The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHLI :

MOHD FAIZOL BIN HASSAN (290393)
NOORATIFAH BINTI GULAM( 290427)
NUR DIANA BINTI ABD LATIF (290438)

PENSYARAH
DR.NORHAYATI BINTI MOHAMAD HUSSAIN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUMPACEKL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faizol Hassan, 2024-04-19 13:14:50

PROJEK E-MAJALAH KORPORAT

AHLI :

MOHD FAIZOL BIN HASSAN (290393)
NOORATIFAH BINTI GULAM( 290427)
NUR DIANA BINTI ABD LATIF (290438)

PENSYARAH
DR.NORHAYATI BINTI MOHAMAD HUSSAIN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUMPACEKL)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Berita Korporat • Universiti Utara Malaysia Akan Menawarkan 18 Program Prasiswazah Melalui Program Pembelajaran Jarak Jauh • 100 Usahawan Automotif Sertai Seminar Penjanaan Asas Teknologi Ev • Tenaga Nasional Berhad (Tnb) Mengambil Langkah Proaktif Meningkatkan Kesejahteraan Pekerja 1-8 Rencana Korporat (SDG) • Keamanan, Keadilan Dan Institusi Yang Kukuh : Negara Aman Teras Negara Maju • Inisiatif Mara Di Dalam Matlamat Pembangunan Mampan (Sdg) Malaysia • Kesihatan Dan Kesejahteraan : Pekerja Sihat Aset Syarikat 9-40 Iklan 41-42

1 BERITA KORPORAT

2 Universiti Utara Malaysia akan menawarkan 18 program prasiswazah melalui program pembelajaran jarak jauh ALOR STAR: Universiti Utara Malaysia akan menawarkan 5 program ijazah sarjana muda dan 13 program pascasiswazah menerusi Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL-Open Distance Learning). Kedua-dua program ini akan dijalankan bermula September dan Oktober tahun hadapan. Naib Canselornya Profesor Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata universiti itu secara rasminya telah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menawarkan program tersebut melalui ODL. "Program ODL merupakan pembelajaran atau kelas secara dalam talian. Sebelum ini, UUM telahpun memperkenalkan program pembelajaran jarak jauh(PJJ) yang mana pembelajaran tradisional secara bersemuka masih dijalankan. "Program ODL ini sangat sesuai dan fleksibel untuk golongan profesional yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Sekiranya ada kelas bersemuka, syaratnya tidak akan melebihi 20 peratus,” katanya ketika berucap pada program UUM bersama Kelab Media Elit Kedah di Hotel Raia semalam. Fo'ad berkata lima program ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan melalui ODL termasuklah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Pentadbiran Awam, Pentadbiran Muamalat, Kewangan dan Perbankan Islam, dan Komunikasi. Manakala, 13 program pascasiswazah yang akan ditawarkan melalui ODL pula termasuklah Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa), Ekonomi, Sains (Pengurusan Pendidikan), Sains

3 (Analisis Data), Kewartawanan Multimedia, Sains(Teknologi Maklumat), Sains (Pengurusan),

4 Kewangan dan Perbankan Islam, Linguistik Gunaan, Undang-undang Komersial, Sains Correctional (Pembetulan), Politik Antarabangsa, dan Pengurusan Awam. Sementara itu, Fo'ad juga memberikan ucapan tentang perkara berasingan iaitu beliau mengakui cabaran yang dihadapi oleh media dalam menyekat maklumat yang tidak sahih adalah terhad. Beliau juga turut merakamkan penghargaan atas peranan pihak media dalam membantu menyebarkan maklumat yang sah dan dipercayai kepada orang ramai. Dikemaskini pada 20 Februari 2024

5 BULETIN KORPORAT:- 100 USAHAWAN AUTOMOTIF SERTAI SEMINAR PENJANAAN ASAS TEKNOLOGI EV LANGKAWI, 27 Disember 2023:- Seramai 100 orang usahawan automotif di bawah kluster Automotif MARA telah didedahkan dengan kenderaan dan teknologi kenderaan elektrik (EV) melalui Seminar Penjanaan Asas Teknologi EV yang dianjurkan oleh Bahagian Industri Pengangkutan, Majlis Amanah Rakyat (MARA). Usaha ini merupakan salah satu inisiatif MARA di dalam memacu pertumbuhan industri strategik dan pembangunan mampan secara inklusif melalui penglibatan usahawan Bumiputera dalam segmen kenderaan elektrik negara. Program ini juga selari dengan pengumuman kerajaan pada November 2023 apabila menetapkan sasaran penunjuk Matlamat Pembangunan Mampan nasional serta memuktamadkan sembilan (9) inisiatif pemacu untuk mencapai SDG di dalam negara. YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini adalah antara perkara yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis SDG Kebangsaan bagi Tahun 2023, yang dipengerusikannya pada 7 Nov 2023, bagi memastikan pelaksanaan SDG yang lebih berkesan dalam mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) Malaysia, yang hanya berbaki tujuh tahun lagi. Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berkata, penganjuran seminar itu merupakan platform asas kepada usahawan automotif untuk lebih terdedah dengan kenderaan dan teknologi EV serta melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kepakaran yang diperlukan untuk mengemudi industri baharu di bawah salah satu inisiatif SDG negara. Menurutnya, seminar itu juga adalah sebahagian daripada komitmen MARA untuk menyediakan tenaga mahir dan usahawan diperlukan oleh negara, terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor automotif, untuk berkembang maju dalam era mobiliti elektrik. MARA komited dalam menangani anggaran jurang 15 tahun penglibatan Bumiputera di dalam teknologi mobiliti hijau berbanding permintaan dan pasaran dunia. Pemerkasaan usahawan dan

6 profesional Bumiputera dengan lanskap EV yang sedang berkembang pesat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan peningkatan peluang perniagaan di dalam komuniti. Beliau ditemui ketika hadir pada majlis penutupan seminar itu yang diadakan di Bengkel MARA Liner di sini. Selepas menyempurnakan majlis tersebut, Dr. Asyraf turut dibawa melawat sekitar bengkel dan meninjau fasiliti seperti alat pengecas pantas EV yang dibangunkan dengan kerjasama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta infrastruktur lengkap dua (2) buah bas elektrik yang menggunakan kepakaran dan teknologi tempatan daripada SKS Coachbuilder Sdn Bhd. Sebelum ini, pihak MARA telah menjalin beberapa kerjasama strategik dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), agensi kerajaan dan industri dalam memastikan kejayaan program yang dibangunkan ini. Antaranya ialah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak TNB pada 2022 dan projek rintis ujilari kenderaan awam berasaskan EV di Pulau Langkawi pada tahun yang sama dengan kerjasama syarikat pengeluar chasis dan badan bas (coachbuilder) seperti SKS, HINO, Scania dan lain-lain lagi. Pada bulan Jun lalu, MARA telah menerima tambahan dua (2) buah bas elektrik pertama di dunia keluaran HINO Motors dan telah memulakan operasi di Pulau ini sejak September 2023. Bas ini sedang menjalani ujian keberkesanan di laluan terpilih bagi tempoh dua tahun. Inisiatif projek rintis itu, yang telah mendapat sokongan penuh daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri, diharap dapat menyokong kepada matlamat SDG nasional serta mengurangkan pelepasan karbon di Pulau itu. Dalam perkembangan lain, syarikat pengangkutan awam dan logistik MARA iaitu MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) turut mengorak langkah kehadapan dengan menawarkan perkhidmatan bengkel komersial atau lebih dikenali sebagai Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) yang dibangunkan dengan kerjasama HINO. Pihak HINO turut melantik MLSB Langkawi sebagai salah satu pusat Hino Authorized Service Outlet (HASO) yang menawarkan perkhidmatan MRO di Pulau tersebut dan merupakan outlet kedua selepas seumpamanya di Bengkel MLSB Muadzam Shah, Pahang.

7 TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) MENGAMBIL LANGKAH PROAKTIF MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN PEKERJA Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja. Sebagai tindak balas terhadap cabaran kesihatan mental yang dihadapi masyarakat pekerja, TNB telah memperkenalkan program sokongan psikososial yang menyeluruh. Program ini termasuk sesi bengkel kecergasan mental dan fizikal serta akses kepada pakar kesihatan mental. Langkah ini diambil untuk memastikan kesejahteraan holistik pekerja, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan kepuasan pekerja. Selain itu, TNB juga turut memperkenalkan skim insurans kesihatan yang komprehensif bagi warga kerjanya pada 1 Februari 2024. Skim ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk rawatan kesihatan termasuk pemeriksaan berkala dan rawatan penyakit kronik. Langkah ini bertujuan untuk menyokong pekerja dalam menangani kos kesihatan serta memberikan akses yang mudah kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti. Dalam usaha mengekalkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan bersih, syarikat juga melancarkan inisiatif Kebersihan Pekerja. Ini melibatkan langkah-langkah tambahan untuk membersihkan dan menyahaktifkan zon-zon berisiko tinggi dalam premis pejabat. Penambahbaikan pengudaraan dalam bangunan turut diberi perhatian bagi memastikan pekerja dapat bekerja dalam keadaan yang optimum dan selamat dari aspek kesihatan. Selaras dengan komitmen kepada kesejahteraan, TNB juga telah mengumumkan pelan bekerja jarak jauh yang lebih fleksibel. Ini membolehkan pekerja menyesuaikan jadual kerja mereka untuk menangani tuntutan peribadi dan kesihatan. Langkah ini

8 diharapkan membantu mencapai keseimbangan kerja-hidup lebih baik yang pada gilirannya dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. TNB juga telah menjalin kerjasama dengan rangkaian pusat kecergasan untuk menyediakan perkhidmatan kecergasan yang terbimbing dan disesuaikan dengan keperluan warga kerja. Para pekerja akan mendapat akses kepada pelan latihan yang dirangka khas untuk meningkatkan kecergasan fizikal mereka serta memberikan manfaat kepada kesihatan jasmani dan mental. Dalam satu kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TNB iaitu Dato’ Indera Bahrin bin Din menyatakan, "Kesejahteraan pekerja adalah keutamaan kami. Kami percaya bahawa pekerja yang sihat dan gembira adalah aset utama syarikat ini. Inisiatif baru ini merupakan langkah ke hadapan dalam memastikan pekerja kami berada dalam persekitaran yang positif dan menyokong pertumbuhan serta kejayaan mereka dalam dan luar pejabat." Dengan pelbagai langkah kesihatan dan kesejahteraan yang diperkenalkan, TNB memberikan contoh bagaimana komitmen terhadap kesihatan pekerja dapat mencipta kelebihan positif dalam organisasi korporat.

9 RENCANA KORPORAT

10 KEAMANAN, KEADILAN DAN INSTITUSI YANG KUKUH : NEGARA AMAN TERAS NEGARA MAJU OLEH : MOHD FAIZOL BIN HASSAN Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Lestari, yang merupakan agenda global yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatasi pelbagai cabaran pembangunan yang dihadapi oleh masyarakat dunia. Setiap negara, termasuk Malaysia, berusaha untuk mencapai SDG dengan mengambil langkah-langkah konkrit dalam pelbagai bidang pembangunan. Di Malaysia, SDG merujuk kepada rangka kerja yang digunakan untuk mencapai pembangunan lestari dalam tiga dimensi utama iaitu ekonomi, sosial, dan alam sekitar, serta aspek keadilan dan kesaksamaan. Ia melibatkan pelbagai matlamat dan sasaran yang ditetapkan oleh PBB, termaktub dalam 17 objektif pembangunan lestari yang masing-masing mempunyai sasaran-sasaran yang terperinci.

11 Contohnya, beberapa SDG yang diberi keutamaan di Malaysia termasuk: • Pengentasan Kemiskinan: Meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat miskin dan golongan rentan, serta menyediakan akses kepada perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan. • Pendidikan Berkualiti: Memastikan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah hingga pengajian tinggi, serta meningkatkan kemahiran untuk memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan. • Kesihatan dan Kesejahteraan: Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, mengurangkan kadar penyakit kronik, serta meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan. • Pemuliharaan Alam Sekitar: Melindungi sumber daya alam, mengurangkan pencemaran, dan meningkatkan penggunaan tenaga bersih serta konservasi biodiversiti. • Keadilan dan Kesaksamaan: Mempromosikan kesaksamaan gender, hak asasi manusia, dan keadilan sosial, serta mengurangkan jurang pendapatan antara lapisan masyarakat. • Dalam konteks Malaysia, pencapaian SDG adalah penting dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, dan memperkukuhkan kedudukan negara dalam arena antarabangsa. Oleh itu, kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil, dan individu perlu bekerjasama secara bersepadu untuk mencapai matlamat pembangunan lestari ini.

12 Keamanan, keadilan, dan institusi yang kukuh adalah tiga aspek penting dalam pembangunan negara Malaysia yang berdaya maju dan stabil. Keperluan untuk menjaga kedamaian dan kestabilan dalam masyarakat, memastikan setiap individu diperlakukan dengan adil di bawah undang-undang, dan membangunkan institusi yang bertanggungjawab adalah asas yang tidak dapat dipisahkan dalam mencapai kemajuan yang berkekalan. Pertama, keamanan memainkan peranan utama dalam memastikan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat. Malaysia, sebagai sebuah negara yang pelbagai dan berbilang kaum, menghadapi cabaran yang unik dalam mengekalkan keharmonian antara pelbagai kumpulan etnik, agama, dan budaya. Walaupun cabaran-cabaran ini ada, Malaysia telah menunjukkan komitmen yang kukuh untuk menangani dan mengatasi konflik dengan cara yang damai dan berperikemanusiaan. Usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang yang teliti dan kerjasama antara agensi keselamatan telah membantu mengekalkan keamanan dalam negara.

13 Keadilan adalah pondasi yang penting untuk masyarakat yang adil dan berdaya maju. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip keadilan di dalam sistem perundangan dan pentadbiran keadilan. Setiap individu, tanpa mengira kedudukan sosial atau latar belakang, berhak untuk mendapat perlakuan yang sama dan adil di hadapan undang-undang. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk memastikan akses kepada keadilan bagi semua, termasuk peningkatan akses kepada perkhidmatan guaman bagi golongan yang kurang berkemampuan. Di samping itu, pembangunan institusi yang kukuh adalah kunci kestabilan dan pembangunan berterusan di Malaysia. Institusi-institusi awam yang berintegriti, cekap, dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan menguruskan sumber negara dengan bijak. Usaha untuk memerangi rasuah, meningkatkan akauntabiliti, dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran awam adalah aspek penting dalam memperkukuhkan institusi negara.

14 Keselamatan, keadilan, dan institusi polis diraja Malaysia adalah elemen yang penting dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, keamanan dan keadilan adalah asas kepada sebuah masyarakat yang harmoni dan progresif. Keamanan merupakan keperluan utama bagi setiap individu dan komuniti. Ia membentuk landasan kepada kehidupan yang aman dan tenteram. Institusi polis diraja Malaysia memegang peranan penting dalam memelihara keselamatan rakyat. Melalui tugas mereka yang berterusan dalam mengawal jenayah, menangani ancaman keselamatan, dan memberi bantuan dalam kecemasan, polis diraja Malaysia menjaga agar setiap warganya merasa dilindungi dan aman. Namun, keamanan tanpa keadilan adalah tidak lengkap. Keadilan adalah prinsip asas dalam memastikan setiap individu diperlakukan dengan saksama dan adil di dalam sistem kehakiman. Institusi-institusi keadilan seperti mahkamah, peguam, dan badan kehakiman lainnya memastikan perlaksanaan undang-undang yang adil dan saksama. Ini adalah penting dalam menjamin hak-hak asasi setiap individu, tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosial.

15 Institusi-institusi ini perlu kukuh dan bebas dari campur tangan politik atau tekanan luar. Kebebasan berucap dan berhimpun juga merupakan aspek penting dalam memastikan keadilan berjalan lancar. Perlindungan terhadap hak asasi manusia adalah amalan yang mesti dipertahankan agar masyarakat dapat berkembang secara inklusif dan adil. Di Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keamanan dan ketertiban awam. Dengan memastikan undang-undang ditegakkan secara saksama, polis menjaga agar keamanan negara terpelihara. Namun, untuk memastikan kepercayaan awam terhadap polis, perlu ada penekanan pada akauntabiliti, kecekapan, dan integriti dalam setiap tindakan yang diambil. Selain itu, keadilan juga penting dalam operasi polis. Perlakuan yang adil terhadap semua individu, tanpa mengira latar belakang mereka, adalah asas kepada kepercayaan awam terhadap institusi polis. Ini melibatkan pencegahan penyalahgunaan kuasa, penyiasatan yang telus, dan penegakan undang-undang yang konsisten.

16 Penguatkuasaan undang-undang yang adil dan saksama adalah penting untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Dalam menghadapi cabaran semasa seperti jenayah siber, pengedaran dadah, dan ancaman keganasan, institusi polis Malaysia perlu sentiasa beradaptasi dan memperbaharui strategi mereka untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat terjamin. Secara keseluruhan, keamanan, keadilan, dan institusi polis yang kukuh adalah pilar-pilar utama dalam pembinaan sebuah masyarakat yang aman, adil, dan sejahtera di Malaysia. Dengan kerjasama antara pihak berkuasa, masyarakat awam, dan sektor swasta, Malaysia dapat terus maju sebagai sebuah negara yang stabil dan progresif.

17 Malaysia sebagai sebuah negara telah berkomitmen untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). SDG menyediakan rangka kerja global untuk mengatasi pelbagai cabaran sosial, ekonomi, dan alam sekitar untuk mencapai pembangunan yang mampan dan inklusif. Salah satu elemen penting dalam mencapai SDG adalah pembangunan yang berpaksikan kepada keamanan dan keadilan, serta melibatkan penyertaan dan perlindungan hak asasi manusia. Dalam konteks Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keadaan yang selamat, aman, dan adil bagi semua warganya, sejajar dengan prinsip-prinsip SDG.

18 PDRM turut memainkan peranan yang penting dalam mencapai beberapa sasaran SDG, antaranya: 1. Sasaran 16: Keamanan dan Keadilan Institusi: PDRM memastikan pelaksanaan undangundang yang adil, menjaga keselamatan awam, dan menyediakan akses kepada sistem keadilan yang saksama dan berkeadilan. 2. Sasaran 5: Kesetaraan Gender: PDRM terlibat dalam memastikan perlindungan terhadap wanita dan kanak-kanak, serta memberikan sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan jenayah berkaitan gender. 3. Sasaran 3: Kesihatan dan Kesejahteraan: PDRM melalui Unit Reaksi Pantas (URP) dan Bahagian Khas Anti-Dadah (BSAD) turut terlibat dalam usaha pencegahan dan pembanterasan dadah, yang merupakan aspek penting dalam mencapai sasaran kesihatan masyarakat yang optimal. 4. Sasaran 11: Bandar Mampan: PDRM memainkan peranan dalam memastikan keselamatan dan ketertiban awam di bandar-bandar, menjadikan persekitaran bandar lebih selamat dan mesra pengguna. 5. Sasaran 17: Kerjasama bagi Pembangunan: PDRM berkerjasama dengan pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan sektor swasta dalam memastikan pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan dan keadilan yang berkesan. Namun, dalam usaha mencapai sasaran-sasaran SDG, terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia, termasuk ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, ketidaksempurnaan sistem keadilan, dan keperluan untuk meningkatkan pematuhan terhadap hak asasi manusia.

19 Oleh itu, PDRM perlu berperanan secara proaktif dalam menyokong pelaksanaan SDG dengan memastikan operasi dan perkhidmatan mereka selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan mampan, keadilan sosial, dan hak asasi manusia. Ini melibatkan usaha untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, sambil memastikan penghormatan terhadap hak asasi individu dan masyarakat secara keseluruhan. Dengan cara ini, Malaysia dapat bergerak ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan secara holistik dan inklusif.

20 RENCANA KORPORAT:- INISIATIF MARA DI DALAM MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) MALAYSIA Senario Matlamat Pembangunan (SDG) Malaysia Malaysia, seperti kebanyakan negara lain, komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau lebih dikenali dunia sebagai Sustainable Development Goals (SDG) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). SDG merupakan himpunan tujuh belas (17) matlamat global yang direka untuk dijadikan asas kepada pelan tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik, lestari dan mampan untuk semua menjelang 2030 (Agenda 2030). Setiap matlamat ini menangani aspek pembangunan mampan yang berbeza, termasuk membasmi kemiskinan, memastikan akses kepada pendidikan berkualiti, peningkatan akses kepada internet, mempromosikan tenaga boleh baharu, kepentingan alam sekitar, memerangi perubahan iklim dan lain-lain lagi. Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah berusaha ke arah menyelaraskan dasar dan rancangan pembangunan negara ke arah pencapaian matlamat SDG. Ini melibatkan penjajaran perancangan serta penyepaduan prinsip dan sasaran SDG ke dalam agenda pembangunan negara. Beberapa aspek atau bidang tumpuan khusus bagi Malaysia berhubung dengan SDG termasuk pembasmian kemiskinan, pendidikan berkualiti, pertumbuhan ekonomi yang mampan, tadbir urus serta kolaborasi strategik, pemuliharaan alam sekitar dan rangkuman sosial. Malaysia juga telah memperkenalkan penunjuk SDG nasional dan inisiatif terlibat yang diterjemahkan ke dalam Pelan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan Fasa 2 yang sedang dilaksanakan. Data yang dikeluarkan oleh Laporan Pembangunan Mampan (Sustainable Development Report) pada tahun 2023 menunjukkan Indeks SDG Malaysia menduduki tangga ke-78 di kalangan 166 negara yang menyokong matlamat SDG, dengan markah menghampiri 70 (rujuk gambarajah di bawah).

21 Malaysia adalah di antara negara di Asia Tenggara yang menyokong sepenuhnya inisiatif SDG, di mana Trend & Dashboard SDG Malaysia menunjukkan majoriti usaha ke arah pencapaian 17 inisiatif SDG berada di tahap penambahbaikan atau ‘Work In Progress’(rujuk gambarajah di bawah). Usaha di Malaysia untuk memajukan SDG melibatkan gabungan inisiatif dasar, perkongsian dengan pemegang taruh (stakeholders) atau pelbagai pihak berkepentingan dan pemantauan serta pelaporan kemajuan yang berterusan. Kerajaan, di samping organisasi masyarakat sivil dan sektor swasta, memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan memantau inisiatif SDG di peringkat nasional. Selain itu, kesedaran dan penglibatan awam juga adalah komponen penting SDG, kerana ia memerlukan tindakan kolektif dan komitmen daripada semua segmen masyarakat.

22 Secara keseluruhannya, pendekatan Malaysia terhadap SDGs melibatkan usaha yang komprehensif dan diselaraskan untuk menangani pelbagai cabaran pembangunan mampan, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan kelestarian masa depan untuk semua. Malaysia telah mengorak langkah drastik ke arah pencapaian matlamat ini melalui beberapa inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut:- a) Dasar dan Rancangan Jangkamasa Panjang Pembangunan Negara Malaysia telah memasukkan SDG ke dalam rancangan pembangunan negara, termasuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan Polisi Ekonomi Baru (NEP). Usaha yang sama turut ditekankan di dalam dasar terkini negara dan digazetkan sebagai salah satu elemen di dalam pendekatan Malaysia MADANI. Keseluruhan perancangan dan pelan ini menggariskan strategi dan inisiatif untuk mencapai pembangunan mampan merentas pelbagai sektor di dalam negara. b) Semakan Kebangsaan Sukarela (Voluntary National Review, VNR) Sebagai salah satu negara yang menyokong matlamat SDG ini, Malaysia telah mengambil bahagian dalam proses VNR, yang melibatkan pelaporan komprehensif tentang kemajuan ke arah pencapaian matlamat SDG di peringkat global. VNR menyediakan penilaian menyeluruh tentang pencapaian, cabaran dan rancangan masa depan Malaysia yang berkaitan dengan SDG. Malaysia telah membentangkan laporan VNR terkini di dalam platfom High Level Political Forum On Sustainable Development (HLPF) yang berlangsung pada tahun 2021. c) Penglibatan Pelbagai Pihak Berkepentingan / Pemegang Taruh (Stakeholders) Malaysia telah menekankan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak di semua peringkat pentadbiran negara termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri, agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan sektor swasta atau korporat dalam

23 memacu pelaksanaan SDG dan memantau kemajuan inisiatif ini daripada semasa ke semasa. d) Tumpuan kepada Pendidikan Berkualiti Malaysia telah mengutamakan usaha untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan SDG 4 (Quality Education). Malaysia dikenali sabagai salah satu negara yang mempunyai ekosistem pendidikan yang baik dan menyeluruh, merentasi peringkat rendah, menengah, mahupun tertiari. e) Program Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Malaysia telah melaksanakan program yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup. Di dalam aspek SDG 1 (No Poverty), Malaysia telah berjaya mengurangkan peratusan di bawah paras kemiskinan daripada 8.4% pada 2020 kepada 6.2% pada 2022. Manakala, bagi SDG 8 (Decent Work & Economic Growth) pula, kadar pengangguran negara turun daripada 4.6% pada tahun 2021 kepada 3.4% pada Ogos 2023. f) Pemuliharaan Alam Sekitar Malaysia juga tidak pernah ketinggalan di dalam inisiatif untuk melindungi alam sekitar dan menggalakkan amalan mampan. Sektor awam dan swasta negara pada masa kini amat menitikberatkan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), sejajar dengan matlamat SDG 13 (Climate Action) dan SDG 15 (Life On Land). g) Pelaksanaan Tenaga Boleh Baharu / Diperbaharui Di dalam melaksanakan inisiatif SDG 7 (Affordable & Clean Energy), Malaysia, Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad dan Petronas telah banyak melabur dan menceburkan diri di dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidrogen. Kerajaan turut menyokong kemasukan teknologi kenderaan elektrik (EV) ke dalam industri automotif negara dalam mengawal kadar pelepasan karbon di dalam negara. Malaysia juga melaksanakan dasar membuka pintu kepada pelaburan EV ke dalam negara oleh syarikat-syarikat seperti TESLA, BYD dan lain-lain.

24 Inisiatif dan usaha ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk menyepadukan prinsip pembangunan mampan merentas dasar dan inisiatifnya, dan sentiasa berusaha ke arah pencapaian SDG menjelang 2030. Penglibatan MARA di dalam usaha SDG Malaysia Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang ditubuhkan pada1 Mac 1966, sebagai sebuah badan korporat berkanun tertakluk di bawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965. MARA yang bertindak sebagai social-engineering agency telah dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan dan membangunkan tahap sosioekonomi dan kemasyarakatan kawasan luar bandar melalui Pendidikan, keusahawanan dan pelaburan. MARA juga menjadi agensi peneraju yang berperanan untuk meningkatkan penglibatan kaum Bumiputera di dalam aktiviti keusahawanan dan pelaburan dengan skop pendekatan 3P iaitu Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan yang akan mencorak haluan baharu MARA dan kaum Bumiputera khasnya. MARA adalah satu-satunya agensi yang mempunyai ekosistem lengkap dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat luar bandar. Pada masa kini, MARA berlandaskan satu pelan strategik yang digubal untuk membawa MARA sebagai salah sebuah organisasi hibrid, selain mendokong polisi dan prinsip kerajaan, MARA juga mampu menjadi pemain sampingan di dalam industri strategik yang ditetapkan. Pelan Strategik MARA (2021 – 2025) dibangunkan melalui gabungan empat (4) sektor utamanya yang membentuk ekosistem lengkap MARA sebagai sebuah agensi pembangunan kerajaan yang mampu membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat. Sektor Keusahawanan, Sektor Pendidikan dan Sektor Pelaburan merupakan sektor kritikal yang menterjemahkan kemudahan serta fungsi utama MARA kepada masyarakat. Manakala, Sektor Khidmat Pengurusan MARA pula bertindak sebagai pemacu (enabler) yang menjadi tulang belakang MARA dalam memastikan keseluruhan ekosistem ini ditadbir urus dengan baik. Penglibatan MARA di dalam inisiatif SDG negara telah bermula sejak dahulu lagi, di mana MARA memainkan peranan secara tidak langsung dalam menyumbang kepada modal insan dan pemain utama industri ini. Walau bagaimanapun, keseriusan kerajaan dalam usaha SDG

25 ini telah menyebabkan MARA mengorak langkah proaktif menjadi organisasi yang mewakili masyarakat Bumiputera khususnya, untuk terlibat secara langsung di dalam membentuk masa depan negara yang mampan. Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara MARA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perjalanan usaha MARA ke arah SDG, secara langsungnya bermula pada 26 Ogos 2022 apabila MARA mengadakan kolaborasi strategik dan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan keduadua organisasi utama, malah merangkumi program, projek dan pengoperasian subsidiari pihakpihak terlibat. Objektif utama kerjasama ini adalah untuk menyokong dan memperkukuhkan usaha ke arah kelestarian alam sekitar yang holistik untuk menyumbang dalam pertumbuhan industri dan ekonomi negara. Kerjasama ini juga sejajar dengan inisiatif Malaysia ke arah SDG amnya, dan berdasarkan Polisi Tenaga Boleh Baharu Kebangsaan 2025 di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, khususnya. Skop perjanjian kerjasama ini melibatkan lima (5) skop utama iaitu:- a) Pemasangan sistem solar photovoltaik di Institutsi Pendidikan MARA (IPMa) b) Pembangunan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di premis MARA dan MARA Liner

26 c) Projek Internet dan Telekomunikasi (ALO) di IPMa d) Pembangunan Modal Insan dan Latihan di dalam bidang TVET e) Program keusahawanan industri yang melibatkan SDG MARA – TNB 1.0 Pemasangan sistem solar photovoltaik di Institutsi Pendidikan MARA (IPMa) MARA mengambil langkah proaktif dalam melestarikan alam sekitar dan usaha peningkatan kecekapan perbelanjaan serta operasi, untuk berkerjasama dengan TNB melalui salah sebuah anak syarikat TNB, GSPARX Sdn. Bhd., dalam pemasangan panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di IPMa. Program kerjasama, yang menjurus kepada SDG 7 (Affordable and Clean Energy) dan SDG 17 (Partnership For The Goals) ini, akan membuka laluan, peluang dan manfaat kepada kedua-dua pihak untuk meneroka prospek yang lebih luas dalam agenda peralihan sumber tenaga dan kemajuan negara. Usaha ini juga menjadi penggerak kepada pelan jangkamasa panjang negara (RMKe-12), terutamanya kelestarian alama sekitar dengan meningkatkan komitmen terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Pihak TNB telah menetapkan sasaran pelepasan karbon sifar bersih dalam mendukung inisiatif negara neutral karbon menjelang 2050. Kerjasama dengan pihak MARA ini akan mempercepatkan pelaksanaan nyah karbon sektor tenaga yang akan menjadi kunci utama kejayaan Peralihan Tenaga Baharu/Bertanggungjawab. 2.0 Pembangunan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di premis MARA dan MARA Liner Pada tahun 2021, pihak MARA telah memulakan satu lagi inisiatif ke arah SDG 7 negara dengan melihat peluang serta prospek di dalam sistem pengangkutan awam menggunakan teknologi EV. Setelah lebih setengah abad, MARA menyampaikan

27 perkhidmatan pengangkutan awam kepada penduduk luar bandar khususnya melalui jenama MARA Liner (dahulunya dikenali sebagai Kenderaan Bas MARA, KBM), telah tiba masanya, MARA menyahut pelan kerajaan di dalam agenda SDG untuk menggunakan teknologi mesra alam serta mampan di dalam kemudahannya. Melalui kerjasama dengan pihak TNB, satu projek rintis ujilari kemudahan pengangkutan awam berasaskan EV telah dilaksanakan di Pulau Langkawi, Kedah. Lokasi pemilihan projek ini dibuat bukan sahaja secara praktikaliti dan penyampaian perkhidmatan langsung kepada lebih 68,000 orang penduduk, tetapi disebabkan oleh teknikaliti teknologi EV berdasarkan laluan luar bandar dan pengazetan Pulau tersebut sebagai Pulau Bebas Karbon pada tahun 2030 oleh pihak berkuasa tempatan. Kerjasama projek ini tidak tertakluk hanya kepada pihak TNB, tetapi berkonsepkan tripartite (3 penjuru) dengan pemain industri. Pihak MARA juga telah menjalin kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar chasis dan pembuatan badan bas (coachbuilders) seperti SKS Coachbuilder, HINO, Scania, TMJ, Go Auto dan lain-lain lagi. Inisiatif ini juga adalah sejajar dengan SDG 17, apabila semua pihak, secara kolektif menyumbang kepada usaha melahirkan masa depan yang mampan. Pihak TNB, melalui bahagian bertanggungjawab, PMO EV, dan anak syarikatnya, TSG Sdn Bhd telah membangunkan infrastruktur stesyen pengecas elektrik berkuasa tinggi (DV/120Kw) di dalam Bengkel MARA Liner, Pulau Langkawi yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada masyarakat setempat. Sejumlah empat (4) buah bas dengan melibatkan empat (4) laluan sebenar perkhidmatan MARA Liner telah dijadikan sebagai pelaburan aset untuk projek ini. Manakala, pihak industri pula, menyediakan kemudahan bas berserta teknologi EV dalam merealisasikan projek rintis ini. Menghampiri tempoh dua (2) tahun ini, kesemua pihak telah mempunyai data lengkap untuk proses pembuatan keputusan komersil bagi projek berasaskan EV ini. 3.0 Projek Internet dan Telekomunikasi (ALO) di IPMa

28 Merujuk kepada kenyataan YAB PM Malaysia selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis SDG Kebangsaan pada 7 November 2023, dalam merealisasikan SDG 17 (Partnership For The Goals), penggunaan individu untuk Internet meningkat daripada 81.2% pada 2018 kepada 97.4% pada tahun 2022. Salah satu skop kerjasama di antara MARA dan TNB ini melibatkan penyediaan akses internet jalur lebar dan perkhidmatan telekomunikasi di premis Institusi Pendidikan MARA (IPMa) oleh salah sebuah anak syarikat TNB, Alloy Technologies Sdn. Bhd. Lokasi pertama yang dipilih untuk melaksanakan projek ujilari ini ialah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghaffar Baba, Terendak, Melaka, di mana pihak TNB menjadikan pusat ini sebagai lapang sasar pertama untuk menjadi pesaing kepada syarikat utama perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Projek yang telah dimulakan pada tahun 2023 ini melibatkan pemasangan infra serta infostruktur telekomunikasi di MRSM tersebut, dengan sampel pengguna melebihi 1,000 orang. TNB mensasarkan pengkomersilan perkhidmatan ini di seluruh negara pada tahun mendatang dan mempunyai data lengkap untuk penambahbaikan perkhidmatan melalui projek yang sedang dilaksanakan dengan MARA ini. Komitmen kedua-dua pihak ini mampu membuka lembaran baharu di dalam sumbangan kepada inisiatif SDG negara. 4.0 Pembangunan Modal Insan dan Latihan di dalam bidang TVET MARA mempunyai ekosistem pendidikan yang paling lengkap berbanding organisasi lain. Sistem Pendidikan MARA tersesar kepada semua pihak dan lapisan masyarakat dan bergerak secara horizontal ke semua tahap pendidikan sedia ada. Bermula dengan pendidikan peringkat menengah sehinggalah ke peringat tinggi, MARA menjadi salah satu organisasi penyumbang tenaga kerja, modal insan dan usahawan utama negara.

29 Laluan pendidikan dan kerjaya yang dibentuk oleh sistem MARA terbahagi kepada dua (2) segmen utama iaitu profesional dan teknikal (Technical & Vocational Education and Training, TVET). Berbekalkan tahap kebolehpasaran modal insan yang dilahirkan oleh MARA melebihi 97 peratus, program pembangunan modal insan yang terlibat melalui kerjasama ini, akan memberi kelebihan atau manfaat kepada lebih 30 ribu orang pelajar serta pelatih bidang TVET yang akan diperkasa di bawah ekosistem MARA dan TNB. 5.0 Program keusahawanan industri yang melibatkan SDG MARA – TNB MARA, yang dipacu oleh Sektor Keusahawanan telah melahirkan berjuta usahawan di di dalam dan luar bandar sejak daripada awal penubuhannya. Berbekalkan pengalaman selama lebih 50 tahun, MARA menawarkan pelbagai kemudahan yang terdiri daripada sistem sokongan kepada perniagaan seperti pembiayaan dan premis perniagaan, termasuk program pembangunan kendiri para usahawan ditawarkan oleh MARA, dalam menyokong matlamat keusahawanan negara. Kerjasama dengan pihak TNB secara tidak langsung dapat memastikan pengwujudan serta pembangunan usahawan di dalam industri SDG dapat dilaksanakan secara strategik dan holistik. Skop yang membabitkan program keusahawanan turut digariskan secara khusus di dalam salah satu pencapaian matlamat kerjasama ini. Program Pembangunan Usahawan Teknikal Di Dalam Bidang Solar (PROSOLAR) MARA

30 Program PROSOLAR MARA dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan penyertaan serta pemilikan usahawan Bumiputera, di samping memberi galakan kepada para pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk menceburi atau menjalankan perniagaan di dalam bidang solar. Program yang dibangunkan hasil daripada kerjasama dengan pihak TNB ini telah memasuki fasa kedua apabila mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat awal pengenalannya pada tahun 2022. Melalui program ini, MARA bertindak sebagai pihak perantara (intermediary) yang menghubungkan beberapa pihak di dalam rantaian industri terbabit di dalam satu program komprehensif. Program mendapat kerjasama penuh daripada salah satu anak syarikat TNB, GSPARX Sdn. Bhd. dan usahawan MARA yang terkenal di dalam industri solar, Gading Kencana Sdn. Bhd. Fungsi syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd. di dalam program ini tertumpu kepada penyediaan projek dan pasaran bagi memanfaatkan projek pembelian tenaga yang diterima daripada pihak TNB. Program ini juga merupakan kesinambungan kepada usahasama di antara MARA dan TNB yang mencetus peluang pelaburan bernilai RM150 juta melalui projek pemasangan panel solar Rooftop di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Se-Malaysia. Seramai seratus (100) orang usahawan yang dipilih dan hanya dua puluh (20) peserta terbaik telah disenarai pendek untuk mengikuti program, yang telah diperuntukkan sebanyak RM3 juta oleh pihak MARA, yang terdiri daripada latihan berstruktur, merangkumi latihan keusahawanan, latihan teknikal, pensijilan kompetensi dan pemantauan secara berkala. Manakala, fasa lanjutan program ini menawarkan sistem sokongan ke atas perniagaan usahawan terbabit termasuk pembiayaan perniagaan, geran pemasaran dan premis perniagaan MARA. Pihak MARA menjangkakan sebanyak lebih daripada 100 peluang pekerjaan dan nilai

31 jualan melebihi RM4 juta akan dihasilkan sebagai outcome program ProSolar Fasa Pertama ini. Bilangan peserta yang dijangka memenuhi permintaan pasaran sedia ada pada masa sekarang ialah seramai 120 orang. Jumlah ini amat signifikan kepada inisiatif SDG yang akan menyumbang kepada peratusan inisiatif SDG negara. Program ProSolar ini mendapat sokongan positif daripada pihak pengawalselia dan badan pentauliahan pensijilan industri tenaga baharu negara, iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Peserta program ProSolar akan mempunyai kelebihan daripada aspek pensijilan serta pentauliahan sebagai Registered Photovoltaic Service Provider (RPVSP) oleh SEDA, yang akan memberi nilai tambah kepada peserta di dalam pasaran industri tenaga baharu, terutamanya di dalam sektor kritikal seperti kerajaan dan rumah kediaman. Di dalam aspek lain, program ProSolar ini, secara tidak langsung juga membuka peluang baharu kepada usahawan perkilangan panel solar, bertindak sebagai inisiatif ke arah pengurangan penggunaan tenaga elektrik (Net Energy Metering, NEM), penjimatan kos operasi melalui penggunaan tenaga bersih yang boleh diperbaharui dan bertetepatan dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas karbon pada tahun 2050. pengurangan pelepasan karbon melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Peranan MARA Di Dalam Industri Solar di Malaysia Melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak SEDA, pasaran solar bagi tahun 2021-2025 di Malaysia merangkumi pemasangan solar Roof Top dan Large Scale Solar adalah sebanyak RM6.24 bilion dan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri ini adalah sebanyak 4,921 yang terdiri daripada pemasang panel, pereka dan lain-lain pekerjaan yang berkaitan. Industri berasaskan teknologi hijau seperti penggunaan sumber tenaga suria, air dan sebagainya diperkenalkan bagi menggantikan sumber tenaga sedia ada yang mempengaruhi kadar pelepasan karbon dioksida ke udara.

32 Pihak MARA berperanan dalam menyokong pembangunan teknologi ini melalui pelbagai inisiatif, penyediaan ruang serta peluang, dalam merencana program berpotensi tinggi untuk membantu memperkasakan usahawan Bumiputera dalam bidang solar, sekaligus meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan agar lebih berdaya saing di pasaran. Industri yang berpotensi tinggi untuk menggunapakai tenaga solar ialah industri perhotelan hasil daripada peralihan kepada Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy, RE) atau penggunaan tenaga solar bagi mengatasi krisis tenaga, berikutan kenaikan tarif elektrik bagi pihak industri dan komersial pada ketika ini. Menurut sumber laporan akhbar, sebanyak 388 hotel bertaraf empat dan lima bintang terkesan teruk apabila berdepan peningkatan kos yang sangat tinggi iaitu hampir 40 peratus kenaikan akibat pelarasan tarif. Kesemua hotel terlibat menggunakan hampir sejuta kilowatt jam (kWj) sebulan berbanding kira-kira 4,300 hotel bajet dan hotel bertaraf dua bintang ke bawah yang menggunakan hanya 20,000 kWj sebulan. Pilihan terbaik buat industri perhotelan agar dapat meningkatkan produktiviti dan pengurangan kos operasi adalah menggunakan tenaga boleh baharu atau pemasangan panel solar di bumbung hotel. Keadah ini dijangka dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 30 peratus dan mampu mempengaruhi keuntungan hotel dalam jangka masa panjang. Sektor perkilangan negara juga dilihat mempunyai perkembangan positif di dalam penggunaan tenaga solar bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik konvensional, sekaligus mempengaruhi kos pengoperasian serta perkilangan secara keseluruhan. Penggunaan teknologi solar juga telah mula diterima oleh pengguna domestik, iaitut masyarakat Malaysia yang terdedah kepada impak peralihan tenaga baharu dunia. Pembukaan bandar serta kawasan perumahan baharu dilihat mula menyediakan kemudahan berasaskan penggunaan teknologi hijau (green city) sebagai alternatif kepada penduduk.

33 Secara keseluruhannya, keperluan terhadap industri tenaga baharu seperti solar ini menyediakan peluang pasaran bernilai tinggi kepada para usahawan di dalam negara, terutamanya kepada usahawan Bumiputera dengan bantuan, sokongan dan peranan pihak berkepentingan yang terdiri dariada agensi kerajaan seperti MARA, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB dan industri seperti syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd. dan peserta ProSolar.

34 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN : PEKERJA SIHAT ASET SYARIKAT OLEH : NOORATIFAH BINTI GULAM Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dari perspektif negara Malaysia merangkumi usaha untuk mencapai kesaksamaan, kemakmuran, dan keharmonian antara manusia dan alam sekitar. SDG menyelaraskan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan pelestarian alam, menjunjung hak asasi manusia, dan memastikan keadilan sosial. Bagi Malaysia, ini melibatkan peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti, kesihatan, dan peluang ekonomi, sambil memastikan kelestarian alam sekitar dan menjaga sumber daya semulajadi bagi generasi masa depan. Matlamat ini juga menekankan pentingnya kerjasama antarabangsa dalam menangani isu-isu global seperti kemiskinan, perubahan iklim, dan ketidak seimbangan sosial. Dengan memperjuangkan SDG, Malaysia berusaha untuk membina masyarakat yang mampan, inklusif, dan sejahtera untuk semua rakyatnya. Dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), kesihatan merujuk kepada keadaan fizikal, mental, dan sosial yang baik bagi semua individu. SDG menyatakan komitmen untuk memastikan akses universal kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, termasuk rawatan penyakit yang berkesan, vaksinasi, dan perkhidmatan kesihatan reproduktif. Ini juga melibatkan usaha untuk mengurangkan ketidak seimbangan kesihatan antara kumpulan-kumpulan masyarakat, termasuk melalui pembiayaan yang saksama dan penyediaan infrastruktur kesihatan yang berkualiti di kawasan pedalaman dan bandar. Selain itu, SDG menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui promosi gaya hidup sihat, akses kepada air bersih dan sanitasi, serta peningkatan sistem kesihatan awam yang efisien dan berkesan. Kesihatan dalam konteks SDG juga melibatkan usaha untuk memastikan keberkesanan sistem kesihatan dalam menghadapi cabaran global seperti wabak penyakit, perubahan iklim, dan penyebaran penyakit menular. Ini termasuk pengukuhan kapasiti sistem kesihatan, pemantauan penyakit secara berterusan, dan peningkatan kesiapsiagaan dalam menangani kecemasan kesihatan awam. Selain itu,

35 SDG menekankan pentingnya penyelidikan dan inovasi dalam bidang kesihatan untuk mempercepat pembangunan vaksin, ubat-ubatan, dan teknologi kesihatan yang lebih berkesan. Dengan memperjuangkan matlamat kesihatan SDG, negara-negara seperti Malaysia berusaha untuk mencipta masyarakat yang lebih sihat, berdaya maju, dan mampan bagi generasi masa depan. Penekanan kesihatan pekerja dalam sesuatu syarikat adalah penting kerana kesihatan pekerja merupakan asas kepada produktiviti dan keberkesanan organisasi. Dengan memberi tumpuan kepada kesihatan pekerja, syarikat dapat meningkatkan kehadiran pekerja, mengurangkan kadar kecederaan dan penyakit pekerja, serta meningkatkan kepuasan pekerja. Ini tidak hanya membawa manfaat kepada individu pekerja, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan operasi syarikat secara keseluruhan. Di samping itu, penekanan kesihatan pekerja juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 3 mengenai kesihatan dan kesejahteraan. Dengan memastikan keadaan kesihatan yang baik di kalangan pekerja, syarikat dapat menyumbang kepada peningkatan kesihatan secara menyeluruh dalam komuniti tempatan, mengurangkan beban sistem kesihatan awam, dan membantu mencapai matlamat kesihatan global yang diiktiraf dalam SDG. Pekerja sihat adalah aset syarikat, inisiatif yang diambil oleh Tenga Nasioanal Berhad (TNB) mengiktiraf bahawa kesihatan pekerja adalah aset penting bagi keberkesanan operasi mereka. Sebagai tindak balas terhadap keperluan ini, syarikat telah melancarkan program "Keluarga Sihat TNB" yang bertujuan untuk meningkatkan

36 kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka. Program ini menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti seperti pemeriksaan kesihatan tahunan, konsultasi perubatan, dan sokongan psikososial kepada pekerja. Selain itu, TNB juga memperkenalkan aktiviti kecergasan, pemakanan sihat di tempat kerja, dan latihan kesedaran tentang kesihatan mental bagi pekerja mereka. Inisiatif ini tidak hanya memberi manfaat kepada keadaan kesihatan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kepuasan pekerja, sejajar dengan SDG 3 mengenai kesihatan dan kesejahteraan. TNB juga melaksanakan pelan insurans kesihatan yang komprehensif bagi semua warga kerjanya. Ini termasuk cakupan untuk rawatan penyakit, pemeriksaan kesihatan, serta rawatan kecemasan. Dengan menyediakan perlindungan kesihatan yang menyeluruh kepada pekerja, TNB menunjukkan komitmen mereka terhadap kesejahteraan pekerja sekaligus memberi manfaat kepada kestabilan operasi syarikat. Tindakan ini turut memberi sumbangan kepada SDG 1 mengenai penghapusan kemiskinan, kerana kos rawatan kesihatan yang berisiko boleh menjadi punca kemerosotan kewangan bagi individu dan keluarga yang kurang berkemampuan. Selain itu, TNB juga mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan stres dan tekanan dalam persekitaran kerja. Oleh itu, program sokongan emosi dan mental, termasuk perkhidmatan kaunseling dan latihan kesedaran turut disediakan. Dengan memberikan sokongan kepada pekerja dalam menghadapi tekanan kerja dan isu-isu peribadi, syarikat membantu meningkatkan kesejahteraan keseluruhan pekerja, yang secara langsung menyumbang kepada matlamat kesihatan dan kesejahteraan dalam SDG.

37 TNB juga menjalankan program kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan gaya hidup sihat di kalangan warga kerja. Mereka menyediakan satu aplikasi kesihatan yang menyediakan maklumat tentang pemakanan yang seimbang, amalan hidup sihat, dan cara untuk menguruskan stres. Dengan menyedarkan pekerja akan kepentingan gaya hidup sihat, syarikat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan mampan, yang seterusnya menyumbang kepada matlamat kesihatan dalam SDG. Tambahan lagi TNB dalam memastikan keperluan kesihatan pekerja dipenuhi, telah mengiktiraf bahawa pekerja yang sihat adalah aset penting dalam mencapai matlamat perniagaan mereka. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, syarikat telah memperkenalkan program "Pekerja Sihat, Perniagaan Berjaya" yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka. Program ini termasuk peningkatan akses kepada perkhidmatan kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan berkala, penyelidikan penyakit awal, dan rawatan prinsipal. Melalui program ini, syarikat memberi tumpuan kepada pencegahan penyakit dan pengurangan kadar ketidakhadiran pekerja, yang seterusnya menyumbang kepada kestabilan operasi syarikat dan produktiviti pekerja. Langkah ini selaras dengan SDG 3 mengenai kesihatan dan kesejahteraan, di mana meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan adalah satu daripada matlamat utamanya.

38 Selain itu, TNB juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Melalui penyediaan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua pekerja, serta memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan tempat kerja yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Satu aplikasi di atas talian ditubuhkan untuk menyalurkan jika ada sebarang kemalangan dan risiko terdedah kepada bahaya ketika berada dalam premis seamasa menjalankan tugas. Dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, syarikat tidak hanya melindungi kesihatan pekerja, tetapi juga mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan, yang seterusnya menyumbang kepada kestabilan operasi syarikat dan prestasi organisasi secara keseluruhan. TNB juga menyediakan sokongan psikososial kepada pekerja golongan pekerja mereka. Pihak syarikat memperkenalkan program bimbingan pekerja, kaunseling, dan perkhidmatan sokongan psikologi untuk membantu pekerja menguruskan tekanan dan tekanan kerja. Dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental pekerja, syarikat membantu memastikan keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan pekerja, sejajar dengan SDG 3 mengenai kesihatan dan kesejahteraan. Selain itu, TNB mengambil langkah untuk memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi yang bersih di tempat kerja mereka. Pihak syarikat tidak lokek mengeluarkan kos untuk mengambil penapis air untuk digunakan oleh warga kerjanya. Pekerja dapat mengakses kepada air yang bersi unuk diminum. Langkah menjaga kebersihan tandas juga tidak dilupakan oleh pihak pengurusan. Tandas yang digunakan oleh para pekerja akan dipastikan dalam keadaan yang sentiasa bersih dan wangi. Ini juga salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan pekerja di bawah lingkungan penggunaan air bersih dan sanitasi di pejabat. Langkah ini penting dalam memastikan kebersihan dan kesihatan pekerja, serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan air di tempat kerja. Selain itu, syarikat juga menggalakkan gaya hidup aktif di kalangan pekerja mereka. TNB menyediakan kemudahan untuk senaman dan aktiviti kecergasan di tempat kerja iaitu gym. Apabila tamat waktu bekerja para pekerja bebas menggunakan ruang senaman yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Selain itu TNB juga sering mengadakan program kesedaran tentang pentingnya senaman dan aktiviti fizikal

39 dalam menjaga kesihatan. Disebabkan ini juga la pihak syarikat berkolaborasi dengan Aplikasi Bookdoc agar warga kerja aktif bergerak. TNB akan mewujudkan cabaran seperti berlumba untuk mendapatkan langkah yang terbanyak, akan diberikan hadiah. Oleh itu warga kerja akan bersemangat untuk kekal aktif walapun berada di ruang kerja yang tidak banyak menggunakan tenaga seperti pejabat. Inisiatif ini membantu meningkatkan kecergasan fizikal pekerja dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan gaya hidup tidak sihat, sejajar dengan matlamat kesihatan dalam SDG. Terdapat satu program kesihatan yang popular dan menjadi tarikan kepada warga kerja TNB, iaitu memperkenalkan program insentif untuk merokok dan alkohol bagi pekerja yang mahu berhenti atau mengurangkan penggunaan. Mereka menyediakan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang ingin mengubah gaya hidup untuk menjurus kepada kehidupan yang lebih sihat. Langkah ini membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan rokok dan alkohol di kalangan pekerja, serta meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif penggunaan bahan-bahan tersebut terhadap kesihatan. TNB juga melaksanakan program pemakanan sihat di tempat kerja. Mereka menyediakan pilihan makanan yang sihat dan seimbang di kafe-kafe yang ada di premis syarikat, serta mengadakan program pendidikan pemakanan untuk pekerja mereka. Tujuannya adalah untuk mengajak lebih ramai warga kerja cakna akan keburukan Body Mass Index yang lebih dan menuju ke arah obesiti. Dengan memberi tumpuan kepada pemakanan yang sihat, syarikat membantu meningkatkan kesihatan fizikal pekerja dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan diet tidak sihat, sejajar dengan matlamat kesihatan dalam SDG. Terakhir, syarikat juga bekerjasama dengan institusi kesihatan tempatan untuk menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik panel yang telah dilantik dan menyediakan servis imunisasi vaksinasi kepada pekerja. Mereka mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan berkala di tempat kerja dan menyediakan vaksinasi untuk penyakit yang berisiko tinggi. Dengan menyediakan akses mudah kepada perkhidmatan kesihatan preventif, syarikat membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan jangkitan dan memastikan kesihatan pekerja yang optimum, sejajar dengan matlamat kesihatan dalam SDG.

40 Secara keseluruhannya, inisiatif yang diambil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), menekankan bahawa pekerja yang sihat adalah aset penting bagi kejayaan dan keberkesanan syarikat. Dengan mengutamakan kesihatan pekerja melalui pelbagai program dan inisiatif, syarikat tidak hanya memastikan kesejahteraan individu pekerja, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan operasi dan prestasi organisasi secara keseluruhan. Pendekatan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 3 mengenai kesihatan dan kesejahteraan, yang menekankan pentingnya meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan masyarakat. Dengan memperjuangkan kesihatan pekerja sebagai aset syarikat, TNB turut memberi sumbangan kepada pembangunan mampan dan pencapaian matlamat kesihatan global yang diiktiraf dalam SDG. Ini bukan sahaja membawa manfaat kepada pekerja dan syarikat, tetapi juga membantu mencipta masyarakat yang lebih sihat, sejahtera, dan mampan bagi generasi masa depan.

41 IKLAN BERGAMBAR

42

41-3, JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ, KAMPONG BARU, 50300, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 03-2610 3000 PENSYARAH DR NORHAYATI MOHAMAD HUSSAIN

Click to View FlipBook Version