DARI NOVELIS ISLAMIK BEST SELLER MALAYSIA
SILENCE
PROTOCOL
URBAN OF CONVERGENCE
HADI FAYYADH
HADI FAYYADH
Copyrights 2020 Hadi Fayyadh Production
ALL RIGHTS RESERVED
SILENCE PROTOCOL
Ini adalah tulisan Abdul Hadi Mohamad
(Hadi Fayyadh)
Emel: [email protected]
Instagram : hadi_fayyadh
Penulis
Hadi Fayyadh
Editor
Abdul Aziz Faisal bin Adnan
Rekabentuk Kulit
Farah Lyana
Rekabentuk Dalaman
Farah Lyana
Cetakan pertama : FEBRUARI 2020
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit,
mengulang cetak, mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, illustrasi, fotografi dan isi kandungan buku ini
dalam apa juga bentuk dengan apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain yang
direka pada masa akan datang sebelum mendapat izin
bertulis dari Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd.
Diterbitkan oleh:
DIRECTOTAL MANAGEMENT SERVICES
17-11-4, KONDOMINIUM SRI MAHLIGAI, JALAN
TENGKU AMPUAN RAHIMAH 9/20, SEKSYEN 9, 40100
SHAH ALAM, SELANGOR
Dicetak oleh:
Mihas Grafik Sdn. Bhd.
No.9 Jalan SR 4/19 Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Dedikasi luhur Sanubari
Dari penjuru semesta, ia menjelajah
hingga ke belahan barat menuju
ke Timur, bertebaran dari utara ke
selatan nadiku terus berdetak .. Ruh
yang mendiami setiap jejalur saraf ini
mengalir dengan izin dan qudratNYA.
Lantas dikirim cintaNYA ke dunia fana
sebagai hamba, melalui rotasi masa
yang terus berlari. Jiwaku mekar dalam
tadahan doa, dari bibir-bibir pencinta
jiwa yang luhur membingkis restu.
Kalungan sebuah anugerah terindah ini,
ku hias dan ku dedikasikan buat bonda
dan ayahandaku tercinta, ahli keluarga
serta sahabat handai yang teguh berdiri
dibelakangku dalam baris perjuangan
ini, sungguh tanpa kalian ku rebah
dimamah waktu.
Yakinlah, dunia kian di penghujung usia.
Aku, kamu dan dia sering bertelingkah
mencari setitis debu dari harta, nama,
jenama dan pangkat untuk digelar
pemilik mahkota sanjungan dan pujian.
Semuanya fana, tatkala namamu terukir
di nisan sepi. Bersiap siagalah, kerana
fitnahnya tidak akan kehabisan selagi
nafasmu di dalam kerongkongan.
Hadi Fayyadh
Silence Protocol
HADI FAYYADH
FITNAH
Mereka menggelarkan aku sebagai
Dajjal.
Lantas, aku digambarkan sebagai
lelaki hodoh yang punya kecacatan.
Mataku buta sebelahnya.
Tersembul, umpama sebiji anggur
yang kering.
Di dahiku, tertera tulisan ... Siapapun
kamu ..
Samada tahu membaca, atau tidak ..
Pasti tahu maksud yang dizahirkan ..
Jikalau begitu, masihkah ada yang
ingin mendekatiku?
Aku diceritakan sejak ribuan tahun
lampau.
Mengembara sehingga aku dipasung
dan dibelenggu.
Mendiam dalam sarang lubang gua
yang kelam.
Umurku bergantian.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Masa demi masa, aku menakluk benua.
Panjiku sentiasa berkibar bersama
“mereka”.
Kau tahu siapa “mereka”?
Mungkin ada yang mengingatkanmu ..
Namun, hanya sedikit yang
mengimani..
Katanya kolot dan tidak tahu punca ...
Semuanya bagai tuduhan membabi
buta,
Kerna doktrinku telah lama
Ia meresap jauh ke dalam jiwa..
Apakah kau tidak tahu ?
Para pemimpinmu, adalah dari
kalangan pemujaku ..
Muzik dan laguku adalah idola
pujaanmu ..
Zikir dan puisiku, mendarah daging
dalam nafasmu ..
Permainanmu, hobimu, segalanya dari
tajaanku.
Lalu, untuk apa kau memusuhiku ..
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Andai semuanya ada dalam
genggamanku ....
Teruslah berjalan selangkah menjadi
pengikutku..
Syurga yang kau idamkan akanku
bentangkan ..
Usah peduli apa yang menjadi
kecaman,
Iman dan Nafsu ? Aku ajar kau pilih
nafsu ...
Ya, Aku tahu janjiku palsu,
Sekadar bayangan dalam samaran ..
Namun, cukuplah untuk kau merasa
Tegukkan sebentar dunia yang fana ...
Aku mencintaimu ..
Kerna kau mencintai dunia
Dan segala isinya ..Tidakkah kau
idamkan ..
Aku menjadi pemimpinmu
di hari penyesalan ? ...
Raja Konspirasi
Dajjal Laknatullah
Silence Protocol
HADI FAYYADH
“Aku hadir
dengan keanehan, keunikan
dan keganjilan, samada
wujud pada diriku,
atau rasa pada mereka yang
memandangku,
kuasa yang ku miliki melimpah,
tidak sekadar ilmu yang ku
pelajari dari zaman berzaman..,
Cukup untukku mengkhayalkan
para pengikutku
dengan dunia palsu ciptaanku ..”
Dajjal
Tiada siapa yang pernah bertemu dengannya selain
Tamim Ad-Dari bersama 30 orang pengikutnya
yang dahulunya mereka terdampar di pulau
misteri. Al Jassasah yang menemui mereka.
Adakah anda tahu jalan ceritanya?
Banyak yang Dajjal tanyakan kepada mereka,
sehingga akhirnya Dajjal tahu bahawa Nabi
Muhammad SAW, rasul yang asalnya tidak tahu
membaca dan menulis itu telah diutus oleh Allah.
Namun, sayang sekali apabila ramai yang ingkar
dan menolak ajarannya.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Sungguh tiada siapa mampu menyingkap sejarah
hidup Dajjal secara tepat, bagaimana dia melalui
terowong masa bergantian sehingga Dajjal kekal
hingga ke hari ini.
Umurnya panjang dan pernah menjelma dalam
pelbagai dimensi masa dalam pelbagai rupa yang
sukar untuk dijelaskan.
Ada sebahagian daripada pengkaji menyatakan
bahawa Dajjal pernah menduduki takhta sebagai
Maharaja China yang pertama, Shi Huangdi.
Seorang Raja yang telah membina Tembok Besar
China, Piramid dan formasi patung perajurit
Terracotta?
Jika anda melihat bongkah batu misteri
Stonehenge yang sangat unik susunannya, ada
pengkaji mengatakan Dajjal yang membinanya.
Ia disusun sedemikian di atas sumber mata air
yang tidak terbit, kerana dikatakan kemarau
Silence Protocol
HADI FAYYADH
panjang selama 3 tahun akan berlaku pada waktu
munculnya Dajjal nanti.
Selain itu, watak Merlin yang pernah mewarnai
sejarah negara barat dikatakan juga adalah jelmaan
daripada Dajjal. Ciri-cirinya, watak dan gayanya
sangat mirip dengannya.
Benarkah begitu ?
Watak-watak yang yang dikatakan menyerupai
Dajjal wujud dalam tamadun terdahulu seperti
Lord Pacal, Viracocha, dan Shi Huangdi adalah
sebagai wakil tuhan atau anak tuhan matahari.
Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah di
dalam bentuk manusia tua yang berjanggut.
Lalu, sejauhmanakah kebenaran sangkaan para
pengkaji ini terhadap kewujudan Dajjal di masa
lampau?
Adakah benar Dajjal melalui zaman demi zaman,
Silence Protocol
HADI FAYYADH
menjadi penguasa dan pembina yang hebat.
Setiap tamadun yang dijejaki Dajjal, dia akan
meninggalkan monumen sebagai simbol kehebatan
ilmunya sebelum tiba zaman kemunculan semula
Dajjal yang dijanjikan di akhir masa nanti.
Jangan terus mengerutkan dahi anda, walau
sebenarnya kajian ini agak pelik dan aneh bukan?
Pertanyaannya benarkah kemunculan Dajjal
hanyalah selama 40 hari keberadaannya di akhir
zaman, atau Dajjal memang benar-benar telah
wujud mengembara ke serata dunia menyuntik
doktrin sekian lama ?
Bukankah Dajjal pernah dilihat dikurung dan
dipasung?
Teruslah berfikir dengan membaca kajian ini.
Penelitian dan pencarian para sejarawan dalam
dimensi identiti Dajjal ketika menjarah masa tidak
terhenti hanya disitu.
Ia terus berjalan hingga kebenaran nanti pasti
terbongkar.
Apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW
dalam sabdanya, yang diriwayat oleh Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah!
Berapa lamakah ia (Dajjal) akan tinggal
di muka bumi ini? Nabi SAW menjawab:
Ia (Dajjal) akan tinggal selama 40 (empat
puluh) hari.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Hari yang pertama seperti setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti
seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi
(iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang
biasa.
HR Muslim.
Dalam hadith dijelaskan bahawa Dajjal akan
hidup selama 40 hari, tetapi bukan seluruh 40 hari
menurut waktu biasa yang kita selalu hitungkan.
40 hari itu adalah terdiri dari 4 masa dan fasa :
Hari pertama, seperti setahun
Hari kedua, seperti sebulan
Hari ketiga, seperti seminggu
37 hari sama seperti
perhitungan waktu biasa.
Secara terperinci 3 dari 4 masa tersebut adalah :
Peringkat Pertama: 1 hari =
Setahun = setahun (Dajjal)
bersama 1,000 tahun (dimensi
masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari =
Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12
bulan = 83 tahun (dimensi masa
manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari =
Seminggu = 83 dengan angka
4 (1 bulan = 4 minggu), maka
Silence Protocol
HADI FAYYADH
hasilnya lebih kurang 21 tahun.
Peringkat Keempat: 37 hari
= hari dimana Dajjal berada
dalam dimensi masa manusia.
Peringkat pertama seperti setahun?
Menurut Islam, satu hari di Syurga menyamai
dengan 1000 tahun di dunia manusia, atau waktu
yang berjalan di muka bumi ini.
Firman Allah SWT :
“Dan mereka meminta kepadamu agar azab
disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan
menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi
Rabbmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-
tahun yang kamu hitung.
(QS.22:47)
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi,
kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya
dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah
seribu tahun menurut perhitunganmu.
(QS.32:5)
Maka, dengan demikian kita pasti mampu
menghitung bagaimana berkuasanya kerajaan
Inggeris selama 1000 tahun lalu.
Kerajaan Inggeris dan Eropah adalah merupakan
kekuatan dunia saat itu. Apakah kekuatan mereka
tiada bantuan ‘ghaib’ seperti Dajjal?
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Tentunya ia bukan suatu kebetulan juga jika
monarki Inggeris sudah berkuasa sejak tahun 900
dan menjadi kekuatan yang mendominasi dunia
sampai 1900.
Pernahkah kita memikirkan tentang perkara itu?
Peringkat kedua seperti sebulan
Jika tanggapan sehari seperti setahun sama
dengan 1000 tahun, maka masa keberadaan Dajjal
pada peringkat hari keduanya adalah sama sehari
seperti sebulan bererti seribu tahun disamakan
dengan 1000 bulan.
Setahun mempunyai 12 bulan bermakna 12 bulan
dibahagikan dengan 1000 bulan. Maka jumlahnya
adalah 83 tahun dalam dimensi masa manusia.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Menurut Imran Hussein, seorang pengkaji Ilmu
Eskatologi Islam, hal ini sangat bertepatan dengan
peristiwa ini. Sesungguhnya pada tahun 1917,
Amerika terlibat di dalam perang dunia pertama,
dan penglibatannya menyebabkan sebuah negara
kuasa politik besar telah terbentuk.
Sejak saat itulah peralihan masa Dajjal telah
bermula menjadi ”satu hari seperti satu
bulan” menurut kebanyakkan pendapat.
Berdasarkan pengamatan, pada tahun 1917 jika
ditambah dengan 83 tahun, maka akan sampai
pada tahun 2000. Samada anda masih ingat, tahun
inilah seorang lelaki berkulit putih yang diberi
nama George W. Bush dilantik menjadi Presiden
Amerika Syarikat.
Apa yang telah dilakukannya sepanjang dia
berada diatas tampuk pemerintahan?
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Pada tahun sekitar 2001 (9/11) World Trade Center
telah dibom. Semua penelitian telah membuktikan
bahwa tragedi 9/11 adalah agenda terancang yang
dilakukan orang dalam sendiri.
Apa tujuannya? Tentu sahaja label Islamophobia
menjadi pertaruhan proksi Dajjal ketika itu. Mari
kita senaraikan satu persatu kronologi peristiwa
yang berlaku.
Selepas berlakunya tragedi itu, pada tahun 2002,
sekutu Amerika bagai mendapat lesen besar
untuk memerangi pejuang-pejuang Taliban
di Afghanistan sekaligus menghapuskan jejak
“Pemimpin Akhir Zaman” yang diyakini
kemungkinan akan muncul dari pelusuk negara
itu.
Tidak cukup dengan serangan ke atas Afghanistan,
pengaruh yang dipercayai mampu menggugat
kedudukan Dajjal nanti juga wujud di Iraq.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Serangan dilancarkan pada tahun 2003, sehingga
proksi Dajjal menguasai kedua-dua negara ini.
Kejayaan sekutu Dajjal menakluki dua negara
hebat itu tidak terhenti disitu sahaja, Amerika
melebarkan pengaruhnya sehingga ke negara
Lubnan dengan alasan memerangi keganasan.
Akhirnya Lubnan lumpuh pada tahun 2006 dan
kini ditadbir oleh pemimpin dari pakatan Dajjal.
Pejuang-pejuang yang bakal bangkit bersama Al-
Mahdi dan Isa Ibn Maryam akan diperangi habis-
habisan oleh mereka hingga segala rencana dan
agenda Dajjal tercapai pada kemuncaknya.
Pada tahun 2007, kejayaan terbesar para pengikut
Dajjal adalah dengan mendirikan kem pertahanan
tentera di 10 buah negara di Timur Tengah.
Pengawasan terhadap “Kebangkitan” yang
disebut oleh Rasulullah SAW sentiasa menjadi
kerisauan mereka dan pengikutnya.
Peringkat ketiga seperti seminggu.
Dengan kiraan yang sama, kamu perlu membahagi
lagi angka 83 dengan angka 4 (1 bulan = 4 minggu),
maka hasilnya lebih kurang 21 tahun.
Sesungguhnya Allah jualah yang lebih mengetahui,
tetapi jika tahun 2000 adalah tahun permulaan
masa pemerintahan Dajjal selama “seminggu”
maka dengan menambahkan 21 tahun, bererti
tahun 2020-2023 adalah kemuncak kemunculannya
pada perkiraan manusia.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Maka, jika perkara itu terjadi, Dajjal akan
memindahkan pemerintahan dunia kepada Israel,
di mana apa yang Dajjal pertaruhkan adalah lebih
dari sekadar negara yang kecil namun peranannya
cukup besar.
Gagasan baru yang akan mengubah idealisme
dan ideologi agama manusia yang dijenamakan
sebagai Tatanan Dunia Baru, “New World Order“
akan direalisasikan dimana para pengikut Dajjal
pasti berharap agar dirinya akan muncul ke dunia
dalam bentuk yang nyata.
Jadi apakah mustahil untuk Dajjal hidup dalam
samar-samar bayang yang telah menguasai dunia
sejak sekian lama?
Dua dimensi dari pintu masa yang berbeza, watak
yang pelbagai tidak mustahil untuk Dajjal lakukan
bukan?
Cumanya, mungkin kita tidak akan ketahui,
adakah Dajjal benar-benar menyertai zaman ini
secara fizikal, atau dia hanyalah bersifat spiritual
atau ideologi yang berhubung melalui “stargate”
dari dua alam berbeza yang tidak akan dijelaskan
lagi disini.
“Stargate”? Apakah itu ?
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Tidakkah terlintas di benak fikiran, tatkala kita
melihat sebuah singgahsana yang hebat, yang
telah berusia ratusan tahun namun masih utuh
hingga saat ini.
“Bagaimana manusia ketika zaman
itu mampu membina sebuah
tamadun yang hebat, adakah
punya misteri disebaliknya ?
Benarkah ada “seseorang”
yang pernah “mengembara masa”
berselindung disebalik tamadun-
tamadun gah yang dahulunya
memiliki kesan sejarah yang
gemilang ?”
Adakah anda percaya, Dajjal pernah hidup
dizaman-zaman ini ?
Zaman apa? Mari kita meninjau, apakah benar
monumen asli sejarah yang hebat sebenarnya
adalah peninggalan Dajjal, hasil binaannya atau
sebaliknya.
Menurut pengkaji purba British Museum
Laboratory, suatu penemuan iaitu tengkorak
kristal yang telah diukir dengan tepat bersaiz
kepala manusia lebih 3,600 tahun lamanya ditemui
di Amerika Selatan.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Ia jelas menujukkan bahawa tengkorak itu
diperbuat dengan pemotong batu kristal yang
berteknologi tinggi. Persoalan pertama, siapakah
yang mengajarkan mereka teknologi tinggi itu ?
Satu silinder cooper yang berusia sekurang-
kurangnya 220 tahun sebelum Masihi dengan
sebatang besi di dalamnya ditemui di sebuah
perkampungan di Iraq di dalam sebuah perahu
kecil purba.
Apabila dikaji ia sebenarnya satu alatan
bateri. Setelah melalui eksperimen, dengan
mencampurkan jus anggur alkaline ke dalam
silinder itu, ia menghasilkan separuh kadar volt
elektrik.
Apakah zaman itu sudah memiliki teknologi bateri
sehebat ini?
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Apa lagi yang belum anda selidiki? Penemuan
tapak-tapak sejarah yang penuh misteri seperti
Great Serpent Mound di Ohio, Bukit Silbury
di Britain, garisan panjang yang aneh di Nazca
Peru, Stonehenge, Rock Wall dan bongkah batu
berbentuk kepala di Pulau Easter.
Semua ini adalah zaman pra sejarah yang masih
kontroversi, kerana ia adalah cebisan sejarah yang
membuktikan kewujudan teknologi purba yang
hilang.
Cuba anda bayangkan satu struktur pembinaan
bentuk empat segi ziggurat yang dibina 8,000
tahun sebelum Masihi (B.C) ditemui berhampir
Okinawa, Jepun. Ia Jelas menunjukkan terdapat
keupayaan teknologi yang wujud ribuan tahun
lamanya.
8000 tahun sebelum masihi, dari manakah
teknologi yang mereka pelajari ?
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Dahulu pernah muncul prediksi tahun 2012 akan
berlakunya Kiamat.
Kaum Mayan adalah kaum yang meramalkannya.
Sesungguhnya Tamadun Mayan memang aneh.
Ia terbina dengan penuh kegemilangan dengan
mengambil tempoh yang agak panjang. Namun
tiada siapa yang tahu, akhirnya hilang dan lenyap
begitu sahaja.
Mereka telah meninggalkan tamadun mereka
dengan penuh misteri. Sehinggakan seluruh
penduduk kota itu juga dikatakan hilang begitu
sahaja.
Salah seorang pengkaji Dr.Maurice M.Cotterell
dan Adrian Gilnert mengkaji siapakah pencetus
sebenar tamadun yang wujud di tengah-tengah
hutan belantara Mexico yang tebal itu.
Yang pasti ia bukan dari kaum asli Mayan sendiri.
Sebaliknya ia datang dari luar. Siapakah pencetus
yang dimaksudkan?
Para pengkaji melihat, tamadun yang wujud
seolah-olah berserakan dan berkembang dengan
perlahan adalah seperti mengikut jejak seorang
pengembara.
Ia berjajaran dari pesisir pantai hingga ke
pedalaman Mexico, membawa ke tanah tinggi
Peru hingga ke Afrika.
Jika dilihat corak kewujudan dan tinggalan
monumen misteri ini dapat dipetakan secara jelas.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Ia membuktikan pencetus tamadun itu
menggunakan jalan laut dan seterusnya berkelana
mengikut jalan darat.
Memetik pandangan daripada Dr. Maurice M.
Cotter dan Adrian Geilbert, semua ini tidak terjadi
secara kebetulan .
Ia pasti mempunyai unsur galur sejarah yang
tersendiri. Menjadi lumrah dan tradisi pengembara
atau perintis untuk menamakan lokasi yang
dijejaki olehnya di atas nama perintis itu sendiri.
Sungguh, perintis dan pengembara ini mahu
dikenang sehingga akhir umur dunia.
Menurut petikan daripada buku “Membongkar
Misteri Dajjal” karangan Nurani Maarif, ada
kemungkinan besar Dajjal adalah pembangun
monumen-monumen bersejarah yang gah pada
zaman dahulunya.
Sewaktu mereka berusaha menjejaki ‘pencetus
tamadun misteri’ ini, apa yang mereka temui
adalah tanda-tanda bahawa semua ini berasal dari
orang yang sama.
Satu penemuan yang menarik untuk dibincangkan
bukan?
Mereka juga telah bersepakat dengan satu
keputusan, bahawa tamadun ini telah dicetuskan
oleh seorang manusia misteri yang pernah diangkat
menjadi Tuhan dan beliau diberi pelbagai gelaran.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Apa yang menyebabkan mereka mengatakan
sedemkian ? Antara penemuan yang mengukuhkan
hipotesis mereka ialah apabila mereka dapat
mengesan kewujudan upacara ritual atau amalan
yang serupa pada lokasi dan tapak monumen
misteri ini.
Ini jelas menunjukkan seakan-akan ia berakar
dari satu sumber sedangkan jarak lokasi di antara
tempat-tempat ini sangat jauh dan berbeza.
Kontekstualnya ialah apa yang cuba digambarkan
adalah manusia misteri ini telah diberi pelbagai
gelaran nama bersesuaian dengan lokasi
operasinya.
Dia berperanan memperkenalkan ilmu baru (sihir)
dan membina tamadun (ilmu sains) bersama
penduduk-penduduk asli ketika itu.
Setelah dia diterima maka dikerah seluruh tenaga
manusia dengan bantuan Jin untuk membina
monumen aneh mengikut citarasanya.
Maka disebabkan itulah, binaannya mempunyai
ciri-ciri mistik dan kultus (cult) serta penyembahan
korban yang diadakan setiap tahun untuk
memperingati dan memuliakan bangsa Jin.
Banyak artikel dan kajian dilakukan mengenai
perkara ini. Menurut Dr. Maurice M. Cotterell
dan Adrian Gilbert, kaum Mayan telah mencapai
tahap kemuncak pentadbirannya.
Kaum ini berupaya menjajah daerah lain,
Silence Protocol
HADI FAYYADH
menjadikan kaum yang dijajah sebagai bahan
korban, tumbuh dan tanaman hidup subur dan
pelbagai kecemerlangan lain yang diperolehi.
Mengikut Nurani Maarif lagi, untuk mendapatkan
gambaran yang jelas, anda boleh menonton karya
filem Mel Gibson, The Apocalipse.
Apa yang berlaku ini adalah berpunca dari
manusia aneh yang hidup bersama mereka.
Mengikut apa yang ditulis di dalam teks dan
kitab lama tinggalan masyarakat purba Mayan
jelas menggambarkan manusia aneh yang digelar
sebagai ‘perintis’ oleh Dr.Maurice M. Cotterell dan
Adrian Gilbet ini mempunyai cita-cita besar dan
dia bukan calang-calang manusia.
Mengapa hal itu terjadi? Ini kerana penerimaan dia
sebagai ‘dewa’ dan penyelamat oleh masyarakat
Mayan purba. Lebih mengejutkan dia mengatakan
bahawa dia akan kembali pada satu hari nanti.
Silence Protocol
Malah dia turHutAmDerIamFalAkaYn YtaArikDhHkemusnahan
dunia (kiamat). Persoalannya siapakah manusia
aneh dan penuh misteri ini?
Menurut Nurani Maarif di dalam petikan bukunya
“Membongkar Misteri Dajjal” Dia datang dari
arah laut, menggunakan pelbagai gelaran nama
dan menghubungkan kehidupannya dengan
Atlantis.
Mengikut kajiannya lagi, ia menjelaskan, kenapa
Atlantis begitu signifikan dengannya?
“ Satu telahan rambang pada awalnya
membawa satu pembongkaran yang
mengejutkan bahawa Atlantis adalah
sebuah pulau yang wujud dengan penuh
tanda tanya.
Ia sebuah pulau hebat yang
menempatkan semua manusia istimewa
yang kemudian tenggelam ditelan
ombak laut dan dikatakan akan muncul
kembali pada akhir zaman.
Kewujudan Atlantis penuh propaganda.
Di pulau itu wujudnya ‘Tuhan’ bernama
Atlas. Dalam falsafah agama Yunani,
Atlas ialah Tuhan yang memikul dunia
di atas bahunya.
Dia adalah Tuhan yang mahu menguasai
dunia. Dan dialah Dajjal yang ditunggu-
tunggu oleh pengikutnya. Itulah
kesimpulan saya.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Muhammad Isa Dawud turut
menceritakan bagaimana Dajjal
bergaul dengan masyarakat setempat.
Huraiannya amat sesuai dengan
maklumat yang saya temui.
Kehidupan Dajjal di Amerika
Selatan atau lebih tepat semenanjung
Yucatan menjadi bahan penting bagi
membongkar hakikat ini. “
Dalam kajiannya, beliau berjaya memperincikan
kehidupan Dajjal di setiap benua yang
disinggahinya; di Amerika Selatan, beliau
menunjukkan Puerto Rico sebagai lokasi yang
dimaksudkan.
Dari sini timbul persoalan, apakah Dajjal hanya
datang dan pergi tanpa meninggalkan sebarang
tanda?
Bukankah Dajjal sangat licik dan pintar
memanipulasi fitnah? Apakah ‘buah tangan’
yang ditinggalkan oleh Dajjal untuk kaum yang
didatanginya?
Persoalan ini terjawab apabila kita mengesan
sebuah monumen misteri yang ditinggal usang
tanpa penjelasan; siapa dan untuk apa ia dibina. Ia
adalah tinggalan binaan purba kaum Mayan.
Penceritaan monumen kaum Mayan hanya
disebut sepintas lalu dan diasingkan dari kisah
keseluruhan perjalanan Dajjal.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Suara hati saya mengatakan, itulah tanda tinggalan
Dajjal.
Dari sini pencarian pun bermula. Telahan saya
bahawa monumen misteri itu mempunyai
hubungan yang rapat dengan Dajjal bukan satu
omongan kosong.
Ia disokong dengan fakta dan bukti. Justeru
pendapat ini menjadi tulisan yang panjang untuk
dihuraikan.
Manusia Misteri Di Amerika Selatan Lokasi:
Semenanjung Yucatan, Mexico
Lokasi kaum Mayan berada di Semenanjung
Yucatan sekitar Teluk Mexico, tidak jauh dari
perairan Bermuda dan hanya sedikit ke arah barat
laut Florida.
Saya percaya di sinilah lokasi yang dimaksudkan
oleh Muhammad Isa Dawud tambah penulis
Nurani Maarif lagi.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Beliau menemui cerita mengenai Dajjal dalam
himpunan teks atau manuskrip lama.
Beliau menceritakan, Dajjal sudah sampai di
Amerika Selatan. Namun, saya temui petunjuk
sebenar dalam buku The Mayan Prophecies,
tulisan Maurice M Cotterell.
Ia satu kebetulan yang mengejutkan.
Ketika Muhammad Isa Dawud menjelaskan
penduduk asli yang ditemui oleh Dajjal sebagai
orang yang tulus menyembah syaitan, orang yang
dimaksudkan ialah kaum asli Mayan.
Puak Mayan memang mempunyai ritual aneh
termasuk memelihara diri, keluarga dan hasil
tanaman mereka dari serangan musuh dan
bencana.
Kaum Mayan adalah kaum yang lemah. Mereka
sering terdedah dengan bencana alam, penyakit
dan serangan musuh.
Jadi mereka melakukan ritual sembahan korban
kepada dewa langit, hutan dan gunung (yang
sebenarnya jin dan syaitan) bagi melindungi
mereka.
Apa yang mengerikan, korban yang
dipersembahkan adalah kanak-kanak dan gadis
sunti yang dipancung dan tubuhnya dihumban
dari tebing tanah tinggi.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Berdasarkan kajian arkeologi masih terdapat
tulang belulang di dalam telaga buta dan di kaki
gaung tanah tinggi.
Perbicaraan lanjut bagi mengenal kehidupan
misteri kaum Mayan dan dari mana mereka
memperolehi tamadun yang hebat diperincikan
oleh Maurice M Cotterell di dalam buku, The
Mayan Prophecies.
Pada mulanya, kaum Mayan sangat primitif.
Mereka hidup di kawasan pendalaman dan
bergantung kepada padi huma dan jagung sebagai
makanan ruji.
Mereka jarang berhubung dengan dunia luar
bahkan mereka sering dikalahkan.
Namun kehidupan mereka berubah apabila
bertemu dengan seorang ‘lelaki aneh dan misteri’;
Silence Protocol
HADI FAYYADH
lelaki yang diberi pelbagai gelaran dan mengajar
mereka tentang ilmu kehidupan sehingga mereka
berupaya membina piramid dan kompleks yang
menakjubkan.
Kehidupan mereka lebih maju dari apa yang kita
sangkakan.
Mereka mahir dalam ilmu astronomi, mempunyai
kaedah pengiraan yang tepat, mempunyai
kemahiran senibina dan seniukir yang
mengkagumkan. Inilah apa yang ditinggalkan
oleh kaum Mayan.
Sukar dibayangkan, ilmu-ilmu seperti itu hanya
wujud dan berkembang dengan pesat ketika
tamadun Islam pada kurun ke 5.
Namun kaum Mayan telah lebih dahulu
mempunyai kemahiran membaca dan mencerap
perjalanan bintang.
Mereka dapat mengetahui bilangan hari di planet
Venus serta dapat menghurai sifat dan kedudukan
matahari dengan tepat. Itu adalah fakta yang
banyak diungkap oleh penulis buku The Mayan
Prophecies.
Bermula dari pertemuan itu, kaum Mayan tiba-
tiba menjadi kaum yang sangat maju. Berlaku
perubahan yang sangat mendadak.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Mereka menjadi kaum yang berupaya menjajah
kaum lain. Apabila mereka bertambah kuat,
ritual penyembelihan korban tidak lagi dari kaum
mereka sendiri.
Mereka mula mencari mangsa dari suku kaum lain
yang ditawan untuk dikorbankan secara besar-
besaran.
“Gambaran yang lebih tepat dapat
disaksikan di dalam filem karya Mel
Gibson, Apocalypse. Inilah pengorbanan
yang dipersembahkan untuk makanan
para jin dan syaitan.”
Kemampuan kaum Mayan membina sebuah kota
dan kompleks agama amat mengagumkan.
Ia dibina dari binaan batu kapur yang dipotong
dengan ukuran yang tepat dan disusun secara
kemas lalu membentuk sebuah piramid dengan
bilangan anak tangganya mengikut jumlah hari
iaitu 365.
Setiap tapak binaan mempunyai makna tersendiri.
Kedudukannya juga menghadap ke arah matahari
terbit dan terbenam.
Dari jauh ia kelihatan seperti bongkah-bongkah
batu yang berserakan namun bila dihampiri,
jelas menampakkan binaan kompleks yang
menakjubkan.
Dari apa yang ditemui oleh pakar arkeologi, kaum
Mayan tidak hanya meninggalkan binaan yang
Silence Protocol
HADI FAYYADH
utuh dan kekal sehingga hari ini malah terdapat
tinggalan Khazanah ilmu yang belum dapat
dirungkaikan sepenuhnya.
Segala Khazanah ilmu ini mengandungi kod-kod
rahsia yang dicipta dengan penuh misteri.
Antara kod rahsia yang dapat dipecahkan adalah
ketua agama kaum Mayan meramalkan dunia
akan kiamat pada tahun 2012 dan ketua agamanya
akan muncul kembali pada akhir zaman. Sungguh
menghairankan!
Jurubina Sebenar Piramid Mayan
Pada awalnya semua beranggapan bahawa ilmu
dan kemahiran ini diperolehi dari makhluk asing.
Satu teori yang masih belum dapat dibuktikan
kesahihannya.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Malah makhluk asing dan UFO itu sendiri masih
menjadi misteri yang tidak terjawab. Sebenarnya
itulah jawapan mudah yang dapat diberikan;
bahawa kaum Mayan memperolehinya dari
makhluk asing.
Huraian ini diperolehi antaranya dari teori
Erich Von Daniken, seorang saintis dan pengkaji
tersohor dari Sweden.
Namun dari kajian dan penemuan yang dibuat
oleh Adrian G Gilbert dan Maurice M. Cotterell
dengan jelas menunjukkan bahawa teknologi,
ilmu dan kemahiran kaum Mayan sebenarnya
diperolehi dari seorang lelaki misteri dan aneh
yang datang dari arah laut.
Beliau mendarat di pesisir pantai Amerika
Selatan lalu memudiki sungai memasuki kawasan
pendalaman.
Kenyataan ini beberapa kali diulang dan ditemui
di dalam teks kajian mereka.
Lelaki aneh ini akhirnya dianggap sebagai manusia
dan dewa agung.
Perhatikan petikan ini:
“Di sini saya mula memahami
tentang ajaran yang dibawa oleh
Tuhan di dalam bentuk manusia
atau avatar itu saling berkaitan
bahawa Quetzalcoatl yang
digelar oleh kaum Aztecs dan
kukkulcan oleh kaum Mayan.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Barangkali dari dia mereka belajar peredaran titik
matahari atau paling tidak ilmu astronomi.
Saya yakin di sebalik mitos dan kepercayaan
tahyul mereka terdapat seorang individu, seorang
guru yang pintar,yang mencetuskan ajaran agama
berdasarkan perubahan diri”
Adrian G. Gilbert dan Maurice M. Cotterell percaya
bahawa individu ini adalah seorang pengembara.
Dia menggunakan jalan laut untuk sampai ke
Mexico dan bukan dengan pesawat terbang. Ini
sekaligus menafsirkan bahawa ilmu dan kemahiran
kaum Mayan datang dari makhluk asing.
Di dalam versi lain, terdapat catatan bahawa
kaum Mayan pernah dikunjungi oleh seorang
pelayar yang bernama Votan; dialah yang telah
mengharungi Lautan Atlantik dan menuju
Kepulauan Canaries (sekitar Bermuda).
Votan dikatakan seorang tua yang berjanggut
dan memakai jubah labuh memudiki Sungai
Usumacinta. Dia tiba di Daerah Palenque dan
hidup dengan kaum di daerah itu.
Jika kita terkejut dengan fakta ini, tentu kita takjub
fakta ini sama dengan kisah pengambaraan hidup
Dajjal diungkapkan oleh Muhammad Isa Dawud.
Saya turut menemui kenyataan berasingan yang
ditulis oleh Erich Von Daniken sendiri yang
merakamkan fakta serupa di dalam buku Chariots
Of The Gods.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Perhatikan kata-katanya:
Dia datang dari negeri matahari terbit
yang tidak diketahui dengan jubah putih
dan berjanggut panjang. Dia mengajar
manusia pelbagai ilmu, cara hidup dan
hukum perundangan yang tinggi.
Di bawah pentadbirannya, jarang tumbuh subur
setinggi manusia dan kapas tumbuh dengan siap
berwarna .
Apabila misi Quetzalcoatl tercapai dia kembali
semula ke kapal dari tempat munculnya binatang
itu dengan menaiki kapal laut.
Perhatikan ungkapan ini; dia datang dengan
janggut panjang dan jubah labuh (persis Gandalf
di dalam filem Lord of The Rings).
Dia mempengaruhi masyarakat setempat dengan
ilmu dan kemahiran kemudian kembali ke laut
serta dia berjanji akan kembali semula.’ Aneh?
Ungkapan ini bukanlah satu kebetulan yang sama
dengan huraian Muhammad Isa Dawud bahkan
ia adalah fakta yang selama ini terpendam dan
dipadamkan.
Apa yang dapat kita perhatikan ialah penulis
berbeza menulis kisah yang hampir sama, tetapi
berdasarkan teks yang berbeza.
Antara penulis masyur itu termasuk Erich Von
Daniken. Edgar Cayce, Prof. Charles Haogood dan
Adrian Gilbert.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Semuanya merujuk kepada kehadiran seorang
lelaki misteri yang datang dari arah laut, hidup
sebagai ketua biara, diterima sebagai dewa
agung , mengajar mereka mengenai tamadun dan
astronomi, membina mercu tanda aneh lagi misteri
dan pergi.
Dalam teks lain, dia dikatakan mati dengan
aneh dan berjanji akan kembali ketika dunia
memerlukannya.
Mana-mana penulis dan pengkaji tamadun Mayan
akan menemui fakta ini;
“Seorang lelaki aneh yang
pada awalnya diterima sebagai
penasihat, dianggap sebagai dukun
agung dan akhirnya diterima
sebagai dewa manusia.”
Fakta ini mengingatkan saya kepada pesan Nabi
S.A.W. bahawa Dajjal akan muncul sebagai
‘penyelamat manusia,’ mengakui dirinya tuhan.
“Tiada lagi kesamaran tentang Dajjal
sesungguhnya, ia akan muncul dari arah timur,
Kemudian menyeru atas namaku sehingga ia
diikuti oleh ramai orang.”
Dia memerangi dan menguasai mereka, sehingga
ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah dan
mengamalkannya sehingga diikuti dan disenangi
kerana itu.
Selepas itu ia berkata; ‘Orang ramai menjadi
Silence Protocol
HADI FAYYADH
bingung dan mereka yang masih memiliki hati
dan akal akan meninggalkannya.
Dajjal masih terus hidup sehingga dia mengatakan;
‘Aku adalah Allah.’ Dengan itu matanya akhirnya
tertutup, telinganya terpotong dan di antara
keduanya tertulis perkataan ‘kafir’
Lelaki Misteri Itu Adalah Dajjal
Ini telahan Maurice M. Cotterell. Apakah ada
penjelasan lain tentang lelaki misteri ini; yang
wujud di setiap monumen misteri dunia?
Adakah ia makhluk asing yang kita sangkakan?
Atau jin yang bebas dalam alam dunia? Atau
antara ribuan nabi yang diutuskan Allah ke dunia?
Siapa lelaki misteri ini?
Ia kekal menjadi tanda tanya. Ironisnya, setiap
percubaan mengenali dirinya akan terhenti tanpa
jawapan. Cuba selidik buku-buku misteri dunia,
semua pencarian mereka akan terhenti di situ.
Kombinasi dua teks karangan Muhammad Isa
Dawud dan Maurice M. Cotterell ini diharap
akan membuka mata hati kita bahawa lelaki itu
sebenarnya ialah Dajjal.
Dia hadir di dalam bentuk penyamaran wajah dan
tubuh (dia berupaya melakukannya dengan ilmu
sihir), berjubah dan berjanggut panjang, datang
mengajar tamadun yang hebat kemudian hilang
dan berjanji akan kembali pada satu hari nanti.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Dia dalam buku yang sama, Adrian G. Gilbert
menyebut ciri-ciri dan kelebihan lelaki misteri ini;
“Merujuk pada legenda Aztez dan Toltec
Quetzalcoatl seorang yang tinggi, berkulit cerah,
berjanggut dan sungguh berilmu dalam semua hal
termasuk spiritual.
Sebagai Raja dia memerintah dengan adil dan
aman ke atas semua rakyatnya yang diistilahkan
sebagai zaman keemasan.
Bagaimanapun dia dipaksa pergi (yang sebenarnya
masa untuk dia kembali ke alam hibernasi jin) dia
belayar ke arah timur dengan rakit berbentuk
naga.
Sebelum dia pergi ke arah matahari terbit, dia
berjanji bahawa satu hari nanti dia akan kembali
lagi memerintah dunia dengan keadilan,”
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Perhatikan pula apa yang ditemui oleh Erich Von
Daniken dalam teks mitos pra Inca (kaum purba di
Pergunungan Andes);
“Viracocha adalah elemen suci dan purba dia
memakai pakaian seperti seorang tua, Viracocha
menjelajah Pergunungan Andes dan sepanjang
pesisir pantai, kerapkali kehadirannya tidak
diterima dengan baik.
Ketika di Cacha, dia amat tersinggung dengan
penerimaan penduduk di situ lantas dia membakar
tebing dan langsung memusnahkan seluruh
negeri.
Viracocha meneruskan pengembaraan, memberi
petunjuk dan nasihat dan banyak biara dibina
sebab kehadirannya.
Akhirnya dia perlu mengucapkan selamat tinggal
di provinsi Manta dan hilang di samudera seperti
ditelan ombak, namun dia telah berjanji akan
kembali lagi.”
Nah! Lelaki misteri ini wujud dalam setiap
tamadun dan monumen dunia yang penuh misteri
dan berjanji akan kembali ‘menyelamatkan dunia.’
Anehnya, dia seolah-olah tidak mahu dikenali.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Dari sini perasangka saya menjadi satu keyakinan
bahawa dia adalah Dajjal yang dimaksudkan oleh
Nabi s.a.w.
Dari senarai panjang yang susun ia memberi tanda
yang sama bahawa Piramid Sakkara di Mesir,
bongkah batu Stonehenge di England.
Selain itu bongkah batu Carnac di Perancis, garisan
panjang Nazca di Peru, garisan gergasi Maze dan
Labyrinths di England, kota Machu Picchu Inca di
Pergunungan Andes.
Serta patung-patung aneh di Pulau Easter
dan patung tentera Terracotta di Xian, China
mempunyai jalinan cerita yang hampir sama.
Percayakah anda, sejarah dan mitos
yang melingkarinya merakamkan
seorang lelaki misteri yang
membinanya?
Anda akan takjub melihat bagaimana lelaki misteri
ini meninggalkan tanda-tanda aneh dan kod
Silence Protocol
HADI FAYYADH
rahsia yang diukir dengan ciri-ciri serta simbol-
simbol yang hanya boleh dibaca oleh orang-orang
tertentu sahaja.
Apa yang disampaikan penulis, Nurani Maarif
dalam bukunya “Membongkar Misteri Dajjal”
itu (petikan teks diatas) terutama dalam bab ini,
membantu kita untuk lebih memahami susur galur
Dajjal yang menjarah masa lalu membina tamadun
yang luar biasa.
Betul atau tidak, Wallahualam.
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Silence Protocol
HADI FAYYADH
Silence Protocol