KOLEJKOMUNITI
CAWANGAN SEPANG
BUKU PROGRAM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
DAN MINGGU SUAI KENAL (MSK)
SESI I 2022/2023
UCAPAN ALUAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Sekalung tahniah dan selamat datang serta selamat menjadi warga Kolej Komuniti Kuala
Langat dan Kolej Komuniti Cawangan Sepang kepada semua pelajar kerana telah terpilih untuk
meneruskan pengajian pada sesi I 2022/2023.
Ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua pelajar kerana telah memi-
lih kolej ini sebagai pusat pengajian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi
Elektrik, Teknologi Maklumat, Animasi 2D, Pengoperasian Perniagaan, Pengembaraan
Pelancongan, Rekabentuk dan Pembuatan Perabot, Diploma Sound and Lighting serta
Perkhidmatan Logistik.
‘Di Kolej Komuniti, anda bukan hanya diberi penekanan di dalam bidang
pembelajaran dan kemahiran tetapi turut diberi pendedahan dari sudut
kepimpinan, pembangunan sahsiah diri, serta penglibatan dalam aktiviti
sukan, kokurikulum dan kebudayaan.’’
Manfaatkanlah sepenuhnya segala peluang yang ada
dengan sebaik-baiknya di kolej ini demi kesejahteraan diri
dan janganlah sesekali mensia-siakan ruang untuk menun-
tut ilmu yang telah pelajar-pelajar miliki. Minggu Suai Kenal
atau dikenali MSK adalah titik permulaan bagi pelajar-pela-
jar untuk saling mengenali di antara satu sama lain. MSK
merupakan program yang dirangka atau dibentuk bertujuan
memberi pendedahan awal kepada semua pelajar dalam
menyesuaikan diri bagi menghadapi suasana baru. Dihara-
pkan agar semua pelajar dapat mengikuti program ini
dengan baik dan penuh bersemangat serta dapat mengha-
yati setiap pengisian yang bakal diikuti supaya ia dapat
memberi impak yang besar dan menjadi panduan yang ber-
guna kepada setiap pelajar.
Akhir sekali, saya berharap agar semua pelajar berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi insan cemerlang
yang memiliki modal insan kelas pertama.
Sekian, wassalam.
En. Suhairi bin Ismail
Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Langat
dan
Kolej Komuniti Cawangan Sepang
01
SEJARAH PENUBUHAN
Jemaah Menteri pada 5hb Julai 2000 telah mempertimbangkan memorandum daripada
Menteri Pendidikan No.398/2225/00 tentang konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di
setiap kawasan parlimen. Penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti bertujuan memberi peluang
pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat untuk meningkat kemahiran dan penge-
tahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan
mudah akses. Dan melalui persetujuan Jemaah Menteri tersebut, Kolej Komuniti Kuala Langat mer-
upakan antara 34 buah Kolej Komuniti yang ditubuhkan pada 1 Mac 2003.
Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan berpin-
dah ke kampus induk pada Disember 2003 di Jalan Ubi, Jugra yang kini dikenali sebagai Jalan Sultan
Suleiman Shah. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini
pada 17 Jun 2003.
Pada awal penubuhannya, KKKL menawarkan dua kursus di peringkat sijil iaitu kursus Sijil
Teknologi Maklumat dan Sijil Perakaunan Perniagaan untuk pengambilan pertama. Pada sesi Jun
2004, Kursus Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan), Sijil Pembuatan Perabot serta Sijil Pelancongan
dan Pengembaraan telah ditawarkan. Sehingga kini, KKKL telah menawarkan satu program Diploma
dan enam Program Sijil.
Pada 10 Januari 2020, Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) telah melebarkan sayap nya
dengan membuka Kolej Komuniti Cawangan Sepang yang bertempat di Jenderam Hilir, Sepang. Kolej
ini merupakan kolej cawangan bagi KKKL dan telah pun beroperasi dengan pengambilan pelajar yang
pertama bagi program Sijil Perkhidmatan Logistik pada Jun 2020.
02
VISI DAN MISI
VISI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Menjadi Peneraju Institusi TVET yang terunggul
MISI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan
DASAR KUALITI
Dasar kualiti KKKL adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang teknologi, bisnes
dan industri perkhidmatan serta pembelajaran sepanjang hayat melalui penambahbaikan secara berterusan. KKKL
juga komited dalam memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif seiring dengan keperluan
pihak berkepentingan disamping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat
PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan setiap kursus diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran.
2. Memastikan Keputusan Peperiksaan bagi setiap pelajar sedia dirujuk 3 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa
Peperiksaan Dalaman Kolej.
3. Memastikan Keputusan Peperiksaan Lulusan Sijil dan Diploma sedia dirujuk oleh pelajar dalam masa 7 hari
bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat.
4. Memastikan kadar kebolehpasaran graduan sekurang-kurangnya 90% setiap tahun.
5. Memaklumkan status aduan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja.
6. Memenuhi keperluan komuniti melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.
7. Kemudahan kepada pelajar berkeperluan khas disediakan pada tahap minimum.
03
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN TERTINGGI
PENGARAH
EN SUHAIRI B ISMAIL
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN TIMBALAN PENGARAH CAW. SEPANG
PN. NUR AZUREEN BT JAAFAR EN. MOHAMAD SHABUDIN B MOHAMAD NOR PN. SITI NORHAYATI BT M. YUSOP
KETUA PROGRAM AKADEMIK UNIT JAMINAN KUALITI KETUA PROGRAM AKADEMIK
DSL - PN. NOORAZLINA BT HASHIM PN. KASLIA BT KASIRAN SLK - PN. YASINAH BT ABDUL RAHMAN
SDD - PN. MUNIRAH BT AHMAD ZAKI
SPP - PN. MAHANOM BT ISMAIL UNIT KEUSAHAWANAN UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN
STM - PN. NORANIZA BT MAT RASDI SYERIE NOER HIDAYATY BT MUHAMAD BASIR KOSONG
SRP - EN RAHMAT B OMAR
SKE - PN. ROZI ROSLINDA BT ABU HASSAN UNIT FASILITI UNIT KOMUNIKASI & HUBUNGAN KORPORAT
P. AM - UST. ZULKIFLI BIN ABD. RAHMAN EN. MUHAMMAD ZUKERY B MAHMAD NOR PN. PUTERI NUR AZAZILA BT MEGAT TERMIZI
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
HJ. ZAIDI B SHARIFF EN. MUHAMMAD FIRDAUS B TAUHID AHMAD
UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN
PN. FASEHAHNOOR BT YAAKOB
UNIT HUBUNGAN INDUSTRI & ALUMNI UNIT KOMPETENSI BAKAT
CIK KARIMAH BT UMAR PN. NURUL MAHFUZAH BT MOHD NOOR
UNIT PENGAMBILAN UNIT PENYELIDIKAN & INOVASI
PN. SYAMIMAH SALMI BT A. WAHAB PN. NOR SHAHIMA BT OTHMAN
UNIT SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN
EN. MUHAMMAD FIRDAUS B HARUN
UNIT ICT
PN. RIZALINA BT MOHD RADWAN
04
CARTA ORGANISASI
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR
MUHAMMAD FIRDAUS B. TAUHID AHMAD
SITI AISHAH BT MOHD SABRIE AKMA BT CHE OMAR NILI AZILA BT ISHAK
INSURANS JPP BANTUAN KEWANGAN
SAIDATUL JULIA BT SHAMSUDDIN SARASWATHY A/P DHANALINGAM MOHD KHAIRUL NIZAM BIN RADZALI
BANTUAN KEWANGAN PEGAWAI PSIKOLOGI RUMAH SEWA PELAJAR
INTAN NOR BAIZURA BT YAACOB RAHMAT B ABDULLAH MOHD SHAHRULNIZAM B JAMALUDDIN
PENGANTARABANGSAAN KETUA WARDEN KAMSIS PEGAWAI DISIPLIN / WARDEN
NURULHUDA BT ARIFFIN MOHAMAD NAKOE B HJ ABU MANSOR
KAUNTER KK CAW. SEPANG
UNIT PENGAMBILAN
PEGAWAI PENGAMBILAN
SYAMIMAH SALMI BT A WAHAB
SITI MAIZATULAKMAM BT IMAM AISHAH BT MOHD NOR NURULHUDA BT ARIFFIN FARIDAH BT NOOR MOHAMED
KK CAW. SEPANG
05
PROSES PENDAFTARAN
KAUNTER MAKLUMAT KAUNTER SOP ZON SEMAKAN KAUNTER A KAUNTER B
Pondok Pengawal PENGURUSAN COVID KENDIRI Semakan Dokumen Pendaftaran Pelajar
Pengesahan Ujian
COVID Perpustakaan, Bilik Kuliah 4.1, Aras 4 CCMS
Aras bawah
Wakaf Berhadapan Surau Bilik Kuliah 4.2, Aras 4
KAUNTER C KAUNTER D KAUNTER E KAUNTER F Bergerak ke Asrama /
Koperasi Kad Matrik Bantuan Kewangan Asrama/Rumah Rumah Sewa / Rumah
Bilik Kuliah 4.3, Aras 4 Bilik Kuliah 4.4, Aras 4 Bilik Kuliah 4.5, Aras 4 Sewa/Van Keluarga
Bilik Kuliah 3.5, Aras 3
06
JADUAL PROGRAM MSK
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Lokasi : Dewan Dato’ Hj Sidek, KKKL
8.00 - 8.30 pg 16 OGOS 2022 17 OGOS 2022 18 OGOS 2022 19 OGOS 2022
8.30 - 9.00 pg (Selasa) (Rabu) (Khamis) (Jumaat)
9.00 - 10.00 pg
10.00 - 11.00 pg Taklimat IbuBapa Sesi 1 Sarapan pagi dan pendaftaran Sarapan pagi dan pendaftaran Sarapan pagi dan pendaftaran
11.00 - 12.00 tghri Nyanyian lagu Negaraku dan Nyanyian lagu Negaraku dan Nyanyian lagu Negaraku dan
12.00 - 1.00 tgh Foyer KKKL
1.00 - 2.00 ptg Lagu Kolej Komuniti Lagu Kolej Komuniti Lagu Kolej Komuniti
2.00 - 3.00 ptg Taklimat IbuBapa Sesi 2 Ice Breaking Taklimat Akademik Lib2U - Freedom Ur Mind
3.00 - 4.00 ptg
4.00 - 5.00 ptg Foyer KKKL Majlis Perasmian MSK Taklimat Kualiti Taklimat Tour De KKKL
Sesi I 2022/2023
REHAT Taklimat Peperiksaan dan Penutup MSK Sesi I
Mesra bersama U. Pembangu- Penilaian 2022/2023
nan Pelajar & U. Pengambilan REHAT
Taklimat Sukan dan
Taklimat Keselamatan Kokurikulum
REHAT
REHAT
Slot Bersama Ketua Program
Taklimat Bantuan Kewangan (KPro) dan Penasihat
dan Insurans Akademik (PA)
Taklimat Disiplin
Taklimat Keusahawanan
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG
Lokasi :
17/08 - 18/08/2022 - Dewan Dato’ Hj Sidek, KKKL
16/08 & 19/08/2022 - KK Caw. Sepang
8.00 - 8.30 pg 16 OGOS 2022 17 OGOS 2022 18 OGOS 2022 19 OGOS 2022
8.30 - 9.00 pg (Selasa) (Rabu) (Khamis) (Jumaat)
9.00 - 10.00 pg
10.00 - 11.00 pg Taklimat IbuBapa Sarapan pagi dan pendaftaran Sarapan pagi dan pendaftaran Sarapan pagi dan pendaftaran
11.00 - 12.00 tghri REHAT Nyanyian lagu Negaraku dan Nyanyian lagu Negaraku dan
12.00 - 1.00 tgh Nyanyian lagu Negaraku dan
1.00 - 2.00 ptg Lagu Kolej Komuniti Lagu Kolej Komuniti Lagu Kolej Komuniti
2.00 - 3.00 ptg Ice Breaking Taklimat Akademik Sesi bersama Ketua
3.00 - 4.00 ptg Program (K. Pro)
4.00 - 5.00 ptg Majlis Perasmian MSK Taklimat Kualiti
Sesi I 2022/2023 Sesi bersama Penasihat
Taklimat Peperiksaan dan Akademik (PA)
Mesra bersama U. Pembangu- Penilaian
nan Pelajar & U. Pengambilan Lawatan fasiliti KK Caw.
Taklimat Sukan dan Sepang
Taklimat Keselamatan Kokurikulum
REHAT Penutup MSK Sesi I
REHAT 2022/2023
Pergerakan pelajar balik ke
Taklimat Bantuan Kewangan KK Caw. Sepang REHAT
dan Insurans
Taklimat Disiplin
Taklimat Keusahawanan
07
IKRAR PELAJAR & LAGU RASMI
IKRAR PELAJAR
“ Bahawa sesungguhnya kami berikrar dan berjanji akan mengikuti segala peraturan yang di
tetapkan oleh Kolej Komuniti dari semasa ke semasa serta syarat-syarat yang ditetapkan
untuk sesuatu yang kami ikuti.
Kami juga berjanji tidak akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang tidak diingini, yang
akan mencemarkan nama baik Kolej Komuniti.
Jika kami didapati melakukan kesalahan di atas semasa kami masih pelajar, kami dengan
rela hati sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan oleh pihak Kolej Komuniti,
termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar, dan ibubapa atau penjaga kami tidak akan
membuat sebarang bantahan ke atas hukuman yang diambil terhadap kami ”.
LAGU LAGU RASMI
NEGERI SELANGOR KOLEJ KOMUNITI
Duli Yang Maha Mulia Seia dan sekata
Selamat di atas takhta Teguh ilmu di dada
Bersama mengorak langkah
Allah lanjutkan usia Tuanku Membina generasi berjaya
Rakyat mohon restu Kitalah penerus alaf wawasan
Bawah duli Tuanku Meningkatkan bakat Insan
Bahagia Selama-lamanya Kolej Komuniti
Aman dan sentosa Di sini medan menggapai bintang
Duli Yang Maha Mulia Terus berbakti dan cemerlang
Bersama menabur jasa
Jiwa Satu Malaysia
Megahmu di mercu jaya
Berbudi menjadi nyata
08
PENASIHAT AKADEMIK SEM 1
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Pn. Siti Aishah binti Mohd Sabrie En. Mohd Fauzan bin Md Sardi
SPP 1 SDD 1
Pn. Kaswati binti Salleh YM Tengku Faslidapati bin Tunku Mansor
STM 1A STM 1B
Pn. Izashahida binti Zainal Pn. Saidatul Julia binti Shamsuddin
SKE 1A SKE 1B
En. Mohd Zahri bin Md Said Pn. Intan Nor Baizura binti Yaacob
SKE 1C SPL 1
En. Mazliaripudin bin Mat Jusoh Pn. Jamunarani A/P Muthusamy
SRP 1 DSL 1
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG
Pn. Roslina binti Ahmad
SLK 1A
09
PERATURAN AM KAMPUS
10
PERATURAN PELAJAR
DISIPLIN
Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976]
dan pindaan-pindaannya dibaca bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Kolej
Komuniti.
LARANGAN MEROKOK
Kawasan kampus/kolej adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK.
KAD PELAJAR
1. Kad pelajar @ kad matrik mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kawasan
kampus/kolej.
2. Anda tidak dibenarkan untuk memakai atau meminjam kad milik pelajar lain.
3. Anda tidak dibenarkan menconteng atau mengubahsuai atau dipinda tanpa kebenaran pihak
berkuasa kolej.
TATATERTIB LALULINTAS
1. Pelajar yang membawa kenderaan di kolej mestilah mendaftarkan kenderaan tersebut kepada
pihak HEP.
2. Mempamerkan pelekat kenderaan.
3. Mematuhi had laju yang ditetapkan.
4. Meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan.
5. Tidak membawa atau membonceng yang bukan muhrim
6. Memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal.
7. Mempunyai lesen memandu yang sah serta menggunakan kenderaan yang mempunyai cukai jalan
yang sah.
KESALAHAN JENAYAH
1. Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati bersalah atas kesalahan jenayah, tindakan yang
boleh diambil adalah sebagaimana berikut :
i. digantung menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(1)].
ii. diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(2) dan 14(3)].
iii. dalam masa menunggu keputusan perbicaraan, ia tidak boleh berada di dalam atau memasuki
kampus Kolej Komuniti Kuala Langat.
2. Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan oleh mahkamah luar atau mahkamah syariah perlu
disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang akan melibatkan tindakan penggantungan atau
pemberhentian pelajar dari Kolej Komuniti Kuala Langat.
3. Contoh kesalahan jenayah :
i. Mencuri
ii. Merogol, mencabul
iii. Khalwat, perlakuan sumbang
iv. Dadah
v. Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mengikut kanun keseksaan 1111
PERATURAN PELAJAR
PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI PELAJAR
Pelajar Lelaki
1. Rambut mestilah sentiasa pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak berfesyen.
2. Memakai baju kemeja atau ’T’ perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
3. Memakai baju T-shirt berkolar yang bersesuaian dan tidak mempunyai gambar yang tidak sopan
atau pun unsur politik.
4. Memakai baju kebangsaan (baju melayu) yang lengkap bersamping, berkasut, bersongkok hitam
5. Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar jeans atau seluar potongan jeans.
6. Barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai tidak dibenarkan sama sekali.
7. Begitu juga beg yang mempunyai unsur-unsur ganas dan jenayah adalah tidak dibenarkan.
8. Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang sesuai sebagai seorang pelajar.
9. Memakai kasut lengkap dengan stokin.
10. Memakai pakaian bengkel ketika berada di bengkel.
CONTOH ETIKA BERPAKAIAN DI KAMPUS
12
PERATURAN PELAJAR
PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI PELAJAR
Pelajar Perempuan
1. Rambut mestilah sentiasa pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak berfesyen serta diurus
dengan rapi. Bagi pelajar muslimah diWAJIBkan bertudung.
2. Tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata, ketat, jarang, singkat, nipis, terbelah
dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.
3. Memakai T-shirt lengan panjang dan di bawah aras punggung.
4. Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar jeans atau seluar potongan jeans.
5. Tidak memakai perhiasan diri secara berlebihan.
CONTOH ETIKA BERPAKAIAN DI KAMPUS
13
SENARAI KESALAHAN
MENGIKUT KATEGORI
1.0 RUPADIRI
1.1 Berambut panjang bagi pelajar lelaki
1.2 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan
1.3 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan Kolej Komuniti
1.4 Memakai barang perhiasan bagi pelajar lelaki
2.0 KAD PELAJAR
2.1 Tidak memakai Kad Pelajar
2.2 Memakai atau menggunakan Kad Pelajar lain
3.0 GANGGUAN SEKSUAL
3.1 Melakukan gangguan secara lisan – kata-kata, gurauan, bunyi, soalan, panggilan telefon berbentuk ancaman
atau cadangan seksual
3.2 Membuat isyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan/kerlingan yang membayangkan sesuatu niat/keinginan
3.3 Melakukan gangguan visual seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur
seksual, mendedahkan bahagian sulit
3.4 Melakukan gangguan fizikal seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, menggesel badan,
memeluk, mencium dll
3.5 Melakukan gangguan psikologi seperti mengulangi jemputan sosial yang tidak diterima, memujuk untuk bercumbu, dll
4.0 VANDALISME
4.1 Merosakkan harta benda milik Kolej Komuniti, kerajaan, awam atau orang perseorangan
4.2 Menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi
4.3 Merosakkan tanaman di dalam/luar premis Kolej Komuniti
4.4 Mengotorkan kawasan/bangunan Kolej Komuniti
5.0 JENAYAH
5.1 Berjudi, bertaruh atau loteri
5.2 Mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut atau menculik
5.3 Mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual dadah
5.4 Mengugut atau membuli
5.5 Bergaduh atau bersubahat dengan pergaduhan
5.6 Menganggotai/memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan haram
5.7 Terlibat dengan kegiatan pelacuran
5.8 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar,menjual dan mempamer senjata merbahaya
5.9 Terlibat dengan demonstrasi haram
5.10 Memboikot/memulau aktiviti sah Kolej Komuniti
5.11 Memungut/cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan badan atau kumpulan pelajar
5.12 Menghasut untuk tujuan memburukkan nama baik Kolej Komuniti
5.13 Menghasut pelajar lain melanggar tatatertib
5.14 Menghasut untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan
5.15 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/bahan kimia yang
memabukkan/mengkhayalkan
5.16 Memberi atau menyebarkan maklumat palsu
5.17 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa Kolej Komuniti atau pihak lain yang terlibat dengan
Kolej Komuniti
5.18 Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan Kolej Komuniti
yang diberi kuasa
5.19 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau diysaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah
14
SENARAI KESALAHAN
MENGIKUT KATEGORI
6.0 KELAKUAN TIDAK SOPAN
6.1 Bercumbu-cumbuan
6.2 Berkhalwat
6.3 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan
lucah (porno)
6.4 Biadap terhadap kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti
6.5 Menghisap rokok di dalam kawasan premis/kampus
6.6 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
6.7 Mabuk kerana minuman atau bahan yang diambil untuk memabukkan atau mengkhayalkan
6.8 Membantah secara lisan atau bertulis mengenai keputusan pihak Kolej Komuniti tanpa melalui saluran yang
ditetapkan
7.0 LALULINTAS
7.1 Tidak mendaftar kenderaan bermotor persendirian yang digunakan di dalam kawasan kampus
7.2 Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh Kolej Komuniti
7.3 Tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah
7.4 Tidak mematuhi had laju yang ditetapkan
7.5 Menggunakan kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi bising yang kuat
7.6 Tidak memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal
7.7 Membawa lebih daripada seorang pembonceng motosikal
7.8 Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang tidak dibenarkan
7.9 Membawa pembonceng berlainan jantina
7.10 Tidak mematuhi arahan dan tanda lalulintas di dalam kawasan kampus
7.11 Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
15
AJK PENDAFTARAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT EN. SUHAIRI BIN ISMAIL
PN. NUR AZUREEN BINTI JAAFAR
PENGERUSI EN. MOHAMAD SHABUDIN BIN MOHAMAD NOR
NAIB PENGERUSI I PN. SYAMIMAH SALMI BINTI A. WAHAB
NAIB PENGERUSI II EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN TAUHID AHMAD
PENGARAH PROGRAM EN. MUHAMMAD HUSAINI BIN SHAMSURI
MINGGU SUAI KENAL EN. MOHD ZAHRI BIN MD SAID
VIDEO DAN FOTOGRAFI PENDAFTARAN DAN MSK PN. RIZALINA BINTI MOHD RADWAN
SIARAYA, MEDIA & TEKNIKAL PN. NORHIDAYA BT RUSTAM
PEMANTAUAN CCMS EN.SAMSUL SWARDY B AHMAD
KAD MATRIK EN. MOHD FAUZAN BIN MD. SARDI
PN. MUNIRAH BINTI AHMAD ZAKI
PENDAFTARAN KAUNTER KHAS PN. SITI NURHIDAYAH BINTI SHADAN
PENDAFTARAN CCMS PN. SYAMIMAH SALMI BINTI A. WAHAB
PN. SITI MAIZATULAKAM BINTI IMAM
PENGINAPAN PELAJAR KAMSIS PN. ROSLIZA BINTI CHE HASHIM
PN. ZARIMAH BINTI ZAKARIA
RUMAH SEWA PN. INTAN NOR BAIZURA BINTI YAACOB
PENILAIAN HARI PENDAFTARAN DAN MSK PN. IZASHAHIDA BINTI ZAINAL
KAUNTER KOPERASI PN. ROHAYATI BINTI YUSOF
PN. NURHASYINDA BINTI SHAHIDAN
BUKU PROGRAM DIGITAL PN. NORANIRA BT MAAMIN
KAUNTER PENGAMBILAN DAN PERALATAN PENDAFTARAN PN. RASHIDAH BINTI ABU
PENGURUSAN SOP COVID PN. SHARINA BINTI SAFIEE
LALULINTAS, PARKING DAN TANDA ARAH USTAZ RAHMAT BIN ABDULLAH
EN. MOHD SHAHRULNIZAM BIN JAMALLUDIN
PERSIAPAN TEMPAT & BANNER PN. WAN SAZLINA BINTI SAIFUDIN
JPP & SUKARELAWAN
EN. MOHD KHAIRUL NIZAM BIN RADZALI
PN. SARASWATHY A/P DANALINGAM
PN. NOR SHAHIMA BINTI OTHMAN
PN. SHAAKIROH BINTI MURAD
PN. SAIDATUL JULIA BINTI SHAMSUDDIN
PN. FASEHAHNOOR BINTI YAACOB
PUTERI INTAN BAIZURA BINTI ABDUL AZIZ
PN. NURUL MAHFUZAH BINTI MOHD NOOR
PN. SURIAWATI BINTI MOHD FADZIL
PN. NURUL HUDA BINTI ARIFIN
PN. JAMUNARANI A/P MUTHUSAMY
PN. NURUL HAYATI BINTI SHAMSURI
EN. HARIS BIN AHMAD HAMSANI
EN. MOHD NASARUDIN BIN MUSTAPHA
EN. MOHD YAZID BIN MOHAMED HAIDIR
EN. MUHAMAD ZUKERY BIN MAHMAD NOR
YM TENGKU FASLIDAPATI BIN TUNKU MANSOR
EN. RAHMAT BIN OMAR
EN. MOHAMAD SSIBAH BIN ISMAIL
EN. MUHAMED AYOB BIN AHMAD
16
AJK PENDAFTARAN
KAUNTER BANTUAN KEWANGAN PN. NILI AZILA BINTI ISHAK
PN. SITI AISHAH BINTI MOHD SABRIE
PENYELARASAN JPP & SUKARELAWAN PN. AKMA BT. CHE OMAR
PEMANTAUAN DISIPLIN DAN RUPADIRI PELAJAR UST. ZULKIFLI BIN AB RAHMAN
PN. NURJUITA BINTI HAMIDON
KAUNTER SEMAKAN DAN PENGESAHAN DOKUMEN PN. AISHAH BINTI MOHD NOR
PN. MAHANOM BINTI ISMAIL
PN. MARINA BINTI MOHAMED ZAHIDI
PN. NURSURIATI BT. MOHD BADLI
PN. HANITA BINTI ADNAN
PN. FARAH HIDA BINTI MUHIDDIN
PN. NOOR AINI BINTI MATTAR
PN. PUTERI NUR AZAZILA BINTI MEGAT TERMIZI
PN. NORAZIZAH BT MISDUKI
PN. NORHAYAH BT SABTU
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG PN. SITI NOR HAYATI BINTI M. YUSOP
CIK FARIDAH BINTI NOOR MOHAMED
NAIB PENGERUSI III CIK NURUL ATIQAH BINTI ALI ASPAR
PENDAFTARAN CCMS PN. AZREEN NUR BINTI SARUDIN
KAUNTER KOPERASI PN. ROSLINA BINTI AHMAD
PENGINAPAN PELAJAR RUMAH SEWA PN. YASINAH BINTI ABDUL RAHMAN
SEMAKAN DOKUMEN PENDAFTARAN PN. SITI MARIAM BINTI ROSLAN
EN. MUHAMMAD ADIB BIN ISHAK
PERSIAPAN TEMPAT & TANDA ARAH EN. MOHAMAD NAKOE BIN HAJI ABU MANSUR
PENGURUSAN SOP COVID’19 Ts. WAN NURUL HIDAYAH BT WAN MOHAMAD AKIL
KAUNTER BANTUAN KEWANGAN
PENILAIAN HARI PENDAFTARAN DAN MSK
17
KolejKomunitiKualaLangat kolejkomuniticawangansepang kkcawsepang
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG
JALAN SULTAN SULEIMAN SHAH, JUGRA WISMA AZIZ DAN RAHMAH
42700 BANTING, KUALA LANGAT JALAN WARISAN PUTRA 1
SELANGOR DARUL EHSAN KAMPUNG JENDERAM HILIR
TEL : 0331202030 | FAKS : 0331202080 43800 DENGKIL, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 0387601484 | FAKS : 0387601961