332
333
334
335
336
337
338
339
340
341
342
343
344
345
346
347
348
349
350
351
352
353
354
355
356
357
358
359
360
361
362
363
364 8. JURNAL MINGGUAN JURNAL REFLEKSI MINGGUAN WEEKLY JOURNAL OF REFLECTION JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 19 MAC 2023 - 23 MAC 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Pertama PERISTIWA : Pelajar melapor diri sebagai guru pelatih di Kolej Vokasional (ERT) Azizah dan menghadiri taklimat bersama Pengarah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan Hospitaliti dan penyelaras guru pelatih. Sesi perkenalan bersama pensyarah Seni Kulinari juga dijalankan. Kemudian, pelatih melawat ke bengkel Seni Kulinari dan melawat ke beberapa sesi PdP yang dijalankan. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Pelatih berasa sangat bersemangat untuk melapor diri sebagai guru pelatih. Semasa sesi taklimat dijalankan bersama Pengarah, beliau mengalu-alukan kehadiran pelatih dan berharap agar pelatih dapat memberikan yang terbaik kepada pihak kolej. 2. Menganalisis/ Menilai Bengkel Seni Kulinari di Kolej Vokasional (ERT) Azizah mempunyai ruang yang selesa dan kelengkapan yang cukup untuk pelajar manfaatkan. 3. Kesedaran Baru Semasa lawatan ke sesi PdP yang sedang dijalankan, pelatih sedar bahawa banyak yang perlu dipelajari oleh pelatih untuk menguruskan sesi PdP di dalam bengkel bersama sekumpulan pelajar yang ramai. 4. Cadangan/ Tindakan Pelatih perlu bertanya dan berusaha untuk mencari teknik pengajaran yang berkesan kepada pelajar. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 26 MAC 2023 - 30 MAC 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Kedua PERISTIWA : Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tahun 1 SVM dan Program Ihya Ramadhan REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Sesi PdP telah dijalankan bersama pelajar Tahun 2 SVM Sem 4. Sepanjang tempoh Pdp berlangsung, pelajar memberikan kerjasama dan respons yang baik. Mereka sangat aktif berinteraksi bersama pelatih walaupun pada bulan puasa. Pelajar melakukan penambahbaikan terdapat slaid pembetangan mengikut kumpulan. 2. Menganalisis/ Menilai Pelatih menyedari bahawa pelajar tidak menguasai dalam pembuatan slaid pembetangan kerana slaid yang dilakukan mempunyai penulisan yang panjang dan agak bosan membosankan. 3. Kesedaran Baru Pelatih berpendapat bahawa pelajar perlu didedahkan dengan teknik pembuatan slaid pembentangan yang menarik. 4. Cadangan/ Tindakan Pelatih berkongsi pendapat dan teknik dalam pembuatan slaid yang menarik, ringkas dan padat kepada para pelajar. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
365 JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 2 APRIL 2023 - 6 APRIL 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Ketiga PERISTIWA : Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam di Chinese High School Batu Pahat REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Pelatih berasa sangat teruja kerana diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pelajar bagi aktiviti di luar sekolah. 2. Menganalisis/ Menilai Pelatih menyedari bahawa pelajar lebih cenderung apabila melaksanakan aktiviti di luar waktu PdP. Pelajar bersikap lebih aktif dan bersemangat sewaktu menjalankan aktiviti luar walaupun hari tersebut adalah hari cuti mereka. 3. Kesedaran Baru Pelajar 1 DVM Semester 2 ini kurang mahir dalam mengukir buah-buahan semasa pameran dijalankan. Ukiran buah yang dilakukan adalah lebih kepada pemotongan buah sahaja. Hal ini kerana, pelajar ini merupakan pelajar yang banyak terlibat dengan ODL sewaktu PKP. 4. Cadangan/ Tindakan Guru perlu melatih pelajar dalam teknik ukiran buah dengan lebih kerap lagi. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 9 APRIL 2023 - 13 APRIL 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Keempat PERISTIWA : Penilaian Akhir Amali Pelajar Diploma Vokasional Malaysia REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Sesi PdP pada minggu ini berjalan dengan lancar. Namun, terdapat juga sesi PdP yang tidak dapat dijalankan oleh pelatih kerana pelatih terlibat dengan penilaian akhir amali untuk pelajar Diploma Vokasional Malaysia selama tiga hari. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar kelihatan sangat bersedia ketika menjalani penialaian akhir amali. Mereka menggunakan 3 jam sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan kreatif. 3. Kesedaran Baru Bertugas sebagai pembantu bengkel bagi pelajar tahun akhir 2 DVM Seni Kulinari memberikan saya peluang untuk mengenali pelajar di samping dapat melihat kemahiran mereka serta saya dapat berkongsi pengalaman saya kepada pelajar. 4. Cadangan/ Tindakan Penilaian akhir amali pelajar tahun akhir merupakan Butter Sculpture. Namun, marjerin pastri yang disediakan bagi sesi pagi agak lembik kerana marjerin tersebut dikeluarkan pada suhu bilik sehari awal untuk mengelakkan marjerin beku di dalam peti sejuk. Namun, marjerin yang agak lembik itu menyukarkan pelajar untuk membentukkan marjerin. Saya perlu menyediakan alternatif lain supaya marjerin pastri tersebut kekal di suhu yang sejuk sebelum pelajar gunakan. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
366 JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 16 APRIL 2023 - 20 APRIL 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Kelima PERISTIWA : - Kempen Galakan Membaca Tahun 2023 - Penilaian Pembimbing - Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Pemberian Bubur Lambuk REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Pelatih berasa lega dan berpuas hati terhadap penilaian pembimbing yang dilakukan. Pelatih juga gembira kerana dapat turut serta dalam pelaksanaan bubur lambuk sebagai suatu acara tahunan kolej. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar kelihatan sangat teruja dan lebih aktif ketika PdP amali dijalankan berbanding teori. Hal ini kerana pelajar lebih cenderung menjalankan aktiviti kerja secara "hands on". 3. Kesedaran Baru Pelatih perlu kreatif untuk menarik minat pelajar dengan menjalankan aktiviti PdP yang berasaskan pembelajaran abad ke 21. 4. Cadangan/ Tindakan Sebagai guru, saya perlu berusaha untuk mendapatkan idea dan mengenal gaya pembelajaran pelajar untuk menambahbaik teknik pengajaran saya. Oleh itu, saya perlu memainkan peranan untuk menilai setiap pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang disampaikan di dalam kelas. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 30 APRIL 2023 - 4 MEI 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Ketujuh PERISTIWA : - Jamuan raya bersama pensyarah Seni Kulinari - Majlis Aidilfitri dan Farewell pelajar 2 SVM SKUL Kohort 2021 REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Sesi PdP berjalan dengan lancar pada minggu ini. Pelatih juga berasa gembira kerana dijemput untuk menghadiri jamuan raya bersama pensyarah Seni Kulinari dan diberi jemputan ke Majlis Aidilfitri dan Farewell yang dianjurkan sendiri oleh pelajar 2 SVM SKUL Kohort 2021. 2. Menganalisis/ Menilai Terdapat segelintir pelajar yang kurang serius semasa berada di dalam sesi PdP dan mengharapkan usaha guru untuk membantu mereka. 3. Kesedaran Baru Pelatih mendapati bahawa pelajar 1 SVM Kohort 2023 masih lagi tidak biasa mengurus masa semasa sesi amali di bengkel. 4. Cadangan/ Tindakan Pelatih perlu lebih tegas dalam mengendalikan dan mengurus pelajar agar mereka dapat mematuhi arahan masa yang diberikan. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
367 JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 7 MEI 2023 - 11 MEI 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Kelapan PERISTIWA : - Penilaian Akhir Khas Seni Kulinari Amali - Pertandingan Aktiviti Ambang Hari Belia Negara 2023 REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Sesi PdP berjalan dengan lancar pada minggu ini. Pelatih terlibat sebagai pensyarah urusetia bagi program Pertandingan Aktiviti Ambang Hari Belia Negara 2023 peringkat daerah Johor Bahru. Pelatih berasa teruja dan gembira kerana mendapat peluang untuk terlibat dalam aktiviti besar di sekolah. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar urusetia yang terlibat terdiri daripada kalangan pelajar tahun 1 SVM Kohort 2022. 3. Kesedaran Baru Pelajar Tahun 1 SVM Kohort 2022 ini tidak pernah mengendalikan program atau aktiviti dan telah menyebabkan tempoh proses penyediaan tempat menjadi lama. 4. Cadangan/ Tindakan Pelajar Tahun 1 SVM perlu diberi pendedahan yang lebih luas untuk mengendalikan sesebuah aktiviti atau program. Guru perlu melibatkan pelajarpelajar yang tidak mempunyai pengalaman ini dengan program kolej agar mereka dapat membina pengalaman dan mendapat pengetahuan yang lebih luas. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
368 JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 21 MEI 2023 - 25 MEI 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Kesepuluh PERISTIWA : - Sambutan Hari Raya dan Hari Guru peringkat kolej - Penyeliaan kali pertama oleh penyelia LM - Mesyuarat PIBG Tahun 2023 REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Sesi PdP berjalan dengan sangat lancar pada minggu ini. Terdapat penambahbaikan dari segi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sambutan Hari Raya dan Hari Guru peringkat kolej diadakan dengan sangat meriah. Pelatih sangat teruja kerana berpeluang untuk menyambut majlis tersebut bersama pensyarah lain. Penyeliaan kali pertama juga dijalankan oleh penyelia. Pelatih berasa amat lega kerana sesi penyeliaan berjalan dengan lancar. Manakala pada hari terakhir persekolahan, mesyuarat PIBG dijalankan dan pelatih terlibat sebagai AJK jamuan bagi tetamu VIP. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar yang terlibat terdiri untuk jamuan VIP mesyuarat PIBG adalah daripada kalangan pelajar tahun 1 SVM Kohort 2023. 3. Kesedaran Baru Penambahbaikan dari segi kerjasama pelajar adalah baik. Hal ini kerana pelatih telah membahagikan tugas kepada semua pelajar. Terdapat juga pelajar yang sangat kreatif dalam menyediakan centrepiece walaupun mereka belum pernah berpengalaman dalam pembuatannya. 4. Cadangan/ Tindakan Pelatih perlu menetapkan tempoh masa untuk pelajar menyelesaikan tugas supaya pelajar bertindak lebih pantas. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 4 JUN 2023 - 8 JUN 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Kedua Belas PERISTIWA : - Latihan Pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023 - Majlis Persaraan Titipan Memori Seikhlas Budi REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Tiada sesi PdP dijalankan pada minggu ini. Pelajar DVM Tahun 2 Sem 3 memulakan semester baharu manakala pelajar SVM Tahun 2 Sem 4 terlibat dengan persediaan peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia bagi program single-tier. Pelatih juga terlibat dengan latihan untuk Pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023 bersama pelajar. Manakala pada hari Khamis diadakan sebuah Majlis Persaraan Titipan Memori Seikhlas Budi bersempena persaraan pensyarah yang tamat perkhidmatan. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar yang terlibat dengan latihan untuk Pertandingan Melaka Culinary Challenge telah menjalankan sebuah lagi latihan kali terakhir di kolej sebelum hari kejadian. 3. Kesedaran Baru Penambahbaikan dari segi masakan dan plating pelajar bertambah baik dari sebelumnya. Terdapat beberapa pelajar yang telah perubahan terhadap cara plating namun terdapat juga beberapa perkara yang perlu diubah lagi. 4. Cadangan/ Tindakan Pelajar perlu lebih cepat dalam proses penyediaan yang diberikan kerana pertandingan hanya diberikan masa selama 45 minit sahaja. Pelajar juga perlu lebih yakin dalam penyediaan makanan. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
369 JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 2 JULAI 2023 - 6 JULAI 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Keenam Belas PERISTIWA : - Ceramah Scammer - Perjumpaan rumah sukan dan pendaftaran kokurikulum - KIK bersama pensyarah Seni Kulinari dan Ketua Jabatan Hospitaliti - Bengkel Pemantapan Outcome Based Education (OBE), pembinaan item dan pelaporan CQI REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Pada minggu ini, PdP berjalan seperti biasa dan baik. Terdapat beberapa peristiwa berlangsung iaitu ceramah scammer yang disampaikan oleh wakil IPD JBS, perjumpaan rumah sukan pada waktu kokurikulum, sesi KIK bersama pensyarah SKUL dan ketua jabatan hospitaliti serta Bengkel OBE bersama semua pensyarah. 2. Menganalisis/ Menilai Perjumpaan rumah sukan bersama pelajar 2 SVM di padang adalah untuk membincangkan pembahagian atlet dan AJK yang akan bertugas semasa hari sukan nanti. 3. Kesedaran Baru Pengerusi rumah sukan Azalea sangat bertanggungjawab dalam menguruskan ahli-ahli rumah sukan. Pelajar tersebut telah melakukan persiapan awal dan menambahbaik cara kerja daripada pengalamannya pada tahun lepas. 4. Cadangan/ Tindakan Terdapat tiga orang pelajar yang tidak turut serta dalam perjumpaan rumah sukan. Guru telah mengenal pasti pelajar tersebut dan mengambil tindakan terhadap ketidakhadiran mereka. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 11 JUN 2023 - 15 JUN 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Ketiga Belas PERISTIWA : - Mesyuarat Pensyarah Bil. 2 2023 - PAAmali Sijil Kemahiran Malaysia bagi program single-tier - Pertandingan Malacca Culinary Challenge (MCC) 2023 REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Pada minggu ini, tiada sesi PdP dijalankan kerana pelajar 1 SVM sedang bercuti semester. Namun, terdapat beberapa peristiwa yang terjadi iaitu Mesyuarat Pensyarah Bil. 2 2023 dijalankan di Dewan Ibu Azizah. Kemudian, guru pelatih juga bertugas sebagai pembantu bengkel untuk Sidang 1 dan Sidang 2 PAAmali Sijil Kemahiran Malaysia bagi program single-tier di Bengkel Seni Kulinari 1 dan 2 serta guru pelatih terlibat sebagai pengiring kepada pelajar untuk Pertandingan Malacca Culinary Challenge 2023 di The Shore, Melaka. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar yang bertanding untuk MCC kelihatan sudah bersedia dan telah melakukan persiapan yang rapi untuk pertandingan tersebut. Mereka telah melakukan persiapan bahan dan peralatan sehari awal sebelum bertolak ke Melaka di Bengkel Masak 2 sambil diawasi oleh guru pelatih. 3. Kesedaran Baru Terdapat pelajar yang lebih tenang dalam melakukan persiapan secara rapi kerana mereka telahpun mempunyai pengalaman memasuki pertandingan. Namun, bagi pelajar yang kali pertama dibantu oleh rakan mereka. Pelajar-pelajar ini kelihatan saling membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain. 4. Cadangan/ Tindakan Terdapat beberapa pelajar yang tidak berjaya mendapatkan apa-apa pingat kerana hidangan yang disediakan kurang memuaskan hati para juri. Pelajar-pelajar ini perlu melakukan latihan yang lebih kerap supaya lebih bersedia dan yakin pada masa akan datang. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING
370 JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 9 JULAI 2023 - 13 JULAI 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Ketujuh Belas PERISTIWA : - Perhimpunan rasmi bersama taklimat keusahawanan - Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2023 di Dewan Ibu Azizah - Program Personal Grooming and Etiquette Training REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati PdP pada minggu ini berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, pihak kolej mengadakan beberapa program seperti taklimat keusahawanan dan majlis pelancaran bulan bahasa. Pelatih pula telah menjalankan sebuah program pembangunan pelajar bersama pelajar-pelajar 1 SVM Bakeri dan Pastri. 2. Menganalisis/ Menilai Pelajar-pelajar yang menyertai program yang dianjurkan oleh pelatih ini merupakan pelajar tahun 1 SVM Bakeri dan Pastri. Pelajar-pelajar ini kelihatan fokus sepanjang program dijalankan. 3. Kesedaran Baru Walaupun pelajar-pelajar ini merupakan pelajar baharu di Kolej Vokasional, mereka kelihatan sangat berminat dengan perkongsian mengenai grooming kerana mereka tidak terdedah dengan perkara ini. 4. Cadangan/ Tindakan Program ini telah berjaya diadakan namun, terdapat juga beberapa kekurangan sepanjang program berlangsung iaitu penyediaan modul secara salinan cetak. Pelatih hanya menyediakan emodul berbentuk PDF. Pelajar yang terlibat melihat emodul tersebut secara dari telefon semasa program berlangsung. Oleh itu, pelatih perlu mencari inisiatif untuk membuat salinan modul program secara bercetak selepas ini agar pelajar boleh fokus tanpa gangguan telefon. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 16 JULAI 2023 - 20 JULAI 2023 TAJUK : Aktiviti Minggu Kelapan Belas PERISTIWA : - Kursus Pengendalian Makanan - Pembentangan Projek Inovasi - Majlis Perpisahan Guru Pelatih REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan 1. Bisikan Hati Sesi PdP pada minggu ini berjalan dengan lancar. Kursus Pengendalian Makanan telah dijalankan oleh penceramah luar kepada pelajar baharu Seni Kulinari di Restoran Ibu Azizah. Pada minggu terakhir ini juga pelatih telah membentangkan projek inovasi kepada pengarah. Manakala terdapat sebuah majlis perpisahan dilaksanakan sempena tamatnya latihan mengajar kepada guru pelatih. 2. Menganalisis/ Menilai Projek inovasi telah dijalankan oleh pelatih sepanjang menjalani latihan mengajar. Pelatih telah mencipta sebuah produk makanan yang telah diuji sebanyak tiga kali untuk mengetahui keberkesanan produk tersebut. Pelatih juga telah membentangkan kepada pengarah mengenai projek inovasi itu. 3. Kesedaran Baru Produk yang dibangunkan ini merupakan sebuah produk baharu dan tidak pernah lagi berada di pasaran luar. Oleh itu, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap produk itu pada masa akan datang. 4. Cadangan/ Tindakan Produk dan laporan projek inovasi tersebut telah diserahkan kepada pihak kolej vokasional untuk diguna pakai oleh pelajar Seni Kulinari. Diharapkan produk inovasi tersebut dapat ditambah baik dari segi rasa dan rupa. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
371 9. LAMPIRAN 9.1. BAHAN PENGARAJAN & ABBM
372
373 9.2. LAIN-LAIN AKTIVITI
374
375 10. LAPORAN AKTIVITI LATIHAN MENGAJAR Sepanjang 18 minggu menjalani latihan mengajar di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, banyak pengalaman baharu dan cabaran yang dilalui pada setiap hari. Latihan mengajar yang dijalankan bukan hanya memfokuskan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja malah mendedahkan pelatih dalam aktiviti pengurusan, kokurikulum serta aktiviti luar dari waktu pengajaran. Pelatih ditempatkan dalam program Seni Kulinari dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar kursus HSK 2043 Catering Set Up Activities, HSK 4033 Catering Activities Coordination, HSK 1042 Basic Butchery dan HSK 1012 Hygiene, Kitchen Safety and Food Handling kepada pelajar-pelajar 2 SVM Kohort 2021 dan 1 SVM Kohort 2023. Pelatih juga diberikan tanggungjawab untuk berada dalam aktiviti kokurikulum dan ditugaskan sebagai guru rumah sukan Azalea (merah). Aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu telah melibatkan pelatih dalam pelaksanaan aktiviti sukan bersama pelajar. Di samping itu, pelatih juga telah terlibat dengan beberapa aktiviti luar seperti menjadi pembimbing dan pengiring kepada pelajarpelajar yang menyertai pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023, Pameran Pendidikan IPTA dan Program Ambang Hari Belia Negara 2023. Pelatih terlibat dalam memberikan latihan kepada para pelajar dan membawa mereka ke hari pertandingan dan program tersebut. Selain itu, pelatih telah beberapa kali ditugaskan sebagai pembantu bengkel semasa Penilaian Akhir Amali dijalankan kepada pelajar-pelajar SVM dan DVM. Sepanjang menjalani latihan mengajar juga, pelatih diberikan tugasan untuk membangunkan projek inovasi dan program pembangunan pelajar. Pelatih telah membangunkan produk Roasted Avo Coconut Flakes dan menjalankan program Personal Grooming and Etiquette Training kepada pelajar Kolej Vokasional (ERT) Azizah. Secara kesimpulannya, latihan mengajar ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelatih dengan lebih mendalam tentang sistem pendidikan di kolej dan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran termasuklah dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan, memberikan penjelasan yang lebih baik kepada pelajar dan menjawab soalan pelajar dengan lebih jelas dan yakin.