Merupakan bulan yang banyak keistimewaan dan kelebihan. Bulan Syaaban adalah sebagai persediaan dan latihan kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang merupakan medan ibadah untuk umat Islam. Ianya mempunyai kelebihan sebagaimana sabda nabi SAW yang bermaksud: Daripada Mu”az bin Jabal RA, bahawa nabi SAW bersabda: ▪ Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan’ ( sahih Ibn Hibban, no Hadith 5665) ▪ Telah berkata Imam Al-Syafie Rahimahullah di dalam Kitab Al – Umm Jilid 231/1 yang maksudnya: ▪ “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu, malam Jumaat, malam Aidil Adha, malam Aidil Fitri, Malam Awal bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”
Nisfu bermakna separuh. Maka Nisfu Syaaban bererti separuh Syaaban, iaitu 15 Syaaban. Malam 15 Syaaban seperti 15 haribulan yang lain. Bumi terang berderang dengan cahaya bulan kerana kedudukan bulan yang penuh atau purnama.
Malam ❖ Nisfu Syaaban 1444 bersamaan tahun 2023 jatuh pada malam 8 Mac 2023, RABU ( selepas waktu Maghrib ) ❖ 15 Syaaban 1444H adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 Syaaban
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil: Lailatul Mubarakah (malam keberkatan), Lailatul Baraah (malam pelepasan), Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan) Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa). Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa), Lailatul Syafaah (malam syafaat) Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat). Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
Amalan Pada Malam Nisfu Syaban Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Syaban. Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada
pada malam tersebut dengan beramal sebanyakbanyaknya. 1. Solat Sunat Nisfu Syaban Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solatsolat sunat qiamullail. Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali. Disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur, ms. 38, antara amalan para solehin pada malam ini,selepas solat fardhu Maghrib dan Sunat Ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali. Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas Solat Isyak. Bacalah Yasin dengan niat supaya: ➢ Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat ➢ Menambah rezeki ➢ Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah
Keistimewaan Melakukan Amalan Pada Nisfu Syaban Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam Nisfu Sya’ban: 1.Telah berkata Imam al-Syafie RA: Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. — Lihat: al-Um, 1:2642.Ibnu Rajab RA mengatakan: Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”. — Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat: 1.Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah. 2.Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit. 3.Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan. 4.Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Penutup: Khilafiah Pendapat Ulama Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap malam Nisfu Syaban. Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik. Memetik kata-kata Ustaz Muhadir bin Haji Jol: “Nilailah sesuatu qadhiah (isu) dengan neraca ilmu yang tahqiq (benar), melalui irsyadat (panduan) daripada para masyaikh yang bersanad. Luaskanlah iththila’ (pembacaan) agar bertemu kebenaran.“
Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. Jika Engkau takdirkan panjang usiaku Tetapkanlah aku di jalanMu Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu. Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu. Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu… Amin
https://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/ https://www.permohonan.my/tarikh-malam-nisfu-syaaban-dankelebihan/ https://www.dropbox.com/s/zbz3dvy4l0j73tr/PANDUAN%20AMALAN%20 MALAM%20NISFU%20SYA'BAN%201441%20Covid19.pdf?dl=0&fbclid=IwAR0kBRRocNl4sPANLazG5fwXcnwk5l5lR0w2QXaQ_u XBcMJHGO7zZrIYFB0 https://www.semakan.my/tarikh-malam-nisfu-syaaban-di-malaysia/