The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rini Ruslam, 2022-10-28 18:55:35

BUKU PROGRAM PIBG SRITIS KALI KE 2

BUKU PROGRAM PIBG SRITIS KE 2

Keywords: SRITIS

BIL PERKARA M/S
1. UCAPAN ALU-ALUAN MUDIR 3
4
2. UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG 5
6
3. UCAPAN KHAS PENGERUSI ALP SRITIS
7
4. JADUAL PROSES MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG ,
SRITIS, KALI KE-2/2022 9
11
5. NOTIS PANGGILAN MESYUARAT / SURAT JEMPUTAN MAT PIBG
KALI KE-2/2022 16
17
6. ATUCARA MAJLIS DAN AGENDA MAT PIBG KALI KE -2 /2022
23
7. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SRITIS KALI 27
1/2019
34
8. PROGRAM KECEMERLANGAN SRITIS 2021-2022 36
37
8.1.1 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN ANALISIS 38
-------PEPERIKSAAN UPKK
8.1.2 PROGRAM KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID (HEM)

8.1.3 PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN
.........PENCAPAIAN KOKURIKULUM.
10. LAPORAN KEWANGAN PIBG 2019

11. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN

12. JAWATANKUASA PELAKSANA MAT PIBG, SRITIS KALI KE-2/ 2022

13. PENGHARGAAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 2

MUDIR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas keizinan-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-2 dapat
diterjemahkan pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
warga Sritis kerana sudi hadir bersama-sama kami dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Kehadiran
ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, agama dan tahfiz.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga saya titipkan buat semua guru yang berhempas pulas dengan
memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan mesyuarat agung kali ini. Antara visi dan misi Sritis
ditubuhkan adalah untuk kita melahirkan generasi anak-anak yang soleh pintar Rabbani dan Murabbi
dengan memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi meliputi tahfiz, fardhu
ain dan fardhu kifayah.

Kita sedia maklum, Ilmu fardhu ain merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap anak-anak kita, namun
itu tidak cukup, sebagai ilmu tambahan untuk anak-anak kita meneruskan kelangsungan
hidup di dunia yang penuh dengan cabarannya ini, ilmu fardhu kifayah juga perlu dititikberatkan
oleh setiap ibu bapa. Dunia Pendidikan pada hari ini mengalami banyak perubahan dari semasa
ke semasa kerana terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan global
dan serantau.

Bercerita tentang ukhrawi, sebagai persediaan kita menuju ke sana, antara saham yang kita boleh bekalkan
untuk diri kita adalah melahirkan anak-anak yang boleh menghafaz Al Quran, sebab itulah Sritis meletakkan
kurikulum tahfiz sebagai misi walaupun masih diperingkat rendah. Tanpa sokongan dan dokongan daripada
ibu bapa maka visi dan misi Sritis ini tidak akan berjaya.

Izinkan saya untuk bercerita sedikit antara kejayaan dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh murid-
murid sritis dari sudut pencapaian kurikulum yang terkini adalah, seramai 20 orang murid daripada 40
orang yang mengikuti Modul Penilaian KAFA (MPKAFA) baru-baru ini, telah berjaya mendapatkan 8A bagi
kesemua matapelajaran. Selain itu, pencapaian dalam kokurikulum pula, SRITIS berjaya mendapat naib
johan keseluruhan pertandingan Amal Islami, Anjuran Sekolah-Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI)
diperingkat Negeri yang berlangsung pada tahun lepas.

Seterusnya menerusi kurikulum tahfiz cilik SRITIS, terdapat 2 orang murid tahun 6 telah berjaya menguasai
kesemua silibus tahfiz lebih awal daripada waktu yang dijangkakan. Kedua-dua orang murid ini telah tamat
hafazan mereka dengan menghafaz sejumlah 4 juzuk Al-Quran. InsyaAllah dalam pemerhatian kami
terdapat beberapa orang murid tahun 6 lagi yang berpotensi untuk menyelesaikan silibus hafazan mereka
dengan baik dalam waktu terdekat ini. Sama-sama kita doakan semoga kejayaan dan kecemerlangan ini
dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang.

Akhir kata, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kerjasama daripada
semua pihak yang berterusan akan memastikan anak-anak didik sekolah ini menjadi insan yang cemerlang
dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada barisan
PIBG yang banyak memberi sokongan dan dokongan. Semoga Allah memberkati kerjasama kita semua.

Sekian, terima kasih

(FAIZAL A.ZUBIR BIN ZAILANI AL HAFIZ)

Mudir SRITIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 3

YDP PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat llahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi secara maya bagi menjayakan
mesyuarat Agung PIBG kali ke-2. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat
meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun
ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat
Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bagi berkongsi idea dan pendapat yang
bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah
diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan
kebajikan anak- anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala
berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh
tuan-puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah
untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak- anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini
memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak- anak.

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut
bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak- anak
sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting
sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak- anak dalam
proses pembelajaran mereka kerana tanpa sokongan ibu bapa SRITIS tidak akan dapat mencapai
kejayaannya seperti hari ini.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan
kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SRITIS terus melakar kejayaan dan saya
juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi
membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

Oleh itu, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRITIS kali ke-2.
Sekian, terima kasih.

(HAJI ABU BAKAR BIN MOHAMED YUSOF) 4
Yang Dipertua PIBG
SRITIS
Sesi 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2

Ucapan Khas

PENGERUSI ALP SRITIS

Assalamualaikum w.b.t,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 2
bagi tahun 2022 SRITIS dapat dilaksanakan secara bersemuka selepas pandemik Covid-19
melanda negara kita.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat
meluangkan masa untuk hadir secara bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SRITIS bagi Tahun 2022. Tahniah dan terima kasih juga kepada barisan pendidik SRITIS
dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus menganjurkan mesyuarat PIBG kali ini.

Sekolah ini merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba
pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan
pelbagai program.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru, ibu bapa atau penjaga murid-
murid di sekolah ini sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan
kecemerlangan anak-anak dan kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan
serta idea yang realistik demi kemajuan anak -anak dan sekolah. Semoga Allah SWT
memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat.
Sekian ,terima kasih.

(SAYUTI BIN OSMAN)
Pengerusi ALP SRITIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 5

TARIKH AKTIVITI

18 Oktober 2022 Edaran Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan
21 Oktober 2022 kepada ibu/bapa dan guru
29 Oktober 2022
29 Oktober 2022 Ibu/ bapa/ penjaga dan guru mengisi borang kehadiran
MAT

Hari Mengundi, calon AJK PIBG Tahun 2022, oleh ibu /
bapa / penjaga dan guru.

Hari Pengiraan Undi oleh AJK PIBG.

29 Oktober 2022 Mengedarkan Buku Program MAT kepada ibu/ bapa/
29 Oktober 2022 penjaga dan guru. (Aplikasi anyflip )

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-2. Mengumumkan
keputusan Undian AJK PIBG Tahun 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 6

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 7

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 8

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 9

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 10

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 11

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 12

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 13

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 14

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 15

Akademik
Hal Ehwal Murid
Kokurikulum

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 17



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 19

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 20

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 21

MURID 8A MPKAFA SRITIS 2021- 22
-------------------------------------------
1. Abyana Widad binti Mohd Zawawi
2. Adam Mikhael bin Mohd Ghazali
3. Ahmad bin Maliki
4. Ainul As'Syifa binti Ahmad Amli
5. Ihsanuddin bin Mahathir
6. Muhammad Ammar Syafi bin Mohd Zuwairi
7. Muhammad Imran Danial bin Mohd Harizan
8. Muhammad Khalif Adam bin Ali
9. Muhammad Nur Haziq bin Ramli
10. Muhammad Wafiq Danial bin Amir Azhar
11. Nafri Nur Ismael bin Nafrizuan
12. Nur Aqilah Zafirah binti Mohd Zaharudin
13. Nur Zafirah Humairah binti Ahmad Lukman
14. Sharifah Amirah Faqihah binti Syed Osram
15. Siti Nurhazimah Mardhiyah binti Mohamad Naharuddin
16. UmmieMaisarah binti Norhanizam
17. Wan Afnan binti Wan Muhammad Azmi
18. Wan Aufa binti Wan Muhammad Azmi
19. Wan Muhammad Hazim bin Wan Musa
20. Ziyaad Azieq Fikhriz bin Zainal

MURID 7A MPKAFA SRITIS 2021—
----------------------
1. Delisha Irdina binti Mohd Sidia
2. Fakhri Danish bin Norazmi
3. Mohammad Danish Izz bin Mohd Nadzim
4. Muhammad Abqari bin Mohd Mokhtar
5. Muhammad Afiq Hariz bin Mohd Faizal
6. Muhammad Aiman Asyraf bin Muhammad Afiq
7. Muhammad Amier Iman bin Suiskandar
8. Muhammad Hazimin bin Abu Bakar
9. Nur Ainul Mardhiah binti Muhamad KhairulAmri
10. Nur Zahra Umairah binti Ridhuan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 23

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 24

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 25

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 26



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 28

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 29

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 30

PROGRAM ADAB DAN NILAI, SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT DAERAH KUANTAN
2022(KATEGORI SEKOLAH RENDAH SWASTA)

Daie Cilik Lelaki / Perempuan :
Nur Aisyah binti Mohd Saifullah – JOHAN
Ihsanuddin bin Mahathir – TEMPAT KETIGA

Taranum Lelaki / Perempuan :
Abyana Widad binti Mohd Zawawi – JOHAN
Adam Mikhael bin Mohd Ghazali – TEMPAT KETIGA

Khat Siber Lelaki / Perempuan :
Muhammad Aliff Erham bin Mohd Nora Edham - NAIB JOHAN
Raudhatul Wirdah binti Muhammad Masdi – TEMPAT KETIGA

Kalam Arabiy Lelaki / Perempuan :
Muhammad Hafiy Harraz bin Shaifullah – TEMPAT KETIGA
Nur Afia binti Muhammad Saifullah – TEMPAT KETIGA

Deklamasi Sajak :
Ziyad Azeq Fikhriz bin Zainal – JOHAN
Muhammad Imran Danial bin Harizan – TEMPAT KETIGA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 31

KECEMERLANGAN PENCAPAIAN SRITIS DI PERINGKAT NEGERI.

Johan

Bola Speak
100 meter (perempuan)
4 x 100 meter (perempuan)

Naib Johan

Memanah Individu Lelaki
100 meter lelaki
4 x 100 meter (lelaki)
4 x 100 meter (perempuan)

Tempat ketiga
Memanah Kumpulan

KECEMERLANGAN PENCAPAIAN SRITIS DI PERINGKAT KEBANGSAAN.

Naib Johan Bola Sepak

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 32

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 33

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 34

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 35

Bil Usul/cadangan Pencadang

Menambah subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan

1. (PJPK) di dalam jadual waktu Puan Nurainina binti Zakaria

Menambah baik pengurusan dan perkhidmatan transit
2. Puan Nurainina binti Zakaria

3. Kem motivasi untuk pelajar tahun 6 sebagai persediaan EncikMuhammad

jati diri ke alam remaja Khairulamri bin Ghazali

4. Tambahan tandas untuk menampung kapasiti pelajar Encik Suiskandar bin Ahmad

Penambahan pagar sekolah Encik Suiskandar bin Ahmad
5.

6. Memastikan kebersihan kantin dan keselamatan pelajar Encik Muhamad Bukhari bin

kerana kedudukan kantin bersebelahan Mafaz Mart Md. Lazi

7. Pengurangan yuran PIBG daripada RM50 kepada RM30 Muallim Mohd Hisyamuddin
bin Ibrahim

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 36

JAWATANKUASA PELAKSANA NESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG,
SRITIS KALI KE-2 TAHUN 2022

Pengerusi program : Mudir Faizal A.Zubair Bin Zailani Al-Hafiz
Pengerusi MAT : Haji Abu Bakar Bin Mohamed Yusof
Setiausaha PIBG : Nur Atiah Syahira Binti Mohd Alhamadi
AJK KERJA:-
Jemputan/Surat Siaran : Shahrul Amirul Bin Hamzah
Pendaftaran QR Code
: Nurul Farah Wahida Binti Md Amran
Juru Acara Majlis Muhammad Wafiy Bin Zulkifli
Teks Ucapan
Bacaan Doa : Nur Izaty binti Zulkefli
Pencatat Minit
: Rini Binti Ruslam
Sijil dan Cenderamata
: Muhammad Lutfi Bin Sharif
Rakaman Peristiwa
: Tuan Mirza Aqilah Binti Tuan Haziman
Ummu Anisah

: Nur Alyani Sakinah Binti Mohd Alhamadi
Nurul Najihah Binti Yusof

: Amirul Anwar

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 37

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 38


Click to View FlipBook Version