SEMBELIHAN
DAN
BURUAN ASAS ISLAM
Mohd Hasrul Yushairi | Hurin A'in Mohd Noor |
Siti Khairah Azaman | Nurul Sabarena Nazrin |
Nuraini Johari
Sembelihan dan Buruan Asas Islam
Cetakan Perrtama 2022
Hak Cipta Terpelihara © 2022. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan denga napa cara sekalipun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Penerbit FPHP Tourism Press, Universiti Teknologi MARA, Kampus Bandaraya Melaka,
75300 Melaka, Malaysia.
© 2022 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any
form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information
storage and retrieval system without permission in writing of the publisher FPHP Tourism Press,
Universiti Teknologi MARA, Melaka City Campus, 75300 Melaka, Malaysia.
Diterbitkan oleh/Published in Malaysia
FPHP Tourism Press
Faculty Hotel & Tourism Management
Universiti Teknologi MARA
Kampus Bandaraya Melaka
75300 Melaka
E-mel: [email protected]
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Mohd. Hasrul Yushairi, 1975-
SEMBELIHAN DAN BURUAN ASAS ISLAM / Mohd Hasrul Yushairi , Hurin A'inMohd
Noor, Siti Khairah Azaman, Nurul Sabarena Nazrin, Nuraini Johari.
Mode of access: Internet eISBN
978-967-25912-2-1
1. Slaughtering and slaughter-houses (Islamic law).
2. Hunting--Religious aspects--Islam.
3. Islam--Customs and practices.
4. Electronic books.
I. Hurin A'in Mohd. Noor, 1999-. II. Siti Khairah Azaman, 1999-.
III. Nurul Sabarena Nazrin, 1998-. IV. Nuraini Johari, 1997-.
V. Judul.
297.576
Set in Times New Roman
Reka bentuk: Penerbit FPHP Tourism Press
Reka letak: Penerbit FPHP Tourism Press
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 4
Maksud Sembelihan 6
Kategori Sembelihan 7
Syarat Sah Sembelihan 8
Jenis-Jenis Sembelihan 9
Hikmah Sembelihan 10
Rukun Sembelihan 11-12
Darurat 13
Perkara Sunat Ketika Sembelihan 14
Proses Sembelihan Ayam 15-16
Proses Sembelihan Lembu 17-18
Perkara Makruh Ketika Sembelihan 19
Binatang Yang Haram Dimakan 20
Masalah Sembelihan 21
Cara Rasulullah SAW Menyembelih 22-23
ISI KANDUNGAN
Pemburuan 25
Dalil Keharusan Berburu 26
Hikmah Disyariatkan Buruan 27
Pensyariatan Buruan 28-29
Perburuan Yang Halal dan Tidak Halal 30-31
Syarat-Syarat Buruan Menggunakan Binatang Buas 32-33
Bilakah Buruan Dianggap Sembelihan 34
4
PENGENALAN
Islam adalah agama yang menuntut penganutnya supaya
sentiasa akur serta taat terhadap semua hukum dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan penyediaan
makanan dan minuman halal.
Sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t. adalah haram
kecuali jika dalam keadaan darurat. Di antara rahmat dan
kasih sayang Allah s.w.t. terhadap umat Nabi Muhamaad
s.a.w. ialah memakan daging haiwan yang dapat memberi
faedah kepada tubuh badan serta akal fikiran. Allah swt
juga melarang malah mengharamkan memakan sesetengah
daging haiwan yang memudaratkan kesihatan tubuh badan
serta akal manusia.
Justeru, setiap umat Islam adalah dituntut untuk menikmati
makanan yang halal, berzat dan bermutu tinggi kerana
ianya memberi kesan yang baik kepada tubuh badan, akal
dan perilaku manusia. Hal ini kerana, makanan yang kita
makan itu bukan sahaja menjadi bahan kumuhan semata–
mata akan tetapi zat-zat makanan yang dimakan itu akan
meresap masuk ke dalam darah serta organ-organ yang lain
sekaligus memastikan kesihatan yang unggul dan
signifikan di dalam pembinaan jasmani, rohani, dan
perwatakan manusia.
Mohd Hasrul Yushairi
Hurin A'in Mohd Noor
Siti Khairah Azaman
Nurul Sabarena Nazrin
Nuraini Johari
23 Julai 2022
SEMBELIHAN
“Dan diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,
daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama
selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh,
yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang
sempat kamu menyembelihnya.” (al-Maidah: 3)
MAKSUD SEMBELIHAN 6
BAHASA: Potong, belah dan mencabut nyawa haiwan
ISTILAH: Menghilangkan nyawa binatang yang halal
dimakan dengan cara memutuskan urat halkum (saluran
nyawa) dan urat marih (saluran makanan) dengan
menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah swt.
Hukum menyembelih adalah wajib. Jika
kewajipan ini tidak disempurnakan dari
binatang itu mati tanpa disembelih atau
disembelih tidak mengikut syarak, maka ianya
dikenali sebagai bangkai. Hukum bangkai
adalah najis dan haram dimakan.
1.1 Sumber dari Google
KATEGORI SEMBELIHAN 7
Sembelihan Biasa
Sembelihan Dam
Sembelihan Korban
Sembelihan Akikah
Sembelihan Nazar
1.2 Sumber dari Google
"Adapun bagi sembelihan Korban, Akikah atau Dam
hanya sah dengan binatang An'am iaitu unta, lembu
atau kerbau dan kambing. Dan yang paling afdhal
sekali ialah unta kemudian lembu dan kemudian
kambing"
Sumber dari petikan artikel Asas Feqh Sembelihan dan Asas
Buruan
1.3 Sumber dari Google
8
1.4 Sumber dari Google
SYARAT SAH SEMBELIHAN
1.Penyembelih mestilah beragama Islam
2.Hendaklah dengan niat sembelihan kerana Allah
s.w.t.
3.Memutuskan kedua-dua urat halkum dan urat
marih dengan sekali sembelihan.
4.Menggunakan alat menyembelih yang tajam
seperti parang, pisau dan kaca, tetapi tidak boleh
menggunakan kuku, gigi, tulang dan sebagainya.
9
JENIS-JENIS SEMBELIHAN
Jenis sembelihan terbahagi kepada tiga iaitu:
Az-Zabhu An-Nahru Al-Aqru
Pengertian Memotong al- Memotong Sembelihan secara
Halqu (batang labbah (batang darurah (terpaksa)
leher sebelah atas leher sebelah
bawah haiwan)
haiwan)
Cara Sembelihan Menyembelih Menyembelih Mencederakan
semua jenis haiwan tertentu haiwan dengan
haiwan yang kecederaan yang
boleh ditangkap bagi membawa maut
(dikuasai) oleh menyegerakan pada mana-mana
manusia untuk bahagian badanya
disembelih keluarnya
lehernya yang
panjang
Jenis Haiwan Semua jenis Haiwan yang liar
haiwan (yang boleh
Unta dimakan) dan tidak
boleh ditangkap
tuannya
Jadual 1 Sumber dari petikan artikel Asas Feqh Sembelihan
dan Asas Buruan
10
HIKMAH SEMBELIHAN
1.Dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan
cepat dan membersihkan daging daripada darah yang mengalir
bagi menghindarkan penyakit.
2.Membezakan daging-daging yang halal atau yang haram dari segi
syarak.
3.Mematikan binatang itu dengan cepat dan segera dan tidak
menyeksa binatang tersebut.
4.Sembelihan dengan nama Allah boleh memelihara akidah
seseorang.
5.Menjamin kesihatan orang yang memakannya kerana binatang
yang mati tanpa sembelih mungkin mempunyai penyakit tertentu
yang memberi kemudaratan kepada manusia.
6.Untuk mengelakkan kita makan daging yang sudah busuk kerana
tidak disembelih (bangkai)
7.Darah binatang yang disembelih telah keluar dari badannya
(darah yang mengandungi kuman)
8.Sebagai satu tanda penghormatan dan kesyukuran manusia
terhadap salah satu daripada sumber nikmat makanan yang
dikurnia Allah s.w.t.
9.Menjadikan makanan halal dan bersih serta memberi kesan yang
baik kepada perkembangan rohani dan jasmani.
11
RUKUN SEMBELIHAN
Terdapat 3 rukun sembelihan iaitu:
1.Orang yang menyembelih
2.Binatang yang disembelih
3.Peralatan yang digunakan untuk menyembelih
1) Orang yang menyembelih
Haram Menyembelih Halal Menyembelih Makruh Menyembelih
Kafir (Bukan ahli kitab) Orang Islam Orang Mabuk
Golongan Musyrikin Kanak-kanak Orang Buta
Penyembah berhala Ahli Kitab Kanak-kanak yang
belum akil baligh
12
2) Binatang yang disembelih
Binatang yang halal dimakan
Binatang yang disembelih masih hidup
Mati dengan sekali sembelihan
Wajib putus urat pernafasan dan urat marih (saluran
makanan dan minuman)
3) Alat sembelihan
Hendaklah sesuatu yang
tajam seperti pisau
Alatan seperti
besi(logam), kayu,
buluh, kaca, batu atau
alatan lain yang
ditajamkan
Tidak termasuk gigi,
tulang, dan kuku
1.5 Sumber dari Google
Darurat 13
Adalah satu keadaan dimana penyembelihan dilakukan
bagi mematikan binatang tersebut seperti lembu yang
jatuh ke dalam perigi dan sebagainya. Ini merupakan
cara penyembelihan lain tanpa memutuskan urat
halkum dan marih.
1.Binatang yang tidak boleh disembelih secara biasa
kerana darurat:
Jika terjatuh ke dalam lubang dan tidak boleh dikeluarkan,
ia harus disembelih secara idtirari iaitu dengan melukakan
mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.
2. Binatang buruan:
Binatang yang tidak perlu disembelih. Tetapi jika masih
hidup, wajib disembelih seperti biasa. Pemburu yang
menggunakan binatang buruan seperti anjing dan singa,
tidak perlu menyembelih binatang buruannya jika ia mati
disebabkan gigitan binatang buruan tersebut.
Gambar rajah kedudukan urat yang wajib diputuskan
ketika penyembelihan
1.6 Sumber dari Google
PERKARA SUNAT 14
KETIKA SEMBELIHAN
Membaca bismillahirrahmaninnirahim
Menghadapkan binatang ke arah kiblat
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Memutuskan urat tertentu dengan segera supaya binatang
tersebut mati dengan cepat tanpa menyekasanya
Menggunakan alatan yang tajam
Binatang tersebut dibaringkan ke atas rusuk kiri
Melakukan penyembelihan dengan segera
Bersih dan suci dari hadas kecil dan besar
Penyembelihan dilakukan pada waktu siang
15
PROSES SEMBELIHAN AYAM
Penyembelih dalam keadaan bersih
dari hadas besar
Menggunakan alatan yang tajam
dan ayam dihadapkan ke arah kiblat
dengan memulakan dengan bacaan
bismillah dan selawat keatas Nabi
Muhammad SAW.
16
PROSES SEMBELIHAN AYAM
Ayam tersebut dibaringkan ke atas
rusuk kiri
Ayam disembelih di urat tertentu
dengan segera supaya ayam tersebut
mati dengan cepat tanpa
menyeksanya
Video proses sembelihan ayam
17
PROSES SEMBELIHAN LEMBU
Penyembelih dalam keadaan bersih
dari hadas besar
Pastikan lembu berada dalam keadaan
menghadap kiblat.
18
PROSES SEMBELIHAN LEMBU
Selepas itu,
penyembelih akan
memotong seluruh
halqum(saluran nafas)
dan seluruh marih
(saluran makanan dan
minuman).
Video proses sembelihan lembu korban
19
PERKARA MAKRUH KETIKA SEMBELIHAN
Mengasah pisau dihadapan haiwan yang akan disembelih
Menyembelih hingga kepala terputus
Berhadas besar ketika melakukam proses penyembelihan
Menggunakan alatan sembelihan yang tumpul dan tidak
tajam
Tidak mencuci alatan sembelihan terlebih dahulu sebelum
melakukan penyembelihan seterusnya
Proses penyembelihan dilakukan oleh wanita
Bahagian yang haram dimakan pada binatang 20
sembelihan:
1.Darah yang mengalir
2.Alat zakar
3.Buah zakar
4. Qubul
5.Ketumbuhan antara kulit dan daging
6.Pundi kencing
7. Hempedu
BINATANG YANG HARAM DIMAKAN
ُقْل ٓاَّل َاِج ُد ِفْي َم ٓا ُاْو ِح َي ِاَلَّي ُم َحَّرًم ا َع ىٰل َط اِع ٍم َّيْط َع ُم ٓٗه ِآاَّل َاْن َّيُكْو َن
َم ْيَتًة َاْو َدًم ا َّم ْس ُفْو ًحا َاْو َلْحَم ِخ ْنِزْيٍر َف ِاَّنٗه ِرْجٌس َاْو ِفْس ًق ا ُاِه َّل ِلَغ ْيِر
. ِهّٰللا ِبٖۚه َف َم ِن اْض ُط َّر َغ ْيَر َباٍغ َّواَل َع اٍد َف ِاَّن َرَّبَك َغ ُفْو ٌر َّرِح ْيٌم
Maksudnya: "Katakanlah, “Tidak kudapati di dalam apa yang
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya
bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati
(bangkai), darah yang mengalir, daging babi – karena semua itu
kotor – atau haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah.
Tetapi barangsiapa terpaksa bukan karena menginginkan dan
tidak melebihi (batas darurat) maka sungguh, Tuhanmu Maha
Pengampun, Maha Penyayang." (Al-An'am: 145).
Antara binatang yang haram dimakan ialah:
1.Binatang yang mencari makan dengan menggunakan taring
seperti harimau.
2.Binatang yang mencari makan dengan menggunakan kuku
seperti helang.
3.Binatang yang hidup dua alam (air dan darat) seperti katak.
4.Binatang yang najis pada syara' iaitu anjing dan babi.
5.Binatang yang mengandungi racun seperti ular.
BEBERAPA MASALAH SEMBELIHAN: 21
Binatang yang tidak dapat
disembelih pada lehernya kerana
terperesok atau terjatuh dalam
perigi, maka harus disembelih
dimana-mana bahagian badan
dengan diyakini dapat
dimatikan.Contohnya: lembu yang
jatuh ke dalam perigi.
Binatang yang kena tembak
(tanpa sembelih) haram dimakan
mengikut mazhab Syafi`e tetapi
m azhab-mazhab lain
mengharuskannya dengan syarat
ada niat sembelihan ketika
menembaknya
Binatang yang mati kerana Binatang yang mati
ditangkap oleh anjing pemburu kena panah pemburu
yang terlatih (anjing pemburuan adalah halal
yang dilatih sehingga ia tahu dimakan.
memilih mana binatang yang
halal) maka halal dimakan tanpa
disembelih
Halal dimakan anak Makruh hukumnya orang
yang berada didalam perempuan menyembelih
perut ibunya yang telah binatang tetapi
disembelih. sembelihannya adalah
sah.
Cara Rasullulah SAW menyembelih 22
Dalam hadis-hadis yang sahih, Rasulullah s.a.w apabila
menyembelih haiwan sama ada untuk korban (udhiyah) atau
hadyu (ketika haji), beliau menyembelih dengan tangannya
sendiri. Dari sini menunjukkan sebahagian dari sunnah-sunnah
p enyembelihan haiwan adalah berusaha untuk menyembelih
dengan tangan sendiri.
Tetapi sayangnya pada hari ini ramai dari kalangan umat Islam
yang tidak mampu untuk melaksanakan penyembelihan secara
individu a tau dengan tangannya sendiri. Antaranya disebabkan
tidak memiliki ilmu, takut, tidak biasa, dan tidak yakin (was-
was).
Ihsan Terhadap Haiwan
Sembelihan
Di antara cara dan sikap ihsan yang
disunnahkan ketika melaksanakan
penyembelihan haiwan adalah:
1.T idak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang
akan disembelih.
2.T idak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan
lain yang akan disembelih.
3.T idak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan
cara yang kasar.
4.Memilih cara paling mudah dan yang paling kurang
menimbulkan rasa sakit
(an-Nawawi, SyarahShahih Muslim, Al-Mubarakfuri,
Tuhfah al-Ahwadzi, 4/553)
23
Selain itu, Rasulullah s.a.w juga melarang memukul muka
haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar,
m enyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek
haiwan. Ini disebutkan dalam hadis-hadis yang lain.
Dalil-dalil yang dibentangkan ini menunjukkan bahawa
Islam adalah agama yang sangat menganjurkan sikap ihsan
bukan sahaja k epada sesama manusia, tetapi juga terhadap
para haiwan. Bukan sahaja ketika haiwan tersebut hidup,
tetapi juga ketika hendak m enyembelih atau setelah
membunuhnya.
BURUAN
ASAS ISLAM
PEMBURUAN 25
(AS-SHAID)
1.7 Sumber dari Google
Perburuan merupakan masdar atau kata
terbitan dari shada, yashidu dan shaidan yang
bermaksud menawan dan mengakapnyasecara
tidak sedar atau menggunakan tipu helah
samada yang ditangkap itu makanan atau
sebaliknya. Namun mengikut istilah syarak as-
shaid (perburuan) adalah dikhususkan untuk
binatang yang boleh dimakan sahaja.
DALIL KEHARUSAN BERBURU 26
Berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali apa yang
akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu, tidak halal
perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram (semasa haji
atau umrah).
(Al-Maidah: 1)
Dan apabila kamu telah selesai (mengerjakan haji), maka
bolehlah kamu berburu.
(Al-Maidah: 2)
Ayat pertama menghadkan pengharaman memburu dalam
keadaan berihram sahaja dan ayat kedua menjelaskan
tentang keharusan berburu setelah tahallul (keluar) daripada
ihram.
27
Perburuan merupakan keringanan yang
dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada
umat manusia. Ia dapat mengelakkan
manusia kelaparan ketika ketiadaan
haiwan dan makanan lain melainkan
binatang liar. Oleh itu manusia harus
bersyukur kerana pensyariatan ini
membantu manusia melakukan
pengibadatan dengan sebaiknya.
HIKMAH DISYARIATKAN
BURUAN
Adalah sama
sebagaimana hikmah
penyembelihan darurat
disebabkan keadaan-
keadaan yang memaksa
manusia memperolehi
makanan melalui cara
berburu
terdapat haiwan-haiwan
yang liar yang tidak boleh
diperolehi dengan cara biasa
28
PENSYARIATAN BURUAN
Dalil yang menunjukkan pensyariatan ini ialah firman Allah
Azzawajalla :
Firman Allah: ‘Apakah
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
(makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah:
“Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik dan (buruan yang
ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar
(untuk berburu) mengikut pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu
mengajar serta melatihnya sebagaimana yang diajarkan Allah kepada
kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu
dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepasnya berburu)
clan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Cepat Hisab-
Nya. ”
(A1-Maidah: 4)
Cara buruan yang disyariatkan:
Menggunakan apa sahaja benda tajam yang boleh
melukakan sebagai senjata u ntuk perburuan s amada
daripada besi, timah (peluru), tulang, kaca dan lain-lain.
Sabda Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Rafi‟ bin
Kahudaij r.a:
“Apa yang mengalirkan darah
dan disebutkan nama Allah
padanya maka makanlah ia”
(Bukhari & Muslim)
29
Menggunakan alat yang tidak tajam yang boleh menyiksa seperti
hempakan batu, m encekek, menghimpit, membakar dan lain-lain
adalah diharamkan dan binatang tersebut tidak halal di makan.
Namun jika dengan menggunakan alat berburu yang tajam tetapi
tidak mengenai s asaran yang tepat dan binatang tersebut masih
belum mati seperti terkena kaki dan sayap, maka pemburu
menyembelihnya mengikut syarak, binatang tersebut harus di
makan.
Sekiranya pemburu mendapati binatang tersebut masih
mempunyai hayat m ustaqirrah kemudian membalingnya sekali
lagi dari jauh menggunakan alat yang tajam seperti tombak dan
pisau dengan niat membunuhnya maka harus dimakan
Menggunakan binatang buruan dari kalangan
binatang buas dan burung
Kaedah berburu kedua yang disyariatkan ialah
menggunakan binatang buruan yang terdiri dari
binatang buas dan burung seperti anjing, helang,
harimau dan seumpamanya
PERBURUAN YANG 30
HALAL & TIDAK HALAL
1) Secara asasnya, semua jenis perburuan adalah halal berdasarkan
dalil berikut :
"Dan apabila kamu telah selesai (mengerjakan haji), maka
bolehlah kamu berburu." (Al-Maidah, ayat: 2)
2) Namun hukum di atas adalah terkecuali bagi perkara-perkara
berikut: (Al-Maidah, ayat:95)
Haram memburu binatang yang haram dimakan dan tidak
dibenarkan membunuhnya, contohnya apabila cara
pemburuan dibuat ke atas binatang yang tidak
merbahayakan manusia seperti kuda dan tapir untuk tujuan
membunuh.
Namun jika cara perburuan yang tidak memudaratkan haiwan
ini seperti menggunakan jaring dan lain-lain maka tidak
haram.
Berburu dengan tujuan untuk bermain-main samada haiwan
yang halal di makan atau yang haram dimakan. Contoh
keluar berburu untuk bersuka-ria bukan tujuan untuk makan.
Berburu dalam keadaan berihram.
Melakukan perburuan di kawasan tanah haram.
31
Juga diharamkan memburu di tanah haram walaupun
pemburu itu tidak berada dalam keadaan berihram. Dalilnya
ialah hadis riwayat al-Bukhari (1510) dan selainnya
daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW
bersabda pada hari pembukaan Kota Makkah:
"Sesungguhnya negeri Makkah ini telah diharamkan oleh
Allah daripada melakukan apa yang disebut. Tidak boleh
dicabut dan dipotong tumbuhan, tidak boleh dikejar dan
diganggu binatang buruan, dan tidak boleh kutip barang-
barang yang tercicir untuk menjadikannya milik sendiri
kecuali untuk dipulangkan kepada tuannya."
SYARAT-SYARAT PERBURUAN 32
MENGGUNAKAN BINATANG BUAS
Binatang buruan terus meluru kearah binatang yang
dimaksudkan sebaik sahaja d ilepaskan. Binatang
tersebut hendaklah tidak mengarah ke arah selainnya.
Ia berhenti apabila diarahkan berhenti.
Tidak makan sedikitpun dari binatang yang diburu itu.
Kecuali setelah diletak dihadapan tuannya kemudian
memakan sedikit dihadapan tuannya adalah dimaafkan
"Katakanlah dihalalkan bagi kamu memakan yang baik-baik
dan buruan yang d itangkap oleh binatang-binatang pemburu
yang telah kamu ajar untuk berburu m engikut pelatih-pelatih
binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya
sebagaimana yang diajar oleh Allah kepada kamu. Oleh itu
makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kami"
Dalil Surah Al-Maidah: Ayat 4
33
Sabda Rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan
oleh Adi bin Hatim r.a :
“Apabila kamu melepaskan anjing berburu kamu yang kamu
yang telah di ajar dan kamu membacakan Bismillah lalu ia
menangkapnya, tidak memakannya dan binatang itu mati ,
maka makanlah dari binatang itu. Sekiranya anjing itu
memakannya maka janganlah kamu memakannya .
Sesungguhnya ia telah m enangkap untuk dirinya bukan
untuk kamu"
Al-Bukhari dan Muslim
BILAKAH PEMBURUAN DIANGGAP 34
SEMBELIHAN?
1.Bila binatang yang diburu masih bernyawa (hayat
mustaqirrah) ketika pemburu mendapatinya, maka
pemburu perlu menyembelih binatang itu. Jika tidak
maka binatang itu dikira bangkai.
2.Jika pemburu tidak sempat mendapatkan binatang
buruan itu dan ia telah mati, maka binatang itu
dianggap telah disembelih dan halal di makan