The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sitinurulfakhira Mohdkhair, 2024-05-03 09:48:30

ETNIK JAWA

ETNIK JAWA

Etnik Jawa mpu21032 Etika & Peradaban Nama Pensyarah: Encik Abdul Rahman Bin Abdul Gapar


Ahli Kumpulan nureen qamarina binti mohd rizal 14dcc23f2019 nor esya danisa binti khairul anwar 14dcc23f2020 siti nurul fakhira binti mohd khair 14dcc23f2007 nurfarra danissha binti zulkifli 14dcc23f2012 yusniza mohd yusrizan 14dcc23f2006


1. Pengenalan 2. Bahasa 3. Makanan Tradisional 4. Pakaian Tradisional 5. Alat Muzik Tradisional 6.Alat Permainan Tradisional 7. Agama 8. Perayaan 9. Penempatan 10. Tradisi & Budaya Isi Kandungan


Etnik Jawa di Malaysia adalah orang-orang keturunan Jawa penuh atau separa yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Mereka membentuk sebahagian besar penduduk Malaysia dan undang-undang Malaysia menganggap kebanyakan mereka ialah Melayu. Sejarah migrasi etnik Jawa ke Malaysia bermula dari era Sailendra pada abad 6-9, kemudian pada era Singhasari dan Majapahit pada tahun 12. Pada abad ke-14, ada juga pendatang dari Hindia Belanda yang mencari peluang baru di British Malaya. Walaupun banyak dari mereka tiba melalui era penjajahan, ada juga yang sampai melalui Perang Dunia 11 ke Tanah Melayu Britain yang dijajah Jepun dan Borneo sebagai kerja paksa. Pengenalan Pada masa sekarang, mereka tinggal di Malaysia Barat di negeri Johor, Perak dan Selangor dengan minoriti yang banyak terdapat di Malaysia Timur terutama di negeri Sabah dan Sarawak. Sebilangan besar rakyat Malaysia keturunan Jawa telah berasimilasi dengan budaya Melayu tempatan, dan bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan bahasa pertama dan bukannya bahasa Jawa nenek moyang mereka. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini. Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Suku Jawa mengalami sejarah panjang sama seperti suku-suku lain di tanah air. Di masa kejayaan agama Hindu dan Buddha, mayoritas orang Jawa menganut kedua agama tersebut. Salah satu kerajaan Hindu terbesar dan terkuat yang pernah ada di nusantara dan berasal dari Jawa adalah Kerajaan Majapahit.


Bahasa Fungsi bahasa Jawa tidak hanya sebagai alat komunikasi, tetapi juga sebagai lambang identitas budaya masyarakat Jawa, seperti digunakan dalam sastra, musik, dan tari tradisional seperti wayang kulit dan gamelan. Namun, seperti banyak bahasa lain di Indonesia, bahasa Jawa juga menghadapi tantangan untuk menjaga kelestariannya. Penggunaannya cenderung menurun karena semakin banyak masyarakat yang beralih menggunakan bahasa Indonesia atau bahasa asing. Oleh karena itu, penting bagi kita untuk melestarikannya dengan cara mempelajari dan menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini juga dapat dilakukan dengan mengembangkan literatur bahasa dan mempromosikan keunikan budaya Jawa kepada generasi muda. Dalam rangka mempertahankan bahasa Jawa sebagai warisan budaya yang berharga, perlu diadakan kampanye untuk meningkatkan kesadaran masyarakat tentang pentingnya melestarikan bahasa ini. Bahasa Jawa adalah bahasa yang kaya akan sejarah dan budaya. Sejarah bahasa Jawa dapat ditelusuri kembali ke abad ke-9, ketika munculnya naskah-naskah kuno seperti Prasasti Kalasan dan Prasasti Shivagrha. Bahasa ini telah mengalami berbagai pengaruh dari bahasabahasa lain seperti Sanskerta, Arab, dan Belanda. Meskipun memiliki banyak dialek, namun terdapat kesamaan dalam tata bahasa dan kosakata. Bahasa Jawa digunakan oleh lebih dari 80 juta orang di seluruh dunia, terutama di Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Selain itu, bahasa ini juga diakui sebagai salah satu bahasa resmi di Indonesia.


Berikut adalah contoh kosakata bahasa jawa dan maksudnya: Bahasa


jawi jangkep adalah nama pakaian adat rasmi dari jawa yang khususnya untuk kelaki . busana Jawi Jangkep berbentuk beskap berwarna gelap dengan motif bunga emas di tengahnya. Beskap berkolar agak tinggi dan tidak berlipat. Bahagian depan beskap lebih panjang daripada bahagian belakang. Ini bertujuan jika menyimpan keris itu nanti. jika meletakkan keris di belakang mempunyai makna bahawa manusia dapat menahan segala godaan, sedangkan keris adalah lambang perlawanan. pakaian tradisional Kebaya dikenali di pelbagai wilayah sebagai istilah untuk pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita. Bezanya ialah gaya atau cengkaman yang digunakan. Kebaya khas Jawa pastinya mempunyai ciri tersendiri terutama dengan bentuk blaus ringkas berlengan panjang yang menimbulkan sedikit kesan misteri pada si pemakai. Adapun bahan yang digunakan dalam kebaya khas Jawa adalah kain baldu atau sutera. Manakala bahagian dalam kebaya akan dilapik dengan kemben.


Pakaian Kanigaran ialah pakaian tradisional Jawa yang sering dipakai oleh raja-raja. Ini kerana kesan pakaian ini yang menunjukkan keagungan dan kuasa. Sebelum ini, gaya pakaian ini hanya boleh dipakai oleh kerabat diraja di Kesultanan Yogyakarta. Tetapi pada masa kini pakaian gaya Kanigaran sering digunakan dalam acara perkahwinan dengan adat Jawa Baju surjan adalah pakaian tradisional Jawa yang digunakan oleh lelaki dari golongan bangsawan dan aparat awam. Surjan pernah menjadi sejenis pakaian harian. Pada masa ini surjan hanya digunakan dalam acara rasmi atau upacara tradisional, yang digabungkan dengan kain jarik dan blangkon. Surjan kebiasaannya mempunyai motif berjalur seperti coklat dan hitam, walaupun pada masa ini terdapat model surjan dengan corak warna lain batik juga merupakan salah satu pakaian tradisional Jawa yang paling popular. Kepelbagaian motif batik khas Jawa bahkan telah bertahan selama ratusan tahun.


Keagamaan Menurut Dr Tarmizi (2019), masyarakat Jawa menganut agama seperti Islam, Kristian atau agama lain. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Jawa banyak terpengaruh oleh ajaran dan kepercayaan Hindu dan Buddha dalam tradisi dan budaya mereka berikutan segelintir daripada kalangan mereka masih mewarisi agama nenek moyang mereka sehingga sekarang. Bagi yang beragama Islam, kebiasaannya bagi masyarakat Jawa ianya akan dibahagikan kepada dua golongan besar. Yang pertama dipanggil santri iaitu golongan yang menganut Islam murni dan yang kedua ialah abangan iaitu golongan yang menganut Islam. Menurut Tuan Haji Mohd Sabran, masyarakat Jawa yang sebenarnya memang kuat beragama iaitu agama Islam dan percaya dengan kelebihan sembahyang, berdoa dan beribadah yang dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk mendapatkan sesuatu agama


Permainan tradisional ini memerlukan cengkerang sebagai biji congklak. Jika tiada, pemain boleh menggunakan biji atau batu kecil . Permainan ini dimainkan oleh dua orang menggunakan papan congkak. Biji benih yang diperlukan dalam permainan ini ialah 49 biji setiap orang.Papan congklak khas dari Jawa Tengah biasanya diperbuat daripada kayu. Pada permulaan permainan, setiap lubang diisi dengan 7 biji congklak selepas suwit . Pemenang permainan tradisional Jawa Tengah ini ialah orang yang mendapat biji terbanyak. permainan tradisional Jawa Tengah ialah engrang atau lebih dikenali sebagai engrang. Permainan ini dimainkan menggunakan sepasang galah atau kayu. Pemain dikehendaki berdiri di atas kayu yang telah dilengkapi dengan bongkah kecil atau buluh sebagai penyokong tapak kaki . Cara bermain ialah berjalan sejauh mungkin ke jarak yang telah ditetapkan. Merupakan mainan anak-anak yang terbuat dari kayu. Dimainkan dengan cara melilitkan tali ke leher gasing, lalu ayunkan gasing tersebut ke arah tanah atau ke tempat arena dan lepaskan tali dengan cepat. Gasing akan berputar. Pada permainan ini biasa terdapat aturan bagi gasing yang mampu berputar paling lama maka itulah pemenangnya. Alat Permainan Tradisional


Alat muzik Jawa Tengah ini mempunyai bunyi yang ditala pada not pelog dan slendro. Siter merupakan satu-satunya alat muzik tradisional yang dipetik dalam siri gamelanCiter dimainkan sebagai salah satu alat muzik yang dimainkan secara serentak, sebagai alat yang memainkan cengkok. permainan tradisional Jawa Tengah ialah engrang atau lebih dikenali sebagai engrang. Permainan ini dimainkan menggunakan sepasang galah atau kayu. Pemain dikehendaki berdiri di atas kayu yang telah dilengkapi dengan bongkah kecil atau buluh sebagai penyokong tapak kaki . Cara bermain ialah berjalan sejauh mungkin ke jarak yang telah ditetapkan. Gong ialah alat muzik tradisional yang diperbuat daripada logam bercantum seperti gangsa dan tembaga dengan permukaan bulat (dengan atau tanpa Pencu). Nada gong yang telah ditempa tidak dapat ditentukan. Nada gong baru terbentuk selepas dibilas dan dibersihkan. Alat Müzik Tradisional


Budaya Mayang kembar atau bunga Mayang merupakan salah satu aksesori majlis perkahwinan tradisional Jawa. Kembar Mayang dibuat dengan rangkaian daun kelapa muda yang dipanggil janur disertai untaian bunga, buah dan daun. Kembar mayang terdiri daripada dua ketul yang sama bentuk dan saiz. Secara falsafahnya, bunga Mayang mempunyai nilai asas bagi kehidupan pasangan pengantin iaitu sebagai pohon kehidupan yang dapat menyediakan segala yang diingini. Kembar Mayang sering juga dipanggil Megar Mayang atau Gagar Mayang yang melambangkan mekarnya bunga pinang. Maksudnya adalah untuk mengantar kehidupan baru untuk orang dewasa dalam masyarakat, supaya masyarakat dapat menuai bakti dan dharma. Malam Midadareni adalah malam tirakata, ketika tamu mengadakan wungon atau lek - lekan, yang artinya tidak tidur. Ini bermakna malaikat akan turun dari syurga untuk memberi rahmat kepada pasangan pengantin. Jadi malam Midadareni adalah malam yang khusyuk, tenang dan para tetamu serta keluarga calon pengantin Midodareni pada mulanya merupakan acara tirakatan. Dalam tirakatan ini, semua yang hadir dinasihatkan supaya tidak tidur sehingga jam 24.00 WIB termasuk bakal pengantin. Pada malam Midodareni ini, calon pengantin lelaki tidak dibenarkan bertemu pengantin perempuan. Midodareni adalah dimensi suci proses upacara perkahwinan.


makanan tradisional Nasi Ambeng atau nasi ambang adalah hidangan nasi putih yang terdiri daripada nasi putih kukus, Kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang[, urap, bergedel, dan serunding. Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakatMelayu[ di negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia. Nasi ambeng sering dihidangkan dengan gaya beramai-ramai dengan disaji di dalam dulang untuk dikongsi di antara empat hingga lima orang; terutamanya semasa majlis perayaan dan/atau hari istimewa seperti kenduri. sambal jawa ini kebanyakan orang luar akan berfikir sambal ini adalah sambal tumis merah. Akan tetapi etapi hakikatnya bahan untuk menghasilkan sambal jawa ini adalah fucuk,suhun,tempe,kacang tolo dan kentang. sambal jawan ini adalah menu jawib ketika hari raya menjelang.


Masakan Punten ini seakan-akan nasi impit. Cuma bezanya punten mengandungi santan dan juga garam. Ada juga yang mencampurkan daun pandan semasa merebus beras bagi tujuan membangkitkan lagi aroma. Punten biasanya dimakan bersama sambal cili padi dan bawang, sambal bilis. Biasanya makanan tradisi ni lebih enak dimakan pada waktu pagi dan petang sambal dihidang bersama air panas. Ungkep ini juga merupakan antara hidangan tradisional masyarakat Jawa yang begitu popular. Rasa lemak, manis, pedas serta wangi serai inilah yang membuatkan masakan ungkep ni betul-betul istimewa. Untuk pengetahuan korang, ungkep ni bermaksud ‘tutup di mana’. Semasa kita masak ayam, ianya perlu ditutup ketika mendidih. Masakan ini menggunakan ayam sama ada ayam kampung mahupun ayam biasa. Bezanya, kalau menggunakan ayam kampung, isinya akan rasa lebih manis dan teksturnya juga berbeza berbanding ayam biasa. Selain itu, ayam ungkep ini sifatnya kering dan boleh disimpan beberapa hari. Dia takkan cepat basi kerana sudah dimasak dalam tempoh yang agak lama.


.Amalan mengunjung atau disebut 'munjung' dalam bahasa Jawa adalah aktiviti menghantar makanan kepada jiran tetangga beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Tradisi itu sememangnya akan dilakukan dua atau tiga hari sebelum raya di samping dapat mengeratkan hubungan sesama saudara Islam. Sesetengah orang akan memberi juadah raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan lodeh. Namun, ada juga yang memberi lauk-pauk biasa mengikut kemampuan sendiri. Budaya tersebut bagaimanapun kian pudar dan dilihat tidak lagi mengalir dalam diri masyarakat terutamanya kepada generasi muda atau penduduk di kawasan bandar. Balalan atau dengan nama lainnya, jaluk ngapuro iaitu tradisi bermaaf-maafan ketika raya turut menerima nasib yang sama kerana ia jarang sekali dipraktikkan. Balalan juga dilakukan ketika raya sahaja dan ia merupakan sesi bermaafan antara golongan muda dengan yang lebih tua. Walaupun ia seakan-akan sama dengan tradisi raya yang dilakukan masyarakat lain, tetapi teks khas ketika sesi bermaafan memberi sedikit perbezaan. Ucapan yang biasanya diungkapkan berbunyi seperti, 'Ngaturaken sedhoyo klupatane kulo nyuwun penganpunten duso kulo zohir lan batin'. Ia bermaksud, menyusun segala kemafaan, mohon diampun dosa zahir dan batin. perayaan


Setiap kali raya, pasti adanya majlis sambutan rumah terbuka dilakukan segelintir masyarakat. Memiliki tujuan sama iaitu menghidangkan juadah raya sambil bersedekah, warga Jawa terutamanya di Johor mengamalkan konsep marhaban atau disebut baraan. Marhaban atau baraan bermaksud selamat datang atau puji-pujian dilagukan untuk memuji ALLAH dan Rasulullah SAW. Ia selalunya diamalkan ketika keraian dan musim perayaan membabitkan acara berkunjung dari rumah ke rumah penduduk setempat secara berkumpulan. Kebiasaannya, tradisi itu dilaksanakan sama ada selepas solat Isyak malam terakhir Ramadan atau selepas solat sunat Aidilfitri sehingga tamat Syawal mengikut negeri. Tradisi itu turut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di samping dapat mengenal jiran-jiran di satu kawasan sama. Budaya baraan merupakan antara tradisi yang boleh dikatakan masih bertahan tetapi juga semakin menghilang ditelan zaman.


Penempatan orang Jawa di Malaysia telah bermula sejak abad ke16 dan telah tercatat di dalam kitab Sulalatus Salatin. Sulalatus Salatin merupakan satu karya yang ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan abjad Jawi yang menceritakan tentang sejarah Kerajaan Melayu. Sebelum kedatangan ke Tanah Melayu, antara penempatan lain etnik Jawa adalah di Singapura dan Palembang. Etnik Jawa juga menggunakan nama yang unik seperti Suparji, Wagiman dan Masjoyo.manakala untuk perempuan pula nama gelaran seperti Supinah, Tukijah dan Jumiton. Orang Jawa juga mempunyai beberapa nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng dan Mbah Lanang. Penempatan orang Jawa tertumpu di barat Semenanjung Malaysia seperti Johor, Selangor dan Perak. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan di lombong bijih timah. penempatan orang jawa


Tradisi wetonan -Wetonan dalam bahasa jawa bermaksud "keluar". wetonan disini berhubungan dengan kelahiran orang. -Tradisi wetonan adalah upacara menyambut bayi yang baru lahir. tradisi dan budaya Tradisi baraan -Tradisi baraan atau leboh dikenali sebagai marhaban yang bermaksud berjalan atau menziarah beramai-ramai dalam kumpulam pada hari raya. -Tradisi baraan ini dilaksanakan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri sehingga waktu petang dan disambung pada hari kedua hingga seminggu Syawal. Tradisi munjung -Amalan mengunjung atau disebut 'munjung' dalam bahasa Jawa adalah aktiviti menghantar makanan kepada jiran tetangga beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. -Sesetengah orang akan memberi juadah raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan lodeh. Namun, ada juga yang memberi lauk-pauk biasa mengikut kemampuan sendiri.


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version