Bil : (69) Dlm. MBM 04-7.2/17 Jld 2 Tarikh : 28 Mac 2017
Yang Berbahagia Dato' Abdul Halim Bin Muhamad Salleh
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Aras 12C,15 -19 & 27, Menara Dato' Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
45, Jalan Tun Ismail
50530 Kuala Lumpur
No. Faks : (03) 4047 6142
Yang Berbahagia Dato’,
ISU HEBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR MENGGUNAPAKAI NAMA DAN LOGO
PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN MAJLIS BELIA MALAYSIA (1B1K-MBM)
Kami merujuk kepada perkara di atas.
Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak jabatan Yang Berbahagia Dato’ yang
telah memaklumkan kepada kami akan isu yang di bangkitkan di atas.
Untuk pengetahuan pihak Yang Berbahagia Dato’, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah
berhadapan dengan isu berkenaan sejak tahun 2015 hingga sekarang. Bahkan MBM bagi
tempoh 2015 hingga 2017 telah tiga (3) kali membuat kenyataan rasmi akan penafian
penglibatan MBM kepada umum agar tidak terpedaya dengan iklan dan hebahan yang
mengelirukan itu.
MBM memandang serius akan isu berkenaan dan akan membuat laporan polis dan
tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan.
MBM juga akan berbincang dengan semua Rakan Strategik 1B1K-MBM dan Persekutuan
Pusat Bertauliah Swasta JPK Malaysia (FEMAC) agar dapat memantau dan memberi
panduan kepada mana-mana agen pengambilan pelajar yang dilantik untuk lebih
bertanggungjawab dan profesional dalam memastikan tiada iklan atau hebahan yang
mengelirukan mahupun yang ada unsur penipuan.
Di pihak MBM, sebarang urusan berkaitan program tersebut boleh hubungi Sekretariat
1B1K-MBM di talian (013) 7733676 / (013) 7769476 / (019) 7739476 sahaja.
Atas kerjasama Tuan dalam hal ini, MBM amat menghargainya dan didahulukan dengan
ucapan terima kasih.
MENGGERAK BELIA MALAYSIA
“1BELIA : 1MALAYSIA”
Yang benar,
AHMAD SAPARUDIN YUSUP urat<penipuan tawaran 1B1K 2017>
Setiausaha Agung
s.k : Tuan Hj Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin
Presiden Majlis Belia Malaysia