The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH TULISAN KHAT DAN JENIS-JENIS TULISAN KHAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliatasnimzahir, 2023-04-20 05:48:20

TUGASAN 4 (BMMB1114)

SEJARAH TULISAN KHAT DAN JENIS-JENIS TULISAN KHAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI NAMA : NUR ALIA TASNIM BINTI ZAHIR NO. K/P : 040101-07-0312 ANGKA GILIRAN : 2022182310064 UNIT : BAHASA MELAYU 3 NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN TARIKH HANTAR : 20 APRIL 2023


PENGHASILAN PRODUK TUGASAN 4 : BMMB 1114


Isi Kandungan 1 PENGENALAN 2 SEJARAH TULISAN KHAT 3 JENIS-JENIS TULISAN KHAT KHAT NASAKH 4 KHAT RIQ'AH 5 KHAT THULUTH KHAT DIWANI KHAT KUFI KHAT FARISI PENULISAN KHAT RUMUSAN 6 RUJUKAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, khat merupakan tulisan tangan yang cantik dan dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas. Khat juga adalah satu bentuk kesenian Islam yang halus dan indah serta merupakan khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Seni khat ini memiliki keunikan dan keistimewaannya dari segi nilai-nilai abstrak dan kaudah penilisannya. Terdapat beberapa jenis penulisan khat yang terkenal dan sering digunakan dalam seni Islam seperti Nasakh, Riq'ah, Thuluth, Kufi dan banyak lagi. Pengenalan


SEJARAH TULISAN KHAT Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus sed vestibulum nunc, eget aliquam felis. Permulaan Sebelum kemunculan seni khat, tulisan Arab merupakan tulisan yang pertama digunakan dalam sejarah dunia. Tulisan Arab ini telah wujud sekitar 1400 sebelum Masihi. Oleh itu daripada tulisan Arab ini maka terhasillah pelbagai jenis khat yang digunakan dalam seni Islam sehingga kini. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.


Pada Kurun ke-10 Seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riq'ah. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi kerana mudah untuk dipelajari. Kemudiannya tulisan ini dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain. Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular dan terawal didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.


Pada kurun ke-16 dan 17 sehingga kini Seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai. Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riq'ah. Kini, perkembangan seni khat berkembang seiring dengan perkembang tamadun Islam yang hebat bukan sahaja di timur tengah bahkan sehingga Nusantara. Justeru, perkembangan seni khat tidak berhenti sekadar seni hiasan semata-mata, namun menjasi perkara penting dalam pengdokumentasian pengajian Islam dan salasilah sesebuah kesultanan.


JENIS-JENIS TULISAN KHAT KHAT NASAKH KHAT THULUTH KHAT DIWANI KHAT KUFI KHAT RIQ'AH KHAT FARISI


CIRI-CIRI Khat Nasakh diasaskan oleh Ibnu Muqlah. Bentuk penulisan khat ini dinamakan ia sebagai khat nasakh kerana digunakan untuk menaskahkan al-Quran. Khat ini juga menjadi penulisan utama dalam bahan-bahan ilmiah sehinggalah ke hari ini dan kemunculannya pada abad ke3 Hijrah atau 8 Masihi serta telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah atau 9 Masihi. Khat Nasakh ini memiliki beberapa ciri-ciri tertentu dalam penulisannya seperti ia mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbar dan majalah-majalah ilmiah. Khat Nasakh


Khat Thuluth membawa maksud satu pertiga (1/3) kerana penulisan khat ini menggunakan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu kelebarannya sebanyak 1/3 lebar mata pen ketika penulisannya. Khat ini juga dikenali sebagai Ummul Khat iaitu ibu tulisan kerana tulisan khat ini memiliki gaya yang paling indah tetapi sukar untuk dikuasai. Hal ini kerana penulisan ini mempunyai banyak kaedah dalam menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Khat Thuluth CIRI-CIRI Ciri-ciri khat Thuluth ialah hurufnya lebih besar daripada khat nasakh dan ia juga bersifat dekoratif serta mempunyai seni-seni tersendiri. Khat ini juga mempunyai banyak hiasan yang padat dan amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, dan sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.


Khat Diwani CIRI-CIRI Antara ciri- ciri tulisan ini ialah huruf berbentuk condong ke kiri, lembut dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Tulisan khat ini agak sukar untuk dibaca kerana tujuan penciptaannya sebagai tulisan maklumat rahsia. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid. Pengasas bagi khat Diwani ialah Ibrahim Munif disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-Hafidz Othman. Khat ini dinamakan sebagai Diwani kerana penggunaannya banyak digunakan di dewan sultan serta digunakan dalam menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh.


Khat Kufi Ciri-ciri yang dimilki dalam tulisan khat ini ialah hurufnya berbentuk keras dan lurus, tidak berbaris dan lebar serta penulisannya menggunakan pengiraan matematik. Khat ini sesuai digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geometrik pada bangunan-bangunan dan logo. Khat Kufi merupakan tulisan khat yang terawal dan dicipta di Kufah. Nama Kufi ini diambil sempena nama sebuah bandar iaitu Al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Terdapat empat jenis tulisan Khat Khufi ini diantaranya adalah Kufi Kuno, Kufi Fatimi, Kufi Murabba' atau dikenali sebagai kufi empat segi dan Kufi Moden. CIRI-CIRI


KUFI FATIMI KUFI MURABBA' KUFI MODEN KUFI KUNO


K h a t R i q ' a h Riq'a h dit a f sir k a n s e b a g ai c e bis a n k e r t a s. K h a t ini t ela h dicip t a p a d a z a m a n p e m e rin t a h a n S ult a n A b d ul H a mid K h a n iait u p a d a z a m a n K e r a j a a n U t h m a niy a h ole h p e n ulis k h a t y a n g b e r n a m a T u r ki M u m t a z B e k p a d a t a h u n 1 2 8 0 H. K h a t ini dih a sil d a rip a d a k h a t Diw a ni d a n k h a t Sia q a t y a n g dig u n a k a n u n t u k m e n ulis n o t a, buku dan boleh ditulis dengan pantas bagi memudahkan semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan kerajaan serta khat yang paling mudah dikuasai. A n t a r a ciriciri k h a t Riq'a h iala h b e n t u k h u r u f k e cil, t e g a k, rin g k a s d a n tid a k m e n g g u n a k a n b a ris. Titik b a gi t ulis a n k h a t ini h a n y a s e p a r u h s e gi d a n tid a k m e miliki t a n d a b a c a a n d ala m p e n ulis a n n y a. K h a t Riq’a h ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab zaman kini. CIRI-CIRI


CIRI-CIRI Khat Farisi diasaskan oleh Mir al-Tabrizi pada 1416 Masihi. Gaya penulisan Farisi dikembangkan oleh orang Parsi dan menjadi tulisan rasmi bangsa ini sejak di zaman Kerajaan Safawiyyah sehingga ke hari ini. Khat ini digunakan secara meluas di Iran, India, dan Pakistan untuk penulisan al-Quran, buku, tajuk, tanda nama jalan dan sebagainya. Khat Farisi ini merupakan sebuah khat yang terdapat keindahan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak, titiknya hanya separuh segi dan hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Kaligrafi khat Farisi ditulis tanpa baris, dan kepiawaian penulisannya ditentukan pada kelincahannya mempermainkan tebal-tipis sesuatu huruf dalam ‘lakaran’ yang tepat. Khat ini biasanya ditulis untuk penulisan buku sastera, nama, tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Khat Farisi


Rumusan Seni khat dalam penulisan Jawi adalah sangat rapat dengan masyarakat Islam dan ketamadunan Islam. Seni kaligrafi khat ini perlu dijaga keindahannya dan kewujudannya agar tidak ditelan zaman dan dapat dinikmati generasi akan datang. Oleh itu, sebagai masyarakat Islam yang bangga akan kesenian Islam ini perlulah bekerjasama meningkatkan penghasilan karya agar dikenali di seluruh pelosok dunia.


PENULISAN KHAT Tema: "Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru" Pilihan Jenis Khat: Khat Thuluth


RUJUKAN DQue QQ. (2012, June 28). Seni Khat. Slideshare. https://www.slideshare.net/Sliderz09/seni-khat Kamus Dewan Edisi Keempat. (2022). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Firdaus bin Mahadi. (2007, June 16). Sejarah Ringkas Seni Khat. Sejarah Ringkas Seni Khat ~ Seni Khat Warisan Islam | Firdaus Mahadi. https://callidesign.blogspot.com/2007/06/sejarah-ringkas-seni-khat.html Nik Yusri Musa, Ilham Che Daud@Zakaria, Nazri Muslim, & Jamsari Alias. (2017). Sejarah Perkembangan Seni Khat dan Pengaruhnya Terhadap Tulisan Jawi di Nusantara. MALIM: JURNAL PENGAJIAN UMUM ASIA TENGGARA (SEA JOURNAL of GENERAL STUDIES), 18, 30–42. https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03 Syamimi, L. (2023, March 6). Jenis-Jenis Seni Tulisan Khat Dalam Islam. TAQWA. https://taqwa.my/jenis-khat/


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version