The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUN 2025 - PPM BALIK PULAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PPM Balik Pulau, 2026-02-09 06:51:09

LAPORAN PPM BALIK PULAU 2025

LAPORAN TAHUN 2025 - PPM BALIK PULAU

LAPORAN2025TAHUNPersekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulauwww.ppmbalikpulau.blogspot.com2025@ppmbalikpulau


Pengakap Balik PulauSetinggi-Tinggi Tahniah diucapkan kepadaTUAN ROZHAN BIN HAJI YAHAYAatas pelantikan semula sebagaiPesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau bagi penggal 2025 - 2027Ikhlas daripadaMajlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau


KANDUNGANLAPORAN TAHUN 20251.Kata Alu-aluan Pesuruhjaya Pengakap Daerah iPengakap Balik Pulau2.Kata Alu-aluan Ketua Editor Buku Laporan Tahun 2025 ii3.Carta Organisasi Tahun 2025 1-24.Takwim Tahun 2025 3-46.Mesyuarat Pesuruhjaya Bil 1/2025 7-88.Majlis Berbuka Puasa PPM Balik Pulau Tahun 2025 1010.Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Pengakap PPM Daerah Balik Pulau 1211.Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan Tahun 2025 1312.Majlis Penyampaian Tauliah Pesuruhjaya Pengakap Daerah & Perlantikan Ahli Majlis 1413.PPM Balik Pulau Ke Majlis Perasmian Pemasangan AED 1514.Kem Lencana Keris Pengakap Kanak-Kanak Daerah Balik Pulau 1615.Penubuhan Kumpulan Pengakap Udara @ MRSM Balik Pulau 1716.Program Sukarelawan Alam Sekitar Sempena Sambutan Hari Penyu Sedunia 1817.Kem Rambu Pengakap Kanak-Kanak & Majlis Anugerah Rambu 1918.Larian Perpaduan Pengakap Sempena Hari Pengakap Malaysia Ke-117 20-2119.Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet (JOTA JOTI) 2220.Program Hari Bersama Komuniti Taman Negara Pulau Pinang 2321.Majlis Pengalungan Manikayu & Gilwell Reunion 2025 24-2522.Gambar Kenangan Pencapaian Pemimpin PPM Balik Pulau Tahun 2025 25-307.PEK Bercuti Pengakap Daerah Balik Pulau Tahun 2025 99.Mesyuarat Pesuruhjaya Bil 2/2025 115.Rekod Pendaftaran Tahun 2025 5-6


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Pengakap.Dengan penuh rasa bangga dan hormat, saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniahkepada Ketua Editor serta seluruh pasukan penerbitan atas kejayaan menghasilkan BukuLaporan Aktiviti Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau bagi tahun 2025.Penerbitan ini bukan sahaja mencerminkan tahap profesionalisme, dedikasi dan komitmen yangtinggi, tetapi juga menjadi bukti kukuh bahawa usaha kita dalam mendokumentasikan setiappencapaian, program dan aktiviti sentiasa diberi keutamaan.Setiap halaman dalam buku laporan ini membawa bersama kisah ketekunan, semangatkesukarelawanan dan komitmen berterusan semua ahli pengakap dalam menjayakan aktivitisepanjang tahun. Ia menjadi saksi perjalanan kemajuan pengakap di daerah kita, yang terusbergerak proaktif dalam melahirkan generasi muda berdisiplin, berdaya saing dan berjati diri.Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pengakap yang sentiasa memberikansokongan padu serta memainkan peranan penting dalam setiap program yang dijalankan.Semangat perpaduan, kerjasama erat dan budaya kerja berpasukan yang menjadi amalanselama ini terus memperkukuhkan kedudukan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah BalikPulau sebagai sebuah organisasi yang unggul dan dihormati.Saya yakin bahawa dengan iltizam yang berterusan, komitmen yang tidak pernah luntur sertavisi yang jelas, kita akan terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.Semoga laporan ini bukan sekadar rekod perjalanan setahun, tetapi menjadi sumber inspirasiuntuk terus berbakti, melangkah lebih jauh dan memberi sumbangan bermakna kepadamasyarakat.Marilah kita terus maju ke hadapan dengan semangat kental demi memartabatkan pergerakanpengakap di Malaysia dan memastikan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau kekalrelevan, progresif dan berwibawa dalam membentuk generasi masa depan.Sekian, terima kasih dan salam hormat.ROZHAN BIN HAJI YAHAYA PKT., PJK., PJM. Pesuruhjaya Pengakap DaerahPersekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauPengakap Balik PulauKata Alu-aluanPesuruhjaya Pengakap DaerahPersekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauTUAN ROZHAN BIN HAJI YAHAYAPKT., PJK., PJM.i


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Pengakap.Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, Buku Laporan PersekutuanPengakap Malaysia Daerah Balik Pulau Tahun 2025 dapat diterbitkan dengan sempurna. Bukulaporan ini menghimpunkan segala aktiviti, pencapaian serta penglibatan warga PengakapDaerah Balik Pulau sepanjang tahun 2025, sekali gus menjadi rujukan dan rekod pentingperjalanan pergerakan Pengakap di daerah ini.Sebagai Ketua Editor, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidakterhingga kepada seluruh jawatankuasa penerbitan, barisan kepimpinan serta Ahli MajlisPesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau atas komitmen, kerjasama dan sokongan padu yangdiberikan. Segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan telah menyumbang kepada kejayaanpelaksanaan pelbagai program yang bermakna dan berimpak tinggi kepada ahli-ahli Pengakap.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Pesuruhjaya PengakapDaerah Balik Pulau, Tuan Rozhan bin Haji Yahaya, atas kepercayaan dan sokongan yangdiberikan kepada saya dalam menyiapkan Buku Laporan Tahun 2025 ini. Ucapan terima kasihjuga ditujukan kepada semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau yang telahmemberikan kerjasama dan sumbangan idea sepanjang proses penyediaan buku ini.Akhir kata, semoga Buku Laporan ini dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada semuawarga Pengakap untuk terus berkhidmat, memperkukuh semangat kepimpinan serta melahirkangenerasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.Sekian, terima kasih dan Salam Pengakap.Kata Alu-aluanKetua Editor Buku Laporan 2025Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauMUHAMMAD ZAMRI BIN ABDUL RASHIDMUHAMMAD ZAMRI BIN ABDUL RASHIDPenolong Pesuruhjaya Pengakap DaerahPersekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauPengakap Balik Pulauii


Pengakap Balik PulauBersama Memperkasa Pergerakan Pengakap Balik PulauDemi Generasi Masa HadapanBersama Memperkasa Pergerakan Pengakap Balik PulauDemi Generasi Masa HadapanORGANISASICARTA2025


Pengakap Balik Pulau2


Pengakap Balik PulauTAKWIM TAHUN2025


4


Pengakap Balik PulauREKOD PENDAFTARANTAHUN 2025


REKOD KUMPULAN & STATISTIK PENDAFTARAN PENGAKAPDAERAH BALIK PULAU*Sekolah Kebangsaan Balik Pulau - Keahlian paling ramai. Tahniah!*SK Balik PulauPengakap Balik Pulau6


AKTIVITI TAHUNPengakap Balik Pulau2025


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 4 Januari 2025Tempat : Cafe Bayan, Hotel Sri Malaysia Bayan BaruAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauMESYUARAT PESURUHJAYA BIL 1/2025Mesyuarat Pesuruhjaya Bil. 1 bagi tahun 2025 telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PengakapDaerah Balik Pulau, Tuan Rozhan bin Haji Yahaya, dan berlangsung di Café Bayan, Hotel Sri MalaysiaBayan Baru, Pulau Pinang.Mesyuarat dimulakan dengan ucaptama oleh Tuan Rozhan bin Haji Yahaya, diikuti dengan sesipembentangan dan perbincangan mengenai program-program yang telah dilaksanakan sepanjangtahun 2024. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan statistik pendaftaran keahlian Pengakap,penubuhan kumpulan baharu dalam daerah, serta pencapaian ahli dan pemimpin Pengakap yangdisampaikan oleh Encik Faisal bin Che Abdulla Rani, Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau.(Pentadbiran / Setiausaha Latihan).Agenda mesyuarat seterusnya adalah perbincangan mengenai perancangan dan pelaksanaanprogram-program bagi tahun 2025. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh barisan Penolong PesuruhjayaPengakap Daerah Balik Pulau.8


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 19 Jan 2025Tempat : Pulau PinangAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauPEK BERCUTI PENGAKAP DAERAH BALIK PULAU 2025Pek Bercuti Pengakap Daerah Balik Pulau telah dilaksanakan dengan jayanya dan melibatkanpenyertaan seramai 54 orang murid serta pemimpin Pengakap dari sekolah-sekolah di Daerah BalikPulau.Program ini merangkumi lawatan rasmi ke tiga lokasi iaitu War Museum, Akuarium, dan Queen’sWaterfront. Lawatan ini bertujuan memperkaya pengetahuan peserta dalam aspek sejarah, alamsekitar, serta pembangunan kawasan setempat di samping memupuk semangat kerjasama dandisiplin dalam kalangan ahli Pengakap.Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh En. Rozhan bin Haji Yahaya, PesuruhjayaPengakap Daerah Balik Pulau. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Wan Mohd Saidi bin WanIbrahim, Penolong Pesuruhjaya Daerah (Program), serta Encik Faisal bin Che Abdulla Rani, PenolongPesuruhjaya Daerah (Pentadbiran).9


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 27 Mac 2025Tempat : Garam Gula Cafe, Balik PulauAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauMAJLIS BERBUKA PUASA PPM BALIK PULAU 2025Majlis Berbuka Puasa Pimpinan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau telah diadakanpada 27 Mac 2025 bertempat di Restoran Garam Gula, Balik Pulau. Majlis ini dianjurkan oleh MajlisPesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau sebagai satu inisiatif untuk mengeratkan hubungansilaturahim serta memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan pimpinan pengakapdaerah, khususnya sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Majlis ini telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, Encik Rozhan bin HajiYahaya bersama keluarga. Turut hadir ialah Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Balik Pulaubersama ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan suasana majlis. Suasana majlisberlangsung dalam keadaan harmoni dan mesra, sekali gus mencerminkan semangat perpaduanserta kerjasama yang kukuh dalam kalangan kepimpinan Pengakap Daerah Balik Pulau.10


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 12 April 2025Tempat : Cafe Bayan, Hotel Sri Malaysia Bayan BaruAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauMESYUARAT PESURUHJAYA BIL 2/2025Mesyuarat Pesuruhjaya Bil 2 bagi tahun 2025 ini telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PengakapDaerah Balik Pulau, Tuan Rozhan bin Haji Yahaya bertempat di Cafe Bayan, Hotel Sri Malaysia BayanBaru, Pulau Pinang.Mesyuarat ini membincangkan program-program yang telah dirancang bagi tahun 2025 sertapelaksanaan program berskala besar. Turut hadir ialah barisan Penolong-penolong PesuruhjayaPengakap Daerah Balik Pulau.11


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 14 April 2025Tempat : Pusat Kegiatan Guru Balik Pulau, SK Sungai Rusa, Balik PulauAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauMESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PENGAKAP PPM DAERAH BALIK PULAUMesyuarat Pemimpin-Pemimpin Pengakap PPM Daerah Balik Pulau telah diadakan pada 14 April 2025(Isnin) bertempat di Pusat Kegiatan Guru Balik Pulau, SK Sungai Rusa, Balik Pulau. Mesyuarat inidiadakan bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan takwim program Pengakap bagi tahun2025 serta pembentangan laporan tahunan bagi tahun 2024.Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya(Pembangunan Bakat Murid – Kokurikulum), En. Sugumaran a/l M. Kathrasan, turut bersamaPesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, Tuan Rozhan bin Haji Yahaya, serta pemimpin PengakapDaerah Balik Pulau amat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadappembangunan serta kelancaran aktiviti Pengakap di daerah ini.PPM Balik Pulau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telahhadir dan memberi kerjasama yang baik. Diharapkan agar mesyuarat sebegini dapat diteruskan padamasa akan datang demi memperkukuh lagi gerak kerja Pengakap Daerah Balik Pulau.12


Seramai 26 orang peserta telah menghadiri kursus ini dengan jayanya dan menunjukkan komitmenyang sangat baik sepanjang pelaksanaan kursus. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan olehDato’ Henry Heng Soo Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang. Majlis turutdiserikan dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disampaikan oleh EncikSugumaran a/l M. Kathrasan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya.Majlis ini turut dihadiri oleh En. Azlin bin Jambut, Guru Besar SK Sungai Rusa; Tuan Rozhan bin HajiYahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau; Ts. Ng Kah Wen, Ketua Kursus Manikayu PeringkatPengenalan; serta barisan Ahli Majlis Pengakap Daerah iaitu YBhg. Dato’ Mohammad Hisham binShafie, Mohd Farouk bin Varusai Mohd, En. Muhammad Imran bin Abdullah, Pn. Sharifah Nur Hanimbinti Syed Hamid, En. Muhammad Danial bin Alimin dan En. Md Fauzi bin Md Latip.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih yang telah menyampaikansidang dengan penuh dedikasi, iaitu Tuan Rozhan bin Haji Yahaya (LT), En. Mohd Fadzli bin Abu Hasan@ Hashim (ALT), Ir. Ts Wong Kok Nian (CLT) dan Ir. Ts Woo Wen Tzeng (ALT). Ilmu serta pengalamanyang dikongsikan amat bermakna dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran para peserta.Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat berterusan kepada para peserta serta menyumbang kearah pembangunan kepimpinan Pengakap yang lebih berkualiti di masa hadapan.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 24 Mei 2025Tempat : SK Sungai RusaAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauKURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN 202513


Majlis Penyampaian Tauliah dan Surat Pelantikan Ahli Majlis Pengakap Daerah PPM Balik Pulau telahdiadakan pada 24 Mei 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Majlis ini bertujuan untukmenyampaikan tauliah serta surat pelantikan kepada Ahli Majlis Pengakap Daerah sebagaipengiktirafan atas pelantikan dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam memajukan pergerakanPengakap di daerah Balik Pulau.Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat antaranya Dato’ Henry Heng Soo Peng,Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Encik Sugumaran A/L M. Kathrasan,Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya serta Azlin bin Jambut, Guru Besar SK Sungai Rusa.Turut hadir ialah Encik Rozhan bin Haji Yahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau bersamabarisan Ahli Majlis Pengakap Daerah iaitu Dato’ Mohammad Hisham bin Shafie, Mohd Farouk binVarusai Mohd, Muhammad Imran bin Abdullah, Sharifah Nur Hanim binti Syed Hamid, MuhammadDanial bin Alimin dan Md Fauzi bin Md Latip. Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh bermaknaserta diharapkan dapat memperkukuh kepimpinan dan kerjasama dalam memperkasakan aktivitiPengakap di daerah Balik Pulau.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 24 Mei 2025Tempat : SK Sungai RusaAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauMAJLIS PENYAMPAIAN TAULIAH PEN. PESURUHJAYA PENGAKAPDAERAH & PERLANTIKAN AHLI MAJLIS PENGAKAP DAERAH BALIK PULAU14


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 25 Mei 2025Tempat : Wisma Pengakap Negeri Pulau PinangAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau PinangPPM BALIK PULAU HADIR KE MAJLIS PERASMIAN PEMASANGAN AEDTuan Rozhan bin Haji Yahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau telah menghadiri MajlisPerasmian Pemasangan Automated External Defibrillator (AED) yang diadakan pada 25 Mei 2025 jam2.30 petang bertempat di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan olehDato’ Ir. Rajendran A/L P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Alat DefibrilatorLuaran Automatik (AED) yang dipasang di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang merupakansumbangan daripada Tuan Lee Toong Leon, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang.Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan serta kesiapsiagaan dalam menghadapikecemasan kesihatan di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang. Kehadiran Tuan Rozhan bin HajiYahaya melambangkan sokongan berterusan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulauterhadap inisiatif kebajikan dan keselamatan yang memberi manfaat kepada warga Pengakap danmasyarakat setempat.15


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 14 Jun 2025Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai RusaAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauKEM LENCANA KERIS PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH BALIK PULAUKem Lencana Keris Pengakap Kanak-Kanak Daerah Balik Pulau telah diadakan pada 14 Jun 2025bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Kem ini bertujuan untuk melengkapkan PengakapKanak-Kanak dengan kemahiran asas kepengakapan serta membentuk sahsiah, disiplin dan semangatkerjasama dalam kalangan ahli Pengakap Kanak-Kanak.Seramai 420 orang Pengakap Kanak-Kanak bersama barisan pemimpin telah terlibat dan berjayamenjayakan kem ini dengan penuh komitmen. Program ini telah berlangsung dengan lancar dandiharapkan dapat melahirkan Pengakap Kanak-Kanak yang berdisiplin, berpengetahuan sertaberpegang teguh kepada nilai-nilai murni selaras dengan undang-undang Pengakap.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Guru Besar SK Sungai Rusa serta Penolong Kanan KokurikulumSK Teluk Bahang. Majlis penutup Kem Lencana Keris telah disempurnakan oleh Encik Rozhan bin HajiYahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau.16


Penubuhan Kumpulan Pengakap Udara telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai 2025 bertempat diMaktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau melalui satu sesi bengkel yang disampaikan olehPesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, Tuan Rozhan bin Haji Yahaya serta Koordinator PengakapUdara, Ts. Ng Kah Weng dan En. Heng.Pelaksanaan bengkel ini menandakan permulaan rasmi penubuhan kumpulan tersebut. Dalam masayang sama, Sesi Lencana Pengakap Udara Kelas II turut dijalankan dengan penglibatan dan bimbinganpenuh oleh pemimpin Pengakap yang hadir sama.Program kerjasama Persekutuan Pengakap Daerah dan MRSM Balik Pulau ini bertujuan untuk menilai,membimbing serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli dalam bidang kepengakapanudara. Pelaksanaan sesi ini menjadi platform penting bagi memastikan ahli Pengakap Udaramemahami keperluan asas, peranan serta tanggungjawab mereka sebagai sebuah pasukan yangbaharu ditubuhkan.Penubuhan ini mencatat sejarah tersendiri apabila Kumpulan Pengakap Udara yang pertama berjayaditubuhkan di MRSM Balik Pulau dan terlibat secara rasmi dalam aktiviti kepengakapan udara diperingkat daerah.Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan memberi pendedahan yang amatbermakna kepada para peserta, sekali gus menjadi langkah awal yang kukuh ke arah pembangunanPengakap Udara yang berdaya saing, berdisiplin dan berwibawa.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 19 Julai 2025Tempat : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM Balik Pulau)Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauPENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP UDARA @ MRSM BALIK PULAU17


Program Sukarelawan Alam Sekitar sempena Sambutan Hari Penyu Sedunia telah diadakan pada 20Julai 2025 bertempat di Taman Negara Teluk Bahang dan Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut,Teluk Bahang. Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada ahli dan pemimpin Pengakap DaerahBalik Pulau telah menyertai program ini dengan tujuan meningkatkan kesedaran serta pengetahuanberkaitan pemuliharaan alam sekitar khususnya konservasi penyu.Program bermula pada jam 2.00 petang dengan ketibaan dan pendaftaran peserta di dataran TamanNegara Teluk Bahang. Majlis telah disempurnakan oleh En. Wan Mohd Saidi bin Wan Ibrahim,Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah selaku Pengerusi Program Daerah, mewakili Tuan Rozhan binHaji Yahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau. Peserta kemudiannya dibawa ke PusatKonservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut untuk mengikuti sesi taklimat oleh EncikMuhammad Izzat, Renjer Jabatan Perikanan Malaysia, sebelum menjalani lawatan serta aktivitiinteraktif konservasi yang dikendalikan oleh En. Ali Jabbar, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkapPenyelaras Program.Program diteruskan dengan minum petang, solat Asar serta sesi taklimat khas berkaitan pelepasanpenyu ke habitat asal. Kemuncak program berlangsung pada jam 7.00 malam apabila peserta diberipeluang terlibat secara langsung dalam aktiviti pelepasan penyu ke laut. Program berakhir pada jam7.30 malam dengan pergerakan pulang ke Jeti Teluk Bahang.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 20 Julai 2025Tempat : Taman Negara Teluk Bahang, Pulau PinangAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauPROGRAM SUKARELAWAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTANHARI PENYU SEDUNIA TAHUN 202518


Kem Rambu Pengakap Kanak-Kanak dan Majlis Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri(Rambu Pengakap Kanak-Kanak) PPM Daerah Balik Pulau bagi tahun 2025 telah diadakan pada 23hingga 24 September 2025 bertempat di SK Sungai Rusa.Seramai 120 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak telah menerima Anugerah Ketua PesuruhjayaPengakap Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak). Majlis penyampaian anugerah telahdisempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, Encik Rozhan bin Haji Yahaya yangmewakili Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Zulkafli bin Kamaruddin.Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Nurizah Binti Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Rusa,Encik Muhammad Dzothour Dzubed Bin Paker Mydin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Titi Teras,Encik Yusrizal Bin Mustaffa Kamal, Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Rusa, Encik Wan Saidi binWan Ibrahim, Penolong Pesuruhjaya Daerah selaku Pengerusi Program, serta Puan Nurul Solehah BintiMohd Zubir, Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Pengakap Kanak-Kanak.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 23-28 Ogos 2025Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai RusaAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauKEM RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK & MAJLIS ANUGERAHKETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI19


Larian Perpaduan Pengakap sempena Sambutan Hari Pengakap Malaysia Ke-117 telah berjayadilaksanakan pada 27 September 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh,Balik Pulau. Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Pengakap Malaysia sertamemupuk semangat perpaduan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah danahli Pengakap.Seramai 850 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah menengah, sekolah rendah sertaguru-guru telah mengambil bahagian dalam program ini. Pelepasan larian telah disempurnakan olehEncik Rosli bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah BaratDaya, yang mewakili Pegawai Daerah Barat Daya. Larian ini telah berlangsung dengan lancar danmendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang tetamu kehormat antaranya DatukSr. Dr. Haji Muhamad Farid bin Haji Saad selaku Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, EncikSugumaran a/l M. Kathrasan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Bakat Murid(Kokurikulum), Encik Mohmad Nasir bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SK Tan Sri Awang HadSalleh serta Encik Rozhan bin Haji Yahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 27 September 2025Tempat : Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik PulauAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauLARIAN PERPADUAN PENGAKAP SEMPENAHARI PENGAKAP MALAYSIA KE-11720


Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025LARIAN PERPADUAN PENGAKAP SEMPENAHARI PENGAKAP MALAYSIA KE-117Tarikh : 27 September 2025Tempat : Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik PulauAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauTahniah21


Program JOTA JOTI 2025 telah diadakan pada 18 Oktober 2025 bertempat di SK Kongsi, Balik Pulaudengan penyertaan seramai 130 orang murid sekolah menengah dan rendah, guru-guru sertapemimpin Pengakap. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenaikomunikasi global dan kemahiran radio amatur.Antara aktiviti yang dijalankan ialah stesen UHF, VHF, HF, JOTI, Morse Code, Semaphore, PhoneticAlphabet, kraftangan, Save From Harm, Mini RAE, Ham Clinic dan Safe Internet. Program ini turutdihadiri oleh Encik Anuar bin Shaari, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang;Encik Rozhan bin Haji Yahaya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau; Dr. Khor Aik Keong,Pesuruhjaya KLM 05 IPG Kampus Pulau Pinang; Encik Wan Mohd Saidi bin Wan Ibrahim, PenolongPesuruhjaya Daerah merangkap Pengerusi Program; serta Encik Zainol bin Kameh (9W2PS) dariASTRA.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Nurhidayah binti Che Rose, Ahli Majlis BandarayaPulau Pinang dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada SK Kongsi,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, KLM 05 IPG Kampus Pulau Pinang serta Persatuan RadioAmator Melayu Malaysia (ASTRA) atas kerjasama yang diberikan.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 18 Oktober 2025Tempat : Sekolah Kebangsaan Kongsi, Balik PulauAnjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik PulauJOTA JOTI 2025JAMBOREE ON THE AIR & JAMBOREE ON THE INTERNET22


BARAT DAYA, 15 November 2025 – Program Hari Bersama Komuniti Taman Negara Pulau Pinang2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Taman Negara Pulau Pinang.Program ini melibatkan penyertaan pelbagai komuniti setempat serta agensi berkaitan dalam usahamemperkukuh hubungan dan kerjasama strategik demi pemeliharaan alam sekitar dan warisantempatan.Seramai empat (4) orang ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau telah hadir, diketuaioleh Tuan Rozhan bin Haji Yahaya, Pesuruhjaya Daerah Balik Pulau. Turut serta ialah Penolongpenolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, Encik Mohd Ali bin Abdul Jabar, EncikMuhammad Afdzan bin Zol Fitri, dan En. Saleh.Penyertaan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau dalam program ini mencerminkankomitmen berterusan dalam menyokong usaha pemeliharaan biodiversiti, penghayatan warisan sertapembangunan komuniti. Program ini juga memberi peluang kepada para peserta dan masyarakatuntuk memahami dengan lebih mendalam peranan Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) dalammenjaga ekosistem dan kelestarian alam semula jadi.Pengakap Balik PulauAKTIVITITahun 2025Tarikh : 15 November 2025Tempat : Taman Negara Pulau PinangAnjuran : Komuniti Taman Negara Pulau PinangPROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI TAMAN NEGARA PULAU PINANG23


TAHNIAHPengakap Balik Pulau24


TAHNIAHPengakap Balik PulauGambar KenanganMajlis Pengalungan Manikayu & Gilwell Reunion25


Pengakap Balik Pulau26


27


28


Pengakap Balik Pulau29


Pengakap Balik PulauGambar Kenangan Majlis30


Terbitan oleh :Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik [email protected] 017-376 7656 ppmbalikpulau.blogspot.comMuhammad Zamri bin Abdul Rashid | Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik PulauPengakap Menjana Kecemerlangan InsanPengakap Balik Pulau


Click to View FlipBook Version