LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
BUKU ELEKTRONIK
GELAPLENTERA DI SEBALIK
BACAAN UMUM
“ Akhir zaman kian sampai ke penghujungnya “
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
FANTASI DI HUJUNG WAKTU
Dunia adalah satu hamparan palsu yang dicipta
untuk menuju ke Akhirat. Pernahkah kita terfikir
sejenak? Keadaan dan alur cerita pada zaman
kini? Suasananya berbeza dan tidak seperti dulu
bukan?
Pembunuhan dan jenayah! Ia semakin menjadi-
menjadi. Fitnah pula berleluasa hingga
meresahkan hati. Benar dikata salah. Salah pula
disokong dan diterima baik.
Itulah hakikat dunia yang semakin tua dan di
hujung usia. Ia tidaklah seindah dulu dan tidak
sedamai yang disangka.
Mari mengupas episod akhir zaman yang
membuatkan kita terpana seketika. Benarkah ini
akan berlaku?
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Ya! Kini kita sedang hadapinya. Setengahnya,
mungkin ia akan muncul tidak lama lagi.
Agama Islam Dijual dengan harga yang murah.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda;
“Akan keluar pada akhir zaman orang yang
mencari keuntungan dunia dengan menjual
agama. Di depan manusia dia memakai kulit
kambing, menunjukkan kelembutan dan kata-
kata mereka lebih manis daripada gula walhal
hati mereka hati serigala.”
Lalu Allah berfirman;
“Apakah kerana kelembutan-Ku kamu menjadi
tidak takut, berani mempergunakan-Ku? Demi
Zat-Ku, aku bersumpah akan menurunkan suatu
fitnah yang akan terjadi dalam kalangan mereka
sendiri, sehingga orang yang alim pun akan
menjadi bingung!” Riwayat Al-Tirmizi
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Agama dijual pada akhir zaman. Fenomena ini
menjadi satu perkara yang menakutkan pada
umat Islam khususnya.
Contoh agama dijual, agama dijadikan satu
produk. Sampaikan harga produk tersebut
melambung tinggi kerana produk ‘Islamik’.
Agama sudah menjadi satu jalan untuk
mendapatkan duit kepada golongan tersebut.
Tidak ada niat kerana Allah tetapi kepentingan
dunia menjadi matlamatnya.
Ketika itu, agama bukan membuat sesetengah
golongan itu mendekatkan diri kepada Allah
tetapi ia menjadikan mereka lebih jauh daripada
Allah kerana mengejar dunia dengan
bertopengkan ‘agama’.
Semoga kita semua terhindar daripada termasuk
dalam golongan yang disebut oleh Nabi SAW di
dalam hadis tersebut.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Berleluasanya Fitnah.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Sungguh sebelum kiamat nanti akan terjadi
pelbagai fitnah bak malam yang gelap gelita,
sampaikan ada orang yang pada waktu siang dia
Mukmin, petang nanti dia menjadi kafir.
Atau pada waktu petang dia Mukmin, keesokan
paginya dia menjadi kafir. Pada masa itu, orang
yang duduk lebih baik daripada orang yang
berdiri. Orang yang berjalan lebih baik daripada
orang yang berlari.
Maka ketika itu, patahkanlah busur-busur kamu,
putuskanlah tali-tali kamu, pukullah pedang
pada batu. Bagaimanapun sekiranya fitnah itu
menimpa juga atas sesiapa antara kamu, maka
bersikaplah seperti anak Adam yang baik itu
(Habil).” Riwayat Abu Dawud
Fitnah di akhir zaman semakin menjadi-jadi dan
boleh menyebabkan pertelingkahan sesama
saudara seagama sendiri.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Bahkan, sampai sanggup berbunuhan dan
menghalalkan darah sesama sendiri kerana fitnah
yang membuak-buak pada ketika ini.
Islam mengajar kita supaya siasat dan semak
terlebih dahulu sesuatu berita yang kita baru
terima. Jangan mudah percaya, kita tidak tahu ia
sahih ataupun cerita yang direka-reka.
Memandangkan kita berada di zaman yang serba
canggih dan segalanya hanya di hujung jari, kita
seharusnya bijak menggunakan teknologi ini
dengan berlandaskan syariat. Jangan sebarkan
berita yang tidak pasti kesahihannya.
Ingat! Fitnah termasuk dalam dosa-dosa besar.
Jangan memandang remeh kerana ia
mengundang murka Allah. Jauhilah ia!
Orang Islam Meniru Orang Kafir
Rasulullah SAW bersabda;
“Sungguh kalian akan meniru perilaku orang-
orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
masuk ke lubang biawak sekalipun, kamu semua
pasti tetap mengikutnya.”
Kami bertanya, “ Wahai Rasulullah, adakah
mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda
menjawab, “Siapa lagi jikalau bukan mereka.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Realiti akhir zaman yang membimbangkan kita
semua adalah orang Islam tidak berbangga
dengan keislamannya lagi. Mereka lebih suka
meniru cara orang kafir (budaya negatif). Perkara
ini lebih menakutkan apabila orang Islam lebih
berbangga meniru budaya orang kafir.
Cara bercakap, cara berpakaian, dan tingkah laku
turut mengambil budaya daripada orang kafir.
Identiti sebagai orang Islam kian hilang dan
pudar.
Hanya nama yang masih dikekalkan
“keislamannya”, manakala yang lain sudah
terhapus dan dicorak dengan budaya barat.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Rasulullah menyebut ‘sekiranya mereka masuk
ke lubang biawak sekalipun, kamu pasti tetap
mengikutnya’. Ini menunjukkan sikap orang
Islam yang bertaqlid buta.
Ikut walaupun ia tidak diterima dek akal yang
waras atau membahayakan diri dan agamanya.
Nauzubillah minzalik.
Tidak Mahu Menjadi Imam Solat Jemaah
Salamah binti Al-Hur pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya, termasuk dalam tanda-tanda
kiamat adalah ahli masjid saling menolak bagi
menjadi imam kerana tidak ada sesiapa yang
mengimamkan mereka. ”Riwayat Imam Abu
Daud
Di akhir zaman, orang ramai sudah tidak mahu
menjadi imam solat berjemaah.
Mungkin kerana tidak layak untuk menjadi imam
oleh disebabkan banyak melakukan dosa, atau
kerana kejahilan diri yang tidak memahami
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
hukum hakam Islam, kelemahan dalam bahasa
Al-Quran dan sebab-sebab tertentu.
Kejadian ini juga menakutkan kita semua.
Sampaikan solat berjemaah, masing-masing tidak
mahu menjadi imam.
Hadis ini juga memberi peringatan kepada kita
bahawa akan datang zamannya, kejahilan
menguasai manusia hinggakan ilmu sudah tidak
dipelajari dan ditinggal sepi.
Inginkan Kematian Daripada Hidup Di Dunia
Abu Hurairah R.A mendengar, Rasulullah SAW
bersabda;
“Tidak akan datang kiamat sehingga seseorang
melewati kubur orang lain lalu berkata,
‘Alangkah baiknya jikalau aku yang
menghuninya’. Riwayat Imam Bukhari dan Imam
Muslim
Antara kejadian yang menakutkan kita ketika
masa ingin menjelang hari kiamat adalah
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
manusia inginkan kematian daripada terus
menjalani kehidupan seharian.
Apabila melalui kawasan perkuburan atau
seseorang yang berada di atas kubur, dia akan
berkata;
“Sekiranya aku berada di dalam kubur ini, aku
pasti lebih bahagia.”
Hal ini berlaku kerana, manusia tidak sanggup
menghadapi kehidupan yang serba mencabar.
Penuh ujian. Penuh dengan fitnah.
Kehidupan yang sering ditimpa masalah.
Tekanan hidup yang membuatkan fikiran
inginkan kematian.
Syeikh Yusuf bin Abdillah al-Wabil berkata
dalam ‘Asyrat Al-Sa’ah;
“Mengharapkan kematian terjadi kerana
banyaknya fitnah, berubahnya keadaan dan
ketika ajaran-ajaran syariat banyak
diselewengkan.”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Sebagai umat Islam, kita wajib beriman pada
kedatangan hari akhirat. Ia termasuk dalam
rukun iman.
Dunia yang sedang kita kecapi pasti akan
berakhir. Itu kebenarannya.
Selagi roh di jasad. Selagi kiamat belum
menghampiri, maka wajarlah kita seharusnya
memperbanyakkan amalan.
Persiapkan bekalan sebelum terlambat. Setiap
sabdaan Nabi bukan satu dusta. Ia datang dari
Allah yang Esa.
Sekarang tidak ada masa untuk tangguhkan
taubat dan berdoalah memohon pertolongan dan
perlindungan dari Allah.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
DUNIA DAN NENEK TUA
Seorang sahabat datang bertanyakan kepada
Rasulullah SAW, bilakah akan terjadi kiamat?
Rasulullah SAW yang ketika itu sedang
menyampaikan tazkirah tidak menjawab,
sebaliknya Baginda meneruskan ceramahnya.
Apabila selesai, Rasulullah SAW berkata, siapakah
yang bertanya tadi dan sahabat itu menjawab:
"Saya wahai Rasulullah." Lalu Baginda SAW
bertanyakan sahabat berkenaan, apa yang sudah
engkau siapkan untuk hari kiamat.
Ini bukti Rasulullah SAW tidak mengetahui
bilakah akan berlaku kiamat, justeru andai ada
yang berkata mereka mengetahui bila kiamat,
golongan itu bercanggah dengan Al-Quran dan
Sunnah.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Rasulullah SAW banyak bercerita mengenai
tanda kiamat yang terbahagi kepada dua, iaitu
tanda zahir dan maknawi atau maksud tersirat
daripada apa disampaikan Baginda SAW.
Antara tanda fizikal ialah ucapan Nabi SAW,
umat akhir zaman akan berlumba-lumba
membuat bangunan tinggi yang kini sudah kita
saksikan. Jika dahulu paling tinggi di Makkah
ialah Jabal Abi Qubais, iaitu bukit terletak di
belakang bukit Safa, tetapi sekarang ia yang
paling rendah.
Seorang hamba melahirkan tuannya, juga sudah
nampak. Ketika umat Islam berkuasa dan
menguasai satu tempat, perempuan dulunya
hamba melahirkan anak yang merdeka.
Tanda Kiamat
Namun, hadis ini condong kepada makna
seorang ibu melahirkan anak dan anaknya
menderhaka sehingga seolah-olah ibu menjadi
kuda, manakala anak menjadi tuan.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Allah SWT tidak mencabut ilmu seperti mencabut
pokok kayu bersama akarnya, tetapi dengan
meninggal ulama. Contohnya, ketika Imam
Syafie meninggal dunia, beberapa cabang ilmu
yang hilang kerana beliau alim dalam bahasa
Arab, tafsir, fiqh dan hadis.
Sekarang muncul orang jahil yang kemudian
dianggap berilmu, pandai berbicara dan
memakai pakaian ulama tetapi dia sesat serta
menyesatkan.
Apabila diberi satu perkara bukan kepada
ahlinya, maka tunggulah kiamat. Sebenarnya isi
dunia sudah kiamat tetapi alamnya belum lagi. Di
negara ini, masih ada ulama dan mufti, maka
hindari orang jahil yang tidak diketahui sanad
ilmunya.
Tanda kedua, ialah banyak terjadi gempa, bumi
digoncangkan dan keluar isi daripada alam.
Persoalannya, apakah kejadian itu membuat
manusia merasa tertekan dan tidak beramal
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
sedangkan ia sepatutnya meningkatkan
semangat untuk meningkatkan amal soleh.
Ketiga, masa saling mendekati hingga tidak
terasa baru sahaja Jumaat dan esok sudah solat
Jumaat lagi.
Jika diperhatikan, waktu tidak berkurangan,
tetapi alat seperti gajet dan teknologi
membuatkan duduk lama tidak terasa, seakan
masa yang cepat berlalu.
Sebagai peringatan, manusia akan ditanya
mengenai umur mereka di dunia, bagaimana ia
dihabiskan dan adakah ini akan dapat dijawab
nanti.
Fitnah, bunuh berleluasa
Tanda keempat ialah banyak terjadi fitnah, baik
perkataan atau di media sosial seperti Facebook,
WhatsApp atau Twitter, begitu juga fitnah
penyeksaan yang dihadapi umat Islam di Palestin
dan Rohingya sehingga hari ini.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Seterusnya, pembunuhan yang banyak,
bagaimana mereka memusnahkan kaum
Muslimin antaranya penghapusan etnik Bosnia,
pembantaian di Iraq dan konflik di Palestin yang
tidak nampak kesudahannya.
Ada yang bertanya kenapa kita dihidupkan pada
zaman ini dan bukan pada zaman Nabi. Ada
khabar gembira daripada Baginda SAW, orang
yang tetap istiqamah beribadah ketika
pembunuhan terjadi adalah seperti orang yang
berhijrah. Semoga kita tetap istiqamah.
Dan yang terakhir ialah ramai orang memiliki
harta melimpah-ruah seperti air yang tumpah
berbanding dulu kerana untuk kaya terpaksa
bekerja keras mengeluarkan peluh, tetapi kini
duduk sahaja pun boleh jadi kaya.
Sesungguhnya kiamat juga tidak akan terjadi
sehingga Muslimin memerangi orang Yahudi dan
batu besar berkata: "Ya Muslim, ada Yahudi di
belakangku, bunuhlah dia, bunuhlah dia."
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Itulah juga mukjizat hadis Nabi Muhammad
SAW luar biasa yang mengatakan Yahudi akan
bersembunyi di sebalik pohon gharqad, iaitu
satu-satunya pokok yang tidak membela umat
Islam.
Sekarang orang Yahudi menanam sebanyak-
banyaknya pohon gharqad yang membenarkan
sabda Baginda kira-kira 1441 tahun lalu.
Sebab itu orang Yahudi tidak musnah seperti
kaum lain kerana janji Nabi Muhammad SAW
kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu
memerangi Yahudi. Mereka hanya 16 juta
sekarang di dunia ini.
Apa pun yang terjadi, umat Islam harus bersiap
siaga, beriman dan beramal soleh kerana itulah
hikmah tidak dijelaskan secara panjang lebar
mengenai hari kiamat yang tiada siapa tahu
kecuali Allah SWT.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
BERSIAP SIAGA,
MASA KIAN TAMAT.
Antara sedar atau tidak, kini seluruh tanda-tanda
kecil telah muncul dan terbukti seperti yang
dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-
hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih
Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
1. Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah
S.A.W. telah bersabda: "Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat." Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu
penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
2. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,
yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil
dan fasik.
4. Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan dan perubahan wajah. "Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
5. Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat
ialah manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
6. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat
dan hubungan dengan tetangga yang tidak
baik.
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk
dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
7. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat
dan kedudukan.
8. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang-orang yang baik dan ahli
agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang-orang yang hina dan
buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat
Ahmad ”
9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat
ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang
yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -
Riwayat Thabrani ”
10. Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
11. Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila
mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang."
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
12. Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
13. Banyak dusta dan tidak tepat dalam
menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong -
pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum
pernah kamu dengar dan belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih
Muslim ”
14. Banyak saksi palsu dan menyimpan
kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat
akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
15. Negara Arab menjadi padang rumput dan
sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri
Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
16. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat
(menunjukkan banyaknya kegiatan
perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu,
dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." -
Riwayat Bukhari ”
17. Manusia mewarnai rambut di kepalanya
dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum
yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak
akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud &
Nasai ”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
18. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang
tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut,
termasuk rasuah dan mengambil harta secara
tersembunyi.
19. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-
cerita, penikam-belakang dan pengejek
dalam masyarakat.
20. Orang akan mendirikan hubungan dengan
orang tak dikenali dan memutuskan
hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
21. Orang akan melakukan homoseksual &
lesbian.
22. Akan terdapat ramai anak luar nikah. -
Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
23. Berkurangnya sifat amanah
24. Terasa berat untuk menjalankan syariah
(zakat dijadikan hutang)
25. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai
ibunya
26. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi
beramah dengan rakannya
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
27. Suara manusia meninggi (menjerit dan
berteriak) di masjid-masjid..
28. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan
pemimpin suatu suku adalah fasik.
29. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan
kebaikan tetapi kerana takut akan
kejahatannya.
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a. : "Apabila harta
rampasan perang (milik umum) dikuasai
segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi
rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang
lelaki mentaati isterinya dan menderhakai
ibunya, berbuat baik kepada temannya dan
berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi
di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu
kaum (bangsa) adalah orang yang hina
(berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan
orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah)
adalah orang fasik di antara mereka, seorang
lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa
diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki),
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat
muzik, orang yang di kalangan umat
terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat
terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka
menunggu kedatangan angin merah atau
pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk
atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang
putus maka jatuhlah biji secara berterusan". -
Riwayat Tarmizi ”
30. Anggota polis semakin ramai yang
menunjukkan semakin banyak kerosakan.
31. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan
kerana ilmu tetapi kerana suara.
32. Penjualan jawatan atau kepemimpinan
(politik uang).
33. Memandang rendah kepada darah.
“Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk
melakukan amal soleh apabila telah muncul enam
perkara: Perlantikan pemimpin yang bodoh,
ramainya bilangan anggota polis, penjualan
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap
darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk
menjadikan Al-Quran sebagai alat nyanyi yang
mereka mendahulukan seseorang antara mereka
menjadi imam agar dapat menyanyikannya
walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya."
- Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
31. Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat
dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat
lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang
(dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada
orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar
dan berkembangnya perdagangan sehingga
seorang isteri membantu suaminya berdagang" -
Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
32. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di
kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan
yang melayan mereka adalah putera-puteri raja,
putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang
paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi,
Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
33. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang
mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang
seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di
dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat
Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
34. Banyak orang berharap untuk mati kerana
banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila
seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan
berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada
ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
35. Banyaknya berlaku gempa bumi.
36. Banyaknya berlaku huru-hara yang
menyebarkan kejahatan.
37. Banyaknya berlaku pergaduhan dan
pembunuhan.
BACAAN UMUM
LENTERA DISEBALIK GELAP
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu
telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi,
timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan
iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”
38. Munculnya mati mendadak atau mati secara
tiba-tiba.
39. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang
muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan
timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
TANDA BESAR KIAMAT
MENGIKUTI KRONOLOGI
YANG SEBENAR ?
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah SAW. dan kami pada
waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau
bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami
menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat". Lalu Nabi SAW. bersabda: "Tidak akan
terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya
sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau
menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit
matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali
gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang
ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah
api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka".(H.R Muslimi)
Sepuluh tanda-tanda besar kiamat yang
disebutkan Rasulullah SAW. Dalam hadis ini
menceritakan tanda-tanda kiamat yang besar,
dan akan terjadi di saat hampir tibanya hari
Kiamat. Sepuluh tanda itu ialah :
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan
mengakibatkan penyakit yang seperti selsema
di kalangan orang-orang yang beriman dan akan
mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar
yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai
orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran
Bukit Safa di Mekah yang akan bercakap
bahawa manusia tidak beriman lagi kepada
Allah SWT.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
4. Matahari akan terbit dari tempat
tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah SWT.
tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak
menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa A.S. ke bumi ini. Beliau
akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi
yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan
mematahkan segala salib yang dibuat oleh
orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan
membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang
akan membuat kerosakan dipermukaan bumi
ini, iaitu apabila mereka berjaya
menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah didirikan oleh
Zul Qarnain bersama dengan pembantu-
pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
10. Api besar yang akan menghalau manusia
menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan
bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut Ulama, Umat Rasulullah akan hidup
selama 1500 tahun.
Melalui penjelasan ini, kita ketahui bahawa bumi
akan bertahan dalam masa 56 tahun lagi. Jikalau
ini benar, bumi akan kiamat tidak lama lagi dan
sebelum tahun ini akan muncul pula fitnah dajjal
dan turunnya NABI ISA AS dan Imam Al-Mahdi.
Hanya ALLAH yang mengetahuinya. Maka
sebagai manusia yang berakal dan beriman,
sudah pastinya kita bersiap dan memperbaiki
segala amal ibadah.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
GAMBARAN-GAMBARAN
FITNAH AL-MASIH AD-DAJJAL
Dajjal akan mengakui dirinya sebagai Tuhan
selain Allah, dan Allah Azz Wa Jalla akan
memberinya kemampuan yang menjadi sebab
fitnah.
Oleh kerana itu, tidak ada yang kukuh di
hadapan fitnah Dajjal kecuali orang yang
bepegang teguh kepada Allah dan memegang
‘senjata’ keimanan dan ketauhidan.
Kemampuan dan kemungkinan-kemungkinan
yang akan terjadi pada saat munculnya Dajjal dan
yang akan menjadi sebab fitnah bagi orang-orang
yang hatinya ‘sakit’adalah:
a- Syurga Dan Nerakanya
Telah dipaparkan bahawa Dajjal akan membawa
sesuatu yang menyerupai Syurga dan Neraka,
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
atau membawa sesuatu yang menyerupai sungai
dari air dan sungai dari api. Namun, perkaranya
bukanlah sebagai mana yang dilihat oleh
manusia, kerana yang dilihat mereka seperti api
itu sebenarnya adalah air dingin, sedangkan yang
nampak sebagai air dingin sesungguhnya adalah
api.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bersamanya (Dajjal) Syurga dan Neraka, dan
Nerakanya adalah Syurga, sedangkan Syurganya
sebenarnya adalah Neraka.”
Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim disebutkan
suatu hadis yang juga diriwayatkan oleh
Hudzaifah, dari Nabi S.A.W. yang menyebut
tentang Dajjal:
“Ia akan membawa air dan api, namun apinya itu
adalah air dingin, dan airnya sesungguhnya
adalah api.”
Ditambahkan dalam riwayat Muslim, “Maka
janganlah hal itu menghancurkan kalian.”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Nabi S.A.W. telah memberitahu kepada kita jalan
keselamatan dari fitnah ini. Baginda bersabda:
“Di antara fitnahnya adalah, bersamanya Syurga
dan Neraka, Nerakanya adalah Syurga, dan
Syurganya justeru Neraka. Maka, sesiapa yang
diuji dalam Nerakanya, mohonlah pertolongan
kepada Allah, dan bacalah permulaan surah Al-
Kahfi.”
Dalam Sahih Muslim, disebutkan suatu riwayat
dari Hudzaifah yang berbunyi, Rasulullah S.A.W.
bersabda:
“Sesungguhnya, aku mengetahui apa yang
dibawa oleh Dajjal, bersamanya dua sungai yang
mengalir, salah satunya mata air dengan air yang
putih, dan yang lainnya mata air dengan api yang
menyala.
Jika seseorang mengetahui hakikat yang
sesungguhnya, maka ia akan mendatangi yang
dilihatnya sebagai api maka ia pun masuk, lalu
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
kepalanya mengangguk-angguk dan
meminumnya, kerana sesungguhnya itu adalah
air dingin.”
Dalam riwayat lain dalam Sahih Muslim
disebutkan dari Hudzaifah juga, “Sesungguhnya
Dajjal akan keluar, dengan membawa air dan api.
Adapun yang dilihat manusia sebagai air itu
sebenarnya adalah api yang membakar,
sedangkan yang dilihat manusia sebagai api
adalah air dingin yang tawar.
Jika kalian mengetahui hal itu, maka masuklah
kepada sesuatu yang kalian lihat sebagai api,
kerana api itu adalah air tawar yang baik.”
b- Cepat Berpindah Antara Satu Kota Dengan
Kota Lain
Di antara fitnah Dajjal adalah ia berjalan-jalan di
antara satu negara dengan negara lain
dengan sangat cepat. Seorang sahabat bertanya
kepada Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Muslim mereka berkata,
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Wahai Rasulullah, bagaimana cepatnya Dajjal
berjalan di bumi?” Rasul menjawab, “seperti
hujan yang diiringi dengan angin kencang.”
Kerana itu, ia akan memasuki setiap negara di
bumi kecuali Makkah dan Madinah
c- Langit Dan Bumi Menuruti Perintahnya
Termasuk fitnah Dajjal pula, dia akan
memerintahkan langit sehingga langit akan
menurunkan hujan , memerintahkan bumi
sehingga tumbuhlah tanaman, memanggil
binatang ternak sehingga akan mengikutinya,
dan memerintahkan runtuhan untuk
mengeluarkan harta karun yang terkubur
sehingga perintahnya pun terkabul.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Ia akan mendatangi suatu kaum dan mengajak
mereka untuk mengikutinya, beriman
kepadanya, dan mereka pula menerima
ajakannya itu. Ia memerintahkan langit sehingga
turun hujan , dan memerintahkan bumi sehingga
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
muncul tumbuh-tumbuhan, dan memerintah
binatang mereka untuk pergi ke penggembalaan
mencari makanan, lebih panjang dari tempat
yang tinggi, dan panjangnya itu disebabkan
banyaknya susu.
Kemudian, ia mendatangi suatu kaum (lainya),
dan mengajak mereka untuk mengikutinya,
tetapi mereka menolaknya , dia pun pergi
meninggalkan mereka, sehingga mereka menjadi
kelaparan, padahal tidak sesuatu pun dari harta
mereka yang ada di tangan mereka, dan ia
memerintahkan kepada runtuhan, “Keluarkanlah
harta simpananmu, maka simpanan itu pun
mengikutinya bagaikan sekumpulan lebah.”
d- Dia Lebih Hina Di Hadapan Allah Daripada
Fitnah Yang Dilakukannya Itu
Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah berkata,
“Tidak ada seorang pun yang bertanya kepada
Nabi S.A.W. tentang Dajjal secara lebih banyak
daripada yang aku tanyakan. Aku bertanya. “
Orang-orang mengatakan; Dajjal akan membawa
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
gunung-ganang yang diperbuat daripada roti dan
daging, serta sungai yang dipenuhi dengan air.”
Rasulullah SAW menjawab, “Dia lebih hina di
hadapan Allah daripada semua itu.”
Di sini, kita mendapati bahawa Nabi S.A.W.
meskipun memberitahu bahawa Dajjal
merupakan fitnah terbesar di alam semesta ini,
tetapi Nabi memfokuskan kepada sisi penting
akidah, iaitu; Tidak akan ada dalam alam semesta
ini kecuali apa-apa yang telah ditetapkan oleh
Allah S.W.T.
Setiap sesuatu yang dikehendaki Allah akan
terjadi . Sebaliknya, yang tidak Dia kehendaki
nescaya tidak akan terjadi. Sehingga, meskipun
Dajjal mampu menciptakan segala kemungkinan
ini .
Namun sebenarnya dia tidak akan mampu
melakukan sesuatu selain apa yang telah
ditetapkan oleh Allah. Kerana itulah, Nabi
memberikan ulasan tentang Dajjal:
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
“Dia lebih hina di hadapan Allah daripada semua
itu”
Ertinya , dia tidak akan mampu menghukum
sesuatu dalam kapasitinya sebagai hamba,
namun dia hanyalah fitnah yang berlalu semata.
e- Dajjal Meminta Tolong Kepada Syaitan-
syaitan
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Di antara fitnahnya Dajjal iaitu ia akan
berkata kepada orang Badawi, “Bagaimana
pendapatmu jika aku membangkitkan kembali
ayah dan ibumu yang telah mati, apakah angkau
akan bersaksi bahawa aku adalah tuhanmu?”
Badawi itu berkata, “Ya.” Lalu dua orang syaitan
berubah menyerupai ayah dan ibunya, keduanya
berkata “Wahai anakku, ikutilah dia, kerana dia
adalah tuhanmu.”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
f- Membunuh Pemuda Kemudian
Menghidupkannya Kembali (Dengan Izin
Allah)
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata,
Rasulullah S.A.W. menyampaikan kepada kami
suatu hari perbahasan mengenai Dajjal. Dia
antara yang disampaikan kepada kami adalah:
“Dia akan datang , dan diharamkan baginya
untuk memasuki gerbang Madinah, dan pada
akhirnya ia menuju sebahagian tanah tandus
berhampiran Madinah.
Pada saat itu, seorang lelaki yang paling baik atau
di antara orang paling baik keluar menemuinya,
seraya berkata, “Aku yakin engkau adalah Dajjal
yang pernah dibicarakan oleh Rasulullah S.A.W.”
Dajjal menjawab, “Bagaimana pendapatmu jika
aku akan membunuhnya kemudian aku
menghidupkannya kembali, apakah engkau
masih meragukannya?”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Orang-orang menjawab, Tidak,” Dajjal pun
membunuh lelaki baik itu kemudian
menghidupkannya kembali.
Ketika dihidupkan, lelaki itu berkata, “Demi
Allah , tidak ada dalam jiwamu nurani yang lebih
tajam dariku sekarang.” Dajjal kembali ingin
membunuhnya , tetapi ia tidak mampu lagi untuk
menghukumnya.”
Riwayat lain disebutkan, Rasulullah S.A.W.
bersabda:
“Di antara fitrahnya adalah dia menghukum
suatu jiwa kemudian membunuhnya, membelah
jiwa itu dengan gergaji sehingga terbelah
menjadi dua bahagian , kemudian dia berkata.
“ Lihatlah kepada hambaku ini, aku telah
membangkitkannya , tetapi ia mengaku memiliki
Tuhan selainku.
“Kemudian Allah membangkitkan hamba itu,
dan Dajjal yang keji itu bertanya, “Siapakah
Tuhanmu?”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Hamba itu menjawab, “Tuhan adalah Allah,
sedangkan engkau adalah musuh Allah, engkau
Dajjal, demi Allah, tidak ada nurani yang lebih
tajam mengenalmu daripadaku kini.”
g- Inilah Manusia Yang Paling Besar
kesaksiannya Di Hadapan Tuhan Semesta
Alam.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri berkata ,
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dajjal keluar dan seorang lelaki mukmin
menghadapnya, maka pasukan Dajjal
menemuinya seraya berkata, “Ke mana kamu
sengaja pergi?”Lelaki itu menjawab, “Aku pergi
menemui yang keluar ini.”
Mereka berkata,”Mengapa engkau tidak
mengimani tuhan kami?” Dia berkata , “Tuhan
kami tidaklah samar.” Mereka berkata,
“Bunuhlah ia.”
Masing-masing mereka saling berkata,
“Bukankah tuhan kalian telah melarang kalian
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
untuk membunuh seseorang selainnya. “Mereka
pun pergi menemui Dajjal. Tatkala lelaki mukmin
itu melihatnya, dia berkata, “Wahai manusia, ini
adalah Dajjal yang telah disebutkan oleh
Rasulullah S.A.W.
“Lalu, Dajjal memerintahkan, “Bawalah dia dan
belahlah tubuhnya menjadi dua bahagian.
“Kemudian, punggung dan perutnya dipukul,
dan Dajjal kembali bertanya, “Tidakkah engkau
beriman kepadaku?
”Lelaki menjawab, “Engkau adalah pendusta.”
Dajjal memerintahkan pasukannya itu
menggergaji bahagian-bahagian tubuhnya
sehingga terpisah antara kedua kakinya.
“Kemudian Dajjal berjalan di antara dua
potongan tubuh itu, lalu berkata, “Bangkitlah.
“Iapun dapat bangkit berdiri, dan kembali
ditanya, “Apakah engkau beriman kepadaku?”
Lelaki itu menjawab,
“Tidaklah bertambah tentangmu keculi nurani
yang semakin tajam. “Kemudian dia berkata,
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
“Wahai manusia, dia tidak akan memperlakukan
demikian kepada seorangpun setelahku. “Dajjal
pun mengambilnya untuk menyembelihnya, dan
diletakkanlah tembaga di antara leher sampai
tulang selangka, tetapi ternyata tembaga itu tidak
mampu menghancurkannya.
Dajjal pun mengambil kedua tangan dan kakinya,
lalu melemparkannya. Orang-orang menduga dia
dilemparkan ke Neraka, tetapi ternyata dia
dilemparkan kedalam Syurga.”
Rasulullah S.A.W. juga bersabda:
“Inilah manusia yang paling besar kesaksiannya
di hadapan Tuhan semesta alam.”
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
h- Para Nabi Berwaspada Terhadap Kaum
Mereka Dari Cubaan (Fitnah) Dajjal.
Para Anbiya mengetahui secara yakin mengenai
bahaya fitnah Dajjal, maka tidak ada seorang
Nabi kecuali ia pasti telah memperingatkan
kaumnya daripada fitnah Dajjal ini.
Disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari, daripada
Abdullah bin Umar R.A. berkata, Rasulullah
S.A.W. berdiri di hadapan orang-orang , lalu
baginda memuji Allah yang memang layak untuk
dipuji, kemudian baginda menyebutkan Dajjal
dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya aku memperingatkan kepada
kalian tentang bahaya (fitnah Dajjal), dan tidak
ada seorang Nabi kecuali ia telah
memperingatkan tentang hal itu kepada
kaumnya, tetapi aku bercbicara kepada kalian
tentangnya dengan suatu ungkapan yang belum
pernah dikatakan oleh Nabi manapun kepada
kaumnya:
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
Sesunguhnya Dajjal itu bermata satu, dan
tidaklah Allah bermata satu.”
Daripada Anas R.A. berkata, Nabi S.A.W.
bersabda:
“Tidaklah diutus seorang Nabi melainkan akan
memperingatkan kepada umatnya bahawa Dajjal
bermata satu dan pendusta, ketahuilah dia adalah
bermata satu, dan sesungguhnya Tuhan kalian
tidaklah bermata satu, dan di antara kedua
matanya tertulis ‘kafir’.”
g. Tamim Ad-Dari Dan Beritanya Yang
Menakjubkan
Daripada Fathimah binti Qais bahawasanya dia
mendengar muadzin Rasulullah s.a.w. berseru,
“Solatlah secara berjemaah.” Fathimah berkata,
“Maka aku pun keluar menuju masjid, dan
menunaikan solat bersama Rasulullah SAW.
Aku berada di barisan wanita yang berada di
beiakang kaum (lelaki). Tatkala Rasulullah selesai
menunaikan solat, baginda duduk di atas mimbar
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM
sambil tersenyum dan berkata,”Hendaklah setiap
orang tetap berada pada tempat solatnya.”
Kemudian baginda bersabda,”Apakah kalian
mengetahui mengapa aku mengumpulkan
kalian?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-
Nya yang lebih tahu.”
Baginda bersabda, “Demi Allah , aku tidak
mengumpulkan kalian untuk menjadi
kesenangan ataupun menakutkan, tetapi aku
mengumpulkan kalian kerana Tamim Ad-Dari ,
yang sebelumnya seorang Nasrani, datang
berbai’at dan telah memeluk Islam, dan dia
menyampaikan kepadaku suatu berita yang
sesuai seperti yang aku telah disampaikan
kepada kalian tentang Al-Masih Ad-Dajjal.
Dia menyampaikan kepadaku bahawa dirinya
(Tamim) menaiki kapal laut bersama tiga puluh
orang yang kelaparan, dan gelombang laut
menghayutkan mereka selama satu bulan.
Lalu, mereka berlabuh ke sebuah pulau di dalam
lautan sehingga terbenam matahari.
LENTERA DISEBALIK GELAP BACAAN UMUM