SEKAPUR SIRIH
CALON TOKOH NILAM 2022
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur
saya ke hadrat Ilahi kerana saya terpilih sebagai calon Tokoh NILAM PPD
MACHANG bagi tahun 2022.
Saya rasa amat berbesar hati dan berbangga dengan pemilihan yang tidak
diduga ini. Saya berjanji akan lakukan yang terbaik. Saya juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru, ibu- bapa, keluarga, guru besar,
guru-guru saya yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mencapai
kemenangan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sering bersama saya
untuk membaca bersama-sama semasa waktu lapang.
Di kesempatan ini, saya menyeru kepada rakan-rakan agar menjadikan buku
sebagai “RATU HATI” dan “TEMAN SEJATI” kerana buku itu “JAMBATAN ILMU”
pada kita. Akhir kata, saya berharap agar saya terus berjaya dan tidak akan jemu
untuk menjadikan buku teman hidup saya.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
NIK NINEE AISYAH BT NIK SHUKRI
5 STEM
SMK HAMZAH 2