The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH PROTUNe EDISI PROTUNe MENJILIDKAN MAKLUMAN PELAKSANAAN PROTUNe DI SABAH.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazifahsaile, 2024-05-15 01:57:47

E-PROTUNe

MAJALAH PROTUNe EDISI PROTUNe MENJILIDKAN MAKLUMAN PELAKSANAAN PROTUNe DI SABAH.

Keywords: EDISI PROTUNe,MAGAZINE PROTUNe,PROTUNe SABAH,KONVENSYEN PROTUNe SABAH 2023

PR TUNe NEGERI SABAH PILOT PROJECT PROGRAM TUNAS NIAGA SETIAP TAHUN PROGRAM USAHAWAN MUDA 2023 EDISI PROTUNe


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN & KEUSAHAWANAN PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah Haizar Razif Hisyam bin Ajaz Nabizan Dalam bidang keusahawanan, kebolehsuaian amat diutamakan. Bersedia untuk beralih, berkembang dan menerima perubahan sebagai teman yang berterusan dalam perjalanan anda.


ISI Kandungan PELAJAR KE CEO MAKLUMAT PROGRAM PROTUNe SEJARAH SENARAI SEKOLAH LOGO SYARIKAT 7 9 13 8 11 16 Memperkasa Pelajar Melalui Keusahawanan Jumlah Jualan dan Untung Bersih (2011 - 2023) Selangkah ke Hadapan 34 PROTUNe Here's another teaser paragraph that varies in length 14 KURSUS TRAINING OF TRAINER 17 Memandu Guru - Guru Menyokong Usahawan Muda KURSUS PENGURUSAN SYARIKAT 18 Cekap dan Berkesan BENGKEL KEM KEUSAHAWANAN 21 Penghasilan Produk & Perkhidmatan BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN & PERSEMBAHAN 24


DATUK HAJI RAISIN BIN SAIDIN Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Murid-murid yang dikasihi, ingatlah bahawa kerjasama boleh menjadi asas kejayaan. Kelilingi diri anda dengan rangkaian sekutu dan mentor yang pelbagai, kerana mereka akan memperkayakan usaha keusahawanan anda.


DASAR Membentuk budaya dan memupuk nilai - nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Sabah Bahagian Pembangunan Usahawan Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman Menimbulkan minat keusahawanan sebagai kerjaya utama Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memulakan dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan melalui pengalaman daripada program ini PROTUNe OBJEKTIF


Kepada para pelatih usahawan, jangan sekali - kali melupakan kepentingan empati dalam perniagaan. Fahami keperluan pelanggan anda dengan mendalam, dan biarkan belas kasihan menjadi penggerak di sebalik inovasi anda. RUBBIN GURIBAH Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd


PELAJAR KE CEO: Memperkasa Pelajar Melalui Keusahawanan Bayangkan anda seorang pelajar sekolah menengah yang sudah mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Menarik bukan? Inilah yang ditawarkan oleh Program Tunas Niaga (PROTUNe). Program ini direka khas untuk membantu pelajar sekolah menengah di Malaysia membentuk budaya keusahawanan dan mengasah kemahiran perniagaan mereka. Menamam Benih Keusahawanan PROTUNe tidak hanya sekadar program tambahan di sekolah. Ia adalah langkah awal untuk membentuk minda usahawan dalam kalangan pelajar. Melalui modul - modul yang dirancang rapi, pelajar didorong untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka belajar mengenal pasti peluang perniagaan dalam kehidupan seharian dan bagaimana mengubah idea - idea ini menjadi realiti. Inilah yang menjadikan PROTUNe begitu unik dan berkesan. Pembelajaran Praktikal Salah satu kelebihan PROTUNe ialah pendekatan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar diberi peluang untuk menguruskan syarikat mini mereka sendiri. Dari merangka pelan perniagaan hingga mengurukan operasi harian, semua ini memberikan mereka gambaran sebenar tentang dunia keusahawanan. Ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran praktikal mereka, tetapi juga membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran. Bimbingan dan Sokongan Guru pembimbing memainkan peranan penting dalam kejayaan PROTUNe. Mereka memberikan nasihat bimbingan, dan sokongan moral kepada pelajar. Dengan adanya guru pembimbing, pelajar tidak berasa sendirian dalam perjalanan mereka. Mereka mempunyai seseorang untuk memberi panduan, inspirasi dan membantu dalam mengatasi sebarang halangan yang dihadapi. Menyalakan Minat Keusahawanan PROTUNe juga bertujuan untuk menimbulkan minat dalam keusahawanan sebagai pilihan kerjaya yang berdaya maju. Melalui pendedahan dan pengalaman praktikal, pelajar melihatnya sebagai cara untuk membuat perubahan, memberi impak positif kepada masyarakat, dan mencapai kepuasan peribadi. Dengan kelebihan ini, tidak hairanlah PROTUNe akan mampu melahirkan ramai usahawan muda yang bersemangat dan berpotensi. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi kokurikulum, tetapi juga membekalkan mereka dengan kemahiran praktikal dan minda usahawan yang akan mempersiapkan mereka kepada dunia perniagaan di masa hadapan. 6


34 Tahun Sejarah Jawatankuasa Majlis Konvensyen PROTUNe Peringkat Negeri Sabah 2024 PUM telah dijenamakan semula kepada Program Tunas Niaga (PROTUNe) pada tahun 2014. 1989 Dikenali sebagai Program Usahawan Muda dan dikendalikan oleh Unit Penyelerasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. 1990 Pengendaliannya berpindah kepada Kementerian Perusahaan Awam. 1995 Kementerian Perusahaan Awam telah diperkemas dari segi skop serta fungsinya dan ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn). 1997 PUM mula dilaksanakan di Sabah. Program ini merupakan salah satu usaha oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Perbadanan Ekonomi Negeri (PKEN) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memupuk budaya keusahawanan dari peringkat awal. 2004 Penyusunan semula kementerian dan KPUn yang telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). 2009 PUM diletakkan dibawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), MITI yang telah ditubuhkan selepas pembubaran MeCD. 2010 Program ini telah diselaraskan secara langsung oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). 2014 PUM telah dijenamakan semula kepada Program Tunas Niaga (PROTUNe). 8


0 200000 400000 600000 800000 1000000 1200000 1400000 2023 2022 2021 2020 2019 2018 2017 2016 2015 2014 2013 2012 2011 Program KeseluruhanSyarikat PROTUNe 2011 - 2023 RM 8,549,693 Maklumat Jumlah Jualan dan Untung Bersih 1996 hingga 2023 Jumlah pelajar yang telah mengikuti program ini sejak Penglibatan Setiap Tahun 40 buah Sekolah 150 orang Pelajar 23,850 Butik Pakaian - 1 Perunding Latihan - 1 Makanan & Minuman - 8 Jumlah bekas peserta PUM / PROTUNe yang berniaga 10 Pembentukan Syarikat PROTUNe 8 Ahli Pemegang Saham 5 Ahli Pengurusan Syarikat 2 Guru Pembimbing Jawatankuasa Kewangan RM 1,370,603 RM 864,389 RM 899,380 RM 997,589 RM 858,015 RM 783,357 RM 828,184 RM 496,673 RM 621,780 RM 401,945 RM 427,995


SEKOLAH 2023 SENARAI 1. SMK KINARUT 2. SMK ST MICHAEL PENAMPANG 3. SMK KOTA MARUDU 4. SMK BANDARAYA KOTA KINABALU 5. SMK TUN FUAD STEPEHEN KIULU 6. SMK TAMPARULI 7. SMK SEPAGAYA LAHAD DATU 8. SMK PENGIRAN OMAR II, SIPITANG 9. SMK BAHANG PENAMPANG 10. SMK PUTATAN 11. SMK PENGIRAN OMAR, SIPITANG 12. SMK AGASEH LAHAD DATU 13. SMK ELOPURA 14. SMK LOHAN RANAU 15. SMK TAMBUNAN 16. SMK LIKAS KOTA KINABALU 17. SMK SANDAKAN 18. SM ST FRANCIS XAVIER KENINGAU 19. SMK KUNDASANG 20. SMK TOH PUAN HAJAH RAHMAH KINARUT 21. SMK BELURAN 22. SMK PARIS 1 KINABATANGAN 23. SMK TAWAU 24. SMK MUHIBAH, SANDAKAN 25. SMK KUDAT 26. SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU 27. SMK KENINGAU, KENINGAU 28. SMK BENGKONGAN, KOTA MARUDU 29. SMK ABAKA, TAWAU 30. SMK MEMBAKUT 31. SMK BONGAWAN 32. SMK TANSAU, PUTATAN 33. SMK BENONI, PAPAR 34. SMK AGAMA TUN JUHAR, SANDAKAN 35. SMK SANZAC, KOTA KINABALU 36. SMK KUDAT II 37. SM AGAMA ISLAMIAH PAPAR 38. SMK ISLAMIAH TAWAU 39. SM ST PATRICK, TAWAU 40. SMK BALUNG, TAWAU


PRODUK KREATIF / INOVATIF


SYARIKAT PEMBIMBING LOGO


Selangkah Ke Hadapan PROTUNe: Dalam dunia pendidikan hari ini, konsep keusahawanan semakin mendapat perhatian sebagai satu cara untuk membina pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berdaya saing dalam dunia perniagaan. Program Tunas Niaga (PROTUNe) merupakan salah satu inisiatif yang dirangka untuk mencapai tujuan ini. Pihak JK Media & Teknikal berkesempatan menemubual Puan Norjahan Yaakub (NY), Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan yang juga merupakan urusetia bagi program ini. Sesi temubual ini adalah untuk memahami lebih lanjut mengenai program ini dan cabaran yang dihadapi serta langkah - langkah yang diambil untuk memastikan kejayaannya. Apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan konsep keusahawanan semasa menyertai PROTUNe? NY: Cabaran terbesar adalah kurangnya maklumat dan bimbingan dalam bidang keusahawan. Tanpa pengetahuan asas yang mencukupi, pelajar sering merasa keliru dan kurang yakin untuk memulakan langkah dalam bidang ini. Bagaimanakah penganjur program, pihak Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH), mengatasi kesukaran dalam memberikan bimbingan yang berkesan kepada pelajar dengan latar belakang dan tahap pemahaman yang berbeza? NY: Pihak kami mengatasi kesukaran ini melalui penganjuran Bengkel Training of Trainers (TOT) untuk guru pembimbing dan Bengkel Pengurusan Syarikat untuk murid. Bengkel TOT bertujuan untuk melengkapkan guru dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing pelajar mereka. Sementara itu, Bengkel Pengurusan Syarikat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari


dan mengaplikasikan konsep - konsep penting dalam keusahawanan secara langsung. Apakah jenis sokongan tambahan yang disediakan oleh penganjur untuk memastikan kejayaan pelaksanaan syarikat mini pelajar dalam PROTUNe? NY: Selain daripada bimbingan melalui bengkel, kami juga menyediakan kiosk di setiap sekolah di bawah PROTUNe. Kiosk ini memudahkan pelajar menjalankan aktiviti keusahawanan mereka. Ia berfungsi sebagai pusat operasi di mana pelajar boleh merancang, mengurus, dan menjalankan perniagaan mini mereka dengan lebih efektif Bagaimana pula dengan isu kekangan masa di mana pelajar perlu mengimbangi antara akademik dan aktiviti keusahawanan dalam PROTUNe? Apakah langkah yang telah diambil oleh urusetia program untuk menangani isu ini? NY: Pihak kami percaya bahawa kerjasama yang baik dari pihak sekolah adalah kunci untuk memastikan pelaksanaan program ini tidak mengganggu pencapaian akademik pelajar. Melalui sokongan daripada pihak pentadbiran, pelajar dapat menyusun jadual mereka dengan lebih baik, membolehkan mereka memberi perhatian yang seimbang dalam bidang akademik & kokurikulum. Untuk mengakhiri sesi temuduga ini, bolehkah puan sebagai pihak urusetia, menyatakkan harapan terhadap program PROTUNe ini pada masa hadapan? NY: Secara peribadi dan sebagai pihak urusetia, harapan kami adalah untuk melihat lebih ramai pelajar berjaya dalam bidang keusahawanan, bukan sahaja semasa di sekolah tetapi juga selepas mereka tamat belajar. Hal ini kerana, kami percaya bahawa PROTUNe dapat membina asas yang kukuh untuk mereka berkembang dalam bidang perniagaan. Penerangan yang komprehensif ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa melalui langkah - langkah proaktif dan sokongan yang berterusan, program ini selangkah ke hadapan dalam membentuk generasi usahawan muda yang berpotensi besar.


PRODUK KREATIF / INOVATIF


Guru - guru pembimbing daripada 40 buah sekolah. Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) percaya bahawa, melalui pelaksanaan yang berkesan, program PROTUNe akan dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan seterusnya melahirkan usahawan muda yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi. KURSUS TOT Memandu Guru - Guru Menyokong Usahawan Muda Guru - guru bertindak sebagai mentor untuk program PROTUNe Kursus Train of Trainer (TOT) bertujuan untuk menyediakan guru untuk menjadi mentor yang berdaya saing dalam membimbing program PROTUNe. Melalui latihan ini, guru akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aspek penting seperti garis panduan pelaksanaan program, tanggungjawab syarikat, dan bimbingan keusahawanan kepada setiap pelajar yang terlibat. Kursus ini dijadualkan secara dalam talian selama 3 hari, dengan pelaksanaan sebanyak 3 kali mengikut Zon. Kursus ini juga akan memberi peluang kepada guru mempelajari strategi praktikal dalam menyokong pembangunan usahawan muda negara. Dengan kursus ini, guru diharapkan dapat memberi bimbingan yang berkualiti kepada para pelajar dalam menerapkan nilai keusahawanan dan membantu mereka memperoleh kemahiran yang relevan dengan keperluan pasaran kerja masa hadapan.


Kursus Pengurusan Syarikat Cekap dan Berkesan Keusahawanan semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelajar sebagai pilihan kerjaya yang menarik dan berpotensi. Dalam konteks ini, pengurusan syarikat menjadi satu bidang penting yang perlu difahami oleh pelajar bagi membolehkan mereka mengurus perniagaan dengan berkesan sepanjang tempoh program. Oleh itu, Kursus Pengurusan Syarikat dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pelajar peluang untuk mempelajari dan mempraktikkan konsep - konsep keusahawanan dalam konteks sekolah. Dalam kursus ini, pelajar akan diperkenalkan kepada modus operandi PROTUNe di Sekolah serta diberikan tip untuk membina syarikat PROTUNe secara berkesan. Selain itu, mereka juga diajar untuk menggunakan Business Model Canvas (BMC) sebagai alat untuk merancang perniagaan. Penggunaan BMC akan membantu para pelajar memahami konsep pemasaran dan strategi yang berkesan dalam memajukan perniagaan mereka. Dengan gabungan sesi pengajaran, perbincangan, dan bengkel, kursus ini memastikan penyertaan aktif peserta untuk pemahaman yang lebih baik. Kursus Pengurusan Syarikat ini dirangka selama 3 hari 2 malam, dengan pelaksanaan sebanyak 3 kali mengikut zom. Diharapkan selepas tamat kursus, pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran diperoleh untuk membina dan menguruskan perniagaan mereka dengan cekap dan berkesan. pengurusan syarikat menjadi satu bidang penting yang perlu difahami oleh pelajar


PRODUK KREATIF / INOVATIF


Bengkel Kem Keusahawanan: Penghasilan Produk & Perkhidmatan Bengkel Kem Keusahawanan ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan praktikal dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan. Dalam kursus ini, mereka akan dibimbing langkah demi langkah dalam membuat perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan perniagaan. Dalam dunia keusahawanan, mindset yang betul merupakan kunci kejayaan. Oleh itu, penyertaan sesi motivasi tentang mindset usahawan akan membina asas yang kukuh dalam diri para pelajar untuk menangani cabaran dalam perniagaan mereka. Para pelajar yang terlibat akan dibimbing dalam membangunkan produk & perkhidmatan oleh syarikat masing - masing. Ini termasuk juga dengan bimbingan hands-on kepada strategi pemasaran dan jualan yang berkesan. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan kepada pengurusan operasi dan kewangan syarikat. Dalam tempoh 3 hari 2 malam, [eserta akan mendapat panduan dari mentor terbaik, termasuk ChatGPT Opem AI untuk membantu mereka memahami konsep - konsep keusahawanan secara mendalam, serta panduan praktikal dari pakar Shopee untuk pemula.


PRODUK KREATIF / INOVATIF


Bengkel Penyediaan Laporan & Persembahan Pengurusan perniagaan yang efisien: Penghasilan laporan dan pengurusan pembubaran Langkah - Langkah Penting dalam Pengurusan Syarikat Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang penyediaan laporan syarikat serta proses pembubaran syarikat. Pengetahuan dalam bidang ini penting bagi menguruskan syarikat dengan cekap dan berkesan Kandungan yang Praktikal Peserta akan diperkenalkan kepada proses pembubaran syarikat PROTUNe dan langkah - langkah selepas pembubaran. Mereka juga diajar cara pemarkahan dan penyediaan laporan syarikat secara terperinci Latihan Amali dan Simulasi Bengkel ini tidak hanya memberi teori, tetapi juga melibatkan latihan amali dalam penyediaan laporan tahunan syarikat. Peserta juga akan menjalani simulasi persembahan syarikat daripada sekolah - sekolah terpilih untuk memperoleh pengalaman praktikal. Peserta akan meningkatkan pemahaman mereka tentang pentingnya penyediaan laporan syarikat dan proses pembubaran syarikat dalam pengurusan perniagaan.


Jawatankuasa Pendaftaran Jawatankuasa MajlisPerasmian&Penutupan www.reallygreatsite.com


Nor Jahan Yaakub Rajak A Baruddin JK KEWANGAN & TAJAAN DK Elymanizan Pg Masri Masni Majid Hafezah Sidin Fatimah Jumat Munira Yaakub Mohd Asyraf Syafiq Yunus Fatin Syahirah Mohammed Fauzi JK JEMPUTAN & PENDAFTARAN Suhaili Wahap Karitini Yusop Jacquilenn Zaldi Efyeana Stasia Bare G. Mohd Nizamuddin bin Noding JK MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN Malizah Oldy Jacquilenn Zaldi Faezah Mohd Sylvester Azriatie Valerie Abd Aziz Ahmad Fahmi Nazrin Dalimi Nurana Anis Zulaikyah Ag Salleh Sedcovest Holdings Sdn Bhd Perkasa Realty Sdn Bhd Sabah Urban Development Sdn Bhd Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Hotel 7 Suria, Suria Sabah PENGERUSI Abd Rahim Md Zain URUSETIA PROTUNE NEGERI SABAH MAJLIS KONVENSYEN JK MEDIA & TEKNIKAL Cannisius E. Gon Hadizuan Siasi Noerpayani Sakki Hafizan Elias Kanali Efyeana Stasia Bare G. Muhammad Shariffudin Yaakub JK PENILAIAN & PENGHAKIMAN Jawatankuasa Media & Teknikal


ALL ABOUT PROTUNE ALL YEAR ROUND


Click to View FlipBook Version