PENGAJIAN KURIKULUM
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
MUHAMMAD IZZAT BIN RAZAK | PAKK 2
Pendidikan adalah tonggak keberhasilan kemajuan sebuah negara, sama
ada dalam ekonomi, sosial, moral atau pembangunan infrastruktur dan
fizikal. Komponen pendidikan yang paling asas dalam menentukan
keberjayaan menghasilkan sumber manusia dan masyarakat yang
dikehendaki oleh sesebuah negara ialah kurikulum.
Pada awal usia, kanak-kanak perlu diberi asuhan dan didikan untuk
mengembangkan kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan anak usia
dini untuk berkembang ke tahap penguasaan pengetahuan dan
kemahiran yang lebih tinggi. Dengan itu mereka lebih bersedia untuk
memasuki alam persekolahan
Sehingga ke hari ini, kesedaran terhadap peri pentingnya pendidikan
awal kanak-kanak dilihat semakin baik dan banyak negara telah
berusaha menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik
kepada semua rakyat mereka. Apa yang penting adalah penyediaan
program pendidikan awal kanak-kanak hendaklah tidak lari daripada
prinsip dan konsep pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri, tanpa
acuan yang betul, adalah dikhuatiri pendidikan awal kanak-kanak dalam
satu-satu negara itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak
memberikan apa-apa makna kepada pembangunan dan pembentukan
insan.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia umumnya terbahagi kepada dua
peringkat iaitu peringkat TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak) untuk
kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun yang menggunapakai Kurikulum
PERMATA dan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak yang berusia 4-6
tahun yang menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Pendidikan Prasekolah adalah termasuk dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996 dalam Mohd Ismail Othman, 2008). Maka
dengan itu, Sistem Pendidikan Prasekolah di Malaysia didasari oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan seiring dengan pendidikan pada tahap yang lain.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Program Asuhan dan Didikan awal kanak-kanak di Malaysia menggunakan
Kurikulum Permata. Kurikulum ini dibangunkan untuk merealisasikan misi
nasional yang membangunkan modal insan yang mempunyai minda kelas
pertama. Maka dengan itu, program Permata ini menjadikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara sebagai asas kepada
pembangunan kurikulum iaitu melahirkan insan yang berkembang secara
holistik dan seimbang.
“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan ialah dasar yang
komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua
kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada
pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini
adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan
sedia ada.”
MATLAMAT
“Matlamat kurikulum Permata Negara ialah untuk menyediakan program
asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur
kosong hingga empat tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang
kepada kanak-kanak untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti, untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai
sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi,
menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup
sihat.”
OBJEKTIF
Membina emosi dan melatih urus diri
Membina kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak
Mengembangkan kemahiran kemahiran komunikasi
Mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat
Membina kemahiran fizikal
Membina kemahiran awal matematik
Menggalakkan penerekoaan persekitaran
Membina hubungan dengan ibubapa dan komuniti
Sejajar dengan perintah-perintah tersebut, Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (KPK) telah digubal pada tahun 2003 dan seterusnya
mengalami perubahan lima tahun berikutnya menjadi Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang wajib digunakan di semua tadika dan
prasekolah kerajaan dan juga swasta (Rosmah Abd Ghani & Mariani Md Nor,
2017). Kurikulum ini menjunjung aspirasi pendidikan Kebangsaan yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
melahirkan insan yang holistik dan seimbang daripada aspek Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial.
MATLAMAT
Memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan
menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif
dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar
mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran
seterusnya
OBJEKTIF
Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam
Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia
Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri
Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan
menjaga keselamatan diri
Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) juga termasuk dalam Sistem Pendidikan
Nasional di Indonesia (Asep Saepudin, 2013). Pendidikan di Indonesia adalah
satu usaha yang bertujuan untuk menjadikan persekitaran yang
meransang perkembangan secara optimum individu yang dibawa sejak
lahir. Sehubungan dengan itu, pendidikan anak usia dini di Indonesia
bermula daripada 0 tahun sehingga 6 tahun
TUJUAN PENDIDIKAN
“Terwujudnya sistem pendidikan sebagai pranata sosial yang kuat dan
berwibawa untuk memberdayakan semua warga Negara Indonesia
berkembang menjadi manusia yang berkualitas sehingga mampu dan
proaktif menjawab tantangan zaman yang selalu berubah.”
PAUD di Indoensia ialah satu usaha pembinaan yang diberikan kepada
anak sejak lahir sehingga usia 6 tahun yang dilakukan melalui
pemberian rangsangan pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan
perkembangan jasmani dan rohani agar anak memiliki persiapan
memasuki pendidikan lebih lanjut
PAUD di Indonesia adalah mengembangkan potensi anak secara menyeluruh
yang meliputi aspek kognitif, bahasa, sosial, moral, emosi, keperibadian
serta motorik. Secara umumnya, tujuan PAUD adalah membentuk anak
Indonesia yang berkualiti, berkembang dan bersedia untuk kehidupan
mendatang; membantu kanak-kanak bersedia untuk belajar secara formal;
Intervensi awal sehingga mampu mencungkil potensi tersembunyi; dan
pengesanan awal mengenai perkembangan dan potensi kanak-kanak PAUD
di Indonesia menetapkan satu hala tuju jelas iaitu ingin membangun
rakyat Indonesia yang berilmu, memahami prinsip pancasila, beridentiti
nasional seterusnya mampan untuk mendepani cabaran zaman yang kian
berubah. Atas dasar inilah Pihak Pemerintah Indonesia memandang serius
akan PAUD sehingga meletakkannya dalam Sistem Pendidikan Nasional dan
sentiasa berusaha menambahbaik sistem PAUD.
SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MALAYSIA INDONESIA
PERSAMAAN
PERBEZAAN
FOKUS
Pendidikan Awal kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia mempunyai
persamaan dalam usia kanak-kanak yang difokuskan iaitu 0-6 tahun. Pihak
Kerajaan Malaysia dan juga Pemerintah Indonesia sama-sama memandang
serius terhadap Asuhan dan Didikan pada peringkat awal sehingga tertakluk
dalam Akta Pendidikan 1996 di Malaysia dan Undang-Undang Republik
Indonesia No 20 Tahun 2003. Maka dengan itu, secara rasminya Malaysia
dan Indonesia telah meletakkan Pendidikan Awal dalam Sistem Pendidikan
Negara masing-masing.
MATLAMAT
Sememangnya pendidikanlah wadah yang paling efektif dalam membangun
potensi insan dan harus bermula dari peringkat awal dan
berkesinambungan hingga ke peringkat yang tinggi. Pendidikan Prasekolah
di Malaysia dijalankan secara tidak formal dan tujuan utama ialah
memperkembang potensi kanak-kanak selain untuk mempersiap kanak-
kanak untuk ke alam persekolahan yang formal. Begitu juga dengan di
Indonesia, PAUD adalah satu latihan bagi mempersiap kanak-kanak untuk
melangkah ke sekolah dasar. Oleh yang demikian, pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah Malaysia dan Indonesia menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain untuk menyampai kandungan
kurikulum kepada kanak-kanak.
PENDEKATAN
Jika dilihat kurikulum PERMATA dan PAUD mempunyai persemaan iaitu
melalui pendekatan BELAJAR MELALUI BERMAIN. PAUD menyatakan belajar
melalui bermain merupakan proses membangun pengalaman bersifat aktif.
Kanak-kanak terlibat langsung dalam kegiatan bermain yang
menyenangkan. Selama bermain mereka menggunakan idea-idea baru
mereka, belajar mengambil keputusan, dan memecahkan masalah
sederhana.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Prinsip kurikulum di Malaysia dan Indonesia iaitu PAUD mempunyai prinsip
yang sama iaitu persekitaran pembelajaran hendaklah ceria, mesra,
mengupayakan dan merangsangkan, dalaman dan luaran yang selamat
kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, PAUD yang meletakkan syarat sama
seperti kurikulum PAKK di Malaysia iaitu antaranya ruang belajar yang
terdiri dari ruang dalam dan ruang luar yang dapat digunakan untuk
melakukan aktiviti belajar dan bermain.Selain itu, ruangan bermain
diharapkan menghadap kearah datangnya cahaya dan udara segar sehingga
ruangan mendapatkan cahaya yang cukup dan menimbulkan rasa selesa.
Warna dinding ruang bermain sebaiknya berwarna cerah dan lembut
Warna-warna tersebut memiliki mestilah tenang dan dapat mempengaruhi
emosi anak
PERBEZAAN BIDANG PERKEMBANGAN
KURIKULUM PAUD
Kurikulum PAUD menekankan enam bidang perkembangan iaitu
nilai, agama dan moral
fisik-motorik
kognitif
Bahasa
Sosial-emosi
Seni
Perkembangan kanak-kanak dihuraikan dalam Kompetensi Inti yang
meliputi tiga domain pembelajaran iaitu sikap, pengetahuan dan
ketrampilan manakala Kompetensi Dasar pula merujuk kepada kemampuan
kanak-kanak belajar mengikut tema dan subtema yang dipelajari.
PERBEZAAN BIDANG PERKEMBANGAN
KURIKULUM PAUD
PERBEZAAN BIDANG PERKEMBANGAN
KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA pula terbahagi kepada dua komponen iaitu PENGASUHAN
dan PEMBELAJARAN. Terdapat enam bidang perkembangan ditekankan iaitu
Perkembangan sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi awal
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran logik
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Komponen pengasuhan menekankan kepada aspek penjagaan dan asuhan
dilaksanakan dalam aktiviti rutin di Taska/Pusat PERMATA, dan komponen
pembelajaran adalah aktiviti belajar yang dilaksanakan setiap hari bersama
kanak-kanak
PERBEZAAN BIDANG PERKEMBANGAN
KURIKULUM PERMATA
PERBEZAAN BIDANG PERKEMBANGAN
KURIKULUM PERMATA
PERBEZAAN PROSES PEMBANGUNAN
Kurikulum di Malaysia iaitu pasukan penyelidik daripada pakar daripada
Universiti tempatan akan membina dan kemudiannya diperhalusi oleh oleh
stakeholder dalam bidang ini dan juga melibatkan kumpulan profesional
seperti pakar pediatrik, pakar psikitarik, kaunselor, pegawai kerajaan
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM), NGO dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak.
Kurikulum PAUD dibangunkan dari “atas ke bawah” atau dikenali sebagai
sentralisasi manakala Kurikulum di Malaysia contohnya Kurikulum Permata
pula dibangunkan dari “bawah ke atas” atau desentralisasi (Yetty Rahelly &
Aminah Ayob, 2016). Kurikulum PAUD dibina oleh dua pasukan yang berbeza
iaitu tim sentral dan tim Satuan PAUD
PERBEZAAN PENGGUBALAN
Kurikulum PERMATA Negara digubal mengikut konsep amalan bersesuaian
perkembangan, menekankan kemahiran abad ke-21, sosiobudaya rakyat
Malaysia dan perkembangan dunia teknologi digital. Perkembangan kanak-
kanak diukur berdasarkan "milestones" standart antarabangsa yang
disesuaikan untuk kanak-kanak di Malaysia.
Kurikulum PAUD digubal berteraskan Standar Nasional Pendidikan yang
dijelaskan dalam bentuk kompetensi inti dan kompetensi dasar
Dalam kamus besar bahasa Indonesia (KBBI Online), Prototype merupakan
model pertama yang dijadikan contoh. Perilaku juga dapat disebut sebagai
contoh standard. Namun jika kita melihat asal kata, prototype adalah kata
bahasa Inggeris untuk pinjaman, iaitu prototype. Kurikulum Prototipe 2022
ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk rehabilitasi pendidikan pada
2022-2024. Dasar Kurikulum Nasional akan ditinjau kembali pada tahun
2024 berdasarkan penilaian yang dilakukan selama masa pemulihan.
Kurikulum prototype mendorong pembelajaran sesuai dengan kemampuan
siswa, dan memberikan ruang tambahan untuk pengembangan perilaku dan
keterampilan dasar.
KENAPA WUJUDNYA KURIKULUM PROTOTYPE?
BSKAP, Anindito Aditomo mengatakan bahawa kita mengalami krisis belajar
(learning crisis) sejak cukup lama. Studi-studi nasional mahupun
international menunjukkan bahwa banyak siswa kita yang tidak mampu
memahami bacaan sederhana atau menerapkan konsep asas matematik.
PRINSIP
Bukan kandungan, berasaskan Kompetensi
Orientasi holistik
Ruang untuk kontekstualisasi Pembelajaran di peringkat unit pendidikan
PENDIDIKAN ANAK USIA DINI (PAUD)
Aktiviti bermain sebagai proses pembelajaran utama.
Memantapkan pra literasi dan pembinaan sahsiah melalui aktiviti
belajar-bermain berdasarkan buku bacaan kanak-kanak.
Peringkat asas untuk meningkatkan kesediaan sekolah.
Bagi mengukuhkan profil pelajar Pancasila, pengajaran berasaskan
projek disediakan melalui perayaan dan perayaan tempatan.
MANFAAT
Guru tidak mengejar matlamat pembelajaran yang kukuh
Guru memberi tumpuan kepada keperluan dan bahan yang diperlukan untuk
mengukuhkan tingkah laku pelajar, dan kaedah pembelajaran yang lebih
baik.
Diberi peluang untuk meneroka potensi pelajar melalui pelbagai peluang
pembelajaran, suasana pembelajaran lebih menyenangkan guru dan pelajar
serta guru.
Menggalakkan pembelajaran mengikut kebolehan pelajar, dan menyediakan
ruang tambahan untuk perkembangan tingkah laku dan kemahiran asas.
Guru dan pelajar yang tidak merasa terbeban. Melengkapkan kurikulum
kecemasan adalah lebih teratur dan mudah dengan kurikulum prototaip ini.
Secara umumnya kurikulum PAUD dan PERMATA Negara mempunyai
matlamat yang hampir sama iaitu memperkembang potensi kanak-kanak
0-6 tahun secara holistik, seimbang dan bersepadu selain melahirkan
warganegara yang berilmu, berkarakter dan berdaya saing.
Membandingkan kurikulum antara negara dalam rangka menambah baik
kurikulum sedia ada dan melengkapi antara satu sama lain. Maka dengan
itu, Indonesia dan Malaysia yang merupakan negara serumpun dan kini
dalam proses memperkuat sistem pendidikan awal kanak-kanak harus
mengambil kira kajian perbandingan antara negara dan berkongsi kekuatan
serta amalan-amalan terbaik agar sama-sama dapat merealisasikan
aspirasi pendidikan bersama-sama