Teks Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam perpaduan. Salam Sabah hebat: katakan tidak kepada no.16, katakan ya ‘10” terbaik.
Yang Berbahagia, Datuk Dr Mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Yang berusaha En. Asung Bin Hj Japril, Timbalan
Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah. Yang berusaha En. Matius Bin Alok, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor
Perancangan. Yang berusaha Tuan Hj SH Zainal Abidin Bin Hj SH Shek, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran. Yang
berusaha En Amiluddin Bin Majuki, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Ketua-ketua sektor, Pengerusi
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Daerah Kudat, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kudat, Pegawai-pegawai SI Partner,
Pegawai-pegawai SiSC+, Penolong-penolong pegawai Pendidikan, Pengarah kolej vokasional, Pengetua-pengetua, guru besar-guru
besar, guru-guru serta warga kerja pejabat Pendidikan daerah kudat yang saya kasihi sekalian.
Syukur alhamdulillah kita dapat menyambut dan meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kudat pada tahun ini, walaupun
dalam suasana SOP baharu dan Pandemik Covid-19 yang masih melanda berlesuasa di daerah kita ini, termasuk meragut nyawa
melibatkan warga pendidikan daerah ini. Ini adalah hal yang amat mendukacita dan terus memberikan cabaran kepada kita di daerah
utara ini.
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”, sebagai tema hari guru yang sudah dipilih sejak tiga tahun yang lalu, terus sinonim
dengan warga pendidik kita di daerah ini yang sangat komited, rajin, dedikasi dan rela berkorban, demi membangunkan anak bangsa
di daerah ini. Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik
dan pembimbing yang menyumbang khidmat bakti murni, sesuai dengan tema tersebut.
Penularan pandemik COVID-19 yang bermula pada awal tahun 2020, diikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan
bagi membendung penularan COVID-19, telah menghadkan semua usaha kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.
Namun, atas kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, kita berjaya meneruskan proses pembelajaran anak-anak kita, menerusi
kaedah PDPR berteras digital untuk memastikan PdP terus berjalan dan murid terus menerima pendidikan walaupun sekolah ditutup.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidik di daerah ini yang berterusan dalam mempastikan ilmu pengetahuan
dapat disampaikan kepada semua murid, dalam semua keadaan yang terpaksa di hadapi.
Dengan adanya pelantar pembelajaran digital seperti ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ atau DELIMa dan lain-lainnya,
membolehkan guru-guru kita boleh memperkasa diri dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara digital.
Guru-guru kini mengorak langkah menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan PdP secara dalam talian yang
membolehkan murid-murid dapat mengikuti kaedah pembelajaran normal baharu. Mudah-mudahan semua guru dan warga
pendidikan di daerah ini terus perkasa melaksanakan tugas masing-masing, terutama PdPR, lebih-lebih lagi dalam keadaan masalah
talian yang masih menjadi halangan. Dalam kesempatan ini, saya merakamkan, ucapan syabas dan tahniah atas ikhtiar dan
kesungguhan guru-guru mempastikan PdPR dapat diadakan, dalam apa keadaan dan halangan sekalipun.
Sesungguhnya, komitmen teguh guru-guru di daerah ini telah dapat memperkembangkan potensi murid, seterusnya
mengetengahkan bakat dan kebolehan diri sendiri, agar terus kompetitif dan komited, dalam mempastikan kejayaan cemerlang dan
kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulm dan kurikulum, pada peringkat masing-masing.
Marilah kita bersama-sama untuk terus berganding bahu, mengayun tangan, melangkah perkasa, menggembleng tenaga untuk
menjayakan agenda nasional dalam konteks pendidikan ke arah membina negara bangsa melalui pendidikan berkualiti. Sama-
samalah kita berusaha memacu tenaga demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi, seterusnya berupaya
merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.
Sempena sambutan hari guru peringkat daerah kudat pada tahun 2021 ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh
warga pendidik pejabat pendidikan daerah kudat. Tahniah dan syabas, kepada guru yang telah dinobatkan sebagai tokoh hari guru
dan tokoh kepimpinan daerah kudat tahun 2021. Tahniah juga kepada semua guru yang terpilih sebagai penerima anugerah khas hari
guru peringkat daerah kudat tahun 2021. Sekian, selamat hari guru, terima kasih cikgu.
TUAN HAJI KUSDI BIN RIBUT
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUDAT
Teks Ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Salam sejahtera, salam perpaduan. Salam Sabah hebat: katakan tidak kepada no.16, katakan ya kepada 10 terbaik. Yang Berbahagia,
Tuan Haji Kusdi Bin Ribut, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Yang berusaha En. Asung Bin Hj Japril,
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah. Yang berusaha En. Matius Bin Alok, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor
Perancangan. Yang berusaha Tuan Hj SH Zainal Abidin Bin Hj SH Shek, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran. Yang
berusaha En Amiluddin Bin Majuki, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Ketua-ketua sektor, Pengerusi
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Daerah Kudat, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kudat, Pegawai-pegawai SI
Partner, Pegawai-pegawai SiSC+, Penolong-penolong pegawai Pendidikan, Pengarah kolej vokasional, Pengetua-pengetua, guru
besar-guru besar, guru-guru serta warga kerja pejabat Pendidikan daerah kudat yang saya kasihi sekalian.
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan anugerah pengasih-Nya, sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kudat dapat
diadakan dalam suasana SOP akibat Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, termasuk kita di negera, negeri Sabah dan
daerah Kudat ini.
Tema hari guru pada tahun ini “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” sangat bertepatan dengan usaha menyuburkan
cinta kepada ilmu sebagai teras pendidikan, sekaligus menjadi sebahagian daripada cara menghargai jasa bakti dan pengorbanan
guru dalam membangunkan anak bangsa dan negara, khususnya di daerah Kudat ini. Sesungguhnya dalam usaha melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik dan pembimbing yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan, daripada tadika sehinggalah ke peringkat tertinggi. Guru adalah pemacu kepada
transformasi pendidikan negara. Setiap tahun kita telah melihat pelbagai kejayaan anak murid kita. Kejayaan tersebut tidak akan
dapat dicapai tanpa tenaga dan usaha gigih para guru.
Walaupun guru-guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan PdP secara dalam talian, namun ramai di kalangan guru yang
berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Selain
daripada itu, guru-guru di daerah Kudat juga tidak terlepas daripada melakukan pelbagai inovasi sama ada dalam kalangan
pentadbir sekolah mahupun guru-guru. Contohnya, Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah, Pengetua SMK Kudat II yang telah
memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Poster Inovasi Chuping Valley National Education 2021, Johan dalam Pertandingan
Poster Digital Inovasi dalam Konvensyen Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2021, pembentang inovasi dan kajian Tindakan di
peringkat antarabangsa.
En Beitol @ Ahmad Nasrun Bin Morusun dari SK Suangpai yang telah memperolehi Anugerah Platinum di International Summit On
Innovation and Design Exposition 2020, memperoleh anugerah Pingat Perak di International Inovation Competition-Virtual Learning
Resources Festival anjuran International Medical University pada November 2020, memperoleh anugerah Pingat Emas pada dua
inovasi yang dibentangkan di Virtual Expo of innovation Product and system design peringkat kebangsaan anjuran UniMAP dengan
Kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia pada November 2020 dan Pingat Gangsa di International Competetion for Educational
Innovation dan Reasearch-EDUINNOVATION 2020 anjuran UKM pada Disember 2020.
Puan Wielianah Binti Mojutal @ Hani Faizah Abdullah dari SMK Pianwantai yang dianugerahkan Pingat Gangsa di International
Summit On Innovation and Design Exposition 2020, Pingat Perak di International Inovation Competition-Virtual Learning Resources
Festival anjuran International Medical University pada November 2020, Pingat Emas Virtual Expo of innovation Product and system
design peringkat kebangsaan anjuran UniMAP dengan Kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia pada November 2020 dan Pingat Perak
di International Competetion for Educational Innovation dan Reasearch-EDUINNOVATION 2020 anjuran UKM pada Disember 2020.
Rojiah Binti Saiwah @ Karim dari SMK Kudat II yang telah memperoleh anugerah emas dan anugerah kedua terbaik peringkat
Antarabangsa di pertandingan Inspire To Innovate, International Innovation Competition I2I 18 Mac 2021, memenangi anugerah
Perak peringkat kebangsaan di pertandingan Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan 24-25 Mac 2021, memperoleh Anugerah
Emas( Gold Award) dan Double Gold Award Peingkat Antarabangsa di International Science and Social Science Innovation
Competition 2021 dan memperoleh kedudukan 5 teratas di International Borneo Innovation Exhibition & Competition 2021
(Innovation In New Norm).
Syabas saya ucapkan atas ikhtiar dan inovasi guru-guru sekalian. Kita proaktif untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan
dan berharap agar ada input daripada setiap lapisan warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak demi menambahbaik
pendekatan PdP dari masa ke semasa.
Sesungguhnya, komitmen utuh guru telah dapat memperkembangkan potensi murid dan mengetengahkan bakat dan
kebolehan diri sendiri amat perlu dihargai, terutama kepada guru-guru yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam
pelbagai peringkat, termasuk pencapaian pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggembleng tenaga menjayakan agenda nasional dalam konteks
pendidikan ke arah membina negara bangsa melalui pendidikan berkualiti. Sama-samalah kita berusaha memacu tenaga
demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.
Sekian. Selamat hari Guru. Terima kasih cikgu.
YBHG. DATUK DR MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
AHLI JAWATANKUASA INDUK
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PELANCARAN LAGU PPD KUDAT
PERINGKAT DAERAH KUDAT TAHUN 2021
PENGERUSI : TN HJ KUSDI BIN RIBUT
Pegawai Pendidikan Daerah Kudat
Timb. Pengerusi : EN. ASUNG BIN JAPRIL
Timb. Pegawai Pendidikan Kudat Sektor Pengurusan Sekolah
Naib. Pengerusi:
EN. MATIUS ALOK
Penyelaras I : Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan
Penyelaras II :
: YM HJ SH ZAINAL ABIDIN BIN SH SHEK
Setiausaha I : Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran
Setiausaha II :
EN. AMILUDDIN BIN MAJUKI
Bendahari : Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid
Timb. Bendahari
TN HJ BEN @ MOHD HIDAYAT BIN SALIM
Ahli Jawatankuasa Ketua Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
EN MOHD ALIZAN BIN HJ ALIAS
Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling
TN. HJ. HARRIS BIN HJ APRAIN
PN NORAMIRAH BINTI YUSOFF
EN MOHD SUKRY AS SALAM
EN ZULKEFLI TUTONG
PN EVA VERONIKA BT INOL
PN JUMAINAH BT BAKRI
Semua Pegawai SIP+
Semua Pegawai SISC+
Ketua Kaunselor Pendidikan Daerah
Pengerusi PPSMS Daerah Kudat
Pengerusi MGB Daerah Kudat
Majlis Guru Kaunseling
Majlis AKP Daerah
AHLI JAWATAN KUASA KERJA
MAJLIS PELANCARAN HARI GURU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT TAHUN 2021
MAJLIS PELANCARAN HARI GURU TAHUN 2021
SEKTOR PERANCANGAN
Bil Ahli Jawatankuasa Tindakan
1 Anugerah Khas PPD Kudat En. Bop Bin Abdul Gapor
2 Peralatan dan Rakaman En. Maxcey Michael Bejeut
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
Bil Ahli Jawatankuasa Tindakan
1 Banner dan Promosi En Manchul Bin Majujin
YM Sh Arbi Bin Sh Alam
2 Anugerah Jasamu Dikenang En Roslan Binsu
En Mohd Sharif Bin Omar
Bil Ahli Jawatankuasa SEKTOR PEMBELAJARAN
1 Teknikal Tindakan
2 Floor Manager
3 Penyediaan Teks Ucapan Pn. Sabahiah Karim
4 Bacaan Doa Ustaz Aminurrashid Bin Ibrahim
5 Persembahan Multimedia Slide YBRS Dr. Azlan Shafie Abdullah
6 Pautan Pendaftaran & SPLKPM Ustaz Mohd Hardye Bin Samin
En. Khairil Bin Wahid
En. Husmi Hussin
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Bil Jawatankuasa Tindakan
1 Pemilihan Tokoh Guru KPPD, TPPD, SIP, PPSMS & MGB
2 Nyanyian Lagu Dan Ikrar En. Mohammad Shah Bin Jaharun
3 Surat-Menyurat & Jemputan En. Haris Sahidol
4 Protokol Dan Pengacara Majlis Pn Atiah Hj. Sulaiman
En Aquino Castro Peter
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
Bil Ahli Jawatankuasa Tindakan
1 Buku Program En. Khairil Bin Wahid
Bil Ahli Jawatankuasa SEKTOR PENGURUSAN
1 Penerima APC Tindakan
2 Cenderahati dan hadiah
En Zulkepley Bin Tutong
Pn Eva Veronika Binti Inol
Pn Jumainah Binti Bakri
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Bil Ahli Jawatankuasa Tindakan
1 Ziarah Kasih En.Mohd Alizan Bin Hj Alias
Pn Anna Michael
Sambutan Hari Guru Dan Pelancaran Lagu PPD Kudat
MASA PERKARA
09.00 Pagi Persediaan peserta/ pautan dibuka
10.00 Pagi
- Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
- Bacaan doa
- Ucapan Alu-aluan PPD Kudat
- Ucapan Pengarah JPN
- Ucapan Perasmian Dan Pelancaran Lagu Rasmi - PPD Kudat
- Bacaan Ikrar Hari Guru
- Lagu Kami Guru Malaysia
- Anugerah Tokoh Guru
- Anugerah Tokoh kepimpinan
- Anugerah Jasamu Dikenang
- Anugerah Khas
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tamat : lagu Rasmi PPD Kudat