The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPENEN PBS TINGKATAN 3- PSIKOMETRIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabilah, 2021-07-01 22:31:25

PSIKOMETRIK TINGKATAN 3

KOMPENEN PBS TINGKATAN 3- PSIKOMETRIK

Pentaksiran Psikometrik

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



SURAT PUNCA KUASA 2021





PELAKSANAAN PPSI TINGKATAN 3 SMK ENGKU HUSAIN

IVENTORI TARIKH KAEDAH PERLAKSANAAN

INVENTORI MINAT 8 HINGGA 9 APRIL 2021 DILAKSANAKAN SECARA
KERJAYA (IMK ) BERSEMUKA

INVENTORI KECERGASAN AKAN DIBERITAHU AKAN DIMAKLUMKAN
KEMUDIAN
PELBAGAI (IKP) KEMUDIAN KERANA

MENUNGGU SOALAN

YANG AKAN DI MUAT

TURUN OLEH PIHAK

LEMBAGA PEPERIKSAAN

MALAYSIA

Konsep

Konsep

Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang
digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat
personaliti dengan tujuan;

❖ Untuk mengukur aptitud, tret (trait) personaliti dan
kecenderungan minat kerjaya murid.

❖ Untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran dan
pencapaian murid .

Instrumen pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan
pengajaran-pembelajaran.

Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang
diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran.

Komponen

Aptitud Aptitud Am Kecenderungan
Aptitud Khusus Minat Kerjaya
Inventori
Personaliti Penyelesaian
Masalah

Pentaksiran
Psikometrik

Komponen dan konstruk

Aptitud Aptitud 1 Verbal Linguistik
Am Khusus 2 Visual
3 Logikal Matematik
(A) 4 Muzik
1 Kemahiran berfikir 5 Naturalis
2 Kemahiran 6 Kinestatik
7 Interpersonal
menyelesaikan 8 Intrapersonal
masalah 9 Existential

(B)
3 Kecenderungan

Minat Kerjaya

INVENTORI
KECERGASAN
PELBAGAI (IKP)





Konstruk Aptitud Khusus

1. Verbal Linguistik (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu
menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons
dalam pelbagai bentuk set komunikasi.

2. Visual – Spatial (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu
mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.

3. Logikal- Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu
menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat
penyelesaian secara logikal.

4. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai,
menghayati dan menggubah muzik.

5. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu
mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

Konstruk Aptitud Khusus

6. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang
individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

7. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan
seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan
bekerjasama dengan orang lain.

8. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan
seseorang individu memahami kendiri dengan menilai
kekuatan, kelemahan.

9. Existential (Kewujudan): peka dan berkebolehan
membincangkan hal–hal kewujudan seperti mencari makna
dalam kehidupan.

INVENTORI
MINAT

KERJAYA(IMK)



Inventori Minat dan Kerjaya

Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973,
1985, 1996) mengutarakan empat andaian
asas yang menjadi nadi dan teras kepada
teori ini

Holland- Andaian 1

TERDAPAT Realistik
6 JENIS PERSONALITI Investigatif

Artistik
Sosial
Enterprising
Konvensional

Holland- Andaian 2

❖Terdapat enam jenis persekitaran
pekerjaan yang menyokong personaliti
individu dan di dominasi oleh jenis
personaliti tertentu iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Konvensional (K).

❖Ringkasan bagi enam jenis persekitaran
pekerjaan ini ialah RIASEK.

Holland- Andaian 3

❖ Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan
yang selaras dengan personaliti yang membolehkan
mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta
melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha
menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang
wujud dalam persekitaran tersebut.

❖ Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas
sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam
persekitaran kerja yang selaras dengan
personalitinya. Misalnya, individu yang mempunyai
personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat
bekerja dalam persekitaran realistik juga.

Holland- Andaian 4

❖ Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan
melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-
kriteria persekitarannya.

❖ Apabila kita mengetahui tentang pola personaliti
dan persekitaran, secara tidak langsung kita akan
dapat meramalkan pemilihan kerjaya, pencapaian
kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku
pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

Definisi Operasional: Realistik

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

1. Realistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran

(Membuat) praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek,
peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai

kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,

lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek

praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka

bekerja di luar bangunan.

Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator,
pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi,
pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba
dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin,
mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.

Tret Personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka
menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur,
natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan
berprinsip.

Definisi Operasional: Investigatif

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

2. Investigatif Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan
(Memikir) mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian,
mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis,
menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan
matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan
intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi,
psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani,
ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli
kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi,
profesor, guru sains dan matematik.

Tret Personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual,
introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.

Definisi Operasional: Artistik

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

3. Artistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi

(Mencipta) yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif,
inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang

kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang.

Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil

seni kreatif.

Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis,
pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis,
wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen,
juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.

Tret Personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika,
emosional, introspektif, reflektif, tulin, bebas, sensitif dan
idealistik.

Definisi Operasional: Sosial

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

4. Sosial Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,

(Menolong) kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan
membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai

kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang

lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi

perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja
sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu,
pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari/
pramugara dan pemandu pelancong.

Tret Personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama,
mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Definisi Operasional: Enterprising

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

5. Enterprising Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan

pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya

(Memujuk) suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan

mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea.
Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator,
eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran,
pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel,
pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen
pelancongan.

Tret Personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian,
bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi,
kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri,
optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi,
berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak
berkomunikasi.

Definisi Operasional: Konvensional

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

6. Konvensional Persekitaran pekerjaan yang melibatkan kerja
(Mengurus) berstruktur, teratur, melibatkan data, nombor,
dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja
secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan
kira-kira, guru perdagangan/ guru perakaunan,
akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai
cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit,
juruwang dan pegawai perangkaan.

Tret Personaliti: berstruktur tinggi, teliti, teratur,
daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan
dan rutin, menurut perintah, cermat dan cekap
mengemaskini.

SEKIAN TERIMA
KASIH

UBK SEMUHSIN


Click to View FlipBook Version