The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidasyahirah67, 2021-04-30 04:46:22

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MAJLIS PERMUAFAKATAN KOLEJ (MPK) KALI KE-30

WEBSITE : kvtaabentong.edu.my

01 MEI 2021 (SABTU)
11:30 PAGI
KEDIAMAN MASING-MASING
(GOOGLE MEET)

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 1

BIL PERKARA MUKA
SURAT

1 Secebis Kata Pemanis Bicara oleh YDP MPK 3

2 Sebaris Pesan Semanis Ingatan oleh Pengarah KVTAA 4

3 Sejarah KVTAA 5

4 Pengenalan, Tujuan, Fungsi Persatuan Ibu Bapa & Guru 6-7

5 Carta Organisasi MPK 2020/2021 8

6 Tentatif Mesyuarat Agung MPK Kali Ke-30 9

8 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung MPK 10-11
kali ke-30

6 Notis Mesyuarat Agung MPK Kali Ke-30 12-13

7 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-29, 2020 14-15

8 Laporan Aktiviti MPK KVTAA 2020 16-17

9 Laporan Bendahari 18-20

10 Pembentangan Usul 21-23

12 AJK MPK KVTAA 2020/2021 24

13 Penghargaan Penutup 25

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam satu Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita semua dapat bertemu
secara dalam talian (Google Meet) melalui Mesyuarat Agung Majlis
Permuafakatan Kolej kali ke-30.

Seribu penghargaan dirakamkan kepada semua pihak, khususnya para
pensyarah dan ibu bapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan mesyuarat ini dan diharap anda semua diberkati oleh Allah
SWT.
Ibu bapa dan pnsyarah yang saya hormati,

Selaku YDP, saya amat berbangga kerana kolej ini telah terpilih sebagai
salah satu kolej vokasional yang beroperasi secara rasminya pada tahun 2013.
Saya berharap agar kolej ini dapat memberi peluang yang lebih besar kepada
pelajar-pelajar bagi mendapatkan pendidikan vokasional yang lebih sistematik
dan memenuhi permintaan pasaran terkini. Dengan kata lain, diharapkan agar
kolej ini bukan sahaja melahirkan golongan teknokrat malah turut
membangunkan modal insan menerusi program-program yang terancang
sekaligus menjadikannya kolej kebanggaan semua. Justeru, melihat
perkembangan yang sihat ini maka saya mengharapkan agar konsep
permuafakatan musyawarah yang terbina sejak sekian lama ini akan diteruskan
supaya anak-anak kita dapat membina masa depan terjamin di kolej ini.

Akhir sekali, saya selaku Yang Dipertua Majlis Permuafakaan Kolej
(MPK) berharap agar MPK Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan akan terus
menjalin kerjasama demi kegemilangan pelajar-pelajar di kolej ini.
Sekian, terima kasih.
En. Abdul Wahab bin Kasmuri
Yang Dipertua MPK,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong, Pahang Darum Makmur

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam satu Malaysia.
Alhamdulilah, bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya kita telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung
MPK kali ke-30 secara dalam talian (Google Meet) bagi menzahirkan kecemerlangan
pendidikan anak-anak yang melanjutkan pelajaran di kolej ini. Majlis pemuafakatan
sebegini perlu dijadikan jambatan untuk menghubungkan ibu bapa dengan barisan
pensyarah kolej demi pembangunan kerjaya dan sahsiah pelajar. Sesungguhnya dengan
komitmen padu semua pihak mampu menggerakkan perjalanan dan pengurusan kolej ini
dengan cemerlang.
Transformasi Pendidikan telah membawa tempias yang besar kepada struktur dan hala
tuju Pendidikan Vokasional yang secara langsung melibatkan semua Kolej Vokasional
(KV) di Malaysia. Justeru, sebagai warga KV, semua pihak perlu melakukan satu
anjakan paradigma selari dengan perjuangan kerajaan ke arah menjenama semula
pendidikan vokasional. Saya amat berharap satu jalinan kerjasama di antara pihak kolej
dengan ibu bapa dapat dipererat dalam mengharung transformasi ini bagi meledak visi
dan misi kolej yang mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan laku
di pasaran global. Trasformasi ini dilaksanakan bagi menyediakan tenaga kerja terlatih
yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran
kerja.Kemahiran teknikal yang didedahkan di kolej ini mampu menyerlahkan potensi
pelajar sekali gus mampu menentukan hala tuju masa depan mereka.
Kolej Vokasional juga memberi fokus kepada elemen Production- Based Training
(PBE), Competency Based Education (CBE), dan On-Job-Training (OJT). Elemen-
elemen ini membolehkan murid KV mempunyai pendedahan tentang realiti alam
pekerjaan seterusnya berpeluang memenuhi permintaan dalam pasaran kerja. Konsep
School Enterprise (SE) juga diberikan penekanan kepada murid KV sebagai
persediaan sekiranya mereka ingin menceburi bidang keusahawanan atau berdikari
dengan bekerja sendiri. Usaha memartabatkan aliran pendidikan vokasional ini seiring
dengan hasrat kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi akan datang.
Semoga dengan kejayaan transformasi ini akan mempercepat usaha kerajaan melahirkan
tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi
menjadikan Malaysia negara maju.
Sekalung tahniah kepada semua Jawatankuasa Mesyuarat Agung MPK kali ke-30,
pensyarah dan ibu bapa yang meluangkan masa dan berjaya hadir secara dalam talian ke
Mesyuarat Agung MPK kali ini. Semoga kita sama-sama dapat mengharungi ledakan
transformasi pendidikan vokasional ini dengan iltizam dan semangat juang yang tinggi.

Pisau raut sibongkok hulu,
Bentang tilam tengah halaman,

Pasir dan laut menjadi guru,
Alam terbentang menjadi pedoman

Sekian terima kasih.
Ts. MAT ALI BIN ISMAIL
Pengarah, KVTAA

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 4

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN
AFZAN BENTONG (KVTAA) asalnya adalah
sebuah Sekolah Vokasional yang mula
beroperasi pada bulan Januari tahun 1989. Pada
tahun tersebut, sekolah ini merupakan salah
sebuah Sekolah Menengah Vokasional baru
yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pada 7 Julai 1991, sekolah ini telah
dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Mustain
Billah pada 7 Julai 1991 dengan menukarkan nama asalnya dari Sekolah Menengah
Vokasional Bentong kepada Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong
dan seterusnya pada tahun 1995 sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah
Teknik.

Institusi ini mula beroperasi sebagai Kolej Vokasional mulai Januari 2013. Ini
bermakna komposisi pelajar sekarang terdiri dari pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 bagi program
Sijil Vokasional Malaysia dan Tahun 1 dan Tahun 2 bagi program Diploma Vokasional
Malaysia. Program yang ditawarkan adalah Program Teknologi Elektronik (ETN), Program
Teknologi Elektrik (ETE), Program Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara (MPP),
Program Teknologi Kimpalan (MTK), Program Teknologi Automotif (MTA), Program
Teknologi Pemesinan Industri (MPI), Program Pengurusan Perniagaan (BPP) dan Program
Sistem Rangkaian Komputer (KSK).

Kemudahan pelajar akan ditingkatkan dari semasa ke semasa bergantung kepada
peruntukan yang diterima sama ada dari pihak kementerian mahupun sumbangan individu atau
organisasi. Prosedur dan peraturan kolej akan dikaji semula dan diubah mengikut keperluan
dan perkembangan kolej dari semasa ke semasa dengan mematuhi Akta Pendidikan yang
masih digunakan sekarang.

Kolej ini terus berkembang dengan pembangunan dan persekitaran yang kondusif.
Pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang meningkat telah menarik minat ramai pelajar ke
kolej ini. Sekolah ini dijangka mencapai bilangan 1100 orang pelajar sementara kapasiti
penghuni asrama boleh memuatkan seramai 850 orang. Keunggulan sekolah ini menjadi
kebanggaan peduduk di Daerah Bentong.

Semoga dengan usaha dan kerjasama dari semua pihak, dan dengan keberkatan dan
petunjuk dari Allah SWT, kolej ini akan terus maju ke arah mencapai matlamat dan tujuan
yang kita semua harapkan.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 5

PENGENALAN
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah persatuan yang didaftarkan dibawah Akta
Pendidikan 1996. Persatuan ini dianggotai oleh semua guru, ibu bapa dan warganegara
Malaysia yang diluluskan permohonannya oleh Pegawai Pendidikandaeah atau Pendaftar, serta
seorang pegawai ex-officio sebagai penasihat (Pengetua)
FUNGSI
PIBG adalah berfungsi sebagai:
1) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
2) Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan

sekolah
3) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara

sekolah dengan masyarakat setempat
4) Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana kondusif bagi

menjayakan aktiviti dan program pendidikan

TUJUAN
Tujuan penubuhan PIBG adalah:
1) Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar

sekolah dalam meningkatkan imej sekolah
2) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan

kebendaan pelajar dalam kegiatan mereka
3) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar fikiran dan maklumat dalam

pendidikan
4) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu

sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada
amnya.
5) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru dalam sekolah untuk berusaha dalam menam-
bah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 6

KETERBATASAN PIBG
Perlembagaan PIBG menggariskan larangan-larangan berikut:
1) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara berkaitan

dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan, dan pekerja sekolah dan
syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah.
2) Persatuan bukanlah suatu entity undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal
untuk membuat kontrak, perjanjian, atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri.
Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh persatuan memerlukan apa-apa
surat cara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar,
melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk ketelusan dan panduan
3) Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian
antara Persatua dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri,
atau Kerajaan Persekutuan
4) Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa di sekolah-sekolah lain, parti
politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan, atau lain lain organisasi, pertubuhan
atau persatuan, sama ada ditubuhkan atau berdaftar dibawah mana-mana undang-undang
bertulis atau tidak.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 7

CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS PERMUAFAKATAN KOLEJ (MPK) SESI 2020/2021

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN KVTAA
2020/2021

PENASIHAT
EN. MAT ALI BIN ISMAIL

YANG DIPERTUA
DATO’ ABDUL WAHAB BIN KASMURI

NAIB YANG. DIPERTUA TIMB. PENGARAH AKADEMIK
EN JAMIL BIN RAMLI EN. ZAINOL AZHAR BIN ALI

SETIAUSAHA TIMB. PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
PN SITI AIDA B.IN MUTTALIB EN. JAMIL BIN MOHAMAD

PENOLONG SETIAUSAHA KETUA JAMINAN KUALITI
CIK FARAH AIMI BINTI ABDUL RAHMAN EN. REZWAN BIN TASIMAN

BENDAHARI
PN. NOR SALWANA BT. AZIZ

PENOLONG BENDAHARI
PN. SYAFIQAH ADAWIAH BINTI ABDULLAH

BIRO KO AKADEMIK (GURU) BIRO KO AKADEMIK (IBU BAPA) JURU AUDIT GURU
PN AIDA SYAHIRAH BT SULAIMAN EN. TAJUL ANUAR B HJ TAJUDIN PN. ROIHAN BT MAT GHANI

..... BIRO EKONOMI (IBU BAPA I) JURU AUDIT IBU BAPA
EN MOHD ARIFF BIN ZULKIFLEE PN NORFIZA BT MOHAMED
BIRO EKONOMI (GURU)
EN MOHD HALIL BIN YAHYA BIRO EKONOMI (IBU BAPA II) RAZMAN
EN ROSDI BIN IDRIS
BIRO KOKURIKULUM (GURU)
EPNN MSITOIHZDALHILAALHIL BBTINZAYAKAHRYIAA BIRO KOKURIKULUM (IBU BAPA I)
EN AHMAD BAIDZAWI BIN SALEH HAMDI
BIRO KEBAJIKAN (GURU)
EN ZAKARIA BIN YACOB BIRO KOKURIKULUM (IBU BAPA II)
PN MASLINDA BTAHMAD MUSMAN
BIRO DISIPLIN & KEROHANIAN (GURU)
PN SURIYA BT JAMALUDIN BIRO KEBAJIKAN (IBU BAPA)
EN OTHMAN BIN AWALUDIN

BIRO DISIPLIN & KEROHANIAN ((IBU BAPA)
EN HAIRUL AZHAR BIN SIROJUDIN

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 8

TENTATIF MESYUARAT AGUNG
MAJLIS PERMUAFAKATAN KOLEJ (MPK)

KALI KE 30 TAHUN 2021

MASA PERKARA

08:30 Pagi Pendaftaran kehadiran Ahli MPK (Google Form)
09:00 Pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
¨ Bacaan doa
¨ Ucapan alu-aluan Pengarah KVTAA

- Ts. Mat Ali Bin Ismail
¨ Ucapan YDP MPK KVTAA

- Dato’ Abdul Wahab Bin Kasmuri

Mesyuarat Agung kali ke-29

Mesyuarat ¨ Mesyuarat Agung MPK kali ke 30

Agung kali ke-30 · Majlis diserahkan kepada YDP MPK

· Membentang & menerima minit mesyuarat

Agung MPK yang lalu

· Pembentangan usul

· Ucapan penangguhan

01.30 petang - Penyampaian Sijil dan Cenderamata Penghargaan
kepada AJK MPK KVTAA

Majlis dijangka tamat

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 9

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG MPK
KALI KE 30 SESI 2021

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 10

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG MPK KE 30, 2021

Penasihat Ts. Mat Ali Bin Ismail
Pengarah KVTAA
Timb. Pengarah En. Jamil Bin Mohamad
Sokongan Akademik
Ketua Jaminan Kualiti Ts. Rezwan Bin Tasiman
Setiausaha Pn. Nor Shuhada Binti Abdull Rahim
Pen. Setiausaha Pn. Siti Aida Binti Abd Muttalib
Bendahari Pn. Nor Salwana Binti Aziz
Pen. Bendahari Pn. Syafiqah Adawiah Binti Abdullah
Pencatat Minit Pn. Muhibbah bt. Samion
Mesyuarat Agung ke- Pn. Rosizrasazni Bt Rosdin
29
Pencatat Minit Pn. Siti Aida Binti Abd Muttalib
Mesyuarat Agung ke- Cik Farah Aimi Bt Abdul Rahman
30
AJK Hadiah / Sijil Pn. Siti Zalilah Bt Zakaria
Pn. Syafiqah Adawiah Binti Abdullah
AJK PA Sistem En. Hashim Othman
En. Muhammad Kamal Hafiz Bin Mohd Anuar
AJK Pengendali Cik Natrah Bt Mohd Nazar
Mesyuarat Atas Talian En Wan Ahmad Izhan Bin Wan Ramli
(Google Meet) En. Mohd Rosli Bin Mat Daud
En Khairil Ikhwan Bin Abdul Kadir
AJK Jemputan Pn. Nor Shuhada Binti Abdull Rahim
AJK Pendaftaran En Zakaria Bin Yacob
AJK Buku Program Pn Aida Shahirah Bt Sulaiman
Pn Roihan Bt Mat Ghani
Jurukamera En. Muhammad Hakim Bin Hamat
Juru Acara Majlis Pn. Nor Shuhada Binti Abdull Rahim
Bacaan Doa En. Mohd Halil Bin Yahya

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 11

NOTIS MESYUARAT AGUNG MPK
KALI KE 30 SESI 2021

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 12

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 13

MINIT MESYUARAT AGUNG MPK
KALI KE 29 SESI 2020

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 14

Rujuk pembentangan di Goole Meet

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 15

LAPORAN AKTIVITI MPK
KVTAA 2020

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 16

PENGENALAN

Program dan aktiviti Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan dirangka berdasarkan
perbincangan bersama antara pihak kolej dan ibu bapa dalam Ahli Jawatankuasa MPK
setelah diadakan Mesyuarat Agung MPK. Program dan aktiviti MPK rangkuman
aktiviti yang dirangka sendiri oleh MPK dan juga program yang disusun oleh pihak
kolej. Keadaan ini berlaku kerana sebahagian besar Ahli Jawatankuasa MPK juga
merupakan guru yang merangka aktiviti untuk kolej. MPK berperanan sebagai
jawatankuasa yang membantu pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti sekolah
sama ada melalui sumbangan kewangan atau pun buah fikiran.

PROGRAM UTAMA DAN AKTIVITI MPK KVTAA TAHUN 2020

BIL PROGRAM

1 Mesyuarat AJK MPK Kali ke 1
2 Mesyuarat AJK MPK bersama Bank Rakyat
3 Majlis Kecemerlangan Akademik
4 Kejohanan Ragbi MSSP
5 Sepak Takraw Perlawanan Persahabatan Pra-Voktek 4 Penjuru
6 KVSkill Peringkat Kebangsaan Program MPI
7 KVSkill Peringkat Kebangsaan Program KSK
8 KVSkill Peringkat Kebangsaan Program MPK
9 Latihan Bowling
10 Latihan Bola Tampar
11 Pertandingan Nyanyi Tari Irama Malaysia KV/SMT Kebangsaan
12 Pertandingan Bola Sepak Piala KVSR
13 Kejohanan Bola Jaring MSSD
14 Kejohanan Raghbi MSSM
15 Kejohanan Bola Tampar MSSD
16 Program Motivasi
17 Tasklimat Anti Buli
18 Taklimat Anti Dadah
19 Lawatan Penanda Aras Program MPI
20 Program Keselamatan dan Kesihatan Unit Matematik dan Sains
21 Progarm MInda SIhat Kebiasaan Baharu dan Anti Buli
22 KVTAA Fun Run

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 17

LAPORAN BENDAHARI

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 18

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 19

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 20

PEMBENTANGAN USUL

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 21

USUL DAN CADANGAN 2021

PPEENNGGEENNAALLAANN
Borang usul telah pun dikirim kepada ibu bapa penjaga pada 15 Mac 2021 dan
telah pun diserahkan semula kepada pihak kolej pada 21 Mac 2021.
Antara cadangan usul-usul yang ingin dibincangkan adalah seperti berikut:

BIL NAMA ALAMAT

1 AZIZUL FADZLI Puncak Alam, Kuala Selangor

 Pensyarah dan warden diminta untuk menyalurkan maklumat berkai-
tan kemasukan pelajar, yuran, aktiviti pelajar, keputusan peperiksaan
dan sebagainya terus kepada ibu bapa/penjaga melalui medium
whataspp,telegram dan facebook rasmi kolej.

2 NANI RAHAYU KASSIM No 24 Jlan Nova U5/62 Damai Subang
Bestari, Shah Alam

 Menambahbaik dan menyelenggara prasarana asrama untuk kemu-
dahan, keselesaan dan keselamatan para pelajar.

3 NORHAIZIRA MOHD KHIDIR No 29, Jln J.U 8 Tmn Jasa Utama Bt Caves

 Menambahbaik dan memperketatkan prosedur menghantar dan
mengambil pakaian di dobi asrama bagi mengelakkan kecurian pakaian.

4 MOHD FUAD ZAKARIA Wangsa Maju Seksyean 10 KL

 Pihak kolej diminta untuk menyediakan bas chartered dari kolej ke
KL dan sekitar Pahang semasa cuti persekolahan/perayaan.

5 SURIYA BINTI JAMALUDIN Guru KVTAA

 mencadangkan untuk membeli penapis air yang kerap dicuci sep-
erti coway untuk diletakkan di kawasan kolej l

6 OTHMAN BIN AWALUDIN no 26, lot 4101, zone C, kg bukit lanjan,
jalan Damansara, 60000 KL

 Mencadangkan pihak kolej untuk pembinaan kiosk/ food court
bagi meningkatkan dana mpk

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 22

BIL NAMA ALAMAT

7 WAN MOHD SHUKRI WAN H 28 Felda Ulu Jempul,26400

MAT Jengka,Pahang

 Meningkatkan kecermelangan antara pelajar dan pensyarah

8 NORZIAH JALIL No 9 Jalan Jaya 2 Bandar Tun Razak 56000

Cheras Kuala Lumpur

 Menambahbaik dan menyelenggara prasarana asrama seperti ruang

menyidai pakaian yang tertutup untuk kemudahan, keselesaan dan

keselamatan para pelajar

9 MOHD KASIM BIN ABU Lot 1890 Kg Gajah Mati,28400 Mentakab

SAMAH Pahang.

 Pihak kolej diminta untuk menyediakan bilik tamu untuk penjaga

bertemu dengan pelajar sewaktu sesi melawat di Asrama KVTAA

10 ARZAHARI ABU HASSAN No 143 felda sg kemahal 28320 Triang

pahang

 Pihak kolej diminta untuk tidak mengadakan sesi pdpr di rumah

11 AJK MPK
 Mencadangkan untuk :
1) Tambahan RM 10 Untuk tabung Kebajikan
2) Penggenapan kepada RM 30 untuk Program Motivasi
3) Tambahan RM 10 untuk Majlis MPP

PENUTUP
Kesimpulannya, hanya usul-usul tertentu sahaja dan dianggap mempunyai kepentingan
untuk semua pelajar dan KVTAA sahaja diterima untuk diperbincangkan di samping
faktor kekangan masa. Namun demikian, mana-mana usul yang tidak dicatatkan akan
dipanjangkan menerusi mesyuarat AJK 2021/2022

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 23

AHLI JAWATANKUASA MPK KVTAA
SESI 2020/2021

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 24

PENGHARGAAN

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA
TUAN PENGARAH, PARA TIMBALAN PENGARAH, AJK MPK

2019, PARA PENSYARAH, PARA IBU BAPA, AHLI
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SERTA SEMUA INDIVIDU

YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA BAGI
MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG MAJLIS
PERMUAFAKATAN KOLEJ (MPK) KALI KE-30.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

SEKIAN, TERIMA KASIH

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30……….. 25


Click to View FlipBook Version