e-Modul Anyaman
Disediakan oleh:
Anis Hadhirah Mardhiah binti Hasnul Hadi
PISMP Bahasa Melayu Jun 2020
2020212340100
Pensyarah:
Puan Mazlina binti Johari
Pengenalan e-Modul
e-Modul ini akan memberi penekanan kepada bidang kraf tradisional, iaitu bidang yang diajar untuk
memperkenalkan pelbagai kraf tradisional warisan masyarakat terdahulu yang terdapat dalam
negara dan budaya kita kepada murid-murid secara lebih mendalam. Kraf tradisional boleh
didefinisikan sebagai satu perusahaan (kerja seni) yang tinggi. Kegiatan ini telah memperkenalkan
hasil produk, fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, corak, motif serta hiasan. Bidang
kegiatan ini memberi penekanan dalam kegiatan menggunakan motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Terdapat pelbagai jenis kraf tradisonal seperti wau, gasing,
tembikar, tenunan, anyaman dan ukiran. Namun e-Modul ini akan memfokuskan kepada anyaman
dan kelarai sahaja.
Pengenalan Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut. Pelbagai jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman
untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya topi, tudung saji, bakul dan mengayam
tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai
pengaruh dari luar. Pada zaman dahulu, masyarakat menganyam daun atau tali rotan untuk
menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah
dikomersialkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas
tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Dahulu, aktiviti anyaman ini dilakukan
oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Kini, hasil
seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa,
warna dan corak, teknik dan bahan serta seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
Pengenalan Kelarai
Kelarai merujuk kepada corak / motif pada sesuatu
anyaman. Dua atau lebih daripada dua warna yang
kontra akan digunakan untuk menunjukkan kesan.
Terdapat pelbagai jenis kelarai, antaranya ialah kelarai
berasaskan flora, fauna, rupa geometri, abstrak,
tempat dan pencipta. Contohnya:
Isi Kandungan
01 Koleksi sumber idea 02 Olahan idea
04 Penerokaan teknik
03 Penerokaan alat dan
05 bahan 06 Karya akhir
Proses penghasilan
01
Koleksi Sumber
Idea
Sarung bantal
Kelarai Tampuk Jantung
02
Olahan Idea
Sarung bantal
Kelarai Tampuk Jantung
Dihasilkan menggunakan bantuan “Power Point”
03
Penerokaan Alat
dan Bahan
● Kertas warna ● Reben
● Tali Rafia
● Dipilih
● Interfacing (Kain Gam) - 18” x 18”
● Kain cotton / satin - 18’ x 18’
● Reben - 2 warna berbeza
● Kain perca
● Jarum peniti
● Zip
● Pensel, pembaris, tali inci
04
Penerokaan
Teknik
● Teknik menggunting ● Teknik menyusun
● Teknik menyilang/menganyam ● Teknik menjahit
05
Proses
Penghasilan
1. Susun reben di atas interfacing 2. Silangkan reben (warna berbeza) dan
secara menjalur anyam mengikut motif kelarai yang ingin
dihasilkan (kelarai tampuk jantung)
3. Gosok hasil anyaman dan kain yang telah dipotong dengan kain
gam menggunakan seterika agar ia terlekat dengan kemas
4. Jahitkan zip, cantumkan dua bahagian sarung bantal yang telah
digamkan dan kelimkan bahagian tepi (dalam) sarung
5. Betulkan sarung bantal kepada 6. Masukkan bantal dengan
bahagian luar berhati-hati
Video Penghasilan Anyaman Sarung Bantal
https://youtu.be/Thudqp-Z_HE
06
Hasil Akhir
Sekian,
terima kasih