Asmah
Di dalam sebuah kampung, ada seekor ayam
jantan yang sombong dan berlagak bernama
Jalak.
Jalak menganggap dirinya yang terkuat.
JALAK YANG SOMBONG / 1
Suatu hari, datang seekor kura-kura yang
bernama Koko.
Lalu, Jalak menghalau Koko dan melarang Koko
mencari makan di situ.
Koko berasa sedih namun, Koko memberanikan
dirinya dengan mengatakan semua binatang
berhak mencari makan di situ.
JALAK YANG SOMBONG / 2
Malangnya, Jalak dan Koko tidak mahu
mengalah. Kedua-duanya cuba
mempertahankan diri.
Akhirnya, Jalak memberi satu idea. Sesiapa yang
paling bijak dikira sebagai pemenang.
JALAK YANG SOMBONG / 3
Namun, Koko cuba membuat helah.
Koko mengatakan seeloknya pertandingan
tersebut dijalankan pada keesokan harinya
kerana dia ingin mengasah otaknya agar lebih
tajam.
Jalak pun menerima idea Koko tanpa berfikir
panjang.
JALAK YANG SOMBONG / 4
Keesokannya, Jalak pun menuju ke tempat yang
dijanjikan.
Tiba-tiba, Jalak terpandang seekor ayam jantan
yang lain.
Ayam itu sama besar seperti dirinya. Semakin
Jalak dekat, semakin dekat pula ayam itu ke
arahnya.
JALAK YANG SOMBONG / 5
Jalak berasa marah.
Bagi Jalak, dirinya sahaja yang terkuat.
Tiada siapa pun yang boleh menandinginya.
JALAK YANG SOMBONG / 6
Jalak memulakan langkah.
Ayam itu pun memulakan langkahnya.
Jalak dan ayam itu beradu .
Akhirnya, Jalak keletihan.
JALAK YANG SOMBONG / 7
Koko pun keluar dari tempat persembunyiannya.
Koko meminta maaf kerana semua itu helahnya.
Ayam yang disangka lawannya itu hanya cermin.
“Tidak berguna jika badan kuat , tetapi akal
sedikit”, kata Koko.
JALAK YANG SOMBONG / 8
Akhirnya, Jalak mulai insaf dan berjanji tidak
sombong lagi.
Sejak hari itu, Jalak dan Koko bersahabat baik
dan hidup aman damai.
JALAK YANG SOMBONG / 9
Moral:
Kadang-kadang , kita hendaklah menerima
nasihat orang lain waima orang itu lebih kecil
daripada kita.
JALAK YANG SOMBONG / 10
Makna Perkataan
Jalak : ayam jantan yang berani.
waima : walaupun, sama ada
idea : buah fikiran.
beradu : bertanding, berlawan untuk
merebut kemenangan.
helah : akal, muslihat, tipu daya.
aman : bebas daripada gangguan atau
sesuatu yang tidak menyenangkan.
JALAK YANG SOMBONG / 11
Mari mewarna dan melukis.
JALAK YANG SOMBONG / 12
Peta i-think
Lakarkan perbezaan antara Jalak dan Koko dalam
Peta i-think .
JALAK YANG SOMBONG / 13
Soalan Pemahaman.
1. Apakah tajuk cerita ini?
2. Apakah watak utama dalam cerita ini?
3. Mengapakah Jalak marah?
4. Sebutkan nilai-nilai murni di dalam cerita ini.
5. Berikan tiga Simpulan Bahasa tentang ayam
dan maknanya.
JALAK YANG SOMBONG / 14