daging Keldai Liar Kuda Makanan Halal Landak Laut Tupai Zirafah Arnab Biawak Dhab Belangkas Ulat Buah Ulat Sagu Ular Makanan Haram Monyet 14 15-16 17-18 19-20 21 22 23-24 25 26
Daging Keldai Peliharaan Gajah 29 34-35 30-31 36 Khinzir Anjing Penyu Memelihara Diri Dari Perkara Yang Syubhah Apa yang Haram Tetap Haram 37 27-28 32-33
Makanan eksotik kerap menarik perhatian orang ramai oleh kerana keunikan dan rasanya yang berbeza. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang halal yang ketat untuk orang Islam, terdapat sesetengah orang yang tertarik untuk mencuba makanan eksotik yang agak jarang dihidangkan di premis-premis makanan. Namun begitu, adalah penting untuk diingatkan bahawa kebanyakan pandangan hukum halal dan haram di dalam buku ini adalah merupakan salinan semula daripada keputusan majlis muzakarah ulama yang telah difatwakan secara rasmi oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan buku ini cuma menghimpun dan menyusun kembali. Dalam hal makanan eksotik, kita perlu mengelakkan penyalahgunaan atau pengambilan berlebihan terhadap spesis haiwan yang dilindungi atau terancam. Oleh itu, sebagai umat Islam, adalah penting bagi kita untuk mengekalkan keseimbangan antara prinsip agama yang mengawal cara kita makan dan keinginan untuk mencuba makanan eksotik. Dengan memilih makanan yang halal, sihat, dan selaras dengan prinsip Islam, kita boleh mengekalkan nilai agama dan menjaga kesihatan dan keseimbangan dalam hidup kita. K A T A A L U A N Mohd Hasrul Yushairi Johari Muhamad Fitri Aiman Zainalabidin Nor Fadillah Izati Alwin Wong Nur Suhada Shamsul Syazreen Syazvina Shahrum 27 Januari 2023
MALAYSIA Di Malaysia, di mana majoriti penduduknya menganut agama Islam, isu makanan halal dan haram menjadi sangat penting terutama apabila melibatkan makanan eksotik. Pematuhan terhadap peraturan halal menjadi keharusan bagi orang Islam di Malaysia, kerana ia mencerminkan kepercayaan dan amalan agama mereka. Menghindari makanan haram juga penting untuk menjaga kesucian rohani dan menjamin ketenangan di dalam menikmati pelbagai hidangan eksotik. Badan seperti JAKIM bertindak sebagai pihak yang mengesahkan status halal sekiranya sesuatu makanan eksotik ada dijual dan berada di pasaran. Kesedaran akan makanan halal dan haram memainkan peranan penting. Umat Islam di Malaysia, disarakan supaya berhati-hati apabila memilih makanan eksotik di dalam juada mereka.
Haiwan eksotik merupakan topik yang menarik dan mempunyai perspektif yang berbeza di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Haiwan eksotik merujuk kepada jenis haiwan yang jarang dilihat di dalam masyarakat dan dianggap sebagai makanan yang bukan dilazimi untuk dimakan oleh kebanyakan orang seperti ulat sagu, kelawar, ular, katak, labi-labi, dan cacing. Hanya membayangkan makanan ini juga boleh menyebabkan perasaan tidak selesa. Walau bagaimanapun, dalam budaya tertentu, hidangan bersumberkan haiwan eksotik ini menjadi kegemaran dan sebahagian daripada warisan budaya mereka. Di dalam Islam, apabila kita membincangkan tentang pemakanan, terdapat panduan asas yang perlu diikuti, iaitu memakan makanan yang bukan sahaja halal tetapi juga tidak memudaratkan. Panduan ini ditegaskan dalam Surah al-Maidah, ayat 88, yang bermaksud: "Makanlah makanan yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu yang halal dan baik". PENGENALAN 01
Makanan manusia telah mengalami pelbagai perubahan sejak zaman kuno. Ada beberapa jenis makanan yang dibolehkan dan ada juga yang tidak, terutamanya apabila melibatkan pemakanan daging haiwan. Namun, apabila membicarakan tentang makanan dan minuman berasaskan tumbuhan, tidak banyak perbezaan yang didapati di kalangan masyarakat. Dalam Islam, tidak ada larangan memakan produk dari tumbuhan, kecuali jika ia telah berubah menjadi minuman yang memabukkan dan makanan lain yang memudaratkan. Islam juga melarang segala perkara yang boleh menghilangkan kesedaran rasional dan melemahkan tenaga, termasuk menyakiti badan. Makanan dan Minuman Hukum haram dalam syariat Islam adalah bersifat universal dan terpakai untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia, tanpa memandang kepada pangkat, kuasa, atau status sosial seseorang dalam masyarakat. Hakikatnya seorang Muslim itu sendiri tidak memiliki apa-apa keistimewaan yang dapat mengubah sesuatu yang diharamkan menjadi halal baginya berdasarkan kedudukan atau statusnya. Hal ini karena Allah SWT adalah Tuhan bagi semua manusia, dan hukum-hukum Allah SWT berlaku bagi semua orang tanpa pengecualian (Yusuf Al-Qaradhawi, 2013). Apa yang haramtetap haram 02
Sumber: Chooyaya Secret Garden Sumber: Dreamstime
Landak laut adalah hidupan laut di dalam kelas Echinoidea. Dalam pengelasan saintifik, Echinoidea adalah kategori hidupan laut yang mempunyai duri yang panjang dan boleh bergerak. Terdapat pelbagai warna landak laut seperti hitam, perang, hijau, ungu, merah dan putih. Landak Laut "Adakah landak laut Halal untuk dimakan?" Sesetengah landak laut boleh dijumpai di terumbu karang dan mempunyai duri yang tajam serta boleh mendatangkan bahaya kepada penyelam. Landak laut kebanyakannya memakan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di batuan atau di dasar laut. Mulut landak laut terletak di bahagian bawah badannya. Ukuran diameter landak laut boleh mencapai lima sentimeter hingga 12 sentimeter. Sumber: bukalapak َبْح ِر َوَطَعاُمُه ْل ِحَّل َل ُكْم َصْيُد ا ُأ “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.” (Surah al-Ma’idah: 96) Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ُهَو الَّطُهوُر َماُؤُه، الِحُّل َمْيَتُتُه “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.” - Riwayat Abu Daud (83); al-Tirmizi (69) dan al-Nasa’i (59) Sumber: bukalapak 03
BELALANG Belalang ialah serangga yang boleh melompat kira-kira 20 kali ganda daripada panjang badannya. Belalang mempunyai tanduk pendek dengan sesungut pendek atau tanduk panjang dengan sesungut panjang. Dengan erti kata lain, badan belalang mempunyai tiga bahagian utama iaitu kepala, abdomen dan toraks. Pada asasnya, belalang adalah halal untuk dimakan kerana terdapat nas yang menyebutkan mengenai kehalalannya. Manakala daripada Ibn ‘Umar R.’Anhuma, Rasulullah SAW bersabda: َج َراُد ْل ُحوُت َوا ْل َنا َمْيَتَتاِن ا ْت َل َّل ِح ُأ Maksudnya: Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang. Sunan Ibn Majah (3218) "Adakah belalang Halal untuk dimakan?" 04 Belalang hidup di kebanyakan bahagian dunia kecuali di Artik dan Antartika. Kebanyakan belalang hidup di padang dan padang rumput yang mempunyai daun yangbanyakuntukdimakan(Bakri,2022). Sumber: Indozone Website
Hukum memakan belalang secara umumnya ialah harus. Ia disebut dalam banyak hadith, antaranya riwayat daripada Abu Ya’fur R.A, beliau berkata: َج َراِد، َفَقاَل َغَزْوُت َمَع َرُسوِل ِهَّللا صىل هللا عليه وسلم ْل ْتِل ا ْو َفى َعْن َق ِبي َأ َسَأْلُت َعْبَد ِهَّللا ْبَن َأ َج َراَد ْل ُكُل ا ْأ ِسَّت َغَزَواٍت َن Maksudnya: Aku bertanya ‘Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab “Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang”. (Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak tujuh peperangan) Ada juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A, yang menceritakan satu perjalanan di mana Rasulullah SAW bersama para sahabat untuk mengerjakan haji dan umrah, dimana mereka terserampak dengan sekelompok belalang, lalu mereka membunuhnya. Baginda SAW pun bersabda: َبْح ِر ْل ُه ِمْن َصْيِد ا َّن ِإ وُه َف ُكُل Maksudnya: Makanlah ia, kerana ia sama jenisnya dengan binatang buruan di laut (yang halal dimakan). Sunan Ibn Majah (3222) Manakala, Ibnu Qudamah pula menyebutkan riwayat dari Ibnu Umar, bahawa suatu hari terdapat belalang goreng yang dihidangkan kepada beliau. Ibn Umar mengatakan, cara masak belalang ialah dengan mematahkan sayapnya, kemudian masukkan ke dalam minyak dan goreng dalam keadaan ia masih hidup. (Rujuk Al-Mughni, 11/43). Sumberasal: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2884-al-kafi-963-hukum-memakan-belalang 05 Apakah hukum makan belalang?
Daging rusa seperti daging haiwan halal yang lain adalah halal jika disembelih atas nama Allah. Daging Rusa Haiwan-haiwan liar seperti keldai, lembu, kambing gurun dan antelop (rusa) adalah halal untuk dimakan secara sepakat oleh para ulama tanpa khilaf seperti dinyatakan oleh Iman al-Nawawi. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/9). Mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Muzakkarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia kali ke-32, pada 1993 rusa tidak diwajibkan untuk digunakan sebagai bayaran zakat dan tidak harus dijadikan sebagai haiwan korban atau sebagai aqiqah. Namun begitu, sekiranya bertujuan untuk diperniagakan, maka ianya akan dikenakan zakat perniagaan dengan kadar 2.5%. Rusa hanya boleh dijadikan sebagai daging halal untuk dijual atau dimakan. ) 06
Imam al-Nawawi ada menyatakan bahawa dagingnya adalah halal dan tidak makruh memakannya. Ini adalah merupakan pendapat mazhab Syafie dan majoriti ulama seperti Abdullah bin al-Zubair, Fadhalah bin ‘Ubaid, Anas bin Malik, Asma’ binti Abu Bakar, Suwaid bin Ghafalah, ‘Alqamah, al-Aswad, ‘Atha’, Syuraih, Sa’id bin Jubair, al-Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakha’i, Hammad bin Abu Sulaiman, Ahmad, Ishaq, Abu Yusuf, Muhammad al-Syaibani, Abu Daud dan lain-lain. (Lihat al-Majmu’ Syarh alMuhazzab, 9/4) Hal ini adalah berdasarkan daripada riwayat Jabir bin Abdullah R.A bahawa : األْهِلِّي ِر نا َزَمَن َخْيَب َر ال َخْيَل، َو ُحُم َر الَوْحِش، َوَنهانا النبُّي صلى الله عليه وسلم َعِن الِحما َك ْل َأ Maksudnya : “Pada waktu perang Khaibar kami pernah memakan (daging) kuda dan keldai liar dan Nabi SAW melarang kami daripada memakan (daging) keldai jinak (peliharaan).” Riwayat Muslim (1941) Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar R.Anhuma bahawa : ناُه َرًسا فأَك ْل َحْرنا عىل َعْهِد َرسوِل ِهَّللا َصىّل ُهللا عليه وسَّلَم َف َن Maksudnya : “Kami telah menyembelih kuda pada zaman Rasulullah SAW dan kami memakannya.” Riwayat al-Bukhari (5512) dan Muslim (1942) Daging kuda halal untuk dimakan dan tidak makruh untuk memakannya. Cukuplah hadis Asma’ binti Abu Bakar R.Anhuma menjadi hujah bagi menolak mereka yang berpendapat bahawa daging kuda haram dimakan (atau makruh) Kuda ialah haiwan besar berkaki empat yang dipelihara untuk ditunggangi, mengangkut, dan sebagainya. Kuda telah menjadi salah satu haiwan yang paling berguna selama beribu-ribu tahun. Kuda juga seringkali dilibatkan di dalam pelbagai acara, digunakan sebagai medium pengangkutan kerana kepantasannya dan cirinya yang lasak. H U K U M M E M A K A N D A G I N G K U D A KUDA 07
AAyat-ayat ini menunjukkan bahawa Allah menjadikan haiwan-haiwan ini sebagai perhiasan dan tunggangan. Di dalam ayat itu, Allah SWT tidak menyebut manfaat untuk dijadikan makanan. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa haiwan itu hanya mendapat manfaat yang disebutkan di atas. Tambahan pula, kuda dan baghal diletakkan bersama-sama kerana mereka adalah haram untuk dimakan. (Lihat alMajmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/4, dan al-At’imah, Dr. Soleh al-Fauzan, ms. 41-42). Begitu juga, riwayat daripada Khalid bin al-Walid R.A bahawa: ِع اٍب ِمَن الِّسَبا َحِمي ِر، َوُكِّل ِذي َن ْل ِبَغاِل، َوا ْل َخْيِل، َوا ْل ُحوِم ا ْكِل ُل َم َنَهى َعْن َأ َّل ْيِه َوَس َّن َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهللا َعَل َأ Maksudnya : “Rasulullah SAW telah melarang daripada memakan daging kuda, baghal, keldai dan setiap haiwan buas yang bertaring.” Riwayat al-Nasaie (4332) Para ulama daripada kalangan imam-imam hadis dan selain mereka telah bersepakat bahawa hadis di atas adalah dhaif (lemah). Dan sebahagian mereka pula mengatakan ia telah dimansuhkan. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 13/96) Kesimpulannya Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, daging kuda adalah halal dan tidak makruh memakannya. Ini pendapat majoriti ulama sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Imam al-Nawawi. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang menyebutkan bahawa hukum daging kuda adalah makruh. Pendapat ini disandarkan kepada Ibn ‘Abbas, al-Hakam, Malik dan Abu Hanifah. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/4 dan Taudhih alAhkam, Cet. Dar Ibn Hazm, 3/497) Antara hujah mereka, firman Allah SWT : َحِميَر ِلَتْرَكُبوَها َو ِزيَن ًة ْل ِبَغاَل َوا ْل َخْيَل َوا ْل َوا Maksudnya : “Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan.” (Surah al-Nahl : 8) P E N D A P A T L A I N T E N T A N G H U K U M M E M A K A N D A G I N G K U D A 08
DAGINGKELDAI Perkara ini berdasarkan riwayat daripada Abu Qatadah, di mana beliau dan para sehabat keluar bersama Rasulullah SAW. Ketika perjalanan, beliau telah memburu seekor keldai liar. Para sahabat telah berbeza pendapat tentang hukum memakan dagingnya. Ada yang mengatakan ia boleh dimakan dan ada yang mengatakan ia tidak boleh dimakan. Kemudian, beliau telah membawanya kepada Nabi SAW yang telah pun mendahului mereka. Nabi SAW pun bersabda : وُه ُهَو َحاَلٌل، َف ُكُل Maksudnya : “Ia (daging itu) adalah halal, maka makanlah.” [HR Muslim (1196)] Pengkaji membahagikan keldai kepada dua kategori iaitu keldai peliharaan atau domestik dan keldai liar. Namun begitu, keldai liar, dagingnya harus dimakan. Ianya telah disebutkan oleh alKhatib al-Syirbini dalam kitabnya: ِر َوْحِشُّي ِمْنُه َوَيْح ُرُم ا َأْلْهِلُّي َكاْلِحَما ْل َيِحُّل ا َف Maksudnya : “Jenis yang liar daripadanya (haiwan tersebut) halal (dimakan), manakala yang dipelihara haram (dimakan) seperti keldai” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6/150) Haiwan-haiwan liar seperti keldai, lembu, kambing gurun dan antelop (rusa) halal untuk dimakan secara sepakat para ulama tanpa khilaf seperti dinyatakan oleh Imam al-Nawawi. (Rujuk al-Majmu’ Syarh alMuhazzab, 9/90 Keldai atau nama saintifik Equus Asinus ialah haiwan yang menyerupai kuda tetapi lebih kecil dan mempunyai telinga yang panjang. Maksud Keldai HUKUM MEMAKANDAGING KELDAI 09
Biawak Dhab Dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia iaitu sejenis biawak yang terdapat di padang pasir. Dari segi sains Dhab dikelaskan sebahagian daripada keluarga cicak. Panjang tubuh biawak dhab ini antara 38cm hingga 99cm atau lebih. Ia mudah di dapati di Timur Tengah seperti di Mesir, Libya dan Palestin. Dhab sering duduk di kawasan kering dan berbatu untuk melindungi diri. Dhab merupakan reptilia berdarah sejuk dan bersisik. Ia membiak dengan cara bertelur. Dhab merupakan haiwan herbivor yang hanya memakan tumbuhtumbuhan yang tinggi kadar air dan kacang. Ini membuatkan badan Dhab penuh dengan protien. Perbezaan di antaraDhab dan biawak yang lain Menurut kajian, terdapat banyak perbezaan di antara dhab dan biawak yang biasa dilihat di Malaysia. Biawak biasanya memiliki leher yang panjang, ekor dan kuku yang kuat. Manakala dhab berekor besar dan bersisik tebal. Sumber: mekshat.com Berkenaan hukum memakan dhab ini, terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama. Tetapi jumhur ulama' menyatakan hukumnya adalah harus dan ini adalah pandangan daripada Imam al- Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj: Sumber: mekshat.com 10
Aku dan Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah SAW masuk ke rumah Maimunah. Lalu dihidangkan kepada kami daging dhab yang telah dibakar dan Rasulullah SAW menghulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut. Tiba-tiba sebahagian daripada wanita yang berada di rumah Maimunah berkata: “Beritahulah kepada Rasulullah SAW hidangan apa yang beliau makan?.” Rasulullah SAW pun menarik tangannya, lalu aku bertanya: “Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?.” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi ia tidak terdapat di negeri kaumku, maka aku tidak menyukainya.” Khalid berkata: “Aku mengambil daging tersebut dan memakannya, sedangkan Rasulullah SAW hanya melihat.” [Riwayat Muslim (1945)] Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata: ْخِب ُروا َرُسوَلِهللا َصىَّل َأ : ْسَوِة الاَّلِتي ِفي َبْيِت َمْيُموَن َة َم ِبَيِدِه، َفَقاَل َبْعُضالِّن َّل ْيِه َوَس ُهللا َعَل َح َراٌم َأ َم َيَدُه، َفُقْلُت: َّل ْيِه َوَس َفَع َرُسوُلِهللا َصىَّلُهللا َعَل َر ُكَل، َف ْأ ْن َي ِريُد َأ َم ِبَما ُي َّل ْيِه َوَس ُهللا َعَل اْجَتَرْرُتُه َف اَل َخاِلٌد: ُه، َق َعا ُف ِجُدِني َأ ْوِمي َف َأ ْرِض َق َأ ُكْن ِب ِكَّنُه َلْم َي اَل: اَل، َوَل ُهَو َيا َرُسوَلِهللا؟ َق َم َيْنُظ ُر َّل ْيِه َوَس ُتُه َوَرُسوُلِهللا َصىَّلُهللا َعَل َك ْل َف َأ ِمْن ِبي َحِنيَف َة ْيَسبمكروه َما ُحِكَي َعْن َأْص َحاِب َأ َّن الَّضَّب َحاَلٌل َل ْلُمْسِلُموَن َعىَل َأ ْجَمَع ا َوَأ َك َراَهِتِه “Dan umat Islam telah ijma’ bahawa memakan dhab adalah halal bukannya makruh sepertimana yang disebut oleh ashab (ulama’) bermazhab Abu Hanifah bahawa ia adalah makruh.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 93-94/13] Antara dalil yang digunapakai oleh para ulama dalam mengharuskan memakan dhab adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Sumber: emirates247.com 11 Sumber: Faisal_KELATE
Para ulama' dalam menentukan hukum memakan daging arnab terbahagi kepada dua pandangan. Pandangan yang pertama, kebanyakan ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menghalalkan umat Islam memakan daging arnab. Berdasarkan riwayat Anas bin Malik yang berkata: "Suatu hari, kami berada di satu tempat dan terserempak dengan seekor arnab. Sebahagian daripada kami telah mengejarnya hingga dapat. Lantas aku mengambil haiwan itu dan membawanya kepada Talhah. Talhah telah menyembelih haiwan itu dan menghantar bahagian pehanya kepada Baginda Nabi SAW. Nabi SAW menerima pemberian itu tanpa berkata apa-apa. (Bukhari dan Muslim) Hadis ini membuktikan bahawa daging arnab halal dimakan kerana Nabi SAW tidak menegah sahabat ketika mereka menghadiahkan bahagian peha haiwan itu kepada Baginda. Jika ia haram dalam Islam, nescaya Baginda Nabi SAW akan terus menegah mereka dari terus memakannya. Secara pastinya al-Quran akan pantas turun kepada Baginda sebagai peringatan. Namun, hal itu tidak berlaku. Maka hukum memakan daging arnab adalah halal tanpa perlu dipertikaikan lagi. ARNAB Pandangan kedua, Abdullah bin Amru berpendapat hukum memakan daging arnab adalah makruh kerana Nabi SAW sendiri tidak memakannya. Ia dapat dibuktikan menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Khuzaimah ibn Juz: "Suatu hari aku bertanya kepada Nabi SAW, apakah pandangan mu berhubung arnab? Jawab Baginda Nabi SAW: Aku tidak makan dan tidak pula aku mengharamkannya." (Riwayat Ibn Majah) Berdasarkan dua pandangan itu, maka pandangan pertama adalah lebih tepat berdasarkan hadis sahih yang menunjukkan tiada sebarang larangan untuk memakan daging arnab. Kaedah fekah juga secara jelas menyebut: "Asal pada setiap perkara itu adalah harus sehinggalah terdapat dalil yang mengharamkannya." 12
Arnab adalah sejenis haiwan mamalia yang dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus. Ia mempunyai gigi kacip tengah yang agak menonjol serta mempunyai kaki belakang yang agak besar berbanding kaki depan. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan. ARNAB Hukum memakannya adalah halal di sisi jumhur. Ini berdasarkan hadis Anas R.A yang berkata: ِإىَل الَّنِبِّي ال : ِبَفِخِذَها ْو َق ، َفَذَب َحَها َوَبَعَث ِبَو ِرِكَها - َأ َة َح َبا َطْل َأ َخْذُتَها َوِجْئُت ِبَها َقْوُم َف َلَغُبوا ، َف َأ ْل ًبا َفَسَعى ا ْرَن َأ ْنَفْجَنا َأ ُه َل ْيِه َوَسَّلَم َفَقِب َصىَّل ُهَّللا َعَل Maksudnya: Kami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapat menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagiannya kaki atau pehanya kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menerimanya. Riwayat al-Bukhari (2572) Muhammad bin Safwan (atau Safwan bin Muhammad) berkata: ْكِلِهَما َأ َم َرِني ِب َبْيِن َفَذَبْحُتُهَما ِبَمْرَوٍة ، َفَسَأْلُت َرُسوَل ِهللا صىل هللا عليه وسلم َعْنُهَما َف َأ ْرَن اَّصْدُت َأ Maksudnya: Aku memburu dua ekor arnab dan aku sembelihnya di Marwah. Maka aku bertanya Rasulullah SAW lantas beliau memerintahkan aku makan kedua-duanya. Riwayat Abu Daud (2822), Ibn Majah (3175) dan al-Nasa’ie (4239) Hukum Memakan Daging Arnab Sumber: (Muhadi, 2018) Sumber: Ohmedia.my 13
TELUR PENYU Imam al-Nawawi berpendapat bahawa telur yang datangnya dari haiwan halal dimakan adalah suci secara ijmak. Bagi telur dari haiwan yang haram dimakan pula mempunyai dua pandangan, dan antaranya berpendapat kuat bahawa telur tersebut dikira masih suci. Selain itu, dinyatakan dalam kitab al-Majmuk', misalnya kita berpendapat bahawa telur tersebut masih suci, maka ia dihalalkan untuk dimakan tanpa sebarang khilaf. Hal ini kerana telur itu adalah suci dan tidak jijik. ا َأْلْصُل ِفي ا َأْلْشَياِء ا ِإْل َباَح ُة َحَّتى َيُدُّل الَّدِليُل َعىَل الَّتْح ِريِم Dinyatakan oleh al-Qalyubi, kesemua jenis telur adalah suci, walaupun ianya berasal daripada haiwan yang haram dimakan dagingnya, akan tetapi makanan yang memudaratkan tetap haram dimakan seperti telur ular. Bagi pernyataan lain, iaitu dari Syeikh Nawawi al-Jawi, mengatakan bahawa apabila telur tersebut telah rosak sehingga ianya tidak boleh lagi berkembang untuk menetas, akan dianggap najis, sama juga dengan telur haiwan daripada bangkai. Dalam sebuah buku karya al-Dimyati, dijelaskan pandangan mazhab Syafi'ie mengenai telur haiwan. Menurut pandangan ini, telur haiwan dianggap suci seperti air mani, walaupun ia berasal dari haiwan yang tidak halal untuk dimakan. Syaratnya adalah telur tersebut tidak boleh membahayakan. Selain itu, Syeikh alJamal juga menyatakan bahawa beberapa jenis telur, seperti telur burung helang, telur burung gagak, telur burung hantu, telur penyu, dan telur buaya, halal untuk dimakan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semua jenis telur termasuk telur penyu adalah halal dan harus dimakan kecuali ada bukti yang bertentangan seperti memudaratkan kepada orang yang memakannya. Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).” Al-Asybah wa al-Naza’ir Sumber: Getty Images 14
T U PA I Secara umum, terdapat dua pendapat yang berbeza di kalangan ulama mengenai hukum memakan daging tupai. Pendapat pertama menyatakan bahawa daging tupai boleh dimakan. Pendapat ini diikuti oleh beberapa ulama Syafi'i dan dipandang sahih, sebagaimana yang diumum oleh Imam alNawawi. Tambahan pula, Daud alFatani turut menggolongkan tupai sebagai salah satu haiwan darat yang halal untuk dimakan. HARUS? Terdapat lebih 300 spesies tupai. Ia membentuk keluarga Sciuridae, dan salah satu terbesar ialah rodensia. Tupai memakan beri, buah-buahan, cendawan, dan pelbagai bijirin. Ia juga memakan serangga, telur burung, dan burung muda. Selain itu, daging tupai merupakan hidangan biasa di sesetengah restoran. Untuk mengelakkan risiko dijangkiti penyakit Creutzfeldt-Jakob (CJD) dan penyakit lain daripada tupai yang dijangkiti, tupai biasanya diburu semasa musim sejuk dan otaknya tidak dimakan. Secara umum, daging tupai selamat dan kaya dengan protein dan vitamin penting lain. Berdasarkan Syeikh al-Islam Zakaria alAnsari, tupai halal dimakan kerana tupai adalah daripada jenis-jenis rubah. Manakala rubah pula termasuk dalam haiwan yang bertaring tetapi taringnya lemah dan tidak digunakan untuk memangsa. Oleh sebab itu, ia halal dimakan. Selain itu, ada kemungkinan juga hukum memakannya adalah harus kerana ia menyerupai yarbu' (tikus gurun). Apabila ada ketidakpastian (yakni ragu-ragu) antara dua hukum yang mengharuskan atau mengharamkan, maka yang didahulukan adalah hukum harus kerana ia adalah hukum yang asal dan keumuman pada nas menghendakinya. Sumber: Astro Awani 15
HARAM? Pendapat kedua ialah makan daging tupai adalah haram. Ini adalah salah satu pendapat Syafi'i yang dipetik oleh Imam al-Nawawi dalam bukunya, menurut pendapat Abu Yusuf al-Hanafi dan Muhammad Arshad al-Banjali. Kenyataan Muhammad Arsyad al-Banjari menjelaskan dalam tulisannya yang menyenaraikan tupai ini tergolong dalam kategori haiwan yang dilarang dimakan dagingnya. Abu Yusuf juga berkata, tupai termasuk dalam kumpulan haiwan liar iaitu pemangsa seperti musang. Oleh itu, daging tupai tidak boleh dimakan, kerana ia mempunyai taring, dan termasuk dalam hadith, yang mengharamkan semua haiwan bergigi. وأما السمور والسنجاب والفنل... والقاقم ... والحواصل ففيها وجهان )الصحيح( المنصوص أنها حالل )والثاني( أنها حرام Maksudnya: “Adapun musang buah, tupai, fanal[2]…qaqum[3] dan hawasil[4].(Hukum memakan haiwan-haiwan tersebut), ada dua pendapat. Pendapat yang sahih sebagaimana yang telah dinaskan hukumnya adalah halal. Manakala pendapat yang kedua mengatakan hukumnya adalah haram.” Imam al-Nawawi َفَنِك َوالَّسُّمو ِر َوالَّدَلِق : ُكُّل َشْيٍء ِمْن ْل الِّسْن َجاِب َوا َهَذا َسُبٌع ِمْثُل الَّثْعَلِب َواْبِن ِعْرٍس اَل ُيْؤَكُل َلْحُمُه َأِلَّنُه َب ِر َخ ْل َيْد ُخُل ِفي ُعُموِم ا ِمْن َذَواِت الَّناِب َف Maksudnya: “Tupai, musang fennec, musang buah, dan dalaq (sejenis musang). Kesemua haiwan ini adalah tergolong dalam kumpulan haiwan buas (pemangsa) seperti musang. Tidak boleh dimakan dagingnya kerana haiwan-haiwan tersebut memiliki taring. Maka, ia termasuk dalam keumuman hadis (yang mengharamkan semua haiwan yang bertaring)”. Abu Yusuf TUPAI Sumber: WallpaperBetter Sumber: Lestari Pamella 16
Muhammad bin Abdullah al-Utabi al-Basri al-Akhbari al-Sya'ir dalam kitab Tarikh Ibn Khallikan memberikan definisi yang terperinci tentang zirafah. Beliau menjelaskan bahawa zirafah adalah binatang berkaki empat yang merupakan gabungan dari tiga jenis haiwan, iaitu unta betina liar, lembu betina, dan dubuk jantan. Dengan kata lain, zirafah mempunyai ciri-ciri unta, lembu, dan dubuk dalam tubuhnya. Zirafah dikenali sebagai mamalia tertinggi di daratan dengan ketinggian mencapai 4.8 meter. Walau bagaimanapun, ada juga individu zirafah yang dapat mencapai ketinggian lebih tinggi, sehingga 5.5 meter, setara dengan 16 hingga 18 kaki. Ketinggian yang mencengangkan ini menjadikan zirafah unik dengan tinggi yang luar biasa di kalangan haiwan darat. Selain itu, berat zirafah juga merupakan pencapaian yang mengagumkan. Zirafah dewasa dapat mencapai berat sehingga 900 kilogram, setara dengan kira-kira 2000 paun. Walaupun zirafah betina cenderung memiliki ketinggian yang sedikit lebih rendah, mereka juga biasanya lebih ringan berbanding zirafah jantan. Dalam keluarga zirafah, terdapat hanya dua spesies yang diiktiraf, iaitu Okapi (Okapia johnstoni) dan Zirafah (Giraffa). Okapi merupakan spesies yang jarang dan unik, dengan corak belang-belang putih dan hitam pada tubuhnya. Sementara itu, Zirafah adalah spesies yang lebih dikenali dan memiliki corak belang-belang yang lebih menonjol serta leher yang lebih panjang. Z I R A F A H Daun acacia dan aprikot liar, pucuk, buah dan dedaunan merupakan diet zirafah. Giginya yang jarang seperti pengerat memudahkan mereka untuk memakan tumbuhan seperti daun pada dahan-dahan pokok. 17
Kesimpulannya, permasalahan mengenai hukum memakan daging zirafah adalah diharuskan. Hal ini kerana zirafah merupakan sejenis haiwan herbivor tidak bertaring. Imam Al-Nawawi dalam kitabnya iaitu Majmu' Syarah Muhazzab dan Imam Abu Ishak Al Syirazi dalam kitabnya iaitu Al-Tanbith menyatakan bahawa hukum memakan daging zirafah adalah haram. Al-Imam AlQadhi Abu Al Khattab AlHambali juga mengatakan bahawa hukum memakan daging zirafah adalah haram. Terdapat pandangan yang berbeza dalam hukum memakan zirafah. Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza dalam menentukan hukum umat Islam untuk memakan zirafah. Dalam kitab 'Hayat Al-Hayawan Al Kubra', Imam Al-Damiri menyatakan bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu hukum memakan zirafah iaitu yang pertama adalah haram. Terdapat dua ulama yang menjatuhkan hukum memakan zirafah adalah haram iaitu : Namun begitu, sesetengah ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hukum memakan daging zirafah. Berdasarkan fatwa Syeikh Taqiyuddin Ibni Abi al-Dam al Hamwi, beliau memetik fatwa Qadhi Hussain AlShafie. Pendapat ini dikatakan muktabar sepertimana difatwakan oleh Imam Al Baghawi. ''Aku mengatakan ianya halal dimakan kerana ia mirip dengan binatang yang halal dimakan iaitu unta dan lembu.'' Al Imam Al-Damiri turut bersependapat mengatakan bahawa hukum memakan daging zirafah adalah harus. Pendapat tersebut adalah daripada Mazhab Imam Ahmad dan Imam Malik serta Imam Abu Hanifah. Sumber: Google 18
Belangkas atau ketam tapak kuda merupakan haiwan invertebrata yang hidup di kawasan pantai dan perairan sekitarnya. Mereka tergolong dalam kelas Merostomata, yang termasuk dalam kelompok Arthropoda. Belangkas biasanya ditemui di habitat seperti muara sungai, pantai berpasir, paya bakau, dan hutan bakau. Mereka hidup di tempat-tempat yang berair atau berlumpur, seperti dalam lubanglubang atau terowongan yang mereka gali di tepi pantai atau di dasar perairan dangkal. Belangkas mempunyai dua cakar kuat yang terletak di depan, yang mereka gunakan untuk mencari makanan, melindungi diri, dan menggali lubang. Belangkas juga memiliki cangkerang luar yang keras untuk melindungi tubuh mereka. Tahap matang untuk belangkas adalah sekitar 9 hingga 12 tahun dan kebiasaannya belangkas betina akan lebih besar berbanding belangkas jantan. Berdasarkan data yang dilakukan di Sabah, tubuhnya boleh mencapai saiz sehingga 66.5 cm panjang sehingga ke ekor bagi yang betina. Darah belangkas tidak berwarna tetapi jika darahnya terdedah dengan udara (oksigen) ia akan bertukar menjadi warna biru. Darah belangkas mendapat permintaan yang tinggi di sektor perubatan kerana digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. BELANGKAS Limulus polyphemus Carcinoscorpius rotundicauda Sumber: Natural History Sumber: Natural History Sumber: Natural History 19
Terdapat empat spesies yang wujud di seluruh dunia dan tiga di antaranya boleh dijumpai di Malaysia. Tachypleus tridentatus, tachypleus gigas dan carcinoscorpius rotundicauda adalah spesies yang boleh didapati di Malaysia. Tachypleus tridentatus Tachypleus gigas Sumber: Natural History Sumber: Natural History "Adakah belangkas Halal untuk dimakan?" Belangkas adalah hidupan di dalam air kerana ia bernafas menggunaka insang dan hanya kedarat untuk bertelur. Oleh itu, belangkas temasuk dalam binatang bahri atau ma’i. Berdasarkan umum nas hadis Nabi SAW: ْلِحُّل َمْيَتُتُه ُهَو الَّطُهوُر َماُؤُه، ا Maksudnya: Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasa’ie, Ibn Majah) Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanannya.” (Surah al-Ma’ida: 96) َبْح ِر َوَطَعاُمُه ْل ِحَّل َل ُكْم َصْيُد ا ُأ Berdasarkan hadis ini, Syeikh Abdullah bin Bassam menyatakan bahawa, semua bangkai haiwan yang hidup di lautan adalah Halal. Kenyataan ini diperkuatkan dengan firman Allah SWT: Melihat kepada pemerhatian, kebanyakan rakyat Malaysia yang memakan belangkas tidak menunjukkan kemudaratan atau keracunan terhadap mereka. Maka ini menjadi bukti yang kukuh tentang keharusan memakan belangkas kerana tidak memudaratkan kesihatan kita. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW: اَل َض َرَر َوال ِض َرار Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” (Riwayat Ibn Majah, no. 2341) 20
Dalam mazhab Syafi’i, makan cacing tidak dibenarkan kecuali makanan yang berasal dari makanan yang suci, seperti keju, cuka, kacang hijau, buahbuahan, dan lain-lain. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa terdapat tiga pendapat ulama dalam mazhab Syafie berkenaan kemampuan cacing dan pendapat pertama menyatakan boleh. Pendapat kedua tidak dibenarkan kerana ia akan bercanggah dengan pendapat pertama. Jika hendak makan, menurut pendapat ketiga kena makan bersekali dengan isinya. Dalam pandangan ini, Al-Khatib alSyirbini menjelaskan bahawa dalam mazhab Syafi'i, cacing yang terdapat dalam cuka, keju, dan buah-buahan hanya boleh dimakan jika dimakan bersama makanan tersebut. Begitu juga, jika cacing tersebut mati dalam makanan yang halal dimakan, ada pendapat yang kuat yang membenarkannya. Ini disebabkan oleh sukarnya memisahkan cacing dari makanan tersebut. Namun, jika seseorang dapat memisahkan cacing dari epal, maka tidak halal untuk memakan mereka bersama-sama. Pendapat ini jelas menurut Ibn Syahbah iaitu tidak ada kesukaran untuk memisahkan cacing dari makanan tersebut. Ulat Buah Kebenaran memakan cacing dalam buah-buahan adalah berdasarkan syarak: ِبٌع ا ِبُع َت الَّتا “(Hukum bagi) sesuatu yang mengikutinya adalah sesuai dengan (ketetapan asalnya).”[7] (Al-Asybah wa al-Naza’ir by al-Suyuti, 1/117). Cacing yang terdapat dalam buahbuahan dianggap sebagai tambahan yang bermaksud bahawa hukum ,)تابع) cacing tersebut mengikuti hukum asal buah tersebut. Dalam hal ini, cacing dianggap halal untuk dimakan asalkan dimakan bersama-sama buah itu sendiri kerana ia mematuhi hukum asal makanan tersebut, iaitu halal. Namun, perlu diingat bahawa memakan cacing yang bukan dari makanan tersebut adalah dilarang Sumber: SinTa Sumber: Citra Widani 21
Ulat Sagu Ulat sagu berasal dari sejenis kumbang yang hidup pada batang sagu, pokok sagu, pokok mulong, atau pokok pantu. Ia biasanya menghuni pada batang pokok tua yang telah reput. Apabila di berada di dalam pokok tersebut, akan ada larva yang berasal dari telur kumbang. Kemudian larva tersebut membesar menjadi menjadi ulat yang kemudiannya berubah menjadi kumbang dewasa. Cacing Sagu mempunyai badan berwarna putih dan berkepala coklat. Bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad AlBakri memberi amaran sambil menjelaskan bahawa cacing sagu atau cacing mulong adalah haram kerana dianggap jijik oleh ulama mazhab Syafie. Sebagai tambahan, Jabatan Mufti Negeri Sarawak memutuskan bangkai haiwan yang telah lama mati adalah haram kerana dikategori sebagai bangkai. Selain itu, memakan ulat itu dianggap sebagai najis dan jijik. Islam menggalakkan umatnya memakan makanan yang halal dan baik menurut firman Allah SWT: ْلَخَباِئَث ْيِهُم ا َوُيِحُّل َلُهُم الَّطِّيَباِت َوُيَحِّرُم َعَل “Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.” [11] (Surah al-A‘raf: 157) Sumber: Riska Fitria 22
U l a r Ula r m e r u p a k a n s e j e nis r e p tilia k a r niv o r y a n g m e miliki ciriciri yang menarik. Mereka memiliki tubuh yang dilapisi oleh sisik yang saling bertindih, memberikan perlindungan dan kelenturan yang penting bagi kehidupan mereka. Tengkorak ular memiliki banyak sendi yang fleksibel, yang memungkinkan mereka untuk menelan mangsa yang jauh lebih besar daripada ukuran tubuh mereka. Salah satu hal menarik tentang ular adalah mereka tidak memiliki kelopak mata yang terlihat seperti manusia atau mamalia lainnya. Meskipun tidak memiliki kelopak mata yang dapat berkedip, ular masih memiliki penglihatan yang baik dan mampu mengesan pergerakan di sekitarnya. Ular memiliki telinga internal yang peka terhadap getaran dan suara di sekitarnya. Ular mempunyai bisa yang merupakan senjata untuk membunuh mangsa atau dalam situasi ketika mereka merasa terancam dan perlu membela diri. Bisa ular mengandung racun yang dapat menyebabkan kerosakan pada sistem saraf atau organ dalam mangsa mereka. 2 3
Menurut para ulama', mereka menyatakan bahawa memakan binatang yang jijik, hukumnya adalah haram. ْلَخَبآِئَث ْيِهُم ا َحِّرُم َعَل ُي ِحُّل َلُهُم الَّطِّيَباِت َو ُي َو “Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkan).” (Qs. Al A’araf: 157) Ular merupakan salah satu binatang yang dikategori sebagai binatang fasiq seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW: ُة َفاَر ْل ْلُغَراُب ا َألْبَقُع َوا َوا ُة ْلَحَّي ْلَحَرِم ا ْلِحِّل َوا َواِسُق ُيْقَت ْلَن ِفى ا َخْمٌس َف َدَّيا ُح ْل ْلَعُقوُر َوا ْل َكْلُب ا َوا “Lima binatang fasiq yang boleh dibunuh baik sedang berada di tanah halal atau tanah haram, yaitu: ular, burung gagak berwarna belang, anjing gila dan helang.” (Riwayat Muslim) Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa para ulama' bersepakat bahawa binatang yang menjijikkan seperti ular dan kala jengking adalah haram dan sekiranya umat Islam pernah memakannya perlu bertaubat. Sekiranya terdapat di antara umat Islam yang pernah memakan binatang tersebut namun tidak bertaubat maka mereka adalah orang fasik yang telah melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT. (Majmu’ Fatwa Ibnu Taimiyyah). 24
Kala Jengking Kala jengking ialah araknid berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa. Terdapat 1752 spesies kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan tiga belas keluarga dikenali sehingga hari ini. Walaupun kala jengking dikenali sebagai berbisa, hanya 25 spesies mempunyai bisa yang dapat membunuh manusia. Walaupun pada umumnya diketahui bahawa kala jengking ini habitatnya di gurun, ianya juga seringkali dapat ditemui di hutanhutan, kawasan berbatu, atau bahkan di dalam rumah manusia. Binatang seperti ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudharatkan adalah haram dimakan kerana ianya disunatkan untuk dibunuh. Hal ini kerana adanya hadis yang telah menghukumnya sunat untuk dibunuh. لُب الَعُقوُر ْل َك ، َوا َر ُة ، َوالَعْقَرُب، َوالَفْأ ُة ْلِحَدأ ْلَحَرِم: الُغَراُب، َوا ُهَّن فَاِسٌق، ُيْقَت ْلَن ِفي ا َخْمٌس ِمَن الَّدَواِّب ُكُّل Maksudnya: “Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas.” Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198) Sumber: Wike Sulistiarmi 25 Sumber: Nurul Intaniar
MONYET Monyet merupakan sejenis binatang yang buas dan berpotensi untuk membahayakan manusia seperti menyerang dan menggigit manusia. Dari Abu Tsa'labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring. (Hadith riwayat Muslim) Perlu diketahui bahawa hadis ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam AtTamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim AlJauziyah dalam I'lamul Muwaqqi'in (2/118-119) Maksudnya binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya maka semua itu haram dimakan. (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam AlBaghawi). 26
PENYU Kitab Fiqh Islam wa Adillatuhu: Dalam Bab haiwan Dua Alam (البرمائي الحيوان:( قال الحنفية والشافعية: ال يحل أكلها؛ ألنها من الخبائث Bermaksud: Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafie: Tidak halal memakannya iaitu haiwan dua alam yang hidup di air dan darat kerana jijik dan kotor. (Fiqh Islam wa Adillatuhu 4/332) Dalam petikan Mausuah Fiqhiyyah, menjelaskan bahawa penyu adalah haiwan yang hidup dua alam (البرمائي,( “Dan diharamkan oleh Mazhab Imam Syafie haiwan (البرمائي (iaitu haiwan yang boleh hidup di dalam air dan darat” (Mausuah Fiqhiyyah: 5/130) Penyu merupakan salah satu jenis daripada Cheloniodea, iaitu sejenis reptilia order Testudines. Haiwan ini mempunyai tujuh spesies, iaitu Penyu Hijau, Penyu Tempayan, Penyu Karah, Penyu Pipih, Penyu Belimbing, Penyu Lipas dan Penyu Kempi. Ia tergolong dlam haiwan vertebrata, iaitu haiwan yang bertulang belakang, yang sama dengan reptilia lain seperti ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan juga tuntung. Di bahagian yang tidak mempunyai cengkerang, penyu juga mempunyai kulit yang bersisik. Tambahan lagi, ia bernafas melalui paruparu dan suhu badan penyu juga mengikut suhu persekitaran mereka. Dalam kitab Tuhfatul al-Ahwazi menyatakan bahawa dari pandangan daripada Mazhab Al-Syafie iaitu untuk kehidupan dua alam, dimana haiwan yang hidup di air dan darat terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, haiwan seperti katak dan buaya adalah diharamkan untuk dimakan. Kedua, haram untuk dimakan jika kotor dan jijik (االستخباث ,(serta juga kemudharatan dan haiwan yang mempunyai racun seperti ular, penyu dan kala jengking. HUKUM MEMAKAN PENYU Sumber: Berita Harian 27
Pada pandangan seorang Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), iaitu Dr. Muhammad Hafiz Borkhanuddin, beliau berpendapat bahawa daging penyu ini boleh mengakibatkan penyakit kronik sehingga menyebabkan kematian kepada sesiapa yang memakan daging haiwan tersebut. Keadaan ini terjadi kerana daging penyu mengandungi logam berat tinggi yang banyak dan ia melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa. Jika dimakan boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit ginjal, barah hati, dan perkembangan janin juga boleh terkesan. Tambahan lagi, di dalam daging penyu juga mengandungi bakteria, parasit, biotoksin dan adanya tempat bakteria berkumpul yang terjadi apabila berlaku pencemaran alam sekitar. Daging penyu membawa MAUT? Secara amnya, memakan daging penyu atau telurnya ini akan memberikan kesan kepada kesihatan, kerana ia telah dijangkiti patogen zoonotik. Hal ini termasuklah ciritbirit, muntah dan dehidrasi yang melampau. Pada 30 November 2021, di Pulau Pemba, Tanzania, terdapat satu berita di dalam Astro Awani yang menunjukkan sekurang-kurangnya 7 orang terkorban, yang melibatkan seorang kanak-kanak yang berumur 3 tahun, dan keadaan ini terjadi apabila dia memakan daging penyu. Daging penyu telah diharamkan untuk dimakan setelah didapati ia mengandungi bahan toksik, walaupun hidangan tersebut sering dinikmati oleh penduduk di kepulauan negara tersebut. Sumber: Astro Awani, 2021 28
DAGINGKELDAI Ibn Qudamah menyatakan lagi bahawa telah jelas akan sebab keharamannya, iaitu kerana ia memakan kotoran berdasarkan riwayat Abdullah bin Abi Aufa. (Lihat alMughni, 9/407) Di dalam riwayat Ibn Abi Aufa ada menyatakan bahawa : نا أَّنه إَّنما َنهى َعْنها ألَّنها َلْم ُت َخَّمْس، وقاَل َت َحَّدْث َف ُكُل الَعِذَرَة ْأ َبْعُضُهْم: َنهى َعْنها الَبَّتَة ألَّنها كاَنْت َت Maksudnya : “Kami telah berbahas mengenai larangan (pengharaman) tersebut, bahawa ia dilarang kerana ia tidak termasuk bahagian seperlima ghanimah. Manakala sebahagian yang lain berpendapat, ia dilarang kerana memakan kotoran.” [HR al-Bukhari (4220) dan Muslim (1937)] Manakala Anas bin Malik R.A meriwayatkan pada hari khaibar bahawa Rasulullah SAW meminta penyerunya untuk menyampaikan kepada manusia : ِرْجٌس َّنَها ِإ َف ُحُم ِر ْل ُحوِم ا ُه َيْنَهَياِن ُكْم َعْن ُل إَّن َهَّللا َوَرُسوَل ْو َنِجٌس َأ Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan rasulNya melarang kalian semua daripada memakan daging keldai kerana ia adalah kotor atau najis.” [HR al-Bukhari (4198) dan Muslim (1940)] Keldai ahli (dipelihara atau domestik) adalah haram dimakan. Imam al-Nawawi telah menyatakan bahawa ini adalah merupakan pendapat mazhab Syafie, majoriti ulama sama ada dalam kalangan salaf, mahupun khalaf. Dan al-Khattabi telah mengatakan bahawa ia adalah merupakan pendapat seluruh ulama (‘ammah al-Ulama). (Lihat al-Majmu’ Syarh alMuhazzab, 9/6) Ibn Qudamah ada menukilkan daripada Ibn Abd al-Bar bahawa tiada khilaf dalam kalangan para ulama Muslimin pada hari ini akan keharamannya (daging keldai peliharaan). Dan para sahabat meriwayatkan daripada Nabi SAW tentang pengharaman daging tersebut ialah Ali Bin Abi Talib, Abdullah bin Umar, Abdullah bin ‘Amr, Jabir, al-Bara’, Abdullah bin Abi Aufa, Anas dan Zahir al-Aslami dengan sanad-sanad yang sahih lagi baik. (Rujuk al-Mughni, 9/407) Larangan ini adalah berdasarkan kepada riwayat Ali bin Abi Talib R.A bahawa katanya: ساِء َم َنهى عن ُمْتَعِة الِّن َّل أَّن َرسوَل ِهللا َصىّل ُهَّللا عليه وس اإلْنِسَّيِة ُحوِم ال ُحُم ِر َيوَم َخْيَب َر، َوَعْن ُل Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada hari Khaibar telah melarang daripada nikah mut’ah dan daripada (memakan) daging keldai peliharaan.” [HR al-Bukhari (4216) dan Muslim (1407)] Begitu juga dengan riwayat daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, katanya: األْهِلَّيِة ُحوِم ال ُحُم ِر َنهى النبُّي صلى الله عليه وسلم عن أْكِل ُل Maksudnya : “Nabi SAW telah melarang daripada memakan daging keldai peliharaan.” [HR al-Bukhari (4218) dan Muslim (561)] KENAPA DAGING KELDAI PELIHARAAN HARAM ? 29
Gajah merupakan mamalia besar yang terkenal sebagai haiwan pemakan tumbuhan. Mereka dapat dijumpai di hutan, paya, dan gurun. Salah satu ciri unik gajah adalah hidungnya yang panjang, yang berfungsi untuk bernafas, meminum air, dan mengambil objek. Gigi depan mereka tumbuh menjadi gading yang berharga, digunakan sebagai senjata dan alat untuk mencungkil dan menggali. Cuping telinga yang besar pada gajah juga berperanan penting dalam mengawal suhu tubuh mereka. GAJAH HALAL ATAU HARAM? Para ulama' berbeza pandangan di dalam hal ini. Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ menyatakan gajah haram untuk di makan di sisi mazhab al-Syafi’ie. Pandangan yang sama juga diutarakan oleh Abu Hanifah, al-Kufiyyun dan alHasan. Manakala al-Sya’bi, Ibn Syihab dan Malik membenarkan untuk di makan. Menurut jumhur ulamak dalam kalangan mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali, daging gajah haram untuk dimakan kerana gajah tergolong dalam binatang bertaring. GAJAH HARAM DIMAKAN? Hadith daripada Abu Tsa’labah alKhusyani RA menyatakan: َم َنَهى َعْن َّل ْيِه َوَس َّن َرُسوَلِهللا َصىَّلُهللا َعَل َأ ِع اٍب ِمَن الِّسَبا ْكِل ُكِّل ِذي َن َأ Maksudnya: “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas” 30
Manakala Imam Malik memakruhkan tanpa mengharamkannya dengan hujah firman Allah SWT: ًما َع ٰىَل َطاِعٍم َيْطَعُمُه َلَّي ُم َحَّر وِحَي ِإ ُأ ِجُد ِفي َما ُقل اَّل َأ ُه َّن ِإ َف ٍر ْو َلْحَم ِخن ِزي َأ ْو َدًما َّمْسُفوًحا ُكوَن َمْيَتًة َأ ن َي ِإاَّل َأ ِبِه ِهَّل ِلَغْي ِرِهَّللا ُأ ْو ِفْسًقا ِرْجٌس َأ Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah“. Menurut Mazhab Malik, binatang yang tidak disebut dalam ayat ini tidak haram dimakan. Adapun binatangbinatang yang bertaring, makruh untuk dimakan. Larangan Nabi SAW dalam hadis adalah larangan makruh, bukan larangan haram. Manakala mazhab al-Syafi’ie berhujah daripada Ibn Abbas dan selainnya melarang daripada makan binatang yang bertaring. Dalam riwayat Muslim menyebutkan “Setiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram”. P A N D A N G A N L A I N T E N T A N G H U K U M M E M A K A N G A J A H Dalam kitab Al-Umm, Imam Syafii berkata: َواَل َيْش َرُب في َعْظِم َمْيَتٍة َواَل َعْظِم َذِكٍّي اَل َواَل َيَتَوَّضُأ ْشَبَهُه َأِلَّن َأ ِفيِل َوا َأْلَسِد وما ْل ُيْؤَكُل َلْحُمُه ِمْثِل َعْظِم ا ِه بن َّل ْلَعْظَم َرَوى عبد ال ْلُغْسَل اَل ُيَطِّه َراِن ا الِّدَباَغ َوا ْن ُيَدَّهَن في ُمْدُهٍن من ُه سمع بن ُعَمَر َيْك َرُه َأ َّن َأ ٍر ِديَنا ُه َمْيَتٌة ِفيِل َأِلَّن ْل ِعَظاِم ا Maksudnya: Tidak diperkenankan berwudhu’ dan minum menggunakan tulang bangkai dan tulang haiwan yang disembelih yang tidak boleh dimakan dagingnya seperti tulang gajah, harimau dan sejenisnya. Hal ini kerana tulang haiwan tidak dapat disucikan dengan dibasuh atau dengan proses penyamakan. Abdullah bin Dinar menyatakan bahawa dia pernah mendengar Abdullah bin Umar tidak suka berminyak dengan minyak dari tulang gajah kerana ia merupakan bangkai. Imam al-Nawawi menyatakan di dalam al-Majmu’: Sebagaimana kami katakan bahawa mazhab al-Syafi’ie mengharamkan makan gajah. Pandangan ini selari dengan pandangan Abu Hanifah, Ahmad, Daud dan Jumhur. 31
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa daging anjing adalah haram untuk dimakan. Dalam hal ini, Muhammad al-Amin al-Shankiti menyatakan bahawa menurut semua ulama, memakan anjing adalah haram. S a esetengah n anjing j ditugas i kan n dengan g pelbagai jenis tugas, seperti membantu manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa manusia prasejarah telah mula menggunakan anjing sebagai pengawal. Anjing juga telah digunakan untuk mengembala dan memburu haiwan lain. Selama beribu-ribu tahun, baka seperti Collie, Commodore dan Puli telah dibiakkan sebagai mengawal kawanan biri-biri, kambing dan lembu. Anjing seperti spaniel setter dan terrier dibiakkan untuk membantu pelbagai jenis pemburuan. Kepintaran, kesetiaan dan kebolehan menjejak menjadikan anjing berguna sebagai pemburu dan pelbagai peranan lain. Sebagai contoh, polis menggunakan anjing untuk mengesan penjenayah, menghidu dadah dan bahan letupan tersembunyi serta digunakan secara meluas di dalam aktiviti mencari dan menyelamat. Sumber: Rahma Harbani Sumber: Redaksi Halodoc 32
Al-Amin al-Syanqiti menyatakan bahawa pendapat yang mengharamkan adalah berdasarkan daripada kebanyakan dalil yang ada. Antaranya, anjing ialah haiwan yang bertaring, dan memakan haiwan yangbertaringadalahdilarang. Anjing juga termasuk dalam kategori binatang yang diperintah untuk dibunuh, oleh itu, daging anjing adalah haram untuk dimakan. Terdapat hadis yang menyatakan, menurut Imam ibnu Hazm, dalam AlMuhalla (6/73-74), setiap binatang yang diperintahkan oleh Rasulullah supaya dibunuh maka tidak ada sembelihan baginya, karena Rasulullah melarang dari membazirkan harta dan tidak halal membunuh binatang yang dimakan. ُه ُه ثم لَيغِسْل ْق ُي ِر إذا وَلَغ الَكلُب في إناِء أحِدُكم فْل َسبَع َم ّراٍت Riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasululullah SAW bersabda: Maksudnya: “Apabila anjing meminum pada bekas salah seorang daripada kamu, maka tuanglah (yakni buang) air itu. Kemudian, basuhlah ia (bekas) sebanyak tujuh kali.” Pengharaman daging anjing juga disebabkan oleh najis yang ada padanya. Dalam hal ini, Imam alNawawi mengatakan bahawa menurut Syafi'i semua anjing adalah najis sama ada anjing yang terlatih, kecil atau besar, juga merupakan pendapat Al-Auzay, Abu Hanifa, Ahmad, Ishaq, Abu Taur dan Abu. Ubaid ُه ْن َيْغِسَل َأ َكْلُب، ْل َحِدُكْم ِإَذا َوَلَغ ِفيِه ا اِء َأ َن ِإ َطُهوُر واَلُهَّن ِبالُّتَراِب َسْبَع َم َّراٍت ُأ Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan (basuhan) yang pertama dengan tanah.” Sumber: Esra Dopita Maret 33
Sumber: UtusanTV Jelas menyatakan bahawa memakan khinzir atau babi adalah haram hukumnya. Kenyataan ini dikuatkan dengan firman Allah SWT: Khinzir atau babi adalah sejenis mamalia ungulata. Mamalia ungulata merupakan sekelompok mamalia yang rata-ratanya menggunakan hujung jari kaki untuk menampung berat badannya sambil bergerak. Khinzir memiliki muncung sebagai hidung, mata kecil dan ekor pendek yang bergulung, berkedut atau lurus. Fizikal khinzir berbadan montok, kaki pendek dan berbulu kasar. Khinzir mempunyai empat jari pada setiap kaki dengan dua jari tengah besar untuk memudahkan ia berjalan. Ia dikategorikan di dalam binatang maserba. Maserba atau omnivor adalah kelompok yang memakan daging dan tumbuhan untuk meneruskan kehidupan. ِر ْلِخن ِزي َوالَّدَم َوَلْحَم ا ْلَمْيَتَة ْي ُكُم ا َم َعَل َّر َما َح َّن ِإ Maksudnya: "dan binatangbinatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi. (Surah al-Baqarah: 173) Tetapi ada keringanan dalam bab memakan daging khinzir ini bagi orang islam jika seseorang itu dalam keadaan betul-betul dalam darurat dan tiada satupun makanan yang halal di sekelilingnya. Kenyataan ini dikuatkan dengan firman Allah SWT: َواَل َعاٍد ٍغ ِهَّل ِبِه ِلَغْي ِرِهَّللاۖ َفَمِن اْضُطَّر َغْيَر َبا ُأ َوَما ِإَّن َهَّللا َغُفوٌر َّرِحيٌم ْيِهۚ ْثَم َعَل َفاَل ِإ (Surah al-Baqarah: 173) Sumber: Wiktionary 34
Yersinia enterocolitica Sumber: UtusanTV Namun, dalam Islam, terdapat keringanan dalam hal memakan daging khinzir jika seseorang berada dalam keadaan darurat yang memaksa dan tidak ada pilihan makanan halal yang tersedia di sekelilingnya. Dalam keadaan ini, prinsip darurat yang dikenali dalam undang-undang Islam membolehkan individu mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka. Namun, penting untuk diingat bahawa ruhsah ini adalah situasi yang terbatas dan harus digunakan dengan bijak. Kriteria darurat sebenarnya sangat ketat dan hanya diterapkan dalam keadaan yang benar-benar kritikal di mana tidak ada alternatif makanan yang halal dan keadaan kehidupan seseorang terancam secara nyata. 35 Alasan mengapa daging khinzir atau babi ini diharamkan dalam Islam adalah kerana melalui satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Joseph Mercola, pakar kesihatan terkenal Amerika Syarikat mendapati daging khinzir atau babi boleh memberikan bahaya kepada kesihatan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Consumer Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel daging khinzir atau babi yang diuji di dalam makmal mengandungi bakteria berbahaya seperti Yersinia enterocolitica yang boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang serius. Warna: Warna daging khinzir seakan akan daging ayam dan lebih pucat berbanding daging haiwan yang lain. Serat: Serat daging lembu sangat jelas dan terlihat padat manakala serat daging khinzir terlihat samar-samar dan renggang. Lemak: Lemak daging khinzir lebih elastik dan sukar untuk dipisahkan dengan daging. Tesktur: Tekstur daging lembu lebih kaku dan padat manakala tekstur daging khinzir terlihat lembut dan elastik. PERBEZAAN DAGING KHINZIR Sumber: Health Jade
APA YANG HARAM TETAP HARAM Hukum haram dalam Syariah Islam adalah aturan yang berlaku secara menyeluruh. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan bagi setiap Muslim di dalam mematuhi syariat ini. Prinsip ini terpakai bagi semua individu, tanpa memandang ras, bangsa, kedudukan sosial, atau pangkat mereka. Allah SWT, sebagai Pencipta dan Pemilik segala sesuatu, menetapkan hukum haram yang berlaku bagi semua umat manusia. Ketetapan ini berdasarkan kebijaksanaan-Nya yang mutlak dan tidak ada ruang untuk pengecualian berdasarkan keinginan atau nafsu seseorang. Tidak ada kedudukan, gelaran, atau mana-mana institusi atau jabatan yang boleh memberi keizinan untuk mengubah hal yang diharamkan menjadi halal. Semua individu, tanpa kecuali, tunduk pada ketentuan dan syariat Allah SWT. Oleh karena itu, sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk memahami, menghormati, dan mentaati hukumhukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak diberikan keistimewaan untuk mengubah atau menghilangkan ketentuanNya berdasarkan kepentingan peribadi dan status sosial di dalam masyarakat. Semua hukum Allah SWT berlaku secara universal, adil, dan saksama. 36
Dalam rahmat dan belas kasihan daripada Allah SWT kepada manusia, sesungguhnya Dia tidak akan membiarkan manusia dalam kegelapan tanpa mengetahui tentang yang halal dan yang haram. Tetapi Alllah s.w.t telah menerangkan yang halal dan memperincikan yang dilarang. Terdapat suatu keadaan di tengah-tengah halal dan haram yang jelas, laitu suatu perkara syubhah (kesamaran), yang selalunya manusia terkeliru di dalam sesuatu perkara, iaitu masih samar tentang perkara halal dan haramnya. Tetapi perkara yang haram jelas haram dan perlu dielakkan. Masyarakat sering keliru, iaitu masih sangat kabur tentang halal dan haram terutama berkenaan dengan makanan. Ini mungkin disebabkan oleh terdapat banyak hujah dan dalil yang mengelirukan. Islam telah menjadikan garis panduan diri kepada orang Muslim untuk meninggalkan perkara yang syubhah supaya tidak terjerumus kemudiannya kepada perkara yang jelas tentang pengharamannya. Memelihara diri dari perkara yang syubhah kerana bimbang terjatuh ke dalam perkara yang haram ْي ُكْم َو َقْد َفَّصَل َل ُكم َّما َحَّرَم َعَل "Dan sebenarnya Allah SWT telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu" (Surah al-An'am: 119) 37
Astroawai (2021, November 30). Tujuh maut selepas makan hidangan daging penyu. https://www.astroawani.com/berita-dunia/tujuh-maut-selepas-makanhidangan-daging-penyu-333630 Republika Online (2022, September 3). 3 Alasan ini kuatkan keharaman daging anjing meski tak disebutkan Al quran. https://www.republika.co.id/berita/rhmiyz320/3-alasan-ini-kuatkan-keharamandaging-anjing-meski-tak-disebutkan-alquran AL-KAFI #319 Memakan Daging Gajah. https://maktabahalbakri.com/319- memakan-daging-gajah/ AL-KAFI #824: Daging Anjing. https://maktabahalbakri.com/824-daging-anjing/ AL-KAFI #465: Eating Sago Worm – Mulong Worm. https://maktabahalbakri.com/465-eating-sago-worm-mulong-worm/ AL-KAFI #326 : Hukum memakan daging keldai (Edisi kemaskini). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1362-alkafi-326-hukum-memakan-keldai AL-KAFI #687: Haiwan-haiwan yang haram untuk dimakan di dalam Islam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-alfatawi/2210-al-kafi-687-haiwan-haiwan-yang-haram-untuk-dimakan-di-dalamislam AL-KAFI #296: Umur dhab selama 700 tahun. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2727-irsyad-al-hadith-siri-ke-296- umur-dhab-selama-700-tahun Bakri, D. Z. M. A. (2022, March 28). #748 Memakan Landak Laut. https://maktabahalbakri.com/748-memakan-landak-laut/#_ftn9 AL-KAFI #432 Memakan Ulat dalam Buah. https://maktabahalbakri.com/432- memakan-ulat-dalam-buah/ AL-KAFI #454 Memakan Daging Kuda. https://maktabahalbakri.com/454- memakan-daging-kuda/ AL-KAFI #464 Makan Telur Penyu. https://maktabahalbakri.com/464-makan-telurpenyu/ AL-KAFI #530 Memakan Daging Tupai. https://maktabahalbakri.com/530- memakan-daging-tupai/ AL-KAFI #579 Makan Daging Penyu. https://maktabahalbakri.com/579-makandaging-penyu/ bibliografi
AL-KAFI #1513 : Hukum memakan tupai? Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3959-al-kafi-1513-hukummemakan-tupai AL-KAFI #1711 : Hukum Memakan Daging Kuda. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4469-al-kafi-1711-hukummemakan-daging-kuda Agroindustri ID (2017, February 23). 5 Perbedaan karakteristik daging babi dan daging sapi. https://www.agroindustri.id/perbedaan-karakteristik-daging-babidaging-sapi/ Manca, A., Mohamad, F., Ahmad, A., Afham Mohd Sofa, M. F., & Ismail, N. (2017). Tri-spine horseshoe crab, Tachypleus tridentatus (L.) in Sabah, Malaysia: the adult body sizes and population estimate. Journal of Asia-Pacific Biodiversity,10(3), 355–361. doi.org/10.1016/j.japb.2017.04.011 Kompas.com (2022, October 27). Mengenal kalajengking, hewan yang memiliki sengatan beracun. https://www.kompas.com/sains/read/2022/10/27/193000823/mengenalkalajengking-hewan-yang-memiliki-sengatan-beracun?page=all AL-KAFI #816 : Hukum makan arnab. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2618-al-kafi-816-hukummakan-arnab Natural History: The amazing horseshoe. (n.d.). Www.horseshoecrab.org. https://www.horseshoecrab.org/nh/species.html AL-KAFI #963: Hukum memakan belalang. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2884-al-kafi-963-hukummemakan-belalang Yusuf Al-Qaradhawi (2013). Halal dan haram dalam Islam. Pustaka Cahaya Kasturi. bibliografi
INDEX Abu Daud, 3, 7,12,19 AbuHurairah R.A, 3, 5, 33 Abu Ya'fur R.A, 4, 5 al-Asybahwa al-Naza'ir,14, 20 al - Tirmizi, 3 al -Nasa'ie, 3, 8,12,19 al - Majmu' Syarh al-Muhazzab, 6, 7, 8, 9, 29 Baghal, 8 Bangkai, 3, 4,14,19, 21, 31, 34, 35 Bersabda, 3, 5, 9, 33 Bertaring, 8,15,17, 25, 26, 30, 31, 33 Eksotik,1 Hadis, 7, 8,11,12,13,19, 26, 31, 33 HR al-Bukhari, 7,12,13, 24, 29 HR Muslim, 5, 7, 9,11,13, 23, 24, 25, 29, 31 Fatwa, 6,17 Firman, 8,19, 21, 23, 31, 34, 35 Dalil,11,13,14, 33, 37 Darurat, 34, 35 Dhaif, 8
Ibn Majah, 5,12 13,19 Imam al-Damiri, 7 Imam al-Nawawi, 7, 8,10,14,15,17, 20, 26, 29, 30, 31 Imam AbuHanifah, 8,11,17, 30,31 Imam Baghawi,17, 25 Imam Malik,17, 31 Jumhur,10,12, 30, 31 Rasulullah SAW, 3, 5, 7, 8, 9,11,12, 23, 29, 33 Reptilia,10, 27 Riwayat, 3, 4, 5, 7, 8, 9,11,12,13,19, 23 Ulama', 6, 7, 8, 9,10,11,13,15,17, 20, 21, 23, 29, 30, 32 Khilaf, 6, 9, 29 Kitab, 9,14, 27 Saintifik, 3, 9,10 Surah,1, 3, 8,19, 21, 34, 35, 37 Taring, 8,15,17, 26, 30, 31, 33 INDEX