The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 941-16-nurain, 2022-05-26 14:20:00

DLO MINGGU 4 -kump 5

DLO MINGGU 4 -kump 5

DLO MINGGU 4

PENGUASAAN
LITERASI

Peringkat Prabacaan
Peringkat Bacaan Mekanis
Peringkat Bacaan Mentalis

Ahli Kumpulan

Nur Arisya Sofiya
Nurain Natul Nazihah
Nur Qamarina Amirah
'Ajiibah
Nurshifa Athirah

PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan komponen penting dan menjadi kunci kepada ilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu,kemahiran membaca perlu dipelajari seawal yang boleh . la
memberi fokus kepada beberapa kaedah membaca, pelaksanaan kaedah membaca,
kekuatan,kelemahan dan contoh kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pembelajaran dan
pengajaran didalam kelas.

Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil dalam bukunya panduan mengajar kemahiran
membacadikatakan kemahiran membaca memerlukan pencapaian beberapa tahap kemahiran
psikomotor dan kemahiran bahasa seperti berikut:

deria pendengaran dan deria penglihatan dapat digunakan dengan baik.
dapat menggerakkan mata dalam koordinasi yang seimbang.
senang bergaul dan tingkah lakunya dapat dikawal daya ingatannya kekal.
dapat bercakap dengan fasih dan petah serta dapat memahami bahasa yang didengarkan.

PERINGKAT
PRABACAAN

KONSEP PRABACAAN

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca.Pada
peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu
peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal
atau bacaan asas.Pada tahap ini murid didedahkan kepada
aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran.Konsep kesediaan
membaca juga merangkumi setiap kemahiran sebelum
kemahiran membaca secara berterusan.Antara kemahiran yang
dapat dilaksanakan melalui kemahiran prabacaan ialah
membezakan bentuk, huruf, angka dan sebagainya.

PERLAKSANAAN AKTIVITI PRABACAAN

Aktiviti pergerakan mata dan tangan Aktiviti pengamatan penglihatan
Aktiviti pergerakan mata dan tangan
bertujuan membantu murid Aktiviti pengamatan penglihatan adalah
menguasai kemahiran asas
pergerakan tangan secara kemas, bertujuan untuk melatih keupayaan mata
berpandu, terarah dan berfokus serta
meningkatkan kemahiran motor halus untuk mengecam bentuk-bentuk
dan kognitif murid. Contoh aktiviti
yang dapat dilakukan ialah melipat tertentu.Contoh aktiviti ialah
origami. Bahan yang digunakan ialah
kertas berwarna.Murid membuat menghimpun gambar benda yang sama
origami bersama guru dan guru
menunjukkan cara satu persatu serta dari segi jenis, warna dan saiz.Bahan
murid mengikutnya.
yang digunakan ialah kad-kad yang telah

dipotong mengikut bentuk-bentuk

tertentu.Murid mengumpulkan gambar

yang telah dicampuradukkan oleh guru

mengikut bentuk, jenis dan saiz.Aktiviti ini

boleh dijalankan secara individu atau

berkumpulan.

PERLAKSANAAN AKTIVITI PRABACAAN

Aktiviti pengamatan pendengaran
Aktiviti pengamatan pendengaran bertujuan untuk
mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan
dan pendengaran.Contoh aktiviti yang dilakukan ialah
murid membunyikan bunyi haiwan mengikut gambar
haiwan yang ditunjuk oleh guru.Guru dapat mengenal
pasti sama ada bunyi yang dihasilkan oleh murid adalah
tepat dengan gambar yang ditunjukkan atau tidak.

PERINGKAT BACAAN
MEKANIS

KONSEP BACAAN MEKANIS

Mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan
sebutanyang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya
membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan
bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat
kelas permulaan.
Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat
menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak
irama yang sempurna.
Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh menyebut
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid
membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang
jelas dan terang. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah
difahami dan tidak membebankan fikiran.

PERLAKSANAAN AKTIVITI BACAAN MEKANIS

Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,
sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
Bersoal jawab dan membantu murid menyebut perkataan-perkataan
dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan-perkataan itu.
Guru membaca dan murid-murid ikut. Boleh dilakukan secara kelas
atau berkumpulan.
Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu
bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis.

PERINGKAT BACAAN
MENTALIS

KONSEP BACAAN MENTALIS

Bacaan mentalis ialah bacaan secara senyap atau membaca
dalam hati (silent reading) yang melibatkan ingatan visual (visual
memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.la dapat dilakukan
dimana-mana sahaja kerana tidak mengganggu orang
lain.Merupakan kunci bagi semua jenis ilmu pengetahuan
kerana teknik bacaan ini mempengaruhi kemahiran besar hidup.
Kelajuan bacaan mekanis lebih pantas berbanding bacaan jenis
lain kerana ia tidak mementingkan nada suara, sebutan yang
jelas, intonasi dan sebagainya.Bacaan mekanis ini dijalankan
kepada murid setelah murid mencapai kemahiran dan
kecekapan bacaan mekanis.

PERLAKSANAAN AKTIVITI BACAAN MENTALIS

GURU MEMINTA MURID MEMBACA KARANGAN DALAM
KEADAAN SENYAP

Guru meminta murid membacakan karangan pendek
secara senyap.
Guru memerhatikan reaksi murid sama ada mereka boleh
membaca atau tidak.
Murid yang tidak pandai membaca tidak akan memberikan
perhatian kepada petikan tersebut sebaliknya membuat
kerja lain.
Contoh yang bersesuaian bagi aktiviti ini seperti membaca
petikan cereka, naratif, dialog dan sebagainya.

PERLAKSANAAN AKTIVITI BACAAN MENTALIS

GURU MEMINTA MURID MEMBACA DAN MENCARI ISI PENTING
DALAM KARANGAN .

Guru meminta murid membacakan petikan yang telah
diberikan oleh guru secara senyap.
Setelah murid selesai membaca, guru akan meminta murid
mencari isi penting dalam karangan.
Kemudian, guru mengarahkan murid menulis ataupun
membacakan isi penting yang mereka peroleh.
Contoh aktiviti ialah guru memberikan petikan karangan
berformat yang mempunyai fakta.

FAKTOR YANG
MENYUMBANG KEPADA

MASALAH
PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBACA

INDIVIDU/MURID

TIdak berminat untuk belajar. keluarga
Tergolong dalam kalangan
berpendapatan rendah.
Perkembangan kognitif

GURU

Penggunaan kaedah pengajaran yang
kurang sesuai.
Kurang pengalaman

PERSEKITARAN

Keadaan sekitar yang bising dan
mengganggu fokus.
Pengaruh rakan sebaya.

LANGKAH/INISIATIF
MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEMBACA
MURID

Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM)

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian

dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa
merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid

untuk terus belajar.Misalnya, dengan mendengar cara
percakapan yang disampaikan oleh juruhebah radio, mereka

dapat meniru cara bertutur juruhebah dan kemudiannya
diaplikasikan ketika membaca.

Program Literasi dan
Numerasi Sekolah
(PLAN)

Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua

murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai
sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum
iaitu Tahap 3 dalam penguasaan mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Menggalakkan murid
menyebut dan mengeja

perkataan

Guru menyuruh murid mengeja dan

menyebut perkataan satu demi satu supaya

guru dapat mengenal pasti kesalahan yang

mungkin berlaku.

Terima Kasih
Semoga Bermanfaat


Click to View FlipBook Version