INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NUR ADLINA BALQIS BINTI MOHD SHAKRI
ANGKA GILIRAN 2020192310132
NOMBOR KAD PENGENALAN 021106-08-0532
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2/11/2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpahan kurnia-Nya kerana masih lagi
dapat bernafas di muka bumi ini. Dengan izin Allah, segala urusan dalam menyiapkan kerja
kursus Kemahiran Belajar ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan untuk pensyarah iaitu Cik Haslinda atas segala tunjuk ajar
dan bimbingan beliau selama ini. Terima kasih juga kepada ahli keluarga yang tidak pernah
putus memberi semangat serta sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menjalankan
kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu dalam memberi
buah fikiran dan berkongsi maklumat kepada kami.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak
yang telah membantu tidak kira sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga mereka
sentiasa berada dalam lingkungan rahmat-Nya.
2
ISI KANDUNGAN
Perkara Halaman
1.0 Pengenalan
4
2.0 Alat-Alat Berfikir CoRT 1
4
2.1 Plus, Minus, Interesting (PIM) 5
2.2 Consider All Factors (CAF) 6
2.3 Consequence and Sequal (C&S) 7
2.4 Aims, Goals, Objectives (AGO) 8
2.5 First Important Priorities (FIP) 9
2.6 Alternatives, Possibilities, Choices (APC) 10
2.7 Other Point of View (OPV) 11
3.0 Kesimpulan 12
RUJUKAN 13
3
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, kemahiran berfikir ialah suatu kemahiran yang memproses minda bagi
mencapai sesuatu tujuan (Azlena Zainal dan Munir Shuib, 2007). Menurut Ainon Mohd dan
Abdullah Hassan (1994) pula berkata bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan
maklumat bagi pelbagai kegiatan aktif. Terdapat beberapa jenis alat berfikir di mana kita boleh
mengaplikasikannya dalam kemahiran berfikir. Alat-alat ini merujuk kepada sekumpulan teknik
yang dapat membantu seseorang individu bagi membentuk dan membangunkan kemahiran
berfikir.
Menurut Azman Azwan Azmawati dan Azlena Zainal (2008), teknik alat berfikir ini
diperkenalkan oleh Edward de Bono sejak tiga puluh tahun yang dulu melalui program yang
dinamakan Cognitive Research Trust (CoRT). Program CoRT ini melatih seseorang dalam
membentuk kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran pemikiran lateral. CoRT bertujuan
untuk memperluaskan persepsi pemikir, mempertingkatkan pemikiran kreatif, konstruktif dan
kritikal serta membantu dalam menyelesaikan masalah.
2.0 Alat-alat berfikir CoRT 1
4
2.1 Plus, Minus, Interesting (PMI)
PMI ini adalah singkatan untuk plus, minus dan interesting. Penggunaan alat berfikir bagi
jenis PMI ini dapat membantu mengarah minda kesemua arah yang penting serta
bertindak sebagai alat membuat penilaian. Selain itu, PMI ini juga merupakan salah satu
cara untuk melihat idea yang dikeluarkan dari tiga segi perspektif yang berbeza iaitu bagi
plus, pengguna perlu menyenaraikan semua perkara yang baik, seterusnya untuk minus,
pengguna perlu menyenaraikan semua perkara yang buruk dan manakala akhir sekali
untuk interesting, pengguna perlu menyenaraikan semua perkara yang menarik.
Kaedah alat berfikir PMI ini adalah bertujuan untuk meluaskan fikiran tentang
sesuatu situasi, mengelakkan reaksi beremosi dan mengembangkan idea. Jadi, daripada
tiga cara perspefktif yang berbeza tadi, kita boleh mengemukakan persoalan iaitu apakah
keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?. Antara contoh tajuk perbincangan
yang boleh dilakukan melalui alat PMI ini ialah komputer menggantikan guru dalam
sekolah, kereta terbang dicipta untuk mengelakkan jalan raya sesak dan pelajaran sains
dipelajari dari luar bilik darjah.
5
2.2 Consider All Factors (CAF)
CAF adalah singkatan daripada Consider All Factors. Jenis alat berfikir CAF ini bertujuan
agar pengguna dapat meluaskan pandangan dan membantu mengarahkan minda pergi
kesemua arah yang penting bahkan menggelakkan daripada terlupa. Kaedah dan langkah
bagi menggunakan alat berfikir CAF ialah dengan menyenaraikan semua faktor yang
berkaitan dengan tajuk, seterusnya membuat pertimbangan pada setiap faktor tersebut.
Maka, kita dapat membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya
dibuat.
Tidak dinafikan juga, CAF merupakan satu cara memikir yang mengambil kira
tentang faktor-faktor lain di mana ianya mengambil kira faktor awal. Cara ini melihat dan
meneliti pemikiran orang lain yang dahulu pernah mengemukakannya. Hal ini agar faktor-
faktor tersebut tidak tertinggal. Justeru itu, kita boleh membincangkan tajuk persoalan
yang sesuai bagi menggunakan alat berfikir CAF seperti apakah kegiatan kokurikulum
yang anda ingin ikuti? Serta apakah hadiah yang sesuai untuk hari jadi bapa anda?. Oleh
yang demikian, ianya membantu pengguna bagi meninjau semua aspek situasi dengan
lengkap dan menyeluruh.
6
2.3 Consequence and Sequal (C&S)
Seperti yang masyarakat tahu umum, C&S adalah singkatan bagi Consequence and
Sequal. Ianya merupakan satu cara bagi memikirkan kesan dan akibat yang mungkin
akan berlaku berekoran daripada keputusan atau tindakan. Selain itu, cara ini juga
mempertimbangkan kesan dan akibat secara menyeluruh dan spesifik. Bagi kaedah dan
langkah untuk C&S ialah seperti apakah cadangan berkenaan boleh berjaya? apakah
risiko yang mungkin dihadapi? apakah kesan serta merta, jangka masa panjang dan
jangka masa pendek? adakah cadangan berkenaan adalah baik?.
Antara contoh tajuk perbincangan yang boleh dibincangkan melalui alat berfikir
C&S ini ialah buku teks dihapuskan di sekolah dan latihan setiap pelajar dilaksanakan
melalui hubungan komputer dengan guru iaitu secara atas talian. Tidak lupa juga, C&S
turut boleh dilaksanakan bersama-sama dengan Consider All Factors (CAF) dan Other
Point of View (OPV). Tuntasnya, C&S merupakan sebuah alat yang membantu kita untuk
melihat jauh ke hadapan sebelum melakukan penilaian.
7
2.4 Aims, Goals, Objectives (AGO)
Perkataan AGO adalah singkatan yang diringkaskan bagi aims, goals dan objectives. Alat
berfikir AGO bertujuan untuk menujukan perhatian sepenuhnya terhadap sebab
seseorang melakukan sesuatu. Selain itu, segala tindak tanduk dan perlakuan yang
dilaksanakan haruslah hanya bertujuan ke arah mencapai matlamat dan berasaskan
objektif yang jelas. Terdapat beberapa kaedah dan langkah untuk alat berfikir ini.
Antaranya ialah Apakah AGO rancangan? Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?.
Contoh tajuk perbincangan yang sesuai digunakan untuk alat berfikir AGO ialah
Apakah AGO rancangan? Adakah tindakan terkeluar daripada AGO? Bagaimana
pastikan AGO dapat dicapai?. Natijahnya, AGO boleh digunakan sekiranya ingin
meluaskan pandangan. Hal ini kerana ianya membantu dalam usaha untuk fokus perkara
yang betul semasa berfikir, sentiasa tidak lupa tujuan asal kita berfikir dan membantu kita
agar tidak lari daripada matlamat sebenar yang hendak dicapai.
8
2.5 First Important Priorities (FIP)
First Important Priorities ini adalah nama penuh bagi singkatan FIP. Alat berfikir FIP
bertujuan dalam membantu untuk berfikir secara fokus dan hanya menitik beratkan
perkara yang penting sahaja iaitu dengan mengingati isi yang utama dan mempunyai
prioriti. Selain itu, FIP juga mempunyai kaitan dengan AGO kerana membantu dalam
mencapai matlamatnya.
Jika pergi ke kaedah dan langkah, terdapat beberapa cara yang boleh kita
gunakan bagi FIP ini. Misalnya, Apakah perkara-perkara yg penting? Seterusnya, antara
perkara-perkara ini, yang mana paling penting? Akhir sekali, apakah prioriti yang
diperlukan tindakan segera?.
Justeru, bagi melihat contoh tajuk perbincangan yang boleh diaplikasikan melalui
alat berfikir ini ialah FIP semasa memilih pasangan hidup dan apakah strategi pengajaran
pembelajaran sejarah yg paling baik?. Oleh itu, sekiranya ingin melakukan proses memilih
idea dan faktor-faktor objektif serta akibat yang mustahak terhadap sesuatu perkara,
maka FIP adalah antara alat berfikir yang paling sesuai dan utama untuk digunakan.
9
2.6 Alternatives, Possibilities, Choices (APC)
Secara khususnya, perkataan APC adalah hadir daripada alternatives, possibilities dan
choices. Alat berfikir APC ini bertujuan untuk berfikir secara selari di mana dengan
memikirkan beberapa perkara secara serantak. Justeru, alat berfikir APC disarankan
untuk mencari cara-cara lain bagi menjelaskan mengapa sesuatu perkara tersebut
berlaku dan mencipta reka bentuk lain untuk mencapai objektif yang sama. Jelasnya, alat
APC memperlihatkan perkara yang seiring daripada pelbagai sudut pandangan serta
memikirkan beberapa tindakan yang harus dilakukan.
Antara kaedah dan langkah bagi menggunakan alat berfikir APC ialah apakah
cara-cara yg berlainan utk menyelesaikan masalah ini? Seterusnya, apakah baik buruk
cadangan tersebut? dan yang manakah cadangan paling baik?. Di samping itu, bagi
mengemukakan contoh tajuk perbincangan untuk jenis alat ini ialah bagaimana memilih
ketua kumpulan sedangkan ahli-ahli masih tidak mengenali antara satu sama lain dan
peperiksaan dihapuskan. Cari APC. Secara zahirnya, alat APC merupakan sebuah proses
bagi mencari pilihan supaya dapat mengubah sesuatu keadaan tertentu. Alat ini juga
memberi peluang untuk menerbitkan idea baru yang mungkin lebih mudah dilaksanakan
sekiranya ada usaha untuk mencari.
10
2.7 Other Point of View (OPV)
Singkatan OPV adalah daripada nama penuh other point of view. Alat berfikir OPV
bertujuan untuk mengetahui fikiran dan pandangan orang lain terhadap sesuatu situasi
yang berlaku. Hal ini kerana, setiap individu berkemungkinan menggunakan alat CoRt
yang berbeza-beza daripada apa yang kita gunakan. Selain itu, alat berfikir OPV juga
mengambil kira kesan pemikiran kita terhadap orang lain. Disebabkan itu, kita perlu
mengenal pasti individu yang terlibat dalam membincangkan idea serta memikirkan
apakah yang mereka faham berkenaan idea kita.
Antara kaedah dan langkah bagi alat ini ialah apakah idea diri akan mempengaruhi
orang lain? Seterusnya, bagaimana orang lain memandang idea anda? dan akhir sekali
adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?. Justeru, bagi contoh tajuk
perbincangan yang sesuai pula ialah yang pertama, semua kegiatan sosial dihentikan
selepas 9 malam. Yang kedua, rancangan televisyen dari luar negeri diharamkan. Yang
ketiga, gaji guru harus melebihi gaji pegawai kerajaan yang lain sebanyak 50%.
11
3.0 Kesimpulan
Intihannya, kesemua alat CoRT 1 berfungsi sebagai memandu serta mengawal emosi dan
tindakan dalam sesuatu perkara yang melibatkan rancangan, tindakan, peraturan dan keputusan
yang telah, sedang dan akan diambil. Dalam konteks ini, alat-alat berfikir mementingkan
beberapa ciri apabila mendapat sesuatu masalah seperti mempertimbangkan dalam pelbagai
aspek terhadap sesuatu isu, sentiasa memikirkan kesan yang akan berlaku daripada isu tersebut,
memilih objektif dan menganalisis faktor-faktor yang telibat dalam sesuatu keadaan serta mencari
dan menilai bukti-bukti dalam sesuatu hujah.
12
RUJUKAN
Anida, Husna, Adenan, Zuraini. (n.d.). Amalan Peranti Berfikir CoRT. Strategi Efektif Peranti Berfikir CoRT
Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, 9.
Ashwa, Syafikah. (n.d.). Tujuh Teknik Asas CoRT 1. Kemahiran Berfikir Alat CoRT 1, 1-12.
Evelyn, Josephine, Melvin. (n.d.). CoRT Thinking. Pemikiran Lateral, 6-24.
Sany, Mohliza, Zuheinna. (2018). Alat-Alat Berfikir. Teknik-Teknik Berfikir, 1.
Zulqarnain. (n.d.). Huraian Alat Berfikir. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Menggunakan Alat Berfikir CoRT 1, 2.
13