The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DHARMARAJ KRISHNAN, 2020-10-21 11:03:04

Angan-angan Mat Jenin

Angan-angan Mat Jenin

Angan-angan Mat
Jenin

Pada Zaman dahulu ,disebuah kampung
terdapat seorang pemuda bernama Mat
Jenin.Dia sangat dikenali diseluruh kampung
kerana suka berangan-angan.Mat Jenin
merupakan seorang pemuda yang pemalas
tetapi selalu berangan untuk menjadi kaya
raya.Dia menghabiskan hari-harinya hanya
dengan berangan-angan.

Pada suatu hari,Ketua kampung yang
bernama Pak Mat ingin memetik kelapa
namun pokok kelapanya terlalu tinggi.0leh
itu,dia ingin meminta pertolongan Mat Jenin.

"Panjang umur kau Mat.Aku baru mahu ke
rumah kau.",kata Pak Mat dengan
gembiranya apabila melihat Mat Jenin
berjalan sambil bercakap-cakap sendiri
dihadapan rumahnya.Mat Jenin
menghentikan langkahnya.

Pak Mat mengatur langkah menghampiri

Mat Jenin.
"Ada apa Tok??.,"soal Mat Jenin

apabilaPak mat sudah berdiri
dihadapannya.Ketua Kampung itu
mengukirkan senyuman.Bahu Mat Jenin
ditepuk-tepuk perlahan.

"Kau tolong aku petik kelapa kat belakang
rumah tu.Nanti aku berikan daging kambing
sebagai balasannya.",Kata Pak Mat sambil
menunjukkan pokok kelapa yang tinggi
melangit dibelakang rumahnya.Mat Jenin
tersenyum.Dia sudah lama tidak merasa
daging kambing.

Mat Jenin membetulkan
kopiahnya.Senyumannya makin lebar
membayangkan daging kambing yang
dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar tadi.

"Baik Pak Mat.Saya akan petik sekarang
juga.",kata Mat Jenin lalu meminta diri untuk
memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.

"Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu
pula.Bahaya.",pesan Pak Mat sebelum
bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang
rumah.

Sebaik sahaja sampai dibelakang
rumah,Mat Jenin terus memanjat kelapa itu
dengan penuh semangat.Demi daging
kambing yang dijanjikan.Sampai sahaja
diatas,dia terus memetik buah kelapa satu
persatu.Dalam kekhusyukkan memetik
kelapa,dia terlihat anak gadis Pak Mat yang
menjadi idaman para jejaka dikampung itu
menjemur baju Tanpa sedar dia mula
berangan-angan.

Mula-mula,Mat Jenin memetik dan
menjual kelapa.Setelah itu dia membeli
kambing.Akhir sekali dia membeli lembu dan
menjadi saudagar yang menjual daging.Dia
mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang

lain dan dihormati semua orang.Berderet-
deret anak gadis yang menawarkan diri untuk
menjadi isterinya.

Duit dan emas permata memenuhi
rumahnya dan dia tidak lagi berjalan kaki
kemana-mana sebaliknya menunggang kuda
dan unta.Mat Jenin tersenyum lebar dengan
kekayaannya.Kemudian dia melamar anak
gadis Pak Mat untuk dijadikan isteri dan hidup
kaya dan bahagia selamanya.

"Aku kaya!!!!!.",jeritnya diatas pokok kelapa
itu keriangan.Kedua-dua tangannya diangkat
tinggi 'meraikan' kekayaan yang hanyalah
angan-angan itu sebentar tadi.

Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa
yang dia sebenarnya masih memetik kelapa
dan begitu tinggi kedudukannya diatas
pokok.0leh kerana dia sudah melepaskan
pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya
hilang imbangan lalu terus jatuh melayang
kebawah.Akhirnya Mat Jenin mati kerana
angan-angannya


Click to View FlipBook Version