The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUHAIRAH ZAHIRAH BINTI MOSTAFA@SAMSUL IPG-Pelajar, 2024-03-26 02:12:49

EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN E-PORTFOLIO

E-PORTFOLIO

Keywords: PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN AKADEMIK: SEMESTER 2 / TAHUN 2 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM AMBILAN SEMESTER PISMP JUN 2021/2026 DUA NAMA PENSYARAH NAMA PELAJAR PN SITI AIDA BINTI SHARI ZUHAIRAH ZAHIRAH BINTI MOSTAFA @ SAMSUL NO ANGKA GILIRAN NO KAD PENGENALAN TARIKH PENGHANTARAN 2021152340311 020912120602 20 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah Catatan (jika ada) Tandatangan pelajar: Zuhairah Tarikh: 20 Mac 2024


KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN 2.1 Bertulis 2.2 Lisan 2.3 Pemerhatian 3.0 REFLEKSI 4.0 PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN


1.0 PENGENALAN


Pentaksiran merupakan antara bahagian yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan prestasi murid di sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa pecahan konsep asas yang menyokong pentaksiran antaranya ialah pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Pentaksiran merupakan bahagian yang mencakupi proses pengumpulan, penginterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai prestasi murid. Menurut Amir Shaukhi Ahmad et. al (2022), pentaksiran bertujuan untuk memastikan perkembangan pembelajaran seseorang murid dapat diukur secara konsisten. Dalam pada itu, pentaksiran bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan guru bertanggungjawab untuk mencari langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Pentaksiran Dalam Bilik (PBD) mempunyai matlamat dalam pendidikan antaranya ialah mengurangkan beban peperiksaan terhadap murid, mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan, membantu guru untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid secara lebih holistik serta mewujudkan kesamarataan peluang pendidikan kepada semua murid (Kalai Selvan Arumugham, 2020). Oleh hal yang demikian, murid-murid memperoleh pembelajaran yang bermakna kerana mereka mempunyai peluang yang lebih banyak untuk memperbaiki kelompongan dalam pembelajaran mereka. Selain itu, pentaksiran alternatif pula merupakan suatu bentuk pengukuran yang menghuraikan pelbagai alternatif dan dijadikan sebagai suatu “ujian standard” serta tidak tertakluk kepada pentaksiran konvensional yang hanya bergantung kepada pensil dan kertas (Nuru Akmar Said, 2020). Di samping itu, pentaksiran ini juga mencakupi pelbagai bentuk tugasan yang memerlukan murid untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam tugasan yang diberikan secara ’Real Life’. Pentaksiran ini juga membantu guru untuk menilai sejauh mana pemahaman murid serta menilai potensi murid-murid dari pelbagai aspek dan perspektif.


2.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN


2.1 Bertulis LAMPIRAN 1


Berdasarkan Lampiran 1 di atas, saya telah menganalisis instrumen bertulis iaitu soalan berbentuk objektif bagi subjek Sejarah tahun 4. Terdapat beberapa prinsip pentaksiran yang terkandung dalam instrumen ini antaranya ialah kesahan. Hal ini dapat dibuktikan melalui rajah-rajah yang digunakan bagi menguji pemahaman murid adalah berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah. Sebagai contoh, soalan 1 menggunakan pendekatan ayat rangsangan bagi menguji pemahaman murid mengenai tokoh sejarawan yang mempunyai pendapat terhadap makna Sejarah. Selain itu, terdapat ciri keobjektifan dalam instrumen yang dipilih. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana soalan berbentuk objektif ini hanya akan mewujudkan satu jawapan sahaja dan pemeriksa akan memberikan markah atas jawapan yang telah dipilih oleh murid. Menurut Lee Leh Hong et. al (2024), Keobjektifan yang tinggi hanya boleh dicapai melalui item objektif kerana mempunyai satu respons yang tepat dan mana-mana pemeriksa akan memberikan tetap memberikan skor yang sama. Di samping itu, terdapat prinsip kemudahtadbiran dalam instrumen ini antaranya ialah arahan soalan yang diberikan adalah jelas dan mudah untuk difahami oleh muridmurid. Dalam pada itu, instrumen ini juga menggunakan rangsangan bergambar yang diletakkan dalam muak surat yang sama dapat memudahkan murid untuk memahami kehendak soalan. Contohnya, soalan 3 yang melabel gambar dengan nama yang jelas bagi meyampaikan maklumat kepada murid mengenai kehendak soalan tersebut. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa item tersebut jelas untuk difahami oleh murid-murid tahun 4.


2.1 Lisan LAMPIRAN 2


Berdasarkan Lampiran 3, saya telah menganalisis pentaksiran secara lisan iaitu pembentangan projek bagi subjek Sejarah tahun 5. Terdapat beberapa prinsip pentaksiran yang terdapat dalam pembentangan tersebut antaranya ialah kesahan, kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran. Bagi aspek kesahan, guru dapat menilai murid melalui kesahan konstruk yang dibentangkan melalui persembahan murid di hadapan kelas. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana murid-murid dapat menyampaikan idea dan pemahaman mereka melalui pembentangan yang dilakukan. Pengetahuan yang mereka perolehi bukan sahaja dapat dinilai melalui pentaksiran bertulis malah juga dapat diuji dalam pelbagai bentuk. Menurut Lee Leh Hong et. al (2024), kesahan konstruk merujuk kepada proses untuk menentukan tahap suatu prestasi ujian boleh diinterpretasikan dalam bentuk satu atau lebih konstruk. Oleh hal yang demikian, pentaksiran secara lisan melalui pembentangan murid merupakan salah satu pentaksiran alternatif yang dapat dijalankan oleh guru untuk menilai sejauhmana pemahaman mereka terhadap pengetahuan yang dipelajari. Selain itu, pembentangan juga memiliki prinsip pentaksiran seperti kebolehpercayaan kerana guru dapat menilai pemahaman murid melalui kaedah lisan yang tidak hanya tertumpu kepada ujian kertas pensil bagi mengukur hasil pembelajaran mereka. Antara faktor yang menjadikan suatu pentaksiran tersebut memiliki prinsip kebolehpercayaan adalah jika sepanjang ujian dijalankan, guru dapat mengawasi murid tanpa memikirkan bahawa mereka akan meniru ataupun tidak (Nur Hidayah Lokman, 2021). Dalam pada itu, selain daripada melalukan ujian secara pensil dan kertas, guru juga dpat menjalankan pentaksiran lisan secara pembentangan ini bagi meningkatkan kebolehpercayaan terhadap hasil pembelajaran mereka. Guru juga memperolehi maklum balas yang tepat melalui jawapan dan hasil pembelajaran mereka. Maka dapat dibuktikan bahawa, kaedah pembentangan di bawah pentaksiran lisan ini membantu guru untuk menilai murid-murid dalam subjek Sejarah bagi tahun 5. Seterusnya, prinsip pentaksiran yang terdapat dalam pembentangan ini ialah kemudahtadbiran yang merangkumi arahan yang jelas kepada calon selain daripada memberikan masa yang secukupnya untuk mentadbir soalan bagi memperoleh keputusan yang yang sah dan boleh dipercayai (Lee Leh Hong et. al, (2024). Sebelum aktiviti pembentangan dijalankan, guru telah memberikan soalan yang jelas kepada murid agar mereka mencari bahan yang bersesuaian dan berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Sewaktu pembentangan pula, murid-murid berpeluang untuk membuat persembahan bersesuaian dengan tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Maka dapat dirumuskan bahawa kaedah pembentangan ini mengandungi prinsip kemudahtadbiran.


2.1 Pemerhatian LAMPIRAN 3


Berdasarkan Lampiran 5, saya telah menganalisis pentaksiran secara pemerhatian iaitu senarai semak bagi subjek Sejarah tahun 5. Terdapat beberapa prinsip pentaksiran yang terdapat dalam pembentangan tersebut antaranya ialah kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran. Prinsip kesahan yang terkandung dalam senarai semak ini ialah kesahan ramalan iaitu guru dapat membuat ramalan masa hadapan merujuk kepada skor suatu ujian. Jika diteliti secara lebih mendalam, seseorang guru dapat membuat interpretasi terhadap hasil dapatan mengenai sejauh mana pemahaman murid terhadap topik yang telah dipelajari. Sebagai contoh, hasil dapatan bagi murid bernama Aiman bin Zamani telah menunjukkan bahawa dia telah menguasai topik Insititusi Raja bagi Sejarah Tahun 5. Selain itu, prinsip kebolehpercayaan yang terkandung dalam senarai semak tersebut ialah pengetahuan murid yang dapat direkod dan boleh diuji oleh pemeriksa lain. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana kebolehpercayaan suatu ujian merujuk kepada ketekalan prestasi seseorang murid dalam ujian yang sama namun dijalankan dalam masa yang berlainan (Lee Leh Hong et. al, 2024). Oleh itu dapat dibuktikan bahawa pemeriksa lain dapat menjalankan ujian terhadap murid dengan menilai pengetahuan yang telah dinilai dalam senarai semak tersebut. Di samping itu, prinsip keobjektifan yang terkandung dalam senarai semak tersebut ialah keobjektifan penskoran iaitu seorang atau pemeriksa yang lain mampu mencapai keputusan yang sama berpandukan suatu item pada bila-bila masa. Melalui senarai semak tersebut, guru dapat mengukur pemahaman murid melalui kaedah pemerhatian terhadap hasil pembelajaran mereka. Sebagai contoh, senarai semak ini dapat digunakan oleh guru setelah menjalankan pentaksiran bertulis dan lisan mengenai topik yang ditetapkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, pemeriksa atau penyelia yang ingin menguji pemahaman murid boleh merujuk kepada senarai semak tersebut untuk memastikan ketekalan prestasi murid-murid. Akhir sekali, prinsip kemudahtafsiran yang bermaksud keputusan sesuatu ujian yang mudah ditafsirkan untuk penambahbaikan dan diambil tindakan susulan. Guru dapat menggunakan senarai semak tersebut bagi tujuan penambahbaikan kaedah dan strategi pengajaran yang lebih bermakna dan terancang. Dalam pada itu, kepentingan kemudahtafsiran kepada pihak guru ialah keputusan pentaksiran yang diinterpretasi dengan betul dapat menentukan pemilihan gaya pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid.


3.0 REFLEKSI


Secara rumusnya, pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bahan bukti dan membuat penilaian terhadap pengetahuan, kemahiran dan pemahaman pelajar dalam pendidikan (Sahrahil Mohd Nor & Zolkepeli Haron, 2023). Guru sememangnya memerlukan bahan bukti bagi tujuan memproses keperluan murid dalam pembelajaran. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana, pendidikan tidak akan maju sekiranya guru tidak mementingkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Selain itu, pentaksiran memiliki kepentingan untuk mengevaluasi kemajuan murid secara individu bagi membantu guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid. Asas kepada pedagogi yang berkesan ialah kesesuaian teknik dan kaedah pengajaran dengan kebolehan murid untuk menerima cara penyampaian guru tersebut. Guru juga sememangnya perlu menitikberatkan keperluan murid dalam pembelajaran seperti gaya pembelajaran iaitu audio, visual dan kinestetik. Di samping itu, pentaksiran juga bertujuan untuk memastikan pencapaian murid tidak hanya bergantung kepada pentaksiran pensil dan kertas sahaja namun bersifat menyeluruh terhadap perkembangan akademik, jasmani dan psikometrik mereka. Pendidikan terdahulu lebih berfokus kepada kaedah pentaksiran konvensional kerana ianya bersesuaian dengan peredaran zaman. Namun, kini pendidikan telah menjadi lebih meluas dan semakin moden dengan kewujudan teknologi. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran agar murid memperoleh pengetahuan tidak hanya daripada satu perspektif sahaja dan melahirkan pemikiran di luar kotak. Berdasarkan instrumen pentaksiran saya telah pilih, pentaksiran alternatif tersebut sangat berguna kepada guru dan murid dalam pendidikan. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana, pendidikan hendaklah bersifat kontemporari iaitu boleh berubah mengikut peredaran zaman bagi mengekalkan kerelevanan sistem pendidikan tersebut. Menurut Siti Norfatiha Nassir Hassan Palanivel et. al (2023), pentaksiran alternatif merupakan suatu bentuk penilaian yang melengkapi kesemua kekurangan yang terdapat dalam pentaksiran konvensional. Oleh itu, jelaslah bahawa pentaksiran alternatif yang digunakan dalam PBD di sekolah amat berguna kepada guru-guru dalam memperbaharui kaedah pengajaran agar murid-murid lebih bersemangat untuk belajar.


4.0 PENUTUP


Sistem pendidikan di negara Malaysia ini sememangnya mempunyai pelbagai keadah dan strategi yang dapat meningkatkan pencapaian murid dan pelajar dengan lebih menyeluruh. Dalam menilai pencapaian murid, guru perlu meneliti setiap langkah perkembangan dan pencapaian yang telah dikuasai oleh mereka. Melalui proses ini, guru dapat memperbaiki pendekatan dan memberi bimbingan serta sokongan kepada murid untuk mempertingkatkan potensi mereka sejak berada di bangku sekolah lagi. Pemahaman ini bukan hanya mengenai penilaian, tetapi juga tentang pemberian peluang kepada setiap individu untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan dalam hidup.


RUJUKAN


LAMPIRAN


LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2


LAMPIRAN 3


Click to View FlipBook Version