Definisi terminologi
Kepelbagaian budaya serta adat resam harus dihormati dan
diharmonikan agar tidak luput ditelan zaman ketika ini. Rakyat juga
perlu berbangga kerana negara mempunyai adat resam, baik dari
kaum Melayu, India dan Cina.
Adat resam adalah keperluan masyarakat untuk mengatur hidupnya
dari aspek pemikiran dan tingkah lakunya. Masyarakat yang
berkembang perlu membangunkan adat reasamnya sendiri bagi
memenuhi tuntutan kehendak asasnya iaitu dari aspek pemakanan,
pemakaian dan tempat dia tinggal dan berkembang.
Perkembangan adat resam itu dilihat terpengaruh oleh faktor-
faktor persekitarannya, agama dan kepercayaan, dan keadaan cuaca
tempat dia tinggal. Adat resam juga dibezakan dari segi budaya
material dan budaya bukan material. Budaya material atau alam
benda yang berguna, manakala budaya bukan material melibatkan
kepercayaan keagamaan, pengetahuan, nilai etika masyarakat,
struktur dalam masyarakatnya dan lain-lain termasuk
perundangan.
Setiap amalan atau rutin yang dilakukan tak kira apa bangsa pun,
menjadi satu adat resam hidupnya yang merangkumi seluruh aspek
kehidupannya seperti bahasa atau dialek percakapan harian,
kepercayaan dan pantang larang, kepercayaan tahyul dan karut
seperti hantu, semangat dan mana, kepercayaan alam ghaib, adat
istiadat kelahiran, peralihan fasa umur, perkahwinan dan kematian,
sistem politik setempat, kesenian, kesusasteraan, adat istiadat raja
atau pemerintah, serta nilai etika masyarakat. Daripada amalan-
amalan ini akan mewujudkan satu sistem pemikiran dalam
masyarakat tersebut yang dapat dijadikan sebagai garis panduan
yang penting dalam mewujudkan peradaban manusia.
Adat resam dalam masyarakat boleh berubah seiring dengan
peredaran masa yang membuka peluang kepada pengaruh-
pengaruh yang datang dari luar ruang adat resam masyarakat, lalu
bertembung dan adat resam pun mengalami proses-proses
perubahannya sama ada secara asimilasi ataupun akulturasi. Proses
asimilasi adat resam berlaku apabila dua budaya berbeza
bertembung disesuaikan antara satu sama lain, manakala akulturasi
merupakan adaptasi budaya asing terus kedalam adat resamnya
sendiri kerana masyarakat menerima perubahan budaya secara total
terutama apabila tidak ada percanggahan dari segi adat atau agama.
Seperti yang disebutkan dalam perenggan sebelumnya, adat resam
itu meluas mencakupi seluruh aspek kehidupan sesebuah
masyarakat dan skop penulisan ini menjurus kepada konteks latar
belakang budaya perkahwinan Melayu dan perkembangannya di
Malaysia.
ADAT MASYARAKAT MELAYU
adat kelahiran
Mengandung
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di
bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat
dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita
yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan.
Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau
kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin
dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk:
– Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
– Segantang beras
– Sebiji kelapa
– Beberapa urat benang mentah
– Damar
– Minyak kelapa atau minyak urut
– Lilin
– Tepak sirih yang lengkap isinya
– Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan
mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan
beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji
telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan
sebuah cermin kecil dibawa bersama.
Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu
ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya
manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan
ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan
harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang
cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-
tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.
Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan
akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa
atau minyak urut.
Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu
menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung
kakinya sebanyak tujuh kali.
Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan
matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan
perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan
setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu.
Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan
beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut,
kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara
ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini
mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh
keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu
sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh
kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan
yang dipanggil bunting kerbau.
Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-
tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi
bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan
semasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi
dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi
dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan
sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit.
Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas.
Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu
dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah
telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya,
bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia
bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur
keagamaan.
Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia
juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk
berbuat demikian.
Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah
Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit
air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir
tersebut.
Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun
demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat
Melayu hari ini.
Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti
menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan.
Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang
lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari
mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang
makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang
memerlukan banyak pergerakan.
Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan
kegatalan di seluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam
dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti
ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-
bisa pada badan.
Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan
yang dibakar, direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan
bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita
bersalin kembali normal.
Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara.
Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang di lapik dengan
beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang
dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping
berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain
bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin.
Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau
yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung.
Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit
atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi
keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
adat perkahwinan
ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa
peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik.
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya
Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan
dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna
dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting
untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan
dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu
bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa
pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu
dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan
adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting,
kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan
orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar
belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara
mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi
merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu
dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya
ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta
mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil
keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan,
pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang
dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara
menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki
berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik
pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud
kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai
diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna
menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang
menguntum” apabila si dara belum memiliki pasangan.Pantun
merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan
dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud
kedatangan keluarga teruna.
MEMINANG & BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil
dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua
akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka
meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada
anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad
kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka
sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli
keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka
memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya,
adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat
berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan
dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan
seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam
mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa
setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan
tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang
sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan
yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk
memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan
itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas
kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang
sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan.
Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki
biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak
perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”.
Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh
pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda
daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan
dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa
pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini
dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut
mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin
berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan
kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa
barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang,
selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan
dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan
cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai
tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar
oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih
oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya,
jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak
perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak
perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu,
capal dan kuih-muih.
ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara
berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai
kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai
pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking,
jari manisdan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini,
masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan
kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai
besar.
BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari
yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal
pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga
dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya
untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi.
Namun ia dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua
malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga
dan sahabat handai.
BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau
selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-
dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki
akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin
perempuan. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu
lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit pada
sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan
bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air
daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua
belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil
sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas
meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak
pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki.
Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan
pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan
kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada
sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat
ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat,
tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan
bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut
menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua
tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil
daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa
selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri,
dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk
menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa
dengan jamuan kari dan nasi.
adat kematian
Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti
kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-
Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan.
Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan
menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di
masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan
mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk
menguruskan jenazah si mati.Di samping itu,untuk menghebahkan
kematian si mati.
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan
dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai
kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke
dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat
suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan
sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Tambahan
pula,Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan
tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat
yang mungkin.
Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib
(kecuali mati syahid). Proses memandikan jenazah hanya akan
dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati. Biasanya daripada
kalangan keluarga si mati itu sendiri.Ianya meliputi membersihkan
seluruh bahagian badan si mati menggunakan kapur barus dan
mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari tubuhnya.Ini kerana ianya
sejajar dengan tuntutan agama yang menyatakan bahawa si mati
perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam keadaan bersih.
Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini
mendukung maksud membalut badan jenazah dengan aturan
tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih
yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk
mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan
tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialh 5 lapisan manakala
mayat perempuan 7 lapisan. Sesudah jenazah dikafankan, ahli
keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat sebagai
tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan air mata tidak
menitis pada tubuh jenazah.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau
waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun
dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah
berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta
supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar
dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris
si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu
sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya
mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat
lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat
Melayu pada hari ini. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam
keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan
menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita
kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian
tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di
tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam (Ahmad Fahmi Irsyad
bin Aziz Azmi)
Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan di masjid atau surau
yang berhampiran dahulu sebelum dikebumikan. Selesai
sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau
benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah
menyembahyangkan mayat itu.Selesai sahaja solat mayat,mayat
dengan kerandanya itu akan dibawa dan dimasukkan ke dalam kubur
yang disedia.Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa
akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan
mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di kepala. Kepala
mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan
selepas diazankan di telinganya. Selesai kubur itu ditimbus,
dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk
memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Dua batang batu
nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan
dicacak di atas kubur sebagai tanda.
Seterusnya upacara membaca talkin dan membaca doa kepada si
mati akan dijalankan oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas
talkin dan doa habis dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari
bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur .
Biasanya selepas kematian si mati,kenduri arwah dan doa selamat
akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat
dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh,
keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk
mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada
juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu
menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar
kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu
meninggal dunia.
ADAT RESAM KAUM CINA
adat kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh
masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat
sewaktu mengandung dan selepas lahir
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh
wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa
kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.
Sewaktu Mengandung
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga
wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga
amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat
sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap
menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang Semasa Bergandung
Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
adat perkahwinan
Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh
masyarakat Cina secara turun-menurun. Walaupun berada dalam
zaman yang moden kini, banyak adat tradisional dalam perkahwinan
tidak diamalkan oleh masyarakat cina lagi, tetapi juga mempunyai
adat-adat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan Cina.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan
diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan
yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu
Eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau
orang tengah (moi-ngin) dan Implisit iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih
pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang,
bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik
Proses pertama adalah keluarga pihak pengantin lelaki dan
perempuan akan merisik latar belakang pasangan yang disukai oleh
anaknya. Hal ini kerana keluarga kaum Cina terlalu ambil berat
tentang nama, keturunan, latar belakang, peribadi atau tingkah laku
pasangan anaknya.
Ciri-ciri ini adalah penting untuk mewujudkan perkahwinan anak
mereka menjadi kekal dan bahagia. Terdapat pelbagai cara merisik
seperti menanyakan soalan kepada rakan-rakan yang rapat tentang
pasangan anak mereka. Keluarga Cina lebih gemar mengadakan
perbincangan tentang perkahwinan di restoran-restoran dan ini
biasanya diadakan oleh keluarga pihak lelaki.
Tradisi ini adalah penting dalam masyarakat Cina kerana keluarga
kedua-dua pihak dapat mengeratkan hubungan dan membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan perkahwinan.
Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang
keluarga masing-masing, adat meminanag akan dijalankan. Seorang
wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin untuk berkunjung ke rumah pihak
perempuan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan
perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan
berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah wang untuk
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari
yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan
menjatuhkan maruah. Segala permintaan pihak perempuan akan
dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa pihak lelaki. Selepas itu, ibu
bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk
menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah
kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
Adat Bertunang
Hari pertunangan akan dipilih berdasarkan kalendar Cina dan
hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran (Ba-Zhi) pasangan
tersebut. Lazimnya, perkhidmatan tukang tilik digunakan untuk
menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Ini penting
kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan
ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.
Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan
tersebut untuk menunaikan segala permintaan. Kemudian, upacara
bertukar cincin akan dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi
membukitkan persetujuan, perempuan berkenaan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau Nyen-Sang yang tertulis
nama, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
Selepas penghitungan hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-
dua nyen-sang, Tukang tilik akan membuat ramalan dan
menyediakan dua keping Nyik-Kor yang mengandungi peraturan-
peraturan dan adat-adat serta memberikan kertas tersebut kepada
kedua pasangan.
Selain itu, hadiah besar juga diberikan kepada pihak perempuan
pada hari pertunangan. Proses ini dikenali sebagai Guo Da Li dan
hadiah besar ini mengandungi angpau, arak, biskut, dan lainlain.
Bilangan barang yang ada dalam hadiah besar perlu adalah genap
kerana bermaksud hubungan pasangan akan berkekal selama-
lamanya. Dalam masyarakat Cina, semakin tinggi wang tunai atau
angpau yang diberikan dalam hadiah besar, semakin tinggi
kedudukan keluarga lelaki. Sebelum hari perkahwinan, keluarga
pihak perempuan perlu menghantarkan hantaran kepada pihak lelaki
atau rumah baru pasangan tersebut.
Selepas itu, kedua-dua keluarga akan menghantar surat jemputan
kepada saudara-mara dan rakan-rakan untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak-anak mereka.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang
atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di
kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti
ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Hal
ini kerana kepercayaan dalam masyarakat Cina adalah tidak manis
mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung
kesedihan. Sebelum hari perkahwinan, keluarga kedua-dua pihak
akan menyembah nenek moyang mereka dan ini bermaksud
memberitahu keluarga mereka akan menjalankan perkahwinan,
Selain itu, keluarga pihak lelaki akan menyediakan satu katil di bilik
pengantin dan meletakkan angpau, limau dan gula-gula. Seorang
budak lelaki akan diminta untuk melompat di atas katil tersebut.
Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tindakan ini adalah berdoa
pasangan tersebut dapat melahirkan anak mereka dengan tempoh
masa yang pendek. Pengantin lelaki dan perempuan juga akan
makan Tang-Yuan iaitu bermakna mereka akan bersatu hati sebagai
sebuah keluarga pada masa depan.
Pada malam hari sebelum perkahwinan tersebut, pengantin
perempuan dan lelaki akan menjalankan upacara sikat rambut.
Pengantin perempuan dan lelaki akan memakai pakaian berwarna
putih dan ibu bapa mereka akan mengemaskan rambut mereka
sambil menyanyikan lagu Shi Shu Ge. Ini merupakan satu adat yang
diamalkan oleh masyarakat Cina kerana bermaksud anak-anak
mereka telah berdewasa dan berdoa hubungan pasangan penganti
akan berkekal.
Pada pagi hari perkahwinan, pengantin dan penganti perempuan
akan dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai
pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam
benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai
aksesori. Baju perkahwinan Cina pada zaman kini telah berubah iaitu
tidak semestinya memakai baju perkahwinan tradisional dan juga
boleh memakai baju perkahwinan Barat. Baju pengantin sebaik-
baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Warna baju yang
dilarang memakai adalah warna hitam dan kelabu kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Pengantin lelaki dan rakan-rakan akan bertandang ke rumah
pengantin perempuan dan semasa kereta pengantin leleki sampai ke
rumah pengantin perempuan, seorang adik atau budak lelaki dari
keluarga perempuan akan membuka pintu kereta pengantin lelaki.
Pengantin lelaki akan memberi ang-pau kepada dia sebagai ganjaran.
Selain itu, rakan-rakan pengantin perempuan akan meyediakan
beberapa ujian atau permainan kepada pengantin lelaki dan rakan-
rakannya untuk hiburan. Selepas itu, pengantin lelaki dan
perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan
diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan
pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di
ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan menyembah
nenek moyang dan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara
maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu
juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh
sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini
melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya
perempuan dalam keluarga lelaki di samping bertujuan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini, pasangan
pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara
kedua-dua keluarga.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah
malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara
besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-
tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan
cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua
belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan
pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu
Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
adat kematian
Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan
sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah
dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di
alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan
pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang
dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan
masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai
sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori
yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.
Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah
untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.
Penghormatan terakhir kepada si mati
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat
handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.
Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di
ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata
yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan
,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku,
roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga
segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati
dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di
alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau
saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam
masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah
lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama
dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.
Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan
sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan
sehingga mayat dikebumikan.
Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk
dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung
mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada
kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status
si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih
halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman
sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan
dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar
mayat ke tanah perkuburan.
Sebelum Upacara Pengebumian
Upacara sembahyang mayat bergantung kepada kepercayaan agama
si mati. Bagi sesetengah masyarakat Cina, anak cucu si mati akan
berbisik di tepi keranda untuk menasihati si mati agar melafazkan
nama seorang Dewa atau Buddha secara berterusan dalam masa
lapan jam selepas kematian. Hal ini demikian kerana dipercayai Dewa
atau Buddha akan datang menjemput roh si mati ke syurga jika si
mati berbuat demikian secara ikhlasnya. Ahli keluarga terdekat si
mati harus berulang kali berkata di tepi keranda untuk memanggil
roh si mati mengikut cahaya putih yang terang dan menghindarkan
cahaya kelam dan kabur. Cahaya yang terang dianggap jalan ke
syurga dan cahaya yang kabur ialah jalan ke neraka.
Mayat diarak ke jirat
Ahli keluarga berarak ke jirat
Keranda dibawa dengan van
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan,
pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah
berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai
lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka
mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya
pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan
muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan.
Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati
dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju
berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna
merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju
yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.
Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap
dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang
diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar
baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas,
beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang
sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara
ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah
berpandukan kertas tersebut.
Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan
lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda.
Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis
harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk
menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk
menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang
lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana
telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga
amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop
bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek
lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Upacara pengebumian
Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik
memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan
yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia.
Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah
lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan
tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan
memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.
Upacara pengebumian
Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat
beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau
bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika
hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang
menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak
menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu
tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan
mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia.
Selepas Kematian
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju
hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat.
Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun
bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan
terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.
ADAT RESAM KAUM INDIA
adat kelahiran
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan
sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru
yang dikenali sebagai Suulkaappu. Upacara ini juga dikenali sebagai
mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik
mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air
kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari
baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu.
Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim
cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum
diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan.
Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada
hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari
ganjil.
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli
keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga
kebersihannya.
Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting
dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai
taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.
Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama
dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian
dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang
agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
adat perkahwinan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan
juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain,
masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak
persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat
dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat
lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru
itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.
Merisik
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi
dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan,
jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang
keluarga juga turut diambil kira.
Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin
lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat
sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali
sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai
melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam
jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan,
bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini
dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan
untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan
akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak,
mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak
boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan
dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu
bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan
dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu
melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami.
Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini
pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India,
adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang
bakal pengantin lelaki.
Ikat Janji Atau Niccayam
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah
bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti
kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan
kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin
lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang
ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar
sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
Parisam
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal
daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah pemberian
hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum
perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan
diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis
hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh
wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil
cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan
diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian
tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik
tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak
perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai
puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak
yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan
puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan
membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada
anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis
sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu
daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain
boleh melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari
tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan
dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa
ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan
bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-
maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan
kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu
mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah.
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan
masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak
Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak
dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak
disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa
bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad
diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang
dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan
sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan
diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher
kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih
yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang
digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali,
tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku
di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan
tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan
membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan
bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang
thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.
Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan
di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak
pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang
dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang
dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.Dalam upacara
itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan
sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak
diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh
dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri
orang.
Mukuurtta Kaal
Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat
mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat
masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok
yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta
kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis
perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)
dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai
tanda rasmi undangan perkahwinan.
Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan
Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk
kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin
lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari
perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan
berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda
akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat
dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras
dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau
mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu
debu suci pada dahi pengantin
Selepas Majlis Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut
ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki
pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa
itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih
sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun
amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan
khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan
diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya
perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan
kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan
selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging
amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat
handai. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat
India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat
tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka
disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki
pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga
hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas
perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah
dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan
tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi
dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang
diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara
perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil,
sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya
jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran
dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam
agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara
serta sahabat handai.
adat kematian
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan.
Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan
dilakukan.
Semasa Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan
diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan
dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang
dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu
pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati
dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk
membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas
dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan
lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan
dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang
tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan
dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan
dan dhoti bagi mayat lelaki.
Upacara Menanggalkan Thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa
berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu
rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri
setelah suamiya meninggal dunia.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan
ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat
tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan
sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah
yang dinamakan vaaikkarisi.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api.
Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang
dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti
dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak
sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak
bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki
mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian
diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan
menyebut ‘sorkam seer, kaiulaasam seer’ berulang kali. pada
pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan
duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Selepas Kematian
Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut
akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu
mayat dan berkabung.