The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat guru dan kakitangan SKK bil.3/2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashaliza masdar, 2020-12-11 02:18:47

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 3/2020

Mesyuarat guru dan kakitangan SKK bil.3/2020

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG, JALAN DATO’ HAMZAH,
41000 KLANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 03 / 2020

Tarikh : 11 November 2020 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet
Kehadiran : 62 orang

NAMA JAWATAN

1. En Mohd Hasni bin Abdul Hamid Guru Besar
2. Pn Zuraidah binti Kamsah Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn Suzana binti Aziz Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. En Zurani bin Asfar Penolong Kanan Kokurikulum
5. En Ahmad Nadzri bin Salleh Penolong Kanan PPKI
6. Pn Juhana binti Hamzah Guru Data
7. En Mohd Zaidon bin Din Guru Bimbingan & Kaunseling
8. Pn Nor Hazita binti Hasan Guru Media
9. Pn Mashaliza binti Masdar
10. Pn Nornadiah binti Senin
11.Pn Yusfauzilah binti Mohd Yunus
12. Cik Nur Syarafina Awanis bt Abdul Rahman
13. Pn Norashikin bt Md Yusoff
14. Pn Nurul Izzati bt Mohd Zain
15. En Azman bin Dahali
16. Pn Helda Mapan
17. En Harun bin Nawari
18. Pn Siti Hawa binti Ruslaini
19. En Wan Muhammad Anas bin Zambri
20. En Abdul Rahim bin Sabran
21. En Zulkarnain bin Mohamad
22. Cik Nazirah binti Alan Hafifi
23. Pn Fairoes binti Abd. Shukor
24. En Wan Mu’adzam bin Wan Abidin
25. Pn Rosyatimah binti Ali
26. Pn Siti Masriza binti Mohd Hairi
27. Pn Nurnajwa binti Abdul Latiff
28. Pn Mas Iza binti Abdul Rahman
29. Pn Siti Zaliha binti Md Kassim

1

30. En Syed Rahmad bin Syed Baharom Ketua Pembantu Tadbir
31. En Fazly Aizam bin Fawie Pembantu Tadbir
32. Pn Yushanthini a/p Sathasivam Pembantu Operasi
33. Pn Vanita a/p S.Jeyaseelan PPM PRA CALIPH
34. Cik Vutayathaanu a/p Chandra Sekaran PPM PRA GENIUS
35. Cik Esther Joan Dawson PPM PPKI
36. Pn Nagakumari a/p Suppiah PPM PPKI
37. Pn Sasirega a/p Narayanasamy Guru ganti
38. Pn Nur Izzati binti Ab Halim
39. Pn Nuranisah bt Awang
40. Cik Siti Suhanah binti Mukhruni
41. Pn Siti Zainun binti Mat Janum
42. Pn Zuraina binti Zainal Mohthar
43. Cik Siti Noor Nadiawani bt Mohd Zulkifli
44. Pn Zuraida bt Mohd Noor
45. Pn Normarziah bt Mat Isa
46. Pn Hasnoni binti Hasan
47. Cik Amy Lim Mei Huey
48. En Nazri bin Sahmad
49. Pn Maisarah binti Ishak
50. Cik Wan Nor Diyana binti Wan Ahmad
51. Pn Maziana binti Mohd Adnan
52. Pn Hermiyanti binti Sain
53. Pn. Siti Aimy binti Mohd Khidzir
54. Pn Syahidatul Husna binti Zulfahrin
55. Pn Jariah bt Troki
56. En Mohd Hafizan Halib
57. Pn Azimah binti Zainul Hashimi
58. Cik Nurul Amirah binti Abdul Kathar
59. Pn Zarina binti Zabidi
60. Cik Marliani binti Mislan
61. Cik Sharifah Izzatul Syahirah bt Syed Rahmad

Turut hadir : PK Kokurikulum (baru lapor diri)
1. En Mohd Nazrul bin Husain

Urus setia Mesyuarat :
1. Pn Mashaliza binti Masdar

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI - EN MOHD HASNI BIN ABDUL HAMID, GB SK KLANG.
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan AKP dalam

mesyuarat guru bil.3/2020 meskipun mesyuarat dibuat secara online.

2

1.2 Pengerusi mengalukan kehadiran PK Kokurikulum yang baru melapor diri, En. Mohd
Nazrul bin Husain yang bertukar dari SK Johan Setia ke SK Klang bagi menggantikan En.
Zurani bin Asfar yang bertukar portfolio sebagai PK HEM di SK Methodist.
Tindakan : Makluman

1.3 PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN MESYUARAT PENYELARASAN DIPENGERUSIKAN
OLEH PUAN MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA KPPD KLANG :
1.3.1 Berkaitan penutupan institusi pendidikan kita perlu akur. Ikuti semua peraturan
dan SOP, misalnya bilangan ‘staff’ yang minimum, penjarakan sosial serta sentiasa
menjaga kebersihan diri.
1.3.2 Menghubungi PKD jika ada kes covid-19 dan jangan beri sebarang kenyataan
kepada pihak media. Semua pihak perlu bekerjasama memutuskan rantaian covid-
19.
1.3.3 PPD ada menerima aduan berkaitan PdPR online. Diharapkan antara guru dan
client (ibubapa) jangan ada salah faham dalam cara penyampaian dan komunikasi.
Pelajari kemahiran berkomunikasi supaya maklumat dapat disampaikan dan
diterima dengan jelas.
1.3.4 Pemantauan PGB terhadap PdP guru perlu dilaksanakan semasa PKPB.
1.3.5 Pertukaran dan pengurusan PPP dan AKP dalam jawatan sedang dilaksanakan atas
sebab keperluan perkhidmatan. Pihak sekolah perlu akur kerana PPD dalam
proses membuat pergerakan PT dan PO.
1.3.6 Penjawat awam bertanggungjawab memelihara integriti Perkhidmatan Awam
semasa menggunakan kemudahan sosial di internet. Larangan melibatkan diri
dalam aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai tidak menzahirkan taat setia kepada
YDP Agong, negara dan kerajaan (boleh dikenakan tatatertib).
1.3.7 Tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas penjawat awam yang mengemukakan
sijil cuti sakit palsu atau meminda sijil cuti sakit. PGB berhak menghubungi klinik
yang mengeluarkan sijil cuti sakit untuk tujuan pengesahan.
1.3.8 Semua warga kerja diminta mengemaskini e-operasi dan hrmis, masih ada
dikalangan guru yang alamat hrmis ditempat lain bukan alamat terkini.
1.3.9 Semua warga kerja perlu selesaikan LADAP 5 hari.
Tindakan : Makluman
1.3.10 Memastikan prosedur kewangan dipatuhi – rujuk pekeliling, surat siaran berkaitan
kewangan.
Tindakan: Ketua Pembantu Tadbir

3

1.4 SEKTOR PEMBELAJARAN - Hasil kunjung bantu:

1.4.1 Belanjawan panitia kurang dibincangkan dalam mesyuarat kerana tiada catatan
dalam minit mesyuarat panitia.

Tindakan : Ketua Panitia

1.4.2 Intervensi, KBAT, PAK21 kurang dibudayakan di sekolah.

1.4.3 PLC – peranan pentadbir untuk menggalakkan PLC

1.4.4 Guru kelas pemulihan tidak boleh jadi guru ganti.

Tindakan: Makluman

1.5 SEKTOR PERANCANGAN.

1.5.1 Setiap panitia perlu sediakan perancangan strategik 2021-2025.

1.5.2 Pelan PPPM sekarang gelombang ke-3. Tindakan: Ketua Panitia
1.5.3 EMIS - pastikan data diisi dengan betul. Tindakan: Makluman

1.5.4 Isu-isu berkaitan kehadiran pelajar ke sekolah unit HEM, Disiplin perlu isi dalam
SSDM. Waktu PKPB merupakan waktu terbaik untuk semua unit kemas kini fail.

Tindakan : PK HEM & Guru Disiplin

1.5.5 Kaunseling perlu diambil perhatian dan tindakan oleh guru kaunseling sekolah.

Tindakan : Guru Kaunseling

2.0 PENGESAHAN MINIT.
2.1 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bilangan 02/2020.
Dicadangkan oleh En. Harun bin Nawari
Disokong oleh Pn. Maisarah binti Ishak

3.0 PERKARA BERBANGKIT.
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA BAHARU.
4.1 LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN – PN. ZURAIDAH BINTI KAMSAH

4.1.1 Tahniah kepada semua guru kerana dapat melaksanakan PdPR dengan baik.
4.1.2 PdPR dilaksanakan secara online dan offline.

4.1.2.1 PdPR Online :
4.1.2.1.1 Maklumkan kepada ibu bapa murid tahap 2, PBD sebagai pentaksiran

bagi menggantikan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun).
4.1.2.1.2 Guru perlu memaklumkan / mengingatkan murid-murid tentang jadual

waktu PdPR secara bertulis atau ‘voice mail’.
4.1.2.1.3 Paparkan nama murid yang respon dan berikan pujian sebagai cara

merangsang murid lain untuk belajar.
Tindakan : Semua guru
4

4.1.2.2 PdPR Offline :
4.1.2.2.1 Dropbox – Pemulangan semua buku aktiviti dan buku tulis murid.

Maklumkan pada ibubapa supaya mengambil buku dan bahan belajar pada
waktu yang akan ditetapkan oleh ajk dropbox.

Tindakan : Guru Kelas / Pn. Fairoes

4.1.3 Kaedah pelaksanaan PdPR – Google classroom, google meet, google form, nota
pengajaran (bertulis/ rakaman video), kuiz, kahoot, tik tok (edutok) atau video
pengajaran guru.

4.1.4 Guru yang melaksanakan PdPR perlu mengisi google form setiap hari, melalui
pautan link yang disediakan kementerian.

4.1.5 Subjek yang tiada dalam jadual online, guru subjek boleh beri projek. Misalnya model,
video, buku skrap, kad ucapan dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
Tindakan : Semua guru

4.1.6 Minggu Pusat Sumber masih ada aktiviti yang belum dilaksanakan. Guru boleh guna
pelbagai kaedah, contoh buat pertandingan video risensi buku, pertandingan tulisan
khat, azan, hafazan dan lain-lain.
Tindakan : Makluman

4.1.7 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ( PBD ) AKHIR TAHUN 2020
4.1.7.1 Semua guru subjek perlu mengisi tahap pencapaian murid selewat-lewatnya
15/11/2020. Cetak 2 salinan simpan dalam fail peribadi murid.
Tindakan : Guru Subjek / Guru Kelas

4.1.7.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah kosongkan bahagian TP dan buat catatan
‘murid ini tidak dapat dinilai kerana tidak hadir mulai …’
Tindakan : Semua guru

4.1.8 Pembelian barang oleh panitia.
4.1.8.1 Isi nota minta – isi diruangan Perihal Barang dan Kuantiti sahaja, manakala
ruangan lain kosongkan. Apabila selesai serahkan pada Cc Husna untuk
dapatkan 3 sebut harga.
Tindakan : Ketua Panitia

4.1.9 Fail Panitia –
4.1.9.1 Sehingga kini hanya 7 panitia yang telah hantar. Tahniah untuk panitia
BM,TMK,MZ,RBT,PI,MT dan Sejarah.
Tindakan : Ketua Panitia

4.1.10 Borang keberhasilan.
4.1.10.1 Diharap semua guru telah menghantar borang keberhasilan dan evidens
PdPR secara online. Tarikh akhir penghantaran borang pada 5.11.2020.
4.1.10.2 Cara penulisan borang keberhasilan mestilah KPI guru yang memberi impak
kepada murid. Boleh diukur, ada bilangan, masa dan kos. Bukan tugas
rutin harian.

5

4.1.10.3 KPI jangan terlalu rendah, contoh 90% mencapai TP1. Pencapaian murid
perlu lihat TOV. Jika melebihi sasaran, tandakan bahagian melebihi sasaran
dan beri evidens. Sasaran boleh ditulis antara 5-20 item sahaja.
Tindakan : Semua guru

4.1.11 Kursus KSSR Tahun 5 Semakan 2017.
4.1.11.1 Tahniah kepada semua peserta kursus KSSR Tahun 5. Setelah selesai kursus
pastikan panitia buat penataran. Tahniah kepada Panitia Sains, BM dan
Matematik kerana telah selesai buat penataran.
4.1.11.2 Hantar laporan softcopy kepada PK Kurikulum selewat-lewatnya pada
13/11/2020. Pastikan ada sijil dan bukti penyertaan dalam laporan.
Tindakan : Ketua Panitia

4.1.12 Kemaskini bilik-bilik khas semasa PKPB.
4.1.12.1 Guru dibenarkan mengemaskini bilik-bilik khas, walaubagaimanapun perlu
memaklumkan kehadiran kepada Guru Besar terlebih dahulu.
Tindakan : Penyelaras Bilik-bilik Khas

4.1.13 Dialog Prestasi PBD Tahap 1
4.1.13.1 Tahniah kepada guru subjek Tahap 1 atas peningkatan pencapaian
yang amat memberangsangkan.
4.1.13.2 Terima kasih juga kepada Penyelaras PBD, Pn. Maisarah binti Ishak yang
sentiasa membantu mendapatkan maklumat dan menyediakan bahan
untuk PBD.
4.1.13.3 Intervensi SK Klang telah mendapat pujian daripada Timbalan Pegawai PPD
Klang, Pn. Saadah . Intervensi dalam subjek Sains dan Bahasa Inggeris.
Tindakan : Makluman

4.2 UNIT HAL EHWAL MURID -. PN. SUZANA BINTI AZIZ (PK HAL EHWAL MURID)
4.2.1 Terima kasih atas kerjasama semua unit di bawah HEM dengan kerja buat
sepanjang tahun 2020.
4.2.2 Mohon kerjasama semu guru kelas apa yang Cikgu Zaidon muatnaik dalam
whatsapp dipanjangkan ke whatsapp kelas masing-masing.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.3 Bantuan murid.

4.2.3.1 BAP RM100 telah selesai diagihkan.
4.2.3.2 KWAMP – masih ada beberapa lagi ibu bapa yang belum ambil.
4.2.3.3 RMT ditangguhkan sehingga tahun hadapan (2021).
4.2.3.4 Bantuan susu – sekolah telah menerima 400 kotak susu, tetapi tidak

dapat diedarkan kerana PKPB. Oleh itu susu akan diedarkan pada tahun
hadapan (2021). Untuk murid tahun 6 susu akan diberi semasa murid
mengambil sijil tamat sekolah.

6

4.2.4 Penempatan Tingkatan 1

4.4.4.1 Telah selesai
4.4.4.2 Kelas agama masih dalam semakan.
4.4.4.3 PKSK- ditangguhkan
4.4.4.4 Penempatan – Keputusan akan keluar pada 31.12.2020 dan boleh dicetak.

4.2.5 Pemulangan buku teks.

4.2.5.1 Tahun 6 – akan dimaklumkan kemudian kaedah dan tatacara pemulangan
buku teks.

4.2.5.2 Tahun 1-5 – diminta murid menyimpan dahulu buku teks tersebut.

4.2.6 Laporan unit-unit HEM.

4.2.6.1 Semua unit HEM boleh mula menyediakan laporan aktiviti tahun 2020.

4.2.6.2 Sediakan perancangan strategik untuk tahun 2021-2025.

4.2.7 Facemask sumbangan Kerajaan Negeri Selangor.

4.2.7.1 Tahun 6 beri semasa murid ambil sijil berhenti sekolah.

4.2.7.2 Tahun 2-5 beri pada tahun hadapan (2021)

4.2.7.3 Tahun 1- murid baru (tahun 2021) sahaja yang tidak dapat face mask.

4.2.8 Nombor telefon ibubapa.

4.2.8.1 Guru diminta tidak memberi nombor telefon ibubapa murid kepada
pihak luar. Jika ada sebarang masalah diluar cikgu dilarang masuk
campur.
Tindakan : Makluman

4.3 UNIT KOKURIKULUM – EN. ZURANI BIN ASFAR (PK KOKURIKULUM)

4.3.1 Laporan Pajsk 2020.

4.3.1.1 Tarikh tutup Pajsk PPD ialah 15.12.2020.
4.3.1.2 Kehadiran kokurikulum buat minima ialah 5 hari.
4.3.1.3 Pajsk – guru penasihat sila ambil fail aktiviti mingguan untuk mengisi data

pajsk.
4.3.1.4 Sijil dan markah akan diberi kepada murid tahun 6.
4.3.1.5 Data pajsk perlu diisi oleh guru penasihat, guru kelas tolong semak dan

cetak kemudian simpan dalam fail peribadi.
4.3.1.6 Murid-murid yang menjadi wakil sekolah markah akan diisi oleh Pn. Siti

Hawa.
4.3.1.7 Sijil penyertaan murid perlu disertakan.

Tindakan : Guru Penasihat Unit Beruniform,
Kelab/Persatuan & Sukan

4.3.2Fail Unit Beruniform, Kelab/ Persatuan dan Sukan/Permainan.

4.3.2.1 Selepas mengisi portal pajsk – semua dokumen dalam fail aktiviti
mingguan pindahkan ke fail induk.

7

4.3.2.2 Sediakan juga laporan tahunan setiap unit dan simpan dalam fail induk.

Tindakan : Guru Penasihat Unit Beruniform,
Kelab/Persatuan & Sukan

4.4 UNIT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) -EN AHMAD NADZRI BIN SALLEH.

4.4.1 Elaun Murid Khas (EMK) pastikan tiada murid tercicir.
. Tindakan : En. Wan Mua’dzam

4.4.2 PdPR online – tahniah semua guru PPKI dapat menjalankan PdPR online setiap
hari mengikut jadual yang ditentukan. Respon dari ibubapa juga bagus.

4.4.3 Pn. Nurul Atika telah bertukar ke SK Kampung Idaman. Pertukaran ini kerana
terdapat lebihan PPM. Untuk makluman guru PPKI juga ada lebihan 2 orang.

4.4.4 Semua guru PPKI diminta sentiasa bersedia untuk dipanggil hadir ke sekolah jika
wakil PPD datang sekolah untuk memantau. Semua guru PPKI perlu berada di
stesen bertugas.
Tindakan : Guru PPKI

4.5 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.5.1 Tiada pembentangan kertas kerja atau laporan.

5.0 HAL-HAL LAIN.
5.1 Salam perkenalan dari PK Kokurikulum yang baru lapor diri En. Mohd Nazrul bin
Husain. Beliau memaklumkan banyak perubahan yang berlaku dalam pendidikan
sepanjang tahun 2020 kesan dari wabak covid-19, oleh itu semua guru perlu
bersedia dan kerjasama semua guru amatlah diharapkan
5.3 Pihak sekolah bercadang membina tempat menunggu murid .
Tindakan : Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN.
6.1 Mengaharapkan semua guru berdoa supaya covid 19 ini terhapus dari dunia ini.
6.2 Jika ada guru yang mahu hadir ke sekolah sila maklumkan terlebih dahulu kepada
Guru Besar.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 tengahari.

Pencatat Minit : Disemak oleh :

MASHALIZA BINTI MASDAR MOHD HASNI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha 1 Guru Besar
Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Klang

Tarikh : 11 November 2020
- Ini adalah cetakan komputer dan tidak perlu ditandatangani

8


Click to View FlipBook Version