1 ETA TEKS Q 7.00 a.m. Tetamu Mengambil tempat Housekeeping Selamat pagi dan salam sejahtera Selamat Datang diucapkan kepada semua hadirin, tuan puan di dalam dewan hari ini. Buat makluman hadirin sekalian, majlis dijangkakan akan bermula pada jam 7.30 pagi. Di sini terdapat beberapa panduan dan peringatan kepada kita semua yang hadir pada hari ini supaya majlis rasmi berjalan dengan lancar: Pertama, telefon bimbit hendaklah dipastikan dalam mod senyap sepanjang majlis. Kedua, mohon para hadirin untuk sama-sama berdiri ketika perarakan masuk tetamu kehormat Ketiga, untuk tidak meninggalkan dewan sehingga majlis selesai kerana ini adalah majis rasmi dan Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar murid-murid di kawasan berhampiran pentas sepanjang acara penyampaian sijil dan anugerah bagi memberi ruang kepada para jurugambar sekolah yang telah dilantik. Setiap penerima anugerah dan sijil akan diambil gambar oleh jurufoto yang pihak sekolah sediakan. Sekiranya ibu bapa mahu dicetak gambar anak jagaan masingmasing, sila maklumkan guru kelas untuk buat tempahan gambar. Sementara itu, keberadaan tandas adalah di kawasan luar tepi dewan, sebelah kiri adalah tandas lelaki dan kanan adalah tandas wanita. Kebersihan dewan juga patut kita jaga bersama sepanjang majlis kita pada hari ini. Tong-tong sampah ada disediakan di kawasan luar tepi dewan. Kerjasama dari tuan puan hadirin sekalian amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, harap maklum. TEKS PENGACARA MAJLIS MAJIS ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG TAHUN 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN SENADIN, MIRI 4 FEB 2023 –SABTU– 8.00 PAGI
2 7.30 a.m. Ketibaan Tetamu kehormat, barisan pentadbir & EXCO PIBG Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Mari kita sama-sama berdiri bagi mengalu-alukan perarakan masuk tetamu kehormat majlis pada hari ini. Yang Di-pertua Persatuan Ibu Bapa & Guru Encik Leonard Luhat Laing, Diiringi oleh Tuan Guru Besar, EXCO-EXCO PIBG dan barisan pentadbir sekolah. Dipersilakan. Protokol & Kata-kata aluan ( Selepas tetamu duduk) Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dipersilakan duduk. Hadirin sidang dewan yang dihormati sekalian, Sirih berlipat sirih pinang, Dihias cantik indah mutiara, Pemanis kata selamat datang, Kalimah bismillah pembuka bicara. • Yang Berusaha Encik Leonard Luhat Laing Yang Di-pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Senadin. • Yang Berusaha Encik Ahmad bin Othman Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senadin • Yang dihormati Barisan Penolong-penolong kanan SK Senadin, Barisan Exco PIBG, warga pendidik ,Ibu bapa , waris murid, para penjaga, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, pada pagi yang berkat ini dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Tahun 2022/2023, Sekolah Kebangsaan Senadin.
3 Hadirin warga dewan sekalian, Relevannya Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang ini diadakan adalah sebagai landasan untuk pihak sekolah mengiktiraf usaha-usaha gigih anak-anak didik sekolah ini dalam mencapai kecemerlangan sepanjang tahun persekolahan sesi 2022/2023. Di samping itu, pencapaian sahsiah mereka yang terpuji juga layak diberi pengiktirafan, selari dengan inspirasi Pendidikan negara untuk melahirkan generasi yang madani. Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku Hadirin sekalian, Bagi membuka tirai majlis kita pada pagi ini, mari kita sama-sama berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu rasmi iaitu lagu Negaraku, diikuti lagu Ibu Pertiwiku dan seterusnya lagu sekolah SK Senadin. Dipersilakan. ********** Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Bacaan Doa Hadirin sekalian, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah perkukuh tautan, Doa dipohon penuh harapan, Agar majlis mendapat keberkatan. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Shaffiq Mirza bin Mohd Rizal . Dengan hormatnya dipersilakan. -------------------------------DOA----------------------------------- Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih ustaz atas bimbingan bacaan doa itu tadi.
4 Ucapan Alu-aluan Guru Besar Sidang dewan yang dihormati sekalian, Doa dipohon berkat dipinta, Agar majlis lancar hendaknya, Majlis bermula amanat suara, Ucapan aluan pembuka acara. Dengan ini majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berusaha, Encik Ahmad bin Othman, Guru Besar SK Senadin, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. **************UCAPAN ************* Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan GB atas ucapan itu tadi. Ucapan Perasmian YDP PIBG Hadirin yang dihormati, Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi, Duhai tuan sudikan diri, Hulurkan madah kata perasmi. Justeru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Encik Leonard Luhat Laing, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Senadin, naik ke pentas utama untuk menyampaikan ucapan beliau, dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang pada pagi ini. Dengan sukacitanya, dipersilakan. >>> <<< Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan YDP PIBG atas ucapan beliau itu tadi. Mohon YDP kekal berada di atas pentas untuk acara perasmian. Dipersilakan Tuan Guru Besar dan Barisan Penolong Kanan Sekolah bagi menyempurnakan gimik persamian Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Tahun 2022/2023.
5 ********GIMIK PERASMIAN****** Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Demikianlah tadi upacara perasmian Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Tahun 2022/2023. Berikan tepukan gemuruh! Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG, Tuan GB, dan penolong kanan-penolong kanan. Dipersilakan dengan hormatnya para tetamu untuk meninggalkan pentas utama. SIDANG 1 Penyampaian Anugerah Prasekolah Penyampai : PKP Pengiring : PKHEM Hadirin hadirat sekalian, Berjubah lengkap berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Majlis diteruskan dengan menjemput, Yang Berusaha Encik Nuing anak Jimbai, PK Pentadbiran, diiringi oleh Puan Sana Binti Musa, PK Hal Ehwal Murid, untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah dan Anugerah Lonjakan Saujana Prasekolah. Dipersilakan. >>><<< Penerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah dimulakan dengan, Dari Kelas Prasekolah IMPIAN ….……senarai nama………. Seterusnya, dari Kelas Prasekolah WAWASAN ….…..senarai nama……….. Penerima untuk Anugerah Lonjakan Saujana Pra-Wawasan pula ialah …………….
6 Demikianlah tadi penerima-penerima sijil dan anugerah untuk pra-sekolah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian PK Pentadbiran, menyampaikan sijil dan anugerah prasekolah itu tadi. Terima kasih. Persembahan 1 Prasekolah Bunga dedap tumbuh bertingkat, Harumnya mekar hiasi laman, Bersilang adat junjung martabat, Acara majlis kita teruskan. Hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini kita ceriakan dengan menyaksiakn sebuah persembahan TARIAN istimewa dari murid-murid Prasekolah, dengan iringan muzik bertajuk BUNYI GITAR. Mari sama-sama kita saksikan. **********TARIAN PRA-SEKOLAH ****** Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Berikan tepukan gemuruh. persembahan yang sungguh mencuit hati dari anak-anak prasekolah kita. Terima kasih diucapkan kepada Guru pembimbing untuk tarian anak-anak prasekolah iaitu Cik Aina. 2 Penyampaian Anugerah Tahun 1 – 6 Penyampai : GB Pengiring : PKP Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis anugerah cemerlang nama diberi, Anugerah bernilai jayanya diri, Cemerlang diri juga sanubari, Agar diri boleh berdikari. Majlis rasmi kita diteruskan dengan penyampaian anugerah pencapaian cemerlang akademik bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Untuk info kita bersama, anugerah yang akan disampaikan ialah ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA, iaitu anugerah pengiktirafan untuk murid-murid yang menampilkan prestasi akademik yang terbaik bagi matapelajaran-matapelajaran teras, dinilai dari pencapaian PBD mereka. Seramai 5 orang murid dari setiap kelas dipilih untuk menerima anugerah ini.
7 Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Othman, Guru Besar SK Senadin, diiringi oleh Encik Nuing anak Jimbai, PK Pentadbiran, naik ke pentas untuk menyampaikan sijil dan anugerah tersebut. Dengan hormatnya, dipersilakan. Penganugerahan ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA dimulakan dengan… *****Penerima Sijil Anugerah Lonjakan Saujana 2022/2023*** …..senarai nama…… Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Guru Besar dan Penolong kanan Pentadbiran, menyampaikan sijil dan anugerah sebentar tadi. Terima kasih. Persembahan 2 Nyanyian Solo Hadirin sekalian, Alunan muzik gemersik suara, Halwa telinga si bujang dara, Sembah lagu tatapan semua, Moga terhibur dewan ceria. Majlis kita pada pagi ini diserikan lagi dengan sebuah persembahan nyanyian lagu solo, yang akan didendangkan oleh Adik Ayu Raudah. Dipersilakan! ******LAGU SOLO**** Hadirin sekalian. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi kepada adik Ayu Raudah, yang telah dibimbing oleh gurunya, En. Ashley Jord.
8 3 Penyampaian Anugerah Tahun 1 – 6 Penyampai : GB Pengiring : PKP Hadirin warga dewan sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah seterusnya iaitu ANUGERAH USAHA GIGIH. Anugerah ini diberikan kepada para murid yang telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang signifikan, sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Muridmurid yang pada awal sesi sekolah agak lemah dalam akademik dan akhirnya mampu menunjukkan peningkatan yang sangat baik pada akhir sesi akademik 2022/2023. Ibarat peribahasa Melayu, belakang parang diasah lagikan tajam, ini pula anakanak didik kami. Pihak sekolah SK Senadin sangat menghargai anak-anak murid yang telah berjaya meningkat pencapaian akademik mereka di sekolah ini. Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis sekali lagi menjemput Tuan Guru Besar, diiringi oleh Tuan PK Pentadbiran, untuk menyampaikan sijil dan anugerah tersebut. Dengan hormatnya, dipersilakan. Penganugerahan ANUGERAH USAHA GIGIH dimulakan dengan… *****Penerima Sijil Anugerah Usaha Gigih 2022/2023*** Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar yang telah menyampaikan sijil dan anugerah itu tadi. Terima kasih. 10.30 a.m. REHAT Warga dewan yang dihormati sekalian, Majlis kita pada pagi ini akan berehat sebentar. Acara kita akan bersambung semula selepas ini. Dimohon para murid yang masih ada menerima sijil dan anugerah seterusnya untuk tidak meninggalkan majlis, begitu juga dengan ibu bapa murid. Majlis kita akan berehat selama 30 minit sahaja. Para hadirin boleh bergerak untuk berehat. Diingatkan juga, Kawasan sekolah adalah Kawasan larangan merokok. Kebersihan Kawasan dewan adalah tanggung jawab kita bersama. Terima kasih atas kerjasama anda.
9 SIDANG 2 3 Penyampaian Anugerah CITRA Penyampai : PKP Pengiring : PKHEM *****PARA TETAMU DIMINTA MASUK SEMULA KE DEWAN 10 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA***** Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang kita pagi ini diteruskan dengan SIDANG yang kedua. Mohon para tetamu untuk mengambil tempat masing-masing sebelum acara kita bermula. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah CITRA dari unit Hal Ehwal Murid, iaitu pengiktirafan untuk murid-murid yang telah mempamerkan prestasi sahsiah terpuji dan menjadi contoh untuk murid-murid yang lain. Anugerah CITRA ini turut memberi pengiktirafan untuk kelas-kelas yang telah menunjukkan kehadiran terbaik dan kebersihan kelas terbaik sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis menjemput Puan Sana Bt Musa, Pen, Kanan HEM, mengiringi EN, Nuing Anak Jimbai, PK Pentadbiran untuk naik ke pentas utama, menyampaikan anugerah serta sijil kepada para penerima. Dengan hormatnya, dipersilakan. Untuk anugerah KEBERSIHAN KELAS TERBAIK, dimulakan dengan… ***** 3 Penerima KEBERSIHAN KELAS TERBAIK *** Untuk anugerah KEHADIRAN KELAS TERTINGGI IAITU MENCAPAI 90% DAN KE ATAS , Dipersilakan ***** 4 KELAS *** Bagi penerima anugerah KEHADIRAN TERUNGGUL 100% INDIVIDU pula, Dipersilakan adik….. ***** 2 Penerima *** Bagi penerima anugerah AMALAN TERBAIK SSDM pula,
10 Dipersilakan adik….. ***** 12 Penerima *** Itulah tadi upacara penyampaian anugerah CITRA kepada kelaskelas dan murid-murid, dari unit HEM. Majlis mengucapkan terima kasih kepada PK Pentadbiran dan PK HEM. Terima kasih. 4 Penyampaian Sijil dan Hadiah Pemimpin Cilik Sijil Tahun 6 Penyampai : YDP Pengiring : GB dan PK Para hadirin sekalian, Peribadi unggul amanah diberi, Pemimpin cilik empunya nama, Jasamu tetap kami hargai, Generasi penyambung pemimpin ternama. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para pemimpin cilik tahun 2022/2023 dan penyampaian sijil tamat persekolahan Tahun 6. Bagi menyempurnakan upacara ini, Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar mengiringi Yang Berusaha Encik Leonard Luhat Laing, YDP PIBG naik ke pentas utama. Barisan penolong kanan sekolah juga dipersilakan untuk samasama naik ke pentas utama untuk menyempurnakan acara. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Majlis dimulakan dengan penerima sijil penghargaan dan hadiah kepada ******Pengawas Sekolah Tahun 6****** …senarai nama… *****Pengawas Pusat Sumber Tahun 6***** …senarai nama… *****Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 6***** …senarai nama…
11 Seterusnya, penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6, Majlis serahkan kepada guru-guru kelas untuk mengumumkan nama muri kelas masing-masing. Dimulakan dengan kelas 6 Orkid, dipersilakan ……… …senarai nama 6 ORkid… …senarai nama 6 Seroja… …senarai nama 6 Teratai… …senarai nama 6 Cempaka… …senarai nama 6 Melati… 5 Anugerah NILAM Anugerah JQAF Murid Harapan Tahun 5 Tokoh Murid Penyampai : YDP Pengiring : GB dan PK Terima kasih diucapkan kepada para guru kelas Tahun 6 sesi 2022/2023. Penyampaian sijil dan anugerah khas diteruskan dengan anugerah NILAM, Anugerah J-QAF bagi Sesi Persekolahan 2022/2023. Penerima ANUGERAH NILAM pula ialah….. ***** ANUGERAH NILAM*** Penerima ANUGERAH J-QAF ialah adik… ***** ANUGERAH J-QAF***** Hadirin yang dihormati sekalian, Kini tiba kita ke upacara kemuncak majlis iaitu penyampaian Anugerah Murid Harapan Tahun 5 dan Anugerah Tokoh Murid Tahun 6, sesi persekolahan 2022/2023. Penerima Anugerah Murid Harapan Tahun 5 Lelaki, ***** profil Murid Harapan Tahun 5 Lelaki******
12 Murid yang dimaksudkan ialah adik …………… Dipersilakan adik ……… untuk naik ke pentas bersama dengan ibu/ bapa untuk menerima anugerah. Tahniah adik …… atas kecemerlangan yang telah dipamerkan sepanjang persekolahan sesi 2022/2023. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk menjadi lebih cemerlang dan aktif lagi pada sesi persekolahan seterusnya. Bagi Anugerah Murid Harapan Tahun 5 Perempuan ***** profil Murid Harapan Tahun 5 Perempuan****** Murid yang dimaksudkan ialah adik …………… Dipersilakan adik ……… untuk naik ke pentas bersama dengan ibu/ bapa untuk menerima anugerah. Tahniah diucapkan kepada adik ………. Gunakan pengalaman pada majlis ini sebagai batu loncatan untuk adik lebih cemerlang pada masa akan datang. 6 Tokoh Murid Tahun 6 Penyampai : YDP Pengiring : GB dan PK Sidang dewan yang dimuliakan, Upacara seterusnya adalah penganugerahan buat murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, sama ada dalam bidang akademik, sahsiah dan juga aktif dalam ko-kurikulum. Anugerah yang akan disampaikan dalah Anugerah Tokoh Murid Tahun 6, Lelaki dan perempuan. Mari kita sama-sama ketahui profil murid cemerlang ini. Bagi Anugerah Tokoh Murid Tahun 6 Lelaki, *******profil Tokoh Murid Lelaki Tahun 6****** Murid yang dimaksudkan ialah adik …………… Dipersilakan adik ……… untuk naik ke pentas bersama dengan ibu/ bapa untuk menerima anugerah. Tahniah adik …… atas kecemerlangan yang telah dipamerkan sepanjang bersekolah di SK Senadin. Anda layak menerima
13 pengiktiraafan ini atas usaha, keyakinan, inisiatif, kepimpinan dan keperibadian yang telah dipamerkan. 7 Tokoh Murid Tahun 6 Penyampai : YDP Pengiring : GB dan PK Bagi Anugerah Tokoh Murid Tahun 6 Perempuan pula, *******profil Tokoh Murid Perempuan Tahun 6****** Murid yang dimaksudkan ialah adik …………… Dipersilakan adik ……… untuk naik ke pentas bersama dengan ibu/ bapa untuk menerima anugerah. Tahniah diucapkan kepada adik ………. Semoga pengalaman anda yang cemerlang di SK Senadin dapat menjadi inspirasi dan batu loncatan untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahnniah sekali lagi diucapkan!! 8 Penyampaian Cenderahati Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, Sebagai simbolik penghargaan kepada YDP PIBG selaku tetamu kehormat majlis kita hari ini, dengan sukacitanya pihak sekolah SK Senadin menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda terima kasih, atas kesudian menyempurnakan majlis kami. Ucapan terima kasih juga kami warga SK Senadin tujukan kepada EXCO-EXCO PIBG yang dapat hadit turut serta meramaikan majlis ini. Kehadiran tuan puan amat dihargai. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian , mari kita sama2 berikan tepukan gemuruh untuk para tetamu kehormat kita. Terima kasih diucapkan sekali lagi dan Dipersilakan dengan hormatnya para tetamu untuk meninggalkan pentas utama. Persembahan 3 Tarian Bollywood Hadirin, hadirat, warga dewan sekalian, Harum bunga hiasi laman, Wangi semerbak hati tersemat, Gerak tari jadi tatapan, Kemenjadian murid itu matlamat.
14 Sebelum kita akhiri majlis hari ini, sama-samalah kita menyaksikan persembahan tarian bertema BOLLYWOOD, persembahan oleh kumpulan penari SK Senadin. Dipersilakan! ******Tarian Bollywood****** Berikan tepukan gemuruh atas persembahan hebat itu tadi, hasil bimbingan guru mereka Puan Nadiayani Bt Osman dan CIk Aina. Bersurai /Penutup Hadirin sekalian, Bertiup bayu di pantai indah, Burung kedidi terbang melayang, Mana yang kurang silap dan salah, Jangan menjadi bekalan pulang. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan yang hadir, para ibu bapa, murid-murid yang diraikan, barisan jawatankuasa, warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, secara langsung atau tidak langsung. Bagai aur dengan tebing, begitu juga bulat air kerana pembentung. Muafakat kita membawa berkat bersama. Salam perpaduan dan selamat berhujung minggu. Sekian, terima kasih. Asalamualaikum wbt. ******* Majlis Bersurai****** !! Murid diminta kekal duduk memberi laluan kepada tetamu untuk bergerak meninggalkan dewan. !! murid keluar dewan ikut giliran kelas. Pastikan sampah dikutip, kerusi dalam keadaan tersusun lurus.