The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLAID RUMUSAN 2 BAHAN T4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66366082, 2021-08-24 00:13:35

RUMUSAN 2 BAHAN

SLAID RUMUSAN 2 BAHAN T4

BAHASA MELAYU

RUMUSAN

RUMUSAN

• SOALAN

Bahan 2 – Grafik

ANALISIS KATA KUNCI

Kata kunci arahan Kata sama makna/ sinonim
soalan

Faktor Punca, sebab, alasan

Faedah Kebaikan, manfaat, kepentingan, kelebihan, keutamaan

Kesan Implikasi, impak, natijah, akibat

Langkah Usaha, cara, kaedah, tindakan, inisiatif, ALTERNATIF,
Peranan STRATEGI

Tugas, tanggungjawab, fungsi

Ciri-ciri Kriteria, sifat, bentuk

Kekangan Masalah, halangan, rintangan, aral

Keburukan Kelemahan, kepincangan, kekurangan

Sumbangan Jasa, bakti





SOALAN RUMUSAN

BAHAGIAN C : RUMUSAN
( 30 markah)

Bahan 1 - Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang di sertakan di bawah.
kemudian buat satu rumusan panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

BAHaGIAN C : RUMUSAN
( 30 MARKAH)

• Baca arahan dengan teliti.
• Baca petikan dengan cara teknik bacaan CHATT
• Garisi isi-isi penting tersebut (guna pena warna berbeza)
• Kenal pasti idea utama (fokus utama) dan idea

sampingan(fokus sampingan)
• Analisis kata kunci
• Lengkapkan borang CHATT
• Menulis rumusan

Tip:

1. Murid menggaris isi-isi berdasarkan bahan.

2. Tinggalkan contoh tetapi mesti mengambil isi yang lengkap iaitu ayat isi
mempunyai subjek dan predikat.

3. Permulaan isi tersurat perlu diambil daripada kata kunci/fokus pertama, kedua
@ ketiga dalam bahan.

4. Elakkan permulaan isi tersurat dengan perkataan antaranya....

RUMUSAN

• SOALAN

Bahan 2 – Grafik

Bahan 1 - Petikan
Fokus utama ( punca kenakalan remaja )

1. pergaulan rakan sebaya.
2. desakan hidup untuk memperoleh wang dengan cepat.
3. media massa memaparkan filem yang mengandungi gejala tidak
sihat
4. Teknologi di hujung jari mudah diperoleh
5. permainan video berkomputer yang melibatkan perlumbaan
kereta dan motosikal /peperangan /perlawanan fizikal
6. novel cinta dan bahan bacaan yang mengetengahkan isu kegiatan
seks luar nikah dan perhubungan sumbang
7. kurangnya didikan agama dan bimbingan ibu bapa terhadap
remaja

Bahan 1 - Petikan
Fokus sampingan ( cara mengatasinya )

1. Kempen AADK mampu mendidik masyarakat
supaya berganding bahu menangani masalah
penyalahgunaan dadah.
2. Ibu bapa wajar memantau kehidupan anak-anak.
3. Ibu bapa perlulah memberi didikan agama
secukupnya

Bahan 2 – Grafik
Fokus utama ( cara mengatasi )

1. Bijak memilih rakan/ jangan mudah terpengaruh
2.Katakan tidak kepada perkara yang negatif
3.Dekati ibu bapa/ guru/orang dewasa yang dapat
membantu
4. Berjumpa kaunselor untuk berkongsi masalah
5. Mengikut ajaran agama dengan taat dan patuh
6. Tidak melakukan perkara yang melanggar undang-
undang

KESIMPULAN

tema/tajuk - (ambil daripada fokus)
Kata hubung pancangan ( agar / supaya )

Harapan daripada cadangan
Contoh:
Kesimpulannya, isu kenakalan remaja(tema/tajuk) ini
wajar diberi perhatian serius agar(kata hubung
pancangan) generasi muda pada hari ini dapat
menjadi pemimpin negara pada masa akan
datang(harapan).

Jawapan rumusan

Rumusan ini tentang punca-punca kenakalan remaja dan cara untuk
mengatasinya.

Punca kenakalan remaja ialah pergaulan rakan sebaya dan desakan hidup untuk
memperoleh wang dengan cepat. Selain itu, media massa memaparkan filem yang
mengandungi gejala tidak sihat. Seterusnya, teknologi di hujung jari merupakan salah
satu punca kenakalan remaja. Selanjutnya, permainan video berkomputer yang
melibatkan perlumbaan kereta dan motosikal juga menjadi punca kenakalan remaja.
Akhir sekali, punca kenakalan remaja ialah novel cinta dan bahan bacaan yang
mengetengahkan isu kegiatan seks luar nikah dan perhubungan sumbang.

Cara-cara untuk mengatasinya ialah remaja perlu bijak memilih rakan dan
jangan mudah terpengaruh dengan ajakan mereka. Selain itu, remaja perlu mengikut
ajaran agama dengan taat dan patuh.

Kesimpulannya, isu kenakalan remaja ini wajar diberi perhatian serius agar
generasi muda pada hari ini dapat menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.

Soalan 9

RUMUSAN [30 markah]
Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

Isi - 20 markah

Bahasa - 10 markah

Bahasa (10 markah)

Peringkat Markah Isi Markah Huraian Bahasa
Bahasa
Baik 18 – 20 * Kesinambungan isi baik
15 – 17 9 – 10 * Struktur ayat / tatabahasa
7–9
baik
* Kosa kata luas
* Tanda baca / ejaan betul

Sederhana 12 – 14 6–7 *Kesinambungan isi masih baik
8 – 11 4–6 *Struktur ayat / tatabahasa

masih baik
*Kosa kata masih memuaskan
*Tanda baca / ejaan juga

memuaskan

Lemah 1-7 1-4 *Pada keseluruhannya serba
kekurangan / tidak
memuaskan

SEKIAN
TERIMA KASIH

LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA


Click to View FlipBook Version