The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TSING LAW, 2021-02-09 08:23:28

PTK 3 - Nota Sejarah Bulan Sabit Merah

PTK 3 - Nota Sejarah Bulan Sabit Merah

51

PALANG MERAH ANTARABANGSA

JAWATANKUASA ANTARABANGSA PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN PALANG MERAH
PALANG MERAH PERSATUAN PALANG MERAH BULAN SABIT MERAH
DAN BULAN SABIT MERAH KEBANGSAAN
Ditubuhkan pada tahun 1863.
Institusi berkecuali dianggotai oleh rakyat Ini adalah satu persekutuan di Jumlah Persatuan
Switzerland dan telah diberi status peringkat Antarabangsa yang Kebangsaan semuanya
Pemerhati oleh Perhimpunan Agung menyukutukan semua Persatuan ialah 163 pada tahun 1995
Bangsa-Bangsa Bersatu pada Palang Merah/ Bulan Sabit Merah. Dan ahlinya melebihi 250
16 OKT 1990. Ia ditubuhkan dalam tahun 1919, juta orang.
selepas Perang Dunia Pertama.

Pada Setiap Masa. Pada Setiap Masa Pada Setiap Masa

 Penjaga Prinsip-Prinsip * Ia menggalak dan mempromosikan * Bertindak sebagai
Asas Palang Merah. Di tiap-tiap negara, penubuhan khidmat bantuan kepada
Dan pembangunan Persatuan pihak berkuasa awam,
 Pembangunan Konvensyen Kebangsaan. Persatuan-persatuan
Kemanusiaan Antarabangsa.
* Ia merupakan badan tetap yang Kebangsaan menjalankan
 Mengiktiraf Penubuhan menentukan perhubungan di fungsinya dalam bidang-
Persatuan-Persatuan Palang antara Persatuan-persatuan bidang tersebut :
Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan serta penyelarasan
Kebangsaan. Dan penyelidikan. * Memberi bantuan
Kepada mangsa -
 Menghantar bekalan * Ia bekerjasama dengan Mangsa bencana alam,
-bekalan bantuan bencana. Persatuan-persatuan Kebangsaan pencegahan penyakit
Dalam semua bidang aktiviti -penyakit dan membaiki
 Agensi Pengesanan Pusat. Mereka khasnya untuk tujuan tahap kesihatan.
Membaiki taraf.
 Menyediakan anggota * melatih anggota-
Perubatan sekiranya berlaku * Ia bertanggung jawab anggota pertolongan
Peperangan. Mengelola dan menyelaras cemas & rawatan dan
Bantuan kecemasan kepada pembantu-pembantu
Pada masa peperangan, Mangsa-mangsa bencana alam lain.
Konflik dan kekacauan : Dan juga kepada orang-orang
pelarian. Dalam masa peperangan:
 Menguatkuasakan Konvensyen * Membantu
Bantuan kepada tawanan, * Ia mengawasi pembangunan
Orang tahanan awam dll program bagi Belia Palang Perkhidmatan Tentera
Merah / Bulan Sabit Merah. menjaga yang cedera/
 Lawatan-lawatan ke kem-kem sakit dan menderita
Tawanan/tahananan dan Dikalangan tentera.
Melaporkan kepada pihak
-pihak berkuasa yang terlibat
Secara terus.

52

 Agensi Pengesanan dan * Ia mempraktikkan * Membantu orang-orang
Pusat kemajuan cara-cara tawanan dan tahanan-
Menyebarkan penerangan tahanan awam,
 Mesej-mesej orang awam maklumant, pengambilan menghantar perutusan
 Bantuan bekalan kepada/ ahli-ahli & kutipan derma. Orang-orang awam.

Untuk mangsa-mangsa
Peperangan (makanan,
Ubat-ubatan, pakaina ,
Buku, dll)

PERSIDANGAN ANTARABANGSA -
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - PALANG MERAH - - - - - - - - - - - - - -

(Diadakan tiap-tiap empat tahun)
Iaitu badan tertinggi membuat dasar.
Kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva

Juga diwakili.

53

SEKSYEN 4

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Sejarah

Kelahiran Persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah di Malaysia mempunyai
persamaan dengan kelahiran Palang Merah itu sendiri. Peperangan Dunia Kedua dan
waktu pendudukan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita
dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan Tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan
penutupnya mencatatkan:

“ Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk
dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduk-penduduknya
menanggung penderitaan yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun.
Oleh yang demikian , peluang bagi aktivit-aktiviti Palang Merah adalah
banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan, adalah
diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun – tahun yang
akan datang.”

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada di dalam arkib Persatuan Palang Merah British
menunjukkan bahawa Cawangan Palang Merah yang pertama di negara ini telah
ditubuhkan pada bulan April tahun 1948 di Borneo Utara ( Sekarang Sabah). Pada masa
itu ianya terkenal dengan nama Persatuan Palang Merah British “Cawangan Borneo
Utara”.

Cawangan ini mempunyai dua Divisyen – Divisyen Pantai Timur yang beribu pejabat di
Sandakan dan Divisyen Pantai Barat Beribu Pejabat di Jesselton ( Kota Kinabalu).
Sehingga 31 Disember 1948, ianya mempunyai dua ratus orang ahli.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah syarahan mengenai Kejururawatan dan
Pertolongan Cemas. Tugas-tugas sosial yang dikendalikan adalah termasuk pengagihan
susu untuk kanak-kanak.

Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo Utara kini adalah Persatuan Palang
Merah Malaysia, Cawangan Sabah.

54

Cawangan Sarawak

Palang Merah British Cawangan Sarawak telah ditubuhkan dalam bulan April / May
tahun 1948, walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan Cawangan
Persatuan di Sarawak ialah dibuat lebih awal lagi iaitu bulan Februari 1948.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Cawangan ini, adalah pemberian darah;
kejururawatan dan Pertolongan Cemas. Ada juga usaha-usaha untuk mengendalikan
perkhidmatan ambulans.

Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang
dalam tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu Cawangan. Dalam bulan Februari
1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss
Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British .

Majlis Cawangan baru ini memutuskan bahawa Cawangan-cawangan setempat hendaklah
ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-dua negeri selat. Sehinga
penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan
Selangor.

Dalam tahun 1952, Cawangan – cawangan ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.
Dalam masa kemuncakan darurat, cawangan telah menghantar dua puluh lima pasukan
Palang Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung baru di Perak,
Terengganu dan Selangor.

Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaannya pada bulan Ogos 1957, Duke of Gloucester
yang mewakili Ratu British di Perayaan Merdeka dan juga selaku Pengerusi Majlis
Persatuan Palang Merah British, telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan
Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah British Cawangan Persekutuan Tanah Melayu di
Kuala Lumpur.

Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah
British menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan rasmi panji-
panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melatu (Perbadanan) Akta 1962

Satu rang undang-undang memperbadankan Persatuan ini telah dikemukakan di Parlimen
pada tahun 1961 dan telah dibaca bagi pertama kali di Dewan Negara pada 1 Mei 1961.
Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu ( Perbadanan) Akta 1961 (
No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa pda 16 April 1962.

55

Seksyen 5 kepada Akta tersebut, membentangkan tujuan-tujuan Persatuan seperti berikut:

5. (a) “dalam masa aman atau perang, mengendali dan menolong tugas untuk
meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan
di seluruh dunia;

(b) dalam masa perang, memberi bantuan sukarela kepada mereka yang sakit
dan cedera sama ada tentera-tentea atau bukan beligeran, kepada tawanan-
tawanan perang dan anggota-anggota awam yang menderita akibat
peperangan, sejajar dengan semangat dan syarat-syarat Konvensyen
Geneva bagi meringankan keadaan anggota-anggota tentera yang sakit dan
tercedera di medan perang ditandatangani di Geneva pada hari kedua belas
bulan ogos, 1949;

(c) untuk melaksanakan semua tugas yang diserahkan kepada Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menyetujui Konvensyen
tersebut.’

Adalah ketara bahawa seksyen 5 kepada Akta tersebut mencerminkan hasrat dan tujuan
Persatuan Palang Merah sperti yang dipersetujui oleh Persidangan Antarabangsa Geneva
yang pertama tahun 1863 dalam Piagam Asasnya yang mengumumkan tugas Persatuan
yang menyeluruh. Selain daripada itu, Akta tersebut mengiktirafkan bahawa aktiviti-
aktiviti Persatuan hendaklah sejajar bukan sahaja dengan syarat-syarat Konvensyen
Geneva, malah juga dengan semangat dan hasratnya.

Seksyen 10 kepada Akta tersebut membenarkan Persatuan Palang Merah hak
menggunakan Lambang Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih yang terbentuk
dengan mengkalihkan warna-warna Persekutuan Negara Switzerland dan perkataan-
perkataan `Palang Merah’ atau `Palang Geneva’.

Pengiktirafan oleh Palang Merah Antarabangsa:

Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu menerima pengiktirafan rasmi,
sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas, daripada Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah (JAPM / ICRC) pada 4 Julai 1963 dan selepas itu diterima
masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada
24 Ogos 1963.

Haruslah diingati bahawa di dalam sesebuah negara haruslah wujud hanya sebuah
Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan sahaja dan ianya mestilah
diarah oleh sebuah badan pusat. Badan Pusat ini sahajalah yang layak untuk mewakili
Persatuan dalam urusannya dengan ahli-ahli Palang Merah Antarabangsa yang lain.
Aktiviti-aktiviti Persatuan ini mestilah meluas hingga keseluruh pelusuk negara dan
hendaklah diatur sedemikan rupa spaya membolehkanya mengurus tugas-tugasnya secara
berkesan dan bersiap sedia dalam masa aman untuk aktiviti-aktiviti dalam masa perang.

56

(Syarat-syarat bagi pengiktirafan Persatuan-Persatuan Palang Merah Kebangsaan
diterima-pakai pada Pesidangan Palang Merah Antarabangsa yang ke XVIII , Stockholm)

Persatuan Palang Merah Malaysia

Apabila Malaysia diwujudkan pada September 1963, satu Akta untuk menyerapkan
Persatuan Palang Meah Persekutuan Tanah Melayu dan Cawangan-cawangan Persatuan
Palang Merah British di Sabah, Sarawak ( dan Singapura ) di bawah nama ` Persatuan
Palang Merah Malaysia’ telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia ( Perbadanan) Akta 1965 ( Akta No. 47 tahun 1965.)

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia ( tukar nama) (Akta 1962) yang telah menerima Persetujuan Diraja pada 21
Ogos 1975 dan diwartakan pada 4 September 1975.

Dengan kelulusan Akta ini, nama dan Lambang Persatuan ini telah ditukar kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan kebenaran untuk menggunakan Lambang
Bulan Sabit Merah yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan-perkataan `Bulan Sabit
Merah’ diletak-hak kepada Persatuan ini.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah salah sebuah daripada 164 Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di seluruh dunia dan ianya menjadi
ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah, satu Persekutuan Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan, yang ditubuhkan pada tahun 1919 beribu pejabat di Geneva.

Persatuan Palang Merah Malaysia mempunyai lebih daripada 200,000 ahli di seluruh
negara yang diatur mengikut cawangan, Daerah, daerah kecil dan Unit.

Tiap-tiap negeri dalam Malaysia dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan satu
Cawangan Persatuan dan ditadbirkan oleh Jawatankuasa Cawangan.

Urusan-urusan Persatuan di Seluruh Negara ditadbir oleh Majlis Kebangsaan dan semua
harta benda yang dipegang oleh mana-mana Jawatankuasa Daerah Kecil, Daerah atau
Cawangan Persatuan ini adalah diletak-hak kepada Persatuan ini.

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada semua di Malaysia tanpa diskriminasi
berdasarkan kaum, jantina , darjat , ugama atau fahaman politik.

(Petikan daripada Kertas Mr. V T Nathan pada masa Persidangan Kedua bagi pemimpin-
pemimpin PBSMM 28 – 29 Julai 1989).

57

Struktur dan Organisasi PBSMM

1. Struktur Organisasi Persatuan:

a.Satu organisasi pusat mengandungi :

(1) Senat PBSMM
(2) Majlis Kebangsaan
(3) Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
(4) Jawatankuasa – Jawatankuasa Kebangsaan

b.Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan beberapa Jawatankuasa
kecil masing-masing dalam tiap-tiap negeri dan wilayah-wilayah
Persekutuan Malaysia.

c.Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing.

SENAT PBSMM

2. Senat PBSMM adalah badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi PBSMM
tetapi ia tidak mempunyai kuasa eksekutif dan mengandungi tidak lebih daripada
25 senator pada sesuatu masa.

3. Perlantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan
dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai
pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada
Persatuan.

4. Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat Persatuan
sejajar dengan Prinsip-Prinsip Pergerakan.

Majlis Kebangsaan

5. Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting yang mempunyai kuasa
mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal- ehwal Persatuan. Ia
mengandungi anggota-anggota seperti berikut :

a. Pengerusi Kebangsaan
b. Timbalan Pengerusi Kebangsaan
c. 4 Naib Pengerusi Kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih dikalangan

Pengerusi Cawangan.
d. Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan.
e. Tidak lebih daripada 5 ahli yang dipilih.
f. Dua orang wakil daripada tiap-tiap cawangan terdiri sama ada Pengerusi

Cawangan, Naib Pengerusi, Pengarah Cawangan, Setiausaha Kehormat
Cawangan dan Bendahari Kehormat Cawangan.

58

g. Pengarah Perkhidmatan Perubatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
h. Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia ( MMA)
i. Seorang wakil daripada tiap-tiap Kementerian Kerajaan yang

bertanggungjawab mengenai Pendidikan, Alam Sekitar, Hal-Ehwal luar
negara, Kesihatan, Hal-ehwal dalam Negeri dan Belia.

6. Majlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga mesyuarat dalam
setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk korum.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

7. Pengurusan seharian mengenai hal-ehwal persatuan adalah tanggungjawab
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilang masa bertindak
sejajar dengan arahan dan keputusan Majlis Kebangsaan.

8. Ahli Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada :

a. Pemegang Jawatan Utama ( Pengerusi dan Timbalan
Kebangsaan, Naib-Naib Pengerusi dan Bendahari Kehormat
Kebangsaan.

b. Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.
c. Wakil daripada tiap-tiap kelima-lima zon.

9. Pengerusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan
mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 2 bulan.

10. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa antara lain:

a. Untuk menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong
oleh Majlis Kebangsaan serta melantik kakitangan yang bergaji
serta menentukan syarat-syarat perkhidmatan mereka.

b. Untuk memberi pertimbangan dan melulus atau sebaliknya
perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih
selain daripada Pengerusi Cawangan yang dicalonkan oleh
Jawatankuasa Cawangan.,

c. Untuk mendisiplin dan dengan pertimbangan yang saksama
menentukan pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan
keahlian mana-mana ahli Persatuan yang tidak termasuk ahli-
ahli Senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

11. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan boleh dari masa ke semasa melantik
Jawatankuasa Kecil yang difikirkan perlu.

59

Jawatankuasa Kebangsaan
12. Semua aktiviti-aktiviti PBSMM adalah dibawah tanggungjawab berbagai-bagai

Jawatankuasa Kebangsaan. Pada masa ini ada sepuluh Jawatankuasa Kebangsaan
dan tiap-tiap satu oleh Pengerusinya masing-masing.
13. Berikut adalah Jawatankuasa – Jawatankuasa Kebangsaan :

a. Perkhidmatan Ambulans
b. Pentadbiran & Pengurusan
c. Bangunan
d. Reaksi Kecemasan
e. Program Darah
f. Perkhidmatan Kesihatan dan Masyarakat
g. Hal ehwal Antarabangsa
h. Perhubungan Raya dan Kutipan Derma
i. Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Hal ehwal

Perundangan Latihan & Tenagamanusia
14. Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif

Kebangsaan dan juga ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan.

60

STRUKTUR ORGANISASI PBSMM
61

Aktiviti-Aktiviti

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam masa lampau telah memainkan peranan cemerlang
di dalam dan di luar negara berkaitan dengan usaha-usaha kemanusiaan dan mengurangkan
kesengsaraan. Sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang membantu kerajaan, Persatuan ini
memberi perkhidmatan perundingan dalam kegiatan Persediaan Bencana, Operasi Bencana dan
Bantuan, Pemulihan dan berbagai-bagai corak perkhidmatan masyarakat. Ia membantu
Kementerian Kebajikan Masyarakat menubuh dan mentadbir Pusat-Pusat Bantuan Bencana,
menyedia dan mengagihkan makanan , pakaian dan bekalan ubat untuk mangsa-mangsa bencana
alam dan kekacauan awam. Persatuan juga memberi bantuan kepada Pihak Polis, Tentera dan Kor
Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat, memindah dan memberi bantuan
pertolongan cemas dan kesihatan kepada mangsa-mangsa mala petaka.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melaksanakan berbagai-bagai aktiviti termasuk :

 999 24 Jam Perkhidmatan Ambulans bagi Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
 Persediaan dan Bantuan Bencana.
 Perkhidmatan Masyarakat dan kesihatan.

- Program Darah
- Penyalahgunaan Dadah
- Telekaunseling
- Teledra

● Penyebaran Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
● Latihan
● Program Bantuan Kepada Orang-orang Bot Vietnam
● Perkhidmatan mengesan dan mengepos
● Kutipan Derma
● Perhubungan Awam
● Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
● Aktiviti-aktiviti dan latihan untuk kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan sukarela
● Program bantuan kepada orang-orang pelarian Vietnam

62

a. 24 Jam Perkhidmatan Ambulans

24 Jam, Kenderaan Ambulans siap sedia untuk kecemasan di Kuala Lumpur dan Petaling
Jaya.

b. Persediaan dan Bantuan Bencana

Ahli-ahli Sukarela kita yang terlatih di semua 15 Cawangan dan 108 Daerah boleh
dikerahkan dengan serta merta:

i. Membantu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat mentadbir Pusat-pusat pemindahan seperti:

- menyediakan makanan beramai-ramai
- pengagihan pakaian-pakaian dan selimut
- perkhidmatan mengesan
- penempatan semula mangsa-mangsa bencana

ii. Membantu Angkatan Tentera , Polis dan Pertahanan Awam dalam
Kerja – kerja memindah dan menyelamatkan mangsa-mangsa
bencana.

iii. Membantu Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan-
perkhidmatan perubatan dan kesihatan di pusat-pusat pemindahan.

c. Perkhidmatan Masyarakat

Program berkesan telah dilancarkan untuk bandar dan luar bandar oleh Persatuan, satu
daripadanya ialah Projek Kampung Bukit Mat Daling, Pahang, bertujuan untuk memberi
perkhidmatan-pekhidmatan tersebut:

Keibuan dan Penjagaan Kanak-Kanak

Penjagaan Kesihatan Asas (Primary Health Care)

Membekal air kepada orang-orang kampung

Satu projek ialah skim bayi angkat bagi orang asli di sebuah kampung di Semenyih,
Selangor.

 Program Derma Darah

Persatuan memainkan peranan penting untuk mendapatkan penderma-penderma darah
melalui penganjuran kempen-kempen dan syarahan-syarahan, menerangkan dan
menggalakkan orang awam untuk menjadi penderma-penderma.

63

 Penyalahgunaan Dadah

Perkhidmatan Salahgunaan Dadah memberi khidmat 2 kali seminggu melalui Kaunseling
Telefon Talian Penting, dikendali oleh Kaunselor-kaunselor yang terlatih. Selain daripada
perkhidmatan ini, Persatuan telah melatih pelatih di pusat rawatan pemulihan sementara
dalam bidang rawatan pemulihan sementara dalam bidang pertolongan cemas dan
Persediaan Bantuan Bencana.

 Telekaunseling

Telekaunseling yang memberi khidmat 24 jam melalui telefon dan juga perjumpaan
semuka adalah bertujuan untuk memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat seluruh
negara.

 Teledera

Perkhidmatan Teledra yang dikendalikan 24 Jam melalui telefon untuk mengatasi masalah
penderaan kanak-kanak. Semua perkhidmatan adalah percuma.

Sukarelawan kita melawat Rumah Orang-Orang Tua dll. Untuk memberi perkhidmatan
mereka.

d. Penyebaran Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

UUKA menumpukan perhatian kepada kehidupan dan kebajikan individu dalam masa
aman dan juga perang.

Mesej Persatuan, 7 Prinsip Asas dan UUKA telah diperluaskan ke Sekolah-sekolah,
anggota-anggota Angkatan Tentera dan Polis dan pada orang awam umunya melalui
risalah-risalah, syarahan-syarahan dan seminar-seminar.

Buku Bulan Sabit dan Negaraku yang diperkenalkan sebagai satu Subjek ko-kurikulum
telah memberi galakan kepada PBSM untuk lebih berusaha memupuk semangat dan nilai
hidup dikalangan kanak-kanak. Kami berharap 2.2 juta murid di 6700 sekolah rendah
akan mendapat manfaat dari terbitan ini.

PBSMM sekarang sedang giat bekerjasama dengan ICRC untuk menyebarkan UUKA
dikalangan anggota-anggota tentera dan ahli-ahli PBSMM terutama sekali dikalangan
Jurulatih. Beberapa kursus telah dijalankan sejak dua tahun yang lepas dan banyak lagi
program penyebaran akan dikendalikan pada masa depan dengan kumpulan sasaran yang
lain seperti guru sekolah, pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan, pemberita dan lain-lain.

64

e. Latihan dan Aktiviti-aktiviti

Program Latihan telah disesuaikan untuk menghasilkan ahli yang mahir, berdisiplin dan
mampu mengendalikan berbagai fungsi yang boleh menyahut kepada keperluan
masyarakat, Persatuan dan Negara.

PBSMM mengendalikan berbagai-bagai kursus latihan untuk ahli-ahlinya. Dengan
mewujudkan sukatan pelajaran yang baru, PBSMM tidak lagi menumpukan hanya
kepada latihan pertolongan cemas sahaja. Mata-mata pelajaran yang lain yang
diperkenalkan melalaui sukatan pelajaran baru termasuklah : Pendidikan Kesihatan ,
Rawatan Rumah , Reaksi Kecemasan, Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Walau bagaimanapun pertolongan cemas
masih juga merupakan aktiviti teras PBSMM dan paling popular dikalangan ahli-ahli
untuk mempelajarinya. Disamping mengendalikan Latihan Pertolongan Cemas untuk
keperluan sijil peperiksaan PBSMM, kursus-kursus pertolongan cemas yang lain juga
diadakan seperti kursus Pertolongan Cemas untuk Industri (8 jam )dan Pertolongan
Cemas untuk setiap rumah (6Jam) bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai
pertolongan cemas kepada orang ramai.

Sijil peperiksaan PBSMM terbahagi kepada tiga peringkat:

1. Sijil Peperiksaan PBSMM untuk sekolah

a. Pendidikan Palan Merah / Bulan Sabit Merah
b. Pertolongan Cemas dalam masyarakat

2. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Asas

a. Pendidikan Palang Merah / Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
b. Pertolongan Cemas Asas
c. Reaksi Kecemasan
d. Pendidikan Kesihatan atau Rawatan Rumah

3. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Lanjutan

a. Pertolongan Cemas Lanjutan
b. Pentadbiran dan Pengurusan

Disamping menjalankan kursus-kursus di atas, PBSMM juga mengadakan Kem
Kebangsaan dua tahun sekali di mana berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan belia juga
dikendalikan dan PBSMM menghantar belia-belia keluar negeri untuk mengambil
bahagian di dalam Program Belia Antarabangsa.

65

f. Program Bantuan Kepada Orang-Orang Bot Vietnam.

Satu daripada usaha-usaha dan sumbangan Persatuan yang cemerlang sebagai pertubuhan
kemanusiaan adalah komitmen dan penglibatannya dengan kebajikan dan kepentingan
orang-orang pelarian Vietnam di Malaysia. Adalah selaras dengan objektif dan
prinsipnya maka PBSMM menyahut panggilan memohon pertolongan pada tahun 1975
apabila kumpulan pertama seramai 47 orang OPV mendarat di Pulau Perhentian
berhampiran dengan Pantai Negeri Terengganu . Ini merupakan permulaan penglibatan
PBSMM dengan PHV di Malaysia, bermula dengan pendaratan yang kecil bilangannya
hinggalah membawa kepada pendaratan yang ramai ke pantai Malaysia.

Kedatangan OPV di Malaysia pada tahun 1975 memberikan satu pengalaman baru dan
merupakan cabaran kepada PBSMM dalam usaha-usaha kemanusiaanya memberi
pertolongan kepada orang-orang pelarian walaupun terpaksa menghadapi kekurangan
wang, tenaga manusia dan alat-alat. Sukarelawan-sukarelawan dan kakitangan-
kakitangan PBSMM di peringkat Kebangsaan, Cawangan Daerah dan Unit telah dikerah
dan terpaksa bertugas berjam-jam lamanya bersama-sama dengan agensi-agensi setempat
untuk memberi apa jua pertolongan yang boleh untuk orang-orang pelarian ini. Mereka
membina tempat-tempat pendaratan, mengagihkan barang-barang keperluan seperti
makanan, pakaian dan layanan perubatan. Pejabat PBSMM Cawangan Terengganu
berada dalam keadaan siap sedia mengawal pendaratan baru dan bertindak atas arahan
Setiausaha Agung di Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM

Kemudian, apabila bilangan OPV meningkat, banyak lagi tempat-tempat kediaman
dibina berupa kem-kem medan dan pusat transit di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,
sabah, sarawak dan di Ibu Kota yang memberi perkhidmatan yang lebih sempurna kepada
OPV.

Tatkala ini Perjanjian diantara PBSMM dan UNHCR telah ditandatangani yang mana
UNHCR bersetuju memberi perbelanjaan kepada PBSMM untuk menjaga dan
menyelenggara OPV. Oleh yang demikian, PBSMM menjadi rakan operasi kepada
UNHCR dan terus bekerjasama hingga ke hari ini.

PBSMM bekerja rapat dengan Kerajaan Malaysia melalui Pasukan Petugas Kebangsaan
VII dan juga dengan Persatuan-Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah, Jawatankusasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), International Organisation
for Migration (IOM), World Concern (WC) dan agensi-agensi antarabangsa yang lain dan
juga agensi-agensi antarabangsa yang lain dan juga agensi-agensi setempat daripada
pihak kerajaan, swasta dan badan-badan pertubuhan sukarela.

Penyelarasan diantara agensi – agensi dibuat oleh Majlis Kebangsaan PBSMM,
Jawatankuasa Pandunya dan Jawatankuasa Khas OPV yang mengadakan mesyuarat
untuk berbincang mengenai program OPV. Ibu pejabat PBSMM memberikan sokongan
teknikal dan pentadbiran melalui kakitangan – kakitangannya serta juga anggota-anggota
yang dipinjamkan kepada PBSMM oleh berbagai-bagai Agensi Antarabangsa.

66

Satu program yang berkesan telah wujud, mampu memberi berbagai-bagai keperluan
kepada OPV seperti perumahan, makanan , penjagaan kesihatan dan perubatan,
pendidikan dan perkhidmatan sosial, mengesan dan pengiriman surat, dll. Daripada lapan
kem medan pada mulanya dan dengan penutupan Pulau Bidong pada hujung bulan
Oktober 1991, hanya Kem Sg. Besi sahaja yang tinggal untuk menempatkan lebih kurang
12000 OPV di Malaysia. Selama 16 tahun yang lalu,lebih daripada 250,000 OPV telah
ditempat kan di negara-negara ketiga. Satu majlis penutupan rasmi Pulau Bidong telah
diadakan pada 30 Oktober 1991 dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai daripada PBSMM,
wakil-wakil UNHCR dan pasukan petugas dan Kakitangan-kakitangan PBSMM.

Pulau Bidong yang telah menempatkan lebih kurang 250,000 OPV sejak tahun 1978 telah
diserahkan semula dengan rasmminya oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Encik Abdul
Ghaffar b. Baba kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 30 hb November 1991.
Upacara Penyerahan semula yang ringkas tetapi bermakna ini telah diadakan di Wisma
Darul Iman, Kuala Terengganu.

Pada Masa ini, hanya tinggal lebih kurang 4000 OPV di Kem Sungai Besi yang dijangka
ditutup pada akhir tahun ini 1995. Dengan Tertutupnya kem ini kelak, maka berakhirlah
sejarah pendatang Vietnam ke Malaysia yang bermula kira-kira 20 tahun yang lalu.

g. Perkhidmatan Mengesan dan Mengepos

Mengesan dan mencari orang-orang hilang adalah satu daripada perkhidmatan tradisi
Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. Perkhidmatan ini adalah selaras dengan
keperluan dan kehendak prinsip Kemanusiaan yang mengambil berat tentang
meringankan kerisauan fikiran akibat kehilangan keluarga.

Dengan ramainya orang – orang Bot Vietnam mendarat di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dalam tahun 1978, Perkhidmatan Mengesan dan Mengepos PBSMM dimulakan
pada 1 Februari 1979, dengan bantuan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah. Agensi Pengesanan Pusat Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa di Geneva, dengan Persetujuan dari Pesuruhjaya Tinggi bagi orang-orang
pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu, telah bertanggungjawab untuk aktiviti mengesan dan
mengepos rangkaian Tracing and Mailing Services di Asia Tenggara.

Tujuan perkhidmatan Mengesan dan Mengepos ( Tracing and Mailing Services ) adalah
seperti berikut :

- Mengesan/ Mencari dan mewujudkan perhubungan semula diantara
ahli-ahli keluarga yang terpisah dan membantu membolehkan mereka
mendapat sokongan untuk menetap di Negara Ketiga.

- Untuk memberi perkhidmatan mengepos surat dan sebagainya kepada
orang-orang Bot Vietnam yang di tempatkan di kem-kem Malaysia

67

Statisik – 1990
- Bahagian Mengesan dan Mengepos PBSMM telah menguruskan
pertukaran wang sebanyak RM 7,807.691.
- Mengendalikan surat masuk sebanyak 622,349 dan keluar sebanyak
323,923.

- Menerima 781 permohonan mencari orang-orang hilang 662
daripadanya dapat dikesan dengan jayanya dan kemudiannya dapat
disatukan kembali dengan keluarga masing-masing.

RINGKASAN PERATURAN AKTIVITI KUTIPAN DERMA
Penggunaan pengutip derma profesional untuk PBSMM dengan cara komisyen atau
perkongsian keuntungan adalah dilarang sama sekali.
Langkah-langkah yang patut diambil dalam mengelolakan kempen mengutip derma
adalah seperti berikut:

a. Memohon kebenaran mengutip derma dari pihak berkuasa PBSMM dengan
disertakan deraf anggaran pendapatan dan perbelanjaan serta kertas kerja projek
tersebut.

b. Memohon permit / kebenaran dari pihak berkuasa tempatan dan Polis.
c. Memohon pengecualian cukai hiburan dari pihak Perbendaharaan.
d. Mengadakan akaun berasingan untuk tujuan ini.
e. Semua derma yang diterima hendaklah dikeluarkan resit rasmi PBSMM dan

semua perbelanjaan hendaklah dilulus dan disokong dengan resit
f. Selepas Projek Kutipan Derma akaun hendaklah di audit dengan betul, salinannya

dihantar kepada pihak Perbendaharaan , Jawatankuasa Cawangan dan
Jawatankuasa Pandu.

68

PERHUBUNGAN AWAM
Persatuan hendaklah sentiasa memberikan imej yang baik supaya mendapat pengiktirafan
dan kepercayaan awam. Pertolongan Profesional yang diterima secara sukarela dari
agensi-agensi pengiklanan dan perhubungan mesra dan rapat dengan akhbar-akhbar dan
media elektronik memastikan bahawa aktiviti-aktiviti Perhubungan Awam Persatuan dan
kejayaannya diterima dan difahami awam.
Aktiviti Perhubungan Awam adalah ditonjolkan melalui :

 Berita Bulan Sabit Merah tiga bulan sekali.
 Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia – berbagai aktiviti dijalankan
termasuk menganakangkatkan bayi WRCD, melawat rumah orang-orang tua ,
menentukan proram berasingan diberi liputan seluasnya oleh Radio, TV dan Akhbar-
akhbar, bersempana Hari Palang Merah Sedunia ini. Cawangan-cawangan dan
daerah-daerah sentiasa mengelolakan kempen derma darah dan tembual di Radio dan
TV.
 Perbarisan – adalah satu upacara awam yang baik untuk mendapat perhatian
media massa sebelum perbarisan diadakan.

 Pameran - diadakan khas pada Hari Palang Merah sedunia dan juga sedaya upaya
diadakan terus menerus sepanjang tahun.

 Syarahan dan Pertunjukan Filem, diadakan untuk organisasi wanita, sekolah-
sekolah mempamerkan aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah
Antarabangsa.

 Aktiviti-aktiviti perkhidmatan masyarakat seperti projek penjagaan kesihatan
diumumkan dalam media massa.

 Ceramah atas tajuk derma darah oleh para pegawai dan ahli PBSMM
 Temubual dengan ahli-ahli Belia Bulan Sabit Merah Malaysia yang akan pergi
keluar negeri di bawah program pertukaran.

69

KEAHLIAN

Keahlian Persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina agama dan
politik.

Komposisi keahlian ialah ahli kanak-kanak ( Sekolah Rendah) , Belia ( Sekolah
Menengah), Pasukan Bantuan Sukarela ( Orang Dewasa), Guru-guru Pelatih, Mahasiswa,
Para Iktisas, Anggota Perubatan, dll .) Ahli Seumur Hidup (atas bayaran sekurang-
kurangnya M 1,000/-) dan Ahli Kehormat Seumur Hidup ( satu anugerah ekslusif bagi
individu yang telah memberi sumbangan perkhidmatan dan jasa yang cemerlang).

Ahli dan Sukarelawan datang dari semua golongan, memberi sumbangan perkhidmatan
mereka untuk mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip Persatuan . mereka dilatih dalam
bidang Pertolongan Cemas, Rawatan Rumah, Pendidikan Kesihatan, Bantuan Bencana
Alam dan memberi perkhidmatan masyarakat, seperti mendapatkan penderma darah,
melawat hospital kebersihan dan gotong royong, penjagaan kesihatan asas dan kaunseling
pada penagih dadah.

ANUGERAH NANSEN UNTUK TAHUN 1977 TELAH DIANUGERAHKAN
KEPADA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Berita dikeluarkan dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-
Orang Pelarian, 15 September 1977 Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
orang-orang Pelarian, Sadruddin Aga Khan, dalam kedudukannya sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Anugerah Pingat Nansen , mengumumkan hari ini bahawa Jawatankuasa
tersebut telah memutuskan untuk menganugerahkan Pingan Nansen bagi tahun 1977
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai pengiktirafan tugas-tugasnya
yang cemerlang bagi faedah mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam kawasan
Indochina.

Pingat tersebut akan disampaikan dalam satu upacara di Palais des Nations, Geneva, Slle
XVII pada hari Isnin 10 Oktober 1977 jam 4.30 petang. Upacara ini akan diadakan
semasa berlangsung sessi ke 28 Program Jawatankuasa kerja Pesuruhjaya Tinggi ( 4-12
Oktober 1977).

Menerima Pingat bagi Pihak Persekutuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan 40,000 orang
pekerja sukarela di seluruh negara ialah Pengerusi Persatuan , Tunku Tan Sri Mohamed
b. Tunku Besar Burhanuddin. Beliau akan diiringi oleh Datin Paduka Ruby Lee,
Setiausaha Agung PBSMM.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah ditubuhkan 25 tahun yang lalu dan cergas
dalam lapangan kebajikan , bantuan bencana, pertolongan cemas dan rawatan, latihan-

70

latihan untuk belia, mendapatkan penderma-penderma darah dan rancangan persediaan
bencana.
Pengalamannya dalam tugas-tugas kemanusiaan dan rangkaian sukarelawan-sukarelawan
yang terlatih dan berdedikasi di seluruh negara menjadikan Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia tersangat sesuai menjalankan tugas-tugas membantu orang-orang yang
kehilangan tempat tinggal dan juga pelarian-pelarian yang telah mendarat di Malaysia
disebabkan oleh kejadian-kejadian yang berlaku dalam kawasan mereka. Kumpulan-
kumpulan ini termasuklah mereka yang meninggalkan Indochina dengan bot-bot kecil
yang telah dibenarkan tinggal sementara di Malaysia menunggu tempat tinggal tetap di
negara-negara ketiga. Mereka juga terdiri dari orang-orang yang kehilangan tempat
tinggal dari negara Demokratik Kampuchea yang mana kerajaan Malaysia telah
membenarkan merkea menetap kekal dalam kawasannya – menjadi satu contoh baik
dalam kawasan di sebelah sini.
Dalam tiap-tiap kes ini, Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi teman operasi bersama
dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNHCR) bagi orang-orang
Pelarian memberi bantuan material termasuklah makanan, pakaian dan penjagaan
kesihatan ( dan dalam masa-masa kebelakangan ini dengan persetujuan tiga pihak
termasuk organisasi kebajikan Muslim Malaysia atau PERKIM).
Dengan itu sebagai penghormatan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ,
Jawatankuasa Anugerah merasa dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap
penderitaan orang-orang pelarian di kawasan ini di mana masalah ini telah meningkat dan
merumitkan , Persatuan ini telah memberi perkhidmatan-perkhidmatan kemanusiaan
kepada para pelarian dan Pingat Nansen adalah dicipta Khusus baginya.

Mengelilingi Gambar Dr. Pridtjof Nansen adalah kata-katanya yang termashur
`Love of Man is practical policy’

(Mencintai insan adalah dasar yang praktikal)

71

Pingat Nansen mengambil nama seorang pengembara Norway yang termahsyur iaitu Dr.
Pridtjof Nansen pengasas bantuan Kemanusiaan Antarabangsa yang telah dilantik sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Pertama bagi orang-orang Pelarian LIGA BANGSA – BANGSA
BERSATU setengah abad dahulu. Pingat Nansen dianugerahkan kerana perkhidmatan-
perkhidmatan amat cemerlang bagi orang-orang Pelarian. Ini telah diwujudkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi Pertama untuk orang-orang Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu.
Pingat ini dianugerah biasanya setiap tahun oleh satu Jawatankuasa mengandungi seorang
wakil Kerajaan Norway, seorang wakil Kerajaan Switzerland, Setiausaha Agung Majlis
Eropah, Pengerusi Jawatankuasa Orang-orang Pelarian bagi Majlis Agensi-Agensi
Sukarela Antarabangsa dan Pesuruhjaya Tinggi Orang-orang Pelarian Bangsa-bangsa
Bersatu.

ANUGERAH YAYASAN TUN ABDUL RAZAK
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah juga penerima Anugerah
Yayasan Tun Abdul Razak bagi tahun 1982 kerana `Perkhidmatan – Perkhidmatan
Cemerlangnya kepada mangsa- mangsa bencana , kebakaran dan bencana-bencana lain
dan juga kerana kebolehannya mengatasi masalah-masalah Orang-Orang Bot Vietnam’.
Anugerah ini berbentuk sebuah medal emas, sekeping sukil mencatatkan kejayaan-
kejayaan penerimanya dan wang Malaysia RM 30,000.
Wang Anugerah RM 30,000 sejak mula diterima lagi telah disimpan di Bank sebagai
simpanan tetap dan hasil faedah RM 3,000 telah dijadikan pemberian (grant) anugerah
kepada Cawangan PBSMM yang menghantar kertas-kertas kerja yang baik sekali yang
boleh memberi faedah kepada ` Belia-belia Yang Tidak Berpeluang’ – seperti murid-
murid yang terkeluar sekolah, belia-belia yang menggangur dan tidak berkemahiran 16
hingga 25 tahun yang menjadi ahli PBSMM yang aktif.

72

PENGANUGERAHAN KUALITI PERDANA MENTERI

Pada 17 Dis 1991, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diumumkan sebagai
pemenang Piala Kualiti Perdana Menteri ( sektor Sosial) sebagai pengiktirafan atas
sumbangan terhadap pembangunan Negara.

BATU TANDA SEJARAH

1948 - Persatuan Palang Merah Malaya ditubuhkan di Malaya sebagai satu dari
Cawangan Persatuan Palang Merah British.

1957 - Dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan
mengikut Undang-Undang Negara.

1962 - Akta Konvensyen Geneva 1962, ( Akta Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu No. 5 tahun 1962)

1963 - Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antara bangsa. Dengan
tertubuhnya Malaysia, Persatuan Palang Merah Sabah dan Sarawak telah
menjadi Cawangan Persatuan Palang Merah Malaysia.

73

1965 - Persatuan Palang Merah Malaysia menerima piagamnya yang merasmikan
1975 - penubuhan satu Persatuan Palang Merah Kebangsaan bagi seluruh Malaysia,
1977 - melalaui Akta ( Pertubuhan ) 1965 – Persatuan Palang Merah Malaysia.

1982 - Melalui Akta ( Pertukaran Nama) Persatuan Palang Merah Malaysia,
Parlimen meluluskan rang Undang-Undang menukar nama. Panggilan dan
lambang Persatuan Palang Merah kepada Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia.

Akta Perundangan Malaysia 162.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi Persatuan Kebangsaan yang
pertama daripada 122 Persatuan Kebangsaan di seluruh dunia yang
dianugerahkan PINGAT NANSEN, mengiktiraf , perkhidmatan cemerlang
yang telah diberikannya kepada orang-orang pelarian yang terkenal sebagai
`Vietnamese Boat People’.

Pengerusi Kebangsaan PBSMM , YM Tunku Tan Sri Mohamed b. Tunku
Besar Burhanuddin, telah dilantik sebagai seorang daripada 8 orang Naib
Presiden LIGA di Mesyuarat Lembaga Pengelolanya di Bucharest.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi tuan rumah Seminar
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa bagi Kawasan Asia dan Pasifik
di Kuala Lumpur.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi pertubuhan sukarela yang
pertama di Malaysia menerima ANUGERAH YAYASAN TUN ABDUL
RAZAK sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlangnya kepada
masyarakat dan orang-orang Pelarian Vietnam.

1986 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi tuan rumah ` Bengkel
1988 - Undang- Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang kedua bagi kawasan
Asia dan Pasifik di Kuala Lumpur’.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melancarkan Telefon Talian Penting
Anti Dadah, Perkhidmatan Kaunseling.

Penglibatan permulaan PBSMM mengenai Pergerakan Ibu Bapa Ke arah
Pencegahan Najis Dadah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjadi tuan rumah, ` Seminar
Kawasan Asia dan Pasifik bagi orang-orang Pelarian & Teralih dengan
LIGA di Kuala Lumpur.

74

1989 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjadi tuan rumah kawasan
1990 - Asia dan Pasifik mengenai Bengkel, Persediaan Bantuan Bencana Alam
dengan LIGA, Kuala Lumpur.
-
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah di lantik kepada Majlis
Eksekutif LIGA.
1991 -
Lawatan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong ke Ibu Pejabat
Kebangsaan.

Pemeriksaan Perbarisan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia oleh
DYMM Yang Dipertuan Agong.

Seminar mengenai `Focus on The ICRC and The Media’ dianjurkan
bersama Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dengan Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia , Kuala Lumpur.

Kempen bagi Melindungi Mangsa peperangan Rayuan Bantuan bagi mangsa
Peperangan Teluk `Light The Darkness ’ di Dataran Merdeka.

Sentapan Penaung Diraja
Kem Penyalang.
PBSMM memenangi Anugerah Kualiti Perdana Mernteri Bahagian Sosial.

75

BELIA PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH

A. RINGKASAN SEJARAH PENUBUHAN.
Dayausaha secara rasmi yang awal untuk menarik belia dalam kegiatan-kegiatan Palang
Merah bermula tahun 1982. Diwaktu itu satu Kertas Cadangan berkaitan dengannya telah
tidak disetujui oleh Perjumpaan Antarabangsa Palang Merah.
Diperingkat Kebangsaan walau bagaimanapun, beberapa perjumpaan telah berjaya diadakan
bagi melibatkan orang-orang muda dalam aktiviti Palang Merah seperti di Nethelands dalam
tahun 1870. Dalam peperangan antara Perancis dan Prussia ini penuntut-penuntut sekolah
telah diminta untuk membalut luka-luka dengan menggunakan kain buruk. Di Bulgaria
dalam tahun 1885 semasa Perang Boer. Kanak-kanak telah diminta bekerja membantu Palang
Merah dengan nama `Maple Leaf’.
Seramai 1906, kanak-kanak dan belia juga telah meringankan penderitaan mangsa yang
terlibat dengan gempa bumi di Francisco. Ini merupakan kali pertama belia terlibat dalam
kerja-kerja Palang Merah semasa Aman.
Semasa Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1914 – 1922, belia dari beberapa buah negara
telah melibatkan diri dalam Palang Merah dengan membantu tentera dan juga mangsa dari
persengketaan senjata tersebut.
Sehingga tahun 1918, Program khas Belia telah ditubuhkan di empat buah negara – Kanada ,
Australia, Itali dan Amerika Syarikat.
Dengan tertubuhnya Liga Palang Merah pada tahun 1991, banyak penekanan dibuat kepada
aktiviti Palang Merah semasa aman ini melibatkan berkembangnya Program Belia Palang
Merah. Sehingga penghujung tahun 1921, lapan buah negara lagi menubuhkan Program
Belia ini diikuti dengan 4 buah lagi pada tahun 1922.
Sekarang hampir 150 Persatuan Kebangsaan mempunyai Seksyen Belia dalam Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Mereka.

76

B. TUJUAN

` Palang Merah untuk kanak-kanak ini ditubuhkan untuk menanamkan semangat cintakan
keamanan serta mempraktik cara-cara menjaga kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan
juga untuk orang lain. Memahami dan menyedari keperluan sivik dan tanggungjawab semua
manusia dan menanamkan semangat serta mengekalkan baik sangka dan memberi bantuan
kepada kanak-kanak di semua negara. Dengan ringkasnya tujuan Program Belia Palang
Merah seperti yan ternyata dalam 4 poin program adalah:

- Perlindungan Kesihatan dan nyawa
- Perkhidmatan dan bersatupadu
- Persefahaman danPersahabatan Antarabangsa, Pembelajaran ke arah

keamanan
- Penyebaran Prinsip Asas Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.

C. AKTIVITI-AKTIVITI PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH SEDUNIA

PERLINDUNGAN NYAWA DAN KESIHATAN

Latihan Pertolongan Cemas. Program Mencegah Minuman
Perkhidmatan Pertolongan Keras & Merokok.
Cemas. Pendermaan Darah.
Mengelakkan Perlanggaran. Pengambilan Ahli Baru.
Renang. Kempen Menanam Cacar.
Keselamatan di Air. Pernyertaan Dalam Operasi.
Pendidikan Kesihatan. Menyelamat di Pergunungan.
Alam sekitar Program Pertahanan Awam.
Makanan Berzat & Penanaman. Penjagaan Kesihatan Asas.
Program Ilmu Kesihatan.
Pendidikan Hidup Bekeluarga. Peraturan Kesihatan.
(Sanitation)

PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT

Latihan Vokasional. Program Perkhidmatan di
Menjaga orang Cacat. Kawasan Pendalaman.
Lawatan Ke Hospital. Lawatan ke Penjara.
Kempen membasmi Buta Huruf. Program Pembangunan.
Perkhidmatan Kepada Warga Tua. Pusat Jagaan Harian.
Program Untuk Pelarian/ Program Pengambilan.
Pendatang Luar. (Adoption)

77

PERSAHABATAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Alat Bantuan Kecemasan. Projek Kecil.
Penukaran Album Gambar dll. Olahraga dan Rekreasi.
Perkampungan Antarabangsa. Pertandingan Melukis.
Lawatan Sambil Belajar. Pertandingan Perbahasan.

PENYEBARAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN DAN PRINSIP PALANG
MERAH YANG MURNI

Program bagi sekolah rendah Program bagi sekolah menengah

KUTIPAN DERMA DAN PERHUBUNGAN RAYA

Sambutan Hari Palang Merah Kebangsaan.
Kutipan Derma.
Percetakan Filem dan Panduan Mengajar.
Perayaan-perayaan Kebangsaan.

78


Click to View FlipBook Version