The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASSIGNMENT BERTIGA (PENGANTAR PENULISAN -SBLM1023)

1. MOHD FAIZOL BIN HASSAN (290393)
2 NURDIANA BINTI ABD LATIF (290438)
3.NOORATIFAH BINTI GULAM (290427)

PENSYARAH
DR. MOHAMAD ZAKUAN BIN TUAN IBHARIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faizol Hassan, 2023-10-19 06:42:53

SBLM 1023- PENGANTAR PENULISAN ( TUGASAN 3)

ASSIGNMENT BERTIGA (PENGANTAR PENULISAN -SBLM1023)

1. MOHD FAIZOL BIN HASSAN (290393)
2 NURDIANA BINTI ABD LATIF (290438)
3.NOORATIFAH BINTI GULAM (290427)

PENSYARAH
DR. MOHAMAD ZAKUAN BIN TUAN IBHARIM

Keywords: PENGHAN

B U L E T I N U U M EDISI PERTAMA : OKTOBER 2023 PDRM TINGKATKAN SEMANGAT SUKAN DALAM KALANGAN ANGGOTA “SUKAN & MASYARAKAT” SEMESTER JULAI 2022/2023 SBLM 1023 PENGHANTAR PENULISAN MOHD FAIZOL bin hassan 290393 NUR DIANA bINtI abd latif 290438 NOORATIFAH bINtI gulam 290427


TINTA EDITOR Salam Sejahtera, Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas penghasilan Buletin Sukan Trio Fit Edisi Pertama ini. Buletin ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta berkongsi berita menarik tentang sukan dan masyarakat di dalam negara, mahupun di peringkat antarabangsa. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sukan merupakan salah satu agenda penting negara di dalam menerapkan konsep kesihatan sejagat dan mengeratkan ikatan sosial masyarakat. Sukan mampu merentasi sempadan negara dan benua antarabangsa yang membawa pelbagai inisiatif serta mesej berhubung pembangunan sosial, ekonomi dan hubungan diplomatik. Jika ada resepi yang mampu menyatukan dunia, maka sukan adalah kuncinya. Di dalam aspek pembangunan masyarakat dan organisasi, sukan tidak pernah mengenal peringkat umur, bangsa, etnik, golongan, taraf masyarakat dan elemen lain. Sidang redaksi buletin ini cuba mengolah konsep sukan daripada sudut selain daripada aspek kesihatan fizikal dan mental semata-mata, malah, sukan juga dapat memupuk nilai kemasyarakatan, pembangunan sosial serantau, pembudayaan nilai korporat dan penyatuan ummah. Diharap dengan penghasilan buletin ini akan dapat menyemai elemen positif, nilai murni dan harmoni di kalangan pembaca yang mewakili masyarakat Malaysia secara keseluruhannya, InsyaALLAH. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami di dalam pengembaraan sukan secara holistik dengan semangat yang membara. Majulah sukan untuk negara! SIDANG PENGARANG SIDANG PENGARANG ISI KANDUNGAN SUKAN DAN MASYARAKAT BERITA SAMPINGAN RUANGAN KREATIF SUDUT INFORMASI RUANGAN IKLAN SUKAN PDRM penyelia NOORATIFAH BINI GULAM PENERBIT MOHD FAIZOL BIN HASSAN KETua editor NURDIANA BINTI ABD LATIF


ISI UTAMA SUKAN DAN MASYARAKAT Sukan bukanlah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau riadah kecil untuk mengeluarkan peluh semata-mata. Kini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan terarah kepada falsafah yang lebih bermakna. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa kebaikan samada kepada sekeliling ataupun individu itu sendiri. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat yang bukan sekadar di gelanggang semata-mata. Salah satu faedah bersukan ialah dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan yang serba serbi moden ini memerlukan lebih banyak tenaga dan daya penggunaan mental secara kritikal. Golongan profesional di negara ini terlalu fokus bekerja dan terpaksa mengabaikan aktiviti bersukan kerana kekurangan masa. Kesibukan yang tidak henti ini menyebabkan orang ramai mengabaikan masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan orang ramai dalam bidang sukan mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit. Kegiatan sukan adalah salah satu cara mencegah penyakin seperti obesiti, penyakit kronik darah tinggi dan juga diabetis. Manfaat yang lain boleh didapati dari aktiviti bersukan juga adalah membantu mengurangkan lemak yang berlebihan dalam yang akan mengakibatkan saluran jantung tersumbat dan membantu perkumuhan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sukan bukanlah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau riadah kecil untuk mengeluarkan peluh semata-mata. Kini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan terarah kepada falsafah yang lebih bermakna. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa kebaikan samada kepada sekeliling ataupun individu itu sendiri. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat yang bukan sekadar di gelanggang semata-mata. Salah satu faedah bersukan ialah dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan yang serba serbi moden ini memerlukan lebih banyak tenaga dan daya penggunaan mental secara kritikal. Golongan profesional di negara ini terlalu fokus bekerja dan terpaksa mengabaikan aktiviti bersukan kerana kekurangan masa. Kesibukan yang tidak henti ini menyebabkan orang ramai mengabaikan masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan orang ramai dalam bidang sukan mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit. Kegiatan sukan adalah salah satu cara mencegah penyakin seperti obesiti, penyakit kronik darah tinggi dan juga diabetis. Manfaat yang lain boleh didapati dari aktiviti bersukan juga adalah membantu mengurangkan lemak yang berlebihan dalam yang akan mengakibatkan saluran jantung tersumbat dan membantu perkumuhan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan.


Berita Utama PDRM Tingkatkan Semangat Sukan Dalam kalangan Anggota Aktiviti sukan memainkan peranan penting dalam menggalakkan kecergasan fizikal, kesejahteraan mental dan semangat berpasukan. Ini amat penting, terutamanya bagi agensi penguatkuasaan undangundang seperti Pasukan Polis diRaja Malaysia, untuk melibatkan diri dalam sukan biasa untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan mental Melibatkan diri dalam aktiviti sukan membantu pegawai polis mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Sifat kerja mereka sering memerlukan ketahanan, ketangkasan, dan kekuatan. Penyertaan mereka dalam sukan seperti berlari, berenang, seni mempertahankan diri atau sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang dan bola tampar membantu pegawai membangunkan dan mengekalkan kesihatan fizikal. Kecergasan fizikal baik bukan sahaja meningkatkan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan tetapi juga mengurangkan risiko kecederaan Aktiviti sukan memupuk semangat setiakawan dan semangat berpasukan dalam kalangan anggota polis. Dengan mengambil bahagian dalam sukan pasukan atau sesi latihan kumpulan, pegawai belajar untuk bekerjasama, berkomunikasi dengan berkesan, dan membina kepercayaan serta saling menghormati. Kualiti ini adalah penting dalam organisasi seperti pasukan polis, di mana kerja berpasukan dan kerjasama adalah penting untuk operasi yang berjaya dan menggalakkan persekitaran kerja yang positif. Penglibatan yang kerap dalam sukan boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi dan profesionalisme dalam Pasukan Polis Malaysia. Kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental dikaitkan secara langsung dengan kebolehan seseorang pegawai menangani cabaran fizikal dan mental yang berkait dengan peranan mereka. Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, pegawai boleh meningkatkan keupayaan fizikal mereka, termasuk kepantasan, ketangkasan, dan daya tahan, yang penting dalam situasi tindak balas kecemasan Penyertaan dalam aktiviti sukan oleh pasukan polis juga memberi impak positif kepada penglibatan masyarakat dan persepsi orang ramai. Acara sukan dan inisiatif yang dianjurkan oleh pasukan polis memberi peluang kepada pegawai untuk berinteraksi dengan orang ramai dalam. Ini membantu merapatkan jurang antara penguatkuasaan undangundang dan komuniti, memupuk kepercayaan dan membina hubungan positif


Berita Sampingan


Ruangan Kreatif sajak ruangan kreatif Saya bersetuju dengan perasaan yang gembira. Saya juga terpilih untuk menjadi wakil sekolah dalam berbagai-bagai pertandingan badminton. Dalam pertandingan-pertandingan itu, saya selalu mendapat tempat pertama. Abang saya juga selalu memberikan dorongan kepada saya dan menggalakkan saya supaya meneruskan usaha. Malangnya. abang saya tidak dapat meneruskan tugasnya kerana pada tahun yang lalu. abang saya telah pergi ke luar negara untuk meneruskan pelajarannya. Olch itu. bapa saya telah membawa saya ke gelanggang badminton untuk bermain badminton. Di sana, seorang jurulatih membetulkan kesalahan saya. Dia seorang jurulatih yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Saya akan pergi ke gelanggang badminton itu untuk berlatih bermain badminton sebanyak lima kali seminggu. Saya selalu mendengar segala nasihat jurulatih. Sebenarnya, permainan sukan ini mendatangkan banyak faedah dan kebaikan. Semasa saya bermain badminton, saya sedang bersenam. Bersenam akan mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kita. Jika bersenam, badan kita akan cergas. Bak kata pepatah "badan cergas, otak cerdas" . Selain itu, bermain badminton juga bolch menenangkan fikiran kita. Contohnya, setelah sibuk membuat kerja sekolah, baiklah kalau Rita bermain badminton. Dengan cara ini, kita dapat melupakan kerja sekolah secara sementara dan menenangkan fikiran kita yang kusut dengan pembelejaran. Kesimpulannya, semua orang patutlah mempunyai permainan sukan yang sukai kerana bermain permainan sukan itu dapat menceriakan hidup sescorang dan mendatangkan faedah serta kebahagiaan kepada orang itu. Saya berharap bahawa melalui permainan sukan ini, saya akan menjadi schandal dengan jaguh badminton negara kita. Datuk Lee Chong Wei. Pada zaman sekarang yang bertamadun, semua orang pasti akan mempunyal sesuatu permainan sukan yang diminati olch mereka. Begitu juga dengan diri saya. Terdapat pelbagai jenis permainan sukan seperti bola keranjang, badminton, bola sepak, hoki dan lain-lain lagi. Antara permainan-permainan sukan tersebut, permainan badminton merupakan pilihan saya. Sejak kecil lagi, saya telah ikut jejak abang saya bermain badminton di luar rumah saya. Abang saya pun mengajar saya cara untuk bermain badminton. Dia mengajar saya perkara asas yang harus saya kuasai dalam permainan badminton. Contohnya cara-cara memegang raket, membuat tangkisan pertama dan menangkis bulu tangkis dengan betul dan tepat. Lama-kelamaan, prestasi saya bermain makin hari makin meningkat.Di sekolah, saya akan bermain badminton bersama kawankawan saya. Pada suatu hari, sedang saya bermain badminton dengan gembira, Cikgu Zainab, ketua kelab badminton sekolah saya ternampak saya, beliau pun mencadangkan agar saya menyertai kelab badminton sekolah. Cerpen Sukanku Hobiku


RUANGAN IKLAN


SUDUT INFORMASI


EDISI PERTAMA : OKTOBER 2023 B U L E T I N U U M MMAAJJUULLAAHH SSUUKKAANN UUNNTTUUKK NNEEGGAARRAA Bagi sebarang makluman & pertanyaan sila hubungi : Unit Buletin UUM Universiti Malaysia Utara 06100 Sintok KEDAH DARUL AMAN Tel : 04-928 4000/3053 E-mail : [email protected] pusat pendidikan professional & lanjutan uum pace, uum sintok kedah


Click to View FlipBook Version